JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, December 28, 2007

Mee Udang Kuala Sepetang???

Dalam perjalanan nak balik dari A.Star ke KL 24 Dec haritu, saja singgah nak try Mee Udang Kuala Sepetang "yang famous sangat tuh!!!"........

Dari tol Taiping Utara, dalam 20km sampai la ke Kuala Sepetang tu... masa sampai jam lebih kurang 6.45 petang dah pun... maklumlah bertolak dari A.Star pun dah dekat pukul 5...

Yang aku nak cerita ni, kami singgah la kat satu gerai... Warung toottt Mee Udang Banjir (namanya dirahsiakan) tapi ada kod 012 kat atas sign board dia tu...

Masa sampai tu, dah start tak berapa best, tempat kami parking tu sebelah dengan longgokan sampah, kulit udang dan sebagainya... Tuan-Tuan bayangkanlah, bagaimana baunya kulit udang tuh... dan ianya berada di seberang jalan depan Warung toottt tuh...

Takpelah, sabar jelah... nak merasa punya pasal, tahan napas jelah...

Bila dah dapat tempat duduk, datanglah "ratu" Warung tooott yang berskirt paras lutut, rambut panjang mengurai mengambil order...

Rupanya ada 2 jenis, nak udang RM5 atau RM10 boleh pilih... kami pun pilih la 2 pinggan yang RM5 punya.... masa ni jam 7 pm...

20 minit kemudian, sampailah air dulu... takpelah kira standard la tu air dulu walau nescafe o ais dan teh o suam ambil masa 20 minit... tengok meja lain yang sampai 5-6 minit lewat daripada kami pun baru dapat air....

Disebabkan kehausan aku pun sedut la air aku, sambil dok save juga satgi nak makan mee udang famous tu... Sikit-sikit aku sedut sampai habis... mee udang famous tak sampai-sampai juga... Hangin dah badan ni.... jam dah dekat 7.45... geng yang mai lambat tadi aku tengok dah start makan... takpa, pujuk hati mungkin depa order yang special kot.... sabar lagi nih...

Dekat pukul 8, dengan aku dok pikir jauh lagi nak drive aku pun bangun tanya "ratu" tadi tu7... lambat lagi ke order kami?

Tak lama, 1-2 minit lepas tu adik si ratu tu datang "abang order apa tadi? kertas order HILANG...."

ALLAH HUAKBAR... itu yang terpacul dari mulut aku... dengan sakit hati aku kata "takpalah, kensel sajalah"....

budak tu kata "takpe bang, kalau nak, boleh buat" (memang la hang boleh buat, tapi berapa lama pulak... aku tengok orang yang dapat mee udang pun dekat 1/2 jam tunggu baru dapat.... kata dalam hatilah...)

Memandangkan mai jauh, aku kata "oklah, buat SATU saja"

Tak lama pun, tak sampai 10 minit dah sampai (ni yang hairan, tadi bukan main lama buat sampai hilang order)

DAN.... bukan sebab sakit hati... memang mujurlah RE-ORDER satu saja... MEE UDANG yang kononnya SEDAP sangat tu... rasanya tak dak beza mana pun dengan tempat lain.... bezanya mungkin sebab udang fresh dan banyak (15 ekor) sajalah kot.... rasa kuah/mee tu BIASA saja, tak tara mana pun, orang Kedah kata...

Nasiblah, makan sajalah...

Dan hasilnya, malam tu kami sampai KL 12.30 tengah malam... "kenyang" mee udang punya pasal..

Kesian...

Sekian...

p/s: niat nak tangkap gambar Warung tooottt 012 tolong promosi free tak jadi kalau dah macam ni pengalamannya... :-)

Rumah Baru...

Secara rasminya, aku masuk rumah baru pada 8 Disember... malam tu jugak tidoq rumah baru walaupun hanya bawa toto saja hari tu....

Aku pindah ke Ukay Perdana... Alhamdulillah dapat Ground Floor dengan sewa bulanan hanya RM650... ramai yang kata murah, tapi khabarnya market price kat area tu memang macam tu...

Apartment 3 bilik dengan 2 bilik air... puas hati!!!

Selain daripada kena dok sediakan deposit (1 bulan sahaja), terpaksa la membeli belah barang-barang nak bagi semangat, masuk rumah baru... Alhamdulillah dapat juga beli TV 21", DVD player, tilam angin (pakai pam ni, toto simpan nak bagi Asaq pakai.... hahahahaha) dan beberapa lagi la... habih juga dekat RM1,000 kot... tapi yang penting kepuasan la...

Cumanya... nak tunggu sapa-sapa nak sponsor peti ais dan mesin basuh sajalah... (tunggu Andy pulak derma... gendang gendut...) hahahahaha

Gambaq setakat ni tak amik lagi umah baru.... cukuplah gambaran seperti di atas... tapi kalau nak tau macam mana, jemput-jemputlah datang (terutamanya Tuan Pulim....)

Perancangan masa depan, nak masukkan internet pulak... tapi tunggu cukup budget dululah...

Sekian...

Wednesday, December 19, 2007

Aidil Adha

Assalammualaikum,

I'm wishing all "Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428"..

Semoga semangat dan sejarah serta teladan daripada peristiwa Qurban sentiasa menjadi panduan dan ingatan kita sebagai umat Islam...

Selamat memandu kepada yang nak balik kampung (termasuk aku la..)

Salam...

Tuesday, December 11, 2007

Cerita Hoki 4

Germany 3 - Malaysia 2....

Sorry lambat bagi laporan.... sibuk pindah rumah...

Seperti dijangka, Malaysia kalah melawan game ni... ketinggalan 3 - 0 sehingga permulaan 2nd half, Malaysia mula mengejar bila players Germany dah mula letih... rasanya kalau game tambah lagi 10 minit, Malaysia tanpa rasa malu-malu akan menang....

Sekian sahaja laporan Champions Cup ni...

Placing 7th-8th tak pi tengok... dok pindah rumah...

Nanti ada masa aku cerita pasal rumah baru...

Salam...

Wednesday, December 5, 2007

Cerita Hoki 3

Isnin, 3 Disember 2007...

Game : Malaysia 2 - Pakistan 2

Komen :

Ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama... kena pulak terasa macam main kat Pakistan saja dengan sorakan penyokong Pakistan (semestinya warga mereka yang ada di sini)... Nampak macam nak kena buli saja pasukan Malaysia...

Tetapi... masuk 2nd half mula nampak Malaysia pula pulun.... Terima kasih kepada Jiwa Mohan dan Chua Boon Huat yang berjaya guide player2 lain yang lebih muda erti main bersungguh tanpa putus asa... dan kedua-dua senior player ni juga yang jaringkan gol bagi mengikat kedudukan 2-2...

Ada juga kontroversi bila gol Malaysia tak dikira, namun bantah la macam mana pun, keputusan pengadil adalah muktamad...

Apapun, pada pandangan peribadi aku, Malaysia perlu lagi 2-3 orang players yang senior sebabnya pengalaman mereka ni boleh bantu player junior untuk menyerap tekanan, terutamanya dalam game yang genting....

Patutnya masa game dengan Britain, Coach Sarjit lebih bagi peranan kepada Chua dan Jiwa, mungkin keputusan akan lebih memihak kepada Malaysia...

Hari Selasa 4 Disember = Rest Day

5 Disember = Malaysia vs Korea (tak pi tengok, ada kerja)

6 Disember = Malaysia vs German (nak pi tengok!!!)

8 Disember = Malaysia vs Spain (last game)

p/s: game lawan Pakistan tak bawa kamera... lupa...

APAPUN... GOOD LUCK MALAYSIA...

Cerita Hoki 2

Badut yang selalu dok meriahkan
Stadium tiap-tiap game.......


Bincang... jangan tak bincang (sebelum game ni)


Penalti Corner Malaysia.... Tak Gol pun.....


Menyerang..... last-last kena...

Ahad, 2 Disember 2007...



Britain 3 - Malaysia 2



Komen.... dah leading pun boleh kalah... lepas score 1st gol... dok slow down pulak game.... bila Britain dah score 2 biji (kedudukan 2-1) baru nak pulun... nasib dapat score samakan kedudukan...



Tapi, dok leka serang... sekali Britain counter... kena gol ke tiga.... ambik pengajaran... kalah 3-2!!! Takpa... cuba lagi next game....

Saturday, December 1, 2007

Cerita Hoki

Sekarang ni tengah ada tournament hoki "Champions Cup Trophy 2007" di Bukit Jalil... semalam sempat juga pi layan game Malaysia vs Netherland... yang mana kita kalah 1-3...

Pada pandangan aku, team Malaysia boleh maju lagi kalau kita menajamkan aspek hantaran dan finishing, terutamanya set-piece short corner... aspek taktikal rasanya dah ok dah, cuma 3rd gol Netherland (tak sampai seminit 2nd half bersambung) mungkin kerana kelekaan SEMUA players... dengan gol tu, lawan mula slow rentak dan kita dah susah nak masuk kawasan D lawan.... Dan yang pi tengok tentu akan bersorak kalau short corner terakhir yang kita dapat tu tepat dan tak kena tiang yang jadi penghalang lepas goal keeper lawan dah tewas...

Apapun kepada team Malaysia, good luck game esok (ahad)... Insya Allah ada kesempatan aku pi... MESTI pi punyalah... bukan ada kerja pun esok.....

Semoga target nak tempat kelima dari lapan team bertanding akan tercapai, kalau boleh dapat masuk semi final lagi best!!!

Selamat!!!

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!