JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, December 30, 2009

Tercapai....

Alhamdulillah, azam tanpa hebahan aku pada awal tahun tercapai. Azam untuk blog ni lah...

Pada asalnya, aku berhajat untuk membuat sebanyak 150 post dalam blog ini dalam tahun 2009 ni, dan secara tanpa aku sedari, ianya telah mencecah 150 pada entry sebelum ni mengenai etopup2u tu...

Banyak dan rajin jugak aku menulis kan? Pelbagai cerita suka dan duka sepanjang tahun 2009 ini, kini hampir ke penghujungnya... tiada seorang manusia pun yang mampu menghentikan putaran masa... sedar tak sedar, kita akan melangkah dan menggunakan kalendar baru dalam masa 2 hari lagi...

Berbalik kepada 150 entry aku tahun ni, mungkin ianya sekadar syok sendiri.. ahh peduli apa aku? Yang penting aku dapat berkongsi sesuatu dengan mereka yang ingin berkongsi...

Hehehehe.... oklah, entry ke 151 tahun 2009 ni, sekadar nak mengumumkan bahawa aku dah mencapai KPI aku sendiri dalam berblog..... heheheheh

Monday, December 28, 2009

Bisnes Baru...

Salam semua...

Sejak 2 minggu lepas, aku telah buat sedikit survey tentang satu jenis bisnes, iaitu jualan prepaid telefon secara sms...

Ada 2-3 company juga yang aku survey... paling utama, aku akan sms/email kepada no atau email yang tercatat kat bahagian "contact us" depa tuh... ada yang respon cepat, ada yang tak respon langsung... mana yang respon, akan mendapat markah dalam "persaingan" ni... hehehe

Lepas tu, aku ushar pulak pakej yang ada... then... harga komisyen yang dibayar serta lain-lain kelebihan yang ditawarkan... Ada juga company yang "serabut" dan mengelirukan maklumat dalam website mereka...

Ada juga aku membaca di ruangan chatting web tertentu dan apa masalah yang selalu diutarakan serta respon pihak admin...

Ringkasnya, aku telah memilih ETOPUP2U (seperti yang tuan-tuan telah nampak ada gambar henpon kat blog aku sekarang nih...)

Dengan menjadi agen jualan prepaid ni, bukan sahaja memudahkan diri sendiri apabila memerlukan kredit prepaid, malahan boleh juga dijual kepada yang memerlukan... Kebetulan ramai juga di kalangan ahli keluarga yang pakai prepaid... maka senanglah kalau aku nak hantar prepaid apabila memerlukan... sms sahaja, maka secara automatik kredit akan masuk ke telefon bimbit mereka...

Jadi, sekiranya kawan-kawan berminat juga, jomlah daftar di eTOPUP2U....

Jumpa lagi....

Thursday, December 24, 2009

Hari ini Pada Tahun Lepas...

24 Disember 2008, hari Rabu.... setahun lepas tertulis pada diari reminder henpon aku

1. Kena Gunting Rambut
2. Ambil Baju Man Kajang

Kenapa ada dua reminder di atas?

Jawapannya kerana pada 26 Disember 2008, iaitu dua hari berikutnya aku akan melangsungkan perkahwinan.

Kini, selepas setahun melayari alam rumah tangga, pelbagai asam garam pahit manis kami tempuhi. Orang kata tahun pertama pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bagi aku dan isteri, maklumlah, 30 tahun hidup sebagai orang bujang, komitmen pun hanya kepada keluarga di kampung dan kawan-kawan, selepas 26 Disember 2008 kami menambah satu lagi tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap rumahtangga kami.

Dalam bosan-bosan nak menaip tapi tak tahu topik apa, aku sengaja pilih untuk melihat reminder henpon, apa yang aku lakukan setahun yang lalu. Mujurlah henpon ni mampu bertahan lama, jadi banyak la reminder yang masih tersimpan.

Walaupun hanya dua reminder yang tertulis, tapi sebenarnya banyak lagi urusan yang aku lakukan setahun lalu. Maklumlah, sibuk menguruskan hal majlis akad nikah, majlis persandingan, menunggu keluarga datang dari kampung dan pelbagai lagi.

Mungkin posting ini yang bertajuk COUNTDOWN boleh menggambarkan persiapan aku ketika itu :-)

Cepat masa berlalu, Alhamdulillah kami hampir mencapai usia satu tahun dalam alam rumahtangga dua hari lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Aktiviti Ketiga Disember ---> Alhamdulillah Selesai...

Seperti aku war-warkan sebelum ni, setiap hujung minggu Disember padat dengan aktiviti keluarga aku.

Dan minggu lepas, telah selesai majlis kenduri perkahwinan adik aku di Alor Setar.

Seronok dapat berkumpul dengan saudara mara, jauh dan dekat. Semua nampak ceria dan bergurau senda menandakan gembira bersama. Satu suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan seronok, gembira walau kepenatan dan keletihan.

Kini telah selamat tiga minggu aktiviti Disember. Hujung minggu ini, aktiviti keempat pulak. Ulangtahun pertama perkahwinan aku pulak...

Apa aku nak buat? Atau sekadar lepak rumah tengok tv saja?

:-)

Monday, December 14, 2009

Aktiviti Kedua Disember ---> Selamat....

Yang ni bukan pengantin baru... ni pengantin lama dan pengantin lagiiii lama....

ahhh lega... nak balik dah... selamat semua..

Pengantin bersama abang-abang dan adik

Aku dan isteri bersama pengantin


Alhamdulillah, secara rasminya adik aku, Azli Hafiz (Hapis/Mat) selamat diijabkabulkan dengan Nor Atika (Ika) dengan sekali lafaz pada 12 Disember 2009 di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak.

Majlis pertunangan telah selamat dilangsungkan pada sebelah petangnya.... Selepas kira-kira 3 jam bertunang, mereka selamat disatukan sah sebagai suami isteri.
Maka secara rasminya juga, bertambah lagi ahli keluarga aku :-)

Kepada kedua-dua pengantin, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sampai bila-bila...

Nak layan lebih banyak gambar, klik saja SINI

Tuesday, December 8, 2009

I'm Protective?

Ada orang cakap aku ni seorang yang protective.... aku mulanya tak paham apa maksud dia... dia katakan yang aku akan protect aku punya area/family/kawan daripada 'disentuh' orang lain...

Hmmm......

Dia tambah lagi, aku ni jenis berdiam diri mengkaji situasi dan apabila mendapat peluang aku akan menyerang dan biasanya serangan aku amat memedihkan...

Hmmmm lagi....

Aku masih keliru.... bukan semua manusia begitu ke?

Bukankah semua orang pun sama sepatutnya?

Jadi kenapa dilabel aku seorang yang protective?

Dalam aku kebosanan dan muhasabah diri sebentar tadi, aku teringat beberapa peristiwa yang mungkin menunjukkan aku protective...

1. Ada satu ketika semasa di zaman belajar, seorang kawan aku telah 'cuba' untuk ditipu oleh seorang awek. Kawan aku ni menceritakan kepada aku, lantas darah menyirap... aku nak pergi sound awek tu time-time tu jugak, bukan nak belasah pun, sound jelah... tetapi dihalang oleh kawan aku tadi, katanya "sebab tu aku tak nak cerita kat hang benda ni."

2. Dalam satu pertandingan sukan, masa tu aku mewakili pasukan daerah.... dalam game tu, seorang rakan sepasukan (yang aku tak berapa kawan sangat sebab dia mulut celupar) telah dikasari dengan sengaja oleh pihak lawan. Kejadian berlaku berhampiran dengan aku.... lantas tiba-tiba terasa marah sebab rakan sepasukan diperlaku begitu, berlaku aksi tolak-menolak antara aku dengan mamat kasar tadi hingga mencetuskan pergaduhan antara dua pasukan apabila member lain mula campur tangan.

3. Isteri aku bercerita bahawa ada seseorang yang aku kenali suka menyibuk hal peribadinya. Pastinya ianya ada bersangkut paut dengan aku juga. Malam tu juga aku minta no telepon orang tu untuk aku sound jangan menyibuk hal orang lain.

4. Ada satu pelanggan yang aku sengaja bagi peluang untuk kredit telah berjanji untuk membuat bayaran dalam tempoh tertentu. Apabila ditanya dia sering berkata esok. Aku ni seorang yang malas membesarkan hutang yang tak sampai RM50 hanya berdiam. Namun apabila ditanya lagi selepas dua minggu dia masih katakan esok, tetapi selepas seminggu dia masih belum melangsaikan bayaran, aku mula melenting dan 'membubuh' dengan ayat "kalau haritu kata nak bayar tahun depan, senang... tak perlu aku nak tanya selalu!".

5. Semasa bekerja dengan sebuah syarikat suatu masa dahulu, ada seseorang rakanniaga berjanji untuk membuat sesuatu kepada majikan aku secara percuma sebagai tanda sokongan. Maka kami pun tidak memikirkan untuk menempah barangan tersebut kerana memikirkan boleh menjimatkan kos. Namun selepas 6 bulan, benda yang dijanjikan belum kelihatan. Aku tanpa segan silu telah bertanya kepada rakanniaga tadi perihal janjinya itu kerana terasa amat menyusahkan apabila berjanji tetapi tidak ditunaikan.

6. Semasa bekerja di syarikat sama di no.5, aku telah merekemen seorang kawan yang berniaga buat baju. Kami pada masa itu inginkan imej korporat dan ingin membuat pakaian seragam. Kawan aku ni dah siap datang ambil ukuran badan setiap staf dan mengambil deposit RM50 seorang, daripada pengawal keselamatan, tukang cuci hinggalah pengurus. Apa yang tak best, kawan tadi menghilangkan diri hampir 3 tahun selepas itu hinggalah aku tidak lagi bekerja di situ. Baju ke mana, duit kemana aku kena ganti, sebab nak jaga nama baik kawan punya pasal. Tapi bila dah jumpa dia balik, i'll make an offer that he can't refuse....

Itulah di antara beberapa contoh situasi yang aku masih ingat kejadiannya.... Pada aku, mungkin semua orang akan memainkan peranan hampir sama apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Walaupun darah apa yang mengalir dalam tubuh mereka sekalipun...

Jadi adakah aku terlalu protective?

Konsultan Tanpa Tauliah

Salam semua,

Tetiba pagi ni mood nak membebel lagi kat sini... hehehehe... tapi aku nak bebel kat diri aku sendiri... tak nak cakap pasal orang lain... orang kata, cermin diri sendiri dulu kan, sebelum menilai orang lain?

Aku ni selalu perasan yang aku tahu segala macam, walhal aku dok macam tu jugak. Pi mai pi mai tang tu sahaja... Mungkin sebab kerjaya sebelum ni banyak mempengaruhi di mana aku menjadi salah seorang konsultan, menyebabkan aku banyak berjumpa orang, banyak bagi buah fikiran, banyak buat research, banyak bagi pendapat dan banyak benda lagilah. Ditambah pula aku telah ditakdirkan pernah bertugas lebih dari satu bidang di beberapa organisasi, mungkin menyebabkan aku rasa aku hebat sangat.

Padahal.... habuk pun tarak!!!

Bercakap saja pandai, kadang-kadang tak buat apa yang dicakapkan... Semua benda kalau boleh ulas, nak ulas... nak tunjuk pandai... nak tunjuk tahu serba-serbi... tapi selalunya terfikir sendiri balik, lagi banyak bercakap, lagi banyak menampakkan kebodohan.... sebab kadang-kadang apa yang diperkatakan tu tak betul, orang lain sengaja diam saja, malas nak malukan aku... chitt... malu aku wehhh....

Sekarang ni aku dan dua orang sahabat mengusahakan sebuah kedai fotostat kecil. Ohh... macam hebat sangat kedai ni kan... kadang-kadang tu sampai dah mula bagi pendapat kepada jiran-jiran kedai sebelah macamana nak tingkat hasil perniagaan mereka, padahal aku tak muhasabah pun, mereka dah lebih dahulu berada di lapangan perniagaan berbanding dengan aku nih... ada yang dah 7-8 tahun pun bertahan... aku ni baru tak sampai tiga bulan nak tunjuk pandai pulak.... ish..ish... bila difikirkan balik.... malu jugak jadinya...

Tapi nak buat macamana kan, aku ni Melayu... mungkin Melayu memang begitu.... suka bercakap dan memberikan pendapat dan nasihat walau diri sendiri tak kemana sebenarnya... Lepas tu suka pulak nak komen/complaint pasal orang lain tanpa mencermin diri sendiri... Sampaikan kadang-kadang apa yang dikomen dan dinasihatkan kepada orang lain tu kena batang hidung sendiri... baru padan muka aku!!! hahahahaha

Entahlah, mungkin juga faktornya sebab kawan-kawan suka bertanya pendapat aku, lalu aku bagilah pandangan.... bukan sekali dua, malah kerap... ianya bukan hanya tertumpu kepada khidmat nasihat kawan-kawan malahan pernah menjangkau hal-hal perundangan, masalah rumah tangga, masalah percintaan, perihal kerjaya dan perihal keagamaan.... mungkin untuk tidak menghampakan, aku pun berilah pendapat dan pandangan...

Tapi satu yang aku rasa bagus juga, biasanya aku cuma beri pandangan dan nasihat apabila ditanya... kalau tak ditanya, aku diamkan saja... namun ada juga pernah terbabas nak tunjuk pandai, bagi pendapat tak kena tempat... dan orang yang menerima tu, nasib baik diam sahaja...

Wahai kawan-kawan... apalah ada pada aku ni? Aku bukan sesiapa... belajar pun malas dan cuma bernasib baik mendapat sarjana muda... nak buat Master mungkin tidak, nak bagi nasihat.... aku pun tidak seberapa... tapi kalau nak cerita pengalaman, boleh saja....

Paling aku cuba nak elakkan, untuk bagi komen yang bukan bidang aku... aku tak mau bagi komen 'nota kaki' yang aku tidak mahir atau tanpa memberikan kredit kepada 'guru' yang memberikan aku ilmu itu.... biasanya aku memberikan pendapat berdasarkan pembacaan atau pengalaman atau percakapan pihak lain kepada aku... jadi tidaklah sehebat mana pun aku ni... sebab tu aku mula terasa malu untuk memberikan komen atau pendapat.... sebabnya ianya adalah milik idea orang lain...

Tapi pernah juga berlaku, kes-kes 'nota kaki' bilamana orang lain mengulangi semula idea yang aku berikan kepada mereka kepada aku semula tanpa menyedari aku yang memberitahunya terlebih dahulu.. ataupun, mungkin semasa aku memberikan idea tu, mereka tidak yakin dengan apa aku katakan, lalu meminta padangan orang lain dan kebetulan orang itu memberikan jawapan yang sama dengan aku maka tanpa rasa bersalah diulang semula pernyataan atau komen aku terdahulu kepada aku..... (ini dah diulas dalam entry 'nota kaki' terdahulu)...

Tegasnya.... aku kadang-kadang malu apabila bercakap tentang perkara yang bukan bidang aku apabila hanya memberikan pendapat atau bercakap dan menampakkan ketidakpandaian aku ni...

Malu dong ahhh....

Ahh... cukuplah membebel....

Soalan pemahaman

1. Siapakah yang malu dalam artikel ini?
A. Aku
B. Dia
C. Mereka
D. Saya

2. Membebel adalah seerti dengan ....................
A. Membungkus makanan
B. Bersukan
C. Berleter
D. Memandu keretapi

3. Mengikut artikel di atas, 'Aku' biasanya bercakap tentang isu-isu berikut.
I. Keagamaan
II. Perundangan
III. Perniagaan
IV. Kerjaya

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

4. Apakah taraf pendidikan 'Aku'?
A. SPM
B. Diploma
C. Sarjana Muda
D. Master

5. Pada pandangan anda, apakah yang perlu 'Aku' lakukan?
A. Pergi melancong
B. Buat bodoh jer....
C. Berhenti memberikan pendapat
D. Teruskan memberi pendapat

6. Sekiranya anda di tempat 'Aku', apakah perasaan anda berdasarkan bebelan di atas?
A. Peduli apa aku....
B. Kami berhak...
C. Malu jugak la....
D. Tak malu sangat la....

Sekian.....

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 1 - Disember 09


Seperti dimaklumkan terdahulu, bulan Disember ni aku pack dengan aktiviti keluarga. Sebenarnya dah mula pun sebelum Aidil Adha lagi sebenarnya tanpa aku sedari...

Apapun, 5 Disember telah selamat diikat tali pertunangan di antara sepupu aku, Mohd Naim dengan pasangannya Noraini.
Kepada Naim & Anne..... Selamat Bertunang....

Thursday, December 3, 2009

Sensitif atau Peka?

Semasa zaman sekolah dulu, aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolah. Pada masa tu, pasukan Pengakap adalah lebih glamour berbanding PBSM, namun disebabkan uniform bagi pasukan Pengakap adalah lebih mahal, maka aku memilih PBSM. T-Shirt berlambang PBSM baru berharga RM10 (bukan uniform no 1) yang telah menunjukkan identiti sebagai ahli PBSM berbanding uniform Pengakap yang mencecah seratus ringgit pada masa tu.

Aku menjadi ahli PBSM sejak dari tingkatan 2. Itupun atas ajakan kawan-kawan yang terlebih dahulu menyertai persatuan ini di sekolah. Bermula sebagai ahli biasa, mungkin disebabkan ramai kawan-kawan dalam persatuan ni, aku telah menjadi Timbalan Pengerusi semasa tingkatan empat namun berhenti disebabkan bertukar sekolah.

Daripada sekadar memenuhi ajakan kawan dan faktor baju yang murah, aku mula sukakan PBSM ni. Daripada t-shirt berlambang yang berharga RM10, aku juga telah memiliki uniform rasmi no 1 semasa di tingkatan 3. Daripada tidak tahu apa-apa berkaitan pertolongan cemas asas, aku mula mendapat sedikit ilmu berkaitannya. Daripada ahli biasa aku juga telah diamanahkan untuk memberikan sesi pelajaran kepada ahli PBSM di sekolah lain semasa sesi perjumpaan di sekolah mereka.

Aku juga menghadiri beberapa kursus, perkhemahan dan pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti PBSM ini. Hampir ke seluruh negeri kami ditugaskan walaupun pada masa itu kami masih bersekolah. Semuanya gara-gara hubungan yang akrab PBSM sekolah aku tu dengan PBSM Daerah dan negeri, maka kami selalunya akan ditugaskan untuk 'cover' beberapa event yang memerlukan ahli pertolongan cemas. Memanglah kami selalu dipanggil sebab kami tidak pernah menolak. Lagipun kadang-kadang dapat makan free, dan ada ketika dapat elaun. Tentulah suka!!! Hahahahah...... tapi yang paling best, dapat ramai kawan la... tambah pulak kalau budak pompuan... perghhh..... hhehehehehhe hahahahahha

Selepas bertukar sekolah, aku sekali lagi memilih sebagai PBSM sebagai salah satu persatuan. Apa yang menarik, 'team' aku di sekolah lama, kebanyakkan berpeluang berhijrah sekolah semasa tingkatan empat dan menyambung legasi PBSM di sekolah baru dan majoriti dari kami menjadi Pengerusi/Presiden PBSM di sekolah baru....

Walau apapun, sebenarnya yang panjang-panjang banyak perenggan di atas tu cuma MUKADIMAH sahaja untuk entry kali ni... Apa yang sebenarnya hendak aku ceritakan ialah DISEBALIK dan HASIL penyertaan aku dalam persatuan semasa di sekolah dahulu dengan APA yang aku jadi sekarang walaupun tidak lagi menjadi ahli mana-mana persatuan...

Alhamdulillah, sekarang aku nampak mengapa ko-kurikulum semasa sekolah itu amat dititik beratkan oleh guru, sekolah dan Kementerian berkaitan. Rupanya ianya membentuk peribadi dan sahsiah murid/pelajar selain daripada sesi akademik. Tidak kira apa persatuan pun, aku yakin jika para murid/pelajar menghayati prinsip yang diterapkan, pasti akan mendapat sesuatu, bukan hanya mengisi masa hujung minggu menghadiri aktiviti persatuan namun hasilnya tiada.

Aku mengambil contoh diri aku sendiri, bukan untuk mendabik dada, tetapi aku rasakan PBSM telah mengajar aku untuk sensitif dan peka kepada keadaan sekeliling dan pantas bertindak terhadap sesuatu. Faktor masa amat penting dalam pertolongan cemas dan inilah disiplin yang aku terapkan bilamana apabila melibatkan masa dan janji, aku akan cuba sampai awal atau paling tidak pun tepat pada masanya. Begitu juga dengan pembacaan terhadap suasana dan 'hazard' (ancaman?) sekeliling dapat dinilai dengan pantas walaupun tidak tepat.

Selain itu, PBSM (boleh juga dibaca berpersatuan) juga mengajar aku selok-belok 'politik kecil-kecilan'... Maklumlah, aku telah diperturunkan ilmu oleh seorang yang amat penting dalam PBSM negeri pada masa tu, "Dalam persatuan ni, ada tiga benda yang boleh menyebabkan persatuan jatuh atau bangun. Boleh juga menyebabkan seseorang tu disukai atau tidak. Tiga benda tu ialah Pangkat/Kuasa, Glamour, Duit". Memang aku mengakui bahawa beberapa faktor daripada tiga benda inilah yang menyebabkan aku memencilkan diri dari berpersatuan selepas tamat pengajian peringkan ijazah.

Mungkin orang lain melihat kelantangan dan sikap menegur kesilapan walaupun orang yang lebih berpangkat sebagai satu cara untuk aku 'memintas' kedudukan orang lain. Atau memang betul begitu caranya untuk cepat naik?

Entahlah.... sampai satu peringkat, aku katakan kepada diri sendiri, aku dah puas berpersatuan.... semua aku dah rasa sepak terajang.... Dengan persatuan aku dah jumpa pelbagai peringkat manusia dari tukang kebun sekolah (bukan merendahkan taraf tukang kebun, maaf) hinggalah DYMM Tuanku Sultan walaupun umur pada masa tu masih mentah. Tiada apa lagi yang aku cari dari persatuan atau pertubuhan atau parti politik (yang aku pernah dijemput untuk menganggotainya) kerana aku tidak mahu lagi mewujudkan musuh. Maklumlah, aku ni jenis kalau benda tak kena, aku sound saja... tambah pedih lagi kalau benda aku diamkan lama tetapi bila dapat peluang 'bola tanggung' aku pasti 'smash' cukup-cukup...

Atas sebab inilah, aku tidak lagi berpersatuan sekarang... kadang-kadang kita lebih rela mendengar teguran daripada orang luar daripada 'orang dalam' kerana teguran 'orang dalam' yang lebih dekat dengan kita tu, pastinya terasa lebih pedih dan menusuk kalbu....

p/s: dah ke laut jugak cerita aku kali ni kan... niat nak cerita benda lain... jadi lain... ahhh hentam sajalah.... ada apa-apa soalan?

Thursday, November 26, 2009

Insan Baru Di Dunia...

2 minggu lepas, aku terima sms dari seorang rakan pada memaklumkan kelahiran cahayamatanya...

Sehari lepas tu, 2 orang rakan lagi mengirimkan sms memaklumkan hal yang sama berkaitan kelahiran anakanda mereka... pada malam yang sama...

Pagi tadi juga, aku menerima satu sms dari seorang lagi memaklumkan kelahiran seorang lagi Hamba Allah di muka bumi ini...

Zaiful Rizal - anak pertama
Asrizal - anak kedua
Farid - anak pertama
Fulim - anak ketiga

semuanya aku ucapkan terima kasih kerana memasukkan nama aku dalam senarai makluman serta aku doakan anakanda kalian menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang mentaati suruhan Agama serta patuh kepada ibu bapa... semoga kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarga kalian, akan menambah rezeki dan kerukunan rumahtangga yang dibina...

Jumpa lagi..

Kena Lagi.... Aduhh... Part 2

Untuk pemahaman lebih lanjut, sila baca KENA LAGI.... ADUHHHH....

Hmmm.... jam 2.45 pagi 26 November 2009, aku kena lagi....

Kali ni tahap 6.5.... dan ianya hanya selesai pada jam 3.20 pagi....

Pagi ni terasa ada lemah-lemah badan... harap semuanya cepat pulih...

p/s: bro letssharehere amat memahami apabila aku sms dia pagi tadi bagitau aku kena 6.5 jam 2.45 hingga 3.20 pagi sebab MUNGKIN hanya kami yang menilai tahap itu... hehehehe

Wednesday, November 25, 2009

Kongsi Ilmu...

2 + 4 = 6

13 x 2 = 26

98 - 14 = 84

56 / 2 = 28

ok adik-adik... demikianlah ilmu yang kita kongsikan hari ni... sempena cuti sekolah... jangan asyik tengok Ceria saja ye... pelajaran jangan lupa....

Monday, November 23, 2009

Teknologi...

Hari Ahad, 22 Disember aku menghadiri dan menziarah dua orang sepupu aku yang berkhatan. Seorang umur 7 tahun dan seorang lagi 6 tahun.

Apa yang best, majlis berkhatan mereka tu diadakan dengan penglibatan seramai 13 kanak-kanak yang lain. Yang aku tahu, paling muda berusia empat tahun. Semuanya dari komuniti lorong yang sama dari kawasan perumahan tu. Berkhatan pula di rumah seorang doktor yang memang berpengalaman dalam urusan berkhatan dengan bayaran yang cukup murah (katanya doktor cuma ambil harga barangan dan ubat = RM75 seorang).

Berbalik kepada dua orang sepupu aku tadi, si Haikal yang berumur 6 tahun merupakan pembuka tirai manakala si Afif pula penutup tirai. Apa yang menarik dan tidak seperti zaman aku berkhatan dulu-dulu, teknologi berkhatan sekarang semakin canggih! Guna Smart Clamp... (aku dok cari gambar smart clamp tak jumpa pulak... kang aku letak gambar anu budak2 tu selepas khatan baru tau!!! hahahha)

Tak sampai sejam selepas khatan, si Haikal yang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang tak reti duduk diam telah menangis... bukan sebab sakit, tetapi dah bosan baring dan nak main PS2 di bahagian atas rumah... terpaksalah kami operasi menurunkan TV ke bawah sebab tak nak bagi dia naik tangga...

Apabila si Afif dah selesai pulak, dia terus berjalan balik dan terus main PS2... seperti tiada apa-apa berlaku!!! Hampeh tul... zaman aku dulu, mahu baring 2-3 hari, nak kencing pun susah...

Tak sampai jam 4 petang, kami membuka tali yang melintang sepanjang ruang tamu sebab sudah tidak digunakan lagi... (biasalah, tali tu nak ikat kain budak berdua tu semasa baring) budak-budak berdua tu pulak, berjalan pun tak perlu nak angkat kain di bahagian 'tooot'....

Rasanya tiga hari dah pakai seluar la tu.... Nenek depa call semalam (biasalah nenek, cucu berkhatan mesti risau, dia tak dapat datang pulak tu) agak terkejut sebab diceritakan budak2 tu tak baring dan tak sakit pun... sedang mengira duit 'hasil' yang diperolehi (tak tahulah selepas aku balik pukul 6, kalau dua-dua pakat meraung sebab ubat bius dah abis - tapi tak juga, sebab si Haikal yang pertama jam 9.15 pagi... si Afif yang last jam 3.30 petang - Haikal tak complain sakit pun)

Hmm... inilah kesan teknologi.... semuanya semakin mudah dan ringkas.... kalau digunakan secara meluas teknologi ni, kurang income la Tok Mudim kampung, tetapi sepatutnya Tok Mudim pun dah boleh seiring dengan teknologi, tak la budak-budak lelaki takut lagi bila dengar istilah BERKHATAN!!!

Wednesday, November 18, 2009

Komitmen...

Bulan Disember nanti, setiap hujung minggu aku mempunyai komitmen keluarga...

5 Disember : Sepupu aku dijadualkan akan bertunang, pasti terlibat dalam event ni punyalah... lagipun dia bertunang dengan orang area-area Taman Melawati, berhampiran dengan kawasan rumah aku...

12 Disember : Kali ni giliran adik aku pulak... cumanya akan bertunang sebelah petang dan terus akad nikah sebelah malam... kenduri pulak 13 Disember... adik aku insya Allah bertemu jodoh dengan orang Ipoh... jadinya 12 dan 13 Disember pasti aku akan berada di Ipoh...

19 Disember : Kenduri meraikan perkahwinan adik aku... insya Allah di Aloq Staq... gila kalau aku tak terlibat!!!

26 Disember : Ulangtahun pertama perkahwinan aku nih.... event apa? Entahlah, ada duit lagi ke untuk diri sendiri??? hahahahahha

Jadinya.... komitment hujung minggu sepanjang Disember - Fully Booked!!!

Jumpa lagi...

Monday, November 16, 2009

Dah...

Alhamdulillah, lega kereta yang dirindu kan disimpatikan kerana bermalam selama seminggu di bengkel, malam tadi telah kembali bermalam di parking rumah...

Kena berapa, jangan tanya la yer... kalau nak tolong top up, tanyalah kena berapa top overhaul tuh... heheheheh

Ok... lega rasanya isteri tak perlu menumpang orang dan naik teksi lagi, Insya Allah....

Friday, November 13, 2009

Tak Setel Lagi...

Hari ni dah 6 hari dia kat sana...

Esok genap seminggu...

Pening... penat....

Wednesday, November 11, 2009

Kerinduan.... (Sajak Buatmu)

Kerinduan kepadamu
Tiga malam berlalu
Aku terpaksa membiarkan engkau jauh dariku
Jauh daripada tempat tidurku
Apakan dayaku
Apalah silapku
Terpaksa membiarkanmu
Tidak terdaya aku
Melihat engkau sebegitu
Walau tiap hari aku menjengukmu
Tanpa rasa jemu
Mengusapmu selalu
Membelaimu selalu
Menangisi nasibmu
Menangisi nasibku

Hati ini rindu
Hati ini sendu
Hati ini pilu
Melihat engaku terpaksa diperlaku
Dibuka bajumu
Ditanggal isimu
Dirobek jantungmu
Direndam pilu
Apalah dayaku
Sekadar memerhati engkau diperlaku

Tiga malam berlalu
Aku menantimu
Tiga hari berlalu
Aku berulang memujukmu
Tiga malam berlalu
Aku jauh darimu
Tiga hari berlalu
Aku sentiasa mendoakanmu

Maafkanlah aku
Andai apa ku laku dahulu
Telah menyakitimu
Telah menghiris jantungmu
Telah menyumbat hatimu
Penyebab kesengsaraanmu
Hingga kau terpaksa jauh dariku
Tiga malam itu
Tiga hari itu
Amat rindu padamu
Amat simpati padamu

Kuanggap ini ujian-Mu
Terhadap dosa-dosaku
Kuanggap ini dugaan-Mu
Menguji ketabahanku
Kuanggap ini rezki-Mu
Yang Kau tetapkan padaku

Ya Allah, Engkau ampunilah aku
Agar berakhir kerinduanku
Agar berakhir gundahku
Aku berserah kepada-Mu
Hanya Engkau Yang Satu

Wahai isteriku
Maafkan jua aku
Andai aku menyusahmu selalu
Andai aku menyebabmu buntu
Andai aku mengundang gudahmu
Berdoalah kita kepada Yang Satu
Agar kerinduan itu
Agar ujian itu
Agar dugaan itu
Agar tiga malam itu
Agar tiga hari itu
Agar sengsara itu
Agar kejauhan itu
Bernoktah selalu

Wahai rinduku
Wahai simpatiku
Wahai hartaku
Cukuplah tiga malam itu
Cukuplah tiga hari itu
Engkau jauh dariku
Aku terpaksa tinggalkanmu
Semoga kita akan bertemu
Akan kunanti kepulanganmu
Engkau akan ku pacu
Engkau akan ku pandu
Setelah tiga malam
Setelah tiga hari
Engkau dibengkel itu

Janos
Rabu, 11/11/09, 1050hrs




Apakan daya, keretaku terpaksa bermalam di bengkel.... tiga hari tiga malam... harap2 hari ni dah siap dibaiki... Kesian dia kan?

Thursday, November 5, 2009

Nota Kaki punya cerita...

Nota Kaki atau Footnote biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah... kalau sesiapa yang tak tau nota kaki tu yang mana, try buka apa-apa buku teks ke, majalah ilmiah ke kalau ada, ianya adalah nota yang menyatakan sumber dari mana petikan dalam artikel itu digunakan...

Sebagai contoh:

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. 1

__________________________________________
1 Sejarah Tingkatan 3, bla..bla...bla...

Kat ujung tu ada nombor... jadi itulah nota kaki tuan-tuan... Maknanya memberikan kredit kepada pihak sebenarnya yang dicedok ilmunya....

Apa yang aku nak ceritakan sekarang, bukan cara-cara membuat nota kaki, tetapi lebih kepada gelagat... Biasalah janjanos kan suka bercerita tentang gelagat orang... hehehehe...

Selalu terjadi kepada orang-orang disekeliling aku, selalu memberitahu aku sesuatu yang SEBENARNYA aku yang beritahu mereka perkara itu lebih dahulu... takdak contoh, tak best la kan?

1. Seorang rakan kerja pada suatu hari memberitahu aku "diaorang cakap, kalau nak cepat pulih selsema, jogging masa hujan, atau bersukan bagi keluar peluh di tengah-tengah hujan"... aku tersenyum sahaja sebab diaorang yang dia maksudkan tu aku la... seminggu sebelum itu aku yang cadangkan kepada dia benda yang sama...

2. Aku memberitahu seorang kawan, ramai penduduk Ukay Perdana ni dulunya adalah tentera sebelum berpindah masuk kuarters.... tak semena-mena, beberapa minggu selepas tu, kawan yang sama kata balik kat aku "ada orang cakap, dulu ramai tentera kat area umah hang tu!".... menyampah aku mendengarnya... hahahahah

Ok.. last contoh:

3. Aku merungut, kereta aku dah nak kena servis timing belt sebab dah 80 ribu km lebih, kena belanja lagi lah tu... beberapa hari kemudian, kebetulan kawan yang sama naik kereta aku dan terpandang odometer kereta aku dan berkata, "dah 80 ribu lebih yer... hang dah tukar timing belt belum? Diaorang cakap dah patut tukar bila dah lepas 80 ribu km"..... Aduhhh.... penat aku!!!

Perasan tak? Dialog nota kaki ni biasanya dimulakan atau mempunyai diaorang cakap, ada orang kata dan seangkatan dengannya.... Kalau kita mengucapkan kepada bukan orang yang bagitau kita sesuatu, takpelah... jangan kita ulang benda yang sama kepada orang yang memberitahu kita perkara itu.... malu weh... nampak sangat kita jenis nota kaki tapi tak bagi kredit... Tapi ada kategori yang lebih teruk... tidak dimulakan dengan diaorang kata, ada orang cakap.... tetapi terus bedal saja, macam dia punya idea... hampeh punya orang...

Moralnya... hati-hati bila bernota kaki....

Jumpa lagi

Tiada Ruang?

Kelmarin seorang sahabat aku mengadu, katanya dia tiada ruang untuk diri sendiri....

Aku tak tahu nak kata apa... selama ini aku ingatkan dia enjoy dengan kerjanya, komitmen2 lainnya dan bisnes-bisnesnya...

Aku cuba mententeramkan dia dengan mengatakan apa yang dia buat sampai tak cukup masa sekarang ni dah memang untuk dirinya...

Ok, sahabat aku ni kerja dengan sebuah syarikat swasta.... kalau bab kerja, hari Sabtu, tengah malam atau bila-bila sahaja biasanya dia tidak menolak jika diperlukan... cuma kadang-kadang weekdays sahaja dia bercuti dan lepak-lepak dengan kawan (bercuti/MC/Mengular - dah jarang berlaku sekarang)... Dia pernah ditawarkan ke jawatan lain yang aku rasa mungkin kurang perlukan tuntutan masa di pejabat dan sahabat ini menolaknya... Nampaknya memang dia sukakan jawatan sekarang... dia nampak ENJOY...

Dalam pada itu, sahabat aku ni juga ada buat bisnes di sana-sini hingga menjangkau ke Pantai Timur... rasanya sudah 5-6 bulan bisnes dia dijalankan di pantai Timur dan diserahkan kepada seseorang untuk uruskan yang dia percayai... Setakat ni aku hanya tahu sahabat aku ni dah 2 kali turun naik ke sana untuk memantau bisnes dia tu... Selalu dia ceritakan tentang perkembangan bisnes dia kat sana, dan pernah juga dia mengajak aku mencari satu barang di KL ni untuk digunakan dalam bisnes dia tu, tapi rasanya dah hampir sebulan belum diajak secara serius lagi... Lagi satu, yang aku tahu dia ada bisnes juga di Lembah Kelang ni... bisnes kecil-kecilan... 2-3 hari sekali dia akan ke tempat perniagaan itu untuk update stok dan kira-kira duit... Dan sekali lagi aku nampak dia ENJOY...

Selain kerja dan bisnes, sahabat aku ni setahu aku ada satu lagi komitmen persatuan/pertubuhan (aku tak tau nak sebut macamana)... Komitmen yang ini tidak tentu waktunya.. biasanya sebelah malam lah... pernah juga sahabat aku ni memandu dan bermalam hingga ke Utara demi komitmen terhadap persatuan ini... Ada masa dia akan bercerita tentang ILMU-ILMU yang diperolehi.... Kerap juga berlaku, dia kepenatan dari bekerja, menolak pelawaan kawan-kawan untuk minum tetapi gagahkan diri juga untuk bertemu rakan-rakan sepersatuan... kami tidak marah, sebab kami nampak dia ENJOY....

Jadi, apabila dia mengadu 'tiada ruang' untuk diri sendiri, aku jadi hairan kerana selama ini aku rasakan semua yang aku nyatakan di atas (kecuali komitmen keluarga yang tak sepatutnya aku sentuh) adalah ruang untuk dirinya sendiri dan dia gembira melakukannya... Tak tahu pulak aku, kalau selama ini, tiga komitmen yang aku nyatakan di atas terpaksa dilakukan secara terpaksa, tanpa kerelaan dirinya sendiri... entahlah... hendak ditanya pun takut dia kecil hati...

Lantas, untuk menceriakan dia semula, aku tanya "Apa childhood dreams atau unfinished business? Jom kita buat itu". Aku mengharapkan jawapan dia nak 'menunggang basikal' ke, nak berjalan kaki sampai Ipoh ke atau karaoke sampai 24jam tanpa henti ke... Rupanya dia bagi jawapan yang aku tak perlu sebutkan di sini, (hampeh punya jawapan)... tetapi aku tersenyum kerana dia telah mampu bergurau, maknanya jawapan-jawapan aku tentang 'Tiada Ruang?' sedikit sebanyak diterimanya....

Kepada sabahat aku tu (anda tahu siapa anda), semoga anda telah fahami ruang anda itu...

p/s: atau ini yang dinamakan Midlife Crisis? Maklumlah, dia dah tua... hehehehe

Sunday, November 1, 2009

Emosi Comot...

Encik Hardiness, pinjam Tuan punya istilah, Emosi Comot....

Saja nak cerita, sekarang aku merasakan emosi aku comot...

Kalau diperhatikan, 2-3 posting aku panjang-panjang... emosi aku ni kalau time comot memang bersemangat nak menaip, mengarang dan mengkuliah... hehehehe

So, excuse me ya... next time kalau tengok ada post panjang-panjang 2-3 hari tu, tau lah korang, emosi aku tengah comot...

Jumpa lagi...

Saturday, October 31, 2009

Siapa Bos?

Ada sorang member, suka panggil aku tokey besar... aku kata mana ada, aku pun pekerja saja.... bukan bos....

Dia tak percaya... dia tanya kalau aku pekerja, siapa bos aku?

Aku jawab... company aku adalah majikan aku...

Dia pelik, tak paham dengan apa aku kata... Yelah, kalau company tu nama aku, macam mana aku ni pekerja untuk company aku?

Hehehehehe... aku senyum saja... aku tanya dia satu soalan... dalam Malaysia siapa BOS paling besar?

Dia jawab... PM kot... atau Sultan/Agung?

Aku kata, ok.. tak pa.. amik PM... dia pun makan gaji jugak... duit kerajaan... kerajaan tu rakyat yang bagi duit... AGUNG pun sama...
kalau dia kerja tak baguih, kita tukaq PM... hahahaha
jadi, sapa Bos???

Dalam meniaga, benda yang sama juga... walau peniagaan milik aku sendiri, nama aku sebagai pemilik, aku tetap bekerja. Majikan aku ialah syarikat aku tu, walau ianya memang milik aku... Sebabnya? Aku cuba wujudkan dua entiti berbeza... Syarikat aku membayar sejumlah gaji kepada aku dan aku berkhidmat kepadanya...

Pelik? Tak pelik kalau anda faham... ok, katakan aku tetapkan bulan2 gaji aku sejumlah x.... Walaupun aku berjaya membuat jualan berjumlah x + y + z x 1000 sekalipun, aku tetap dibayar sejumlah x seperti yang telah ditetapkan... Cumanya, part yang syok kalau prestasi 'majikan' aku tu memberansangkan, pasti aku akan dapat lebih daripada x pada sesuatu masa, kira bonus la tu... mungkin enam bulan sekali dia bayar, mungkin setahun sekali, mungkin tiga bulan sekali...

Sebab tu aku taknak dianggap bos... aku nak jadi pekerja yang kuat dan rajin untuk perniagaan aku... Kalau bos, selalu goyang kaki bagi arahan ajer...

Itu yang cuba aku terapkan... semoga kaedah ini akan membawa kejayaan....

p/s: Lagipun aku tak suka istilah Bos... kalau Bos, ada ke pekerja bawahan yang suka? kalau Bos, mesti kita selalu kutuk, maki dsbnya dibelakangnya... baik aku jadi pekerja, boleh kutuk Bos aku... hahahahah

Friday, October 30, 2009

Ilmu Memancing...

Aku tak suka memancing, tapi aku ada ramai kawan yang 'taik mancing' ni... kalau bertemu sesama mereka, aku ni jadi tukang senyum sajalah... ikan itu, ikan ini... kolam itu, kolam ni... bot murah, bot mahal.... tekong handal.... nak menyampuk pun mungkin 5 atau 10 minit sekali, itupun sekadar "hebat tu...", "mesti best kan?", dan lain-lain penyedap rasa sahaja... hehehehe

Namun aku dapat merasakan ilmu memancing ni amat berguna dalam kehidupan seharian. Orang selalu berkata "memancing ni mengajar kita bersabar". Majoriti akan berkata begitu, tetapi itu sahaja ke ilmu atau pengajaran yang kita dapat dari memancing?

Aku melihat ilmu memancing ni dari sudut yang lain. Semasa di zaman belajar dulu (lokasi dirahsiakan), aku mempunyai dua orang 'anak murid' yang entah mengapa meminta panduan dan pandangan aku tentang satu hal yang sama menjadi kesukaran bagi mereka pada masa itu. Jadi dengan sifat aku yang suka menolong dan hendak tengok kawan aku gembira, aku setuju menolong... Maka tertulislah dalam sebuah 'kitab' yang menjadi rujukan dan buku nota kepada mereka (entah dimana kitab tu sekarang)...

Ilmu yang mereka dapat semasa tu, aku gunakan konsep memancing, di mana mesti ada joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan.... tiada semua ni, tiada gunanya memancing... lainlah kalau hendak menjala... umpan tidak diperlukan walau kadangkala ada juga yang menabur sedikit umpan untuk memastikan kewujudan ikan di dalam air....

Berbalik kepada ilmu memancing ni, dua 'anak murid' aku tu dengan gembira dan yakinnya mengaplikasikan ilmu didada walau hanya sempat menuntut ilmu separuh jalan. Hasilnya percubaan pertama mereka terhadap apa yang diinginkan hanya separuh jalan jua. Bukan sebab tak habis menuntut ilmu, tetapi kehendak Allah Taala jua...

Masa terus berlalu, dua 'anak murid' ini sekarang telah berjaya mencapai apa yang mereka kehendaki, mungkin.... sebenarnya aku sengaja tidak menghabiskan 'penurunan' ilmu memancing pada masa itu bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini... Yelah, baru separuh jalan pun sudah dicuba, apatah lagi kalau diberi sepenuhnya..... :-)

Disebalik kegagalan dalam cubaan mereka itu, itulah sebenarnya ilmu yang mereka perolehi. Kesukaran dan kegagalan itu telah dengan sendirinya memberikan mereka ilmu yang sangat berguna.... bukan ilmu yang aku tunjukkan terdahulu. Mereka sebenarnya belajar dari diri sendiri, dengan aku cuma menjadi batu loncatan pemangkin keyakinan diri kepada mereka... Sebab itu aku amat kagum dengan pencapaian mereka sekarang tentang hal yang mereka minta ilmu dari aku dahulu...

Berbalik kepada ilmu memancing, seperti aku katakan ianya banyak maksud tersurat dan tersirat... Antaranya di dalam dunia perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar, ilmu memancing tetap boleh diguna pakai. Konsep joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan pasti boleh diaplikasikan... Sekiranya dua 'anak murid' yang aku nyatakan di atas membaca nukilan ini, pasti mereka akan cepat dapat menangkap apa yang aku maksudkan ilmu memancing dalam dunia perniagaan, dan bagaimana ianya menjadi berguna untuk menangkap 'ikan'.

Sedikit ilmu kepada mereka yang masih blur-blur tentang apa yang aku cuba sampaikan, aku dedahkan sedikit ilmu memancing yang mana umpan memainkan peranan penting dalam menangkap ikan. Kenalpasti jenis ikan yang kita nak tangkap dan kenalpasti umpan yang berkesan. Bila ikan dah makan umpan, mulalah bermain dengan joran dan tali pancing anda, tarik sikit-sikit jangan terlalu kuat takut ikan terlepas... dan bila dirasakan ikan sudah selesa dan kurang melawan, terus sentap dan ikan pasti berjaya dinaikkan....

Hal yang sama boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian... fikir-fikirkan lah... :-)

Jumpa lagi...

Thursday, October 29, 2009

Tidak dirancang...

Kadang-kadang, benda yang tak pernah kita jangka atau fikirkan akan berlaku. Ianya terjadi secara tidak disengajakan. Dan ada ketika juga, ianya telah dirancang dan idamkan.

Mengambil contoh alam pekerjaan. Mungkin 50% daripada kita mendapat pekerjaan seperti diidamkan... paling tidak pun seperti tercatat dalam kad hijau masa sekolah di bahagian cita-cita. Namun pastinya juga 50% lagi sekarang bertugas bukan di tempat atau bidang yang diidamkan dahulu.

Semua ini berlaku kerana perubahan masa dan pengaruh. Perubahan masa merujuk kepada tempoh masa yang panjang daripada zaman sekolah hinggalah alam pekerjaan. Dalam tempoh yang panjang tersebut, dunia secara globalnya telah mengalami pelbagai perubahan dan inovasi yang menyebabkan minat dan kecenderungan telah berubah.

Sebagai contoh, kawan-kawan yang sebaya aku... yang sekarang ni menjadi Pegawai Teknologi Maklumat. Ada tak di antara anda mencatat semasa sekolah dulu cita-cita nak jadi Pegawai IT, atau paling tidak pun apa-apa yang berkaitan komputer? Pasti tidak kan? Aku yakin tidak. Sebabnya pada masa itu tiada siapa yang pernah termimpi nak kerja dalam bidang tu.

Dan faktor masa yang panjang tadilah yang telah menyebabkan kawan-kawan kita tu beralih ke satu bidang yang tidak pernah diimpikan semasa zaman sekolah.

Satu lagi faktor yang berkaitan rapat dengan faktor masa ialah pengaruh. Pengaruh yang menyebabkan terjadinya perubahan dalam hidup kita ni mungkin datangnya dari orang terdekat yang kita kenali, atau orang lain yang kita kenal tetapi belum tentu dia kenal kita.

Pengaruh pertama iaitu dari orang terdekat, mungkin datangnya dari keluarga dan rakan-rakan. Merekalah selalunya yang berjaya memberikan pandangan dan pendapat sehingga kita mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu. Biasanya pengaruh ini juga terjadi daripada faktor masa di atas. Mereka mungkin memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman dan situasi semasa yang mereka rasakan sesuai untuk kita.

Pengaruh kedua iaitu dari golongan yang kita kenali tetapi belum tentu mereka kenal kita ialah pengaruh kita terhadap keadaan sekelilingan atau orang tertentu. Contoh paling mudah, ramai remaja sekarang suka untuk menjadi artis kerana terpengaruh dengan gaya hidup golongan artis yang serba glamor. Maklumlah, manusia memang sentiasa inginkan perhatian manusia lain, dan menggunakan medium sebagai artis pasti mudah untuk mendapat perhatian.

Aku tidak pernah mengatakan pengaruh ini baik atau tidak. Disini aku cuma ingin membincangkan bahawa kadangkala "terjadi sesuatu yang kita tidak jangkakan akan berlaku dalam hidup kita" seperti perenggan pertama posting ini. Dan contoh-contoh yang diberikan pula tidak merujuk kepada mana-mana pihak, ianya sekadar contoh bagi mendapat pemahaman yang lebih baik.

Hehehehehe... faham ke korang dengan posting kali ni???

Wednesday, October 28, 2009

Jaga makan

Minggu kedua kedai beroperasi... Alhamdulillah dah mula orang tahu... dibantu juga dengan hebahan flyers di kawasan sekitar...

Seperti posting sebelum ni tentang badan penat semua, tapi yang penting aku happy dengan apa yang aku buat.... disiplin juga kena jaga walau orang kata "kerja sendiri, masa sendiri"... memang betul tu, tapi aku ada amanah dan tanggungjawab yang aku pikul...

Semalam sembang2 dengan Bro letssharehere... dia nasihat aku jaga permakanan... memang aku amat setuju dengan dia, tapi kadang2 tu terasa tak selera nak makan... sebabnya ada masa time tengah panas tengahari kena jumpa supplier la... pergi sana sini... pastu seronok bekerja sampai kurang makan... hmmm.... patut pun badan penat...

Takpela, terima kasih Bro letssharehere kerana mengingatkan aku... Insya Allah aku akan cuba menyelerakan diri untuk makan jugak... kadang2 kesian jugak kat isteri sebab penat balik kerja terus masak, pastu aku makan tak selahap biasa...

Dan 'habuannya' lunch tadi aku kena abiskan nasi dan lauk yang dia masak malam tadi.... hari ni tapau... jimat belanja!!!

Jumpa lagi...

Saturday, October 24, 2009

Tak cukup rehat

Badan letih... otak penat...
Semua benda pun boleh buatkan aku tension dan marah....
Letih... Penat...
Tapi terpaksa gagah dan kuatkan semangat juga....

Wednesday, October 21, 2009

Blog Yang Terabai....

Semasa mula-mula melayan blog ni, tidak ramai kawan2 yang berkecimpung dengan blog2 ni... aku pun cuma diperkenalkan oleh pemilik letssharehere tentang adanya blogspot ni...

Bermula dari situ, aku mula dengan semangatnya menaip blog... daripada cerita biasa pergi sana sini, tentang hobi atau kegemaran dan minat hinggalah sekuel eTelenovela Dunia Joni... Semuanya aku titipkan (titipkan = pinjam ayat joetiffa) di dalam blog ini...

Ada ketikanya, blog ini terabai hampir dua, tiga minggu tanpa bahan baru... Dan, adakalanya pula, sehari sampai tiga, empat posting....

Itulah adatnya... dah nama pun blog sebagai hobi mengisi masa lapang... lainlah kalau ianya menjadi sumber pendapatan, sudah pasti 10 minit sekali ada posting baru....

Dalam pada itu, kadang-kadang aku rasa bersalah jika terlalu lama membiarkan blog ini tanpa bahan bacaan baru... Yelah, tengok kat visitor tu, nampak kawan-kawan masuk blog ini untuk membaca sesuatu, tetapi mungkin hampa kerana tiada posting baru, melainkan posting yang telah di baca... Dan tidak dinafikan, begitu jugalah kadang-kadang yang aku rasakan apabila tiada bahan atau coretan baru yang boleh aku baca daripada rakan-rakan blogger...

Jadinya, kalau tengok kat kolum Rakan-Rakan aku tu, cuma ada 3 blogger sahaja yang nampak aktif, sekurang-kurangnya seminggu sekali... mereka ni sentiasa berada di top 3... kadang-kadang mahu juga melihat blog kawan-kawan di bawah tu naik ke atas... mesti bersemangat aku nak baca apa cerita terbaru mereka...

Sebab tu, aku katakan blog yang berada di tempat paling bawah tu sebagai "Blog Yang Terabai..."

Monday, October 19, 2009

Setelah....

.... sekian lama beroperasi tanpa premis, akhirnya kami (aku dan beberapa sahabat) berjaya menyewa satu premis bagi mengukuhkan dan menjana lagi perniagaan kami.

Beroperasi atas nama MJ Station, lokasinya di Ukay Perdana. Perkhidmatannya tertumpu kepada fotostat, binding, laminating, prepaid coupon, mencuci gambar (dalam perancangan), alatulis (akan bermula awal Disember).

Kedai kecil kami ini diharap mampu memberikan perkhidmatan kepada warga Ukay Perdana, malah diharap dapat menjangkau di luar kawasan... maklumlah, perniagaan tanpa sempadan... selagi ianya HALAL, akan kami teruskan...

Kepada rakan-rakan niaga yang mendoakan serta menaja beberapa barangan, MJ Station amat alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Semoga usaha kami ini akan dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak..

layari http://mozalgroup.blogspot.com

Thursday, October 15, 2009

Hijrah

Hari ini juga mencatatkan penghijrahan Joetiffa ke negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Beliau dilaporkan telah selamat mendarat di LTA Kuching jam 1630 tadi.

Kepada Joetiffa,

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU... SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI...

Projek Kedai

Sekarang ni, aku bersama dua sahabat baik aku (anda tahu siapa anda) sedang mengusahakan untuk membuka sebuah kedai. Kedai kami ni akan menjual alatulis, perkhidmatan fotostat dan sealiran dengannya, menjual top-up prepaid dan juga perkhidmatan mencuci gambar (masih dalam perancangan).

Jadi, sejak 2 minggu lepas aku amat sibuk ke hulu ke hilir untuk menguruskan pembukaan kedai tersebut. Mujurlah lokasinya hanya di Ukay Perdana ni, dekat dengan rumah aku. Cumanya, dah tentu aku kena ke sana sini bagi menguruskan pembekalan barang-barang di dalam kedai itu nanti.

Dari hal-hal pentadbiran - hinggalah hal-hal renovasi kena di ambil tahu walaupun kedai cuma sekangkang kera... namun, cukuplah sebagai permulaan. Kalau dah maju, bolehlah berpindah ke kedai lebih besar, takpun boleh buka cawangan baru dengan konsep yang hampir sama.

Insya Allah... doakan kejayaan kedai kami dan berilah sokongan...

Terima kasih...

Friday, October 2, 2009

Benda Nak Buat...

Sebelum raya, aku ada beberapa perancangan benda/perkara yang aku hendak selesaikan... Ada juga janji dengan kawan-kawan untuk membantu mereka dalam sesuatu hal...

Dan 2 minggu lepas raya ni, terasa masa makin mencemburui pulak... walaupun aku ni sekarang bekerja masa fleksibel, namun inilah yang menyebabkan makin terasa tak cukup masa... Yelah, orang lain mungkin ada masa tetap, contohnya 8.30am - 5.30pm... so, paling lama pun mungkin kul 6pm depa dah pulang ke rumah dan berehat bersama keluarga atau meneruskan aktiviti sosial lain yang tidak melibatkan kerja...

Lain pulak dengan aku ni... terasa siang malam pulun kerja... sampai terasa macam hebat sangat... padahal masih lagi ibarat "kais pagi makan pagi...."

Kadang-kadang terasa dengki dengan orang lain yang masih mempunyai masa kesana sini berjumpa kawan-kawan walaupun seharian bekerja... padahal aku ni jumpa kawan-kawan juga, tapi biasanya urusan kerja lah... pastu bila depa contohnya jemput ke majlis open house misalnya, time tu pulak aku tak dapat pergi!!! Padahal sebelum tu, siang malam boleh ON saja kalau nak jumpa hal kerja...

Aku ni ada masalah ke??? Hmmm........

Tuesday, September 29, 2009

Sembang-Sembang

Hmm... dah 13 Syawal hari ni... tak terasa sangat masa berlalu kan? Semasa Ramadhan kita menghitung hari bilalah nak 1 Syawal... sekarang dah 13 Syawal pun... dua minggu lebih sudah kita meninggalkan Ramadhan....

Kebanyakkan daripada kita, rutin harian telah kembali seperti sediakala... kemalasan semasa hendak menyambung tugas akibat bercuti panjang, mungkin sudah diatasi... sambutan 1 Syawal mungkin dilupakan sedikit demi sedikit.... Namun masih ada juga sebahagian daripada kita yang sedang giat merancang majlis rumah terbuka, terutama apabila tinggal 2 kali ujung minggu sahaja lagi bagi Syawal kali ini...

Kuih-kuih raya di dalam balang juga, mula dipandang sepi... mungkin tunggu masa untuk dibakul sampahkan sahaja.... Yelah, kadang2 daripada hari raya pertama lagi orang sudah tidak memandang kuih-kuih raya sangat... mereka lebih gemar menikmati nasi tomato, laksa, bihun sup dan lain-lain makanan berat... kuih-kuih raya pula, mungkin cuma dijamah sebiji dua sekadar ingin merasa...

Tapi biasalah kan... nanti bila kuih-kuih sudah dibakul sampahkan, mulalah tekak ini ingin menjamah balik... mulalah akan keluar soalan "kuih tart raya hari tu ada lagi?"... hehehehe... telan air liur sajalah...

Inilah rutin kita saban tahun barangkali... Ramadhan/Syawal datang dan pergi selagi dunia ini ada hayatnya...

Friday, September 18, 2009

Menjelang Syawal 1430

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di Alor Setar lebih kurang 2.30 tadi...

Tahun ni, 1 Syawal pertama bersama isteri di kampung halaman aku.....

Kepada rakan-rakan blogger atau yang tersinggah kat blog aku ni,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Asslammualaikum...

Tuesday, September 15, 2009

Penat tapi tak ngantuk....

Hari ni aku menjalankan beberapa urusan yang memenatkan... Dari pagi (jam 11 sebenarnya ketika matahari panas membara) aku dah parking kereta kat LRT Jelatek... arah tuju dengan LRT ialah nak ke Masjid Jamek, kemudian transit naik Star (Ampang Line) ke stesen Bandaraya untuk ke Medan MARA...

Dari Stesen Bandaraya, jalan kaki ke Medan MARA... tengah panas tuh... pastu setel urusan tak sampai 5 minit, patah balik ke LRT... Beli tiket dan menuju ke stesen PWTC pulak... arah tuju ialah SSM kat The Mall... ada beberapa urusan perlu diselesaikan.....

Dari The Mall, dengan gagahnya aku jalan kaki lagi ke area Chow Kit... jejalan cari barang.... hampir 2 jam jugak pusing2... peluh jangan cerita la... dengan hausnya lagi... perghhh.... dugaan atau sengaja nak menduga diri sendiri ni?

Pastu lebih kurang jam 2 petang, ambik Monorel dari stesen Chow Kit menghala ke Stesen Bukit Nanas... tujuan nak transit ke LRT Kelana Jaya Line (Putra) dan balik ke Jelatek ambik kereta... Dari monorel ke LRT Dang Wangi pun jalan kaki lagi... gagah aku nih...

Sampai di Jelatek, start kereta, menuju ke opis saudara Joetiffa pulak... saja penuji jemputan dia untuk sembang2... tengah jem dan panas terik kugagahi jua... perit dan kepanasan serta kehausan aku abaikan demi tidak menghampakan permintaannya...

Jam 4.30 petang, aku mula bergerak untuk balik ke rumah. Kali ini demi memenuhi permintaan isteri pula untuk berbuka puasa di KLCC sambil jalan-jalan di sana. Kami berbuka di Pizza Hut... tanpa segan silu, aku menghabiskan minuman berkarbonat segelas dengan dua kali teguk sahaja, sekali semasa berbuka dan sekali lagi selepas menghabiskan sebiji pizza personal... hehehehe

Aktiviti di KLCC berakhir kira-kira jam 10 malam, namun aktiviti aku untuk hari ini belum berakhir... selepas menghantar isteri balik, aku keluar semula, kali ini menuju ke rumah saudara Azhar (Asaq) di Lembah Pantai...

Badan yang keletihan dari pagi lagi, aku gagahkan juga ke sana... Sampai di rumahnya kira-kira jam 11.15 malam... Selesai urusan, balik ke rumah dan selamat tiba jam 12.30 pagi...

Rupanya badan yang penat itu belum menjamin tidoq yang lena... Dan hasilnya pada jam 2.30 pagi, aku ON laptop ini dan mula menaip artikel ini... Masalahnya, Badanku Penat Tapi Aku Tak Dapat Tidoq!!!

Sunday, September 13, 2009

Tak pasti

Aku tak pasti sama ada ianya betul ataupun kesilapan visitor counter aku... Last aku raikan ia ialah pada 6 August 2009 dengan posting Dah 4000 hits

Tetapi cuba Tuan-Tuan tengok kat counter aku tuh.... Dah 11 ribu lebih hits.... Glamer sangat ke blog ni dalam masa sebulan???

Kepada rakan-rakan blogger yang mahir, minta tolong check kalau boleh... kot2 ada yang tak kena...

Thanks...

Disebalik....

Semasa aku mengarang DUNIA JONI melalui sekuel Tenang Fikiran - Kisah Bersiri, tidak ramai pembaca atau pengikut Dunia Joni yang memahami apa kisahnya 'disebalik' Dunia Joni. Ada juga pembaca yang merasakan dia memahami apa yang cuba disampaikan namun mungkin hanya 10% sahaja pemahaman itu.

Namun aku akui bahawa sebenarnya pembaca tidak perlu dibebankan dengan terlalu banyak 'disebalik' sesuatu yang disampaikan. Yelah, namanya pun Tenang Fikiran - Kisah Bersiri... mengapa perlu dibebankan fikiran, betul tak?

Tapi itulah sebenarnya keseronokan dalam menulis, apabila kita dapat menyatakan sesuatu dalam bentuk yang lain. Ianya nyata memberikan satu kepuasan yang berbeza dan tersendiri.

Namun apa yang pasti, Joni semakin dilupakan oleh pelayar blog ini. Jika suatu masa dahulu nama Joni, Sarah, Albert dan lain-lain sentiasa dinanti, kini semua itu tidak lagi dikenali. Bagi yang melayar blog ini dari awal, mungkin mereka masih lagi menanti sambungan Dunia Joni bagi menceriakan hari-hari mereka. Namun tidak dinafikan, ada juga yang tidak gemar membaca sesuatu yang panjang seperti episod-episod Dunia Joni dahulu.

Dalam Dunia Joni, kadang-kadang kita terlalu memandang rendah terhadap keupayaan orang lain dan cepat membuat andaian walaupun belum tentu andaian itu betul. Seringkali terjadi konflik apabila andaian awal kita itu menyebabkan pihak lain berkecil hati atau merasa tidak selesa. Dunia Joni juga menggambarkan bagaimana sifat dengki dan busuk hati boleh mengundang malapetaka, sama ada dirancang mahupun tidak.

Elemen kejutan dan sesuatu berlaku tanpa dirancang juga sinonim dengan dunia nyata. Begitu juga kejadian-kejadian kecil hati, musuh dalam selimut dan terlalu leka dengan kesenangan hingga lupa kepada asal usul dan musibah yang bakal menimpa. Inilah sebenarnya ramuan dalam kehidupan yang perlu ditempuh semua pihak, sama ada sedar atau tidak, langsung mahupun tidak langsung.

Semestinya ramuan-ramuan seperti dinyatakan (atau terlupa dinyatakan) akan menceria dan mencorakkan hidup seseorang. Inilah yang dinamakan kehidupan :-)

p/s: Mengapa ada posting ini???

Saturday, September 12, 2009

Seminggu Nak Raya

Hari ni hari ke 22 Ramadhan 1430, minggu depan Ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma, menandakan detik kemenangan kepada umat Islam yang berjaya menempuhi ibadat Ramadhan.

Aidil Fitri dinanti saban tahun. Ada yang mengatakan raya sekarang dah tak sama dengan raya dahulu... Dah kurang meriah... Ada yang lain pula mungkin menyatakan inilah Aidil Fitri paling best dan penuh pengisian.... mungkin mereka mempunyai alasan tertentu tentang kesimpulan mereka itu... Namun Aidil Fitri tetap datang saban tahun selagi dunia ini masih 'bernafas'...

Kalau di Malaysia ni pulak, biasalah musim perayaan macam ni tak akan lepas dari OPS SIKAP (operasi jalanraya dan lebuhraya bagi mengawal trafik / kemalangan).... dan bila ianya bermula nanti, kita akan dipapar dan dihebahkan statistik harian melalui media massa. Kalau bab ni, aku harap semua statistik KOSONG lah... memang mustahil kan?

Di rumah2 pula, bau biskut dan kuih raya akan mula berbau harum. Seperti yang aku bau sekarang ini, aroma kuih raya baru dibakar yang dibawa angin dari jiran sebelah mungkin. Para isteri, suri rumah, ibu dan ayah mungkin akan mula berjaga sepanjang malam dan menahan kepenatan di siang hari demi membuat kuih dan pelbagai biskut untuk hidangan para tetamu... Bagi yang lain pula, mungkin lebih mudah untuk membuat tempahan atau membeli di pasaraya atau bazar Ramadhan yang berlambak sekarang ni...

Sana-sini orang ramai dah mula bercakap pasal raya... jalan-jalan menuju ke tempat tumpuan membeli belah akan mula sesak, namun semua orang nampaknya tabah mengharungi kesesakan itu.... siang dan malam manusia nampaknya semakin sibuk menghambat masa yang dirasakan semakin mengecil untuk membuat persiapan Syawal...

Bagi yang akan memandu jauh balik kampung pula, kenderaan akan mula di servis. Bagi yang sudah menyelesaikan urusan servis lebih awal, akan pula bersedia dari segi kewangan dan perancangan perjalanan kelak... Kawan-kawan dan sanak saudara sudah mula bertanya "raya di mana tahun ni?" terutamanya kepada pasangan yang telah berumahtangga...

Bagi yang berpendapatan rendah dan para peniaga pula, inilah minggu terakhir untuk mengumpul sebanyak mungkin pendapatan... diandaikan seperti selepas Aidil Fitri tiada lagi peluang untuk menjalankan perniagaan lagaknya...

Dan suasana ini akan semakin hebat dirasai apabila Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.... Dimana senyuman semakin dapat diukirkan bagi mereka yang akan betul-betul merasai nikmat berpuasa dan meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran...

Allahuakbar

Thursday, September 10, 2009

Penutup Hidung dan Mulut Pelbagai Corak

Hmm... Daripada saiz bayi hinggalah saiz orang dewasa ada... layari http://mozalgroup.blogspot.com


Seloka Teruskan Ke?

Salam Tuan JoeLim,

Hehehehe.... sengaja aku guna blog nak bercakap, bukan apa... kredit hp tak banyak nak sms banyak2 benda yang sama... hehehehe... lagipun aku tak pakai line seperti tuan berdua... kredit pun abis call agen sana sini...

So, macamana? Resolusi kat Suzi Corner pada malam Nuzul Quran tempohari? Teruskan atau tidak? Tanpa sokongan dan masa tuan berdua, aku tak dapat nak teruskan... kalau nak bagi mandat aku putuskan, aku henjut sahaja... cuma takut nanti masa depan jadi gaduh sahaja... Aku dah survey sekadar terdaya, dan tuan berdua pun tahu hasilnya...

Mungkin masalah timing kita yang tak kena? Dengan musim puasa dan raya, membataskan masa? Tambahan pula komitmen keluarga berjela? Atau aku sorang yang rasa terlebih masa? Untuk excited bertanya di sini sana? Maklumlah, orang takda kerja....

Hahahaha... jangan pulak tuan berdua marah aku pula... Bukan niat nak tagih sengketa... Tapi kadang-kadang inilah kita... Nak jadi profesional bagai di cita, terpaksalah kadang tahan mata dan telinga... Mungkin suatu masa, giliran aku pula yang kena.... hahahahaha....

Saturday, September 5, 2009

Kreatif depa ni...

Hahahahahaha..... aku nak gelak dulu....

Dah mainkan video youtube kisah Hang Tuah di atas tuh? Kalau belum, mainkan sekarang!!!

Penemuan penting yang ramai tidak mampu sedari..... Kalau tak tengok lagi, tengok sekarang... nak tengok ulang-ulang kali pun boleh....

Hebat!!! Tahniah kepada yang menemukannya...

Wednesday, September 2, 2009

Buka Puasa Dengan Kawan part 2

30 September, sekali lagi berbuka puasa di luar... kali ni dengan Joe sekeluarga...

Kami berbuka di sebuah restoran di Jalan Conlay.... Siap ada persembahan tradisional lagi, dan paling best yang membuatkan Danial (anak Joe) terpaku, ialah pesembahan khas 1Malaysia sempena malam merdeka... Daripada dah bosan2 budak tu, sampai diam dan layan jer persembahan....

Walau apapun, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Joe sekeluarga. Kami doakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, juga semoga Allah memelihara keluarga beliau daripada sebarang mala petaka dan penyakit berjangkit dan seterusnya diberikan cahaya keimanan dan ketakwaan hendakNya... Ameenn...

Sunday, August 30, 2009

Buka Puasa Dengan Kawan

Hari Rabu lepas kami berbuka puasa di sebuah restoran di Taman Melawati... Terima kasih kepada Y.Bhg Fulim kerana sudi menyediakan peruntukan berbuka puasa pada hari itu, walaupun rancangan di buat 'last minute'...

Dengan keadaan hujan yang agak lebat, ianya tidak menghalang kami untuk menerima jemputan tersebut apatah lagi mengambil kira faktor kami juga belum menyediakan juadah, maka jemputan tersebut diterima dengan tangan terbuka, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal....

Walau apapun, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg Fulim. Kami doakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, juga semoga Allah memelihara keluarga beliau daripada sebarang mala petaka dan penyakit berjangkit dan seterusnya diberikan cahaya keimanan dan ketakwaan hendakNya... Ameenn...

p/s: Sori, takdak gambaq... terleka...

Friday, August 28, 2009

15 Malaysia

Ialah sebuah produksi filem pendek berlatar belakangkan Malaysia...

Di antara pelakon terlibat: DS Nik Aziz Nik Mat, YB Khairy Jamaluddin, YB Tian Chua....

Layan la... www.15malaysia.com

Free download...

Seminggu Puasa & Merdeka

Hari ni, Jumaat dah genap seminggu kita berpuasa.

Lagi 3 hari pula, iaitu Isnin ini negara akan menyambut hari kemerdekaan kali ke 52.

Jadi, itulah sahaja cerita untuk kali ini.....

Hahahahaha....

Thursday, August 20, 2009

Nak Jual....




Proton Satria Neo 1.3 (manual) untuk dijual.
Tahun 2006.
Odometer reading 77,000 ++km....
Tak pernah eksiden... minta dijauhkan...
Enjin standard (campro)
Tabung ekzos baru tukar 2 minggu...
Prestasi masih mantap!!!
Tiada masalah....
Plat WPK xxxx
Harga: RM38,000 (nego)
Currently available... lagi cepat lagi bagus!!!
Contact Janos: jan_janos@yahoo.com sertakan no tepon... aku akan contact balik ASAP... serious buyer only!!!

Wednesday, August 12, 2009

I'm Back But...

Salam,

Hampir seminggu bercuti dari mengepos, rupanya masih lagi kebuntuan idea untuk membebel kat sini. Aduh... bukan tiada kejadian atau peristiwa yang boleh dikongsikan, tapi... ntahlah... tidak tertaip pula...

Keh3x.... aku dah buntu idea balik... Dah dua kali aku mendelete apa yang aku taip di perenggan kedua ini...

Mungkin aku perlu bercuti lagi, sambil mencari bahan untuk dikongsikan... Tapi di mana aku boleh bercuti? Nak balik kampung? Hmm.... sedih mau cakap, ongkosnya amat merunsingkan sekarang ini... Apatah lagi nak pergi bercuti di mana-mana... Mungkin tidak buat masa ini...

Dalam posting sebelum ini, aku ada bebel pasal tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan dan Syawal... Bukan bebel disebabkan aku tak suka kedatangan kedua-dua bulan mulia tu, tapi atas faktor ekonomi... faham-faham sajalah...

Mungkin orang akan berkata, usaha tangga kejayaan....Ya... memang itu yang cuba aku lakukan... berusaha dari pelbagai sudut untuk menjamin keceriaan Ramadhan dan Syawal kali ini... Dan hasilnya mungkin akan menceriakan Syawal ataupun hanya boleh menceriakan Aidiladha kelak... hehehehe.....

Nasib baik aku masih mampu tersenyum....

Dan akhirnya berjaya juga aku memperbanyakkan perenggan dalam posting kali ni...

Jumpa lagi...

Janos

Thursday, August 6, 2009

Dah 4000 hits

Officially, janjanos.blogspot.com sudah mencecah 4000 hits, tanpa perlu memaksa student masuk blog ini...

Terima kasih kepada rakan2 blogger dan pembaca lain yang sentiasa sudi berkunjung untuk mengikuti tanpa jemu perkara-perkara yang aku cerita dan bebelkan...

Harapnya Allah SWT terus memberikan aku ilham dan kesempatan untuk terus bercerita melalui blog ini.

Pada kesempatan ini juga, aku mohon maaf andai terkutuk, terperli atau sengaja kutuk dan sengaja perli... semuanya adalah atas prinsip ILMU....

Terima kasih
Janos

Wasiat Raja-Raja Melayu

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam satu majlis di DBP (sempena pelancaran buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas) hari ini telah mengingatkan rakyat, khususnya orang Melayu tentang tujuh (7) wasiat dan amanah Raja-Raja Melayu semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
    (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rasa terharu dan naik semangat pulak membacanya... klik sini untuk berita penuh

Sumber: Utusan Online

Wednesday, August 5, 2009

Syaaban ---> Ramadhan ---> Syawal

Sebenarnya aku pun tak perasan malam ni merupakan malam Nisfu Syaaban hinggalah mendapat fwd email dari bini aku petang tadi tentang kelebihan malam ini dan ibadat-ibadat yang sunat dibuat malam ni...

Jadinya... kepada rakan-rakan blogger, carilah kelebihan Nisfu Syaaban... semoga 'buku baru' kita semua dipenuhi amal ibadat dan pahala, Insya Allah....

Lagi dua minggu kita akan mula berpuasa pulak... Dan tahun ni, ramadhan pertama aku sebagai suami... Pastu nak beraya pulak.... sebut beraya ni yang gelisah sikit, sebab dah berdua ni, faktor kewangan PASTI menjadi isu penting... Masa aku sorang takpelah, cukup duit nak balik raya pun dah cukup...

Dan tiba-tiba aku menjadi takut untuk menyambut syawal, padahal ianya adalah hari kemenangan...

Tolong... tolong... tolong....

p/s: mula dah kusut!!! Hahahahahaha

Hari Jadi Joetiffa

Selamat Hari Jadi Encik Joetiffa yang telah disambut pada 4 Ogos setiap tahun..... Dah 31 kali sambut dah kan? So, aku dan keluarga dari janjanos.blogspot mengucapkan HEPI 24th BESDAY!!! Hahahahaha :-p

Monday, August 3, 2009

Kesian Hardiness

Ada ke patut, seorang pensyarah berkaliber malahan hensem dikatakan amat boring dan buat lawak tak best? Ini semua gara-gara rungutan Hardiness disini yang menceritakan tentang ada student kutuk dia dalam blog...

Lantas, skuad penyiasat pin menjalankan tugas membuat risikan tentang kes ini... Maka dapatlah dikesan sumber yang dikatakan iaitu terdapat dalam blog ini....

Maka, kepada Hardiness, aku ingin katakan bahawa sebenarnya budak joyah tu bukan kutuk anda, sebaliknya dia tak paham lawak-lawak anda di dalam kelas, terutamanya apabila anda mula bercerita tentang Yom Mat/Pak Belalang/Tok Bekam.... Dia tak kenal siapa abang anda tu..

Cuba ceritakan kepada kami, sure kami gelak guling-guling kerana kami mengenali subjek yang diceritakan itu dan kami juga akan dengan pantas dapat membayangkan wajah comel Yom Mat apabila anda bercerita mengenainya...

Hahahahhaha... ni pun dah gelak.... hahahahah

Sebabnya???

Kantoi Hardiness dok mengutuk Yom Mat dalam kelasnya... namun ketidakfahaman pelajar-pelajar membataskan kutukan dan lawakan itu...

Maka, aku sarankan selepas ini, sebelum membuat lawak atau bercerita pasal Yom Mat, apa kata anda letakkan dulu slide / powerpoint wajah Yom Mat... pasti satu kelas memahami lawak yang anda cuba sampaikan...

Hahahahha

p/s: Sori Yom Mat, gua serampang dua mata...

Sunday, August 2, 2009

Lepak rumah jer...

Hmmm..... cuti hujung minggu, aku dok rumah sahaja...

Hari Sabtu, isteri menyertai 'treasure hunt' dengan kawan2 opis, aku pulak dok umah, tengok internet kes demonstrasi je... Malas lah nak ulas pasal demo-demo nih!!

Hari Ahad, menunaikan janji untuk menonton Harry Potter - Half Blood Prince di MBO Ampang bersama isteri, dan lepas tu balik.

Lagipun kualiti udara nampaknya tak kurang baik disebabkan jerebu... mata terasa pedih2 dan tekak pun dah rasa kureng... kena minum banyak la kan?

Ok... nak pi buat Nescafe O jap... jumpa lagi

Thursday, July 30, 2009

Duit Baru

Bahagian Belakang

Bahagian Depan

Dapat not baru RM50 semalam dari ATM CIMB. Dah guna pun bayar bil... hehehehe


Tukar Ekzos

Mula-mula, kereta aku dinaikkan atas benda ni... apa nama ntah...

Inilah tabung ekzos yang telah berkhidmat hampir 3 tahun sejak pembelian kereta ini. Beliau akan menamatkan perkhidmatan sebentar sahaja lagi.....

Hal inilah yang menyebabkan ianya terpaksa ditukar. Selain itu ada juga lubang karat dan mereput antara tabung dan paip ekzos.

Tabung ekzos telah berjaya dipisahkan daripada kedudukan asal... Sayonara... TQ atas perkhidmatan selama ini...

Dan inilah tabung ekzos terbaru... selamat bertugas diucapkan dan JANGAN rosak yer... sampai bila-bila...


Mimpi

Ada orang kata mimpi ni permainan tidur. Ada yang kata ianya tiada makna. Ada pulak yang kata mimpi biasanya dapat ditafsirkan dengan sesuatu kejadian lain di alam sebenar. Ok, aku nak kongsi mimpi-mimpi yang aku alami bagi tiga malam berturut-turut... ianya seperti sekuel pulak.

Malam 1

Aku mimpi, seorang lelaki yang aku kenali (nama tidak dapat aku nyatakan di sini) sedang tidur di dalam kereta seperti menunggu aku di hadapan rumah aku. Kereta yang digunakan bukanlah keretanya yang biasa digunakan. Di alam nyata, dia mempunyai kereta import padahal di dalam mimpi itu, dia berada di dalam sebuah kereta tempatan. Seperti tersedar aku memerhatikannya, dia pun beredar.

Malam 2

Kali ini, tiba-tiba aku bersama lelaki yang sama seperti Malam 1 berada di dalam sebuah kereta untuk bekerja di satu lokasi. Di penghujung mimpi itu, lelaki tersebut bertanya "Bagaimana aku nak bayar upah engkau?"

Malam 3

Masih lelaki yang sama terlibat. Kali ini aku seperti membawa lelaki tersebut untuk berjumpa seseorang di sebuah hotel. Mungkin untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Selepas Malam 1 dan Malam 2, aku menceritakan hal mimpi aku ni kepada seorang sahabat. Dia berkata mungkin lelaki tersebut perlukan bantuan aku dan lelaki itu dalam kesusahan sekarang berdasarkan turun taraf keretanya, dan lelaki itu sanggup menunggu di hadapan rumah, tetapi lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk menyatakan dia perlukan pertolongan mungkin sebab malu atau sebab lain.

Dan, balik dari berjumpa sahabat ini, sebelum tidur, aku cuba menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut. Dan hasilnya, pada malam yang sama iaitu Malam 3, aku bermimpi seperti di atas. Cuma sekarang, siapakah seseorang yang kami berjumpa di hotel tersebut yang mungkin menjadi kunci untuk menyelesaikan masalah ini?

Siapa dia?

Sedangkan Malam 4, aku dah mimpi benda lain pun....

Tuesday, July 28, 2009

Tempat Rebutan....

Ya.. seperti dijangka, hardiness akan merayu-rayu agar beliau hanya diletakkan sebagai pemenang kedua... Semuanya gara-gara gimik Liyana Jasmay...

Dan letssharehere tentunya boleh claim tempat rebutan tersebut berdasarkan posting "Dah Tentu Aku Yang Menang Tempat Kedua" ....... Jadi nak dinner tu, bila-bila masa boleh... asalkan sediakan duit yang secukupnya... harus diingat, segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungan sendiri... kerana, merujuk kepada posting aku sebelum ni :

Hadiahnya??? Minum malam ekslusif bersama Liyana Jasmay atau Ainul.... hahahahah (tentu Hardiness pun tiba-tiba nak tempat kedua :-p)

Dan sekali lagi, aku umumkan bahawa letssharehere memenangi tempat kedua... sama ada posting dia lebih dari joetiffa minggu lepas = suka hati ko lah... hahahahhaha!!! Sebabnya aku dah kata, Juara Carta bercuti SEBULAN untuk beri peluang sebelum ni kepada rakan-rakan, so bukan hanya membuat penilaian posting minggu lepas...

Monday, July 27, 2009

Juara Carta Kembali...

Hampir sebulan pihak jawatankuasa penilaian carta rakan-rakan blogger berhenti rehat... Ianya tidak lain bagi memberi peluang kepada calon-calon finalist untuk mengumpul tenaga dan bahan untuk blog masing-masing.

Namun, kesudahannya seperti tiada apa-apa perubahan, sama seperti jangkaan awal dan undian sms para pembaca...

Maka, diumumkan bahawa Juara Carta Blogger kawan2 janjanos kali ini ialah HARDINESS!!!

Tempat kedua pula, sentiasa menjadi rebutan di antara dua peserta ini..... diduduki oleh...

Okeh.... kali ni aku nak bagi best sikit... mungkin kedua-dua pihak tersebut (joetiffa dan letssharehere) sekarang ni berada di opis masing-masing... maka aku CABAR dan membuat JACKPOT!!!

"SIAPA DAHULU DI ANTARA KALIAN BERDUA YANG BUAT POSTING TERLEBIH DAHULU SELEPAS POSTING AKU NI, DAN WAJIB MENCERITAKAN SESUATU LEBIH DARI 4 PERENGGAN.... DIALAH PEMENANG TEMPAT KEDUA...."

Hadiahnya??? Minum malam ekslusif bersama Liyana Jasmay atau Ainul.... hahahahah (tentu Hardiness pun tiba-tiba nak tempat kedua :-p)

So ayuh joetiffa dn letssharehere.... jadilah yang pertama buat posting selepas posting ini... So, Hardiness, harap dapat menjadi juri memandangkan kita tidak mahu posting dibuat hanya

"Aku dah post..."

Memandangkan Hardiness adalah juara yang tidak terkalah lagi, maka tarafnya telah dinaikkan... sejajar dengan kemenangan pertarungan tiga penjuru Sabtu lepas....

Ok... pertandingan bermula sekarang!!!

Sunday, July 26, 2009

PUBLIC ENEMIES


Siang tadi aku dan isteri berkesempatan melayan Public Enemies di MBO Ampang... kami tonton pada show pwetama iaitu jam 1200...
Seperti jangkaan awal, filem ini ternyata memberikan kepuasan. Dengan label pengkelasan 18PL, ianya nyata memberikan kepuasan dengan lakonan hebat Johnny Depp sebagai John Dillinger, seorang penjenayah yang paling dikehendaki yang melakukan rompakan bersenjata. Beliau diburu oleh Biro Penyiasatan (kalau sekarang mungkin FBI).
Filem yang berlatarkan tahun 1933 ini juga menampilankan adegan tembak-menembak, taktik dan strategi kedua-dua pihak (Dilingger dan Biro Penyiasatan) demi menumpaskan satu sama lain.
Babak yang paling aku suka - ketika Dilingger masuk ke pejabat Biro dan berjalan-jalan di dalam pejabat itu tanpa disedari oleh detektif-detektif Biro dan sempat melihat fail-fail dan gambar-gambar berkaitan risikan pihak Biro terhadap gengnya.
Oklah, nak tau lebih lanjut, klik saja Public Enemies...

Friday, July 24, 2009

Jangan Bercakap!!!

Jangan bercakap atau mula untuk bersuara atau pandai-pandai nak memberikan pendapat, sekiranya:
  1. Cuba mencampuri urusan orang lain dan urusan itu tiada kena mengena dengan anda.
  2. Waktu atau masa yang tidak sesuai apabila orang lain sudah letih untuk berfikir.
  3. Sesuatu yang anda tidak tahu mengenainya.
  4. Apabila di dalam mesyuarat dan anda tahu ianya hanya berlaku 'one way traffic' sekian lama.
  5. Mencelah di tengah-tengah perbualan tanpa bertanya dulu apa yang dibincangkan.
  6. Apabila anda hanya menumpang dalam sesuatu acara dan tidak berhak bersuara.
  7. Apabila apa yang anda akan katakan akan menyakiti pihak lain, atau menyebabkan orang lain bergaduh.
  8. Apabila anda bukanlah sesiapa.
  9. Bila anda hanya ingin mencadangkan sesuatu yang telah lama dicadangkan tetapi tidak pernah diambil peduli.

Tuesday, July 21, 2009

Budak Joker : Bakaq



Ini ialah Mohammed Bakli atau lebih dikenali sebagai Bakli a.k.a Bakaq a.k.a Basri a.k.a Bakri a.k.a Basri a.k.a Basikal a.k.a Bas Sekolah...


Beliau juga dikenali sebagai Technichian Agung semasa di zaman pengajian dahulu disebabkan kemahiran yang tinggi dalam memperbaiki peralatan komputer kawan2...


Aku mengenali beliau sekitar tahun 1998, iaitu dah 11 tahun dah pun... di awal perkenalan, beliau merupakan seorang jejaka pemalu yang sering meminta nasihat dan pandangan daripada mereka yang lebih dewasa... walaupun beliau seringkali tidak mendengar nasihat atau pandangan tersebut, namun usaha beliau itu patut disanjung...


Pada tahun 1999, beliau telah menjadi roomate aku bersama Jidin dan Sapuan... Ketika inilah aku mula dapat mengenali beliau dengan lebih dekat dan mendapati beliau sebenarnya seorang yang amat suka membantu orang lain walau kadangkala beliau sendiri yang susah...


Diantara aktiviti yang kami gemari ialah 'shopping' lewat malam di The Mall... hasilnya tidak menentu... kadangkala kami pulang dengan air tin, kadang2 kotak pensil, kad matriks, buku nota..... dan kadang2 payung, bergantung kepada cuaca jugalah.... Tapi ada sekali tu kami pulang dengan membawa Joe... ntah dari mana mamat tu ntah... tiba2 jumpa kat The Mall pulak!!!


Dalam bidang sukan pula, beliau dikenali sebagai pemain dari Liga Israel... beliau biasanya bermain diposisi pertahanan... beliau juga mempunyai sepasang kasut 'boot kicap' yang mempunyai garisan berwarna biru disekelilingnya... walaupun beliau seorang yang menulis dengan tangan kiri, namun di arena bolasepak beliau menggunakan kaki kanan... inilah rahsia beliau... sesuai dengan istilah Liga Israel, beliau juga seorang pertahanan yang kental dan menerima 'tempahan' untuk menyelesaikan sesiapa sahaja pemain pihak lawan...


Kini, beliau telah pun berkeluarga dan mempunyai seorang isteri dengan dua orang cahayamata lelaki... Sifat suka membantu dan sanggup meredah kegelapan malam demi aktiviti sosial beliau juga masih utuh di jiwa walaupun agak terbatas akibat logistik yang jauh dan komitmen terhadap keluarga...


Walau bagaimanapun, suatu masa dahulu, beliau dikenali sebagai "hari ni aku sms, 3 hari baru hang nak jawab yer Bakaq?" walaupun beliau sememangnya mempunyai 3 talian telefon dan yang lebih mengujakan, beliau amat suka menghubungi aku dengan menggunakan telefon isteri beliau, Amy.... namun beliau sekarang dah pulih sedikit, sms yang dikirim akan cuba dijawab dalam hari yang sama juga...


Apapun, beliau tetap di antara kawan baik aku di kalangan Jokerian.... Oppsss... satu yang lebih penting, beliau juga merupakan pengapit semasa majlis persandingan aku di Beranang dan yang lebih mengharukan, beliau sekeluarga juga ke majlis di Aloq Staq!!!


Jadi, sesuai dengan sekuel khas Budak Joker ini, aku dedikasikan episod sulung ini khas buat Mohammed Bakli a.k.a Bakaq... Semoga beliau terus sukses dalam segala lapangan yang diceburi...


Bakaq (kanan) di hari persandingan aku...

Sunday, July 19, 2009

Malacca Trip 12

EPISOD AKHIR

Ya, Alhamdulillah kami dah selamat sampai di rumah kami di KL... Masuk tol Ayer Keroh jam 1348 tadi... keluar di tol Sungai Besi jam 1505.... dan sampai di rumah jam 1645!!!

Perghhh dekat 2 jam nak lepas dari sungai Besi menghala ke Ulu Kelang nih!!!

Antaranya disebabkan oleh perlawanan bola sepak diantara pasukan Malaysia dan Man. Utd di Stadium Nasional, Bukit Jalil... Jalan lepas tol Sg. Besi nak lepas persimpangan Astro / Bukit Jalil tu memang mencabar perasaan... Dah lepas situ, tempuh pulak Pandan Indah yang memang tempat peberet jem... namun syukur, selamat sampai dah kat umah....

Sampai umah, ikan-ikan yang kusangkakan dah kelemasan, rupanya masih berenang-renang menyambut kepulangan aku... :-)

Ahhh petang ni jugak, ada 2 acara kekeluargaan yang perlu dihadiri, maknanya tak boleh berehat... mandi, tukar baju dan terus keluar jelah...

Destinasi pertama ialah rumah sepupu wife aku di Setapak... anaknya bertunang... so maknanya anak sedara isteri aku lah (anak sedara aku juga) - So, Selamat Bertunang Ruhil Syafinaz (kak lang)! Sebenarnya kami sampai tika majlis dan pun selesai... caterer pun tengah kemas peralatan, namun kami pergi jua walau tahu dah lambat... jenguk muka pun ok kan?

Selesai di Setapak, kami ke rumah maksu pulak dekat Kampung Medan sana tu... untuk satu majlis bacaan yasin dan doa selamat (rujuk posting "Gangguan" sebelum ni)...

Selesai semua, kami sampai balik umah jam 0015 tengahmalam.... penat takyah cerita...

Alhamdulillah, malam tadi dapat juga tidur di rumah setelah hampir seminggu tidur hotel...

zzzz....zzzz....zzzzz....

Malacca Trip 11

EPISOD JONKER WALK


Malam terakhir di Bandaraya Melaka, kami bersiar-siar di Jonker Walk... dekat jer dari hotel penginapan... kira-kira 2 km kalau jalan kaki...

Jonker Walk ni, kalau di KL seperti Petaling Street, Uptown, Downtown dan seumpamanya, cuma mungkin kelainan sikit ialah barangan yang diniagakan ada juga produk2 dari negeri Melaka sendiri dan rasa aku hanya ada satu gerai peniaga berbangsa India menjual vadeh, lain-lain ialah peniaga berbangsa Cina... tak kisah la... asalkan semuanya orang Malaysia...

Pengunjung pula terdiri dari pelbagai bangsa dan negara... Melayu, Cina, India, Omputih, Omhitam, Arab dan lain-lain lagilah... ramai dan macam2 ragam...

Pintu Gerbang Jonker Walk...

Pengunjung melihat dan memilih pelbagai barangan di Jonker Walk
Dalam aku berjalan-jalan tu, sambil memerhatikan kiri kanan nama kedai-kedai yang ada, aku tergamam sebentar melihat satu pintu yang tertera tulisan jawi... ianya berpagar dan berkunci manakala di depannya terdapat peniaga-peniaga barangan.
Aku amati tulisan tersebut, rupanya ianya adalah "Makan Hang Kasturi". Ohhh... sayu sebentar rasa hati mengenangkan tempat bersemadinya antara pahlawan terbilang Melaka dikelilingi oleh suasana hiruk pikuk peniaga dan alunan pelbagai jenis muzik di kawasan sekitar....
Tapi, terfikir dan terdetik juga... adakah Hang Kasturi tu Islam? Minta tolong siapa-siapa yang tahu, bagitahu aku yer.... bukan apa, nak sedekahkan Al-Fatihah je...
Makam Hang Kasturi

Hiruk pikuk Jonker Walk menutup kewujudan makam salah seorang panglima Melaka ini...

Demikianlah kunjungan singkat kami di Jonker Walk.... Disebalik kemeriahan jual beli dan kedai minuman 'lembut' dan keras dan pelbagai barangan cenderamata dan pakaian, terselit satu monumen sejarah kepahlawanan Kesultanan Melayu Melaka...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!