JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, August 31, 2008

Puasa & Raya : Antara Realiti dan Harapan

Puasa dan raya : antara realiti dan harapan

Terima kasih Pian di atas cadangan tajuk di atas.

Agak berat tajuk ni kalau nak ulas, tapi aku cubalah dengan sebaik mungkin. Kalau ada salah silap, harap tegur la dan aku amat menghargai pandangan.

Alhamdulillah, tahun ni Insya Allah kita akan menempuhi sekali lagi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan ini, akan kita tempuhi bermula Isnin ini, 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008.

Pastinya pelbagai perasaan bercambur baur di kalangan kita ketika menghadapi bulan Ramadhan. Bercampur baur kerana ada yang amat menantikan kedatangan sambil ada juga yang ‘kurang suka’ kedatangan Ramadhan.

Realiti

Realitinya, ada di antara kita yang merasakan Ramadhan hanyalah bulan biasa melainkan umat Islam perlu menjalani ibadat puasa, bersahur, adanya solat sunat terawih, adanya Malam Lailatul Qadar dan adanya Nuzul Al-Quran, tanpa menghayati setiap satu tersebut akan hikmah disebaliknya.

Sehari di bulan Ramadhan ini menyamai sepuluh hari, maka sebulan Ramadhan menyamai 300 hari ataupun sepuluh bulan. Oleh yang demikian, Allah SWT menggandakan pahala amalan setiap hari di bulan Ramadhan sehingga ia menyamai pahala puasa selama sepuluh bulan. Ini menggambarkan betapa bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk menggandakan pahala dan amal kepada Allah SWT.

Realitinya juga, ada di antara kita yang hanya bersemangat pada bulan Ramadhan kerana terdapat banyak peluang perniagaan, sama ada di pasar-pasar Ramadhan, ataupun di bazar-bazar jualan keperluan menyambut raya/Syawal. Bagi yang tidak berniaga, ketibaan Ramadhan dinantikan kerana dapat menikmati pelbagai juadah sambil membeli belah untuk menyambut raya.

Maka peluang ini di ambil sebaik mungkin untuk menambahkan pendapatan atau berbelanja sehingga kadangkala terlupa akan pengertian sebenar puasa itu sendiri. Ini tentunya apabila pembaziran berlaku.

Semua pasti bersetuju andai aku katakan, kadangkala kita ‘melebih-lebih’ membeli juadah berbuka sehingga tidak habis di makan, ataupun dibuang begitu sahaja. Ini sebenarnya telah lari dari pengertian berpuasa.

Malam-malam Ramadhan juga dipenuhi dengan peluang untuk kita beribadat. Solat sunat terawih pasti diadakan di setiap masjid/surau. Realitinya, seringkali kita mendengar saf-saf hanya penuh di awal Ramadhan dan semakin berkurangan apabila Syawal semakin menghampiri.

Mungkin malam-malam terakhir itu mula sibuk untuk membuat persiapan raya, sama ada membuat kuih, pergi membeli pakaian baru ataupun sibuk menghias rumah. Tapi itulah realitinya.

Setiap kita juga pasti mengetahui bahawa Allah memberkati setiap malam pada bulan Ramadhan dengan kelebihan-kelebihan tertentu bagi mereka yang menunaikan sunat Terawih, Insya Allah kalau ada kesempatan, aku akan senaraikan kelebihan tersebut untuk renungan bersama dalam posting yang lain.

Satu perkara yang agak popular di penghujung Ramadhan (di kala kita leka untuk menyambut kedatangan hari raya) ialah malam Lailatul Qadar. Terdapat banyak manfaat dan kelebihan malam Lailatul Qadar ini.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya
“Sesiapa yang solat pada malam Al-Qadar, semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah diampuni baginya dosa-dosanya yang lalu”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah, maksudnya:
“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan” (Al-Qadar : 3)

Rasulullah SAW juga telah memberikan klu bilakah datangnya Malam Lailatul Qadar itu,

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir Ramadhan”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya akan menyambut kedatangan Syawal dan meraikan hari kemenangan tersebut dengan penuh keceriaan, pakaian serba baru dan pastinya dengan penuh kesyukuran kerana telah berjaya melalui Ramadhan.

Syawal juga sinonim dengan tradisi memohon kemaafan dan ziarah menziarahi.

Kepada yang kurang suka kedatangan Ramadhan pula, pasti amat lega kerana telah berakhir bulan Ramadhan dan dapat makan dan minum sebebasnya.

Juga ibukota akan sunyi seketika kerana warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga tercinta.

Bagi yang ingin menambahkan pahala amal ibadat pula, ada yang berpuasa enam hari di bulan Syawal.

Itu adalah antara beberapa realiti rutin semasa Syawal. Insya Allah kita akan sekali lagi menyambutnya tahun ini.

Harapan

Dalam penulisan di atas, aku banyak bercerita secara umum kejadian-kejadian biasa bagi masyarakat kita, sama ada semasa menyambut Ramadhan mahupun Syawal. Ianya adalah realiti, sama ada suka atau tidak.

Secara peribadi, tahun ini aku mengidam untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. Jadi aku perlulah berusaha ke arah tu dengan kaedah-kaedah yang membolehkan aku mendapat apa yang diidamkan. Insya Allah.

p/s:
masih tidak mendapat feel yang dikehendaki... Insya Allah aku sambung nanti. 2 benda aku hutang; kelebihan malam tertentu solat Terawih dan sambungan kisah puasa dan raya ni....

(Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam; Bofids Trading, 2007)








Sunday, August 24, 2008

KEDAH JUARA Piala Malaysia





"Syukur Alhamdulillah, apa yang kita idam-idamkan menjadi kenyataan", mungkin itulah ulasan pertama Azrai Khor Abdullah selepas Kedah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia edisi 2007/2008 malam tadi selepas menewaskan Selangor dengan jaringan 3-2.


Kemenangan ini adalah usaha gigih dan komited para pemain dan pastinya sebagai hadiah yang paling bernilai daripada pasukan Kedah kepada Tuanku Sultan yang juga peminat nombor satu sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan Baginda, hadiah kepada Allahyarham Dato Paduka Ahmad Basri Akil, para pemain import yang akan meninggalkan pasukan, pemain-pemain lain serta pegawai pasukan dan seterusnya kepada semua penyokong pasukan Kedah Darul Aman.


Suasana bangga, gembira dan mengharukan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi amat dirasai ketika para pemain dan pegawai berpelukan sesama sendiri sambil para penyokong melompat girang meraikan kemenangan yang amat bermakna ini.


Sejarah telah tercipta apabila Kedah berjaya menyapu bersih Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat dua musim berturut-turut. Pencapaian yang pastinya yang akan dicemburui oleh penyokong dan pengurusan pasukan lain.


Kepada semua yang terlibat dalam zaman kegemilangan pasukan bola sepak Kedah, TERIMA KASIH!!!!





Thursday, August 21, 2008

Kisah Wali Allah - Dua Ribu Dirham

Bisyir Ibn Al-Harits (150H - 227H / 767M - 841M)

Suatu hari ada seorang lelaki mendatangi Bisyir untuk meminta nasihat.

"Aku punya dua ribu dirham yang ku perolehi secara halal. Dengan wang ini aku ingin pergi berhaji", kata lelaki tersebut.

"Jika engkau benar-benar ingin menggembirakan Allah, maka pergilah! Tetapi jangan lupa bayarkanlah hutang seseorang! Atau, berikan wang itu kepada anak yatim atau orang miskin. Mereka yang tenteram kerana pemberianmu akan lebih menyenangkan Allah daripada melakukan ibadah haji seribu kali", jawab Bisyir.

"Tetapi aku ingin menunaikan ibadah haji terlebih dahulu", balas lelaki itu pula.

"Kalau demikian, bererti engkau memperolehi wang dengan cara yang tidak baik", kata Bisyir. "Engkau tak akan tenteram selagi engkau tidak menghabiskan wang tersebut".

Wallahualam...

Dipetik dari Kumpulan Cerita Ajaib, Aneh & Mencuit Hati - Siri 1

Final Piala Malaysia - KEDAH vs Selangor - 23 Ogos 2008

Kemuncak Piala Malaysia musim 2007/08 hampir tiba...

Sekali lagi pasukan Kedah Darul Aman akan turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Selaku juara bertahan!!!

Kali ini pasukan Hijau Kuning akan melayan Selangor Darul Ehsan dalam perlawanan akhir.

Sekadar rekod, musim ini Kedah telah mengalahkan Selangor dalam setiap pertemuan, termasuk final Piala FA yang lalu.

Kedah akan turun untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama menjulang semua piala utama (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) untuk dua musim berturut-turut

Seperti sedia maklum, musim lepas Kedah menyapu bersih piala-piala tersebut untuk dibawa pulang ke Alor Star.

Musim ini dua piala sudah berjaya dimiliki, hanya Piala Malaysia menjadi buruan.

Adakah nasib sekali lagi akan berpihak kepada pasukan Hijau Kuning?

Sama-sama kita tunggu final 23 Ogos di Bukit Jalil.

Namun Janos sebagai anak Kedah, tetap menyokong pasukan Hijau Kuning... takkan nak sokong Selangoq pulak kan??

Tuesday, August 5, 2008

Kalaulah Tun Dr. M bertanding di Permatang Pauh...

Petang tadi, aku saja-saja borak kosong dengan Fulim... Kesian dia, MC hari ni :-)

Perbualan tiba-tiba teralih kepada suasana politik semasa, Pilihanraya kecil Permatang Pauh (bagi yang ketinggalan zaman, penyandang Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR - meletak jawatan pada 31 Julai untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil - lebih tepatnya memberi peluang kepada suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding)

Kami dok ulas sedikit sebanyak (dalam kebodohan dan kecetekkan akal) tentang siapa nak lawan DSAI. Lepas tu terkeluar :

"Kalaulah Tun Dr. Mahathir bertanding sebagai calon Bebas, goyah juga PKR dan UMNO kot?"

Best jugak kan kalau TDM bertanding atas tiket Bebas. Beliau pun bukan lagi ahli UMNO, dan diketahui juga beliau amat lantang mengkritik pemimpin PKR (DSAI) dan UMNO/BN (Pak Lah).

Jadinya, kalau TDM bertanding di Permatang Pauh, pasti ianya platform terbaik kepada beliau untuk mendedahkan 'kekurangan' kerajaan BN di samping cuba menghalang cita-cita DSAI untuk menjadi Ahli Parlimen, seterusnya PM.

Juga, Parlimen Malaysia pasti akan lebih berkualiti dengan kembalinya tokoh pemimpin Malaysia ni sebagai wakil Bebas, boleh la duduk sebelah Datuk Ibrahim Ali (khabarnya penyokong kuat TDM juga).

TDM pun rasanya kalau bertanding, menang baguslah, kalau kalah pun apa nak hairan? Beliau pun sekarang ni memang sentiasa di hentam kiri dan kanan. Alah bisa tegal biasa.

Tapi perbualan aku dengan Fulim ni sekadar "kalau" sajalah..... siapalah kami untuk memaksa TDM bertanding.... Siapalah kami untuk cuba melakar sejarah baru bagi Malaysia - bekas PM yang disanjung tinggi bertanding sebagai calon Bebas menentang bekas TPM yang dipecatnya dalam pilihanraya kecil?

Kami senyum sajalah lepas tu...

Kalaulah betul kan....

Kalau....


Janos

Sunday, August 3, 2008

Keputusan Majlis FAM....

Ramai peminat bolasepak tempatan mungkin telah maklum, antara keputusan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membabitkan pertandingan bagi musim 2009 adalah TIDAK membenarkan lagi pasukan yang bertanding menggunakan pemain import....

Aku kat sini bukan apa, sekadar nak kongsi posting aku dalam Forum hijaukuning.com berkaitan perkara ni....



PERTAMA

Salam,

Saya ni bukan pandai sangat, cuma terpikiaq kemungkinan hasil tindakan FAM tutup pintu untuk import musim depan....

1. Adakah pemain berstatus penduduk tetap (PR) layak main musim depan?

2. Mungkin tak,.... ada pasukan yang akan memohon kerakyatan Malaysia bagi pihak pemain importnya atau pemain import pasukan lain yang depa suka? Sekadar contoh : "pasukan saya" yang mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh akan menawarkan warganegara / penduduk tetap (PR) kepada Marlon Alex James ataupun Nelson Sam Martin beserta gaji yang amat lumayan untuk bermain dengan "pasukan saya"....

3. Pada masa itu, "pasukan saya" akan memberikan alasan bahawa pemberian warganegara / PR itu adalah "demi bolasepak negara" dan "pasukan saya" merasakan pemain berkenaan masih mempunyai kehebatan malahan dengan taraf warganegara, pemain tersebut akan dapat mewakili Malaysia dan seterusnya menaikkan ranking bolasepak Malaysia....

4. Kemudian dengan kuasa-kuasa yang ada, "pasukan saya" akan menutup mulut persatuan lain....

Kesian... eh silap, SEKIAN....

jalan_day : pandangan peribadi sahaja - sekadar berforum tanpa menuduh mana-mana pihak :-)



KEDUA

Salam,

Pada ketika para peminat bola sepak Malaysia TIDAK mengutuk hasil persembahan pasukan kebangsaan yang terakhir melawan Chelsea walaupun kalah, FAM mengambil langkah kebelakang tak membenarkan pemain import...

Sedarkah FAM....

1. Pemain-pemain Kebangsaan yang berani melawan dan dipuji ketika menentang Chelsea adalah hasil daripada pergaulan mereka dengan pemain-pemain import dalam Liga tempatan...?

2. Mereka (pemain kebangsaan) telah biasa melihat "Mat Salleh" atau "Mat Hitam" dan biasa bermain bersama ataupun biasa menentang satu sama lain, maka pemain kebangsaan ni TAK GAYAT lawan Chelsea....

3. Pemain import dibenarkan semula hanya 5 tahun lalu, maka nampak sangat FAM ni jenis tak reti nak bersabar untuk menuai hasil... Sabarlah sedikit sebelum buat keputusan... baru nak nampak hasil, dah cantas pulak tunas-tunas yang baru nak tumbuh tu.....

4. Sepatutnya sesi brainstorming tu dibuka juga kepada para pemain... memanglah jurulatih lebih mengetahui (tapi tak semua jurulatih berwibawa....) Sebab patut diajak pemain juga (yang juga... tak semua pun berwibawa), sebab mereka inilah yang amat lebih mengetaui sama ada awang import tu berguna atau tidak kepada mereka sebagai pemain tempatan...

5. Tak tau la.... kita boleh bagi pandangan sajalah... keputusan dah dibuat.... kalau semua warga bolasepak Malaysia menolak cadangan ni (pengharaman pemain import)... tak salah dan tak perlu malu kot FAM tarik balik.... alahhh kerajaan Malaysia pun Flip Flop buat keputusan, apalah sangat nak tarik balik hal ni... bukan orang lain pun....

6. Lain-lain keputusan : hari pertandingan, jumlah pasukan dsbnya pun boleh dirombak kalau terdapat cadangan lain lebih bernas...

jalan_day : a) terfikir apa Arwah DAB akan ulas kalau masih ada umurnya....

Assalammualaikum...




p/s: Dalam hijaukuning.com, aku pakai nama jalan_day


Janos

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!