JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, December 30, 2009

Tercapai....

Alhamdulillah, azam tanpa hebahan aku pada awal tahun tercapai. Azam untuk blog ni lah...

Pada asalnya, aku berhajat untuk membuat sebanyak 150 post dalam blog ini dalam tahun 2009 ni, dan secara tanpa aku sedari, ianya telah mencecah 150 pada entry sebelum ni mengenai etopup2u tu...

Banyak dan rajin jugak aku menulis kan? Pelbagai cerita suka dan duka sepanjang tahun 2009 ini, kini hampir ke penghujungnya... tiada seorang manusia pun yang mampu menghentikan putaran masa... sedar tak sedar, kita akan melangkah dan menggunakan kalendar baru dalam masa 2 hari lagi...

Berbalik kepada 150 entry aku tahun ni, mungkin ianya sekadar syok sendiri.. ahh peduli apa aku? Yang penting aku dapat berkongsi sesuatu dengan mereka yang ingin berkongsi...

Hehehehe.... oklah, entry ke 151 tahun 2009 ni, sekadar nak mengumumkan bahawa aku dah mencapai KPI aku sendiri dalam berblog..... heheheheh

Monday, December 28, 2009

Bisnes Baru...

Salam semua...

Sejak 2 minggu lepas, aku telah buat sedikit survey tentang satu jenis bisnes, iaitu jualan prepaid telefon secara sms...

Ada 2-3 company juga yang aku survey... paling utama, aku akan sms/email kepada no atau email yang tercatat kat bahagian "contact us" depa tuh... ada yang respon cepat, ada yang tak respon langsung... mana yang respon, akan mendapat markah dalam "persaingan" ni... hehehe

Lepas tu, aku ushar pulak pakej yang ada... then... harga komisyen yang dibayar serta lain-lain kelebihan yang ditawarkan... Ada juga company yang "serabut" dan mengelirukan maklumat dalam website mereka...

Ada juga aku membaca di ruangan chatting web tertentu dan apa masalah yang selalu diutarakan serta respon pihak admin...

Ringkasnya, aku telah memilih ETOPUP2U (seperti yang tuan-tuan telah nampak ada gambar henpon kat blog aku sekarang nih...)

Dengan menjadi agen jualan prepaid ni, bukan sahaja memudahkan diri sendiri apabila memerlukan kredit prepaid, malahan boleh juga dijual kepada yang memerlukan... Kebetulan ramai juga di kalangan ahli keluarga yang pakai prepaid... maka senanglah kalau aku nak hantar prepaid apabila memerlukan... sms sahaja, maka secara automatik kredit akan masuk ke telefon bimbit mereka...

Jadi, sekiranya kawan-kawan berminat juga, jomlah daftar di eTOPUP2U....

Jumpa lagi....

Thursday, December 24, 2009

Hari ini Pada Tahun Lepas...

24 Disember 2008, hari Rabu.... setahun lepas tertulis pada diari reminder henpon aku

1. Kena Gunting Rambut
2. Ambil Baju Man Kajang

Kenapa ada dua reminder di atas?

Jawapannya kerana pada 26 Disember 2008, iaitu dua hari berikutnya aku akan melangsungkan perkahwinan.

Kini, selepas setahun melayari alam rumah tangga, pelbagai asam garam pahit manis kami tempuhi. Orang kata tahun pertama pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bagi aku dan isteri, maklumlah, 30 tahun hidup sebagai orang bujang, komitmen pun hanya kepada keluarga di kampung dan kawan-kawan, selepas 26 Disember 2008 kami menambah satu lagi tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap rumahtangga kami.

Dalam bosan-bosan nak menaip tapi tak tahu topik apa, aku sengaja pilih untuk melihat reminder henpon, apa yang aku lakukan setahun yang lalu. Mujurlah henpon ni mampu bertahan lama, jadi banyak la reminder yang masih tersimpan.

Walaupun hanya dua reminder yang tertulis, tapi sebenarnya banyak lagi urusan yang aku lakukan setahun lalu. Maklumlah, sibuk menguruskan hal majlis akad nikah, majlis persandingan, menunggu keluarga datang dari kampung dan pelbagai lagi.

Mungkin posting ini yang bertajuk COUNTDOWN boleh menggambarkan persiapan aku ketika itu :-)

Cepat masa berlalu, Alhamdulillah kami hampir mencapai usia satu tahun dalam alam rumahtangga dua hari lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Aktiviti Ketiga Disember ---> Alhamdulillah Selesai...

Seperti aku war-warkan sebelum ni, setiap hujung minggu Disember padat dengan aktiviti keluarga aku.

Dan minggu lepas, telah selesai majlis kenduri perkahwinan adik aku di Alor Setar.

Seronok dapat berkumpul dengan saudara mara, jauh dan dekat. Semua nampak ceria dan bergurau senda menandakan gembira bersama. Satu suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan seronok, gembira walau kepenatan dan keletihan.

Kini telah selamat tiga minggu aktiviti Disember. Hujung minggu ini, aktiviti keempat pulak. Ulangtahun pertama perkahwinan aku pulak...

Apa aku nak buat? Atau sekadar lepak rumah tengok tv saja?

:-)

Monday, December 14, 2009

Aktiviti Kedua Disember ---> Selamat....

Yang ni bukan pengantin baru... ni pengantin lama dan pengantin lagiiii lama....

ahhh lega... nak balik dah... selamat semua..

Pengantin bersama abang-abang dan adik

Aku dan isteri bersama pengantin


Alhamdulillah, secara rasminya adik aku, Azli Hafiz (Hapis/Mat) selamat diijabkabulkan dengan Nor Atika (Ika) dengan sekali lafaz pada 12 Disember 2009 di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak.

Majlis pertunangan telah selamat dilangsungkan pada sebelah petangnya.... Selepas kira-kira 3 jam bertunang, mereka selamat disatukan sah sebagai suami isteri.
Maka secara rasminya juga, bertambah lagi ahli keluarga aku :-)

Kepada kedua-dua pengantin, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sampai bila-bila...

Nak layan lebih banyak gambar, klik saja SINI

Tuesday, December 8, 2009

I'm Protective?

Ada orang cakap aku ni seorang yang protective.... aku mulanya tak paham apa maksud dia... dia katakan yang aku akan protect aku punya area/family/kawan daripada 'disentuh' orang lain...

Hmmm......

Dia tambah lagi, aku ni jenis berdiam diri mengkaji situasi dan apabila mendapat peluang aku akan menyerang dan biasanya serangan aku amat memedihkan...

Hmmmm lagi....

Aku masih keliru.... bukan semua manusia begitu ke?

Bukankah semua orang pun sama sepatutnya?

Jadi kenapa dilabel aku seorang yang protective?

Dalam aku kebosanan dan muhasabah diri sebentar tadi, aku teringat beberapa peristiwa yang mungkin menunjukkan aku protective...

1. Ada satu ketika semasa di zaman belajar, seorang kawan aku telah 'cuba' untuk ditipu oleh seorang awek. Kawan aku ni menceritakan kepada aku, lantas darah menyirap... aku nak pergi sound awek tu time-time tu jugak, bukan nak belasah pun, sound jelah... tetapi dihalang oleh kawan aku tadi, katanya "sebab tu aku tak nak cerita kat hang benda ni."

2. Dalam satu pertandingan sukan, masa tu aku mewakili pasukan daerah.... dalam game tu, seorang rakan sepasukan (yang aku tak berapa kawan sangat sebab dia mulut celupar) telah dikasari dengan sengaja oleh pihak lawan. Kejadian berlaku berhampiran dengan aku.... lantas tiba-tiba terasa marah sebab rakan sepasukan diperlaku begitu, berlaku aksi tolak-menolak antara aku dengan mamat kasar tadi hingga mencetuskan pergaduhan antara dua pasukan apabila member lain mula campur tangan.

3. Isteri aku bercerita bahawa ada seseorang yang aku kenali suka menyibuk hal peribadinya. Pastinya ianya ada bersangkut paut dengan aku juga. Malam tu juga aku minta no telepon orang tu untuk aku sound jangan menyibuk hal orang lain.

4. Ada satu pelanggan yang aku sengaja bagi peluang untuk kredit telah berjanji untuk membuat bayaran dalam tempoh tertentu. Apabila ditanya dia sering berkata esok. Aku ni seorang yang malas membesarkan hutang yang tak sampai RM50 hanya berdiam. Namun apabila ditanya lagi selepas dua minggu dia masih katakan esok, tetapi selepas seminggu dia masih belum melangsaikan bayaran, aku mula melenting dan 'membubuh' dengan ayat "kalau haritu kata nak bayar tahun depan, senang... tak perlu aku nak tanya selalu!".

5. Semasa bekerja dengan sebuah syarikat suatu masa dahulu, ada seseorang rakanniaga berjanji untuk membuat sesuatu kepada majikan aku secara percuma sebagai tanda sokongan. Maka kami pun tidak memikirkan untuk menempah barangan tersebut kerana memikirkan boleh menjimatkan kos. Namun selepas 6 bulan, benda yang dijanjikan belum kelihatan. Aku tanpa segan silu telah bertanya kepada rakanniaga tadi perihal janjinya itu kerana terasa amat menyusahkan apabila berjanji tetapi tidak ditunaikan.

6. Semasa bekerja di syarikat sama di no.5, aku telah merekemen seorang kawan yang berniaga buat baju. Kami pada masa itu inginkan imej korporat dan ingin membuat pakaian seragam. Kawan aku ni dah siap datang ambil ukuran badan setiap staf dan mengambil deposit RM50 seorang, daripada pengawal keselamatan, tukang cuci hinggalah pengurus. Apa yang tak best, kawan tadi menghilangkan diri hampir 3 tahun selepas itu hinggalah aku tidak lagi bekerja di situ. Baju ke mana, duit kemana aku kena ganti, sebab nak jaga nama baik kawan punya pasal. Tapi bila dah jumpa dia balik, i'll make an offer that he can't refuse....

Itulah di antara beberapa contoh situasi yang aku masih ingat kejadiannya.... Pada aku, mungkin semua orang akan memainkan peranan hampir sama apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Walaupun darah apa yang mengalir dalam tubuh mereka sekalipun...

Jadi adakah aku terlalu protective?

Konsultan Tanpa Tauliah

Salam semua,

Tetiba pagi ni mood nak membebel lagi kat sini... hehehehe... tapi aku nak bebel kat diri aku sendiri... tak nak cakap pasal orang lain... orang kata, cermin diri sendiri dulu kan, sebelum menilai orang lain?

Aku ni selalu perasan yang aku tahu segala macam, walhal aku dok macam tu jugak. Pi mai pi mai tang tu sahaja... Mungkin sebab kerjaya sebelum ni banyak mempengaruhi di mana aku menjadi salah seorang konsultan, menyebabkan aku banyak berjumpa orang, banyak bagi buah fikiran, banyak buat research, banyak bagi pendapat dan banyak benda lagilah. Ditambah pula aku telah ditakdirkan pernah bertugas lebih dari satu bidang di beberapa organisasi, mungkin menyebabkan aku rasa aku hebat sangat.

Padahal.... habuk pun tarak!!!

Bercakap saja pandai, kadang-kadang tak buat apa yang dicakapkan... Semua benda kalau boleh ulas, nak ulas... nak tunjuk pandai... nak tunjuk tahu serba-serbi... tapi selalunya terfikir sendiri balik, lagi banyak bercakap, lagi banyak menampakkan kebodohan.... sebab kadang-kadang apa yang diperkatakan tu tak betul, orang lain sengaja diam saja, malas nak malukan aku... chitt... malu aku wehhh....

Sekarang ni aku dan dua orang sahabat mengusahakan sebuah kedai fotostat kecil. Ohh... macam hebat sangat kedai ni kan... kadang-kadang tu sampai dah mula bagi pendapat kepada jiran-jiran kedai sebelah macamana nak tingkat hasil perniagaan mereka, padahal aku tak muhasabah pun, mereka dah lebih dahulu berada di lapangan perniagaan berbanding dengan aku nih... ada yang dah 7-8 tahun pun bertahan... aku ni baru tak sampai tiga bulan nak tunjuk pandai pulak.... ish..ish... bila difikirkan balik.... malu jugak jadinya...

Tapi nak buat macamana kan, aku ni Melayu... mungkin Melayu memang begitu.... suka bercakap dan memberikan pendapat dan nasihat walau diri sendiri tak kemana sebenarnya... Lepas tu suka pulak nak komen/complaint pasal orang lain tanpa mencermin diri sendiri... Sampaikan kadang-kadang apa yang dikomen dan dinasihatkan kepada orang lain tu kena batang hidung sendiri... baru padan muka aku!!! hahahahaha

Entahlah, mungkin juga faktornya sebab kawan-kawan suka bertanya pendapat aku, lalu aku bagilah pandangan.... bukan sekali dua, malah kerap... ianya bukan hanya tertumpu kepada khidmat nasihat kawan-kawan malahan pernah menjangkau hal-hal perundangan, masalah rumah tangga, masalah percintaan, perihal kerjaya dan perihal keagamaan.... mungkin untuk tidak menghampakan, aku pun berilah pendapat dan pandangan...

Tapi satu yang aku rasa bagus juga, biasanya aku cuma beri pandangan dan nasihat apabila ditanya... kalau tak ditanya, aku diamkan saja... namun ada juga pernah terbabas nak tunjuk pandai, bagi pendapat tak kena tempat... dan orang yang menerima tu, nasib baik diam sahaja...

Wahai kawan-kawan... apalah ada pada aku ni? Aku bukan sesiapa... belajar pun malas dan cuma bernasib baik mendapat sarjana muda... nak buat Master mungkin tidak, nak bagi nasihat.... aku pun tidak seberapa... tapi kalau nak cerita pengalaman, boleh saja....

Paling aku cuba nak elakkan, untuk bagi komen yang bukan bidang aku... aku tak mau bagi komen 'nota kaki' yang aku tidak mahir atau tanpa memberikan kredit kepada 'guru' yang memberikan aku ilmu itu.... biasanya aku memberikan pendapat berdasarkan pembacaan atau pengalaman atau percakapan pihak lain kepada aku... jadi tidaklah sehebat mana pun aku ni... sebab tu aku mula terasa malu untuk memberikan komen atau pendapat.... sebabnya ianya adalah milik idea orang lain...

Tapi pernah juga berlaku, kes-kes 'nota kaki' bilamana orang lain mengulangi semula idea yang aku berikan kepada mereka kepada aku semula tanpa menyedari aku yang memberitahunya terlebih dahulu.. ataupun, mungkin semasa aku memberikan idea tu, mereka tidak yakin dengan apa aku katakan, lalu meminta padangan orang lain dan kebetulan orang itu memberikan jawapan yang sama dengan aku maka tanpa rasa bersalah diulang semula pernyataan atau komen aku terdahulu kepada aku..... (ini dah diulas dalam entry 'nota kaki' terdahulu)...

Tegasnya.... aku kadang-kadang malu apabila bercakap tentang perkara yang bukan bidang aku apabila hanya memberikan pendapat atau bercakap dan menampakkan ketidakpandaian aku ni...

Malu dong ahhh....

Ahh... cukuplah membebel....

Soalan pemahaman

1. Siapakah yang malu dalam artikel ini?
A. Aku
B. Dia
C. Mereka
D. Saya

2. Membebel adalah seerti dengan ....................
A. Membungkus makanan
B. Bersukan
C. Berleter
D. Memandu keretapi

3. Mengikut artikel di atas, 'Aku' biasanya bercakap tentang isu-isu berikut.
I. Keagamaan
II. Perundangan
III. Perniagaan
IV. Kerjaya

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

4. Apakah taraf pendidikan 'Aku'?
A. SPM
B. Diploma
C. Sarjana Muda
D. Master

5. Pada pandangan anda, apakah yang perlu 'Aku' lakukan?
A. Pergi melancong
B. Buat bodoh jer....
C. Berhenti memberikan pendapat
D. Teruskan memberi pendapat

6. Sekiranya anda di tempat 'Aku', apakah perasaan anda berdasarkan bebelan di atas?
A. Peduli apa aku....
B. Kami berhak...
C. Malu jugak la....
D. Tak malu sangat la....

Sekian.....

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 1 - Disember 09


Seperti dimaklumkan terdahulu, bulan Disember ni aku pack dengan aktiviti keluarga. Sebenarnya dah mula pun sebelum Aidil Adha lagi sebenarnya tanpa aku sedari...

Apapun, 5 Disember telah selamat diikat tali pertunangan di antara sepupu aku, Mohd Naim dengan pasangannya Noraini.
Kepada Naim & Anne..... Selamat Bertunang....

Thursday, December 3, 2009

Sensitif atau Peka?

Semasa zaman sekolah dulu, aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolah. Pada masa tu, pasukan Pengakap adalah lebih glamour berbanding PBSM, namun disebabkan uniform bagi pasukan Pengakap adalah lebih mahal, maka aku memilih PBSM. T-Shirt berlambang PBSM baru berharga RM10 (bukan uniform no 1) yang telah menunjukkan identiti sebagai ahli PBSM berbanding uniform Pengakap yang mencecah seratus ringgit pada masa tu.

Aku menjadi ahli PBSM sejak dari tingkatan 2. Itupun atas ajakan kawan-kawan yang terlebih dahulu menyertai persatuan ini di sekolah. Bermula sebagai ahli biasa, mungkin disebabkan ramai kawan-kawan dalam persatuan ni, aku telah menjadi Timbalan Pengerusi semasa tingkatan empat namun berhenti disebabkan bertukar sekolah.

Daripada sekadar memenuhi ajakan kawan dan faktor baju yang murah, aku mula sukakan PBSM ni. Daripada t-shirt berlambang yang berharga RM10, aku juga telah memiliki uniform rasmi no 1 semasa di tingkatan 3. Daripada tidak tahu apa-apa berkaitan pertolongan cemas asas, aku mula mendapat sedikit ilmu berkaitannya. Daripada ahli biasa aku juga telah diamanahkan untuk memberikan sesi pelajaran kepada ahli PBSM di sekolah lain semasa sesi perjumpaan di sekolah mereka.

Aku juga menghadiri beberapa kursus, perkhemahan dan pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti PBSM ini. Hampir ke seluruh negeri kami ditugaskan walaupun pada masa itu kami masih bersekolah. Semuanya gara-gara hubungan yang akrab PBSM sekolah aku tu dengan PBSM Daerah dan negeri, maka kami selalunya akan ditugaskan untuk 'cover' beberapa event yang memerlukan ahli pertolongan cemas. Memanglah kami selalu dipanggil sebab kami tidak pernah menolak. Lagipun kadang-kadang dapat makan free, dan ada ketika dapat elaun. Tentulah suka!!! Hahahahah...... tapi yang paling best, dapat ramai kawan la... tambah pulak kalau budak pompuan... perghhh..... hhehehehehhe hahahahahha

Selepas bertukar sekolah, aku sekali lagi memilih sebagai PBSM sebagai salah satu persatuan. Apa yang menarik, 'team' aku di sekolah lama, kebanyakkan berpeluang berhijrah sekolah semasa tingkatan empat dan menyambung legasi PBSM di sekolah baru dan majoriti dari kami menjadi Pengerusi/Presiden PBSM di sekolah baru....

Walau apapun, sebenarnya yang panjang-panjang banyak perenggan di atas tu cuma MUKADIMAH sahaja untuk entry kali ni... Apa yang sebenarnya hendak aku ceritakan ialah DISEBALIK dan HASIL penyertaan aku dalam persatuan semasa di sekolah dahulu dengan APA yang aku jadi sekarang walaupun tidak lagi menjadi ahli mana-mana persatuan...

Alhamdulillah, sekarang aku nampak mengapa ko-kurikulum semasa sekolah itu amat dititik beratkan oleh guru, sekolah dan Kementerian berkaitan. Rupanya ianya membentuk peribadi dan sahsiah murid/pelajar selain daripada sesi akademik. Tidak kira apa persatuan pun, aku yakin jika para murid/pelajar menghayati prinsip yang diterapkan, pasti akan mendapat sesuatu, bukan hanya mengisi masa hujung minggu menghadiri aktiviti persatuan namun hasilnya tiada.

Aku mengambil contoh diri aku sendiri, bukan untuk mendabik dada, tetapi aku rasakan PBSM telah mengajar aku untuk sensitif dan peka kepada keadaan sekeliling dan pantas bertindak terhadap sesuatu. Faktor masa amat penting dalam pertolongan cemas dan inilah disiplin yang aku terapkan bilamana apabila melibatkan masa dan janji, aku akan cuba sampai awal atau paling tidak pun tepat pada masanya. Begitu juga dengan pembacaan terhadap suasana dan 'hazard' (ancaman?) sekeliling dapat dinilai dengan pantas walaupun tidak tepat.

Selain itu, PBSM (boleh juga dibaca berpersatuan) juga mengajar aku selok-belok 'politik kecil-kecilan'... Maklumlah, aku telah diperturunkan ilmu oleh seorang yang amat penting dalam PBSM negeri pada masa tu, "Dalam persatuan ni, ada tiga benda yang boleh menyebabkan persatuan jatuh atau bangun. Boleh juga menyebabkan seseorang tu disukai atau tidak. Tiga benda tu ialah Pangkat/Kuasa, Glamour, Duit". Memang aku mengakui bahawa beberapa faktor daripada tiga benda inilah yang menyebabkan aku memencilkan diri dari berpersatuan selepas tamat pengajian peringkan ijazah.

Mungkin orang lain melihat kelantangan dan sikap menegur kesilapan walaupun orang yang lebih berpangkat sebagai satu cara untuk aku 'memintas' kedudukan orang lain. Atau memang betul begitu caranya untuk cepat naik?

Entahlah.... sampai satu peringkat, aku katakan kepada diri sendiri, aku dah puas berpersatuan.... semua aku dah rasa sepak terajang.... Dengan persatuan aku dah jumpa pelbagai peringkat manusia dari tukang kebun sekolah (bukan merendahkan taraf tukang kebun, maaf) hinggalah DYMM Tuanku Sultan walaupun umur pada masa tu masih mentah. Tiada apa lagi yang aku cari dari persatuan atau pertubuhan atau parti politik (yang aku pernah dijemput untuk menganggotainya) kerana aku tidak mahu lagi mewujudkan musuh. Maklumlah, aku ni jenis kalau benda tak kena, aku sound saja... tambah pedih lagi kalau benda aku diamkan lama tetapi bila dapat peluang 'bola tanggung' aku pasti 'smash' cukup-cukup...

Atas sebab inilah, aku tidak lagi berpersatuan sekarang... kadang-kadang kita lebih rela mendengar teguran daripada orang luar daripada 'orang dalam' kerana teguran 'orang dalam' yang lebih dekat dengan kita tu, pastinya terasa lebih pedih dan menusuk kalbu....

p/s: dah ke laut jugak cerita aku kali ni kan... niat nak cerita benda lain... jadi lain... ahhh hentam sajalah.... ada apa-apa soalan?

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!