JANOS

JANOS
Selamat Datang

Tuesday, September 29, 2009

Sembang-Sembang

Hmm... dah 13 Syawal hari ni... tak terasa sangat masa berlalu kan? Semasa Ramadhan kita menghitung hari bilalah nak 1 Syawal... sekarang dah 13 Syawal pun... dua minggu lebih sudah kita meninggalkan Ramadhan....

Kebanyakkan daripada kita, rutin harian telah kembali seperti sediakala... kemalasan semasa hendak menyambung tugas akibat bercuti panjang, mungkin sudah diatasi... sambutan 1 Syawal mungkin dilupakan sedikit demi sedikit.... Namun masih ada juga sebahagian daripada kita yang sedang giat merancang majlis rumah terbuka, terutama apabila tinggal 2 kali ujung minggu sahaja lagi bagi Syawal kali ini...

Kuih-kuih raya di dalam balang juga, mula dipandang sepi... mungkin tunggu masa untuk dibakul sampahkan sahaja.... Yelah, kadang2 daripada hari raya pertama lagi orang sudah tidak memandang kuih-kuih raya sangat... mereka lebih gemar menikmati nasi tomato, laksa, bihun sup dan lain-lain makanan berat... kuih-kuih raya pula, mungkin cuma dijamah sebiji dua sekadar ingin merasa...

Tapi biasalah kan... nanti bila kuih-kuih sudah dibakul sampahkan, mulalah tekak ini ingin menjamah balik... mulalah akan keluar soalan "kuih tart raya hari tu ada lagi?"... hehehehe... telan air liur sajalah...

Inilah rutin kita saban tahun barangkali... Ramadhan/Syawal datang dan pergi selagi dunia ini ada hayatnya...

Friday, September 18, 2009

Menjelang Syawal 1430

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di Alor Setar lebih kurang 2.30 tadi...

Tahun ni, 1 Syawal pertama bersama isteri di kampung halaman aku.....

Kepada rakan-rakan blogger atau yang tersinggah kat blog aku ni,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Asslammualaikum...

Tuesday, September 15, 2009

Penat tapi tak ngantuk....

Hari ni aku menjalankan beberapa urusan yang memenatkan... Dari pagi (jam 11 sebenarnya ketika matahari panas membara) aku dah parking kereta kat LRT Jelatek... arah tuju dengan LRT ialah nak ke Masjid Jamek, kemudian transit naik Star (Ampang Line) ke stesen Bandaraya untuk ke Medan MARA...

Dari Stesen Bandaraya, jalan kaki ke Medan MARA... tengah panas tuh... pastu setel urusan tak sampai 5 minit, patah balik ke LRT... Beli tiket dan menuju ke stesen PWTC pulak... arah tuju ialah SSM kat The Mall... ada beberapa urusan perlu diselesaikan.....

Dari The Mall, dengan gagahnya aku jalan kaki lagi ke area Chow Kit... jejalan cari barang.... hampir 2 jam jugak pusing2... peluh jangan cerita la... dengan hausnya lagi... perghhh.... dugaan atau sengaja nak menduga diri sendiri ni?

Pastu lebih kurang jam 2 petang, ambik Monorel dari stesen Chow Kit menghala ke Stesen Bukit Nanas... tujuan nak transit ke LRT Kelana Jaya Line (Putra) dan balik ke Jelatek ambik kereta... Dari monorel ke LRT Dang Wangi pun jalan kaki lagi... gagah aku nih...

Sampai di Jelatek, start kereta, menuju ke opis saudara Joetiffa pulak... saja penuji jemputan dia untuk sembang2... tengah jem dan panas terik kugagahi jua... perit dan kepanasan serta kehausan aku abaikan demi tidak menghampakan permintaannya...

Jam 4.30 petang, aku mula bergerak untuk balik ke rumah. Kali ini demi memenuhi permintaan isteri pula untuk berbuka puasa di KLCC sambil jalan-jalan di sana. Kami berbuka di Pizza Hut... tanpa segan silu, aku menghabiskan minuman berkarbonat segelas dengan dua kali teguk sahaja, sekali semasa berbuka dan sekali lagi selepas menghabiskan sebiji pizza personal... hehehehe

Aktiviti di KLCC berakhir kira-kira jam 10 malam, namun aktiviti aku untuk hari ini belum berakhir... selepas menghantar isteri balik, aku keluar semula, kali ini menuju ke rumah saudara Azhar (Asaq) di Lembah Pantai...

Badan yang keletihan dari pagi lagi, aku gagahkan juga ke sana... Sampai di rumahnya kira-kira jam 11.15 malam... Selesai urusan, balik ke rumah dan selamat tiba jam 12.30 pagi...

Rupanya badan yang penat itu belum menjamin tidoq yang lena... Dan hasilnya pada jam 2.30 pagi, aku ON laptop ini dan mula menaip artikel ini... Masalahnya, Badanku Penat Tapi Aku Tak Dapat Tidoq!!!

Sunday, September 13, 2009

Tak pasti

Aku tak pasti sama ada ianya betul ataupun kesilapan visitor counter aku... Last aku raikan ia ialah pada 6 August 2009 dengan posting Dah 4000 hits

Tetapi cuba Tuan-Tuan tengok kat counter aku tuh.... Dah 11 ribu lebih hits.... Glamer sangat ke blog ni dalam masa sebulan???

Kepada rakan-rakan blogger yang mahir, minta tolong check kalau boleh... kot2 ada yang tak kena...

Thanks...

Disebalik....

Semasa aku mengarang DUNIA JONI melalui sekuel Tenang Fikiran - Kisah Bersiri, tidak ramai pembaca atau pengikut Dunia Joni yang memahami apa kisahnya 'disebalik' Dunia Joni. Ada juga pembaca yang merasakan dia memahami apa yang cuba disampaikan namun mungkin hanya 10% sahaja pemahaman itu.

Namun aku akui bahawa sebenarnya pembaca tidak perlu dibebankan dengan terlalu banyak 'disebalik' sesuatu yang disampaikan. Yelah, namanya pun Tenang Fikiran - Kisah Bersiri... mengapa perlu dibebankan fikiran, betul tak?

Tapi itulah sebenarnya keseronokan dalam menulis, apabila kita dapat menyatakan sesuatu dalam bentuk yang lain. Ianya nyata memberikan satu kepuasan yang berbeza dan tersendiri.

Namun apa yang pasti, Joni semakin dilupakan oleh pelayar blog ini. Jika suatu masa dahulu nama Joni, Sarah, Albert dan lain-lain sentiasa dinanti, kini semua itu tidak lagi dikenali. Bagi yang melayar blog ini dari awal, mungkin mereka masih lagi menanti sambungan Dunia Joni bagi menceriakan hari-hari mereka. Namun tidak dinafikan, ada juga yang tidak gemar membaca sesuatu yang panjang seperti episod-episod Dunia Joni dahulu.

Dalam Dunia Joni, kadang-kadang kita terlalu memandang rendah terhadap keupayaan orang lain dan cepat membuat andaian walaupun belum tentu andaian itu betul. Seringkali terjadi konflik apabila andaian awal kita itu menyebabkan pihak lain berkecil hati atau merasa tidak selesa. Dunia Joni juga menggambarkan bagaimana sifat dengki dan busuk hati boleh mengundang malapetaka, sama ada dirancang mahupun tidak.

Elemen kejutan dan sesuatu berlaku tanpa dirancang juga sinonim dengan dunia nyata. Begitu juga kejadian-kejadian kecil hati, musuh dalam selimut dan terlalu leka dengan kesenangan hingga lupa kepada asal usul dan musibah yang bakal menimpa. Inilah sebenarnya ramuan dalam kehidupan yang perlu ditempuh semua pihak, sama ada sedar atau tidak, langsung mahupun tidak langsung.

Semestinya ramuan-ramuan seperti dinyatakan (atau terlupa dinyatakan) akan menceria dan mencorakkan hidup seseorang. Inilah yang dinamakan kehidupan :-)

p/s: Mengapa ada posting ini???

Saturday, September 12, 2009

Seminggu Nak Raya

Hari ni hari ke 22 Ramadhan 1430, minggu depan Ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma, menandakan detik kemenangan kepada umat Islam yang berjaya menempuhi ibadat Ramadhan.

Aidil Fitri dinanti saban tahun. Ada yang mengatakan raya sekarang dah tak sama dengan raya dahulu... Dah kurang meriah... Ada yang lain pula mungkin menyatakan inilah Aidil Fitri paling best dan penuh pengisian.... mungkin mereka mempunyai alasan tertentu tentang kesimpulan mereka itu... Namun Aidil Fitri tetap datang saban tahun selagi dunia ini masih 'bernafas'...

Kalau di Malaysia ni pulak, biasalah musim perayaan macam ni tak akan lepas dari OPS SIKAP (operasi jalanraya dan lebuhraya bagi mengawal trafik / kemalangan).... dan bila ianya bermula nanti, kita akan dipapar dan dihebahkan statistik harian melalui media massa. Kalau bab ni, aku harap semua statistik KOSONG lah... memang mustahil kan?

Di rumah2 pula, bau biskut dan kuih raya akan mula berbau harum. Seperti yang aku bau sekarang ini, aroma kuih raya baru dibakar yang dibawa angin dari jiran sebelah mungkin. Para isteri, suri rumah, ibu dan ayah mungkin akan mula berjaga sepanjang malam dan menahan kepenatan di siang hari demi membuat kuih dan pelbagai biskut untuk hidangan para tetamu... Bagi yang lain pula, mungkin lebih mudah untuk membuat tempahan atau membeli di pasaraya atau bazar Ramadhan yang berlambak sekarang ni...

Sana-sini orang ramai dah mula bercakap pasal raya... jalan-jalan menuju ke tempat tumpuan membeli belah akan mula sesak, namun semua orang nampaknya tabah mengharungi kesesakan itu.... siang dan malam manusia nampaknya semakin sibuk menghambat masa yang dirasakan semakin mengecil untuk membuat persiapan Syawal...

Bagi yang akan memandu jauh balik kampung pula, kenderaan akan mula di servis. Bagi yang sudah menyelesaikan urusan servis lebih awal, akan pula bersedia dari segi kewangan dan perancangan perjalanan kelak... Kawan-kawan dan sanak saudara sudah mula bertanya "raya di mana tahun ni?" terutamanya kepada pasangan yang telah berumahtangga...

Bagi yang berpendapatan rendah dan para peniaga pula, inilah minggu terakhir untuk mengumpul sebanyak mungkin pendapatan... diandaikan seperti selepas Aidil Fitri tiada lagi peluang untuk menjalankan perniagaan lagaknya...

Dan suasana ini akan semakin hebat dirasai apabila Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.... Dimana senyuman semakin dapat diukirkan bagi mereka yang akan betul-betul merasai nikmat berpuasa dan meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran...

Allahuakbar

Thursday, September 10, 2009

Penutup Hidung dan Mulut Pelbagai Corak

Hmm... Daripada saiz bayi hinggalah saiz orang dewasa ada... layari http://mozalgroup.blogspot.com


Seloka Teruskan Ke?

Salam Tuan JoeLim,

Hehehehe.... sengaja aku guna blog nak bercakap, bukan apa... kredit hp tak banyak nak sms banyak2 benda yang sama... hehehehe... lagipun aku tak pakai line seperti tuan berdua... kredit pun abis call agen sana sini...

So, macamana? Resolusi kat Suzi Corner pada malam Nuzul Quran tempohari? Teruskan atau tidak? Tanpa sokongan dan masa tuan berdua, aku tak dapat nak teruskan... kalau nak bagi mandat aku putuskan, aku henjut sahaja... cuma takut nanti masa depan jadi gaduh sahaja... Aku dah survey sekadar terdaya, dan tuan berdua pun tahu hasilnya...

Mungkin masalah timing kita yang tak kena? Dengan musim puasa dan raya, membataskan masa? Tambahan pula komitmen keluarga berjela? Atau aku sorang yang rasa terlebih masa? Untuk excited bertanya di sini sana? Maklumlah, orang takda kerja....

Hahahaha... jangan pulak tuan berdua marah aku pula... Bukan niat nak tagih sengketa... Tapi kadang-kadang inilah kita... Nak jadi profesional bagai di cita, terpaksalah kadang tahan mata dan telinga... Mungkin suatu masa, giliran aku pula yang kena.... hahahahaha....

Saturday, September 5, 2009

Kreatif depa ni...

Hahahahahaha..... aku nak gelak dulu....

Dah mainkan video youtube kisah Hang Tuah di atas tuh? Kalau belum, mainkan sekarang!!!

Penemuan penting yang ramai tidak mampu sedari..... Kalau tak tengok lagi, tengok sekarang... nak tengok ulang-ulang kali pun boleh....

Hebat!!! Tahniah kepada yang menemukannya...

Wednesday, September 2, 2009

Buka Puasa Dengan Kawan part 2

30 September, sekali lagi berbuka puasa di luar... kali ni dengan Joe sekeluarga...

Kami berbuka di sebuah restoran di Jalan Conlay.... Siap ada persembahan tradisional lagi, dan paling best yang membuatkan Danial (anak Joe) terpaku, ialah pesembahan khas 1Malaysia sempena malam merdeka... Daripada dah bosan2 budak tu, sampai diam dan layan jer persembahan....

Walau apapun, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Joe sekeluarga. Kami doakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, juga semoga Allah memelihara keluarga beliau daripada sebarang mala petaka dan penyakit berjangkit dan seterusnya diberikan cahaya keimanan dan ketakwaan hendakNya... Ameenn...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!