JANOS

JANOS
Selamat Datang

Tuesday, May 20, 2008

Gegaran

Dipetik dari http://www.kjc.gov.my Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi 19 Mei 2008
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala richter telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10.49 malam 19 Mei 2008. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.1 utara longitud 97.9 timur, 408 km dari barat daya Kelang, Selangor.

Aku mulanya ingat si Bakaq main-main bagitau aku seram nak keluar malam sekarang ni... rupanya betul apa yang dia cerita... sebabnya gegaran tu turut dirasai sampai ke rumah dia di Subang...

nasib baik tiada kejadian tak diingini lain berlaku...

Semoga hal-hal macam ni dielakkan dari bumi Malaysia...

Monday, May 19, 2008

Blog Tun Dr. Mahathir


Kepada yang belum tau kewujudan bolg ni, boleh la kunjungi :-)



Tun Dr. Mahathir keluar UMNO

Dipetik dari Utusan Online,

Tun Mahathir keluar UMNO 19/05/2008 2:02pm

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan


ULASAN Janos:

Setelah sekian lama mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pemimpin yang Tun pilih sebagai pengganti beliau sebagai PM dan Presiden UMNO, hari ini Tun mengambil langkah keluar dari UMNO.

Aku melihat kejadian ini dari pandangan berikut:

"Bila you tak setuju dengan Bos, you quit!!" (andaikan Pak Lah sebagai Bos - Presiden UMNO, Tun pekerja - ahli biasa UMNO)

Dalam hal ini, mungkin telah ramai sebelum ini ambil langkah keluar dari UMNO, tapi dia hanyalah "ahli biasa" yang bukannya Tun Dr. Mahathir... sekarang apabila Tun Dr. Mahathir yang keluar dari UMNO, pastinya cakap-cakap politik akan kembali bergema, macam-macam akan kedengaran sama ada yang betul atau tidak betul...

Tak hairan nanti, akan ada pemimpin lain akan mengikut langkah Tun ini, dan tak hairan juga sekiranya wujud satu lagi parti politik di Malaysia kelak...

Walau apapun, tanpa perlu mengulas lebih panjang aku doakan agar Tun sentiasa tenang dan sihat hendaknya. Semoga tindakan yang beliau ambil, membuka mata dan minda semua.

Sekian,
Janos
15:41 19/05/08

Thursday, May 15, 2008

Tukar URL....

Mulai saat ini, blog aku akan dapat diakses melalui http://janjanos.blogspot.com

Sesuai dengan wajah baru, insya Allah ianya akan lebih bermanfaat kepada semua.

Terima kasih atas sokongan semua...

Wednesday, May 14, 2008

Tanpa Kita Sedari... Part 2

Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan cerita di bawah.


Nukilan “Tanpa Kita Sedari...” yang aku post terdahulu, sebenarnya telah membawa aku ke satu kisah yang “Tanpa Aku Sedari” ada kaitan dengan posting tersebut.... walaupun bukan secara langsung daripada kisah dua sahabat aku itu, tapi kaitan tersebut ada kesinambungan dari kisah tersebut dan kehidupan seharian... mungkin.... :-)

Dalam posting tersebut, aku ceritakan tentang dua orang sahabat yang aku katakan pelik, tapi selepas merenung dan membaca balik posting tersebut, aku jadi muhasabah sendiri bahawa manusia itu diciptakan dengan pelbagai sikap dan pemikiran tersendiri... Jadi sepatutnya kita menghormati apa sahaja sikap pelik manusia tersebut :-) sebab pastinya Allah mempunyai sebab tersendiri menjadikan umatNya sedemikian rupa... tak perlu kita pertikaikan kuasa Tuhan.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa yang tak dapat elak dari melakukan kesilapan, kita pastinya kadang-kadang merasa pelik dengan perangai orang lain... bagi kita, “aku boleh, kenapa dia tak boleh macam aku?”... mungkin dia akan jawab “daya seorang dengan seorang yang lain berbeza, kena faham”... betullah tu, aku setuju dengan statement tu, seorang takkan sama dengan seorang yang lain walaupun kembar.

Ataupun istilah yang sepatutnya menggantikan daya itu ialah KEMALASAN? Dan ayat itu sepatutnya berbunyi “kemalasan seorang dengan seorang yang lain berbeza, kena faham”.... :-p

Tapi kadang-kadang iblis dan syaitan itu suka berbisik, “kenapa untuk urusan lain dia boleh? Ada daya yang lebih pulak? Asal kepada kau je, pasti kau juga yang kena akhirnya”. Tapi tak pastilah sama ada memang iblis yang menghasut ataupun akal yang telah lama berdiam diri mula memberikan pendapat?

Dengan itu aku berpendapat, kita seharusnya bijak dan lebih terbuka dalam menerima teguran ataupun pandangan orang lain, terutamanya teguran yang kadang-kadang pedih untuk diterima. Pastinya orang yang menegur itu mempunyai hasrat yang amat baik untuk disampaikan untuk direnungi demi kebaikan semua pihak. Pada masa yang sama juga, orang yang menegur wajib mempunyai keikhlasan dalam memberikan teguran. Supaya proses menegur dan ditegur tidak disalahertikan sebagai nak cari gaduh.

Memang seperti yang aku katakan tadi, manusia dijadikan dengan pelbagai ragam. Sepatutnya kita menjadikan perbezaan yang ada antara setiap individu sebagai pelengkap satu sama lain. Kita mungkin kurang dalam hal A tetapi lebih dalam hal B, manakala orang lain sebaliknya. Sepatutnya pebezaan inilah yang akan melengkap dan menjamin kejayaan sesuatu.... kita harus pandai menilai dan muhasabah di mana kelebihan dan kekurangan kita berbanding orang lain.... dan selepas itu mula menampung satu sama lain...

Jadi, kesimpulan yang aku dapat:

1. kena faham tahap KEMALASAN orang lain
2. kena faham tahap KEMALASAN sendiri
3. proses menegur dan ditegur wajib jujur
4. lengkap dan melengkapi adalah peranan sesama insan untuk mencapai kejayaan

p/s: kesimpulan ke 4 tu, aku boleh kembangkan lagi... mungkin dalam kuliah “Partnerships Take You Futher” :-)

Sekian



Monday, May 12, 2008

Tanpa Kita Sedari...

Aku mempunyai seorang sahabat yang agak pelik…

Dia kata “aku tak makan ikan”.

Aku tanya “sejak bila?”.

Dia jawab “sejak kecil lagi!!”

Aku katakan semula “tapi hang makan laksa, keropok lekor, fishball semua… kata tak makan ikan?”

Dia jawab “entah, aku makan semua tu….. tapi aku memang tak makan ikan”

Pelik… memang pelik. Mungkin baginya, ikan hanyalah datang dalam bentuk ada paras rupa ikan… kalau diambil isinya dinamakan makanan lain, ianya bukan ikan… :-)

Begitu juga dengan seorang sahabat yang lain, suatu masa dia kata “aku memang tak minat dan tak reti meniaga la!!! Aku cuma tau kerja makan gaji saja... jangan dok ajak aku join meniaga!!!”

Begitu tegas sahabat ni... aku tanya pula “sekarang kerja dengan orang?”

Dia jawab “yelah, aku kerja dengan company XXX!”

“macam mana masa minta kerja / interview dulu?”

Dia jawab dengan yakin “dia tanya soalan, aku jawab... dia suruh cerita pasal diri aku, aku pun cerita la yang best2, tokok tambah sikit....”

“lepas tu dapat kerja, dapat gaji?” aku cungkil lagi...

Dia jawab “dapat la... tu yang aku kerja sini sekarang... gaji pun ok... kadang2 dapat komisen lagi kalau bagi idea best dan berjaya bagi income kat company...”

Lantas aku pun kata “hang sedar tak, sebenarnya hang sedang meniaga dan dapat hasil dari perniagaan hang tu!!!??”

“macamana? Aku cuma buat kerja aku saja” dia tercengang...

“macam ni, mula2 hang jual diri hang kat company masa interview... apa yang hang jual ialah service hang kepada company... lepas tu company setuju beli service hang dengan bayaran sekian banyak... so, itulah proses jual beli... bisnes telah berlaku antara hang dengan company... hang jangan ingat bisnes/meniaga ni hanya melibatkan pertukaran barang secara nyata, ada penghantaran, ada orang bagi duit cash, ada kedai saja.... service pun perniagaan....”

panjang lebar juga la aku berleter kat mamat tu.... lepas tu mula cerita kenapa service pun boleh meniaga, bagaimana konsultan boleh hidup, ada orang takda opis tapi ada gaji/pendapatan tiap bulan.... banyak lagi la... macam2 aku cuba yakinkan bahawa kita memang diberikan sifat peniaga.... tak perlu aku berleter kat korang pulak, korang dah tahu... korang bukan mamat tuh...

Kesimpulannya, banyak benda yang kita NAFIKAN walaupun secara khususnya tanpa kita sedari, kita melakukan apa yang kita kata kita tak mampu atau tak buat itu...

:-) renungkanlah...

Thursday, May 8, 2008

Interview dan Proses mengenali & memilih

Aku selalu bercerita kepada kawan-kawan yang nak pergi interview... sama ada interview kerja atau sebagainya jenis interview; termasuk juga nak beli barang, nak sewa rumah, nak apa-apalah – semuanya adalah interview process... atau lebih tepat lagi proses mengenali dan memilih...

Memilih dan mengenali ni digunakan dalam pelbagai perbuatan, jadi tentunya kita pasti sentiasa mahukan keputusan dan pilihan yang paling bijak...

Dalam hal ini, sebagai contoh dalam hal interview kerja, kita sepatutnya tidak takut menghadapinya... persepsi awal kita apabila menghadapi interview ialah ketakutan dan kerisauan yang amat sangat, padahal kita hanya berdepan dengan manusia yang juga seperti kita, yang juga perlu makan, perlu berhadam dan mempunyai akal fikiran seperti kita... apa yang mungkin membezakan ialah ilmu yang mereka ada dalam bidang yang mereka ceburi, yang mana mungkin ilmu kita masih belum mencapai tahap itu...

Semasa menghadapi interview kerja, kita akan risau, resah, gelisah takut tidak dapat menjawab soalan... ini normal dan lumrah kepada semua... aku juga pernah melalui proses yang sama; dan pengalaman yang paling berharga buat aku ialah semasa interview jawatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) pada tahun 2002... ditemuduga oleh panel seramai 5-6 orang yang berpangkat Dato’ dan Tan Sri... aku tidak mendapat kerja itu!!!

Pengalaman kedua paling berharga pula ialah jawatan Pegawai Projek (hoki) bagi Majlis Sukan Negara bagi menghadapi Sukan Komanwel Melbourne dan Sukan Asia Doha yang aku hadapi pada tahun 2005.... kali ini aku di interview oleh lebih ramai panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ibrahim Saad... juga dalam panel Datuk Wira Mazlan Ahmad, Zolkples Embong (Datuk sekarang), beberapa Tan Sri dan Datuk lagi... kesemuanya kalau tak salah 8-12 orang.... aku juga tidak mendapat kerja itu!!!

Jadi apa sebenarnya yang menggagalkan? Selain faktor diri sendiri yang dirasakan belum layak, juga faktor pesaing lain yang mungkin lebih bernasib baik.

Berbalik kepada proses mengenali dan memilih tadi, kita pada masa di interview itu sebenarnya dan sepatutnya berlaku dalam dua hala... maksud aku selain kita yang dinilai, sepatutnya kita juga perlu menilai organisasi yang menjemput kita interview itu... beberapa perkara perlu kita nilai, antaranya:

Adakah persekitaran tempat kerja kita itu sesuai untuk kita?
Adakah budaya di situ sesuai dengan kita?
Adakah lokasi tempat kerja itu sesuai dengan kita?
Adakah kita akan mendapat peluang menyuarakan pendapat kelak?
Bagaimana pula rakan setugas?

Jadi perkara ini yang perlu kita perhatikan sebelum dan semasa proses temuduga itu... kalau semuanya sesuai, dan sesi interview berlaku dengan baik dan kita ditawarkan jawatan, maka terimalah dengan hati yang tenang...

Dalam hal ini, aku juga pernah menempuh satu pengalaman apabila menolak satu tawaran kerja atas faktor lokasi yang jauh... pada masa itu aku menetap di KL dan hanya mempunyai motorsikal dan mendapat tawaran kerja di sebuah kilang di Shah Alam.... memikirkan kesukaran yang bakal ditempuhi walaupun gaji dan faedah yang agak baik, aku terpaksa menolak atas faktor lokasi dan suasana tempat kerja...

Untuk mengaitkan hal interview ini dengan urusan harian, sebenarnya inilah yang selalu kita buat.. sebelum beli barang kita pilih, kita semak harga, tengok kualiti dan nilai keramahan jurujual.... sebelum kita beli kereta, kita pilih, kita test drive.... sebelum beli/sewa rumah, kita masuk tengok dulu, ruang dalam, lokasi dan sebagainya...

Pada masa yang sama juga, pihak penjual pun sedang menilai kita... mampu ke mamat ni, nak ke aku sewakan kepada dia dan sebagainya... jadi ia berlaku dua hala....

Jadi kesimpulannya, mengapa perlu takut dan risau dalam menghadapi proses mengenali dan memilih ini terutamanya interview? Sedangkan setiap masa kita lakukan perkara yang sama....

Fikirkanlah...

Meeting Projek...

Dari kiri: Andy, Razak, Janos dan Ponak

Tak dapat hadir : Fulim dan Bakli

Lokasi: Old Town White Coffee, Kelana Mall, Kelana Jaya

Masa: 2100 - 2330 hrs

Tujuan: Meeting Projek...

Projek apa? Tunggu pengumuman selanjutnya... hehehehehe

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!