"Dan (Allah menciptakan) lautan yang selepas itu ditambah pula dengan tujuh lautan" - Surah Luqman:27.... Ilham dan ilmu dalam penulisan ini, tiada tolok bandingnya dengan kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu...
Saturday, March 14, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 24 - SEASON FINALE
EPISOD 24 – SEASON FINALE
Kini sudah sebulan Mugabe melaksanakan hukumannya. Hukuman yang diputuskan setelah dia mengaku bersalah membunuh Bob. Hutang nyawa dibayar nyawa.
Walaupun telah sebulan berlalu, Joni masih tertanya-tanya apa yang dibisikkan di antara Mugabe dan Albert pada malam sebelum hukuman dilaksanakan. Joni amat ragu dan inginkan kepastian mengapa mereka berbisik dan kemudian menoleh ke arah rumah Sarah? Adigun juga ada bersama ketika itu. Joni menjadi amat risau tentang pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku melibatkan Albert dan Sarah seperti yang dibisikkan Mugabe.
Janganlah pula Mugabe mewasiatkan agar Albert berkahwin dengan Sarah, tetapi Albert menolak sampai mengamuk dan marah-marah kerana Albert tidak mahu. Jika itu, baguslah kerana Albert tidak mahu. Tapi bagaimana pula jika Mugabe berpesan supaya jangan ganggu Sarah tetapi Albert engkar hingga mengamuk dan marah-marah dan terus memasang untuk mendapatkan Sarah walau dengan apa cara sekalipun? Tetapi risau juga Joni, jika Mugabe berwasiat Albert harus memiliki Sarah, tiada apa lagi yang dapat dilakukan walau Albert menolak. Wasiat wajib dilaksanakan!
Aduh... pening Joni memikirkannya. Hendak tanya Adigun, takut pula dia. Apatah lagi tanyakan terus kepada Albert, lagilah tidak akan mendapat jawapan. Hendak berkongsi apa yang dia nampak dengan Sarah dan Mona, pasti dia akan diketawakan kerana berfikir bukan-bukan.
Walau apapun, dia amat yakin Albert juga sedang merancang sesuatu. Manakan tidak, sejak kes kematian Bob, Albert langsung memencilkan diri. Tidak langsung mengganggu Joni. Walaupun Joni agak lega dengan perkembangan itu, namun dia agak gusar memikirkan apa yang ada dalam benak musuh ketatnya itu. Risau juga Albert merancang sesuatu dan pada bila-bila masa rancangan itu akan dilaksanakan.
Rimas Joni, amat rimas memikirkan apa perancangan Albert seterusnya. Sambil Joni juga saban waktu telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jika Albert datang cara baik, dia akan sambut cara baik. Dan jika Albert datang membawa maut, Joni juga sudah bersedia untuk membuat penghitungan terakhir. Biar sengketa antara Joni dan Albert selesai secepat mungkin, tidak lagi Joni sentiasa dalam keadaan tertanya-tanya dan ragu-ragu seperti ini.
Lima puluh hari selepas kematian Mugabe, masa yang Joni tunggu-tunggu pun tiba. Pagi itu Joni mendapat satu pesanan bahawa Albert ingin bertemu dengannya di bawah pokok kemboja. Pesanan itu disampaikan oleh Roni, adik Albert. Gelisah juga Joni pada mulanya, namun dia dapat mententeramkan diri setelah memikirkan segalanya pasti terjawab hari ini. Semua persoalan yang bermain di mindanya pasti diketahui hari ini. Sedar tak sedar, dalam dia berfikir itu, dia sudah berada di bawah pokok kemboja yang dimaksudkan..... dan Albert telah sedia menunggunya....
“Joni....”, lemah Albert menyapa. Lega juga Joni kerana Albert agak relaks. Ini membuatkan Joni lebih yakin pertemuan ini tidak akan berakhir dengan pertumpahan darah. Namun Joni bersedia akan sebarang tindakan Albert seterusnya yang mungkin berlaku. Joni tidak akan leka. Dia sentiasa memasang kekuda sekiranya Albert berhajat untuk menerpa.
“Joni.... kini telah lima puluh hari bapa aku, Mugabe pergi. Dan hari ini jugalah aku akan selesaikan segalanya dengan kau”. Sambung Albert.
Joni makin bingung. “Apa yang hendak diselesaikan?”.
“Hal aku, kau dan Sarah. hal yang bapaku wasiatkan pada malam sebelum perlaksanaan hukumannya”, balas Albert.
Ya!! Benarlah selama ini jangkaan Joni. Semuanya ada kaitan dengan Sarah, kekasihnya itu.
“Sebenarnya Joni, aku harap kau merahsiakan hal ini. Ini melibatkan maruah aku, Mugabe dan juga ketua keluarga yang lain. Apa yang aku hendak katakan ini amat mengaibkan. Hanya ketua-ketua keluarga iaitu bapa-bapa kita yang tahu. Hal ini telah lama diketahui, cuma ianya tidak dihebohkan”.
Aduh... makin pening Joni memikirkan, namun dia hanya berdiam menunggu apa yang Albert hendak nyatakan.
“Kau pun tahu kan, dari dulu lagi aku amat sukakan Sarah. Memang aku telah jatuh cinta kepadanya dari awal lagi.... dan sebab Sarah jugalah aku amat bencikan kau kerana Sarah ternyata lebih sukakan kau. Hinggakan aku pernah bersumpah, jika aku tak dapat Sarah, kambing lain pun takkan dapat Sarah”, panjang Albert menceritakan hal yang Joni telah tahu. Makin berdebar pula Joni hendak mengetahui apa wasiat dan pesanan terakhir Mugabe.
“Aku tahu semua tu”, balas Joni cuba menghidupkan suasana.
Albert menyambung, “apa yang pasti, selepas ini kau tidak perlu lagi risau akan aku dari mengganggu hubungan kau dan Sarah. Aku bukan diciptakan untuknya ”.
“Apa maksud kau ni Albert? Adakah kau mengundur diri dari memiliki Sarah dan melepaskannya kepadaku?”.
“Aku terpaksa Joni. Seperti aku katakan kami memang tidak layak bersama”.
“Tapi mengapa???”. Joni makin tidak sabar.
“Aku harap kau rahsiakan hal ini”.
“Aku janji. Tiada kambing lain selain ketua keluarga dan kita berdua yang tahu”, Joni berikrar.
“Sebenarnya aku bukanlah anak Mugabe.....” jawab Albert.
“Apa???!!!”
“Ya, aku sebenarnya anak David. David ialah bapa kandungku. Dia pernah bersama dengan ibuku, Maria. Tetapi demi menutup aib pada masa itu, semua ketua keluarga sepakat agar aku berada di rumah Mugabe kerana ibuku Maria adalah isteri Mugabe. Dan aku dengan Sarah adalah sepupu.... kami sememangnya tidak boleh berkahwin. Hanya kau yang sekupu dengan Sarah boleh berkahwin dengannya". (episod 4)
Joni terlopong....
“Itulah yang Mugabe katakan padaku pada malam sebelum dia dijatuhkan hukuman. Maka dengan ini, aku harap sengketa antara kita berakhir dan aku doakan agar kau berbahagia dengan Sarah”. jawab Albert menutup bicara.
Dan tidak semena-mena Joni rasakan ada air jernih mengalir di pipinya. Air jernih yang mengalir menandakan dia telah beroleh kemenangan...........................
Dan pastinya, hari-hari Joni selepas ini pasti akan berubah tanpa gangguan Albert..........
TAMAT
Wednesday, March 11, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 23
EPISOD 23
Hari melaksanakan hukuman telah tiba. Awal-awal lagi Joni lihat Manap datang bersama beberapa orang kampung untuk membantu Pak Maarof. Memang masyarakat Kampung Joget amat bermuafakat terutamanya jika melibatkan kenduri-kendara, makan free, siapa yang tak mahu? Lagipun mereka tahu, kalau kenduri di rumah Pak Maarof, pasti lauk kambing akan dihidangkan... kecur air liur mereka....
Semasa Manap menghampiri kawasan kandang, Mugabe mula memainkan peranan dengan menonjolkan diri agar dipilih. Dan biasanya Manap atau Latip akan memilih kambing yang paling menonjol dan tidak melawan. Mungkin mereka juga mengetahui bahawa masyarakat kambing telah menjatuhkan hukuman.... entahlah, bagaimana mereka tahu, malas Joni nak fikir.
Dan seperti dijangka, hukuman terhadap Mugabe akan terlaksana pagi ini kerana memang Manap memilih Mugabe. Mungkin juga sebab saiz yang agak besar, daging yang banyak maka mendorong Manap memilih Mugabe. Tetapi bagi Joni dan para kambing lain, mereka tahu hukuman terhadap pembunuh Bob akan dilaksanakan secara rasmi hari ini.
Para sepuki dan anak-anak Mugabe kelihatan agak muram... mereka sedih dengan perlaksanaan hukuman sebentar lagi. Cuma Albert yang Joni lihat masih dalam perasaan geram dan marah. Dia tidak melihat langsung bapanya di bawa pergi. Dan Joni teringat kembali yang Albert menjadi marahkan Mugabe sejak malam tadi...
Kira-kira jam 8 pagi, Mugabe ‘selamat’ menjalani hukuman. Joni tahu pukul 8 pagi walaupun kambing tak pakai jam kerana ada seseorang berkata “cepat sekit sembelih, nak lapah lagi, nak masak lagi... dah hampir pukul lapan ni!!!”. Maka tamatlah riwayat Mugabe, seorang ketua keluarga yang akhirnya dijatuhkan hukuman mati sebagai penjenayah kerana menyepak Bob ke dalam sungai dan menyebabkan kematian Bob.
Dan seharian hari itu, semua kambing tidak dibawa keluar memandangkan tiada siapa yang akan memantau mereka kerana Manap bergotong-royong memasak, manakala Latip pula memang tidak kelihatan, mungkin berdebar-debar di rumah memikirkan nilai hantaran yang akan diminta keluarga Ramlah. Makanan para kambing pun tadi diberikan oleh Manap selepas menyembelih Mugabe, itupun rumput yang telah dipotong petang kelmarin.
Joni pula, termenung seharian memikirkan apa yang dikatakan kepada Albert oleh Mugabe dan Adigun malam tadi, hingga menyebabkan Albert begitu marah. Hati kecil Joni yakin, ianya ada melibatkan Sarah. Dan apabila melibatkan Sarah, Joni rasa dia juga perlu tahu... Tapi bagaimana Joni hendak dapat maklumat jika seharian terkurung begini?
Pening Joni memikirkan......
Kalau anda pun pening, aku pun pening juga hendak menghabiskan Dunia Joni yang semakin ke penghujung ni.... Segala persoalan pasti akan terjawab dalam episod akan datang.... Episod 24 - Season Finale Dunia Joni!!!!
Nantikan!!!!!
Thursday, March 5, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 22
EPISOD 22
“Bagaimana Mona tahu Bob dah mati?”, soal Sarah tanpa berselindung lagi.
“Alah korang ni.... aku kan dikuarantin di Unit Kambing, Jabatan Haiwan. Hari Bob ditemui tu, tiba-tiba aku nampak Pak Maarof, Manap, Latip dan Tauke Wong datang. Mulanya aku ingat datang nak ambil aku, rupanya mereka membawa bangkai Bob untuk dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Takut-takut juga keracunan ke apa ke. Rupanya Bob mati lemas, dan ada kesan lebam di pinggang kiri Bob seperti kesan sepakan. Pakcik John pun aku nampak datang juga hari tu. Sempat juga kami yang dikuarantin ni bersembang dengan Pakcik John. Hilang sebentar rindu kepada kampung kita ni. Dan Pakcik John pun dah ceritakan semuanya, dari Joni dan Albert bergaduh, hinggalah Pakcik Mugabe sepak Bob dan dia bermalam di reban ayam Encik Senapi”.
Panjang lebar Mona bercerita. Kagum Joni dibuatnya dengan kepetahan Mona. Sesuai benar kalau Mona jadi pengacara televisyen. Cuma badannya yang agak gempal mungkin menyebabkan dia akan gagal semasa uji bakat.
“Jadi kau dah tak sedih lah ni?”, Joni pula menyoal Mona.
“Pada hari kejadian tu memang la aku sedih sangat.... aku tahu korang pun sama kan? Tapi sekarang aku dah ok.... dah terima hakikat Bob tiada lagi....”, jawab Mona.
Lega Joni dan Sarah mendengarnya. Tapi mereka tahu, jauh di sudut hati Mona, dia terlalu sedih akan kehilangan Bob. Sedih seperti mereka juga. Tetapi mereka sedar, yang pergi telah pergi.... mereka yang masih hidup ini perlulah meneruskan kehidupan...
Dua minggu selepas itu, masa untuk melaksanakan hukuman terhadap Mugabe telah tiba... Dalam dunia perkambingan, hukuman bagi kes seperti yang dihadapi Mugabe ialah dengan hukuman mati juga... Dalam hal ini, Mugabe perlulah menyerahkan diri ketika Pak Maarof perlukan kambing untuk disembelih...
Khabarnya, sehari dua lagi, Pak Maarof mahu mengadakan kenduri doa selamat sempena pertunangan Latip dan Ramlah.
Ya!!! Latip Bin Haji Abdul Rahman hendak masuk meminang Ramlah Binti Maarof. Dan Pak Maarof tentunya tidak menghalang niat baik Latip itu. Yelah, dah lama dia kenal Latip, dan sudah pun menganggap Latip seperti anaknya sendiri. Begitu juga Manap, juga dianggap seperti anak sendiri walaupun pernah beberapa kali menggelarkan Manap dengan pencuri, penjenayah dan sebagainya, tapi jauh di lubuk hati, dia amat sayangkan dua anak muda itu.
Sehari sebelum majlis berlangsung, Joni lihat pakcik Mugabe agak gelisah. Mungkin dia menyedari bahawa usianya akan tamat pagi esok. Tentunya sesiapa sahaja pasti akan menggelabah tidak tentu arah jika sudah tahu bila akan mati. Seperti para pesalah yang diberitahu tarikh akan ke tali gantung, mungkin cuma menunggu andainya ada pengampunan di saat akhir sahaja. Jika tidak, terpaksalah dipapah, diheret dan dibawa ke tali gantung dengan lemah longlai....
Malam itu, Joni lihat pakcik Mugabe mengatakan sesuatu kepada Adigun. Mungkin memberikan amanat untuk menjaga keluarga barangkali... Agak lama dua beranak itu berbual. Namun Joni tidak tahu apa yang dibualkan.
Tiba-tiba Joni lihat Albert pula dipanggil untuk turut serta. Kini Mugabe, Adigun dan Albert seperti serius berbicara. Joni tidak tahu apa yang mereka bualkan, tetapi yang menambahkan misteri, selepas itu, tidak semena-mena Albert mengamuk, marah-marah dan menangis sambil memandang sayu ke arah rumah Sarah....
Apa sebenarnya ni? Joni tak faham... apa pula kaitan keluarga Sarah dalam hal ni???
KLIK UNTUK MEMBACA DUNIA JONI SAHAJA
Sunday, March 1, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 21
EPISOD 21
Dua minggu selepas kematian Bob, suasana di perkampungan kambing kembali seperti biasa. Semuanya telah dapat menyesuaikan diri dengan perlaksanaan hukuman ke atas Mugabe. Dan untuk makluman juga, Mugabe telah melantik anaknya yang paling tua, Adigun sebagai ketua keluarganya. Oleh itu Adigun telah sebaris dengan Mack, David, Bentley dan John. Hirarki juga telah berubah dengan Mack, diikuti John, Bentley, David dan Adigun. Sebelum ini Mugabe lebih kanan daripada David, tetapi selepas kesalahan besar yang dilakukan, keluarganya telah turun taraf dan menjadi keluarga terakhir.
Pagi itu juga, semasa berada di padang ragut, Joni lihat lori Jabatan Haiwan membelok masuk ke kawasan rumah Pak Maarof. Joni kenal sangat lori itu. Lori itulah yang membawa Mona dan tujuh yang lain tempoh hari untuk dikuarantin.
Maknanya hampir 3 minggu juga Mona dan yang lain itu telah di bawa pergi. Joni amat berharap lori yang sama itu membawa pulang Mona kali ini. Joni tahu dia dan Sarah amat terasa kehilangan Bob. Jika Mona ada, pasti mereka tidak kesunyian lagi. Cumanya Joni agak gusar jika Mona pulang. Mona belum tahu mengenai kematian Bob. Joni tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Mona. Dan jika Mona tahu, Joni tidak tahu apa pula reaksi Mona.
Jangkaan Joni memang tepat. Lori Jabatan Haiwan itu membawa pulang Mona dan tujuh yang lain. Semuanya kelihatan sihat. Mungkin mereka mendapat jagaan sempurna sepanjang di bawah pengawasan Dr. Amalina.
Tiba-tiba Joni terfikir. Kalaulah dia yang demam tempoh hari dan dikuarantin, pasti pergaduhan dengan Albert hari itu tak berlaku. Dan pasti juga Bob tidak akan mati di sepak Pakcik Mugabe. Tetapi Joni sedar, ini semua adalah ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Dialah yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Dialah yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Dan Joni insaf apabila terfikir tentang kebesaran Ilahi dan Joni bersyukur dia tidak terus hanyut dalam lamunan dan hasutan iblis untuk menafikan qada dan qadar.
Setelah turun dari lori, Joni lihat Mona berlari ke arah tempat dia, Sarah dan Bob selalu berkumpul. Memang di sinilah mereka selalu makan, bermain, berak dan sebagainya. Disitulah juga kali terakhir dia melihat Bob. Tapi kini hanya tinggal dia dan Sarah yang berada di situ.
Dan sekarang Mona telahpun kembali. Sarah awal-awal lagi telah menyerahkan kepada Joni untuk memberitahu Mona mengenai kematian Bob. Dan Joni pasti memang Mona akan tahu juga suatu hari, apa yang pasti sekarang, Joni perlu bijak menceritakan mengenai kematian Bob agar tidak berlaku kekecohan. Tambahan pula hukuman telahpun di jatuhkan.
Dalam Joni berfikir itu, Mona telahpun berada di hadapan mereka dan dengan riangnya berkata,
“Mona dah sihat..... Joni dan Sarah apa khabar? Rindulah kat korang.... Cuma sedihnya Bob tiada lagi kan? Tapi takpelah, kita yang hidup ni, teruskan sahaja kehidupan kita”.
Joni dan Sarah kaget. Pertama sebab Mona dah di depan mereka. Dan keduanya pasti kerana Mona telah tahu tentang kematian Bob dan seperti akan dapat menerima kematian Bob.
Bagaimana Mona tahu??? Sedangkan Mona tiada di tempat kejadian. Dia dikuarantin dan hanya baru pulang sebentar tadi terus menemui mereka berdua. Bagaimana Mona telah tahu???
Panjang lagi Dunia Joni ni...... hehehhehehe bersambung...........
Friday, February 20, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 20
EPISOD 20
“Mugabe????!!!”
“Ya Mugabe... kambing Afrika itu... bapa si Albert! Dia yang sepak Bob!” jawab Pakcik John.
Mack yang mendengar pengakuan saksi penting itu terus meluru ke arah Mugabe. Dengan larian pantas dan ketegapan Mack itu, dia berjaya menanduk kepala Mugabe yang sebenar lebih tegap daripada Mack....
Melihat perkara ini, John, Bentley dan David lantas meleraikan kedua-duanya. Mereka tidak mahu terjadi sekali lagi pertumpahan darah. Mereka tidak mahu Mack membelakangkan undang-undang. Kambing-kambing yang lain hanya terpaku dan tidak berani masuk campur dalam perkara yang melibatkan ketua-ketua keluarga mereka ini.
“Betul Mugabe kau yang punya angkara ni?” soal David pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Betul papa?” Albert ingin kepastian dari bapanya. Mugabe hanya mengangguk......
“Kurang ajar kau Mugabe!!! Berani kau bunuh anak aku!!! Aku tak kira, hutang nyawa mesti dibayar dengan nyawa!!!”
“Baiklah.... Mack, izinkan aku mengambil tempat kau sebentar...”, kata Bentley merujuk kepada hajatnya menggantikan sebentar jawatan Mack sebagai ketua kambing. Sebenarnya menurut hirarki, John yang sepatutnya menggantikan Mack, tetapi disebabkan John adalah saksi penting, dia tidak layak secara automatik. Mack juga tidak layak kerana anaknya terlibat. Jadi sama ada Bentley atau David sahaja yang neutral. Dan menurut hirarki, Bentley yang lebih kanan dari David. Maka Bentley lebih berhak.
Semua yang ada setuju melantik Bentley menjalankan tugas sebagai ketua.
“Baiklah, hukum kambing tetap hukum kambing. Yang salah tetap salah. Mengikut tradisi kita, memang hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa. Pelaku mesti bertanggung jawab. Mugabe, apabila sampai masanya kelak, kau pasti telah tahu apa yang harus dilakukan... sementara menanti masa itu tiba, kau perlu melantik ketua baru bagi keluarga kau dan kan perlu memulaukan diri daripada kami semua, kecuali masa di dalam kandang kerana ianya di luar kawalan kita, ianya kawalan manusia. Faham?”, ucap Bentley, tegas dan bermakna.
“Faham.... aku faham... sampai masanya hutang ini akan aku bayar”, jawab Mugabe.
Mack berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan. Dia bersyukur kerana kematian Bob akan terbela.
Dan selepas perjumpaan di bawah pokok sena itu, Mugabe memang menjauhkan diri dari kawanan kambing lain sebagai melaksanakan hukumannya. Dia tidak boleh mendekati mana-mana kambing lain sehingga masa untuknya membayar hutang nyawa dilaksanakan.
Bersambung lagi la geng...........
Monday, February 16, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 19
“Sekarang aku nak ceritakan apa yang berlaku semalam dan punca kematian Bob....” ucap Pakcik John yang menyebabkan suasana hening seketika... semua mata tertumpu kepadanya. Joni ingin tahu.... Mack ingin tahu.... Sarah ingin tahu.... malahan Joni pasti semua kambing pun ingin tahu....
“Begini kisahnya..... Semalam kan budak-budak bergaduh kat hujung sana tuh?” sambung Pakcik John sambil memuncungkan mulutnya ke arah tempat pergaduhan semalam. Joni ingat lagi tempat itu. Itulah lokasi terakhir dia melihat Bob.
“Selepas pergaduhan tu, takde apalah berlaku... semua pun aman balik kan... tapi aku ni sebagai kambing tua tahu pasti akan ada pergaduhan susulan...”
Joni kurang mengerti apa yang kambing tua ini bebelkan....
“Aku perhatikan sahaja dari jauh semua.... mulanya Joni dengan Albert kan? Lepas tu Bob bantu Joni kan?”
Joni mengangguk apabila nama disebut sambil mengesat air mata apabila nama Bob juga disebut....
“Lepas tu Albert macam kalah jatuh tersungkur kena penangan Bob... Aku nampak Mack dengan Mugabe pun datang nak leraikan anak-anak mereka... aku nampak semua tu.... tindakan pantas Mack dan Mugabe telah menyebabkan pergaduhan terlerai.... tahniah diucapkan kepada Mack dan Mugabe... satu tepukan kepada mereka”. Semua yang ada memberikan tepukan gemuruh. Tapi tidaklah sekuat tepukan manusia. Korang bayangkan jelah bunyi apa yang keluar bila tapak kaki kambing dilaga-lagakan.
Joni pun pening sekarang ni... daripada nak cerita peristiwa semalam dah jadi macam nak berkempen politik pula kambing tua ini. Tapi Joni diamkan sahaja. Bertepuk juga dia untuk bapanya.
“Lepas tu aku nampak si Bob ke tepi sungai... haus barangkali selepas bergaduh. Dia tinggalkan Joni dan Sarah di bawah pokok...”
Malu pula Joni... Perkara itupun hendak diceritakan. Joni menjeling Sarah dan nampak Sarah tertunduk malu... Makin ayu pula awek aku ni... Isshhhh geram...
“Aku pun mengikut juga dari jauh.... Tak semena-mena aku nampak Bob terjatuh ke dalam sungai dan aku nampak seekor kambing lain melarikan diri dari tempat Joni jatuh. Aku nampak dengan jelas... aku berlari ke tempat Bob jatuh tu dan sempat dengar Bob kata ‘dia tendang..dia tendang...’..... aku menoleh dan nampak kambing yang melarikan diri tadi senyum kepuasan....”
Makin suspen pula cerita kambing tua ni... Joni makin tertarik hendak tahu....
“Lepas tu, aku cuba nak selamatkan Bob... Hendak menjerit aku dah tua... suara pun dah kurang jelas... Aku hanya mampu mengikut sahaja Bob dihanyutkan air sungai tu... Aku nampak Bob cuba mencapai ranting kayu dan sebagainya... Tetapi maklumlah, kita ni kan kambing, susah nak capai menggunakan kaki........ Hinggalah sampai ke ladang ayam Encik Senapi, hujan turun dengan lebatnya.... aku tak dapat lagi mengikut Bob.... aku terpaksa berteduh di bawah reban ayam Encik Senapi.... hinggalah pagi ini Manap datang menjemput aku.... dan di dalam lori Tauke Wong itu, aku dapati telah ada bangkai si Bob..... dan aku amat sedih sebab Bob telah mati....... aku amat terkejut....”
Semua yang ada tergamam.... dan hampir serentak semuanya bertanya.... “Habis.. siapa yang sepak Bob????”
Sambil menarik nafas panjang.... tapi tak boleh nak panjang sangat, maklumlah dikelilingi oleh kambing... faham-faham sajalah.... Pakcik John menyambung...
“Kambingnya ialah............ Mugabe!!!!!”
Sambung la ye.............
Friday, February 6, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 18
Selepas urusan menanam Bob selesai, Pak Maarof mengarahkan Latip dan Manap membuka pintu kandang dan bawalah semua kambing keluar.
Sekali lagi Joni terasa amat sedih... Baru semalam, pada masa yang sama, dia masih boleh berjumpa Bob.... Pada masa yang sama, Bob telah membantunya ‘mengajar’ si Albert.... Dan itulah pertolongan terakhir daripada Bob kepadanya... Selepas ini dia perlu menjaga dirinya sendiri.... Tiada lagi Bob untuk dia bergantung harap....
Joni tahu, dia adalah kambing jantan... Tak semena-mena Joni berazam untuk menjadi kambing jantan yang terbaik, demi Bob. Bob telah menunjukkan contoh terbaik kepadanya untuk menjadi kambing jantan yang gagah... Joni berazam untuk menjadi lebih baik dan gagah dari Bob... semua demi Bob... Joni tak mahu Bob risau di sana memikirkan tentangnya... Joni mahu Bob aman di sana...
Sementara itu, Joni lihat semua kambing berkerumun dan berkumpul di bawah pokok sena. Joni tidak mahu ketinggalan. Dia mencari Sarah dan mahu berada di sebelah Sarah. Dia mahu dekat dengan Sarah semasa kesedihan ini. Dia mahu dengan Sarah selamanya...
Setelah beada di sebalah Sarah, Joni lihat mata Sarah juga kemerahan. Joni tahu Sarah juga melihat bangkai Bob di bawa oleh Manap dan Latip sebentar tadi. Joni tahu Sarah juga sedih akan kehilangan Bob.
Diiringi Pakcik Mugabe, Albert kelihatan antara yang lewat datang berkumpul. Joni perhatikan juga Albert, tetapi apabila Albert menjeling ke arahnya, Joni pura-pura memandang tempat lain. Belum bersedia Joni hendak setentang mata dengan Albert. Tambahan pula selepas kematian Bob ini. Joni takut dia akan mengamuk dan mencederakan Albert pula.
Kelihatan semua bapa-bapa ketua keluarga berada di hadapan. Mack mengetuai sesi pada pagi ini. Sebenarnya Joni amat berbangga kerana bapanya, Mack telah dilantik sebagai ketua bagi semua bapa-bapa kambing Pak Maarof. Memang kalau setiap kali perjumpaan di bawah pokok sena diadakan, Mack yang akan menjadi ketua. Jadi secara tidak langsung, Macklah ketua kambing-kambing Pak Maarof.
Joni dengar dengan teliti ucapan bapanya pagi itu. Mulanya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Kemudian Mack menyampaikan simpati dan takziah kepada keluarga Bob di atas kematian Bob. Walaupun sebenarnya dialah bapa Bob, tetapi dia seperti cuba menyembunyikan kesedihan itu. Juga menyatakan kesyukuran kerana Pakcik John telah selamat kembali. Selepas itu Mack membuka peluang kepada sesi perkara-perkara berbangkit.
Seekor sepuki kepada Pakcik Bentley telah menyatakan mengenai masalah sampah yang lambat dibersihkan. Menurutnya, kelewatan itu boleh menyebabkan nyamuk membiak dan membawa penyakit. Beliau mencadangkan agar gotong-royong diadakan bagi mengatasi masalah ini. Semua yang hadir bersetuju dan menyarankan Jumaat depan sebagai hari gotong-royong diadakan pada masa solat Jumaat memandangkan kambing tidak perlu pergi solat.
Selepas itu, berbagai lagi masalah dan isu dibangkitkan, antaranya lif rosak, longkang tersumbat, kenaikan harga barang keperluan, pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris masalah pendidikan seks di sekolah dan isu politik semasa. Semua isu ditangani dengan bijak oleh Mack. Mana-mana isu yang tiada kaitan dengan alam perkambingan diabaikan begitu sahaja. Malahan seekor kambing telah menyarankan agar blog Azwan Ali diharamkan kerana menggunakan bahasa kesat, tetapi usul ini dipandang sepi kerana perihal blog ini tidak mendatangkan kesan kepada mereka kerana tiada jaringan internet di Kampung Joget.
Tiba-tiba, semua hadirin membuka mata dan tertumpu kepada Pakcik John apabila tiba gilirannya bercakap....
Semuanya gara-gara dia memulakan ucapannya dengan kata-kata,
“Sekarang aku nak ceritakan apa yang berlaku semalam dan punca kematian Bob....”
Sangat-sangat bersambung..... suspensssss................
DUNIA JONI - EPISOD 17
Sebaik Tauke Wong memberhentikan lorinya, Manap melompat turun.... Sementelah itu juga Joni nampak seekor kambing bangun dan berdiri di belakang lori Tauke Wong.
Pakcik John!!! Pakcik John rupanya. Malas hendak memikirkan sebarang konspirasi, Joni andaikan sahaja Manap terjumpa Pakcik John di mana-mana. Dan Pak Maarof menelefon Tauke Wong untuk membantu mengambil Pakcik John dengan telefon bimbitnya yang padu, dual sim itu....
Tetapi di mana Bob? Kenapa Bob tidak kelihatan?
Pada masa yang sama, Joni dengar Pak Maarof mengarahkan Latip pergi mengambil cangkul dan disuruhnya korek di tempat biasa. Latip akur dan mengajak Manap membantunya. Pak Maarof tidak menghalang. Dia kelihatan sugul dan kepenatan.
Pakcik John yang kemudiannya dilepaskan untuk kembali ke kandang berlari-lari anak untuk mendapatkan keluarganya semula....
Tanpa sempat dia berehat, bapa-bapa kambing yang lain mula menyoal Pakcik John tentang apa yang berlaku. Juga mereka memberitahu bahawa Bob pun tidak pulang malam tadi... soalan bertalu-talu itu membuatkan Pakcik John gelisah... Mungkin tidak tahu dari mana dia hendak mulakan....
Tak lama kemudian, Latip dan Manap kembali ke tempat Pak Maarof dan menyatakan sudah siap. Joni masih kabur tentang apa yang berlaku. Dengan Pakcik John yang masih kepenatan dan tidak mampu bersuara, semua kambing lain tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya...
Selepas itu kelihatan Manap datang dengan kereta sorong dan menghampiri bahagian belakang lori kecil Tauke Wong. Tanpa berlengah Latip dan Manap memanjat lori itu dan mengangkat sesuatu dan dimasukkan ke dalam kereta sorong tersebut.... Sesuatu yang telah keras dan tidak bernyawa.....
Joni melihat dengan jelas peristiwa tersebut... Tanpa disedari air matanya mengalir laju.... Dia terasa amat sayu dan amat sedih melihat apa yang didepan matanya itu.... Segera dia terbayang saat-saat terakhir dia bersama dengan benda yang sedang diusung oleh Manap dan Latip itu.... Joni tahu inilah kali terakhir dia akan dapat melihat benda itu di depan matanya.... selepas ini tiada lagi.... semuanya hanya akan menjadi kenangan....
Ya... memang benar. Benda yang sedang Manap dan Latip angkat itu ialah bangkai Bob. Bob telah pergi.... Bob telah mati... Bob tiada lagi di dunia ini. Bob tiada lagi dalam dunia Joni... Bob hanya akan tinggal kenangan.... Tiada lagi kawan Joni yang paling rapat... kawan Joni yang membantu di kala Joni kesusahan... kawan Joni yang akan sentiasa menghalang Albert dari terus membuli Joni.... Sekarang hanya tinggal Joni, Sarah dan Mona... dengan Mona sekarang masih dikuarantin dan tidak tahu hidup atau mati.... Joni hanya ada Sarah....
Ohhh.... memang laju air mata Joni mengalir... inilah kali pertama dia menghadapi dan menerima kematian... dahulu semasa ibunya mati, Joni masih terlalu kecil dan belum mengerti apa-apa.... Kini Joni telah memahami erti kematian... Kematian yang memisahkan Bob dari alam ini... Kematian yang menyebabkan tiada lagi Bob... Tiada lagi... No More...
Joni hanya mampu berdoa agar Bob akan aman di tempat barunya.... dan Joni terus mengangis lagi....
Bersambung...................
DUNIA JONI - EPISOD 16
Dalam episod terdahulu.... Bob dan Pakcik John hilang selepas episod pergaduhan antara Joni dan Albert, yang mana Bob datang membantu. Pak Maarof menuduh Manap mencuri kambing dan bertanggung jawab terhadap kehilangan kambing-kambing tersebut.... Manap menafikan dan berazam untuk mencari kambing itu sebelum tengahari esoknya sebelum Pak Maarof membuat laporan Polis.....
“Kat hujung kampung... kat sungai... kambing...”, ucap Manap kepenatan.... Lelahnya masih belum hilang selepas tidak tidur semalaman dan berlari sekuat hati dari hujung kampung sebentar tadi.........
“Apa kau cakap ni?”, soal Pak Maarof..... pada masa yang sama Latip juga telah sampai... Maklumlah ini hari bekerja baginya walaupun pergi dangdut malam tadi. Tambahan pula dia memang ingin mengetahui apa cerita kes kehilangan malam tadi....
“Kambing.... bawah jambatan.... kambing... dalam reban ayam....”, cungap Manap masih belum reda....
“Kambing mana Nap? Reban siapa Nap? Tarik nafas Nap... relaks....”, soal Latip pula cuba mententeramkan keadaan. Kasihan pula kepada rakannya yang dipanggil Nap itu...
“Macam nilah... kita semua pergi hujung kampung... bawah jambatan.... nanti tahu apa yang aku cakap...”, balas Manap.
“Yang dalam reban ayam apa pula? Jambatan? Jauh tu... dalam 10 kilometer dari sini”, soal Pak Maarof pula tak puas hati.
“Kita pergi dulu... dalam perjalanan boleh cerita....”. Maka pada pagi itu terpaksalah tiga manusia itu menaiki satu motorsikal ke tempat yang dimaksudkan, selepas Pak Maarof masuk ke dalam rumah memberitahu Mak Munah dan mengambil telefon CSL dual simnya itu.
Pada masa yang sama, Joni dan kaumnya yang lain amat gelisah. Pertama kerana ingin mengetahui apa yang Manap jumpa di bawah jambatan dan dalam reban ayam... Kedua disebabkan mereka masih di dalam kandang dan mula rasa kelaparan.... Ramlah pun tidak kelihatan, kalau tidak boleh juga Ramlah buka pintu kandang dan tengok-tengokkan mereka di padang ragut.... Kalau nak tunggu Pak Maarof kembali, entah berapa lama lagi... pasti jauh tempatnya kalau 10 kilometer dari sini...
Kira-kira dua jam kemudian, kelihatan lori kecil Tauke Wong memasuki perkarangan rumah Pak Maarof. Kelihatan Manap disebelah Tauke Wong di dalam lori. Pak Maarof dan Latip pula menuruti di belakang dengan motorsikal....... Joni makin berdebar untuk mengetahui apa yang berlaku...........
Boleh sambung tak??? Bersambung jelah yeee...... hehehehehe
Wednesday, February 4, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 15
Pagi yang suram itu bertambah suram apabila Manap datang ke rumah Pak Maarof sambil berteriak sakan memanggil Pak Maarof....
Joni dan kaumnya yang memang tidak tidur semalaman turut kaget untuk mengetahui apa yang berlaku... Mengapa Manap terjerit, terpekik dan terlolong pagi-pagi lagi ini amat menarik perhatian....
Beberapa ketika kemuadian, Pak Maarof datang menemui Manap yang masih tercungap-cungap... Manap masih memakai baju batik yang dipakainya malam tadi. Nampak sangat dia tidak pulang ke rumah, malah dengan pakaian yang ada ke tempat lain. Tak mungkin dia mengikut Pak Maarof dan Latip pergi dangdut malam tadi, kerana Joni nampak hanya Latip yang membonceng motorsikal Pak Maarof....
“Haaa penjenayah... kenapa?”
Kasar mukadimah Pak Maarof pagi ini menyambut kedatangan Manap. Pasti dia masih mengesyaki Manap yang bertanggung jawab terhadap kehilangan kambingnya. Kalau tidak masakan dia panggil Manap sebagai “penjenayah”?
Manap tidak peduli apa Pak Maarof gelarkan dia. Dia memang bertekad hendak membersihkan namanya. Baju batik ini buktinya betapa dia memang bersungguh-sungguh mencari kambing hingga tidak pulang ke rumah.
“Kat hujung kampung... kat sungai... kambing...”, ucap Manap kepenatan.... Lelahnya masih belum hilang selepas tidak tidur semalaman dan berlari sekuat hati dari hujung kampung sebentar tadi.........
Sebenarnya kampung Pak Maarof ini bernama Kampung Joget. Kampung ini memang besar dan panjang... hampir 10 kilometer panjangnya dari simpang masuk ke kampung ini hinggalah ke rumah yang paling dalam, iaitu rumah seorang nenek tua yang khabarnya telah berusia 100 tahun... Dan rumah Pak Maarof adalah bersebelahan rumah nenek tersebut..... tetapi disebabkan Pak Maarof mempunyai ladang ternakan kambing ini, maka jarak rumah Pak Maarof dengan rumah nenek tersebut lebih kurang 1 kilometer... jauh juga tu...
Entahlah, jarang ada orang kampung yang berani menghampiri kawasan rumah nenek tersebut.... bukan sebab nenek tu adalah nenek kebayan, tetapi sebab dia tu perempuan umur 100 tahun... lainlah kalau yang tinggal di situ anak dara berusia 18 tahun ke.... janda berusia 35 tahun ke.. pastu meriah kawasan hujung kampung tu... silap-silap boleh ada warung di buka....
Oh ya... khabarnya Kampung Joget mendapat namanya kerana pada masa dahulu, di kawasan inilah pihak istana sering mengadakan pesta keramaian dan tari menari joget lambak... Macam cerita bangsawan dulu-dulu, yang masih kaler hitam putih tu... macam tu lah situasinya lama dahulu.... rasanya masa tu nenek di hujung kampung belum lahir lagi... Bayangkan.. berapa lama dah tu...
Kampung Joget mempunyai sebatang sungai yang mengalir di sapanjang sungai ini.... Kira-kira 1 kilometer dari rumah nenek tua adalah kawasan bukit yang menjadi hutan simpan.... Biasalah, kalau kawasan bukit hutan simpan, pasti ada kawasan tadahan air... air dari situlah yang membentuk sungai yang mengalir di sepanjang kampung Joget... Airnya jernih.... sesuai untuk mandi manda dan dijadikan kawasan rekreasi.... Airnya mengalir dari bukit tersebut dan melalui sebuah jambatan 10 kilometer di hadapan.... di situlah sempadan yang memisahkan Kampung Joget dan Kampung Sarkas.... jadi tak perlulah aku menceritakan bagaimana Kampung Sarkas mendapat namanya ye.....
Dan sungai itulah yang cuba diceritakan oleh Manap sebentar tadi kepada Pak Maarof............
Aku nak sambung lagi...... hahahahahahahahaa
DUNIA JONI - EPISOD 14
Kecoh!!!
Memang kecoh malam itu....
Kecoh bukan kerana pergaduhan anak-anak kambing siang tadi..... bukan juga kerana Sarah mengelap dagu Joni yang kehijauan, walau Joni masih terasa kenikmatannya itu... bukan juga kecoh kerana ada sepuki yang beranak lagi...
Tetapi kecoh dan amat kecoh kerana Bob dan Pakcik John hilang... Ya... hilang.... seekor kambong dewasa dan seekor kambing kanak-kanak hilang!!! Hilang maksudnya tidak dapat dikesan, tiada siapa yang tahu di mana berada dan tidak diketahui status....
Seingat Joni, siang tadi selepas membelasah Albert, dia dan Bob berjalan seiringan bersama Sarah... Tiada pula Bob beritahu nak balik JB ke, nak pergi kerja ke... Cuma Bob ada tinggalkan dia dan Sarah berdua-dua di bawah pokok jambu.... Masih ingat lagi Joni yang Bob katakan dia nak bagi peluang Joni dan Sarah berduaan.... selepas itu dia tak nampak Bob lagi... manakala petang tadi pula hujan lebat, Joni dan Sarah pun cuma berlari pulang bersama kambing yang lain untuk mengelakkan dari terkena hujan...
Yelah, susah kalau kena hujan ni bagi seekor kambing... Faham-faham sajalah...
Rupanya kehilangan Bob dan Pakcik John juga disedari Pak Maarof.... Pak Maarof seperti tahu ada yang tidak kena apabila mengetahui kehilangan seekor dewasa dan seekor kanak-kanak.... Mustahil kambing yang hilang itu ada skandal... Setahu Pak Maarof, belum pernah dia jumpa kambing yang melakukan seks di luar tabii walaupun mereka kambing.... Kalau manusia keraplah juga dia dengan dan terbaca di dada akhbar... Ishhh.... dunia akhir zaman barangkali.... rungut Pak Maarof di dalam hatinya...
Tanpa membuang masa lagi, Pak Maarof mencapai telefon bimbit CSLnya itu yang mempunyai dual sim lantas mendail nombor Latip.... Segera dia mengarahkan Latip datang ke rumahnya dan mengajak Manap sekali...
Selesai bercakap dengan Latip, Pak Maarof memaki diri sendiri kerana lupa menukar talian kepada Celcom kerana Latip menggunakan talian Celcom dan dia adalah 8pax Pak Maarof... lebih murah kalau menggunakan 8pax... Geram juga Pak Maarof dengan situasi itu... mahu sahaja dia kembali menggunakan telefon Samsungnya tanpa perlu menukar-nukar talian antara Celcom dan Maxis...
Sedang Pak Maarof menyesali diri sendiri itu, Latip dan Manap pun sampai... kedua-duanya tidak berani bersuara dan hanya menunggu sahaja arahan Pak Maarof... Kedua-duanya memakai kemeja batik berlengan panjang... Seperti pekerja kerajaan pada hari Khamis pula lagak mereka... Nak tergelak pun ada Joni melihat gelagat tiga manusia di depannya itu....
Menyedari hal itu, Pak Maarof pun bertanya,
“Yang korang pakai baju batik ni kenapa?”
Latip menjawab, “Mana nak tahu Pak Maarof, biasanya kalau Pak Maarof tepon malam-malam macam ni, nak ajak temankan pergi dangdut... ni kami dah ready la ni.....”
“Dangdut kepala hotak korang!!! Ni kambing aku hilang dua ekor. Satu bapa, satu anak.... Ada sesapa tahu ke mana hilangnya tu? Manap?”
“Tak tahu Pak Maarof”, jawab Manap terketar-ketar.
“Macam ni lah Manap.... Aku memang saspek kau yang hilangkan kambing aku tu... Kau jual ke apa ke aku tak tahu... Tapi macam ni lah... aku bagi kau sampai tengahari esok... kalau kau tak pulangkan kambing aku tu, aku repot Polis.... kau pikirlah sendiri.... Dah pergi balik kau Manap.... Latip... alang-alang kau dah pakai baju batik ni, jom ikut aku... biarkan si malaun sekor ni pikir tentang masa depan dia”, ucap Pak Maarof panjang dan tegas.
Manap yang tidak sempat mempertahankan diri, terpaksa akur walau dia amat yakin dia tidak melakukan sebarang jenayah... Seperti kambing-kambing yang lainnya juga, Manap sebagai seorang manusia juga hairan ke mana perginya kambing dua ekor itu... lantas berazam untuk mencari sampai jumpa keduanya sebelum tengahari esok...
Joni yang memerhatikan dari tadi, hanya mampu berdoa akan keselamatan Bob dan Pakcik John.....
Bersambung...................................
Friday, January 30, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 13
Dua hari selepas kedatangan Dr. Amalina dan membawa pergi Mona dan tujuh yang lain untuk di kuarantin, Joni lihat Sarah kesepian. Maklumlah rakan baiknya tiada. Kasihan Joni melihat keadaan Sarah, di cuba juga untuk menghiburkan Sarah, pelbagai lawak Senario Joni buat, namun Sarah hanya tersenyum tawar. Namun bagi Joni ketawaran senyuman Sarah itu masih manis. Masih menambat hati Joni. Masih Joni suka. Masih Joni cinta. Namun Joni tahu, jauh di sudut hati Sarah, dia kesepian tanpa Mona. Sarah rindukan Mona.
Sejak dua hari ini juga, Sarah lebih suka menyendiri. Kalau Joni tiada di sekitar, Sarah akan duduk berseorangan tanpa menghiraukan aktiviti anak-anak gadis kambing yang lain. Sebab itu Joni akan cuba menemani Sarah setiap kali melihat Sarah keseorangan.
Albert juga tidak melepaskan peluang ini. Dia juga pantang melihat Sarah keseorangan, pasti akan cuba didekati. Berulang kali juga Joni lihat Sarah mengelak dari berdua-duaan dengan Albert. Bagus!!! Fikir Joni. Usah di layan anak kambing jahat tu!!
Hinggalah pada satu hari, Albert di lihat cuba mendekati Sarah. seperti biasa Sarah mengelak dan lari cuba mendekati anak gadis kambing yang lain. Kali ini lain benar Joni lihat Albert. Biasanya jika Sarah dah mengelak, dia tidak akan ganggu lagi. Kali ini Joni lihat Albert mengikut juga Sarah. ke mana sahaja Sarah pergi, Albert akan menuruti.
Ini telah membangkitkan kemarahan Joni. Walaupun dia sedar dia tidak akan mampu ‘mengajar’ Albert, tetapi dia perlu membuktikan kejantannya kepada Sarah. Tidak mungkin dia akan membiarkan Sarah tidak selamat? Takkan dia rela melihat Sarah berlari ke sana ke sini bagi mengelak diri daripada Albert?
Tidak! Joni takkan biarkan perkara ini berlarutan. Joni akan membela Sarah. Joni tidak mahu Sarah terus diganggu Albert. Albert mesti diberi pengajaran!
Setelah menarik nafas yang panjang, Joni melangkah mendekati Albert yang sedang berpura-pura meragut daun berhampiran Sarah berada. Joni nekad, apa nak jadi pun, jadilah. Hari ini dia akan membuktikan kepada Sarah bahawa dia jantan yang berani, walaupun berhadapan dengan Albert yang setahun lebih tua dan mempunyai badan yang lebih besar.
Setelah berhadapan dengan Albert, Joni berkata dengan tegas,
“Albert, kau jangan ganggu Sarah lagi. Mulai sekarang kalau aku nampak kau dekati Sarah lagi, nahas kau!”
“Nahas apa? Nahas jalan raya? Apa kau nak buat wahai si kecik? Kau tak sedar diri ke kau tu masih mentah? Suka hati akulah siapa aku nak dekat!”, balas Albert angkuh.
“Kau nak dekat siapa, kau nak ganggu siapa ikut suka kau. Tapi bukan Sarah. Sarah pun bukannya sukakan kau!”, bentak Joni.
“Sudahlah Joni, jangan nak buat lawak Senario di sini. Geli keempat-empat ketiak aku mendengarnya. Kau pergi main jauh-jauh, jangan kacau urusan kambing jantan seperti aku, kau tu pondan! Nama pun Joni, macam bapuk saja....” Albert cuba membangkitkan kemarahan Joni.
“Kurang ajar kau Albert!” balas Joni sambil meluru ke arah Albert. Laju juga larian Joni buat, mesti dia sudah nekad untuk mencederakan Albert.
Albert yang lebih tua dari Joni, bijak mengelak sambil membentes kaki Joni. Tersungkur Joni jatuh... Sarah menjerit ketakutan... Kehijauan dagu Joni kerana meleret jatuh di atas rumput.
Jeritan Sarah didengari Bob. Tanpa membuang masa, Bob meluru ke lokasi kejadian dan ternampak Joni sedang tergolek dan Albert ketawa riang. Fahamlah dia ini semua angkara Albert.
Bob meluru ke arah Albert, di tendangnya buah pinggang kiri Albert... Albert yang belum bersedia terjatuh. Bob bersedia untuk sebarang kemungkinan, dia memasang kekuda untuk menunggu serangan balas Albert, sambil melihat Joni yang telah mula bangun.
Albert bangun dan menoleh ke arah keduanya. Albert tidak menyerang balas. Menyedari dia Cuma keseekoran. Lagipun dia agak gerun dengan Bob. Tiga kali tendang pun belum tentu Bob terjatuh, setakat tergelincir tu bolehlah.
Albert memandang tidak puas hati dan berlalu pergi sambil menunjukkan isyarat lucah kepada Joni dan Bob. Isyarat lucah macam mana? Korang pikirla sendiri...
Pergaduhan di antara Joni dengan Albert dan turut melibatkan sepuku Joni, Bob itu telah menarik perhatian kambing-kambing yang lain. Semuanya kerana mendengarkan jeritan susulan daripada anak gadis kambing yang lain, susulan jeritan Sarah.
Mack dan Mugabe terpaksa meleraikan anak masing-masing. Malu juga kedua ketua keluarga ini dengan gelagat anak-anak mereka.
Sementara semuanya kembali tenang, Sarah menghampiri Joni dan Bob sambil mengucapkan terima kasih kerana ‘mengajar’ Albert. Malah, Sarah dilihat turut mengesat kesan hijau di dagu Joni. Kesat dengan apa? Korang pikirla sendiri lagi sekali.....
Bersambung pulak dah...............
Tuesday, January 13, 2009
DUNIA JONI - EPISOD 12
Hari Joni bermula tanpa kokokan Samat. Sedih pula di hati Joni mengenangkan sejak kelahirannya, hanya suara jantan Samat yang didengar sebaik memulakan hari baru. Samatlah yang banyak berjasa. Masih terkenang-kenang suara nyaring Samat memberitahu hari sudah siang kepada seluruh perkampungan itu. Dan pagi ini, suara jantan lain yang mengetuai kokokan awal pagi. Joni belum kenal jantan ini. Joni tidak tahu siapa namanya.
Pagi itu juga, kecoh juga keadaan rumah-rumah kambing semuanya. Bermula daripada tersebar berita Mona demam. Kemudian di kesan ada lapan ekor lagi yang turut demam. Gelisah para bapa dan sepuki masing-masing memeriksa tahap kesihatan anak-anak mereka. Kambing dewasa yang belum mempunyai anak juga turut membantu.
Hasilnya, sahlah terdapat lapan yang demam. Keadaan mereka agak teruk. Joni lihat Mona merah matanya dan seperti tiada tenaga. Nak bangun pun tak larat. Begitu juga tujuh yang lain.... Semuanya hanya mampu bersimpuh, tidak mampu berdiri. Kasihan Joni melihat mereka... namun mujurlah juga, di antara lapan yang demam itu, Sarah tidak termasuk... Dirinya juga tidak termasuk... Bob juga tidak termasuk.... Albert juga tidak termasuk...
Ketiak..... eh silap... Ketika.... ketiak pulak... Ketika Manap dan Latip datang membuka pintu, lantas mereka pun dapat mengesan ada kambing yang tidak sihat... ini kerana terdapat lapan yang tidak bangun dan murung wajah mereka... Mungkin dari pengalaman bekerja dengan Pak Maarof, mereka sudah dapat membaca perubahan kepada kambing-kambing Pak Maarof. Kagum juga Joni dibuatnya....
Latip memanggil Pak Maarof segera... Baginya lain benar situasi kambing-kambing yang sakit kali ini. Berdasarkan pengalamannya dan hasrat membodek Pak Maarof, diceritakan situasi genting di kandang kambing pagi itu.
Pak Maarof yang masih belum mandi dan memakai kain batik Mak Munah itu, lantas menelefon Jabatan Pertanian. Baginya hal-hal sebegini tidak boleh dilengahkan. Tiba-tiba Pak Maarof muncul semula di depan Latip. Dengan wajah serius, beliau berkata “bodoh juga aku ni, tak pasal-pasal kena perli dengan orang Jabatan Pertanian, kata kerani tu “kalau bab kambing ni, telefon Jabatan Haiwan la pakcik, kami tak tahu hal-hal kambing... kalau rumput yang kambing makan mungkin kami boleh bantu”... hampeh betul aku ni kan?” beritahu Pak Maarof kepada Latip sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Tertawa kecil Latip dengan bakal bapa mertuanya itu. Pertama kerana kesilapan jabatan, kedua kerana sanggup keluar beritahunya dulu dan ketiga tentunya sebab pakai kain batik... entah apa yang dia buat dengan Mak Munah malam tadi...
Sementelah kira-kira pukul 10 pagi, van Jabatan Haiwan dilihat memasuki perkarangan rumah Pak Maarof. Doktor Amalina mengetuai pasukan daripada jabatan tersebut. Selepas pekena Nescafe O panas dan biskut empat segi bergula yang terkenal itu, mereka menuju ke kawasan kandang.
Joni lihat mereka ada lima orang semuanya. Semuanya memakai penutup hidung dan mulut. Semuanya memakai sarung tangan. Pak Maarof, Latip dan Manap juga ada. Mereka pun memakai penutup mulut dan hidung. Mereka juga memakai sarung tangan. Hampir tak kenal pada mulanya mereka bertiga walhal Joni saban hari bersama mereka.
Joni dengar Dr. Amalina mengarahkan kambing-kambing yang sakit dikeluarkan. Tanpa banyak soal, Latip dan Manap menurut arahan tersebut setelah melihat Pak Maarof tidak membantah. Yelah, dia yang panggil Jabatan Pertanian sebelum menyedari sepatutnya Jabatan Haiwan, takkan nak bantah pula kan?
Setelah diperiksa, Dr. Amalina mendapati Mona dan yang lain dijangkiti sejenis virus dan perlu di kuarantin. Apa benda kuarantin pun Joni tak tahu. Apa yang dia dengar, dia ceritakan semula je kepada penulis, mesti penulis dan pembaca Dunia Joni tahu apa itu kuarantin. Maklumlah mereka bukan kambing... fikir Joni.
Selain lapan yang dikenalpasti, kesemua kambing Pak Maarof turut diperiksa. Joni juga tidak dikecualikan. Joni tahu ini rutin biasa bagi memastikan tiada lagi yang terkena jangkita virus yang sama. Best pula Joni masa Dr. Amalina memeriksanya. Terasa seperti dibelai oleh gadis idaman sahaja. Maklumlah, Dr. Amalina memang cantik orangnya, muda pula lagi tu, macam baru grad je... mesti belum kahwin dan masih mencari calon sesuai tu..... Tapi katanya dia tak suka kalau bakal suaminya itu seorang PTD... PTD tak best katanya.... entahlah... pilihan masing-masing.... sempat pula Joni berkenalan dengan Dr. Amalina kan? Mengarut betul Dunia Joni nih!!!
Apapun, tak lama selepas itu, Joni lihat sebuah lori tertulis Jabatan Haiwan datang. Kesemua lapan ekor yang sakit dimasukkan ke dalam lori tersebut. Joni lihat Mona amat keletihan dan kesayuan memandang Joni, Sarah dan Bob... paling lama dia lihat Bob la... ada apa-apa kot mereka tu...
Lori Jabatan Haiwan itu berlalu pergi bersama Dr. Amalina dan lapan ekor kambing yang sakit. Joni memandang kesayuan... entah mengapa dia kurang pasti... tiba-tiba terkenang kenangan bersama Mona... dan Joni tidak pasti sama ada dia akan dapat bertemu Mona dan tujuh yang lain lagi atau tidak selepas ini... Dan Joni juga tidak tahu ke mana mereka semua dibawa...
Tiba-tiba air mata Joni menitis kerana merasakan mungkin inilah kali terakhir dia melihat Mona.....
Terus bersambung lagi...........
Wednesday, December 24, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 11
Hari ini hari Jumaat. Joni hanya tahu hari Jumaat sahaja. Itupun disebabkan hari ini Latip dan Manap pergi sembahyang Jumaat. Pak Maarof juga pergi. Selalu kalau hari ini, Pak Maarof akan suruh Ramlah untuk tengok Joni dan kaumnya. Pak Maarof akan memanggil dan mengajak Latip dan Manap untuk sembahyang Jumaat setiap tengahari pada hari Jumaat.
Hari Jumaat yang ini juga agak istimewa. Istimewa hari ini selain daripada Joni tahu apa nama hari ini dan adanya sembahyang Jumaat, ialah kerana hari ini Saida pulang membawa bayinya ke kampung. Khabarnya nak buat kenduri kesyukuran dan akikah.
Sebut pasal Saida dan anaknya ini, teringat Joni akan peristiwa kemaluan Pak Maarof tempohari di hadapan Inspektor Cenohon. Walau sudah 3 bulan berlalu, Pak Maarof masih segan dan malu dengan Tauke Wong, Manap dan Inspektor Cenohon. Dengan Mak Munah lebihlah lagi, asal Mak Munah pesan apa-apa je, pasti disudahi dengan “jangan lupa pulak, awak tu dah nyanyuk”.... hehehehe kesian Pak Maarof.
Untuk majlis hari ini, Joni dengar Samat adalah di antara 14 ekor ayam yang menjadi korban. Tiadalah lagi kokokan Samat setiap pagi selepas ini. Patut pun Joni terasa lain macam sahaja kokokan Samat pagi tadi, terasa amat sayu dan lebih nyaring daripada biasa. Rupanya itulah tugasan terakhir Samat di dunia ini. Walau Joni tidak pernah berbual secara langsung dengan Samat, namun Joni yakin, dia pasti akan merasai kehilangan Samat. Entah jantan manalah pula akan menjadi ketua kokokan setiap pagi nanti. Joni tak pasti sebab hanya Samat yang dia kenal.
Selain Samat dan ayam yang lain, dua ekor kambing dari keluarga John dan Bentley turut menjadi korban. Kedua-dua ekor kambing itu Joni kurang kenal siapa nama mereka. Maklumlah, mereka dari kategori dewasa muda, mana nak kawan dengan anak-anak macam Joni, Sarah, Mona, Bob dan Albert. Mereka hanya dalam kelompok mereka, malah ada juga yang dah ada anak pun... tapi Joni peduli apa semua tu... yang penting mereka tak ganggu Sarah. Albert je sekarang ni yang nak kacau line... hampeh betul....
Dari pagi lagi memang meriah halaman rumah Pak Maarof. Joni nampak semua macam ada kerja dan tugasan masing-masing. Latiplah yang paling rajin. Manap seperti biasa kerja sahaja tanpa banyak bercakap sangat. Tauke Wong pun ada datang, menghantar seguni beras dan beberapa guni dan karung lain, mungkin barang yang dibeli oleh Pak Maarof. Tapi Joni nampak Tauke Wong buat biasa sahaja walau pernah dituduh pencuri, cuma Pak Maarof sahaja malu hendak bertentang mata dengan tauke Wong... bukan takut jatuh cinta.. ishhh mana boleh Pak Maarof jatuh cinta dengan Tauke Wong... sama-sama lelaki... lainlah kalau Tauke Wong dengan Mak Munah, itu boleh sebab lain jantina...
Si Joni ni ingat manusia macam kambing gamaknya... boleh saja tukar-tukar pasangan walau bini orang... dia tak tahu ada hukum hakamnya sebelum boleh kahwin. Kambing takpelah, mana ada perkataan skandal, main “hentam” saja mana yang nak, asalkan boleh masuk.... takde sapa nak marah... takde dosa....
Kenduri akikah dan kesyukuran cucu Pak Maarof diadakan selepas sembahyang Jumaat. Memang ramai yang datang, Inspektor Cenohon dan Sarjan Kudin pun ada. Semuanya Joni nampak bersalaman dengan Pak Maarof, dan selepas bersalam itu, pasti Pak Maarof memasukkan tangannya ke dalam saku baju Melayunya itu... entah mengapa pun Joni tak pasti, tapi mugkin itulah cara manusia bersalam. Kalau kambing senang je, gesel-gesel hidung kira setel lah...
Hari ini juga, Joni dan seluruh kaumnya tidak dikeluarkan langsung dari rumah masing-masing. Maklumlah, tiada siapa nak memantau dan mengawal...... Orang yang baca ni nak kawal dan pantau Joni tak? Kalau nak, Pak Maarof memang memerlukan pekerja sambilan. Emailkan sahaja resume anda kepada pak_maarof@kambing.com.my hehehehehe
BERSAMBUNG..........
Wednesday, December 17, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 10
EPISOD 10
Inspektor Cenohon menyuruh Latip mencari Manap dengan segera. Berlari-lari anak Latip mengikut arahan Inspektor Cenohon bagaikan seorang konstabel mengikut arahan ketuanya. Pada masa yang sama, Inspektor Cenohon mengarahkan anak buahnya, Sarjan Kudin mencari Tauke Wong dan membawanya ke rumah Pak Maarof. Inspektor Cenohon tahu, Pak Maarof mahu perkara itu diselesaikan di rumahnya juga, buka di balai Polis.
Inspektor Cenohon, walaupun seorang yang gempal dan berisi tetapi tegas dalam menjalankan tugas. Khabarnya dia berdarah kacukan Melayu dan Siam. Sebab itu dia nampak seperti seorang Siam, putih kulitnya. Gebu! Adiknya seorang pensyarah di sebuah kolej swasta, lebih tampan kalau di bandingkan dengan Inspektor Cenohon. Kedua beradik ini amat rapat kerana beza umur mereka tidak jauh, kadang-kadang orang ingatkan mereka berkawan kerana perbezaan fizikal yang ketara antara Inspektor Cenohon dan adiknya, Kepupin. Tapi itulah mereka, kadang-kadang merungut juga Inspektor Cenohon kerana adiknya lebih kacak dan tampan. Namun jauh di sudut hati, Inspektor Cenohon amat sayangkan Kepupin, adiknya itu.
Tidak lama selepas itu, Sarjan Kudin kembali bersama Tauke Wong. Tauke Wong yang berusia hampir sebaya dengan Pak Maarof nampak agak gelisah. Mungkin inilah kali pertama dia menaiki kereta Polis. Mungkin pantang bagi masyarakat Cina menaiki kereta Polis. Sebab itu Tauke Wong mulanya mahu memandu sendiri lori kecilnya, tapi ketegasan Sarjan Kudin menyebabkan Tauke Wong terpaksa akur mengikut. Malu juga dia kepada kawan-kawan di Restoran Tokyo tadi. Sedang enak makan udang kara sambil minum Tiger, terpaksa menaiki kereta Polis pula. Pasti kawan-kawannya tertanya sesama sendiri apa yang berlaku. Mengapa Sarjan Kudin datang ‘ambil’ Tauke Wong?
Sambil menunggu kedatangan Manap, Mak Munah menyediakan Nescafe ‘O’ panas. Ada juga biskut empat segi bergula di atasnya. Perghh... memang sedap dicicah dengan Nescafe ‘O’ panas. Marah juga Sarjan Kudin kerana nampak bibir Inspektor Cenohon dah penuh gula dari biskut tu. Patut pun cepat-cepat arahkan dia pergi ambil Tauke Wong, padahal bukan mereka tak tahu nombor telefon bimbit Tauke Wong, telefon sajalah. Saja je nak makan sorang. Marah benar Sarjan Kudin, dalam hati sajalah.... nak sound itu pegawai. Tanpa segan silu, Sarjan Hassan mula mencicah biskut empat segi bergula ke dalam air Nescafe ‘O’ panas yang mula sejuk kerana hampir 20 minit ditinggalkan.
Tauke Wong masih gelisah kerana kurang pasti sebab dia diheret dengan kereta Polis ke rumah Pak Maarof. Kalau setakat nak makan biskut empat segi bergula dicicah Nescafe ‘O’ panas, lagi best udang kara dengan Tiger di Restoran Tokyo. Tapi dia tak berani bersuara. Dia pun tanpa banyak bicara, turut mencapai biskut empat segi bergula dan dicicah ke cawan Nescafe 'O' panas Sarjan Kudin...
Menyirap juga la Sarjan Kudin, terpaksa berkongsi pula air cicahan dengan tauke Wong... dah la mulut berbau Tiger sajapun...
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI MENGENAI VEMMABUILDER
Lima minit kemudian, Latip kembali bersama Manap. Manap nampak terketar-ketar dan memakai baju lengan panjang. Lain macam saja lagaknya. Tapi digagahi juga berlakon normal seperti tiada apa-apa sambil menyapa Pak Maarof. Terkejut juga dia apabila nampak Inspektor Cenohon, Sarjan Kudin dan Tauke Wong ada juga. Ketiga-tiganya sedang mengesat bibir yang dipenuhi gula.
Tanpa membuang masa, Pak Maarof bertanya kepada Manap, “Manap, kau tahu kenapa Inspektor Cenohon ada bersama dengan Tauke Wong juga?”
“Ntah, datang makan biskut kot?”, jawab Manap selamba, masih lagi terketar-ketar.
“Kau tahu ada kambing aku hilang, haa Tauke Wong?”, Pak Maarof mula meninggikan suara. kali ini mengarahkan kepada tauke Wong pula.... Teringat dia masa dalam tentera dulu..... Sekali herdik, pasti kecut perut anak-anak buah dalam pasukannya... Kalau tidak masakan dia mendapat gelaran Maarof Singa...
“Mana gua tahu.... Lu punya kambing, lu sendili jagalah. Bila gua mana beli, gua datang jumpa lu”, balas Tauke Wong sambil menelan air liur. Mungkin ada saki baki biskut bergula masih melekat di tekaknya.
“Aku dengar masa aku ke Kuala Lumpur, tauke datang jumpa Manap ambil aku punya kambing seekor?” tegas Pak Maarof sambil memandang Tauke Wong dan Manap bersilih ganti.
“Saya minta Tauke Wong dan Manap berterus terang dalam hal ni. Kami syak Manap jual kepada Tauke Wong tanpa pengetahuan Pak Maarof. Dan kami syak ada sindeket yang sedang berlaku di sini diketuai oleh Tauke Wong dengan menggunakan Manap. Kami juga difahamkan Manap tidak datang kerja hari ini. Oleh itu pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan”, celah Inspektor Cenohon panjang lebar, sambil memegang gari di pinggangnya.
“Tuan, mengikut laporan akhbar, kadar jenayah penternakan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini”, sambung Sarjan Kudin cuba membodek pegawainya sambil meniru dialog Gerak Khas.
“Haa betul tu. Mengaku sajalah Tauke Wong, Manap. Kalau kembalikan duit hasil jualan tu, aku pertimbangkan tak panjangkan hal ni dan tarik balik laporan”, kata Pak Maarof.
Suasana hening seketika.... pandangan bersilih ganti antara Manap, Tauke Wong, Pak Maarof dan Inspektor Cenohon.... Latip jangan ceritalah, dari tadi memandang Ramlah sahaja...
KLIK DISINI UNTUK MEMAHAMI MENGENAI EKOLEKSI
“Haiyaa Pak Maalop.... lu sudah nyanyuk ka? Itu hali kan gua datang kasi duit sama lu sebelum lu pelgi KL? Bukan ka lu jugak suluh gua latang amik sama Manap itu kambing. Lu sulah lupa ka?” tutur Tauke Wong ikhlas.
“Betul la tu Pak Maarof. Kan ke Pak Maarof yang arahkan saya ambil kambing dari kandang 1 bagi kepada Tauke Wong? Dan hari ini kan Pak Maarof suruh saya tak perlu datang kerja, tapi pergi cari kayu api? Ini kena hujan la yang saya menggigil ni.... sejuk...”, sambung Manap pula membela dirinya....
“Eh ye ke? Aku lupa la... seronok timang cucu baru sampai aku lupa. Kejap aku tengok diari aku..... laaa betul la... aku jual kat Tauke Wong... lupa pula aku nak bagitau Latip..... isshhh.... errr Inspektor, nak biskut bergula lagi?”, gagap Pak Maarof kemaluan....
Dan malam itu, seluruh kampung mendengar leteran Mak Munah “dah tua....... bla..bla..bla..... nyanyuk........ pot pet...pot pet..... buat malu je......... bla...bla...bla....... tak usul periksa.......... mana nak letak muka kat Manap dan Tauke Wong... bla bla bla.....habis biskut aku....”
DAN DUNIA JONI TERUS BERSAMBUNG...............
Wednesday, December 10, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 9
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
Kini telah masuk malam kelima Pak Maarof ke Kuala Lumpur. Sejak pemergian Pak Maarof, tiada apa yang menarik kecuali kes kehilangan Felix. Albert pula seperti biasa suka mengganggu dan menimbulkan kemarahan Joni, sama ada secara fizikal mahupun fantasi. Latip yang mula-mula menyedari kehilangan seekor kambing dari pintu 1, rumah pakcik John, bapa Felix..... Kemanakah Felix???
Sejak hari itu juga Tauke Wong tidak datang. Mungkin tiada urusan kerana Pak Maarof tiada, Joni tidak pasti. Tapi mengingatkan kembali kes kehilangan Felix itu, mahu sahaja Joni beritahu Latip bahawa dia rasa Manap dan Tauke Wong yang hilangkan Felix. Joni nampak Manap berbual dengan Tauke Wong sambil menuding ke arah Felix. Joni tahu itu pasti ada kaitan dengan kehilangan Felix. Tapi apakan daya, Joni tidak mampu bercakap untuk memberitahu Latip. Apatah lagi untuk menulis surat layang. Joni tak mampu.
Joni sedar dia cuma seekor kambing. Kambing tiada tangan untuk memegang pensil atau pen.... itulah kelemahah paling ketara yang menyebabkan kambing tidak boleh menulis.... kalau kambing ada tangan, pasti Joni sudah menulis kepada Latip tentang teori siasatannya.... Sebab kesemuanya kakilah, tak dapat nak menulis.... fikir Joni di dalam benaknya itu....... Lama-kelamaan Joni pun tertidur begitu sahaja.......................
IKLAN - HOW TO STOP SMOKING FOREVER - eBook
Tanpa mendengar suara nyaring Samat, Joni terjaga akibat silauan lampu yang menyuluh tepat ke matanya. Marah juga Joni kerana tidurnya terganggu akibat silauan lampu yang entah dari mana datangnya. Biasanya dia terjaga kerana salakan Samat, pagi ini lain pula... sebab mata disuluh lampu.
Joni membuka mata seluas-luasnya. Rupanya bukan dia sahaja yang terkena silauan lampu, banyak lagi kaumnya yang terbangun. Joni tak pasti sama ada mereka juga terbangun kerana silauan lampu, atau mereka memang tak tidur dari malam tadi.... Maklumlah, seperti asrama pelajar Universiti, mana ada istilah malam bagi para kambing... selagi boleh bersembang, selagi boleh layan VCD, mana nak tidur... Entahlah.... apa nak jadi dengan kambing-kambing ni, Joni tak tahulah.... kadang-kadang rimas juga.... sudahlah tak mandi, boleh pula lepak lama-lama.... hishhhh....
Sementelah itu Joni terdengar suara garau Pak Maarof dan suara leter Mak Munah. Rupanya Pak Maarof telah pulang. Ramlah juga ada. Lampu yang menyilaukan tadi rupanya lampu teksi yang membawa Pak Maarof pulang. Alah teksi, kan Joni dah tahu apa itu teksi, bas je belum tahu... Hebat Joni ni kan... dah kenal teksi... pasti Sarah kagum! Pasti Albert makin dengki sebab Albert bukan tahu apa itu teksi... Buli kambing kanak-kanak seperti Joni, Albert tahulah...
Entah mengapa, Joni rasa gembira dengan kepulangan Pak Maarof, Mak Munah dan Ramlah. Bukan Latip dan Manap tidak menjaga Joni dan kaumnya dengan baik. Tapi entahlah, rasa lebih selamat dengan adanya Pak Maarof. Lebih selesa, lebih apa-apalah, susah Joni nak terangkan, tapi memang best Pak Maarof dah balik. Kalau diberi peluang, mahu dia berlari dan memeluk Ramlah... Opss... bukan... memeluk Pak Maarof... Tapi apakan daya, Pak Maarof sudah menjadi milik Mak Munah.... tapi kalau dapat peluk anak gadis Pak Maarof tu best juga kan? Sah-sah belum cukup umur aku dah jadi lauk kenduri... angan Joni keseekoran (keseorangan).
Mahu sahaja Joni melompat keluar dan beritahu Pak Maarof, Joni gembira Pak Maarof dah balik. Joni rindukan Pak Maarof. Mahu sahaja dia peluk Pak Maarof. Dicium-cium pipi berjambang Pak Maarof itu. Tapi terbayangkan dia pasti kena luku kepala dengan Pak Maarof, dibatalkan sahaja niat itu. Sakit kalau kena pengangan cincin besar Pak Maarof tu. Mau bengong sehari kalau kena. Ishh... taknak lah... Kalau kena, lapan tahun Albert pasti gelak....
IKLAN - vemmabuilder
Sebelah siangnya, rutin Joni menjadi ceria. Pak Maarof ada bersama. Latip pun pasti suka, tak perlu ke kedai membeli sarapan lagi. Tapi yang lebih Latip suka, Ramlah kekasih hatinya sudah kembali. Tersenyum riang sahaja nampak Latip. Joni pun tidak bermain jauh sangat hari ini. Dia berpusing-pusing sahaja di sekitar Pak Maarof, Latip dan Ramlah. Manap ke mana ntah, dari awal lagi tak nampak kelibatnya. Tak suka kot Pak Maarof balik.
Tiba-tiba Joni terdengar Latip beritahu Pak Maarof, “Ayah... eh silap...... Pak Maarof, saya rasa Manap jual seekor kambing kepada Tauke Wong. Seekor dari kandang nombor 1 hilang selepas Pak Maarof pergi KL”.
Bukan KL la... Pak Maarof pergi Kuala Lumpur, marah Joni di dalam hati. Tetapi marahnya hilang kerana dia kagum Latip tahu Manap yang sebabkan Felix hilang. Tak sabar Joni nak tahu apa kesudahan nasib Manap, pemuda bertubuh kurus tinggi dan berambut kerinting yang suka senyum menyeringai menampakkan gigi rongaknya itu.
IKLAN - eKoleksi - Info Ilmu dan Pendapatan Anda
Petang itu, Joni nampak Inspektor Cenohon, pegawai Polis daerah itu datang ke rumah Pak Maarof, diiringi Sarjan Kudin. Joni tahu, ianya pasti ada kaitan dengan apa yang Latip adukan kepada Pak Maarof tentang Manap dan Tauke Wong mengenai kehilangan Felix tempoh hari.... tunggulah nasib kau Manap.... Tunggulah nasib kau di tangan Inspektor Cenohon!!!!
Bersambung......... jangan marah..... hehehehehe
Friday, December 5, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 8
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
Malam itu perkampungan kambing Pak Maarof kecoh. Seekor kambing tidak pulang petang tadi. Kecoh betul sepuki kelima-lima keluarga mencari-cari anak mereka. Bapa dan sepuki masing-masing mula mengira ahli keluarga masing-masing. Memastikan cukup bilangan ahli keluarga mereka. Jangan ada yang hilang, jangan ada yang tercicir.
Joni yang telah mula terlelap terpaksa bangun untuk menyertai ‘roll call’ di dalam rumah mereka. Menyumpah juga Joni kerana dia baru nak mula lena, terganggu pula dengan kekecohan ini. Joni yang masih mamai bertanya Bob, sepukunya apa yang berlaku. Bob beritahu ada yang hilang. Lantas Joni teringatkan Sarah. Adakah Sarah yang hilang? Sebab selepas mengelamun semasa Sarah melintasinya pagi tadi, dia tak nampak Sarah lagi.
IKLAN - SIHAT DAN TAMBAH PENDAPATAN
Joni menjeling ke arah rumah nombor 2, fuhh......... lega, dia nampak Sarah sedang berdiri ayu didalam barisan anak gadis pakcik David. Lega Joni. Bukan Sarah yang hilang. Kalau Sarah yang hilang, entah apalah yang akan berlaku kepadanya. Pasti dia amat marahkan Albert yang telah curi-curi masuk dalam lamunan dia pagi tadi sampai terlepas Sarah dari pandanganya.
Teringat Albert, adakah Albert yang hilang itu? Ya, mungkin Albert. Dari pagi lagi dia tak nampak Albert. Albert tak buli dia secara fizikal pun hari ini. Albert tak kelihatan pun. Cuma tadi mengganggu lamunan dia sahaja. Dan sekarang pun Albert telah masuk ke minda Joni kerana telah mula memikirkan pasal Albert, walhal sebelum itu Joni sedang risaukan Sarah. Dan Joni marah lagi kerana Albert masuk lagi ke kotak fikirannya tanpa diundang.
IKLAN - LAYARI www.ebookmelayu.wordpress.com untuk mendapatkan ebook terbaru!!!
Lamunan Joni tentang Sarah, tentang Albert terhenti apabila Bob membisikkan bahawa Felix yang hilang. Felix anak pakcik John. Terus perasaan Joni bercampur. Tak suka kerana bukan Albert yang hilang dan suka juga kerana Albert tak apa-apa. Ntahlah, Joni tahu Albert tu jahat. Tapi Joni tidak pernah sekali-kali mendoakan yang tidak baik terhadap Albert. Malah kepada seluruh masyarakat mereka pun Joni mengharapkan yang baik-baik sahaja. Joni tak suka keganasan atau musibah menimpa perkampungan mereka.
Joni selalu berdoa agar mereka hidup aman damai, bersatu padu dan saling membantu. Bak kata Dr. Padila Kamsin, jiran sepakat membawa berkat dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Diluah mati emak, ditelan mati bapa... opsss Joni sedar, kata-kata terakhir itu tiada kena-mengena dengan hal Felix ni... Ya Felix hilang.... itu lagi penting daripada ingat Dr. Padila Kamsin!
Tapi ke mana pergi Felix? Teringat pula Joni kejadian pagi tadi selepas Pak Maarof berangkat ke Kuala Lumpur menaiki teksi. Joni sudah tahu itu namanya teksi. Nanti Joni hendak tengok pula bagaimana rupa bas. Ishh.......... Joni ni, melalut lagi la tu, dari Felix dah sampai ke bas pulak. Joni senyum sendiri teringat lamunannya itu.
Ya, pagi tadi selepas Pak Maarof pergi, Tauke Wong datang. Tauke Wong berbual dengan Manap sambil Manap menunjuk-nunjuk ke arah Felix. Ketika itu Latip pergi beli sarapan kerana Ramlah ikut Pak Maarof ke Kuala Lumpur dan Latip terpaksa beli sarapan sendiri. Maklumlah, takkan pula Ramlah nak hantar sarapan dari Kuala Lumpur pula? Jauh Kuala Lumpur tu.... Pak Maarof ke Kuala Lumpur untuk melihat anak Saida yang juga cucu baru Pak Maarof dan Mak Munah. Pak Maarof, Mak Munah dan Ramlah pergi menaiki teksi ke stesen bas. Joni dah tahu apa itu teksi tapi belum tapi apa itu bas. Mack bapa Joni beitahu Kuala Lumpur itu jauh, Pak Maarof tak larat nak memandu.
IKLAN - PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN eKoleksi
Arghhhh Joni melalut lagi.... kerap benar mengelamun sekarang ni. Tapi Joni pasti, kehilangan Felix pasti ada kaitan dengan Tauke Wong, lori kecilnya juga ada kaitan, Manap juga.............. Pak Maarof ke Kuala Lumpur tengok cucu.............. teksi................ Latip beli sarapan sendiri................. Manap gembira................... Ramlah ikut Pak Maarof................... Saida dapat anak kedua................. itu namanya teksi tapi bas belum tahu.................. Felix.................. Manap.................... Bob................. Tauke Wong................ Sarah.................... Albert................ Felix................. Manap.............. Latip................. Pak Maarof.................. cucu............... Kuala Lumpur............. Jauh............ Mack.............. Felix hilang...............
Dan Joni pun tertidur di dalam lamunannya itu................
Wednesday, November 26, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 7
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
Pagi seperti biasa Joni tersedar dari tidurnya apabila Samat menjalankan rutin hariannya. Hari ini juga Joni tahu Pak Maarof akan ke Kuala Lumpur melawat anak sulungnya, Saida yang melahirkan anak kedua. Semalam Joni terdengar perbualan antara Pak Maarof dengan Manap dan Latip. Dan Joni nampak Latip agak murung kerana Ramlah, kekasih hatinya akan turut serta dengan kedua ibu bapanya, Pak Maarof dan Mak Munah ke Kuala Lumpur. Tak dapat la dia hendak bermesran-mesraan dengan Ramlah.
Setahu Joni, Pak Maarof mempunyai tiga orang anak. Yang pertama Saida diikuti Amran dan ketiga Ramlah. Saida berusia 28 tahun, Amran 24 tahun dan Ramlah baru 18 tahun. Beberapa bulan lalu Joni nampak teruk Ramlah kena leter dengan kakak dan abangnya kerana gagal dalam peperiksaan SPM. Joni pun tak tahu apa itu peperiksaan SPM.
Entahlah, Joni tak pasti, tapi Joni nampak Pak Maarof dan Mak Munah tak marah pun Ramlah gagal. Kata mereka boleh juga tolong-tolong mereka di kampung. Jadi Joni pun buat kesimpulan, peperiksaan SPM ialah penentu kepada manusia sama ada mereka akan membantu ibu bapa di rumah atau tidak. Kalau lulus, anak-anak tidak perlu ada di rumah, tetapi cukup sekadar menghantar wang setiap bulan. Mungkin itu la kot tujuan peperiksaan SPM pada fikiran Joni.
IKLAN - VEMMATM HEALTHY SUPERJUICE AND MAKE MONEY YOURSELF!!!
Pagi itu sebelum pintu rumah Joni dibuka, Joni nampak sebuah kereta yang mempunyai lambang di atasnya datang mengambil Pak Maarof, Mak Munah dan Ramlah. Selepas itu mereka pun berlalu pergi. Mack memberitahu Joni, itulah teksi. Pak Maarof menaiki teksi ke stesen bas untuk ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur tu jauh. Pak Maarof tak larat nak memandu Proton Saganya itu, sebab itu kena naik bas. Jauh Kuala Lumpur tu. Eleh bapa ni, macamlah dia pernah pergi Kuala Lumpur yang tahu sangat jauhnya tu, getus Joni di dalam hatinya. Entahlah macam mana rupa bas pun Joni tak tahu. Teksi pun dia baru kenal. Dan Kuala Lumpur itu tempat apa pun dia tak tahu.
Selepas Pak Maarof pergi, Latip dan Manap datang membuka pintu rumah Mack dan keluarga lainnya. Lain pulak rasanya bagi Joni tanpa Pak Maarof. Bukan dia tak sukakan Latip dan Manap, tapi entahlah, Joni rasa ada sesuatu yang akan berlaku sebab kira-kira sejam selepas Pak Maarof pergi, ketika Latip ke kedai membeli sarapan, Joni nampak Tauke Wong datang dengan lori kecilnya itu. Entah apa yang dibualkan dengan Manap, Joni tak pasti, tetapi dia nampak Manap menunjuk-nunjuk ke arah Felix, anak pakcik John.
Selepas itu apa yang berlaku Joni tak pasti kerana dia nampak Sarah melintas di hadapannya. Oh, Sarah kau cukup cantik, comel seperti selalu. Mahu saja aku mengajak kau menonton wayang gambar cerita Sivaji The Boss di pawagam hari ini. Tapi apakan daya, kita ni kambing. Kita tengok cerita hantu si Albert sudahlah. Sebut pasal Albert, sepanjang pagi ini tak nampak lagi kelibat Albert. Mana entah mamat jahat tu. Tak kacau aku ke hari ni? Joni bercakap seekor diri, mengenangkan musuhnya si Albert tu.
Sedar tak sedar, Sarah telah jauh dari pandangannya. Joni jadi geram seekor diri. Tak guna punya Albert, betapa jahatnya engkau, aku tengah mengelamun tengok Sarah pun kau boleh masuk campur dalam lamunan aku, sampai aku terlupa Sarah dan teringatkan kau saja. Benci Albert. Ilmu bulian apalah yang dia pakai sampai Joni terganggu minda dan fikiran. Nak jiwang-jiwang pun kena buli dengan Albert si Joni ni.
Teringat semula Joni tentang Tauke Wong tadi. Sudah balik rupanya apek tua itu. Mungkin dia tak tahu Pak Maarof ke Kuala Lumpur lalu pulang sahaja selepas diberitahu Manap. Latip pun sudah balik dari beli sarapan dan sedang makan dengan Manap. Manap nampak bersemangat pula, tak seperti sebelum Pak Maarof berangkat tadi. Mungkin Manap gembira kerana Latip terpaksa bersarapan dengannya, kalau tak asyik Manap makan seorang diri sahaja kerana pasti Ramlah akan menemani Latip. Mungkin sebab itu Manap gembira, fikir Joni...........
Bersambung.......
DUNIA JONI - EPISOD 6
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
Albert memang berdendam dengan Joni. Albert benci tengok Joni berbaik-baik dengan Sarah. Albert tak suka tengok Sarah juga sukakan Joni. Albert tahu pasti mereka berdua sedang bercinta. Albert pasti mereka merancang untuk hidup bersama apabila sampai masanya kelak.
Tapi Albert sukakan Sarah. Albert mahu Sarah menjadi miliknya. Albert tak rela melihat Sarah terlepas ke kaki kambing lain. Albert mahukan Sarah. Albert rasa dia lebih berhak untuk mendapatkan Sarah. Dia lebih tua, dia lebih tegap maka dia yakin dia lebih layak. Dia lebih dahulu melihat kelahiran Sarah. Apa ada pada Joni? Kambing kecil yang lahir sama tahun dengan Sarah itu? Albert masih ingat, ketika Sarah lahir, dia amat gembira kerana yakin generasi Mugabe pasti akan ada pewarisnya.
Sejak Sarah pandai berjalan, Albert telah mula mahu berkawan dengan Sarah. Tapi Sarah jarang mempedulikannya. Albert jadi marah. Mengapa Sarah lebih suka berkawan dengan Mona, anak kambing betina yang gempal itu? Kan lebih manis kalau berdamping dengannya? Anak kambing jantan yang tegap, gagah dan menawan. Anak kambing dari baka baik-baik dari Afrika. Pasti akan melahirkan anak-anak yang cerdas, tegap dan bermutu kualiti dagingnya.
Tapi Sarah tetap tak pedulikan Albert malah mula berjinak-jinak nak berkawan dengan Joni. Benci Albert melihatnya. Sebab itu Albert selalu buli Joni. Biar Sarah tahu Joni tidak sekuat mana. Biar Sarah nampak Joni lemah. Biar Sarah mula tak sukakan Joni.
Namun apakan daya, makin kuat Albert buli Joni, makin sayang pula Sarah kepada Joni. Itu yang Albert tak faham. Mengapa Sarah pilih Joni yang lembik itu? Hishh... menyampah Albert tengok Sarah menggoyang-goyangkan ekor tiap kali Joni melintas. Rasa hendak diterkam-terkam saja Sarah. mahu ditendang-tendang Joni biar mampus. Sebab itu Albert pernah tolak Joni masuk sungai. Padan muka Joni. Semua gelakkan Joni. Sarah pun gelakkan Joni. Padan muka Joni... hahahaha gelak jahat Albert.
Tapi yang lebih menyakitkan hati Albert, dia pasti dia tak akan dapat memiliki Sarah. Dia tahu dia tak layak memenangi hati Sarah. Dia tahu dia bukan untuk Sarah dan Sarah bukan untuknya. Harapan untuk bersama Sarah, hanyalah mimpi. Albert benci keadaan ini. Mengapa takdirnya begini. Dia amat berdendam dengan semua. Dia mahu memiliki Sarah, namun hajat besarnya pasti terhalang. Niat hatinya pasti terbantut. Nafsu kambingnya pasti tidak akan tertunai.
Semuanya gara-gara amaran bapanya, Mugabe. Semasa Sarah sudah berusia 6 bulan dan mula menjadi perhatian anak kambing jantan untuk di ‘booking’, bapanya memberikan amaran bahawa dia tidak boleh memiliki Sarah. Albert tak boleh berkahwin dengan Sarah. Sarah bukan diciptakan untuknya.
Albert jadi bingung. Mengapa bapanya menghalang? Mengapa bapanya tidak suka dia ingin membuktikan kejantanannya? Mengapa dia tidak boleh berkahwin dengan Sarah? Sedangkan Sarah amat comel, cantik, manja dan memenuhi ciri-ciri idamannya. Tidakkah bapanya inginkan cucu yang baik dan tegap sepertinya kelak? Albert amat marah kerana bapanya tidak memberikan jawapan yang kukuh, sekadar berkata “sampai masanya, papa akan beritahu Albert”.
Sejak itu Albert amat gelisah. Mengapa bapanya menghalang? Sedangkan dia dan Sarah adalah sekupu, boleh kahwin. Ibunya Lucy, bapanya Mugabe. Ibu Sarah Tina, bapanya David. Tiada sangkut paut. Tiada pertalian darah. Tidak melanggar adat kambing.
Dan semenjak itu juga, Albert berazam kalau dia tidak dapat memiliki Sarah, kambing mana jua tak akan mampu memiliki Sarah. Dan niat Joni itu pasti akan Albert gagalkan, apa cara sekalipun, baik atau jahat.....
Hahahahahahaha dan Albert terus gelak jahat memikirkan apa kaedah untuk buli Joni esok....
Thursday, November 20, 2008
DUNIA JONI - EPISOD 5
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
Sarah dan Mona ialah kawan baik. Walaupun Mona setahun lebih tua dari Sarah, Mona senang berkawan dengan Sarah. Walaupun Mona lebih gempal dari Sarah, Sarah juga suka berkawan dengan Mona. Memang Mona tahu Sarah lebih comel, tapi Mona tak malu berkawan dengan Sarah, asalkan Sarah ikhlas dalam persahabatan mereka. Mereka sering bersama apabila rutin harian di siang hari. Malam mereka tidak pernah bertemu kerana Sarah di pintu 2, sedangkan Mona di pintu 5. Jauh....
Peluang ini sentiasa Joni gunakan kerana Mona ialah sepupu Joni. Joni amat suka apabila Sarah berkawan rapat dengan Mona. Joni amat gembira setiap kali Mona bercerita tentang Sarah, sedangkan bila Sarah bercerita pasal Mona, Joni buat layan tak layan saja. Tapi Joni konon-konon layan juga, takut juga Sarah merajuk kalau dia tahu Joni malas mendengar pasal Mona.
Monalah sepupu paling best bagi Joni. Maklumlah, hanya itu sahaja sepupu yang Joni ada. Mona pernah beritahu mereka sebenarnya ada seekor lagi sepupu. Tetapi telah mati kerana terminum racun rumpai yang Manap tumpahkan. Joni tak peduli itu. Yang Joni tahu Mona sahaja sepupu Joni.
Mona selalu bercerita perihal Sarah. Hari ini Sarah makan kat mana, hari ini Sarah buat apa, semua Mona cerita kepada Joni. Ini buatkan Joni rasa selalu dekat dengan Mona. Maklumlah, ada masa Joni terpaksa bermain dengan sepuku dan sekupu jantan yang lain. Joni tak nak diejek hanya berkepit dengan Sarah saja. Kadang-kadang Joni perlu juga belajar menjadi kambing jantan sejati.
Sarah pun tak kisah kalau Joni selalu bermain dengan sepuku dan sekupunya. Sarah rela, asalkan Joni pandai jaga diri. Sarah tahu Joni akan jadi jantan yang gagah. Cuma kadang-kadang Sarah simpati melihat Joni dibuli Albert. Sarah pun tahu Albert anak pakcik Mugabe tu selalu buli Joni. Apa salah Joni, Sarah pun tak pasti. Kadang-kadang Sarah risau takut Joni tercedera akibat dibuli Albert. Sarah pun kadang-kadang menyampah melihat Albert yang perasan gagah tu. Macamlah hensem sangat. Hensem lagi Joni. Albert apa ada... harap badan saja tegap, tapi perangai menyakitkan hati!
Sarah sayangkan Joni. Sarah juga tahu mereka adalah sekupu dan dibenarkan berkahwin. Cuma masanya belum tiba lagi. Sarah tahu, dalam masyarakat mereka, si jantan akan mampu berkahwin apabila beusia 5 tahun. Kadang-kadang Sarah rasakan lagi empat tahun itu terlalu lama. Tapi apakan daya, Sarah hanya mampu bersabar. Hari yang diidamkan pasti menjelma. Hari mereka berdua akan bersedia menjadi pasangan yang bahagia.
Sarah sudah terbayang dia akan menjadi isteri pertama Joni. Sarah pasti. Siapa dikalangan sekupu yang menjadi isteri berikutnya Sarah tidak kisah. Berapa banyak isteri Joni kelak pun Sarah tak kisah. Sarah tahu Joni mampu. Sarah tahu Joni pasti akan bersedia. Sarah tak akan cemburu. Buang masa sahaja kalau cemburu. Sarah tak mahu Joni nampak lembek kerana hanya ada seekor isteri.
Sarah cuma berharap Joni pandai jaga diri. Sarah tak mahu kehilangan Joni. Sarah selalu bercerita kepada Mona pasal Joni. Mona pun tahu Sarah sukakan Joni. Mona pun tahu Sarah tidak bertepuk sebelah kaki. Tepukan Sarah sudah lama Joni sambut. Mona pun selalu berdoa agar sepupunya si Joni tu dapat juga berkahwin dengan Sarah. Sarah kawan baiknya itu.
Joni hendak jadi macam Latip. Setianya Latip menunggu Ramlah anak bongsu Pak Maarof pasti membuahkan hasil. Sebab Joni tahu Latip setia, Ramlah juga setia menunggu Manap. Joni selalu nampak Latip senyum-senyum kepada Ramlah dan Ramlah membalas senyuman itu. Kadang-kadang kalau Pak Maarof tiada, Joni dengar Latip ucapkan “terima kasih sayang” kepada Ramlah ketika anak gadis Pak Maarof itu menghantar makanan, sedangkan perilaku antara Latip dan Ramlah itu, tidak pernah Joni nampak Manap lakukan terhadap Ramlah, dan Joni juga tak nampak Ramlah pernah pedulikan Manap sepertimana Ramlah beri perhatian kepada Latip.
Joni pasti, Latip dan Ramlah sedang bercinta. Mereka sukakan satu sama lain sebagaimana Joni cintakan Sarah dan bagaimana Sarah cintakannya.
