JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, December 28, 2008

Alhamdulillah.....

Aku kini bergelar suami kepada Nurul Hana Nawafil.

Dengan sekali lafaz kami sah sebagai suami isteri.

Majlis akad nikah telah diadakan pada 26 Disember yang lepas di rumah pengantin perempuan di Beranang, Selangor.

Aku dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat aku yang sudi datang ke Beranang, sama ada semasa majlis akad nikah, mahupun majlis kenduri semalam.

Kehadiran kalian di majlis tersebut telah menambahkan keceriaan dan kemeriahan majlis di rumah pihak perempuan.

Semoga majlis di pihak aku, pada 1 Januari 2009... khamis ini juga akan berlangsung dalam keadaan yang penuh bermakna kepada semua pihak, sama ada pihak aku, pihak isteri malahan para tetamu yang datang, Insya Allah...

Doa kalian terhadap aku dan isteri, semoga diberkati dan aku sentiasa juga doakan kebahagiaan kalian.

Wassalam...

Wednesday, December 24, 2008

Albert...........



Nantikan temubual ekslusif dengan Albert!!!!

Lawak Merapu....

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke
Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil.

'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing.
Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam
hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency.

'macam mana nak buat ni'

Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
bas tu berlangsir.

'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit.

'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!!
baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.

'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.

'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'

Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat ni

DUNIA JONI - EPISOD 11

EPISOD 11

Hari ini hari Jumaat. Joni hanya tahu hari Jumaat sahaja. Itupun disebabkan hari ini Latip dan Manap pergi sembahyang Jumaat. Pak Maarof juga pergi. Selalu kalau hari ini, Pak Maarof akan suruh Ramlah untuk tengok Joni dan kaumnya. Pak Maarof akan memanggil dan mengajak Latip dan Manap untuk sembahyang Jumaat setiap tengahari pada hari Jumaat.

Hari Jumaat yang ini juga agak istimewa. Istimewa hari ini selain daripada Joni tahu apa nama hari ini dan adanya sembahyang Jumaat, ialah kerana hari ini Saida pulang membawa bayinya ke kampung. Khabarnya nak buat kenduri kesyukuran dan akikah.

Sebut pasal Saida dan anaknya ini, teringat Joni akan peristiwa kemaluan Pak Maarof tempohari di hadapan Inspektor Cenohon. Walau sudah 3 bulan berlalu, Pak Maarof masih segan dan malu dengan Tauke Wong, Manap dan Inspektor Cenohon. Dengan Mak Munah lebihlah lagi, asal Mak Munah pesan apa-apa je, pasti disudahi dengan “jangan lupa pulak, awak tu dah nyanyuk”.... hehehehe kesian Pak Maarof.

Untuk majlis hari ini, Joni dengar Samat adalah di antara 14 ekor ayam yang menjadi korban. Tiadalah lagi kokokan Samat setiap pagi selepas ini. Patut pun Joni terasa lain macam sahaja kokokan Samat pagi tadi, terasa amat sayu dan lebih nyaring daripada biasa. Rupanya itulah tugasan terakhir Samat di dunia ini. Walau Joni tidak pernah berbual secara langsung dengan Samat, namun Joni yakin, dia pasti akan merasai kehilangan Samat. Entah jantan manalah pula akan menjadi ketua kokokan setiap pagi nanti. Joni tak pasti sebab hanya Samat yang dia kenal.

Selain Samat dan ayam yang lain, dua ekor kambing dari keluarga John dan Bentley turut menjadi korban. Kedua-dua ekor kambing itu Joni kurang kenal siapa nama mereka. Maklumlah, mereka dari kategori dewasa muda, mana nak kawan dengan anak-anak macam Joni, Sarah, Mona, Bob dan Albert. Mereka hanya dalam kelompok mereka, malah ada juga yang dah ada anak pun... tapi Joni peduli apa semua tu... yang penting mereka tak ganggu Sarah. Albert je sekarang ni yang nak kacau line... hampeh betul....

Dari pagi lagi memang meriah halaman rumah Pak Maarof. Joni nampak semua macam ada kerja dan tugasan masing-masing. Latiplah yang paling rajin. Manap seperti biasa kerja sahaja tanpa banyak bercakap sangat. Tauke Wong pun ada datang, menghantar seguni beras dan beberapa guni dan karung lain, mungkin barang yang dibeli oleh Pak Maarof. Tapi Joni nampak Tauke Wong buat biasa sahaja walau pernah dituduh pencuri, cuma Pak Maarof sahaja malu hendak bertentang mata dengan tauke Wong... bukan takut jatuh cinta.. ishhh mana boleh Pak Maarof jatuh cinta dengan Tauke Wong... sama-sama lelaki... lainlah kalau Tauke Wong dengan Mak Munah, itu boleh sebab lain jantina...

Si Joni ni ingat manusia macam kambing gamaknya... boleh saja tukar-tukar pasangan walau bini orang... dia tak tahu ada hukum hakamnya sebelum boleh kahwin. Kambing takpelah, mana ada perkataan skandal, main “hentam” saja mana yang nak, asalkan boleh masuk.... takde sapa nak marah... takde dosa....

Kenduri akikah dan kesyukuran cucu Pak Maarof diadakan selepas sembahyang Jumaat. Memang ramai yang datang, Inspektor Cenohon dan Sarjan Kudin pun ada. Semuanya Joni nampak bersalaman dengan Pak Maarof, dan selepas bersalam itu, pasti Pak Maarof memasukkan tangannya ke dalam saku baju Melayunya itu... entah mengapa pun Joni tak pasti, tapi mugkin itulah cara manusia bersalam. Kalau kambing senang je, gesel-gesel hidung kira setel lah...

Hari ini juga, Joni dan seluruh kaumnya tidak dikeluarkan langsung dari rumah masing-masing. Maklumlah, tiada siapa nak memantau dan mengawal...... Orang yang baca ni nak kawal dan pantau Joni tak? Kalau nak, Pak Maarof memang memerlukan pekerja sambilan. Emailkan sahaja resume anda kepada pak_maarof@kambing.com.my hehehehehe

BERSAMBUNG..........

Friday, December 19, 2008

Countdown

Sekali lagi... sebut countdown, pasti ramai yang ingat countdown tahun baru Hijrah yang aku nak sebut... tak pun countdown tahun baru Masihi...

Tidak...Tidak... bukan countdown tahun baru yang aku maksudkan, tetapi countdown aku akan menamatkan status bujang... Yaa.... aku akan berkahwin!!!

Jadi, countdown yang aku buat, akan berakhir pada 26 Disember 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1429 jam 2030 iaitu jangkaan masa aku akan melafazkan akad nikah...

Lagi seminggu sajalah tu kan?

Perasaan? Alhamdulillah, Allah SWT memberikan aku ketenangan tanpa rasa panik, gundah gulana mahupun lain-lain yang tak best... Setakat hari ini, aku memang tenang walaupun secara financialnya amat bergelora... Namun aku bersyukur kerana Allah memberikan aku rasa tenang menghadapi dan menyahut seruan mendirikan rumah tangga...

Semoga perasaan tenang ini akan berkekalan, walaupun selepas mendirikan rumah tangga kelak... Insya Allah....

Baiklah, untuk pengetahuan semua terutamanya kawan-kawan aku, jadual majlis (orang panggil jadual ke? hentam sajalah hehehehe) seperti berikut:

26 Disember 2008 - majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan selepas solat Isyak

27 Disember 2008 - majlis kenduri dan persandingan di rumah pengantin perempuan

1 Januari 2009 - majlis kenduri di rumah aku

Sekian...

Tahun Baru

Mungkin sebahagian besar daripada kita, bila aku tajukkan posting ini sebagai Tahun Baru, ramai yang beranggapan Tahun Baru 2009....

Tapi, ada tak yang perasan bahawa sebelum Tahun Baru 2009 menjelma, kita terutamanya Umat Islam akan terlebih dahulu menyambut Tahun Baru Hijrah 1430... Yaa... 1 Muharam 1430 akan jatuh pada hari Isnin, 29 Disember 2008 iaitu 10 hari dari sekarang!!!

Kalau mereka yang bekerja pejabat mungkin akan sedar, sebabnya itu adalah hari bercuti... Itupun mungkin keghairahan menyambut 1 Muharam tidak sama dengan keseronokan menyambut 1 Januari...

Sebabnya? Entahlah, aku pun tak berani nak cakap... takut aku pun 2 kali 5 juga... lebih menghafal tahun Masihi berbanding tahun Hijrah...

Tapi kalau tanya majoriti umat Islam di Malaysia terutamanya, pasti ramai yang sedikit sebanyak mengetahui akan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW itu sendiri... Peristiwa yang membawa berjuta rahmat kepada umat Nabi SAW.

Jadi, sesuai dengan kedatangan tahun 1430 ni, marilah kita berazam ke arah yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.... diri kita sendiri pasti tahu apa kebaikan yang kita mahu dan keburukan yang telah kita lakukan...

Semoga kita sama-sama menginsafi kehadiran 1430 ini... Kalau tak mau insaf pun, paling tidak, kalau orang tanya nanti tahun hijrah ke berapa? Jangan pula jawab 2008 tau... jawablah tahun 1430... hehehehe

Insya Allah, ilham yang baik adalah kurniaan Allah jua...

Wednesday, December 17, 2008

Fulim dah 96 posts????

Tiba-tiba Fulim umum dalam blognya dia dah ada 96 postings tahun ni.... Yelah selepas dengar aku target nak 100... yer ke mamat tu??

Tak berapa percaya pulak... kalau dah average sebulan 3 posts, takkan boleh sampai 96 tahun ni???

Mesti dia kira dari tahun lepas ni... hahahahha.... dengki la aku.... hahahha

Apapun, simpati juga dia kena cari HP lain... Dilemma lagi la mamat tu....

Semoga dia tercapai target nak siapkan eBook pasal zodiak tu sebelum 24 Disember....

Kalau nak kenali Fulim, klik saja sini

Kalau nak memahami projek eBook yang dia maksudkan, klik pula sini...

DUNIA JONI - EPISOD 10

EPISOD PENGENALAN

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

EPISOD 9




EPISOD 10



Inspektor Cenohon menyuruh Latip mencari Manap dengan segera. Berlari-lari anak Latip mengikut arahan Inspektor Cenohon bagaikan seorang konstabel mengikut arahan ketuanya. Pada masa yang sama, Inspektor Cenohon mengarahkan anak buahnya, Sarjan Kudin mencari Tauke Wong dan membawanya ke rumah Pak Maarof. Inspektor Cenohon tahu, Pak Maarof mahu perkara itu diselesaikan di rumahnya juga, buka di balai Polis.



Inspektor Cenohon, walaupun seorang yang gempal dan berisi tetapi tegas dalam menjalankan tugas. Khabarnya dia berdarah kacukan Melayu dan Siam. Sebab itu dia nampak seperti seorang Siam, putih kulitnya. Gebu! Adiknya seorang pensyarah di sebuah kolej swasta, lebih tampan kalau di bandingkan dengan Inspektor Cenohon. Kedua beradik ini amat rapat kerana beza umur mereka tidak jauh, kadang-kadang orang ingatkan mereka berkawan kerana perbezaan fizikal yang ketara antara Inspektor Cenohon dan adiknya, Kepupin. Tapi itulah mereka, kadang-kadang merungut juga Inspektor Cenohon kerana adiknya lebih kacak dan tampan. Namun jauh di sudut hati, Inspektor Cenohon amat sayangkan Kepupin, adiknya itu.



IKLAN - KLIK DI SINI UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN



Tidak lama selepas itu, Sarjan Kudin kembali bersama Tauke Wong. Tauke Wong yang berusia hampir sebaya dengan Pak Maarof nampak agak gelisah. Mungkin inilah kali pertama dia menaiki kereta Polis. Mungkin pantang bagi masyarakat Cina menaiki kereta Polis. Sebab itu Tauke Wong mulanya mahu memandu sendiri lori kecilnya, tapi ketegasan Sarjan Kudin menyebabkan Tauke Wong terpaksa akur mengikut. Malu juga dia kepada kawan-kawan di Restoran Tokyo tadi. Sedang enak makan udang kara sambil minum Tiger, terpaksa menaiki kereta Polis pula. Pasti kawan-kawannya tertanya sesama sendiri apa yang berlaku. Mengapa Sarjan Kudin datang ‘ambil’ Tauke Wong?



Sambil menunggu kedatangan Manap, Mak Munah menyediakan Nescafe ‘O’ panas. Ada juga biskut empat segi bergula di atasnya. Perghh... memang sedap dicicah dengan Nescafe ‘O’ panas. Marah juga Sarjan Kudin kerana nampak bibir Inspektor Cenohon dah penuh gula dari biskut tu. Patut pun cepat-cepat arahkan dia pergi ambil Tauke Wong, padahal bukan mereka tak tahu nombor telefon bimbit Tauke Wong, telefon sajalah. Saja je nak makan sorang. Marah benar Sarjan Kudin, dalam hati sajalah.... nak sound itu pegawai. Tanpa segan silu, Sarjan Hassan mula mencicah biskut empat segi bergula ke dalam air Nescafe ‘O’ panas yang mula sejuk kerana hampir 20 minit ditinggalkan.



Tauke Wong masih gelisah kerana kurang pasti sebab dia diheret dengan kereta Polis ke rumah Pak Maarof. Kalau setakat nak makan biskut empat segi bergula dicicah Nescafe ‘O’ panas, lagi best udang kara dengan Tiger di Restoran Tokyo. Tapi dia tak berani bersuara. Dia pun tanpa banyak bicara, turut mencapai biskut empat segi bergula dan dicicah ke cawan Nescafe 'O' panas Sarjan Kudin...



Menyirap juga la Sarjan Kudin, terpaksa berkongsi pula air cicahan dengan tauke Wong... dah la mulut berbau Tiger sajapun...



KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI MENGENAI VEMMABUILDER



Lima minit kemudian, Latip kembali bersama Manap. Manap nampak terketar-ketar dan memakai baju lengan panjang. Lain macam saja lagaknya. Tapi digagahi juga berlakon normal seperti tiada apa-apa sambil menyapa Pak Maarof. Terkejut juga dia apabila nampak Inspektor Cenohon, Sarjan Kudin dan Tauke Wong ada juga. Ketiga-tiganya sedang mengesat bibir yang dipenuhi gula.



Tanpa membuang masa, Pak Maarof bertanya kepada Manap, “Manap, kau tahu kenapa Inspektor Cenohon ada bersama dengan Tauke Wong juga?”



“Ntah, datang makan biskut kot?”, jawab Manap selamba, masih lagi terketar-ketar.



“Kau tahu ada kambing aku hilang, haa Tauke Wong?”, Pak Maarof mula meninggikan suara. kali ini mengarahkan kepada tauke Wong pula.... Teringat dia masa dalam tentera dulu..... Sekali herdik, pasti kecut perut anak-anak buah dalam pasukannya... Kalau tidak masakan dia mendapat gelaran Maarof Singa...



“Mana gua tahu.... Lu punya kambing, lu sendili jagalah. Bila gua mana beli, gua datang jumpa lu”, balas Tauke Wong sambil menelan air liur. Mungkin ada saki baki biskut bergula masih melekat di tekaknya.



“Aku dengar masa aku ke Kuala Lumpur, tauke datang jumpa Manap ambil aku punya kambing seekor?” tegas Pak Maarof sambil memandang Tauke Wong dan Manap bersilih ganti.



“Saya minta Tauke Wong dan Manap berterus terang dalam hal ni. Kami syak Manap jual kepada Tauke Wong tanpa pengetahuan Pak Maarof. Dan kami syak ada sindeket yang sedang berlaku di sini diketuai oleh Tauke Wong dengan menggunakan Manap. Kami juga difahamkan Manap tidak datang kerja hari ini. Oleh itu pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan”, celah Inspektor Cenohon panjang lebar, sambil memegang gari di pinggangnya.



“Tuan, mengikut laporan akhbar, kadar jenayah penternakan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini”, sambung Sarjan Kudin cuba membodek pegawainya sambil meniru dialog Gerak Khas.



“Haa betul tu. Mengaku sajalah Tauke Wong, Manap. Kalau kembalikan duit hasil jualan tu, aku pertimbangkan tak panjangkan hal ni dan tarik balik laporan”, kata Pak Maarof.



Suasana hening seketika.... pandangan bersilih ganti antara Manap, Tauke Wong, Pak Maarof dan Inspektor Cenohon.... Latip jangan ceritalah, dari tadi memandang Ramlah sahaja...



KLIK DISINI UNTUK MEMAHAMI MENGENAI EKOLEKSI



Tiba-tiba Tauke Wong memecah kebuntuan....



“Haiyaa Pak Maalop.... lu sudah nyanyuk ka? Itu hali kan gua datang kasi duit sama lu sebelum lu pelgi KL? Bukan ka lu jugak suluh gua latang amik sama Manap itu kambing. Lu sulah lupa ka?” tutur Tauke Wong ikhlas.



“Betul la tu Pak Maarof. Kan ke Pak Maarof yang arahkan saya ambil kambing dari kandang 1 bagi kepada Tauke Wong? Dan hari ini kan Pak Maarof suruh saya tak perlu datang kerja, tapi pergi cari kayu api? Ini kena hujan la yang saya menggigil ni.... sejuk...”, sambung Manap pula membela dirinya....



“Eh ye ke? Aku lupa la... seronok timang cucu baru sampai aku lupa. Kejap aku tengok diari aku..... laaa betul la... aku jual kat Tauke Wong... lupa pula aku nak bagitau Latip..... isshhh.... errr Inspektor, nak biskut bergula lagi?”, gagap Pak Maarof kemaluan....



Dan malam itu, seluruh kampung mendengar leteran Mak Munah “dah tua....... bla..bla..bla..... nyanyuk........ pot pet...pot pet..... buat malu je......... bla...bla...bla....... tak usul periksa.......... mana nak letak muka kat Manap dan Tauke Wong... bla bla bla.....habis biskut aku....”


DAN DUNIA JONI TERUS BERSAMBUNG...............



Berjayakah???

Aku tengok kat bahagian jumlah posting tahun ni, sebelum posting aku yang ini ada 86 posting.... maknanya lagi 14 posting, cukup 100 posting untuk tahun ini sahaja...

Kalau nak ikutkan, memang aku mampu mencapai 100 posting untuk tahun ni... aku gunakan sahaja Dunia Joni yang telah siap aku karang sampai episod 28 tu... hehehhe... sekarang dah episod 9.... post sampai episod 22 cukuplah... campur dengan posting yang ini, tercapai 100 posting!!!

Kalau tanya Fulim, sure dia setuju aku post sampai episod 22 sekaligus Dunia Joni... Dia kan suka kumpul baca 2-3 episod sekali, so kalau aku post sampai episod 22, mahu tidur senyum mamat tuh!!! Tapi maaflah Encik Fulim, Dunia Joni akan keluar apabila tiba masanya.... Kalau nak baca banyak2, baik hang datang baca kat laptop aku ajee.... hahahahaha

Oklah, aku mencabar diri sendiri untuk mencapai 100 posting bagi tahun ini.... dengan kesibukan dan banyak urusan yang ada menjelang 26 Disember, akan aku cuba juga:-)

Berjayakah???

Sunday, December 14, 2008

Kena Lagi.... Aduhhhh......

Sakit perut ada pelbagai jenis rasanya... ada yang sakit perut sekadar nak melepaskan 'hajat', ada sakit perut yang membawa kepada 'pertarungan' di dalam toilet dan tidak dinafikan ada sakit perut yang boleh membawa maut.... (minta dijauhkan jenis ini)

Aduhhh.... pagi tadi kira-kira jam 3 pagi, aku terjaga dari tidur kerana rasa perut memulas dan sakit... senak orang Kedah kata... apa lagi dengan malas-malas dalam mengantuk tu, masuk toilet.... Masya Allah... ingat sekejap saja dah nak 'selesai' urusan tu... rupanya sakit perut yang setakat ni paling abadi aku pernah kena, sekali lagi menyerang aku.... last aku kena jenis ni (rasanya yang 1st) tahun 2006...

Sekarang aku nak cerita sikit sakit-sakit perut yang pernah aku kena yang masih aku ingat, serta tahapnya pada pendapat aku.... tahap 1 - 10 (10 paling teruk):

a. Tahun 1997 - lokasi Kolej Guthrie UUM - penyebab : melantak Durian bersama Ponak dan Pahang di Kampung Darat.... Makan durian tepi gerai tu juga, suruh pakcik tu buka, dan makan durian kat situ juga..... Hasilnya: cirit-birit disertai muntah selama 3 hari.... sampai boleh tidur di dalam toilet hostel..... TAHAP: 7

b. Tahun 2004 - lokasi Kelumpuk Sunding Malam 'B', Ampang Ulu Kelang - penyebab: tak ingat... Hasilnya: cirit-birit selama 3 hari juga, 2 kali ke klinik, kali kedua cuma memakai kain pelikat dan terpaksa alas plastik di seat penumpang kereta Kelisa girlfriend aku (sekarang dah tunang) minta tolong dia hantar ke klinik... azabnya sampai terpaksa minum air paip dan bawa 100PLUSS ke dalam toilet semasa 'pertarungan' penuh sengketa tu..... TAHAP: 7.5

c. Tahun 2006 - lokasi Putri Apartment, Setiawangsa - penyebab: juga tak pasti.... Hasilnya: terjaga lebih kurang 2 pagi... seperti biasa dengan rasa menyampah pergi toilet dan membuat cubaan menyelesaikan masalah tu.... rupanya... Tuhan Maha Kaya, bertarung selama hampir 2 jam, sampai aku meraung sorang-sorang dalam toilet, peluh satu badan, kebas kaki dan tangan, hilang segala tenaga barulah 'dia' nak keluar... azabnya... masa tu terbayang satu persatu orang yang disayangi... 'kenakalan' dan 'dosa-dosa' yang pernah buat.... sampai aku rasakan kalau inilah masanya nyawa aku akan di ambil, inilah masanya... mati dalam toilet... air paip jangan cerita la berapa gelen aku telan sebab haus dan hilang banyak tenaga..... meraung pun semua budak rumah tak dengar... kalau depa terjaga, mahu saja aku minta tolong hantar hospital.... insaf segala macam datang masa tu.... taubat tak nak buat itu, tak nak buat ini lagi..... aku cerita dengan Pit, dia kata angin pasang... tak tau la betul ke tak..... TAHAP: 10

d. Tahun 2008 - malam tadi - penyebab: mungkin nasi goreng kampung yang aku dinner malam tu, atau melantak bersama Joe, Fulim dan Bakaq di KJ 24 jam sebelumnya.... Hasilnya: kejadian dan keadaan hampir sama seperti kejadian tahun 2006, cuma kali ini bangun jam 3 pagi dan bertarung cuma 1 jam 30 minit.... air paip juga agak kurang diminum (sebab rasa tak larat nak capai dan pusing kepala paip).... insaf, taubat dan sebagainya kembali bermain di fikiran...mujur ada ubat cirit-birit balance bulan lepas (yang tahap biasa-biasa saja), aku telan dulu.... pagi tadi terus ke klinik dan ambil ubat yang baru.... TAHAP: 9.5 (sebab dah ada pengalaman seperti c)

Selain daripada empat kejadian di atas, ada lagi kejadian sakit perut dan cirit birit yang aku kena, tapi tahap di bawah 5 sahaja...

Bagi dua kejadian terakhir (c dan d), memang pelik sebab aku AMAT rasa nak keluar dah... tapi 'dia' macam tak jumpa jalan keluar... tu yang bertarung sangat sampai hilang segala tenaga.... bukannya sembelit sebab kalau sembelit 'dia'akan keras, tapi ini cirit birit... seperti air paip bertekanan tinggi bila dia berjaya jumpa jalan keluar tuh....

Kejadian seperti ini sebenarnya mungkin amaran dari Allah sebenarnya bagi aku.... supaya aku tidak leka dalam mentaati suruhanNya...

Apapun aku nak minta maaf kepada Asaq & Faizah sebab tak dapat nak memenuhi undangan lunch kat rumah hangpa hari ini...

Semoga kesakitan dan ujian, aku beroleh ketenangan dan tidak alpa.... dan mungkin yang penting: JAGA MAKAN

Hehehehehe teringat pula aku kepada Fulim.... last year kot, dia pun kena attack, pastu nak pi klinik, kereta pula kena block kat parking... ceritanya terpaksalah dia dengan saki baki kudrat yang tinggal, menolak kereta yang block tu sorang-sorang (handbrake memang tak tarik) untuk ke klinik...

Dan pastinya, bila aku cerita kat dia aku kena malam tadi, SURE dia akan ketawa juga dalam simpati....

Hahahahaha

Wednesday, December 10, 2008

DUNIA JONI - EPISOD 9

EPISOD PENGENALAN
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8


EPISOD 9

Kini telah masuk malam kelima Pak Maarof ke Kuala Lumpur. Sejak pemergian Pak Maarof, tiada apa yang menarik kecuali kes kehilangan Felix. Albert pula seperti biasa suka mengganggu dan menimbulkan kemarahan Joni, sama ada secara fizikal mahupun fantasi. Latip yang mula-mula menyedari kehilangan seekor kambing dari pintu 1, rumah pakcik John, bapa Felix..... Kemanakah Felix???

Sejak hari itu juga Tauke Wong tidak datang. Mungkin tiada urusan kerana Pak Maarof tiada, Joni tidak pasti. Tapi mengingatkan kembali kes kehilangan Felix itu, mahu sahaja Joni beritahu Latip bahawa dia rasa Manap dan Tauke Wong yang hilangkan Felix. Joni nampak Manap berbual dengan Tauke Wong sambil menuding ke arah Felix. Joni tahu itu pasti ada kaitan dengan kehilangan Felix. Tapi apakan daya, Joni tidak mampu bercakap untuk memberitahu Latip. Apatah lagi untuk menulis surat layang. Joni tak mampu.

Joni sedar dia cuma seekor kambing. Kambing tiada tangan untuk memegang pensil atau pen.... itulah kelemahah paling ketara yang menyebabkan kambing tidak boleh menulis.... kalau kambing ada tangan, pasti Joni sudah menulis kepada Latip tentang teori siasatannya.... Sebab kesemuanya kakilah, tak dapat nak menulis.... fikir Joni di dalam benaknya itu....... Lama-kelamaan Joni pun tertidur begitu sahaja.......................

IKLAN - HOW TO STOP SMOKING FOREVER - eBook

Tanpa mendengar suara nyaring Samat, Joni terjaga akibat silauan lampu yang menyuluh tepat ke matanya. Marah juga Joni kerana tidurnya terganggu akibat silauan lampu yang entah dari mana datangnya. Biasanya dia terjaga kerana salakan Samat, pagi ini lain pula... sebab mata disuluh lampu.

Joni membuka mata seluas-luasnya. Rupanya bukan dia sahaja yang terkena silauan lampu, banyak lagi kaumnya yang terbangun. Joni tak pasti sama ada mereka juga terbangun kerana silauan lampu, atau mereka memang tak tidur dari malam tadi.... Maklumlah, seperti asrama pelajar Universiti, mana ada istilah malam bagi para kambing... selagi boleh bersembang, selagi boleh layan VCD, mana nak tidur... Entahlah.... apa nak jadi dengan kambing-kambing ni, Joni tak tahulah.... kadang-kadang rimas juga.... sudahlah tak mandi, boleh pula lepak lama-lama.... hishhhh....

Sementelah itu Joni terdengar suara garau Pak Maarof dan suara leter Mak Munah. Rupanya Pak Maarof telah pulang. Ramlah juga ada. Lampu yang menyilaukan tadi rupanya lampu teksi yang membawa Pak Maarof pulang. Alah teksi, kan Joni dah tahu apa itu teksi, bas je belum tahu... Hebat Joni ni kan... dah kenal teksi... pasti Sarah kagum! Pasti Albert makin dengki sebab Albert bukan tahu apa itu teksi... Buli kambing kanak-kanak seperti Joni, Albert tahulah...

Entah mengapa, Joni rasa gembira dengan kepulangan Pak Maarof, Mak Munah dan Ramlah. Bukan Latip dan Manap tidak menjaga Joni dan kaumnya dengan baik. Tapi entahlah, rasa lebih selamat dengan adanya Pak Maarof. Lebih selesa, lebih apa-apalah, susah Joni nak terangkan, tapi memang best Pak Maarof dah balik. Kalau diberi peluang, mahu dia berlari dan memeluk Ramlah... Opss... bukan... memeluk Pak Maarof... Tapi apakan daya, Pak Maarof sudah menjadi milik Mak Munah.... tapi kalau dapat peluk anak gadis Pak Maarof tu best juga kan? Sah-sah belum cukup umur aku dah jadi lauk kenduri... angan Joni keseekoran (keseorangan).

Mahu sahaja Joni melompat keluar dan beritahu Pak Maarof, Joni gembira Pak Maarof dah balik. Joni rindukan Pak Maarof. Mahu sahaja dia peluk Pak Maarof. Dicium-cium pipi berjambang Pak Maarof itu. Tapi terbayangkan dia pasti kena luku kepala dengan Pak Maarof, dibatalkan sahaja niat itu. Sakit kalau kena pengangan cincin besar Pak Maarof tu. Mau bengong sehari kalau kena. Ishh... taknak lah... Kalau kena, lapan tahun Albert pasti gelak....

IKLAN - vemmabuilder

Sebelah siangnya, rutin Joni menjadi ceria. Pak Maarof ada bersama. Latip pun pasti suka, tak perlu ke kedai membeli sarapan lagi. Tapi yang lebih Latip suka, Ramlah kekasih hatinya sudah kembali. Tersenyum riang sahaja nampak Latip. Joni pun tidak bermain jauh sangat hari ini. Dia berpusing-pusing sahaja di sekitar Pak Maarof, Latip dan Ramlah. Manap ke mana ntah, dari awal lagi tak nampak kelibatnya. Tak suka kot Pak Maarof balik.

Tiba-tiba Joni terdengar Latip beritahu Pak Maarof, “Ayah... eh silap...... Pak Maarof, saya rasa Manap jual seekor kambing kepada Tauke Wong. Seekor dari kandang nombor 1 hilang selepas Pak Maarof pergi KL”.

Bukan KL la... Pak Maarof pergi Kuala Lumpur, marah Joni di dalam hati. Tetapi marahnya hilang kerana dia kagum Latip tahu Manap yang sebabkan Felix hilang. Tak sabar Joni nak tahu apa kesudahan nasib Manap, pemuda bertubuh kurus tinggi dan berambut kerinting yang suka senyum menyeringai menampakkan gigi rongaknya itu.

IKLAN - eKoleksi - Info Ilmu dan Pendapatan Anda

Petang itu, Joni nampak Inspektor Cenohon, pegawai Polis daerah itu datang ke rumah Pak Maarof, diiringi Sarjan Kudin. Joni tahu, ianya pasti ada kaitan dengan apa yang Latip adukan kepada Pak Maarof tentang Manap dan Tauke Wong mengenai kehilangan Felix tempoh hari.... tunggulah nasib kau Manap.... Tunggulah nasib kau di tangan Inspektor Cenohon!!!!

Bersambung......... jangan marah..... hehehehehe

Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Korban & Aidil Adha

Janos ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada semua yang terlibat dalam bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Kejadian yang mengorbankan 4 nyawa ini serta melibatkan kerugian berjuta ringgit merupakan satu malapetaka dan bencana yang seharusnya dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Akhbar hari Ahad (7 Disember 2008) memaparkan pelbagai berita dan gambar mengenai kejadian ini, yang berlaku pada pagi Sabtu, 6 Disember iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha.

Kejadian pagi itu juga bukanlah kali yang pertama di kawasan ini, kerana hampir 10 kejadian seumpama dilaporkan sejak 1985 lagi. Dan tentunya kejadian yang paling menggemparkan ialah Blok A Highland Tower yang runtuh pada 11 Disember 1993 (mengorbankan 48 nyawa) dan juga kejadian di Taman Hillview pada 20 November 2002 melibatkan banglo kediaman bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar (mengorbankan 8 nyawa) – sumber Mingguan Malaysia 7 Disember 08 m/s 5.

Sebenarnya juga, lokasi kejadian hanyalah tidak sampai 5km dari rumah aku di Ukay Perdana. Dan sejak kejadian semalam, pelbagai kenderaan dan jentera pelbagai agensi penyelamat dan pihak berkuasa kelihatan di sekitar laluan masuk dari Ukay Perdana ke Bukit Antarabangsa.

Khabarnya, laluan ke lokasi telah ditutup kepada orang awam.... maka tertangguh sekejap hajat aku nak meninjau-ninjau dan 'menyibuk' di sekitar lokasi kejadian.

8 Disember bersamaan 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Semoga semangat dan pengertian korban dapat kita selami, bukan sahaja akibat pelbagai bencana alam yang semakin kerap sekarang ini, malahan diinsafi sambutan kali ini dan dibawa sepanjang kehidupan seharian...


Aku juga ingin menyatakan sanjungan dan rasa terharu di atas pengorbanan para petugas pasukan penyelamat dan pihak keselamatan yang bertungkus-lumus dalam keadaan cuaca yang hujan dan risiko kejadian runtuhan susulan, tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan sabar serta mengorbankan cuti Aidil Adha demi tugas untuk negara.


Rasanya inilah contoh pengorbanan yang patut dicontohi terutamanya mereka yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan dan berkait rapat dengan kepentingan awam. Tentunya mereka mengorbankan cuti bersama keluarga di sambutan Aidil Adha ini, demi memastikan tugas dan tanggung jawab terlaksana. Pasti ada rungutan di kalangan petugas namun aku doakan mereka tabah dan terus berkhidmatan. Semoga Allah memberkati usaha mereka.


Apapun, inilah peristiwa yang patut kita renungi pengajarannya.... bagaimana 'kerakusan terhadap alam' (meminjam kata-kata laporan akhbar) boleh menyebabkan manusia kerugian wang ringgit, harta benda dan juga nyawa.... Juga pengertian korban, pastinya kepada para petugas yang mengorbankan banyak masa dan tenaga...


Buat semua, termasuk yang membaca sekarang walaupun tidak terlibat dengan peristiwa di atas, Selamat

Sekian...

Friday, December 5, 2008

DUNIA JONI - EPISOD 8

EPISOD PENGENALAN
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7



EPISOD 8

Malam itu perkampungan kambing Pak Maarof kecoh. Seekor kambing tidak pulang petang tadi. Kecoh betul sepuki kelima-lima keluarga mencari-cari anak mereka. Bapa dan sepuki masing-masing mula mengira ahli keluarga masing-masing. Memastikan cukup bilangan ahli keluarga mereka. Jangan ada yang hilang, jangan ada yang tercicir.

Joni yang telah mula terlelap terpaksa bangun untuk menyertai ‘roll call’ di dalam rumah mereka. Menyumpah juga Joni kerana dia baru nak mula lena, terganggu pula dengan kekecohan ini. Joni yang masih mamai bertanya Bob, sepukunya apa yang berlaku. Bob beritahu ada yang hilang. Lantas Joni teringatkan Sarah. Adakah Sarah yang hilang? Sebab selepas mengelamun semasa Sarah melintasinya pagi tadi, dia tak nampak Sarah lagi.



IKLAN - SIHAT DAN TAMBAH PENDAPATAN

Joni menjeling ke arah rumah nombor 2, fuhh......... lega, dia nampak Sarah sedang berdiri ayu didalam barisan anak gadis pakcik David. Lega Joni. Bukan Sarah yang hilang. Kalau Sarah yang hilang, entah apalah yang akan berlaku kepadanya. Pasti dia amat marahkan Albert yang telah curi-curi masuk dalam lamunan dia pagi tadi sampai terlepas Sarah dari pandanganya.

Teringat Albert, adakah Albert yang hilang itu? Ya, mungkin Albert. Dari pagi lagi dia tak nampak Albert. Albert tak buli dia secara fizikal pun hari ini. Albert tak kelihatan pun. Cuma tadi mengganggu lamunan dia sahaja. Dan sekarang pun Albert telah masuk ke minda Joni kerana telah mula memikirkan pasal Albert, walhal sebelum itu Joni sedang risaukan Sarah. Dan Joni marah lagi kerana Albert masuk lagi ke kotak fikirannya tanpa diundang.



IKLAN - LAYARI www.ebookmelayu.wordpress.com untuk mendapatkan ebook terbaru!!!

Lamunan Joni tentang Sarah, tentang Albert terhenti apabila Bob membisikkan bahawa Felix yang hilang. Felix anak pakcik John. Terus perasaan Joni bercampur. Tak suka kerana bukan Albert yang hilang dan suka juga kerana Albert tak apa-apa. Ntahlah, Joni tahu Albert tu jahat. Tapi Joni tidak pernah sekali-kali mendoakan yang tidak baik terhadap Albert. Malah kepada seluruh masyarakat mereka pun Joni mengharapkan yang baik-baik sahaja. Joni tak suka keganasan atau musibah menimpa perkampungan mereka.

Joni selalu berdoa agar mereka hidup aman damai, bersatu padu dan saling membantu. Bak kata Dr. Padila Kamsin, jiran sepakat membawa berkat dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Diluah mati emak, ditelan mati bapa... opsss Joni sedar, kata-kata terakhir itu tiada kena-mengena dengan hal Felix ni... Ya Felix hilang.... itu lagi penting daripada ingat Dr. Padila Kamsin!

Tapi ke mana pergi Felix? Teringat pula Joni kejadian pagi tadi selepas Pak Maarof berangkat ke Kuala Lumpur menaiki teksi. Joni sudah tahu itu namanya teksi. Nanti Joni hendak tengok pula bagaimana rupa bas. Ishh.......... Joni ni, melalut lagi la tu, dari Felix dah sampai ke bas pulak. Joni senyum sendiri teringat lamunannya itu.

Ya, pagi tadi selepas Pak Maarof pergi, Tauke Wong datang. Tauke Wong berbual dengan Manap sambil Manap menunjuk-nunjuk ke arah Felix. Ketika itu Latip pergi beli sarapan kerana Ramlah ikut Pak Maarof ke Kuala Lumpur dan Latip terpaksa beli sarapan sendiri. Maklumlah, takkan pula Ramlah nak hantar sarapan dari Kuala Lumpur pula? Jauh Kuala Lumpur tu.... Pak Maarof ke Kuala Lumpur untuk melihat anak Saida yang juga cucu baru Pak Maarof dan Mak Munah. Pak Maarof, Mak Munah dan Ramlah pergi menaiki teksi ke stesen bas. Joni dah tahu apa itu teksi tapi belum tapi apa itu bas. Mack bapa Joni beitahu Kuala Lumpur itu jauh, Pak Maarof tak larat nak memandu.



IKLAN - PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN eKoleksi

Arghhhh Joni melalut lagi.... kerap benar mengelamun sekarang ni. Tapi Joni pasti, kehilangan Felix pasti ada kaitan dengan Tauke Wong, lori kecilnya juga ada kaitan, Manap juga.............. Pak Maarof ke Kuala Lumpur tengok cucu.............. teksi................ Latip beli sarapan sendiri................. Manap gembira................... Ramlah ikut Pak Maarof................... Saida dapat anak kedua................. itu namanya teksi tapi bas belum tahu.................. Felix.................. Manap.................... Bob................. Tauke Wong................ Sarah.................... Albert................ Felix................. Manap.............. Latip................. Pak Maarof.................. cucu............... Kuala Lumpur............. Jauh............ Mack.............. Felix hilang...............

Dan Joni pun tertidur di dalam lamunannya itu................

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!