JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, March 30, 2009

Lama tak menulis...

Maklumlah... dah beralih angin sekarang ni... suasana baru, serba baru... jadi sibuk nak menyesuaikan diri... masa untuk berblog pun dah semakin kurang....

Kalau dulu, siang/malam boleh digunakan untuk berblog, sekarang cuma malam sahajalah.... tu pu kalau line broadband aku ni ok... kalau hampeh, pendam sajalah apa nak tulis...

Terima kasih kepada Joetifa yang sudi mengucapkan tahniah... Juga kepada Fulim yang sentiasa bersedia kepada sebarang kemungkinan...

Okla... aku taip banyak juga ni... lagi panjang dari letssharehere.... kira dah 'champion' dah ni.... hahahahahha

Tuesday, March 24, 2009

3000 hits

Blog aku yang tak seberapa ni rupanya dah cecah 3000 hits...

Rasanya Fulim dari letssharehere yang mengklik pada nombor 3000....

Tapi, tolak 1500 yang aku sendiri masuk, kira 1500 lah kot actual hits dari kawan-kawan semua...

Apapun TQ...

p/s: Fulim, hang memang best....

Monday, March 23, 2009

Hobi Yang Terpendam....







Akuarium!!!


Ya... ianya dah lama aku pendam untuk menjadi hobi aku.... Tetapi sekarang, aku dah berjaya merelialisasikan hobi yang terpendam ini.... dah lama dah....
Semuanya bermula bila isteri aku, suarakan nak bela ikan kecik-kecik... apa lagi, aku lantas setuju sajalah... mungkin juga dia tau suami dia ni memang nak ada akuarium...
Mulanya kami beli akuarium kecik saja, yang tak perlukan penapis, oksigen dan sebagainya... bela ikan Swordtail 4 ekor... selepas hampir 3 minggu, hanya seekor yang survive, yang kami panggil Otai...
Maka setelah rasa masanya sesuai (atau aku dah boring cuma ada seekor saja), kebetulan pula jumpa kedai yang jual akuarium yang murah, kami beralih kepada akuarium yang lebih besar, 2 kaki... besar la bagi beginner kan?
So sekarang, kami ada:
2 ekor Swordtail (beli tambah nak bagi kawan)
9 ekor Gapi
6 ekor Betta
1 ekor Bandaraya - sebagai AJK Kebersihan
Dan pastinya, jika ada modal nanti, akuarium akan aku tambah, bagi mencapai hajat aku untuk menghias akuariu dengan beberapa konsep yang dah lama aku inginkan...
Tentunya juga, ikan Arowana akan menjadi idaman bila dah rasa 'pandai' bela ikan....
Tunggu saja update aku nanti pasal hobi ini....



Saturday, March 21, 2009

Memori Part 3 - CT Scan

Siapa tahu gambar apa di atas ni?

Rasanya bagi mereka yang bijak, dah boleh meneka jika menganbilkira dari tajuk posting kali ni...

Inilah sebenarnya 'rupa paras' otak aku... Yaa... otak aku!!!

Ini adalah foto dari CT Scan yang telah aku jalani pada 10 Mei 2004 di Ampang Puteri Specialist.

Sebenarnya, CT Scan adalah opsyen terakhir setelah aku mengalami sakit kepala yang teruk pada satu-dua bulan sebelum tarikh 'gambar' ini di ambil...

Pada masa itu, aku mengalami sakit kepala yang teruk... sepanjang masa terasa tak selesa... aku andaikan pada masa tu "seperti terlekat tulang ikan di tekak", begitulah andaian aku tentang sakit di dalam kepala aku itu...

Mulanya, seperti biasa, aku pergi klinik biasa-biasa saja.... doktor bagi ubat, mulanya yang tak kuat sangat.... hinggalah ubat yang paling kuat selepas 4 kali ulang alik klinik tu... akhirnya doktor refer aku ke pakar... dan itu yang sebanarnya aku nak.... bukan apa, aku nak kepastian!!!
(mana doktor tu tak refer, dia bagi ubat yang paling kuat, katanya aku akan mengantuk, tapi aku kata kat dia, saya makan, malam lagi tak boleh tidur....)

Dan semasa di Ampang Puteri pada 10 Mei, aku jumpa pakar neuro, Dato' Dr. Mohd Rani..... memang dia ni pakar la... dia minta aku buat beberapa pergerakan asas.... kemudian dia buat kesimpulan cuma stress headache....

Dalam hati aku amat lega, tapi bagi meyakinkan lagi, aku yang minta supaya dibuat CT Scan.... Dia tidak menolaklah, lagipun aku yang nak bayar.... Dan hasilnya seperti gambar di atas lah... kepala dan otak aku normal!!!

Dia cuma bagi ubat namanya SANOR dan VIOXX.... memang power ubat ni.... sebabnya 2 minggu lepas tu aku lega dah tak sakit kepala.... Tapi yang penting, semuanya dengan kehendak Allah SWT. Kalau Dia nak hilangkan sakit tu, tanpa ubat pun boleh, cuma ubat tu sebagai menunjukkan usaha kita....

Apapun, aku amat bersyukur kerana setakat ini, kepala dan otak aku memang tiada masalah... Jadi sesiapa yang kata aku ni gila ke apa, aku ada bukti perubatan bahawa otak aku normal... mungkin orang kata kat aku tu perlu buktikan pula bahawa otaknya juga normal...

Hahahahhaha.... inilah memori aku....

Tuesday, March 17, 2009

Nantikan....


Ayam Jantan???
Siapa dia ni???
Nantikan.... ianya akan muncul tidak lama lagi di http://janjanos.blogspot.com

Sekitar majlis Ulangtahun Nazlif...

Tetamu bersama Nazlif dan Su (tuan rumah)

Cup Cake istimewa dari seorang isteri


Dari kiri: Nazlif dan Wafeeq, Janos dan Nasrin, Asaq dan Nis


Last week, 7 Mac aku dijemput oleh Nazlif untuk ke rumahnya untuk meraikan ulangtahun kelahiran beliau. Jadi, untuk tidak menghampakan jemputan, aku ke rumah beliau. Sebenarnya aku tak tau sebenarnya majlis apa, sebelum aku bertanya kepada Asaq.... rupanya birthday kawan sekolah kami ni....
Apapun, menu istimewa hari tu ialah bihun sup... memang istimewa sebab disediakan sendiri oleh Puan Su, isteri Nazlif... memang best sebab lepas tu dapat ditapau lagi.... hehehehe terima kasih daun keladi...
Dan antara yang best juga, first time aku tengok cup cake dijadikan sebagai kek harijadi... memang special... di tambah lagi dengan hiasan/topping yang 'sengaja' dibuat dengan pelbagai alat pertukangan, sesuai dengan Nazlif....
Sekali lagi terima kasih kepada Nazlif sekeluarga... semoga terus berjaya dan dilimpahi rahmat olehNya..




Saturday, March 14, 2009

Kesukaran....

Aku menghadapi kesukaran untuk upload gambar-gambar ke blog ni. Mungkin masalah broadband.... setakat ni aku boleh katakan begitu.

Banyak posting bergambar tergendala, antaranya Jalan-Jalan & Makan-Makan, majlis birthday Nazlif dan beberapa lagi...

Aduh....

DUNIA JONI - EPISOD 24 - SEASON FINALE

KLIK UNTUK DUNIA JONI SAHAJA

EPISOD 24 – SEASON FINALE

Kini sudah sebulan Mugabe melaksanakan hukumannya. Hukuman yang diputuskan setelah dia mengaku bersalah membunuh Bob. Hutang nyawa dibayar nyawa.

Walaupun telah sebulan berlalu, Joni masih tertanya-tanya apa yang dibisikkan di antara Mugabe dan Albert pada malam sebelum hukuman dilaksanakan. Joni amat ragu dan inginkan kepastian mengapa mereka berbisik dan kemudian menoleh ke arah rumah Sarah? Adigun juga ada bersama ketika itu. Joni menjadi amat risau tentang pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku melibatkan Albert dan Sarah seperti yang dibisikkan Mugabe.

Janganlah pula Mugabe mewasiatkan agar Albert berkahwin dengan Sarah, tetapi Albert menolak sampai mengamuk dan marah-marah kerana Albert tidak mahu. Jika itu, baguslah kerana Albert tidak mahu. Tapi bagaimana pula jika Mugabe berpesan supaya jangan ganggu Sarah tetapi Albert engkar hingga mengamuk dan marah-marah dan terus memasang untuk mendapatkan Sarah walau dengan apa cara sekalipun? Tetapi risau juga Joni, jika Mugabe berwasiat Albert harus memiliki Sarah, tiada apa lagi yang dapat dilakukan walau Albert menolak. Wasiat wajib dilaksanakan!

Aduh... pening Joni memikirkannya. Hendak tanya Adigun, takut pula dia. Apatah lagi tanyakan terus kepada Albert, lagilah tidak akan mendapat jawapan. Hendak berkongsi apa yang dia nampak dengan Sarah dan Mona, pasti dia akan diketawakan kerana berfikir bukan-bukan.

Walau apapun, dia amat yakin Albert juga sedang merancang sesuatu. Manakan tidak, sejak kes kematian Bob, Albert langsung memencilkan diri. Tidak langsung mengganggu Joni. Walaupun Joni agak lega dengan perkembangan itu, namun dia agak gusar memikirkan apa yang ada dalam benak musuh ketatnya itu. Risau juga Albert merancang sesuatu dan pada bila-bila masa rancangan itu akan dilaksanakan.

Rimas Joni, amat rimas memikirkan apa perancangan Albert seterusnya. Sambil Joni juga saban waktu telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jika Albert datang cara baik, dia akan sambut cara baik. Dan jika Albert datang membawa maut, Joni juga sudah bersedia untuk membuat penghitungan terakhir. Biar sengketa antara Joni dan Albert selesai secepat mungkin, tidak lagi Joni sentiasa dalam keadaan tertanya-tanya dan ragu-ragu seperti ini.

Lima puluh hari selepas kematian Mugabe, masa yang Joni tunggu-tunggu pun tiba. Pagi itu Joni mendapat satu pesanan bahawa Albert ingin bertemu dengannya di bawah pokok kemboja. Pesanan itu disampaikan oleh Roni, adik Albert. Gelisah juga Joni pada mulanya, namun dia dapat mententeramkan diri setelah memikirkan segalanya pasti terjawab hari ini. Semua persoalan yang bermain di mindanya pasti diketahui hari ini. Sedar tak sedar, dalam dia berfikir itu, dia sudah berada di bawah pokok kemboja yang dimaksudkan..... dan Albert telah sedia menunggunya....

“Joni....”, lemah Albert menyapa. Lega juga Joni kerana Albert agak relaks. Ini membuatkan Joni lebih yakin pertemuan ini tidak akan berakhir dengan pertumpahan darah. Namun Joni bersedia akan sebarang tindakan Albert seterusnya yang mungkin berlaku. Joni tidak akan leka. Dia sentiasa memasang kekuda sekiranya Albert berhajat untuk menerpa.

“Joni.... kini telah lima puluh hari bapa aku, Mugabe pergi. Dan hari ini jugalah aku akan selesaikan segalanya dengan kau”. Sambung Albert.

Joni makin bingung. “Apa yang hendak diselesaikan?”.

“Hal aku, kau dan Sarah. hal yang bapaku wasiatkan pada malam sebelum perlaksanaan hukumannya”, balas Albert.

Ya!! Benarlah selama ini jangkaan Joni. Semuanya ada kaitan dengan Sarah, kekasihnya itu.

“Sebenarnya Joni, aku harap kau merahsiakan hal ini. Ini melibatkan maruah aku, Mugabe dan juga ketua keluarga yang lain. Apa yang aku hendak katakan ini amat mengaibkan. Hanya ketua-ketua keluarga iaitu bapa-bapa kita yang tahu. Hal ini telah lama diketahui, cuma ianya tidak dihebohkan”.

Aduh... makin pening Joni memikirkan, namun dia hanya berdiam menunggu apa yang Albert hendak nyatakan.

“Kau pun tahu kan, dari dulu lagi aku amat sukakan Sarah. Memang aku telah jatuh cinta kepadanya dari awal lagi.... dan sebab Sarah jugalah aku amat bencikan kau kerana Sarah ternyata lebih sukakan kau. Hinggakan aku pernah bersumpah, jika aku tak dapat Sarah, kambing lain pun takkan dapat Sarah”, panjang Albert menceritakan hal yang Joni telah tahu. Makin berdebar pula Joni hendak mengetahui apa wasiat dan pesanan terakhir Mugabe.

“Aku tahu semua tu”, balas Joni cuba menghidupkan suasana.

Albert menyambung, “apa yang pasti, selepas ini kau tidak perlu lagi risau akan aku dari mengganggu hubungan kau dan Sarah. Aku bukan diciptakan untuknya ”.

“Apa maksud kau ni Albert? Adakah kau mengundur diri dari memiliki Sarah dan melepaskannya kepadaku?”.

“Aku terpaksa Joni. Seperti aku katakan kami memang tidak layak bersama”.

“Tapi mengapa???”. Joni makin tidak sabar.

“Aku harap kau rahsiakan hal ini”.

“Aku janji. Tiada kambing lain selain ketua keluarga dan kita berdua yang tahu”, Joni berikrar.

“Sebenarnya aku bukanlah anak Mugabe.....” jawab Albert.

“Apa???!!!”

“Ya, aku sebenarnya anak David. David ialah bapa kandungku. Dia pernah bersama dengan ibuku, Maria. Tetapi demi menutup aib pada masa itu, semua ketua keluarga sepakat agar aku berada di rumah Mugabe kerana ibuku Maria adalah isteri Mugabe. Dan aku dengan Sarah adalah sepupu.... kami sememangnya tidak boleh berkahwin. Hanya kau yang sekupu dengan Sarah boleh berkahwin dengannya". (episod 4)

Joni terlopong....

“Itulah yang Mugabe katakan padaku pada malam sebelum dia dijatuhkan hukuman. Maka dengan ini, aku harap sengketa antara kita berakhir dan aku doakan agar kau berbahagia dengan Sarah”. jawab Albert menutup bicara.

Dan tidak semena-mena Joni rasakan ada air jernih mengalir di pipinya. Air jernih yang mengalir menandakan dia telah beroleh kemenangan...........................

Dan pastinya, hari-hari Joni selepas ini pasti akan berubah tanpa gangguan Albert..........

TAMAT

Thursday, March 12, 2009

Memori Part 2 - Brucia La Terra

ialah tajuk lagu dari klip youtube di atas....

Bagi yang pernah menonton The Godfather part 3, pasti tahu bila masa lagi ni...

Dan tentunya bagi yang mengikuti The Godfather dari part 1 hingga 3, lagu ini pasti membawa pelbagai emosi, sebagaimana Michael Corleone emosi semasa Anthony Corleone nyanyikan lagu ni...

So, ini liriknya....

Italian

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

L'anima chianci
Addulurata

Non si da paci
Ma cchi mala nuttata

Lu tempu passa
Ma non agghiorna
Non c'e mai suli
S'idda non torna

Brucia la terra mia
E abbrucia lu me cori
Cchi siti d'acqua idda
E ju siti d'amuri

Acu la cantu
La me canzuni

Si no c'e nuddu
Ca s'a affacia
A lu barcuni

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

English

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

My soul crys
Painfully

I'm not at peace
What a terrible night

The time passes
But there is no dawn
There is no sunshine
If she doesn't return

My earth is burning
And my heart is burning
What she thirsts for water
I thirst for love

Who will I sing
My song to

If there is no one
Who shows herself
On the balcony

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

View

Wednesday, March 11, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 23

KLIK UNTUK DUNIA JONI SAHAJA



EPISOD 23

Hari melaksanakan hukuman telah tiba. Awal-awal lagi Joni lihat Manap datang bersama beberapa orang kampung untuk membantu Pak Maarof. Memang masyarakat Kampung Joget amat bermuafakat terutamanya jika melibatkan kenduri-kendara, makan free, siapa yang tak mahu? Lagipun mereka tahu, kalau kenduri di rumah Pak Maarof, pasti lauk kambing akan dihidangkan... kecur air liur mereka....

Semasa Manap menghampiri kawasan kandang, Mugabe mula memainkan peranan dengan menonjolkan diri agar dipilih. Dan biasanya Manap atau Latip akan memilih kambing yang paling menonjol dan tidak melawan. Mungkin mereka juga mengetahui bahawa masyarakat kambing telah menjatuhkan hukuman.... entahlah, bagaimana mereka tahu, malas Joni nak fikir.

Dan seperti dijangka, hukuman terhadap Mugabe akan terlaksana pagi ini kerana memang Manap memilih Mugabe. Mungkin juga sebab saiz yang agak besar, daging yang banyak maka mendorong Manap memilih Mugabe. Tetapi bagi Joni dan para kambing lain, mereka tahu hukuman terhadap pembunuh Bob akan dilaksanakan secara rasmi hari ini.

Para sepuki dan anak-anak Mugabe kelihatan agak muram... mereka sedih dengan perlaksanaan hukuman sebentar lagi. Cuma Albert yang Joni lihat masih dalam perasaan geram dan marah. Dia tidak melihat langsung bapanya di bawa pergi. Dan Joni teringat kembali yang Albert menjadi marahkan Mugabe sejak malam tadi...

Kira-kira jam 8 pagi, Mugabe ‘selamat’ menjalani hukuman. Joni tahu pukul 8 pagi walaupun kambing tak pakai jam kerana ada seseorang berkata “cepat sekit sembelih, nak lapah lagi, nak masak lagi... dah hampir pukul lapan ni!!!”. Maka tamatlah riwayat Mugabe, seorang ketua keluarga yang akhirnya dijatuhkan hukuman mati sebagai penjenayah kerana menyepak Bob ke dalam sungai dan menyebabkan kematian Bob.

Dan seharian hari itu, semua kambing tidak dibawa keluar memandangkan tiada siapa yang akan memantau mereka kerana Manap bergotong-royong memasak, manakala Latip pula memang tidak kelihatan, mungkin berdebar-debar di rumah memikirkan nilai hantaran yang akan diminta keluarga Ramlah. Makanan para kambing pun tadi diberikan oleh Manap selepas menyembelih Mugabe, itupun rumput yang telah dipotong petang kelmarin.

Joni pula, termenung seharian memikirkan apa yang dikatakan kepada Albert oleh Mugabe dan Adigun malam tadi, hingga menyebabkan Albert begitu marah. Hati kecil Joni yakin, ianya ada melibatkan Sarah. Dan apabila melibatkan Sarah, Joni rasa dia juga perlu tahu... Tapi bagaimana Joni hendak dapat maklumat jika seharian terkurung begini?

Pening Joni memikirkan......

Kalau anda pun pening, aku pun pening juga hendak menghabiskan Dunia Joni yang semakin ke penghujung ni.... Segala persoalan pasti akan terjawab dalam episod akan datang.... Episod 24 - Season Finale Dunia Joni!!!!

Nantikan!!!!!

Monday, March 9, 2009

Pengumuman Kepada Pengikut Dunia Joni....

Awas!!!

Dunia Joni akan menghampiri penghujungnya...

Jangan ketinggalan untuk mengikuti season finale Dunia Joni... hanya di http://janjanos.blogspot.com

Ianya semakin menghampiri.... dan ianya pasti terjadi.

Thursday, March 5, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 22

KLIK UNTUK MEMBACA DUNIA JONI DARI AWAL

EPISOD 22

“Bagaimana Mona tahu Bob dah mati?”, soal Sarah tanpa berselindung lagi.

“Alah korang ni.... aku kan dikuarantin di Unit Kambing, Jabatan Haiwan. Hari Bob ditemui tu, tiba-tiba aku nampak Pak Maarof, Manap, Latip dan Tauke Wong datang. Mulanya aku ingat datang nak ambil aku, rupanya mereka membawa bangkai Bob untuk dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Takut-takut juga keracunan ke apa ke. Rupanya Bob mati lemas, dan ada kesan lebam di pinggang kiri Bob seperti kesan sepakan. Pakcik John pun aku nampak datang juga hari tu. Sempat juga kami yang dikuarantin ni bersembang dengan Pakcik John. Hilang sebentar rindu kepada kampung kita ni. Dan Pakcik John pun dah ceritakan semuanya, dari Joni dan Albert bergaduh, hinggalah Pakcik Mugabe sepak Bob dan dia bermalam di reban ayam Encik Senapi”.

Panjang lebar Mona bercerita. Kagum Joni dibuatnya dengan kepetahan Mona. Sesuai benar kalau Mona jadi pengacara televisyen. Cuma badannya yang agak gempal mungkin menyebabkan dia akan gagal semasa uji bakat.

“Jadi kau dah tak sedih lah ni?”, Joni pula menyoal Mona.

“Pada hari kejadian tu memang la aku sedih sangat.... aku tahu korang pun sama kan? Tapi sekarang aku dah ok.... dah terima hakikat Bob tiada lagi....”, jawab Mona.

Lega Joni dan Sarah mendengarnya. Tapi mereka tahu, jauh di sudut hati Mona, dia terlalu sedih akan kehilangan Bob. Sedih seperti mereka juga. Tetapi mereka sedar, yang pergi telah pergi.... mereka yang masih hidup ini perlulah meneruskan kehidupan...

Dua minggu selepas itu, masa untuk melaksanakan hukuman terhadap Mugabe telah tiba... Dalam dunia perkambingan, hukuman bagi kes seperti yang dihadapi Mugabe ialah dengan hukuman mati juga... Dalam hal ini, Mugabe perlulah menyerahkan diri ketika Pak Maarof perlukan kambing untuk disembelih...

Khabarnya, sehari dua lagi, Pak Maarof mahu mengadakan kenduri doa selamat sempena pertunangan Latip dan Ramlah.

Ya!!! Latip Bin Haji Abdul Rahman hendak masuk meminang Ramlah Binti Maarof. Dan Pak Maarof tentunya tidak menghalang niat baik Latip itu. Yelah, dah lama dia kenal Latip, dan sudah pun menganggap Latip seperti anaknya sendiri. Begitu juga Manap, juga dianggap seperti anak sendiri walaupun pernah beberapa kali menggelarkan Manap dengan pencuri, penjenayah dan sebagainya, tapi jauh di lubuk hati, dia amat sayangkan dua anak muda itu.

Sehari sebelum majlis berlangsung, Joni lihat pakcik Mugabe agak gelisah. Mungkin dia menyedari bahawa usianya akan tamat pagi esok. Tentunya sesiapa sahaja pasti akan menggelabah tidak tentu arah jika sudah tahu bila akan mati. Seperti para pesalah yang diberitahu tarikh akan ke tali gantung, mungkin cuma menunggu andainya ada pengampunan di saat akhir sahaja. Jika tidak, terpaksalah dipapah, diheret dan dibawa ke tali gantung dengan lemah longlai....

Malam itu, Joni lihat pakcik Mugabe mengatakan sesuatu kepada Adigun. Mungkin memberikan amanat untuk menjaga keluarga barangkali... Agak lama dua beranak itu berbual. Namun Joni tidak tahu apa yang dibualkan.

Tiba-tiba Joni lihat Albert pula dipanggil untuk turut serta. Kini Mugabe, Adigun dan Albert seperti serius berbicara. Joni tidak tahu apa yang mereka bualkan, tetapi yang menambahkan misteri, selepas itu, tidak semena-mena Albert mengamuk, marah-marah dan menangis sambil memandang sayu ke arah rumah Sarah....

Apa sebenarnya ni? Joni tak faham... apa pula kaitan keluarga Sarah dalam hal ni???


KLIK UNTUK MEMBACA DUNIA JONI SAHAJA

Memory Part 1

Ada beberapa tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila... Ianya melibatkan peristiwa yang boleh aku katakan sebagai mengubah hidup aku ni... hehehehe....

Jadi, dalam sekuel "Memory" ni, aku nak membuktikan bahawa aku ni bukannya lemah dalam mengingati sesuatu.... Ada peristiwa yang best, ada peristiwa yang tak best...

Jadi, aku nak mulakan Memory aku ni dengan satu peristiwa pada tahun 1992... masa ni aku dalam form 2...

Kejadian ni berlaku pada hari Khamis, 1 Muharam 1413 bersamaan 2 Julai 1992.
Ianya adalah hari cuti umum sempena sambutan Maal Hijrah.

Pada sebelah petang tu, aku bersama seorang sahabat, Erwan Bin Ramli bermain bolasepak di padang sebelah rumah aku... Padang kecil je pun, main sepak-sepak saja pun, bukan serius punya permainan...

Dan pada tengah main tu, aku terpijak bola lalu terjatuh... Semasa jatuh tu, secara refleks aku menongkat tangan kiri aku ke tanah...

Mungkin kerana kekurangan kalsium, tangan aku PATAH!!! Tak rasa sakit pun, cuma semasa bangun tangan aku dah berbentuk huruf U....!!!

Erwan lantas berlari memberitahu mak aku... dan permainan sepak-sepak bola petang tu terhenti begitu sahaja sebab aku dah PATAH TANGAN KIRI!!!

Jadi malam tu, mak bawa aku jumpa bomoh patah... Dan selama hampir 2 minggu tangan aku berbalut dengan kandungan ubat tradisional... Alhamdulillah, ianya bercantum semula...

Dan sampai sekarang, tangan kiri aku ni masih ada kesan patah... ianya tidak boleh dipusingkan seperti untuk menadah tangan seperti tangan normal... Tapi dalam keadaan biasa, mungkin tiada siapa yang perasan yang ianya pernah patah... :-)

Jadi tarikh 1 Muharam setiap tahun, aku akan mengenang sebagai tarikh tangan kiri aku patah...

p/s: Aku cuba cari di mana gambar x-ray tangan aku tu, tapi tak jumpa pula... kalau jumpa nanti, aku akan upload...

Jalan-Jalan & Makan-Makan 7


Menu : French Fried Rice (atas) dan Crispy Big Prawn With Spicy Soup Noodle.

Lokasi : Restoran Boston, Jusco AU2.

Rasa : Puas hati

Pesanan Khas : Hati-hati, kalau perut tu tak berapa lapar sangat, jangan singgah Boston ni. Ini kerana 'portion' dia memang banyak!!!

Sunday, March 1, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 21

KLIK DISINI UNTUK PAUTAN TERUS DUNIA JONI DARI AWAL
EPISOD 21
Dua minggu selepas kematian Bob, suasana di perkampungan kambing kembali seperti biasa. Semuanya telah dapat menyesuaikan diri dengan perlaksanaan hukuman ke atas Mugabe. Dan untuk makluman juga, Mugabe telah melantik anaknya yang paling tua, Adigun sebagai ketua keluarganya. Oleh itu Adigun telah sebaris dengan Mack, David, Bentley dan John. Hirarki juga telah berubah dengan Mack, diikuti John, Bentley, David dan Adigun. Sebelum ini Mugabe lebih kanan daripada David, tetapi selepas kesalahan besar yang dilakukan, keluarganya telah turun taraf dan menjadi keluarga terakhir.

Pagi itu juga, semasa berada di padang ragut, Joni lihat lori Jabatan Haiwan membelok masuk ke kawasan rumah Pak Maarof. Joni kenal sangat lori itu. Lori itulah yang membawa Mona dan tujuh yang lain tempoh hari untuk dikuarantin.

Maknanya hampir 3 minggu juga Mona dan yang lain itu telah di bawa pergi. Joni amat berharap lori yang sama itu membawa pulang Mona kali ini. Joni tahu dia dan Sarah amat terasa kehilangan Bob. Jika Mona ada, pasti mereka tidak kesunyian lagi. Cumanya Joni agak gusar jika Mona pulang. Mona belum tahu mengenai kematian Bob. Joni tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Mona. Dan jika Mona tahu, Joni tidak tahu apa pula reaksi Mona.

Jangkaan Joni memang tepat. Lori Jabatan Haiwan itu membawa pulang Mona dan tujuh yang lain. Semuanya kelihatan sihat. Mungkin mereka mendapat jagaan sempurna sepanjang di bawah pengawasan Dr. Amalina.

Tiba-tiba Joni terfikir. Kalaulah dia yang demam tempoh hari dan dikuarantin, pasti pergaduhan dengan Albert hari itu tak berlaku. Dan pasti juga Bob tidak akan mati di sepak Pakcik Mugabe. Tetapi Joni sedar, ini semua adalah ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Dialah yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Dialah yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Dan Joni insaf apabila terfikir tentang kebesaran Ilahi dan Joni bersyukur dia tidak terus hanyut dalam lamunan dan hasutan iblis untuk menafikan qada dan qadar.

Setelah turun dari lori, Joni lihat Mona berlari ke arah tempat dia, Sarah dan Bob selalu berkumpul. Memang di sinilah mereka selalu makan, bermain, berak dan sebagainya. Disitulah juga kali terakhir dia melihat Bob. Tapi kini hanya tinggal dia dan Sarah yang berada di situ.

Dan sekarang Mona telahpun kembali. Sarah awal-awal lagi telah menyerahkan kepada Joni untuk memberitahu Mona mengenai kematian Bob. Dan Joni pasti memang Mona akan tahu juga suatu hari, apa yang pasti sekarang, Joni perlu bijak menceritakan mengenai kematian Bob agar tidak berlaku kekecohan. Tambahan pula hukuman telahpun di jatuhkan.

Dalam Joni berfikir itu, Mona telahpun berada di hadapan mereka dan dengan riangnya berkata,

“Mona dah sihat..... Joni dan Sarah apa khabar? Rindulah kat korang.... Cuma sedihnya Bob tiada lagi kan? Tapi takpelah, kita yang hidup ni, teruskan sahaja kehidupan kita”.

Joni dan Sarah kaget. Pertama sebab Mona dah di depan mereka. Dan keduanya pasti kerana Mona telah tahu tentang kematian Bob dan seperti akan dapat menerima kematian Bob.

Bagaimana Mona tahu??? Sedangkan Mona tiada di tempat kejadian. Dia dikuarantin dan hanya baru pulang sebentar tadi terus menemui mereka berdua. Bagaimana Mona telah tahu???


Panjang lagi Dunia Joni ni...... hehehhehehe bersambung...........

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!