"Dan (Allah menciptakan) lautan yang selepas itu ditambah pula dengan tujuh lautan" - Surah Luqman:27.... Ilham dan ilmu dalam penulisan ini, tiada tolok bandingnya dengan kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu...
Tuesday, January 29, 2008
Ayat KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyangFardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukurperbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azzawajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w.bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Wednesday, January 16, 2008
KL Kriterium Jelajah Malaysia 2008
Perlumbaan di Kuala Lumpur dimenangi oleh Yusuke Hatanaka, pelumba Jepun yang mewakili pasukan Skill Shimano.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mampu menggugat Jersi Merah (overall leader) milik Tonton Susanto (Le Tua - asal Indonesia).
Lain-lain pemilik Jersi yang dipertandingkan ialah Anuar Manan (Le Tua - Malaysia) mengungguli Jersi Biru (Raja Pecut), Hossien Askari (Tabriz Petrochemical Team - Iran) jersi Polka Dot - Raja Bukit dan Suhardi Hassan (Kuala Lumpur Team - Malaysia) pula adalah pelumba tempatan terbaik - Jersi Putih RTM.
Untuk maklumat lain Jelajah Malaysia 2008, layarilah www.jelajah.com.my
Monday, January 7, 2008
Cuti 1 January 2008 episod 3
Lepas parking kereta, pekena ayaq nyoq (seperti di atas) dulu... RM3 sebiji....
Hilang dahaga, jalan-jalan tepi pantai... masa kami sampai air surut... aktiviti hanyalah berjalan dalam air laut yang paras lutut dan dok kacau ketam yang lari dan masuk dalam pasir....
Siapa boleh bagitau aku apa benda di atas? mula-mula ingatkan straw..... tapi bila tarik, ianya panjang (seperti gambar di bawah)....
Puas dok pikir... aku kata ini ialah alat pernafasan kerang.... hahahahaha.... mesti bukan punyalah!!!
Balik dari Bagan Lalang, terus singgah makan malam di Bangi....
Sampai KL pukul sepuluh lebih juga... maka tamatlah cerita Jalan-Jalan pada 1 Januari 2008...
nanti ada cuti, nak jalan-jalan kat tempat lain pulak....
Cuti 1 January 2008 episod 2
Promosi kata 10-15 minit boleh sampai Putrajaya dari KL.. aku rasa kalau speeding jelah... lagipun exit di Putrajaya sebelah belakang, jalan ke Cyberjaya / KLIA...
Apapun, highway ni pasti akan banyak membantu mereka yang berurusan dari KL ke Putrajaya (macam aku la kot)
Pastinya akan dapat melepasi kawasan sesak di Jalan Tun Razak, Sg. Besi, Kuchai Lama....
Apapun, aku rasa tol nanti pasti singgit lebih (ada 2 tol, so mungkin RM1.50 x 2)
Sampai di Putrajaya, lepak dan pusing2 kat Alamanda...
p/s: takdak gambar diambil...
Cuti 1 January 2008 episod 1
Abang ni asyik kontrol sajalah, ramai amik gambar dia....
Jata Negara Malaysia...
Nak tengok gambar lagi, tengok fotopages aku....