JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, January 28, 2010

Jawapan Kuiz JanJanos 3

JAWAPAN 1
Ular Sawa Albino
JAWAPAN 2
Tripod Kamera / Tripod

JAWAPAN 3
Wang Kertas RM50 / Duit RM50
(MESTI ada RM50)

JAWAPAN 4
Menara Eiffel / Effiel Tower

TIADA PEMENANG YANG MENEKA DENGAN TEPAT untuk SIRI 3.....


Reason : jawapan secara general - tak dapat markah penuh...
Hadiah dah meningkat, kaedah menjawab pun kena la meningkat dari sebelum ni, ye tak?

Apapun, TERIMA KASIH kepada yang sudi mencuba.... masih ada lagi yang 'suka' untuk tidak mengikut arahan - jawab di ruang komen post.... bukan shoutbox, bukan fb, bukan sms aku...

Jumpa lagi di Kuiz JanJanos 4.... TUNGGUUUUUUUUU.........



Wednesday, January 27, 2010

Kuiz JanJanos 3

Tahniah, kita telah mencapai pusingan kedua dalam Kuiz JanJanos....
Dalam pusingan ini, soalan berbentuk berangkai dan memerlukan penelitian lebih, berbanding pusingan pertama yang hanya pemanas badan (itupun cuma seorang pemenang saja)
Baiklah, sila jawab soalan di bawah. Jangan risau, clue masih diberikan.

Soalan 1
Gambar apa di atas?
Clue: ada yang geli.

Soalan 2

Ni pula sebahagian dari gambar apa?
Clue: orang tertentu saja ada.


Soalan 3

Mungkin ramai yang dapat menjawab, tapi apakah ia?
Clue: ada orang susah nak dapat.


Soalan 4

Sebahagian daripada gambar apa?
Clue: Popular

Memandangkan kita telah masuk pusingan kedua, hadiah juga meningkat. Pemenang dan jawapan sebenar akan diumum esok (28/01/2010).

Cepat... Cepat... siapa yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat, akan mendapat topup RM5... ya betul, RM5.....

Hardiness telah menang RM3 x 2 siri...

Jawapan Kuiz JanJanos 2

Soalannya Apa Benda DiAtas?
Jawapannya Lihat Gambar di Bawah ni...
PEMENANGNYA.... SEKALI LAGI HARDINESS!!!!
Tahniah.... RM3 telah ditopup sekali lagi ke henpon beliau...

Yang lain-lain... tengok saja ke?


Tuesday, January 26, 2010

Kuiz JanJanos 2


Kuiz Janjanos 2
Teka Gambar apa di atas ni?
Clue: 90% daripada kita ada benda ni.
Sila jawab di bahagian komen.
Hardiness telah menang dalam siri 1, Siapa pula yang bertuah kali ni?
Jawapan dan pemenang akan disiarkan esok.

Mercedes GP Petronas - Silver Arrow

Musim baru F1 akan kembali. Entah mengapa, aku tertarik dengan pelancaran pasukan Mercedes GP Petronas yang akan dikenali sebagai Silver Arrow ni. Mungkin disebabkan faktor-faktor berikut:
Pasukan berpangkalan di Jerman, mungkin ramai dah tahu aku amat 'layan' benda-benda dari Jerman ni, dari pasukan bolasepak, hoki hinggalah kereta BMW yang berasal dari Jerman. Tapi ni pasukan Mercedes??? Tapi origin tetap Jerman... apa-apalah Jan...

Lagipun, ada jenama Malaysia pada pasukan ni - PETRONAS... walaupun sekarang aku dah tak berapa loyal dengan petrol jenama ini, tapi sekurang-kurangnya aku tahu nama PETRONAS akan dijaja ke seluruh dunia. PETRONAS tu nama sapa? Jenama syarikat petroleum dari Malaysia!!!

Kemudiannya, dua pemandu pasukan ni, Michael Schumacher (Jerman) dan Nico Rosberg (Finland). Seorang yang memang dikenali bekas juara dunia F1 dan membuat kemunculan kembali, manakala seorang lagi pemnadu yang akan melengkapkan strategi pasukan ini. Kalau ambil Nick Heidfeld di tempat Nico Rosberg mesti lagi best sebab akan bergandalah semangat ke'Jerman'an dalam pasukan ni.
Terasa bangga lak tengok pakaian pemandu tertera jenama PETRONAS....

Apapun, aku nak tengok prestasi pasukan ni musim ni....

Sedikit berita mengenai pasukan ni, SILA RUJUK KE UTUSAN MALAYSIA ONLINE
RALAT: KEMASKINI PADA 13 APRIL 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah terkhilaf mengenai kerakyatan Nico Rosberg. Beliau sebenarnya warganegara Jerman, dan ini sememangnya menjadikan pasukan ini Jerman sepenuhnya... Maaf di atas kesilapan... untuk maklumat lanjut mengenai pasukan ini, layari LAMAN WEB RASMI MERCEDES GP PETRONAS

Jawapan Kuiz JanJanos 1

Soalannya: Apakah benda diatas.... Jawapannya ialah: Stapler....


Tahniah kepada Hardiness yang menjawab dengan tepat mengikut skema jawapan... iaitu diruangan komen blog ini.... manakala Encik Johanizam, walaupun berjaya menjawab dengan lebih pantas, namun menjawab di Facebook tidak dikira...
Hadiah TopUp telah dihantar kepada henpon Encik Hardiness...
Tahniah....
p/s: ini baru soalan pemanas badan... nantikan soalan yang lebih mencabar petang nanti... Tungguuuuu.... hanya di JanJanos....

Monday, January 25, 2010

Kuiz JanJanos 1

Cuba teka apa benda ni?
Clue: Biasa ada di pejabat....
Jawapan gambar penuh akan disiarkan esok...
Peneka pertama yang berjaya akan mendapat topup RM3.... kalau pakai line, minta maap la... hehehehe...
Sila jawab dibahagian komen...

Saturday, January 23, 2010

Ya, Betul...

Aku sudah flu... hari ni merupakan hari ketiga dan pagi tadi baru saja ke klinik... hehehehehe.... dah tiga hari baru nak jumpa doktor!!!

Lepas balik klinik, balik rest kat umah sambil tengok tv siaran langsung upacara permakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor) yang telah mangkat pada senja kelmarin (Jumaat). - Al-Fatihah

Oklah, aku nak sambung berehat... batuk pula dah mula menyerang....

p/s: Best juga jadi blogger 5 baris jer ni... daripada tak update lama kan? Masuk hutan konon....

Thursday, January 21, 2010

Tak Lama Dah...

Aku pasti akan kena flu... bangun tidoq pagi kemarin, tekak rasa tak best.... kemarin bersin ada la dalam 15 kali...

Malam tadi telan ubat tidoq, terasa diri sendiri mengigau lebih kurang jam 5 pagi (mujur bukan kes sleep walking) sebelum sambung tidoq sikit lagi...

Pagi ni hidung sudah mula tak best perasaannya.... maknanya tak lama lagi aku akan flu...

Hmmm..... pasti!!!

Tuesday, January 19, 2010

First Day...




Muhammad Akmal Bin Asrul Zairi: Hari pertama ke Preschool

Monday, January 11, 2010

Filem: INVICTUS





INVICTUS adalah sebuah filem arahan Clint Eastwood terbitan 2009.

Aku baru saja layan filem ni 3 hari lepas, jadi maknanya kalau dah ada dalam blog ni, mesti ada something yang best la kan? Kira boleh dapat review kat janjanos, kira exclusive la kan? hahahahaha perasan!!!

Watak utama : Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela dan Matt Damon sebagai Francois Pienaar...
Ianya merupakan kisah benar tentang Nelson Mandela yang baru memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dan menghadapi cabaran untuk menyatupadukan rakyatnya yang masih terkesan dengan dasar aparthied (mcm tak betul je ejaan ni)...
Kebetulan pada tahun itu (1995), Afrika Selatan menjadi tuan rumah Ragbi Piala Dunia. Di sinilah Mandela mendapat idea untuk menggunakan pasukan Ragbi Afrika Selatan yang kaptennya Francois Pienaar... pasukan ni sebelumnya tidak diberikan harapan untuk maju lebih dari suku akhir dalam pertandingan tersebut. Peminat ragbi, pasti masih ingat pasukan mana yang menjadi juara piala dunia 1995 kan?
Mulanya aku merasakan akan menonton sebuah filem berat yang akan membebankan otak untuk fikir, tapi rupanya diselit juga beberapa scene yang agak melucukan, sama ada benar berlaku atau tidak aku tak pasti, tapi mampu memberikan mesej bagaimana Mandela dan Pienaar berjaya menyatupadukan seluruh Afrika Selatan.
Kalaulah pemimpin negara kita berupaya berfikir seperti ini, pastinya konsep 1Malaysia akan lebih cepat terhasil. Namun permulaannya seperti telah kita nampak semasa final bolasepak Sukan Sea pada Disember 2009.
HIS PEOPLE NEEDED A LEADER, HE GAVE THEM A CHAMPION...

Sakit badan....

Kebelakangan ini... mungkin disebabkan faktor duduk atau berdiri terlalu lama, aku terasa kesakitan dibahagian belakang... macam-macam lah aku ni kan? Dulu sakit dada... {seperti pernah dicetitakan terdahulu, May 2009 - The Mind Suffer And.... Tak OK Lagi... dan juga Setakat Ni Sah...

Sekarang ni belakang pulak... Salah duduk? Salah Tidur? Sakit lama kembali? atau Kerja keras sangat ke???

:-|

Monday, January 4, 2010

Dah Empat Hari...

Hmm... sedar tak sedar, dah empat hari hampir berlalu bagi tahun 2010 ni... Biasalah kan, orang kata begitu cepat masa berlalu.

Pada malam menjelang tahun baru, aku dan isteri secara kebetulan dapat 'melayan' bunga-bunga api yang dipancarkan dari pelbagai pihak penganjur di ibu kota dari tingkat 21, Sri Maya Condo, Setiawangsa.

Kebetulan kerana, pada awalnya kami hanya berniat pusing2 cari port tapi tak semena-mena terjumpa Asaq dan isterinya Faizah dan anak-anak di Wangsa Walk Mall. Depa pun pelawa untuk bersama-sama ke Sri Maya kerana depa nak layan bunga api di rumah parents depa. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantallah kan?

Apa yang best, dari Sri Maya kami dapat lihat pertunjukan bunga api dari pelbagai sudut sehingga yang dari Genting pun jelas kelihatan. Tapi satu yang agak menarik untuk diceritakan, masa bunga api dipancarkan berbeza-beza bagi sesuatu tempat. Ada yang 3 minit awal dari detik 12.00 tengah malam (mengikut jam aku) dan ada pula lewat 5 minit. Mungkin jam penganjur tak selaras. Ada yang cepat, ada yang lambat... Ataupun bunga api tidak dipancarkan tepat jam 12.00 tengah malam, sebaliknya diadakan ucapan, nyanyian dan sebagainya dulu... Entahlah, aku tak tahu sebab berada di Sri Maya.

Apapun, jutaan terima kasih kepada Asaq sekeluarga. Nanti kalau time MERDEKA, bagitaulah kalau nak balik Sri Maya... hehehehe

Jadi sebagai pembuka tirai entry 2010 ni, aku ucapkan selamat bertambah maju jaya kepada semua pada tahun baru ini... (walau dah empat hari berlalu)

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!