JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, July 24, 2008

Video Exclusive.... Kasih Ibu....

Sebab ianya exclusive, siapa yang nak tengok, email aku ke link ni....., aku akan email video tersebut.... Kisahnya begini :

Siapa kata binatang tiada perasaan?

Baru tadi aku menyaksikan satu kejadian yang menginsafkan aku tentang kebesaran kuasa Allah s.w.t.....

Tiba-tiba masa aku balik rumah, ada bangkai anak kucing, yang aku rasa baru 3-4 minggu dilahirkan...

Aduh... nak kena 'uruskan' la pulak...

Aku ni bukannya tak suka kucing... nak kata suka sangat pun tidak... gitu-gitu jelah...

Sempat jugak aku layan DVD dulu sebelum nak 'uruskan' anak kucing tu...Setel DVD, aku jengah kat luar, memang sah mati anak kucing ni... semut pun dah mula datang...

Aku buka pintu, tak perasan pulak ada kucing dewasa sedang perhatikan bangkai anak kucing tu... Si dewasa tu jeling aku... aku pun kata "anak hang mati ye?"... sambil menutup balik pintu takut dia tuduh aku lak bunuh anak dia...

Dari dalam pintu (sliding door), aku terharu tengok ibu kucing tu dok menjilat bangkai anaknya tuh.... sama ada dia memang nak 'mandikan' anak dia atau nak buang semut atau nak sayang anak dia, aku tak pastilah... tapi memang menampakkan KASIH IBU betullah....

Pastu si ibu blah... pi mana aku tak nampak...So inilah masanya pada perkiraan aku... mungkin ibu dah ucapkan selamat tinggal dan faham manusia ini akan 'menguruskan' anaknya sebentar lagi...

Aku pun keluar, tiba-tiba nampak si ibu datang pulak... aduh.. kantoi!!! Si ibu seperti kata sesuatu... aku pun kata balik "aku nak urus anak hang nih..." Tak tau la kucing faham ke tak aku cakap Kedah ni... heheheheh

Pastu si ibu menghilangkan diri... kesempatan ini aku ambil setelkan anak dia secepat mungkin...

Selesai....5 minit pastu, aku nampak si ibu datang dengan seekor bapak kucing ke lokasi anaknya mati... Tak pastilah nak tunjuk tempat anak mati, ataupun nak buat anak baru???

Apapun, tengoklah klip dan gambar ni... mungkin sesuatu boleh diperolehi...

Salam...

Janos

Wednesday, July 16, 2008

Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 - 15 Julai 2008)




Hari ini, seluruh warga peminat bolasepak Kedah khususnya dan Malaysia amnya pasti berdukacita dengan kembalinya ke rahmatullah, BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN, DATUK PADUKA HAJI AHMAD BASRI AKIL.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kira-kira jam 3 petang, 15 Julai 2008 pada usia 69 tahun.


Antara jasa Allahyarham yang pasti dikenang ialah ketika memimpin pasukan bolasepak Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama 4 tahun berturut-turut (1987, 88, 89 dan 90) sehingga menjadi juara pada tahun 1990. Allahyarham juga menjadi tulang belakang kepada pasukan bolasepak Kedah pada masa ini, sehingga digeruni dan dicemburui oleh pasukan-pasukan lain.

Allahyarham juga merupakan Pengurus pasukan Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 1989 (pingat emas terakhir sehingga kini dari bolasepak pada Sukan SEA).


Allahyarham juga adalah pencipta lirik lagu tema pasukan bolasepak Kedah "Biar Jasa Jadi Kenangan" yang diangkat sebagai lagu rasmi pembakar semangat, bukan sahaja bagi pasukan bolasepak, malahan setiap sukan yang membawa bendera negeri.


Jasa-jasa dan pengorbanan Allahyarham sentiasa diingati, amat sesuai dengan bait-bait lagu "Biar Jasa Jadi Kenangan"


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah....





Daulat Tuanku - Sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah Darul Aman

DAULAT TUANKU!!!


Friday, July 11, 2008

Tenak Lintah, Benih Lintah

Antara projek meniaga yang hebat, orang ramai pengusaha minat sekarang ni ialah ternakan lintah...

Sana-sini orang cakap pasal ternak lintah...

Dalam Buletin Utama pun dah pernah ada cerita pengusaha lintah di Kelantan yang berjaya....

Mamat ni pun dah jadi mentor kepada penternak lain...

Selain tu, kalau bab-bab ternakan ni, sama ada keli dalam tangki / kanvas, hinggalah lintah ni, kita akan dapati banyak pengusaha yang "boleh cari makan dengan menganjurkan kursus-kursus kepada mereka yang berminat...

Bercerita bab ternakan lintah ni, tidak dinafikan prospek memang ada untuk berjaya... modalnya pun tidaklah besar sangat (bergantung kepada jumlah tangki ternakan)

Ada seorang sahabat aku, Haji Azrai namanya juga berminat menceburi ternakan lintah ni...

Beliau sekarang antara pembekal benih lintah yang aktif....

Beliau tidak menganjurkan kursus, tetapi beliau melihat kebanyakkan pemberi kursus / mentor GAGAL menyediakan benih-benih lintah kepada pengusaha yang ingin menceburi perniagaan ini, maka beliau sanggup membekalkan benih-benih lintah kepada pengusaha yang berminat.

Semoga berjaya aku ucapkan kepada Haji Azrai dan pengusaha-pengusaha lintah yang lain...

Jumpa lagi...

Wednesday, July 2, 2008

Kronologi Nasi Daging Merah

Gambar di atas menunjukkan sebungkus Nasi Daging Merah. Ianya adalah antara makanan rutin aku sejak menetap di KL ni.... Aku tidak mahu membebel panjang, cukuplah anda semua melihat perkara berikut:

2001 ----> RM2.70
2004 ----> RM3.00
2007 ----> RM3.50
1 Julai 2008 ----> RM4.00

Terdapat notis di gerai tu, lebih kurang bunyinya

"ASSALAMMUALAIKUM KEPADA SEMUA PELANGGAN, PIHAK KAMI TERPAKSA MENAIKKAN HARGA NASI DAGING MERAH KEPADA RM4.00. DIHARAP KALIAN MEMAHAMI KENAIKAN HARGA DAN KOS BARANG SEKARANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN KALIAN. WASSALAM"
Nak kata apa kan? Semua pun naik harga. Menteri KPDN&HEP saja yang kata dan jamin tak naik... Enough said!!!

Kalau macam ni, mungkin makanan rutin kebanyakkan rakyat Malaysia akan beralih pula kepada mee segera seperti gambar di bawah....


Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!