JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, November 26, 2009

Insan Baru Di Dunia...

2 minggu lepas, aku terima sms dari seorang rakan pada memaklumkan kelahiran cahayamatanya...

Sehari lepas tu, 2 orang rakan lagi mengirimkan sms memaklumkan hal yang sama berkaitan kelahiran anakanda mereka... pada malam yang sama...

Pagi tadi juga, aku menerima satu sms dari seorang lagi memaklumkan kelahiran seorang lagi Hamba Allah di muka bumi ini...

Zaiful Rizal - anak pertama
Asrizal - anak kedua
Farid - anak pertama
Fulim - anak ketiga

semuanya aku ucapkan terima kasih kerana memasukkan nama aku dalam senarai makluman serta aku doakan anakanda kalian menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang mentaati suruhan Agama serta patuh kepada ibu bapa... semoga kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarga kalian, akan menambah rezeki dan kerukunan rumahtangga yang dibina...

Jumpa lagi..

Kena Lagi.... Aduhh... Part 2

Untuk pemahaman lebih lanjut, sila baca KENA LAGI.... ADUHHHH....

Hmmm.... jam 2.45 pagi 26 November 2009, aku kena lagi....

Kali ni tahap 6.5.... dan ianya hanya selesai pada jam 3.20 pagi....

Pagi ni terasa ada lemah-lemah badan... harap semuanya cepat pulih...

p/s: bro letssharehere amat memahami apabila aku sms dia pagi tadi bagitau aku kena 6.5 jam 2.45 hingga 3.20 pagi sebab MUNGKIN hanya kami yang menilai tahap itu... hehehehe

Wednesday, November 25, 2009

Kongsi Ilmu...

2 + 4 = 6

13 x 2 = 26

98 - 14 = 84

56 / 2 = 28

ok adik-adik... demikianlah ilmu yang kita kongsikan hari ni... sempena cuti sekolah... jangan asyik tengok Ceria saja ye... pelajaran jangan lupa....

Monday, November 23, 2009

Teknologi...

Hari Ahad, 22 Disember aku menghadiri dan menziarah dua orang sepupu aku yang berkhatan. Seorang umur 7 tahun dan seorang lagi 6 tahun.

Apa yang best, majlis berkhatan mereka tu diadakan dengan penglibatan seramai 13 kanak-kanak yang lain. Yang aku tahu, paling muda berusia empat tahun. Semuanya dari komuniti lorong yang sama dari kawasan perumahan tu. Berkhatan pula di rumah seorang doktor yang memang berpengalaman dalam urusan berkhatan dengan bayaran yang cukup murah (katanya doktor cuma ambil harga barangan dan ubat = RM75 seorang).

Berbalik kepada dua orang sepupu aku tadi, si Haikal yang berumur 6 tahun merupakan pembuka tirai manakala si Afif pula penutup tirai. Apa yang menarik dan tidak seperti zaman aku berkhatan dulu-dulu, teknologi berkhatan sekarang semakin canggih! Guna Smart Clamp... (aku dok cari gambar smart clamp tak jumpa pulak... kang aku letak gambar anu budak2 tu selepas khatan baru tau!!! hahahha)

Tak sampai sejam selepas khatan, si Haikal yang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang tak reti duduk diam telah menangis... bukan sebab sakit, tetapi dah bosan baring dan nak main PS2 di bahagian atas rumah... terpaksalah kami operasi menurunkan TV ke bawah sebab tak nak bagi dia naik tangga...

Apabila si Afif dah selesai pulak, dia terus berjalan balik dan terus main PS2... seperti tiada apa-apa berlaku!!! Hampeh tul... zaman aku dulu, mahu baring 2-3 hari, nak kencing pun susah...

Tak sampai jam 4 petang, kami membuka tali yang melintang sepanjang ruang tamu sebab sudah tidak digunakan lagi... (biasalah, tali tu nak ikat kain budak berdua tu semasa baring) budak-budak berdua tu pulak, berjalan pun tak perlu nak angkat kain di bahagian 'tooot'....

Rasanya tiga hari dah pakai seluar la tu.... Nenek depa call semalam (biasalah nenek, cucu berkhatan mesti risau, dia tak dapat datang pulak tu) agak terkejut sebab diceritakan budak2 tu tak baring dan tak sakit pun... sedang mengira duit 'hasil' yang diperolehi (tak tahulah selepas aku balik pukul 6, kalau dua-dua pakat meraung sebab ubat bius dah abis - tapi tak juga, sebab si Haikal yang pertama jam 9.15 pagi... si Afif yang last jam 3.30 petang - Haikal tak complain sakit pun)

Hmm... inilah kesan teknologi.... semuanya semakin mudah dan ringkas.... kalau digunakan secara meluas teknologi ni, kurang income la Tok Mudim kampung, tetapi sepatutnya Tok Mudim pun dah boleh seiring dengan teknologi, tak la budak-budak lelaki takut lagi bila dengar istilah BERKHATAN!!!

Wednesday, November 18, 2009

Komitmen...

Bulan Disember nanti, setiap hujung minggu aku mempunyai komitmen keluarga...

5 Disember : Sepupu aku dijadualkan akan bertunang, pasti terlibat dalam event ni punyalah... lagipun dia bertunang dengan orang area-area Taman Melawati, berhampiran dengan kawasan rumah aku...

12 Disember : Kali ni giliran adik aku pulak... cumanya akan bertunang sebelah petang dan terus akad nikah sebelah malam... kenduri pulak 13 Disember... adik aku insya Allah bertemu jodoh dengan orang Ipoh... jadinya 12 dan 13 Disember pasti aku akan berada di Ipoh...

19 Disember : Kenduri meraikan perkahwinan adik aku... insya Allah di Aloq Staq... gila kalau aku tak terlibat!!!

26 Disember : Ulangtahun pertama perkahwinan aku nih.... event apa? Entahlah, ada duit lagi ke untuk diri sendiri??? hahahahahha

Jadinya.... komitment hujung minggu sepanjang Disember - Fully Booked!!!

Jumpa lagi...

Monday, November 16, 2009

Dah...

Alhamdulillah, lega kereta yang dirindu kan disimpatikan kerana bermalam selama seminggu di bengkel, malam tadi telah kembali bermalam di parking rumah...

Kena berapa, jangan tanya la yer... kalau nak tolong top up, tanyalah kena berapa top overhaul tuh... heheheheh

Ok... lega rasanya isteri tak perlu menumpang orang dan naik teksi lagi, Insya Allah....

Friday, November 13, 2009

Tak Setel Lagi...

Hari ni dah 6 hari dia kat sana...

Esok genap seminggu...

Pening... penat....

Wednesday, November 11, 2009

Kerinduan.... (Sajak Buatmu)

Kerinduan kepadamu
Tiga malam berlalu
Aku terpaksa membiarkan engkau jauh dariku
Jauh daripada tempat tidurku
Apakan dayaku
Apalah silapku
Terpaksa membiarkanmu
Tidak terdaya aku
Melihat engkau sebegitu
Walau tiap hari aku menjengukmu
Tanpa rasa jemu
Mengusapmu selalu
Membelaimu selalu
Menangisi nasibmu
Menangisi nasibku

Hati ini rindu
Hati ini sendu
Hati ini pilu
Melihat engaku terpaksa diperlaku
Dibuka bajumu
Ditanggal isimu
Dirobek jantungmu
Direndam pilu
Apalah dayaku
Sekadar memerhati engkau diperlaku

Tiga malam berlalu
Aku menantimu
Tiga hari berlalu
Aku berulang memujukmu
Tiga malam berlalu
Aku jauh darimu
Tiga hari berlalu
Aku sentiasa mendoakanmu

Maafkanlah aku
Andai apa ku laku dahulu
Telah menyakitimu
Telah menghiris jantungmu
Telah menyumbat hatimu
Penyebab kesengsaraanmu
Hingga kau terpaksa jauh dariku
Tiga malam itu
Tiga hari itu
Amat rindu padamu
Amat simpati padamu

Kuanggap ini ujian-Mu
Terhadap dosa-dosaku
Kuanggap ini dugaan-Mu
Menguji ketabahanku
Kuanggap ini rezki-Mu
Yang Kau tetapkan padaku

Ya Allah, Engkau ampunilah aku
Agar berakhir kerinduanku
Agar berakhir gundahku
Aku berserah kepada-Mu
Hanya Engkau Yang Satu

Wahai isteriku
Maafkan jua aku
Andai aku menyusahmu selalu
Andai aku menyebabmu buntu
Andai aku mengundang gudahmu
Berdoalah kita kepada Yang Satu
Agar kerinduan itu
Agar ujian itu
Agar dugaan itu
Agar tiga malam itu
Agar tiga hari itu
Agar sengsara itu
Agar kejauhan itu
Bernoktah selalu

Wahai rinduku
Wahai simpatiku
Wahai hartaku
Cukuplah tiga malam itu
Cukuplah tiga hari itu
Engkau jauh dariku
Aku terpaksa tinggalkanmu
Semoga kita akan bertemu
Akan kunanti kepulanganmu
Engkau akan ku pacu
Engkau akan ku pandu
Setelah tiga malam
Setelah tiga hari
Engkau dibengkel itu

Janos
Rabu, 11/11/09, 1050hrs




Apakan daya, keretaku terpaksa bermalam di bengkel.... tiga hari tiga malam... harap2 hari ni dah siap dibaiki... Kesian dia kan?

Thursday, November 5, 2009

Nota Kaki punya cerita...

Nota Kaki atau Footnote biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah... kalau sesiapa yang tak tau nota kaki tu yang mana, try buka apa-apa buku teks ke, majalah ilmiah ke kalau ada, ianya adalah nota yang menyatakan sumber dari mana petikan dalam artikel itu digunakan...

Sebagai contoh:

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. 1

__________________________________________
1 Sejarah Tingkatan 3, bla..bla...bla...

Kat ujung tu ada nombor... jadi itulah nota kaki tuan-tuan... Maknanya memberikan kredit kepada pihak sebenarnya yang dicedok ilmunya....

Apa yang aku nak ceritakan sekarang, bukan cara-cara membuat nota kaki, tetapi lebih kepada gelagat... Biasalah janjanos kan suka bercerita tentang gelagat orang... hehehehe...

Selalu terjadi kepada orang-orang disekeliling aku, selalu memberitahu aku sesuatu yang SEBENARNYA aku yang beritahu mereka perkara itu lebih dahulu... takdak contoh, tak best la kan?

1. Seorang rakan kerja pada suatu hari memberitahu aku "diaorang cakap, kalau nak cepat pulih selsema, jogging masa hujan, atau bersukan bagi keluar peluh di tengah-tengah hujan"... aku tersenyum sahaja sebab diaorang yang dia maksudkan tu aku la... seminggu sebelum itu aku yang cadangkan kepada dia benda yang sama...

2. Aku memberitahu seorang kawan, ramai penduduk Ukay Perdana ni dulunya adalah tentera sebelum berpindah masuk kuarters.... tak semena-mena, beberapa minggu selepas tu, kawan yang sama kata balik kat aku "ada orang cakap, dulu ramai tentera kat area umah hang tu!".... menyampah aku mendengarnya... hahahahah

Ok.. last contoh:

3. Aku merungut, kereta aku dah nak kena servis timing belt sebab dah 80 ribu km lebih, kena belanja lagi lah tu... beberapa hari kemudian, kebetulan kawan yang sama naik kereta aku dan terpandang odometer kereta aku dan berkata, "dah 80 ribu lebih yer... hang dah tukar timing belt belum? Diaorang cakap dah patut tukar bila dah lepas 80 ribu km"..... Aduhhh.... penat aku!!!

Perasan tak? Dialog nota kaki ni biasanya dimulakan atau mempunyai diaorang cakap, ada orang kata dan seangkatan dengannya.... Kalau kita mengucapkan kepada bukan orang yang bagitau kita sesuatu, takpelah... jangan kita ulang benda yang sama kepada orang yang memberitahu kita perkara itu.... malu weh... nampak sangat kita jenis nota kaki tapi tak bagi kredit... Tapi ada kategori yang lebih teruk... tidak dimulakan dengan diaorang kata, ada orang cakap.... tetapi terus bedal saja, macam dia punya idea... hampeh punya orang...

Moralnya... hati-hati bila bernota kaki....

Jumpa lagi

Tiada Ruang?

Kelmarin seorang sahabat aku mengadu, katanya dia tiada ruang untuk diri sendiri....

Aku tak tahu nak kata apa... selama ini aku ingatkan dia enjoy dengan kerjanya, komitmen2 lainnya dan bisnes-bisnesnya...

Aku cuba mententeramkan dia dengan mengatakan apa yang dia buat sampai tak cukup masa sekarang ni dah memang untuk dirinya...

Ok, sahabat aku ni kerja dengan sebuah syarikat swasta.... kalau bab kerja, hari Sabtu, tengah malam atau bila-bila sahaja biasanya dia tidak menolak jika diperlukan... cuma kadang-kadang weekdays sahaja dia bercuti dan lepak-lepak dengan kawan (bercuti/MC/Mengular - dah jarang berlaku sekarang)... Dia pernah ditawarkan ke jawatan lain yang aku rasa mungkin kurang perlukan tuntutan masa di pejabat dan sahabat ini menolaknya... Nampaknya memang dia sukakan jawatan sekarang... dia nampak ENJOY...

Dalam pada itu, sahabat aku ni juga ada buat bisnes di sana-sini hingga menjangkau ke Pantai Timur... rasanya sudah 5-6 bulan bisnes dia dijalankan di pantai Timur dan diserahkan kepada seseorang untuk uruskan yang dia percayai... Setakat ni aku hanya tahu sahabat aku ni dah 2 kali turun naik ke sana untuk memantau bisnes dia tu... Selalu dia ceritakan tentang perkembangan bisnes dia kat sana, dan pernah juga dia mengajak aku mencari satu barang di KL ni untuk digunakan dalam bisnes dia tu, tapi rasanya dah hampir sebulan belum diajak secara serius lagi... Lagi satu, yang aku tahu dia ada bisnes juga di Lembah Kelang ni... bisnes kecil-kecilan... 2-3 hari sekali dia akan ke tempat perniagaan itu untuk update stok dan kira-kira duit... Dan sekali lagi aku nampak dia ENJOY...

Selain kerja dan bisnes, sahabat aku ni setahu aku ada satu lagi komitmen persatuan/pertubuhan (aku tak tau nak sebut macamana)... Komitmen yang ini tidak tentu waktunya.. biasanya sebelah malam lah... pernah juga sahabat aku ni memandu dan bermalam hingga ke Utara demi komitmen terhadap persatuan ini... Ada masa dia akan bercerita tentang ILMU-ILMU yang diperolehi.... Kerap juga berlaku, dia kepenatan dari bekerja, menolak pelawaan kawan-kawan untuk minum tetapi gagahkan diri juga untuk bertemu rakan-rakan sepersatuan... kami tidak marah, sebab kami nampak dia ENJOY....

Jadi, apabila dia mengadu 'tiada ruang' untuk diri sendiri, aku jadi hairan kerana selama ini aku rasakan semua yang aku nyatakan di atas (kecuali komitmen keluarga yang tak sepatutnya aku sentuh) adalah ruang untuk dirinya sendiri dan dia gembira melakukannya... Tak tahu pulak aku, kalau selama ini, tiga komitmen yang aku nyatakan di atas terpaksa dilakukan secara terpaksa, tanpa kerelaan dirinya sendiri... entahlah... hendak ditanya pun takut dia kecil hati...

Lantas, untuk menceriakan dia semula, aku tanya "Apa childhood dreams atau unfinished business? Jom kita buat itu". Aku mengharapkan jawapan dia nak 'menunggang basikal' ke, nak berjalan kaki sampai Ipoh ke atau karaoke sampai 24jam tanpa henti ke... Rupanya dia bagi jawapan yang aku tak perlu sebutkan di sini, (hampeh punya jawapan)... tetapi aku tersenyum kerana dia telah mampu bergurau, maknanya jawapan-jawapan aku tentang 'Tiada Ruang?' sedikit sebanyak diterimanya....

Kepada sabahat aku tu (anda tahu siapa anda), semoga anda telah fahami ruang anda itu...

p/s: atau ini yang dinamakan Midlife Crisis? Maklumlah, dia dah tua... hehehehe

Sunday, November 1, 2009

Emosi Comot...

Encik Hardiness, pinjam Tuan punya istilah, Emosi Comot....

Saja nak cerita, sekarang aku merasakan emosi aku comot...

Kalau diperhatikan, 2-3 posting aku panjang-panjang... emosi aku ni kalau time comot memang bersemangat nak menaip, mengarang dan mengkuliah... hehehehe

So, excuse me ya... next time kalau tengok ada post panjang-panjang 2-3 hari tu, tau lah korang, emosi aku tengah comot...

Jumpa lagi...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!