JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, June 14, 2009

Tak OK Lagi

Aku ingat, bila dah pi hospital, dah buat x-ray pastu kena pulak buat ECG, dan disahkan tiada masalah kesihatan yang melibatkan 2 test tersebut, aku akan ok... tambahan pulak dapat ubat-ubat yang lima jenis semuanya...

Tetapi rasa sakit aku tu masih tak hilang juga, malah terasa macam makin bertambah... kalau sebelum ni masa tarik nafas dan angkat tangan saja yang sakit dada tu, sekarang ni bila-bila pun terasa sakit, nak beralih masa baring pun sakit!

Apa yang buat aku runsing, kesan sama ada lebam ke, bengkak ke tak kelihatan pun... itu yang meragukan aku... takut jugak orang kata aku main-main saja, menipu ke... tambahan pula test-test perubatan yang normal dah pun dibuat....

So, apa lagi yang aku perlu buat? Hari ni Ahad, kalau aku pi hospital petang ni, ngadu sakit dada, sah-sah malam ni aku akan bermalam di hospital... maklumlah sudah tentu doktor yang biasa pesakit luar bercuti...

Kalau aku pergi esok pulak, sah-sah hari Isnin merupakan hari favourite para pekerja MC.... nanti bos aku ingat aku sengaja malas pi opis pulak....

Apa aku perlu buat?

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!