JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, February 20, 2009

What we give, we get back....

Frasa ini memang menjadi ingatan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebabnya terdapat beberapa peristiwa yang benar-benar menguji aku sebagai manusia... antara yang aku masih ingat...

1. Tahun 2003 - Masa ni aku masih menunggang EX5 BGL 9841 (stolen 27 October 2005) - Satu hari aku telah menumpangkan seorang pakcik yang berjalan kaki untuk pergi ke masjid sembahyang Jumaat... dengan tak pakai helmet, aku tumpangkan pakcik tu....

Hari Isnin berikutnya, aku ada urusan di PUSPAKOM Wangsa Maju. Selesai urusan, tiba-tiba baru aku perasan yang kunci motor aku hilang!!! Alamak.... kacau la macam ni... dah la kunci tu sekali key chain dengan road tax.... Sedang aku dok menggelabah dalam 15 minit tu, tiba-tiba ada sorang peniaga air roda tiga datang tanya tu motor aku ke dan apa masalah? Aku jawab yang kunci tercicir, lalu dia hulurkan kunci aku tuh!!! Katanya aku tertinggal kat tempat buka seat masa simpan helmet. Alhamdulillah... selamat.... TQ Uncle!!! (tapi ni bukan pakcik yang aku tumpangkan sebab uncle ni India... kalau yang aku tumpangkan pasti MISTERI kan?)

2. Tahun 2004 - Aku beratur di belakang satu family semasa nak bayar kat kaunter di satu shopping complex... Tak semena-mena aku nampak brader di depan aku tu tercicir sejumlah wang yang dia tidak sedari... Aku cuit bahu dia dan bagitau duit jatuh... Dia ambil dan ucap terima kasih...

Beberapa hari kemudian, aku orang yang paling last balik dari opis. Seperti biasa, orang last terpaksa kunci semua pintu dengan sistem alarm canggih pada masa tu. Aku kunci seperti biasa dan masa nak balik ada pula member ajak minum, prgi jelah minum...

Esoknya, aku datang lambat sebab ada urusan rasmi di luar. Petang tu, kecoh satu opis tanya siapa last semalam balik... baru aku ingat aku belum pulangkan set kad alarm... Aduh... mana pulak aku letak ni... Mampus aku... Kalau hilang kena buat report Polis dan dah tentu aku dituduh cuai!!!

Dalam runsing tu, aku cuba ingat balik apa aku buat semalam lepas kunci pintu opis... aku jalan balik ke warung yang jaraknya 200 meter dari opis sambil menunduk tercari-cari di atas jalan... Cuba nasib jelah walau aku tahu dah hampir 24 jam kalau tercicir atas jalan pun...

Sampai warung tu aku tanya ada jumpa kad macam ATM kad tak semalam? Alhamdulillah... sekali lagi aku selamat sebab tauke warung tu memang ada terjumpa kad alarm tu!!!

Cukuplah dua peristiwa untuk contoh bagi kisah "what we give, we get back..."

Morale of the story.... Semua pun mampu faham kan?

Wassalam...

DUNIA JONI - EPISOD 20

KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI DUNIA JONI DARI AWAL

EPISOD 20
“Mugabe????!!!”

“Ya Mugabe... kambing Afrika itu... bapa si Albert! Dia yang sepak Bob!” jawab Pakcik John.

Mack yang mendengar pengakuan saksi penting itu terus meluru ke arah Mugabe. Dengan larian pantas dan ketegapan Mack itu, dia berjaya menanduk kepala Mugabe yang sebenar lebih tegap daripada Mack....

Melihat perkara ini, John, Bentley dan David lantas meleraikan kedua-duanya. Mereka tidak mahu terjadi sekali lagi pertumpahan darah. Mereka tidak mahu Mack membelakangkan undang-undang. Kambing-kambing yang lain hanya terpaku dan tidak berani masuk campur dalam perkara yang melibatkan ketua-ketua keluarga mereka ini.

“Betul Mugabe kau yang punya angkara ni?” soal David pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Betul papa?” Albert ingin kepastian dari bapanya. Mugabe hanya mengangguk......

“Kurang ajar kau Mugabe!!! Berani kau bunuh anak aku!!! Aku tak kira, hutang nyawa mesti dibayar dengan nyawa!!!”

“Baiklah.... Mack, izinkan aku mengambil tempat kau sebentar...”, kata Bentley merujuk kepada hajatnya menggantikan sebentar jawatan Mack sebagai ketua kambing. Sebenarnya menurut hirarki, John yang sepatutnya menggantikan Mack, tetapi disebabkan John adalah saksi penting, dia tidak layak secara automatik. Mack juga tidak layak kerana anaknya terlibat. Jadi sama ada Bentley atau David sahaja yang neutral. Dan menurut hirarki, Bentley yang lebih kanan dari David. Maka Bentley lebih berhak.

Semua yang ada setuju melantik Bentley menjalankan tugas sebagai ketua.

“Baiklah, hukum kambing tetap hukum kambing. Yang salah tetap salah. Mengikut tradisi kita, memang hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa. Pelaku mesti bertanggung jawab. Mugabe, apabila sampai masanya kelak, kau pasti telah tahu apa yang harus dilakukan... sementara menanti masa itu tiba, kau perlu melantik ketua baru bagi keluarga kau dan kan perlu memulaukan diri daripada kami semua, kecuali masa di dalam kandang kerana ianya di luar kawalan kita, ianya kawalan manusia. Faham?”, ucap Bentley, tegas dan bermakna.

“Faham.... aku faham... sampai masanya hutang ini akan aku bayar”, jawab Mugabe.

Mack berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan. Dia bersyukur kerana kematian Bob akan terbela.

Dan selepas perjumpaan di bawah pokok sena itu, Mugabe memang menjauhkan diri dari kawanan kambing lain sebagai melaksanakan hukumannya. Dia tidak boleh mendekati mana-mana kambing lain sehingga masa untuknya membayar hutang nyawa dilaksanakan.

Bersambung lagi la geng...........

Thursday, February 19, 2009

Lain pula jadinya.....

Tadi aku berkesempatan solat Zohor di sebuah masjid yang glamer la juga. Maklumlah, MP dia adalah Menteri. Dan selalu juga Menteri ni turun padang buat program kat masjid ni.

Yang aku nak cerita ialah terdapat satu kejadian yang tak sepatutnya berlaku. Dan kejadian ini telah membawa kepada satu lagi kejadian yang 'lain pula jadinya...'

Selesai solat, aku tiba-tiba tengok para jemaah berkerumum ke satu sudut. Aku yang pada masa tu dah menghidupkan enjin kereta, switch off balik sebab nak menyibuk tengok apa yang berlaku... hehehehhe

Aku tengok ada seorang lelaki telah diikat di satu tiang... Ni mesti kes kantoi mencuri ni pada pendapat aku... Aku pun jengah la tengok dari dekat... Memang sah!!! Kantoi mencuri... Sebabnya aku dengar ada jemaah ni bercerita, lelaki tu keluar masa orang rakaat kedua... mulanya lelaki tu sembahyang sekali, tapi keluar untuk 'buat projek'... Kira pura-pura sembahyang lah... (Takde pulak ada orang tanya jemaah tu, mana dia tahu kalau dia pun tengah sembahyang)...

Aku tengok mamat yang diikat tu dah berdarah kepala... Kena lepuk la tu!!! Pastu ada dua jemaah yang agak berumur sedang mengelap darah lelaki tu... Yelah, satunya takut gak melarat darah, mati ke... keduanya darah tu dah mengotorkan lantai masjid....

Dan kejadian 'lain pula jadinya' belaku sejurus selepas itu... Tiba-tiba ada seorang lelaki lain berpakaian uniform (bukan Polis) datang... dan sound dengan agak kasar

"Dah Report Polis? Korang takde hak nak pukul mamat ni... kalau mati, korang nak ke jadi saksi???"

Keras dan kasar jugak la, dalam loghat pantai timur yang masih kedengaran pada sesetangah perkataan...

Ada sorang lelaki berkemeja lengan panjang jawab,

"Jangan la tengking-tengking, ni masjid... diaorang dah call Polis tadi, on the way la tu..." Perlahan lelaki ni sound...

Mamat uniform paneh hati la kot kena sound... "Tengking tak boleh? Ni yang korang pukul orang boleh pulak dalam masjid???"

Dah tiba-tiba terjadi perang mulut pulak... ada lagi yang amsuk campur, tapi semuanya menyebelahi lelaki berkemeja lah... Ada juga seorang dua yang menyabarkan....

Dah... daripada dapat tangkap pencuri... lain pula jadinya bila dah jadi pertengkaran kat situ pulak!!!

Mulanya aku nak menyibuk tunggu sampai Polis sampai dah jadi tak best sebab tengok orang-orang tua bertengkar... padahal masing-masing baru lepas sembahyang!!!

Aku pulak tak menyebelahi mana-mana pihak.... terus masuk kereta balik dan beredar...

Niat tadi ada juga nak snap 4-5 keping gambar peristiwa tu... tapi malas pulak sebab aku tengok dah ramai dok keluarkan henpon kamera masing rakam gambar lelaki yang diikat tu.... Kalau aku, aku videokan pertengkaran tu, tapi risau jugak, tak pasal-pasal 'kena beli henpon baru lak nanti'....

heheheheh

Jadi inilah kisah 'lain pula jadinya.....'

Tuesday, February 17, 2009

Kem Desa Cempaka, Cikgu Hussain, Budak Gifted....






Kem Desa Cempaka ialah sebuah kem latihan yang terletak di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

UPDATE 30/11/2011, entry asal deleted...

Monday, February 16, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 19

EPISOD 19

“Sekarang aku nak ceritakan apa yang berlaku semalam dan punca kematian Bob....” ucap Pakcik John yang menyebabkan suasana hening seketika... semua mata tertumpu kepadanya. Joni ingin tahu.... Mack ingin tahu.... Sarah ingin tahu.... malahan Joni pasti semua kambing pun ingin tahu....

“Begini kisahnya..... Semalam kan budak-budak bergaduh kat hujung sana tuh?” sambung Pakcik John sambil memuncungkan mulutnya ke arah tempat pergaduhan semalam. Joni ingat lagi tempat itu. Itulah lokasi terakhir dia melihat Bob.

“Selepas pergaduhan tu, takde apalah berlaku... semua pun aman balik kan... tapi aku ni sebagai kambing tua tahu pasti akan ada pergaduhan susulan...”

Joni kurang mengerti apa yang kambing tua ini bebelkan....

“Aku perhatikan sahaja dari jauh semua.... mulanya Joni dengan Albert kan? Lepas tu Bob bantu Joni kan?”

Joni mengangguk apabila nama disebut sambil mengesat air mata apabila nama Bob juga disebut....

“Lepas tu Albert macam kalah jatuh tersungkur kena penangan Bob... Aku nampak Mack dengan Mugabe pun datang nak leraikan anak-anak mereka... aku nampak semua tu.... tindakan pantas Mack dan Mugabe telah menyebabkan pergaduhan terlerai.... tahniah diucapkan kepada Mack dan Mugabe... satu tepukan kepada mereka”. Semua yang ada memberikan tepukan gemuruh. Tapi tidaklah sekuat tepukan manusia. Korang bayangkan jelah bunyi apa yang keluar bila tapak kaki kambing dilaga-lagakan.

Joni pun pening sekarang ni... daripada nak cerita peristiwa semalam dah jadi macam nak berkempen politik pula kambing tua ini. Tapi Joni diamkan sahaja. Bertepuk juga dia untuk bapanya.

“Lepas tu aku nampak si Bob ke tepi sungai... haus barangkali selepas bergaduh. Dia tinggalkan Joni dan Sarah di bawah pokok...”

Malu pula Joni... Perkara itupun hendak diceritakan. Joni menjeling Sarah dan nampak Sarah tertunduk malu... Makin ayu pula awek aku ni... Isshhhh geram...

“Aku pun mengikut juga dari jauh.... Tak semena-mena aku nampak Bob terjatuh ke dalam sungai dan aku nampak seekor kambing lain melarikan diri dari tempat Joni jatuh. Aku nampak dengan jelas... aku berlari ke tempat Bob jatuh tu dan sempat dengar Bob kata ‘dia tendang..dia tendang...’..... aku menoleh dan nampak kambing yang melarikan diri tadi senyum kepuasan....”

Makin suspen pula cerita kambing tua ni... Joni makin tertarik hendak tahu....

“Lepas tu, aku cuba nak selamatkan Bob... Hendak menjerit aku dah tua... suara pun dah kurang jelas... Aku hanya mampu mengikut sahaja Bob dihanyutkan air sungai tu... Aku nampak Bob cuba mencapai ranting kayu dan sebagainya... Tetapi maklumlah, kita ni kan kambing, susah nak capai menggunakan kaki........ Hinggalah sampai ke ladang ayam Encik Senapi, hujan turun dengan lebatnya.... aku tak dapat lagi mengikut Bob.... aku terpaksa berteduh di bawah reban ayam Encik Senapi.... hinggalah pagi ini Manap datang menjemput aku.... dan di dalam lori Tauke Wong itu, aku dapati telah ada bangkai si Bob..... dan aku amat sedih sebab Bob telah mati....... aku amat terkejut....”

Semua yang ada tergamam.... dan hampir serentak semuanya bertanya.... “Habis.. siapa yang sepak Bob????”

Sambil menarik nafas panjang.... tapi tak boleh nak panjang sangat, maklumlah dikelilingi oleh kambing... faham-faham sajalah.... Pakcik John menyambung...

“Kambingnya ialah............ Mugabe!!!!!”


Sambung la ye.............

Jalan-Jalan & Makan-Makan 6




Menu : Kuayteow Goreng (Kerang dan Udang)

Lokasi : Restoran Doli, Taiping, Perak (Lebih dikenali sebagai kuayteow DOLI)

Keistimewaan : Sedap, Banyak, Murah

Friday, February 13, 2009

Hmm..... Dah buat dah?

Hehehehehe....

Akhirnya Joe berjaya juga mendapat keberanian membuat blog setelah sekian lama memendamkan hajatnya itu...

Maka dengan rasminya lahirlah http://joetiefa.blogspot.com

Tahniah!!!

Pesanan khas,

"Biar hanya posting dua ayat sahaja sebulan sekali, nescaya di akhir tahun, jumlah posting blog hang akan PASTI mengatasi jumlah posting blog aku ni"

Hahahahahaha

p/s: Sori Bro Fulim, cuit sikit... sikit jer...

Wednesday, February 11, 2009

Jalan-Jalan & Makan-Makan 5





Kali ni bukan gambar makanan.... sebabnya kali ni aku ikut satu rombongan pi meminang di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan...

Uniknya, rumah anak dara ni berada di dalam 'lingkungan' kawasan Istana Seri Menanti dan 'sepatutnya' memang kuat adat pepatihnya...

Selesai acara pinang meminang, acara makan-makan la pulak...

Menu utama... tuan rumah sediakan gulai itik dan kari kambing.... jadi aku ni... apa lagi, balun kambing lagilah buat kali kedua dalam masa seminggu... pertama di Boston (posting terdahulu) dan kedua kalinya di Seri Menanti... memang best!!!

Keterangan gambar di atas :

Persimpangan yang menunjukkan dah sampai Seri Menanti, Masjid Seri Menanti dan Makan Diraja (yang mana Almarhum Tuanku Jaafar disemadikan penghujung tahun lepas)...

Jalan-Jalan & Makan-Makan 4




MENU : Dark Mutton Rice dan Seafood Spaghetti

LOKASI : Restaurant BOSTON, Jusco AU2

KEISTIMEWAAN : Pelbagai menu dari western sampai local.... dan yang paling ISTIMEWA, aku ada banyak lagi kupon "Buy 1 Get 1 Free"... so siapa nak try bagitau aku cepat!!!

Monday, February 9, 2009

Kerana Terpaksa......

Aku tak dapat nak mengelak dari nak komen pasal situasi di Perak... sebabnya aku mendengar dialog-dialog, ungkapan dan perlekehan yang sama daripada seorang penyokong kuat parti Islam berkaitan isu di sana.... Kebetulan dia ni pun memang orang Perak...

Antara ungkapan yang sering diucapkan:

1. Bodoh Sultan ni, ingatkan pernah jadi Ketua Hakim bijak orangnya...

2. Sultan tak tahu yang semasa mengaminkan doa semasa khutbah Jumaat, jemaah pakat memusingkan tangan semasa doa untuk Sultan....

3. BN rampas kerajaan Perak seperti cara Yahudi...

dan beberapa lagi lah...

Mulanya aku malas nak layan, sebabnya aku bukannya menyokong mana-mana pihak pun... sengaja aku kata kepada dia, "aku sokong jelah pihak mana yang bagi duit kat aku, PAS ke, BN ke, DAP ke.... hahahahahaha"

Tapi malam tadi aku terus dipancing untuk "bercakap"....

Dengan memulakan dengan "maaf la kalau yang aku nak cakap ni buat sakit hati",

Kemudian aku sambung "entahlah... sepatutnya sebuah parti yang mendokong imej Islam, kena la tunjuk teladan yang baik.... kalau dah 'Sultan tu bangang sangat', kenapa rakyat dia pun nak jadi bangang juga?"

Terkebil mamat ni... aku sambung "yelah, daripada memusingkan tangan semasa doa kepada Sultan, makin 'bangang' la Sultan tu... kenapa tak buat solat hajat je supaya Sultan tu dibuka pintu hatinya oleh Allah? Ini hendak mendoakan kepada keburukan orang lain... tak elok lah...."

Ambik!!! Dah tentu merah telinga... pertama sebab Sultan dia kena kutuk... kedua sebab situasi yang dia banggakan sangat (demonstrasi jalanan dan memaki Sultan) terkena dalam ucapan ringkas aku tu...

Terus panas telinga mamat ni... pastu ada lak yang menyampuk ada Mufti pernah kata memusingkan tangan semasa doa tu bukannya ajaran Islam.... Terdiam la dia...

Aku pun malas nak sambung lagi, kalau dia menjawab mahu saja aku kata "kita sepatutnya percaya kepada Qada dan Qadar... semua ni ketentuan Allah... pasti ada hikmahNya..."

Dan hasilnya, malam tadi aku tak dapat tidur kerana memikirkan perasaan mamat tu... marah kat aku ke, dendam ke, sedar ke dia kena pengangan 'budak hingusan ni"?

Dan itulah juga akan aku alami (selepas bubuh orang), susah nak tidur walau aku rasa apa yang aku 'bubuh' tu ada benarnya...

Dan juga mungkin kalau pihak dari satu lagi pulak dok provoke aku, mungkin ada pula bubuhan lain pula aku terpaksa keluarkan... sebabnya aku tidak terikat dengan mana-mana.... bagi aku parti politik semuanya sama sahaja... kalau situasi menyebelahi, maka diamlah... kalau sebaliknya, faham-faham sajalah....

Wallahualam...

Friday, February 6, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 18

EPISOD 18

Selepas urusan menanam Bob selesai, Pak Maarof mengarahkan Latip dan Manap membuka pintu kandang dan bawalah semua kambing keluar.

Sekali lagi Joni terasa amat sedih... Baru semalam, pada masa yang sama, dia masih boleh berjumpa Bob.... Pada masa yang sama, Bob telah membantunya ‘mengajar’ si Albert.... Dan itulah pertolongan terakhir daripada Bob kepadanya... Selepas ini dia perlu menjaga dirinya sendiri.... Tiada lagi Bob untuk dia bergantung harap....

Joni tahu, dia adalah kambing jantan... Tak semena-mena Joni berazam untuk menjadi kambing jantan yang terbaik, demi Bob. Bob telah menunjukkan contoh terbaik kepadanya untuk menjadi kambing jantan yang gagah... Joni berazam untuk menjadi lebih baik dan gagah dari Bob... semua demi Bob... Joni tak mahu Bob risau di sana memikirkan tentangnya... Joni mahu Bob aman di sana...

Sementara itu, Joni lihat semua kambing berkerumun dan berkumpul di bawah pokok sena. Joni tidak mahu ketinggalan. Dia mencari Sarah dan mahu berada di sebelah Sarah. Dia mahu dekat dengan Sarah semasa kesedihan ini. Dia mahu dengan Sarah selamanya...

Setelah beada di sebalah Sarah, Joni lihat mata Sarah juga kemerahan. Joni tahu Sarah juga melihat bangkai Bob di bawa oleh Manap dan Latip sebentar tadi. Joni tahu Sarah juga sedih akan kehilangan Bob.

Diiringi Pakcik Mugabe, Albert kelihatan antara yang lewat datang berkumpul. Joni perhatikan juga Albert, tetapi apabila Albert menjeling ke arahnya, Joni pura-pura memandang tempat lain. Belum bersedia Joni hendak setentang mata dengan Albert. Tambahan pula selepas kematian Bob ini. Joni takut dia akan mengamuk dan mencederakan Albert pula.

Kelihatan semua bapa-bapa ketua keluarga berada di hadapan. Mack mengetuai sesi pada pagi ini. Sebenarnya Joni amat berbangga kerana bapanya, Mack telah dilantik sebagai ketua bagi semua bapa-bapa kambing Pak Maarof. Memang kalau setiap kali perjumpaan di bawah pokok sena diadakan, Mack yang akan menjadi ketua. Jadi secara tidak langsung, Macklah ketua kambing-kambing Pak Maarof.

Joni dengar dengan teliti ucapan bapanya pagi itu. Mulanya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Kemudian Mack menyampaikan simpati dan takziah kepada keluarga Bob di atas kematian Bob. Walaupun sebenarnya dialah bapa Bob, tetapi dia seperti cuba menyembunyikan kesedihan itu. Juga menyatakan kesyukuran kerana Pakcik John telah selamat kembali. Selepas itu Mack membuka peluang kepada sesi perkara-perkara berbangkit.

Seekor sepuki kepada Pakcik Bentley telah menyatakan mengenai masalah sampah yang lambat dibersihkan. Menurutnya, kelewatan itu boleh menyebabkan nyamuk membiak dan membawa penyakit. Beliau mencadangkan agar gotong-royong diadakan bagi mengatasi masalah ini. Semua yang hadir bersetuju dan menyarankan Jumaat depan sebagai hari gotong-royong diadakan pada masa solat Jumaat memandangkan kambing tidak perlu pergi solat.

Selepas itu, berbagai lagi masalah dan isu dibangkitkan, antaranya lif rosak, longkang tersumbat, kenaikan harga barang keperluan, pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris masalah pendidikan seks di sekolah dan isu politik semasa. Semua isu ditangani dengan bijak oleh Mack. Mana-mana isu yang tiada kaitan dengan alam perkambingan diabaikan begitu sahaja. Malahan seekor kambing telah menyarankan agar blog Azwan Ali diharamkan kerana menggunakan bahasa kesat, tetapi usul ini dipandang sepi kerana perihal blog ini tidak mendatangkan kesan kepada mereka kerana tiada jaringan internet di Kampung Joget.

Tiba-tiba, semua hadirin membuka mata dan tertumpu kepada Pakcik John apabila tiba gilirannya bercakap....

Semuanya gara-gara dia memulakan ucapannya dengan kata-kata,

“Sekarang aku nak ceritakan apa yang berlaku semalam dan punca kematian Bob....”


Sangat-sangat bersambung..... suspensssss................

DUNIA JONI - EPISOD 17

EPISOD 17

Sebaik Tauke Wong memberhentikan lorinya, Manap melompat turun.... Sementelah itu juga Joni nampak seekor kambing bangun dan berdiri di belakang lori Tauke Wong.

Pakcik John!!! Pakcik John rupanya. Malas hendak memikirkan sebarang konspirasi, Joni andaikan sahaja Manap terjumpa Pakcik John di mana-mana. Dan Pak Maarof menelefon Tauke Wong untuk membantu mengambil Pakcik John dengan telefon bimbitnya yang padu, dual sim itu....

Tetapi di mana Bob? Kenapa Bob tidak kelihatan?

Pada masa yang sama, Joni dengar Pak Maarof mengarahkan Latip pergi mengambil cangkul dan disuruhnya korek di tempat biasa. Latip akur dan mengajak Manap membantunya. Pak Maarof tidak menghalang. Dia kelihatan sugul dan kepenatan.

Pakcik John yang kemudiannya dilepaskan untuk kembali ke kandang berlari-lari anak untuk mendapatkan keluarganya semula....

Tanpa sempat dia berehat, bapa-bapa kambing yang lain mula menyoal Pakcik John tentang apa yang berlaku. Juga mereka memberitahu bahawa Bob pun tidak pulang malam tadi... soalan bertalu-talu itu membuatkan Pakcik John gelisah... Mungkin tidak tahu dari mana dia hendak mulakan....

Tak lama kemudian, Latip dan Manap kembali ke tempat Pak Maarof dan menyatakan sudah siap. Joni masih kabur tentang apa yang berlaku. Dengan Pakcik John yang masih kepenatan dan tidak mampu bersuara, semua kambing lain tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya...

Selepas itu kelihatan Manap datang dengan kereta sorong dan menghampiri bahagian belakang lori kecil Tauke Wong. Tanpa berlengah Latip dan Manap memanjat lori itu dan mengangkat sesuatu dan dimasukkan ke dalam kereta sorong tersebut.... Sesuatu yang telah keras dan tidak bernyawa.....

Joni melihat dengan jelas peristiwa tersebut... Tanpa disedari air matanya mengalir laju.... Dia terasa amat sayu dan amat sedih melihat apa yang didepan matanya itu.... Segera dia terbayang saat-saat terakhir dia bersama dengan benda yang sedang diusung oleh Manap dan Latip itu.... Joni tahu inilah kali terakhir dia akan dapat melihat benda itu di depan matanya.... selepas ini tiada lagi.... semuanya hanya akan menjadi kenangan....

Ya... memang benar. Benda yang sedang Manap dan Latip angkat itu ialah bangkai Bob. Bob telah pergi.... Bob telah mati... Bob tiada lagi di dunia ini. Bob tiada lagi dalam dunia Joni... Bob hanya akan tinggal kenangan.... Tiada lagi kawan Joni yang paling rapat... kawan Joni yang membantu di kala Joni kesusahan... kawan Joni yang akan sentiasa menghalang Albert dari terus membuli Joni.... Sekarang hanya tinggal Joni, Sarah dan Mona... dengan Mona sekarang masih dikuarantin dan tidak tahu hidup atau mati.... Joni hanya ada Sarah....

Ohhh.... memang laju air mata Joni mengalir... inilah kali pertama dia menghadapi dan menerima kematian... dahulu semasa ibunya mati, Joni masih terlalu kecil dan belum mengerti apa-apa.... Kini Joni telah memahami erti kematian... Kematian yang memisahkan Bob dari alam ini... Kematian yang menyebabkan tiada lagi Bob... Tiada lagi... No More...

Joni hanya mampu berdoa agar Bob akan aman di tempat barunya.... dan Joni terus mengangis lagi....

Bersambung...................

DUNIA JONI - EPISOD 16

EPISOD 16

Dalam episod terdahulu.... Bob dan Pakcik John hilang selepas episod pergaduhan antara Joni dan Albert, yang mana Bob datang membantu. Pak Maarof menuduh Manap mencuri kambing dan bertanggung jawab terhadap kehilangan kambing-kambing tersebut.... Manap menafikan dan berazam untuk mencari kambing itu sebelum tengahari esoknya sebelum Pak Maarof membuat laporan Polis.....

“Kat hujung kampung... kat sungai... kambing...”, ucap Manap kepenatan.... Lelahnya masih belum hilang selepas tidak tidur semalaman dan berlari sekuat hati dari hujung kampung sebentar tadi.........

“Apa kau cakap ni?”, soal Pak Maarof..... pada masa yang sama Latip juga telah sampai... Maklumlah ini hari bekerja baginya walaupun pergi dangdut malam tadi. Tambahan pula dia memang ingin mengetahui apa cerita kes kehilangan malam tadi....

“Kambing.... bawah jambatan.... kambing... dalam reban ayam....”, cungap Manap masih belum reda....

“Kambing mana Nap? Reban siapa Nap? Tarik nafas Nap... relaks....”, soal Latip pula cuba mententeramkan keadaan. Kasihan pula kepada rakannya yang dipanggil Nap itu...

“Macam nilah... kita semua pergi hujung kampung... bawah jambatan.... nanti tahu apa yang aku cakap...”, balas Manap.

“Yang dalam reban ayam apa pula? Jambatan? Jauh tu... dalam 10 kilometer dari sini”, soal Pak Maarof pula tak puas hati.

“Kita pergi dulu... dalam perjalanan boleh cerita....”. Maka pada pagi itu terpaksalah tiga manusia itu menaiki satu motorsikal ke tempat yang dimaksudkan, selepas Pak Maarof masuk ke dalam rumah memberitahu Mak Munah dan mengambil telefon CSL dual simnya itu.

Pada masa yang sama, Joni dan kaumnya yang lain amat gelisah. Pertama kerana ingin mengetahui apa yang Manap jumpa di bawah jambatan dan dalam reban ayam... Kedua disebabkan mereka masih di dalam kandang dan mula rasa kelaparan.... Ramlah pun tidak kelihatan, kalau tidak boleh juga Ramlah buka pintu kandang dan tengok-tengokkan mereka di padang ragut.... Kalau nak tunggu Pak Maarof kembali, entah berapa lama lagi... pasti jauh tempatnya kalau 10 kilometer dari sini...

Kira-kira dua jam kemudian, kelihatan lori kecil Tauke Wong memasuki perkarangan rumah Pak Maarof. Kelihatan Manap disebelah Tauke Wong di dalam lori. Pak Maarof dan Latip pula menuruti di belakang dengan motorsikal....... Joni makin berdebar untuk mengetahui apa yang berlaku...........

Boleh sambung tak??? Bersambung jelah yeee...... hehehehehe

Wednesday, February 4, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 15

EPISOD 15

Pagi yang suram itu bertambah suram apabila Manap datang ke rumah Pak Maarof sambil berteriak sakan memanggil Pak Maarof....

Joni dan kaumnya yang memang tidak tidur semalaman turut kaget untuk mengetahui apa yang berlaku... Mengapa Manap terjerit, terpekik dan terlolong pagi-pagi lagi ini amat menarik perhatian....

Beberapa ketika kemuadian, Pak Maarof datang menemui Manap yang masih tercungap-cungap... Manap masih memakai baju batik yang dipakainya malam tadi. Nampak sangat dia tidak pulang ke rumah, malah dengan pakaian yang ada ke tempat lain. Tak mungkin dia mengikut Pak Maarof dan Latip pergi dangdut malam tadi, kerana Joni nampak hanya Latip yang membonceng motorsikal Pak Maarof....

“Haaa penjenayah... kenapa?”

Kasar mukadimah Pak Maarof pagi ini menyambut kedatangan Manap. Pasti dia masih mengesyaki Manap yang bertanggung jawab terhadap kehilangan kambingnya. Kalau tidak masakan dia panggil Manap sebagai “penjenayah”?

Manap tidak peduli apa Pak Maarof gelarkan dia. Dia memang bertekad hendak membersihkan namanya. Baju batik ini buktinya betapa dia memang bersungguh-sungguh mencari kambing hingga tidak pulang ke rumah.

“Kat hujung kampung... kat sungai... kambing...”, ucap Manap kepenatan.... Lelahnya masih belum hilang selepas tidak tidur semalaman dan berlari sekuat hati dari hujung kampung sebentar tadi.........

Sebenarnya kampung Pak Maarof ini bernama Kampung Joget. Kampung ini memang besar dan panjang... hampir 10 kilometer panjangnya dari simpang masuk ke kampung ini hinggalah ke rumah yang paling dalam, iaitu rumah seorang nenek tua yang khabarnya telah berusia 100 tahun... Dan rumah Pak Maarof adalah bersebelahan rumah nenek tersebut..... tetapi disebabkan Pak Maarof mempunyai ladang ternakan kambing ini, maka jarak rumah Pak Maarof dengan rumah nenek tersebut lebih kurang 1 kilometer... jauh juga tu...

Entahlah, jarang ada orang kampung yang berani menghampiri kawasan rumah nenek tersebut.... bukan sebab nenek tu adalah nenek kebayan, tetapi sebab dia tu perempuan umur 100 tahun... lainlah kalau yang tinggal di situ anak dara berusia 18 tahun ke.... janda berusia 35 tahun ke.. pastu meriah kawasan hujung kampung tu... silap-silap boleh ada warung di buka....

Oh ya... khabarnya Kampung Joget mendapat namanya kerana pada masa dahulu, di kawasan inilah pihak istana sering mengadakan pesta keramaian dan tari menari joget lambak... Macam cerita bangsawan dulu-dulu, yang masih kaler hitam putih tu... macam tu lah situasinya lama dahulu.... rasanya masa tu nenek di hujung kampung belum lahir lagi... Bayangkan.. berapa lama dah tu...

Kampung Joget mempunyai sebatang sungai yang mengalir di sapanjang sungai ini.... Kira-kira 1 kilometer dari rumah nenek tua adalah kawasan bukit yang menjadi hutan simpan.... Biasalah, kalau kawasan bukit hutan simpan, pasti ada kawasan tadahan air... air dari situlah yang membentuk sungai yang mengalir di sepanjang kampung Joget... Airnya jernih.... sesuai untuk mandi manda dan dijadikan kawasan rekreasi.... Airnya mengalir dari bukit tersebut dan melalui sebuah jambatan 10 kilometer di hadapan.... di situlah sempadan yang memisahkan Kampung Joget dan Kampung Sarkas.... jadi tak perlulah aku menceritakan bagaimana Kampung Sarkas mendapat namanya ye.....

Dan sungai itulah yang cuba diceritakan oleh Manap sebentar tadi kepada Pak Maarof............


Aku nak sambung lagi...... hahahahahahahahaa

DUNIA JONI - EPISOD 14

EPISOD 14

Kecoh!!!

Memang kecoh malam itu....

Kecoh bukan kerana pergaduhan anak-anak kambing siang tadi..... bukan juga kerana Sarah mengelap dagu Joni yang kehijauan, walau Joni masih terasa kenikmatannya itu... bukan juga kecoh kerana ada sepuki yang beranak lagi...

Tetapi kecoh dan amat kecoh kerana Bob dan Pakcik John hilang... Ya... hilang.... seekor kambong dewasa dan seekor kambing kanak-kanak hilang!!! Hilang maksudnya tidak dapat dikesan, tiada siapa yang tahu di mana berada dan tidak diketahui status....

Seingat Joni, siang tadi selepas membelasah Albert, dia dan Bob berjalan seiringan bersama Sarah... Tiada pula Bob beritahu nak balik JB ke, nak pergi kerja ke... Cuma Bob ada tinggalkan dia dan Sarah berdua-dua di bawah pokok jambu.... Masih ingat lagi Joni yang Bob katakan dia nak bagi peluang Joni dan Sarah berduaan.... selepas itu dia tak nampak Bob lagi... manakala petang tadi pula hujan lebat, Joni dan Sarah pun cuma berlari pulang bersama kambing yang lain untuk mengelakkan dari terkena hujan...

Yelah, susah kalau kena hujan ni bagi seekor kambing... Faham-faham sajalah...

Rupanya kehilangan Bob dan Pakcik John juga disedari Pak Maarof.... Pak Maarof seperti tahu ada yang tidak kena apabila mengetahui kehilangan seekor dewasa dan seekor kanak-kanak.... Mustahil kambing yang hilang itu ada skandal... Setahu Pak Maarof, belum pernah dia jumpa kambing yang melakukan seks di luar tabii walaupun mereka kambing.... Kalau manusia keraplah juga dia dengan dan terbaca di dada akhbar... Ishhh.... dunia akhir zaman barangkali.... rungut Pak Maarof di dalam hatinya...

Tanpa membuang masa lagi, Pak Maarof mencapai telefon bimbit CSLnya itu yang mempunyai dual sim lantas mendail nombor Latip.... Segera dia mengarahkan Latip datang ke rumahnya dan mengajak Manap sekali...

Selesai bercakap dengan Latip, Pak Maarof memaki diri sendiri kerana lupa menukar talian kepada Celcom kerana Latip menggunakan talian Celcom dan dia adalah 8pax Pak Maarof... lebih murah kalau menggunakan 8pax... Geram juga Pak Maarof dengan situasi itu... mahu sahaja dia kembali menggunakan telefon Samsungnya tanpa perlu menukar-nukar talian antara Celcom dan Maxis...

Sedang Pak Maarof menyesali diri sendiri itu, Latip dan Manap pun sampai... kedua-duanya tidak berani bersuara dan hanya menunggu sahaja arahan Pak Maarof... Kedua-duanya memakai kemeja batik berlengan panjang... Seperti pekerja kerajaan pada hari Khamis pula lagak mereka... Nak tergelak pun ada Joni melihat gelagat tiga manusia di depannya itu....

Menyedari hal itu, Pak Maarof pun bertanya,

“Yang korang pakai baju batik ni kenapa?”

Latip menjawab, “Mana nak tahu Pak Maarof, biasanya kalau Pak Maarof tepon malam-malam macam ni, nak ajak temankan pergi dangdut... ni kami dah ready la ni.....”

“Dangdut kepala hotak korang!!! Ni kambing aku hilang dua ekor. Satu bapa, satu anak.... Ada sesapa tahu ke mana hilangnya tu? Manap?”

“Tak tahu Pak Maarof”, jawab Manap terketar-ketar.

“Macam ni lah Manap.... Aku memang saspek kau yang hilangkan kambing aku tu... Kau jual ke apa ke aku tak tahu... Tapi macam ni lah... aku bagi kau sampai tengahari esok... kalau kau tak pulangkan kambing aku tu, aku repot Polis.... kau pikirlah sendiri.... Dah pergi balik kau Manap.... Latip... alang-alang kau dah pakai baju batik ni, jom ikut aku... biarkan si malaun sekor ni pikir tentang masa depan dia”, ucap Pak Maarof panjang dan tegas.

Manap yang tidak sempat mempertahankan diri, terpaksa akur walau dia amat yakin dia tidak melakukan sebarang jenayah... Seperti kambing-kambing yang lainnya juga, Manap sebagai seorang manusia juga hairan ke mana perginya kambing dua ekor itu... lantas berazam untuk mencari sampai jumpa keduanya sebelum tengahari esok...

Joni yang memerhatikan dari tadi, hanya mampu berdoa akan keselamatan Bob dan Pakcik John.....

Bersambung...................................

Monday, February 2, 2009

Satu Dunia... Dua Cara Berbeza...

Mereka ialah selebriti yang semua orang di Malaysia yang pernah tengok TV pasti kenal...

Mereka juga memiliki blog masing-masing....

Aku bukan nak kata siapa betul atau salah, siapa masuk syurga atau siapa masuk neraka... itu bukan urusan aku...

Aku cuma nak beritahu aku dah tambah link ke blog mereka di bawah tajuk HIBURAN dalam blog aku ni....

Mereka yang dimasukkan ialah :

Aznil Haji Nawawi

dan

Azwan Haji Ali

BLOG AZNIL ---> http://aznilnawawi.blogspot.com/

BLOG AZWAN ---> http://silaserazwanali.blogspot.com/

Adakah Dunia Joni bakal ditamatkan???

inilah persoalan yang bermain di minda aku...

Sebenarnya memang akan sampai masanya Dunia Joni bakal ditamatkan satu hari nanti...

Bagaimana penamatnya?

Apa nasib Joni? Sarah? Albert? Mona? Bob?

Semuanya telah aku rangka... Dunia Joni semakin menuju ke penghujungnya... Itu yang aku dapat katakan... tunggu sajalah.... mungkin lagi 10 episod, mungkin lagi 5 episod atau mungkin cuma lagi 1 episod.... hanya aku yang tahu... hahahahahah

Tunggu.................

Jalan-Jalan & Makan-Makan 3




Menu : Char Koteow

Lokasi : Medan Selera Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Keistimewaan : RM10 sahaja untuk Char Koteow Special - dapat udang besaq!!!

Lain-Lain : Original dari Pulau Pinang

Jalan-Jalan & Makan-Makan 2





Menu : Makanan Laut (Seafood)

Lokasi : Restoran Hokkaido (sebelah Hotel Vistana, Kuala Lumpur)

Keistimewaan : Makanan Seafood Chinese Style... kalau 'modal' banyak, pilih sahaja jenis makanan laut dan menu yang mahal... pasti lebih sedap!!!

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!