JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, June 29, 2009

Juara Carta...

Tempat pertama, masih kekal dengan pencapaian memberansangkan - HARDINESS!!!

Mengekori rapat, di tempat kedua - LETSSHAREHERE.

Mendukacitakan, ketinggalan agak jauh - JOETIFFA di tempat ketiga....

Sunday, June 28, 2009

Soul Searching - response to HARDINESS

Hmmm... seperti yang 'dirungutkan' oleh hardiness (korang klik sajalah link dia kat belah kanan tu, malas nak buat hyperlink :-p), beliau dan Yom Mat sekarang ni dalam frasa 'soul searching'... terasa kekosongan dalam jiwa katanya.... hidup terlalu rutin --- bangun pagi ---> pergi kerja ---> balik tidoq dan berulang saban hari...

Beliau mendapat advice daripada kawannya agar membuat aktiviti yang beliau sukai...

Jika anda mengikuti hardiness, beberapa bulan sebelum ni, beliau pernah mengutarakan bahawa hidupnya 'ditentukan' oleh orang lain, sebagai contoh beliau mengambil MBA disebabkan mengikut Yom Mat sedangkan beliau lebih meminati bidang IT...

Mengkaji personaliti hardiness, beliau sebenarnya seorang yang sukakan cabaran dalam hidupnya... beliau gemar mencuba sesuatu yang baru dan kurang berpuas hati dengan hasil sedia ada walaupun pada pandangan orang lain, ianya sudah cukup baik... contoh yang paling dekat, lihat sahaja penampilan blognya yang akan ditukar penampilan pada purata 3 bulan sekali atau kadangkala lebih cepat!!!

Beliau juga sebenarnya seorang yang kreatif, bilamana beliau sentiasa menggunakan grafik atau gambar-gambar yang menarik bagi menyampaikan penulisan dalam blog, walau kadangkala kita mengetahui gambar yang digunakan di ambil dari blog/web lain... ini menunjukkan beliau mempunyai masa untuk berinternet yang pada pandangan penulis merupakan salah satu dari minat beliau...

Mengenali hardiness, walaupun hanya melalui Yom Mat, penulis dapat merasakan beliau sebenarnya TIDAK perlukan soul searching, tetapi apa yang beliau perlukan ialah sahabat untuk 'mengeteh' sekali sekala, mungkin sekurang-kurangnya 2 minggu sekali... ini kerana penulis berpendapat beliau hanyalah kepenatan dengan rutin yang sudah dirasakan tidak lagi mencabar, walaupun di awal mendapat pekerjaan sekarang, hardiness merasakan inilah pekerjaan idaman beliau... dan sekarang beliau rindukan pula 'masa yang terluang' semasa bertugas di kolej sedangkan semasa di kolej dahulu beliau seperti 'benci' dengan apa yang beliau lakukan...

Selain 'mengeteh' sekali sekala dengan sahabat, penulis mencadangkan agar hardiness pergilah bercuti 3-4 hari di mana-mana lokasi yang beliau sukai... kalau tidak pun, dapat bermalam di mana-mana hotel di lembah kelang pun dah cukup, sekadar 'lari dari rutin' yang beliau hadapi tu...

Hardiness, janganlah terlalu memikir untuk soul searching kerana dikhuatiri 'benda lain pula akan dijumpai'... hardiness yang kami kenal tidak perlukan soul searching kerana beliau telah lama kami senangi dan kami tiada masalah tentang jiwanya... :-)

Tuesday, June 23, 2009

Siakap Sweet Sour


Siakap Sweet Sour... lauk istimewa wife aku masak... katanya balas dendam sebab ikan kembung abis... maka seekor siakap menjadi mangsa... hahaha
Lauk ni hidangan makan malam... tapi bukan malam tadi, tapi dah 2 minggu lepas rasanya... sengaja aku simpan gambar... bila perlu akan aku keluarkan posting tentangnya (terutama bila takda idea nak menaip benda lain.... hehehehe)
Malam tadi lauk ketam... pun aku suka...
TQ sayang....


Monday, June 22, 2009

Yom Mat?

Yom Mat






Comel kan nama manja Fulim di kalangan keluarganya?



Memang Fulim pun memang seorang yang comel sejak dari awal perkenalan kami lagi, iaitu kira-kira 12 tahun lepas...



Dua belas tahun tu.... bukan tempoh yang singkat kan?



Kalau ikut umur, dah nak ambil UPSR tahun ni...



Apapun Yom Mat memang seorang yang COMEL!!!




Setakat ni sah...

yang penyakit dada aku tu hanyalah 'muscle'... sebabnya petang tadi aku ke Ampang Puteri untuk berjumpa dengan doktor yang pakar... bukan tak percaya doktor sebelum ni, cuma inginkan kepastian memandangkan dada aku masih lagi sakit... (lokasi lebih tepat - bawah 'payudara' sebelah kiri... hahahaha)

Alhamdulillah.... tiada yang serius...

Cuma, ungkapan 'the mind suffer and the body cries out' memang agak betul... hujahnya - doktor mula-mula sekali tanya

"You stress ke? Apa yang you stress?"

Setelah membuat pemeriksaan yang perlu (x-ray dan ECG guna yang hospital sebelum ni), beliau membuat kesimpulan "hanya muscle" besertakan beberapa hujah kedoktoran yang membuatkan aku dan isteri berpuas hati...

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan aku; Joe, Fulim dan Andy, aku ucapkan terima kasih... kudoakan juga kalian semua beserta keluarga juga sentiasa dilindungi dari sebarang kemalangan atau ketidakselesaan kesihatan...

Alhamdulillah...

Tuesday, June 16, 2009

Tujuh Jadi Tiga


Inilah satu kebijaksanaan para arkitek jalan raya di Malaysia ni... kalau boleh, nak mempertemukan 30 persimpangan pada satu tempat yang sama...

Gambar di atas di ambil pada satu pagi bekerja di persimpangan MRR2, Persimpangan Susur Keluar DUKE hala ke Ampang dan Persimpangan Dari Keramat AU/Taman Hillview...

Lorong MRR2 dari Melawati/Ukay Perdana hala ke Ampang ialah tiga lorong.... DUKE masuk ke MRR2 (paling kiri) ialah 2 lorong manakala dari Keramat AU/Taman Hillview pula ialah dua lorong di tengah tu...

Kesemua persimpangan ni bercantum di lokasi yang hampir sama kepada MRR2 yang mempunyai 3 lorong... so, hasilnya saban hari kesesakan MRR2 sampai Taman Melawati...

Sebenarnya ada beberapa lagi lokasi yang senibina jalanrayanya adalah seperti di atas... antaranya MRR2 Pandan Indah, Jalan Tun Razak hala ke PWTC (dan dari arah bertentangan), Simpang empat Jalan Tun Razak/Jalan Ampang dekat Tabung Haji / US Embassy hala ke selatan (percantuman dari Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, KLCC, U Thant) jadi 3 lorong hala ke Selatan/Bulatan Kg Pandan yang juga dari arah bertentangan merupakan percantuman SMART, KL-Putrajaya, Jalan Tun Razak dari Sg. Besi, dari bulatan Kg. Pandan yang trafiknya dari Maluri, Pandan Jaya, Desa Pandan, Pasar Pudu dan lain-lain.....

Ahhh... tak larat lah nak senaraikan... Sendiri mau ingatlah kalau biasa memandu di KL nih...

So, rancanglah perjalanan anda... Jadilah seperti Joe yang akan sering bertanya berapa jauh atau berapa lama nak ke satu-satu destinasi walau beliau sebelum ini pernah ke destinasi yang sama... hahahahha sempat jugak bubuh Tuan...

Ikan Dalam Akuarium


Dah lama aku tak cerita pasal akuarium aku nih... Sebenarnya beberapa ekor telah meninggalkan alam akuarium ini dan yang terbaru, last week 3 ekor telah menghembuskan nafas terakhir... kali ni hampir serentak... mungkin jangka hayat dah sampai penghujungnya kot... ataupun mereka turut bersedih dan tak lalu makan kerana keuzuran aku lantas mereka melemaskan diri sendiri...
Jadi, status terkini cuma tinggal 7 ekor yang masih meneruskan perjuangan di dalam akuarium aku ni.... 4 gapi, 2 beta dan masih bertahan 1 bandaraya....

Monday, June 15, 2009

Latest Condition

Last night aku ke DSH seperti yang dirancang... yang ada cuma M.O jelah... maklumlah, dah malam, Ahad pulak tu...

Aku dah stand by kalau-kalau perlu bermalam di wad... dah siap bawa laptop pun... hehehehe

Ringkasnya, aku sekali lagi menjalani ujian ECG (untuk kesan sakit jantung tu) dan result tetap OK... alhamdulillah...

Cuma kali ni M.O tu kata dia suspek dada aku sakit tu disebabkan muscle je... dia bagi krim untuk sapu dan ubat tahan sakit... dan aku semalam bermalam di rumah... alhamdulillah

Pagi ni aku masuk opis seperti biasa... tapi yang tak berapa best, 'muscle' dada aku tu masih terasa sakit... harap pulih la 2-3 hari lagi... tapi kalau aku dok umah sure boleh baik, ni kalau dah ke opis, susah sikit sebab banyak 'pergerakan' yang kena buat...

Dalam pada itu, terima kasih kepada Joe dan Fulim yang sentiasa bertanyakan latest condition aku walaupun masing-masing pun ada hal dan urusan keluarga masing-masing hujung minggu yang lepas ni...

Ok, semoga ketemu lagi... jangan lupa teruslah menyokong industri blog tempatan...

Assalammualaikum...

Sunday, June 14, 2009

Tak OK Lagi

Aku ingat, bila dah pi hospital, dah buat x-ray pastu kena pulak buat ECG, dan disahkan tiada masalah kesihatan yang melibatkan 2 test tersebut, aku akan ok... tambahan pulak dapat ubat-ubat yang lima jenis semuanya...

Tetapi rasa sakit aku tu masih tak hilang juga, malah terasa macam makin bertambah... kalau sebelum ni masa tarik nafas dan angkat tangan saja yang sakit dada tu, sekarang ni bila-bila pun terasa sakit, nak beralih masa baring pun sakit!

Apa yang buat aku runsing, kesan sama ada lebam ke, bengkak ke tak kelihatan pun... itu yang meragukan aku... takut jugak orang kata aku main-main saja, menipu ke... tambahan pula test-test perubatan yang normal dah pun dibuat....

So, apa lagi yang aku perlu buat? Hari ni Ahad, kalau aku pi hospital petang ni, ngadu sakit dada, sah-sah malam ni aku akan bermalam di hospital... maklumlah sudah tentu doktor yang biasa pesakit luar bercuti...

Kalau aku pergi esok pulak, sah-sah hari Isnin merupakan hari favourite para pekerja MC.... nanti bos aku ingat aku sengaja malas pi opis pulak....

Apa aku perlu buat?

Friday, June 12, 2009

The Mind Suffer and...........



The Body Cries Out!!!

Perkara inilah yang pernah dialami oleh Michael Corleone dalam Godfather part 3... dan inilah ungkapan yang dikatakan oleh seseorang kepada Don Corleone pada masa dia sakit tu....
Bila otak kita terlalu terbeban dengan pelbagai benda untuk difikirkan (biasanya masalah-masalah yang sukar penyelesaiannya), badan kita akan mula 'memberontak' dan menyebabkan mula kena sakit...

Sakit yang datang pula, kadangkala yang pelik2 dan kadangkala sekadar pening, migrain, demam, batuk, selsema dan penyakit biasa yang lain...

Aku tak nafikan sekarang otak aku terlalu banyak berfikir... ditambah pula dengan beban itu dan ini, marah itu dan ini, maka badan aku mula protes...

Mula-mula dia (badan aku) kena batuk... lepas tu selsema sikit dan demam sikit.... klinik tak payah cakap la.. dah jadi tempat persinggahan tetap sejak tiga minggu kebelakangan ni...

Dan sekarang, demam dan takde, selsema dah takde, batuk ada sikit2 lagi, dia sakit dada pula... sebelah kiri pulak tuh! Sakit bila tarik nafas, bila batuk dan bila angkat tangan kiri... aku tak tau apa jenisnya, tapi semalam dah buat x-ray dan ECG, semua ok (seperti diceritakan posting sebelum ni)

Entahlah... mungkin betul kot "The Mind Suffer and The Body Cries Out"...

Berat badan pun menyusut sekarang ni, tidak seperti 3 bulan sebelum ni... Aku pun pernah 'dikomplen' bahawa aku kurang bercakap sekarang ni.... dan disebabkan 'otak yang menderita', waktu tidoq aku sekarang bermula jam 10 malam...

Yelah, mungkin lagi lambat tidoq, lagi banyak benda aku fikir selagi otak aku belum rest...

Dan mungkin juga, tragedi aku sleep walking juga ada kena mengena dengan 'otak yang menderita' itu... bila terlalu banyak difikirkan, tapi apa yang difikirkan belum selesai, maka ianya terus terbawa ketika tidoq... dan mungkin juga badan saja yang rehat, tetapi otak masih terus bekerja... entahlah...


Namun, apa yang pasti, tiada siapa pun di dunia ini yang hendakkan sakit (kalau yang sengaja cari penyakit tu - hal yang lain ye...). Bila sakit macam ni, segala kerja akan bertangguh... maka bila itu berlaku, otak akan mula berfikir banyak kerja nak selesaikan... jadi dia akan menderita lagi... dan bila dia menderita, badan pula kembali terus-terusan sakit...

"The Mind Suffer and The Body Cries Out"

Thursday, June 11, 2009

Carta Blogger Kembali...

Kita bertemu lagi...

Sengaja janjanos tidak mengadakan Carta pujaan ramai ini hampir lebih seminggu... ini bagi memberikan peluang kepada tiga finalis, joetiffa, hardiness dan letssharehere mengumpul bahan dan tenaga di dalam saingan ini... tambahan pula kesihatan janjanos kureng memuaskan jugak...

Hmm... inilah keputusan kali ini, pada penilaian peribadi aku...

Tempat pertama... kembali menemui sentuhan... hardiness

Beliau juga memdapat markah BONUS apabila mengutarakan isu pasar malam Taman Tun yang pada aku memang satu pendedahan yang berani...

Di tempat kedua... kali ini aku memberikan merit kepada letssharehere

Beliau menampakkan kesungguhan di dalam penulisan... beliau juga bersungguh-sungguh meng'upload' youtube klip video di dalam posting my soul songs... Beliau juga telah bertukar dari "blogger 2 baris" kepada "blogger 4 perenggan" (kalau tak percaya, tengok dari topik ibadah camp sampai after dragon boat race... semuanya boleh dikatakan 4 perenggan) hahahaha

Dan sebenarnya saingan sengit juga telah diberikan oleh joetiffa yang sekadar tiba-tiba jatuh ke tempat ketiga kali ini... Beliau sebenarnya cuba mengutarakan isu ketidak fahaman berkaitan iklan apa ntah yang aku pun tak pernah perasan... tetapi persoalan yang beliau utarakan tidak mampu menggugat isu pasar malam TTDI yang hardiness bangkitkan...

Sekian dahulu untuk kali ini...

Selamat berblog!!!

JOM KITA... BERHENTI MEROKOK....

Jom kita....

Pagi ni, disebabkan terlalu lama menahan sakit (sebenarnya hasil paksaan isteriku), aku ke Damai Services Hospital, Taman Melawati untuk buat futher check sakit dada aku...

Oppsss... sebelum tu, sebenarnya batuk yang aku kena 3 minggu lepas belum pulih sepenuhnya lagi... seminggu kebelakangan ni aku mula rasa sakit di sebelah kiri dada aku... bila tarik nafas sakit... bila angkat pun sakit... baring pun rasa sakit dalam dada tu.... mulanya aku fikir sebab batuk jelah, tu yang buat boleh sakit.... tapi bila batuk pun dah mula berkurang, sakit dok ada lagi, mula aku rasa tak best...

Tu yang pagi tadi setelah dipaksa, aku ke DSH tuh...

Sampai je, masa daftar, misi tu tanya sakit apa... sambil tu dia terus amik tekanan darah, ujian gula, bacaan nadi dan timbang berat aku... resultnya semua OK... ianya diuruskan oleh Nurse Nirmala...

Pastu dah setel tu, dalam 3 minit dipanggil jumpa doktor... diiringi oleh Nurse Siti... Aku cerita la apa sakit.... Pastu Dr. Saravanan pun check la aku... then dia suruh aku buat chest x-ray dan ECG...

Nurse Siti bawa aku buat x-ray dengan juru x-ray bernama Murni...

Pastu Nurse Siti bawa aku buat ECG... dia yang buatkan... masa ni dia benarkan isteri aku masuk tengok sekali... ECG ni untuk check jantung, kata Nurse Siti... Sat je pun... tak sampai 10 minit siap ECG result dan aku sekali lagi dibawa jumpa Dr.Saravanan...

Ringkaskan cerita, chest normal... jantung normal...

yang sikit masalah, bahagian belah kiri peparu aku tu kurang masuk oksigen... dan ada tanda-tanda ada infeksyen... dan Dr. Saravanan nasihatkan... kurangkan merokok... berenti lagi bagus!!!

Katanya ada satu penyakit (aku dah lupa namanya yang dia sebut tadi) boleh menyerang, terutamanya perokok... ianya akan menyebabkan oksigen tak masuk peparu dan akhirnya akan membawa maut! Aku tak taulah betul ada ke tak penyakit tu atau Dr. ni saja nak buat aku berenti...

So... JOM KITA.... aku nak mengajak kekawan yang merokok, marilah kita mengurangkan tabiat ni... kalau berenti lagi bagus kot... Ada berani???

p/s: dah mula teringat gambar-gambar pada kotak rokok... sedikit sebanyak kempen tu mula berjaya menakutkan aku... hahaha

Saturday, June 6, 2009

Pelik!!!

Malam tadi ada satu kejadian pelik berlaku kat aku... Perkara yang tak pernah-pernah berlaku...

Kisahnya begini...

Malam tadi aku tidoq agak lewat... dalam kul 3 lebih baru nak tidoq... Maklumlah, hari Sabtu kan hari cuti... saja balas dendam tidoq lewat...

Untuk makluman, biasanya aku tidoq pakai seluaq pendek saja...

Tapi yang peliknya, masa aku terjaga lebih kurang 6.15 pagi.... nak pi toilet, tiba-tiba perut terasa tak best... mungkin sebab around 2.30 pagi sebelum tu aku layan mee segera...

Masalahnya, masa aku nak pi toilet tu... aku rasa lain macam... sebabnya...

Aku pakai seluaq JEANS!!! Siap dengan tali pinggang lagi....

Aduhhh... bila masa aku bangun pakai pun tak tau la...

Tak pernah2 aku 'sleep walking' ni!!!

Ishhh.... memang pelik lah!!!

Kejadian ni benar.....

Lepas setel urusan perut... aku jengah kereta... mujur masih parking kat tempat yang sama... kalaulah kereta dah beralih tempat... maknanya memang sah aku kronik!!!

Hahahahaa....

p/s: masih pelik.... jangan malam ni tidoq, bangun esok ada kat Ali Maju, sudahlah...

Monday, June 1, 2009

Carta punya Pasal...

Assalammualaikum.....

Nampaknya carta tiga penjuru makin mendapat perhatian.... jangan risau, sekarang bukan lagi masa untuk mengumumkan keputusan... namun aku ingin menarik perhatian kedudukan TERKINI sebelum pengiraan akhir adalah seperti berikut: (dikira selepas pengiraan terakhir)

letssharehere dengan 2 post iaitu berkenaan "Tercabar..." dan "Ibadah Camp".... klik sini untuk ke letssharehere

hardiness dengan 1 post berkaitan bilik beliau yang telah disiapkan, namun masih belum berhawa dingin.... klik sini untuk ke hardiness

joetiffa juga dengan 1 post... namun aku memberikan kredit kepada hardiness kerana beliau tampil dengan 3 keping gambar, sedangkan joetiffa hanya tampil dengan sekeping gambar kartun hidungnya.... klik sini untuk ke joetiffa....

Pihak janjanos juga sedang mengadakan sistem penalti dan demerit dikalangan 3 blogger di atas kerana terdapat beberapa cubaan untuk membodek janjanos agar blog mereka diletakkan di tempat pertama... Antara ayat-ayat bodekan yang dikenalpasti ialah:

by the way, tahniah jan kerana berjaya menjadi kan blog hang sebagai rujukan rakan blogger yang lain… -penulis X

Walaupun begitu, I tetap ingin mengucapkan terima kasih very strong kepada Bro Janos. - penulis Y

Jom kita pergi makan sambil update blog... aku belanja.... - penulis Z

Disamping itu juga, terdapat beberapa blogger lain yang turut berminat untuk menyertai carta Blogger Rakan-Rakan ini... namun permohonan mereka masih diproses oleh pihak Imegresen negara masing-masing kerana mereka kebanyakkannya berasal dari Mozambique, Greece dan Tibet... Bagi pihak Malaysia pula, mereka perlu melepasi tapisan tatabahasa yang ketat dan melepasi pemeriksaan H1N1.... hahahaha.... aku merapu... hahahahaha

Okla... sehingga ketemu lagi... selamat berblog....

Assalammualaikum...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!