JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, November 15, 2010

Malas...

Aku cuba untuk mengungguli juara anugerah paling malas update blog... tapi aku gagal... takhta anugerah paling malas update blog masih lagi dijuarai oleh joetiffa... hampeh lu joe.. aku tak mampu menjadi sepertimu...

Wednesday, October 13, 2010

Pengikut tetap...

Dalam akaun FB (Facebook) aku, ada beberapa rakan yang aku katakan sebagai pengikut tetap. Maknanya mereka sentiasa memastikan mereka akan komen pada mana-mana status aku, walaupun sekadar dengan "hehehe..."


Ada masa yang tertentu pula, mereka seperti sengaja untuk menyampuk dan bertanya soalan-soalan yang 'malas aku nak jawab'... :-p


Adapun, tidaklah ada rasa marah atau tidak suka, cumanya kadangkala status Fb aku yang minggu lepas pun dikorek untuk dikomen... maknakata, benda dah tutup kes, nak diungkit lagi, maka malaslah pula aku nak menjawabnya... jadi boleh dikatakanlah pengikut tetap tersebut sengaja membuka laman profile aku, semata-mata nak tahu apa yang aku perkatakan.. tapi betullah, kadang2 rasa rimas jugak.... entahlah.... nak sound nanti kata aku sombong pulak kan?


Itulah... mungkin dengan adanya pengikut tetap ni, si pengikut tetap merasakan dianya berada hampir dengan aku, dan memastikan dia sentiasa mengetahui apa yang aku buat, fikir dan komen... hmm... macam 'penghendap' la pulak... hahahahha (aku perasan)..

Friday, October 8, 2010

Bulan Raya...

Hari ini, 8 Oktober 2010 bersamaan 29 Syawal 1431.. bermakna bulan raya (sebab ramai berkata "raya sebulan") akan melabuhkan tirainya... sementara kita mula menyelak tirai bulan Zulkaedah, yang mana ada juga memanggilnya bulan haji...

Insya Allah, mulai esok, jemaah haji Malaysia akan mula berangkat ke tanah suci Mekah untuk menjalani ibadat haji... semoga semua jemaah haji dapat menjalankan ibadat dengan sebaik-baiknya dan dikurnaikan haji mabrur..

Musim haji ini juga, seorang sahabat aku akan berangkat untuk mengerjakan haji. Beliau akan berangkat pada 13 Oktober nanti....

Sampai disini dahulu, jumapa lagi Insya Allah...

Friday, October 1, 2010

Oktober datang lagi...

Assalammualaikum w.b.t.,

Maaf lama tak menaip kat sini... September berlalu dengan kita bersama menyambut 1 Syawal pada pertengahannya, kini Oktober pula membuka tirainya.

Oktober: Bulan kelahiran aku (6 hb), bulan kelahiran isteri aku dan ulangtahun pertama MJ Station beroperasi (kedua-duanya pada 16 hb)

:-)

Begitulah signifikannya bulan Oktober dalam kalendar hidup aku.

Menoleh ke arah kalendar, rupanya aku belum lagi menukar helaian September kepada Oktober... selagi lagi senyum :-)

Semoga Oktober dan bulan-bulan seterusnya membawa lebih kebahagiaan, keceriaan dan kejayaan kepada kita semua... Insya Allah...

Jumpa lagi... :-)

Monday, September 6, 2010

Puasa dan Mengantuk...

Hari ini Isnin, 6 September 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431...

Topik utama tentunya tentang sambutan hari raya... memulakan perbualan juga tentunya berkisar hari raya seperti "raya mana tahun ni?", "cuti berapa lama?", "banyak buat kuih?" dan sebagainya...

Bagi yang terpaksa bekerja sehingga ke hari-hari terakhir Ramadhan, pastinya telah merasakan keadaan mula terasa sunyi, sedikit demi sedikit, hinggalah hari Khamis nanti dimana aku menjangkakan (berdasarkan pengalaman) akan menjadi hari yang teramat membosankan dan paling tidak produktif bagi mereka yang masih ditempat kerja (sama ada sengaja menyimpan cuti atau memang tak dapat cuti).

Ada juga yang lebih tidak produktif, sebaik tibanya 1 Ramadhan lagi telah mula menidak produktifkan diri sendiri dengan lebih gemar menghabiskan masa dengan membiarkan diri sendiri mengantuk dan tersengguk-sengguk di tempat kerja. Ada juga yang rela membiarkan diri diheret ke dalam perbualan dan promosi pelbagai barangan yang dijual rakan setugas. Dan tentunya rakan setugas yang menjual itu lebih-lebih lagi menjadi tidak produktif, malahan tidak bersalah sekiranya dituduh sejak dua minggu sebelum kedatangan Ramadhan lagi sudah tidak produktif kerana 'terpaksa' (terpaksa yang sendiri pilih) merancang barang-barang jualannya itu...

Aku sendiri tidak nafikan, ada masa tertentu, menjadi tidak produktif; hasil daripada keadaan diri yang terasa amat mengantuk, disebabkan puasa dan senggangan masa antara kerja dan tiada kerja. Hendak dikata berjaga malam, mencari berkat Ramadhan; diri sendiri tahulah tahap mana ia...

Mungkinkah faktor perut tidak diisi menyebabkan mata berat? Atau kurang nikotin dalam badan disiang hari sebabkan mata kuyu dan layu?

Atau ianya sekadar permainan minda dan psikologi bahawa bulan puasa menjadi mengantuk? Tetapi bagaimana hendak dikata sekadar psikologi jika sekiranya memang terasa mengantuk hingga memaksa mencoretkan entry ini di blog ini yang entahkan difahami entahkan tidak apabila dibaca semula, walaupun oleh aku sendiri?

Ahhh... hentam sajalah... gaya bahasa baru, selagi tidak dicuba, selagi itu tidak tahu impaknya.

Jumpa lagi...

zzzzzzzz.... zzzzzzzz..... zzzzzzzz....

Wednesday, September 1, 2010

Fuh... Aku Ada Blog Rupanya (episod perli diri sendiri)

Perghh... sebulan jugak la aku tak post kan sini kan? Ingatkan dah tak mau blog-blog lagi... rupanya nak lagi blog ni ye Jan?

Hahahaha....

Alasannya: dua minggu pertama Ramadhan, aku menyiapkan tempahan perkhidmatan siang dan malam, dan hasilnya tempahan telah siap dihantar pada Khamis lepas, 26 Ogos... dan memandangkan Jumaat adalah cuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor di mana isteriku bertugas, malam yang sama jugak, aku 'cergas' balik Aloq Staq selama 3 hari sehingga Ahad.

Semalam cuti Merdeka, layan patriotik di rumah sahaja... sambil petang membuat cubaan berbuka puasa dengan Encik Letssharehere tetapi dia hanya membalas sms pertanyaanku pada hampir pukul 8 malam... Hasilnya, aku membalas dendam berbuka puasa mengikut group kawan2 isteriku yang gadis2 belaka seramai lapan orang berbuka puasa di Felda Villa...

Hahahahah....

Persiapan raya? Soalan yang pernah ditanya oleh kakak pekerja di sebelah ni. Aku jawab:

"Persiapan... hmm... antara orang dewasa dan kanak-kanak... raya dirasakan lebih meriah bagi kanak-kanak... betul? Kalau bagi orang dewasa pula, antara lelaki dan perempuan, raya lebih meriah dan dirasai oleh orang perempuan.. betul?"

"Betul" dia jawab..

"Jadi sesuai dengan persetujuan ini, fahamilah bahawa saya hanya sedang mencuba untuk membuat persiapan dari segi tenaga dan wang ringgit sahaja... Lain-lain persiapan saya serahkan kepada pihak dewasa yang lebih meriah mahu menyambut lebaran..."

Hahahahaha....

Jadi, sesuai jugak dengan 'pemulihan ingatanku' bahawa aku mempunyai blog, akan kucuba untuk menulis kembali...

Hahahahaha.... (lagi)

Monday, August 9, 2010

Balas Dendam...

Hari Sabtu lepas, aku dan Nurul cuma bermalas-malasan di rumah. Cadang tengahari nak makan nasi berlauk di area Keramat AU, depan Pernec tu.. dah lama tak makan situ.. maklumlah, Ramadhan semakin menghampiri, takut nanti teringat2 pulak kan.. hehehe

Di ringkaskan menaip, susah parking la pulak kat situ (memang biasanya pun agak susah parking)... dua kali tawaf, dengan matahari terik walau berkereta, tiba-tiba Nurul kata, "susah sangat, jom try Istana Bambu lah!".... aku tak jawab apa-apa, tetapi dengan pantas memulas stereng, menekan pedal minyak serta mengawal brek sambil tangan kiri mengawal gear terus menuju ke Istana Bambu, yang berdekatan je pun...

Gambar di atas menunjukkan dekorasi di Istana Bambu... kami order set lunch daging salai dan asam pedas...

Perghh... memang berbaloi membalas dendam... dengan pantas (mungkin disebabkan kelaparan juga), tak sempat nak mengambil gambar juadah kami tengahari itu... sehingga titisan kuah dan butiran nasi terakhir... memang direkemen la kalau siapa-siapa nak cuba, silakan... boleh google cari lokasinya...

Alhamdulillah, selesai mengisi perut, niat untuk balik ke rumah. Tapi keluar je dari Istana Bambu, masya Allah.. jem la pulak MRR2.. tak berbaloi la pulak kalau sekadar nak u-turn kat Ampang Point semata-mata nak tempuh jem lagi sekali dan balik... maka kami balas dendam lagi... aku masuk ke AKLEH dan kali ini terus ke....


Yaa... Pavilion... hahahahaha.... balas dendam sungguh... bukannya nak membeli apa pun, saja nak melihat manusia. Lagipun alang-alang nak jem kan, biarlah kena jem kat tengah KL... tapi sebenarnya, mudah je laluan kami lepas turun AKLEH hingga ke parking Pavilion tuh...

Di Pavilion... aku ajak Nurul try The Loaf pulak... dah lama nak try, hari tu... walaupun masih kekenyangan lunch best di Istana Bambu, kami tanpa segan silu mencuba pulak roti, bun dan (apa nama benda dalam cup tu, aku blur pulak) di The Loaf yang khabarnya milik Tun Dr. M...
Testimoni: SEDAP!!!
Lepas mengalas perut, kami sengaja berjalan kaki pulak menghala ke arah BB Plaza/Sg. Wang... menyusur sepanjang Jalan Bukit Bintang yang semakin sibuk dengan kenderaan dan manusia, kami dapati ada pulak konsert/karnival seperti gambar berikutnya....
Ianya karnival anjuran F&N, dengan penyanyi Yuna sedang mengadakan persembahan. Sempat jugak ler layan Yuna secara live dan free petang tu... hehehehe

Pelbagai aktiviti dibuat.. aku pun tak pasti sempena apa... tapi meriah la dengan manusia pelbagai usia dan bangsa...
Lebih kurang 30minit di kawasan tu, kami menuju pula ke Lot10, kemudian kembali ke Pavilion untuk mengambil kereta yang telah diletakkan disitu sebelumnya dan membayar caj sebanyak RM15... boleh agak la kan, berapa lama kami merayau...
Aktiviti balas dendam tak terhenti di situ... dalam perjalanan balik, singgah pulak di Suria KLCC kemudian Great Estern Mall... ntah apa-apa... banyak sangat duit nak bayar parking gamaknya kan? Hahahaha
Takpe, sekali sekala... Sabtu depan dok rumah!!!

Thursday, July 29, 2010

Tak Best Kalau...

sindrom buntu idea menjelma dan menyerang dengan hebatnya selepas 'bertapa' hampir seminggu dari menge'post' ke blog ini.

Tiap hari aku akan sign in, sekurang-kurangnya memuat naik sambungan Cap Ayam, tetapi selalu sahaja terganggu dengan urusan-urusan kerja.

Tiap hari juga aku menjengah blog kawan-kawan, bila membaca terasa nak respon, tetapi lepas sign in saja, mulalah sindrom itu melanda. Akhirnya dipadam sahaja apa yang telah ditaip kerana dirasakan tak berapa best...

Itulah jawapan saya jika ada yang bertanya "lama Jan tak post baru?".... hehehehehe

Wednesday, July 21, 2010

Cap Ayam - Episod 6

Kembali selepas 'demam'...

EPISOD 6

“Siapa yang bagi arahan untuk serang balas?!!!”, bentak Don Sambora...

Marah benar nampaknya setelah pulang dan mengetahui apa yang berlaku...

“Siapa???”

Tesi, Comeng, Siki, Al Nana dan Riki hanya membisu. Tidak berani mereka bersuara di saat ini. Mereka tahu Don Sambora amat marah. Paling kecut perut tentunya Siki, Al Nana dan Riki. Sebagai ahli kanan mereka sepatutnya bertanggung jawab. Tambahan pula memang mereka terlibat secara langsung dalam serangan balas itu.

“Tapi, ketika itu kecemasan, ayah tiada”, Siki cuba mempertahankan diri.

“Memang aku tak ada... memang aku ada urusan luar... Tapi sepatutnya kamu semua menjaga perkampungan... selepas serangan pertama, pasti ada serangan kedua... ingat tu.. kena ingat...” tengking Don Sambora.

“Betul atau salah.. hanya aku yang membuat keputusan dan memberi keputusan dalam keluarga ini... Faham???”, sambung Don Sambora.

Semua terdiam dan tertunduk...

“Riki, faham?” ..... “Ya faham...”

“Al Nana?” .... “Faham Don Sambora”

“Siki?” .... “Ya faham... maafkan kami..”

“Bagus... sekarang, sila keluar.. aku nak berehat...” sambung Don Sambora lagi.

Tesi, Comeng, Siki, Al Nana dan Riki tunduk dan mencium dada Don Sambora sebelum semuanya keluar. Tetapi sebelum sempat Riki keluar...

“Riki sebentar, kau ke sini sebentar...” Don Sambora berkata.

“Ya ayah..?” Riki akur.. ayam-ayam yang lain telah pun keluar.

“Bagaimana dengan hasil siasatan kau?” soal Don Sambora.

“Nampaknya ada seekor lagi pengkhianat dalam keluarga kita ni ayah... saya sedang berusaha menjejakinya... dia masih menyimpan tajinya... tapi saya yakin, satu hari kita akan daptnya juga..” lapor Riki.

“Bagus anakku... teruskan usahamu, tetapi jangan terlalu lama. Riki, aku mahu hari ini kau ambil pengajarannya... Kau jangan ikut perangai panas baran abang kau tu... Bila kita tengah marah... kita tidak dapat berfikir dengan tepat... ingat pesan aku ni... Apabila marah, kita akan mula hilang pertimbangan dan mula memandang rendah musuh... dan ini amat membahayakan... Lambat laun, abang kau akan tertewas dengan barannya itu.... Kau harus ingat Riki...” pesan Don Sambora.

“Baik ayah, saya ingat pesan ayah ni... Kalau tiada apa-apa lagi... saya minta diri dulu...”

“Baiklah...” balas Don Sambora sambil melihat anaknya itu berlalu pergi....

BERSAMBUNG...

Saturday, July 10, 2010

Jom Minum...




Besaq kan gelas minuman ni... harganya cuma RM6.50... lokasi di Ampang... nama kedai dirahsiakan... Bandingkan ke'besaran' gelas minuman untuk seorang itu dengan saiz henpon Encik Asaq serta ketinggiannya dengan ketinggian paras duduk kami di atas kerusi restoran itu...
Hmm... dinasihatkan jangan minum waktu malam, kerana dikhuatiri anda akan tidak dapat tidur sepanjang malam kerana terpaksa bangun kemalasan melangkah ke tandas... tapi kalau dah memang jenis buang je atas katil... suka hati koranglah.... hahaha

Wednesday, July 7, 2010

Demam Makin Kuat...

Squad of the GERMAN National Team (The Mannschaft) for The World Cup 2010

.... kerana kemuncak bola sepak Piala Dunia hampir ke penghujungnya, dengan Belanda telah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir awal pagi tadi, tinggal Sepanyol dan pasukan yang semua sedia maklum yang aku sokong sekian lama, GERMANY akan bertarung awal pagi esok dalam satu lagi perlawanan separuh akhir...

Prediction? Hehehe... dah tentu mengharapkan kejayaan yang disokong kan...

Apapun, kalah atau menang menang adat bertanding. Adakah Germany berjaya menebus kekalahan EURO 08 di tangan pasukan yang sama? Semua bakal terjawab kira-kira jam 4:15 pagi nanti (tanpa mengambilkira tambahan masa jika perlu).

Inilah demamnya... semakin penghujung, semakin kuat demamnya... bagi sahabat-sahabat yang pasukan pilihan telah pulang awal, ini pula masa mereka untuk mula nak memilih pasukan baru dan membuat ramalan dan ulasan pelbagai.

Satu sahaja yang pelik, sahabat-sahabat penyokong pasukan pulang awal ni, seperti berpakat pula untuk provoke lebih-lebih, padahal semasa pasukan mereka masih bertanding, tak pernah pula aku provoke mereka... entahlah... mungkin DENGKI agaknya...

Biasalah, orang demam kan? hehehehe

p/s: ada kawan aku tu, 30 minit sahaja jadi "Setiausaha Sahabat 1Argentina"... hahahaha

Wednesday, June 30, 2010

+ve & -ve...

Sesetengah orang sentiasa memikirkan positif dan negatif tentang sesuatu hal. Tak dinafikan, aku juga sentiasa mengambilkira baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu. Kadangkala, ianya melangkaui masa dan tahun, sama ada tindakan hari ini akan menjejaskan atau memberikan keuntungan dalam tempoh yang panjang.

Ada masa juga, kita terpaksa membuat sesuatu keputusan segera, tanpa mengambilkira implikasinya pada masa depan. Bagi yang merancang pula, pastinya baik buruk telah diambilkira sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ada ketikanya, kita sengaja meminta pendapat kedua, sama ada untuk mengesahkan dan mendapat sokongan akan keputusan yang telah kita ambil... atau inginkan pendapat kedua, yang tidak terfikir oleh kita semasa berfikir untuk bertindak sebelum ini.

Ada masanya pula, kita menerima pendapat tanpa diundang. Pendapat ini biasanya kita kurang ambil peduli kerana merasakan orang yang memberikan pendapat itu, tidak tahu situasi sebenarnya, namun kita dengar juga sekadar mengambil hati.

Sering kita terjumpa, seseorang yang sentiasa 'ada sahaja dalihnya' bagi sesuatu benda yang kita rasakan mudah sahaja penyelesaiannya.. jadi fahamilah, sebenarnya kita tidak mengetahui masalah sebenar orang itu semasa kita memberikan pendapat, dan orang itu pula tidak menceritakan sepenuhnya sebelum ditanya pendapat kita. Jadi, banyaklah dalihnya.

Positif dan negatif juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Dan boleh juga tindakan positif yang kita ambil hari ini akan menjadi negatif dalam tempoh yang panjang. Dan boleh juga sebaliknya.

Jadi, dimana perbincangan ini hala tujunya? Sekiranya hal positif boleh menjadi negatif... manakala negatif juga boleh menjadi positif? Malah ada juga yang bertindak tanpa memikirkan positif atau negatif, tetapi menggunakan naluri...

Itulah persoalannya... sama ada kita bertindak menggunakan logik positif atau negatif (hasil akal dan pengalaman) atau bertindak mengikut naluri (hati)?

Pening.. aku pun dah pening... korang fikir-fikirlah...

Yang baik jadi ILMU, yang tak baik jadikan pengetahuan sahajalah yee...

Jumpa lagi

Mana Sambungannya?

Hehehe... aku mulakan dengan gelak dan senyuman..

Beberapa rakan bertanya, di mana sambungan CAP AYAM bagi episod ke enam?

Aku katakan sengaja dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada Demam Bola Sepak Piala Dunia... sambungannya dah ada dalam laptopku ini...

Mereka sangkakan aku merajuk dari menyambung kerana komen negatif tentang Cap Ayam.. ohh tidak, tiada istilah merajuk dan emosi... kalau semua tak suka baca, aku tetap akan post juga sebagai komitmen kepada blog ini, juga kerana ianya juga adalah hobi aku sendiri...

Ada juga yang mencadang supaya aku membuat cerita manusia pula.. yelah, sebelum ni kisah kambing dalam Dunia Joni.. sekarang Cap Ayam pula yang berkisah tentang ayam... hendak cerita manusia pulak ye?

Cerita manusia ni.. hmm.. cerita apa? kisah korporat? kisah percintaan? kisah konflik keluarga? Dah banyak kot... dalam tv melambak... Tapi cerita haiwan (yang sebenarnya gelagat dan konflik seperti manusia) belum banyak kan? Kalau pembaca bijak, pasti akan ketemu kaitan Dunia Joni dan Cap Ayam dengan kisah manusia...

Oklah, kita beri laluan kepada Demam Bola dulu ye... nanti lepas final, kita sambung Cap Ayam.. Insya Allah..

p/s: masih menanti novel percintaan saudara letssharehere... resolusi di kopitiam belakang tesco ampang... :-p

Monday, June 28, 2010

Demam Bola...

Seperti dijangkakan, majoriti berbicara tentang bola sepak sekarang ni... semuanya gara-gara bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang ni.

Bola sepak (atau sukan) bolehlah dikatakan telah menjadi satu industri. Sebab itulah, banyak negara akan melobi untuk menjadi tuan rumah pelbagai jenis kejohanan, daripada Piala Dunia, Olimpik, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea (sekadar menamakan beberapa kejohanan).. malahan Sukan Malaysia juga negeri-negeri berlumba-lumba untuk menjadi tuan rumah.

Semuanya disebabkan keuntungkan dan promosi yang bakal diperolehi hasil penganjurannya, sama ada melibatkan keuntungan wang atau keuntungan nama baik dalam jangka panjang.

Kembali kepada demam bola sepak Piala Dunia, ramai memiliki pasukan yang digemari. Sekurang-kurangnya satu, malah ada juga yang mempunyai sehingga tiga pasukan pilihan. Maklumlah, kalah satu, ada lagi dua... betul tak?

Kemeriahan Piala Dunia ini, tersebar ke serata dunia, walaupun pasukan kebangsaan sendiri tidak menyertainya. Pelbagai isu lain, diketepikan seketika, bagi memberikan laluan kepada demam yang sedang melanda ini.

Seperti pernah aku tulis sebelum ini, KONTROVERSI? NASIB DAN SUKAN (klik utk membaca semula), Piala Dunia kali ini juga tidak dapat lari dari unsur-unsur sedemikian. bagi yang telah mengikuti perlawanan-perlawanan Piala Dunia kali ini, pasti telah mengetahui beberapa keputusan kontroversi yang telah berlaku..

Sebenarnya, itulah asam garam dalam sukan. Menang dan kalah adalah adat pertandingan sukan. Bagaimana ianya berlaku sahaja sering dipersoalkan. Apapun, inilah yang akan terus diperkatakan sehingga demam ini hilang dan kehidupan kembali sediakala..

Jumpa lagi..

Tuesday, June 22, 2010

Tukaq...

Nak post, buntu idea... bukan buntu sangat pun sebenaqnya... taktau nak mula macam mana...

Sumpahan blogger kecilan melanda...

Rasanya semua biasa kena... Bila meninggalkan blog seketika untuk urusan lain, bila kembali akibat terlalu banyak nak cerita, terus jadi malas... hahahaha

Tapi, setakat ni, paling jaguh sumpahan ni, biasalah... joetiffa la, siapa lagi... maklumlah, dia pun dah tak suka blog-blog ni... nak layan FB sahaja... takpe, pilihan masing-masing...

Sekurang-kurangnya, dengan entry dia selama ni, yang 50% menceritakan tentang anakanda Daniel dia tu, bila budak tu boleh membaca kelak, dia tahulah bahawa bapanya seorang blogger juga suatu masa dahulu... bolehlah dia tahu bapanya rindukannya semasa bertugas di Lembah Kelang... dan bila sudah 'bergabung' (?) kembali, bapanya tidak perlukan lagi blog itu untuk meluahrasa kepadanya lagi...

Hahahahaha.... tukaq..tukaq... jangan kacau joetiffa... nanti dia marah... hahahaha...

Wednesday, June 2, 2010

Komen Tentang Cap Ayam...

Salam,

Aku telah menerima beberapa komen, sama ada positif ataupun tidak tentang eTelenovela terbaru yang menemui tuan puan pembaca yang budiman melalui blog ini. Komen yang positif tidaklah perlu aku ulas, namun aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melayan 'rapuan' aku dalam cerita tu.

Bagi yang membandingkan Cap Ayam dengan Dunia Joni pula, suka aku nyatakan anda akan perolehi satu perbandingan yang ketara. Dunia Joni adalah sebuah kisah yang sama sekali berbeza dengan Cap Ayam, genre juga berbeza.

Dunia Joni dan Cap Ayam sengaja dikarang sedemikian rupa, dengan plot-plot yang berlainan. Pembaca yang gemarkan kisah percintaan dan masalah keluarga, mungkin lebih menggemari Dunia Joni, yang lebih 'ringan'. Manakala mereka (atau aku seorang sahaja) yang gemarkan kisah kongsi gelap, dunia mafia dan konspirasi mungkin pula akan andaikan Cap Ayam lebih menyegarkan.

Apapun, aku mohon maaf andainya Cap Ayam kurang memenuhi selera tuan puan sekalian. Mungkin juga baru lima episod di postkan, menyebabkan ada yang tercari-cari ke mana hala tuju cerita ini (memang itulah sepatutnya berlaku bagi kisah bergenre sebegini - tidak tahu apa yang berlaku seterusnya - seperti juga kematian, kita tidak tahu bila ianya akan tiba).

Walau bagaimanapun, aku akan terus menulis selagi mampu. Mungkin akan ke tema percintaan pula selepas ini... apa kata anda?

Terima kasih kepada semua...

Cap Ayam - Episod 5

Tak siapa menduga...

CAP AYAM - EPISOD 5

Bertempiaran ekor-ekor Breng melarikan diri mereka sebaik sahaja nampak gerombolan Siki dan ekor-ekornya dari keluarga Sambora. Pasti ekor-ekor Breng itu tahu, pasti mereka juga telah menduga, dan pasti mereka juga telah bersedia menantikan ‘kunjung balas’ dari keluarga Sambora, hasil kejahatan mereka membaling sarang kerengga tadi.

Tapi hairannya, walaupun keluarga Breng sebenarnya tidaklah sebanyak mana, tetapi ketika gerombolan Sambora sampai, hanya empat ekor sahaja yang melarikan diri... kelihatannya seperti ekor-ekor yang lain telah diminta bersembunyi lebih awal.

“Hampeh... lengang pula kampung puak Breng ni... macam tahu-tahu pula kita nak serang...”, Siki berkata, ada sedikit bunyi kecewa dalam suaranya... Niat awal untuk bermandi darah, nampaknya tidak kesampaian.

“Kumpulan satu dan dua, periksa sekeliling kalau-kalau ada jerangkap samar... kumpulan tiga dan empat mari ikut aku!”, arah Al Nana. Memang Riki tahu, Al Nana amat berkebolehan dalam ilmu perang. Dia seperti telah mahir selok belok bertempur. Mungkin pengalamannya banyak membantu... Setahu Riki, Al Nana dulu pernah ditetaskan di sebuah kem tentera, sebelum diseludup keluar ketika usianya baru seminggu. Mungkin sedikit-sebanyak darah ketenteraan mengalir dalam tubuhnya...

Riki lega, selepas hampir 10 minit di perkampungan Breng, tiada pertumpahan darah yang berlaku. Walau dia juga agak marah dan geram dengan tingkahlaku keluarga Breng, namun Riki sebolehnya tidak mahu permusuhan berpanjangan. Permusuhan hanya akan merugikan mereka sendiri. Memang akan beroleh kemenangan dan peghormatan, tetapi terdapat ‘harga’ tertentu yang terpaksa dibayar.

“Jom kita balik...”, ajak Siki.

Maka gerombolan mereka pun terkedek-kedek pulang semula ke perkampungan mereka. Tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan pulang... Mereka juga melangkah dengan penuh berhatoi-hati dan berwaspada takut terdapat jerangkap samar yang sengaja dipasang oleh keluarga Breng.

Setiba mereka di perkampungan, mereka amat terkejut melihat tiga buah rumah lagi dibaling sarang kerengga... Kali ini melibatkan rumah Coron, Pandin dan Brento. Rupanya serangan pertama hanyalah satu perangkap bagi membuatkan semua jantan keluar ‘berperang’. Hanya yang tinggal adalah para betina dan anak-anak yang tidak mampu melawan.

Riki lihat semua betina dalam ketakutan, terutamanya isteri Coron, Pandin dan Brento. Betina-betina yang lain mengerumuni ketiga-tiga isteri malang itu dan menunjukkan simpati yang amat sangat. Setelah diperiksa, tiada kehilangan nyawa berlaku, Cuma anak-anak mereka bengkak-bengkak badan akibat digigit kerengga.

Sekarang, empat rumah telah diserang kerengga, termasuk rumah Al-Nana yang telah diserang lebih awal. Seperti Riki jangkakan, abangnya, Siki mula naik barannya.

“Ini sudah melampau!!! Memang keluarga Breng mahukan permusuhan... memang tidak boleh dibiarkan lagi...” Siki bersuara.

Memang Riki setuju dengan kata-kata Siki itu. Riki juga amat marah dan geram. Nampaknya keluarga Breng telah dapat mengagak para jantan akan membalas dendam. Dan sebab itulah juga, cuma ada empat ekor sahaja di perkampungan Breng sebentar tadi... semuanya telah dirancang. Di kala bapanya, Don Sambora tiada, ketika itulah keluarga Breng mengambil kesempatan menyerang. Mereka tahu Siki seekor yang panas baran... dan kekurangan inilah mereka gunakan untuk menyerang dan menunjukkan kelemahan keluarga Sambora. Riki tahu ada seseekor yang membocorkan maklumat Don Sambora tiada di perkampungan hari ini... nampaknya masih ada pengkhianat dalam keluarga ini....

bersambung...

Thursday, May 27, 2010

Maaf... Tanya Orang Lain....

Salam,

Satu benda yang aku kurang gemar ialah apabila seseorang kawan bertanyakan perihal kawan yang lain kepada aku. Sebagai contoh, A jumpa/bersembang dengan aku, tetapi dok bertanya tentang X... apa X buat sekarang, X kerja mana, X sihat ke dan sebagainya.

Kadang-kadang bukan aku tak tahu X di mana, apa X buat... tetapi bila A mula bertanya soalan yang lebih mendalam tentang X, aku mula tidak selesa... sebabnya aku takut jawapan aku tu silap dan menyebabkan A bersangka tertentu terhadap X, dan membuat persepsi tentang X berdasarkan jawapan aku tuh...

Jadinya, sebagai langkah selamat, aku hanya menjawab soalan asas sahaja, contohnya "setahu aku, X rumah kat Sungai Buloh", "entah, kerja tempat lama lagi kot" atau "aku pun dah lama tak jumpa dia". Lebih-lebih dari itu, aku malas nak bagitau, sebabnya mungkin X hanya bercerita dengan aku, untuk pengetahuan aku semata-mata.

Juga untuk mengelak memberikan maklumat yang silap seperti aku nyatakan tadi, yang mana kadang-kadang aku mendapat tahu mengenai X bukan secara primer, tetapi sumber sekunder dari pihak lain yang aku rasakan tidak perlu aku ulas atau beritahu kepada A.

Apapun, ada pengecualian mengenai 'polisi' aku ni, terutama melibatkan hal-hal serius; contohnya "ehh... hang tak tahu ke, X masuk hospital dah 2 bulan", atau lain-lain maklumat yang sepatutnya semua kawan tahu.

Jadi, oleh itu... sekiranya aku jawab tak tahu apabila ditanya soalan tentang orang lain, andaikan sahaja aku malas nak bercerita tentang orang lain atau paling mudah, memang aku tak tahu!

Jumpa lagi... :-)

Tuesday, May 25, 2010

Kawan Lama...

Sekali sekala bertemu kawan lama, memang menyeronokkan. Tambahan pula jika kawan itu telah lama tidak berhubungan malah boleh dikatakan terputus hubungan sekian lama. Maka banyaklah hal yang hendak diceritakan, banyaklah perkara untuk dikenang, banyaklah juga kenangan untuk disingkap.

Kesibukan dan rutin harian yang berbeza, telah menyebabkan aku dengan beberapa kawan lama boleh dikatakan terputus hubungan. Ada yang menjangkau sehingga puluhan tahun. Maklumlah, ada yang begitu rapat di sekolah rendah, apabila masing-masing membawa haluan sekolah menengah, maka persahabatan terputus tanpa disedari, sambil membina persahabatan baru, di tempat baru.

Bukan masing-masing tidak mengingati satu sama lain, namun seperti aku nyatakan di atas; kesibukan dan rutin seharian serta melalui fasa lain dalam kehidupan menyebabkan kita terasa sukar untuk menjejak semula kawan-kawan lama. Padahal, ada masa tertentu, kita pasti akan terkenang kawan, sahabat kita itu dahulu.

Perkara ini merupakan lumrah bagi kita. Aku beranggapan dan berpendapat, suatu masa nanti kita pasti akan bertemu semula dengan kawan-kawan lama, sama ada dirancang atau secara kebetulan. Bagi yang berusaha, pasti lebih cepat untuk menjejak kawan-kawan lama walau di mana sahaja mereka berada.

Suka untuk aku menarik perhatian, kewujudan Facebook yang menjadi satu fenomena dewasa ini, hampir memudahkah kita untuk menjejak kawan lama. Bukan niat untuk mengiklan Facebook (sebab bukannya dibayar pun) tetapi inilah salah satu cara yang membolehkan silaturahim bertaut kembali setelah sekian lama terpisah.

Disebabkan Facebook juga, aku dapati semakin banyak majlis-majlis reunion di atur semasa kelumpuk tertentu yang berkaitan. Mungkin dari kelas semasa sekolah, hinggalah reunion bagi mereka yang pernah bertugas dibawah satu bumbung. Perkongsian maklumat dan bertukar pendapat juga rancak berlaku sehingga kita merasakan kawan-kawan berada berdekatan sahaja dengan kita walau hakikatnya cuma bersembang di alam maya.

Begitu juga halnya dengan kelas aku semasa di SPM dahulu seperti telah aku ceritakan terdahulu. Kami berjaya bertaut kembali di dalam majlis reunion dengan ceria dan gembira. Dari situ, dapatlah pula bertukar-tukar maklumat, kepakaran atau idea tentang sesuatu perkara. Boleh pula tolong menolong, menjalin kerjasama dan sebagainya bagi yang menjalankan perniagaan. Hasilnya memang membangga dan menyeronokkan!

Bayangkan, rakan sekelas yang hampir 15 tahun tidak bertemu, tidak bertegur sapa, masih boleh bersembang, bergelak ketawa dan usik mengusik seperti 15 tahun dahulu, walaupun kita semuanya telah dewasa, berkeluarga dan pengalaman yang berbeza.

Aku tidak menafikan malah bersyukur apabila dapat bertemu dan berhubung kembali dengan rakan-rakan lama. Jika dahulu aku merasakan agak rendah diri memandangkan pencapaian dalam kerjaya tidaklah seberapa, namun sekarang aku ketepikan semua perasaan itu kerana tiada siapa yang akan memperkecilkan satu sama lain. Siapa yang kurang akan dibantu, sekadar termampu. Siapa yang lebih pula, tidak lokek untuk bertukar pendapat agar kawan lama juga beroleh kejayaan.

Dalam berkawan, aku sentiasa berpegang kepada prinsip baik kepada semua orang. Orang kata hidup umpama roda, kita tidak tahu bila kita akan di atas atau bila kita akan dibawah. Mungkin sedikit pertolongan yang kita hulur semasa zaman sekolah dahulu seperti cuma meminjamkan pensel, akan dikenang oleh pihak yang dibantu sepanjang hayatnya. Mungkin kita tidak mendapat balasan dari orang yang sama, namun percayalah mungkin pihak lain akan membantu di kala kesusahan.

Kadang-kadang juga, aku merasa pelik dengan sesetengah kawan aku yang bertanya "hang berkawan lagi dengan si polan?" dengan nada pelik. Bagi aku mudah sahaja. Jangan pelik dengan siapa aku berkawan, kalau anda tidak berkawan dengan orang itu. Aku berkawan bukan sebab sesuatu kepentingan, aku berkawan sebab aku mahu berkawan. Biarlah bukan jumpa seminggu sekali, biarlah bukan setahun sekali, mungkin tak jumpa langsung, tetapi aku tidak pernah menyingkirkan seseorang dari senarai kawan.

Perubahan zaman, perubahan status dan perubahan persekitaran telah menyebabkan kawan-kawan lama sukar dijejak. Walau apapun, aku amat menghargai sebarang usaha untuk menemukan semula kawan-kawan lama. Kerana tanpa kita sedari, kita sebenarnya bersaudara di antara satu sama lain malah boleh pula membaca fikiran masing-masing :-)

Cap Ayam - Episod 4

Bila mereka juga bersifat kita....

Cap Ayam - Episod 4

“Ekor-ekor Alo Breng dah melampau!”, mula Siki.... kalau manusia, pasti disebut orang-orang, bukannya ekor-ekor...

“Siapa? Kenapa?”, tanya Riki, takut-takut kerana tidak tahu cerita....

“Itulah, Al Nana nampak mereka dua-tiga ekor baling sarang kerengga ke dalam rumahnya.....”, sambung Siki.

“Betul... aku yakin.. aku nampak Chiko Breng pun ada sama... kurang ajar betul... habis anak-anak aku menangis kena kerengga.... Siaplah korang nanti!!!”, bentak Al Nana pula... marah benar nampaknya. Yelah, rumahnya dibaling kerengga, sarang pula tu... pasti jenuh isterinya hendak mengemas. Mana nak tengok anak-anak lagi, mungkin ada yang cedera...

“Ayah dah tahu belum?”, tanya Riki pula....

“Ayah takde... dia pergi Timur dengan Tesi awal pagi tadi... Jumpa Papa Andon... Mana nak sempat beritahu... kita kena serang sekarang juga ni!!! Hutang kerengga mesti di balas kerengga!!!” Siki menaikkan semangat pengikut Don Sambora. Baru Riki teringat bahawa ayahnya dua hari lalu telah memberitahunya dia akan ke Timur atas urusan perniagaan berjumpa Don Andon.

“Sekejap-kejap.... nanti dulu....” Riki berkata, dan semuanya berhenti berjalan.

“Apa lagi?”, soal Siki.

“Kita tidak boleh bertindak melulu... Kita tidak boleh membelakangkan Don Sambora... kita kena tunggu arahannya... mungkin dia mempunyai perancangan yang lain... Ataupun mungkin kita tangguhkan dahulu sementara Ayah balik...”, cadang Riki.

“Kau nak tunggu apa lagi? Rumah Al Nana dah kena serang... kalau kita tak ajar mereka, mungkin malam ni rumah aku, rumah kau, rumah ayah juga akan kena... walaupun rumah kita sama sebenarnya, tetapi sengaja aku sebut satu persatu biar panjang dan nampak betul-betul marah!!! Apa, kau takut ke? Kau tak simpati kepada Al Nana? Kau nak biarkan ekor-ekor Breng tu tunjuk lagak?”, merah padam muka Siki mengingatkan nasib yang menimpa Al Nana...

“Jom lah... kita serang mereka... bagi mereka tahu sikit tentang urusan keluarga Sambora!!! Siapa takut, jangan ikut!!!” sambung Siki.

Riki tahu mereka semua tengah marah. Riki tahu abangnya itu seekor yang panas baran. Makin dihalang, makin menjadi pula dia. Ayahnya sahaja yang boleh menasihatinya, kalau ekor lain, jangan haraplah...

Riki mengikut juga gerombolan diketuai Siki itu menuju perkampungan Alo Breng... Memang Riki marah, memang Riki simpati apa yang berlaku kepada Al Nana... tetapi Riki sedar, bertindak tanpa arahan Don Sambora ibarat ingkar kepada arahan Don itu sendiri...

Namun Riki mengikut juga gerombolan itu agar tidak dikatakan pengecut, agar tidak dikatakan tidak simpati, agar tidak dikatakan membelot rakan setaraf sendiri... Dan sememangnya Riki telah bersedia untuk bertempur... Perjalanan ke tempat Alo Breng digunakan sepenuhnya untuk mengumpul kemarahan, kebencian, kemeluatan dan kehanjingan terhadap keluarga Breng...

Dan pastinya, dengan gerombolan lebih 50 ekor dari pihak keluarga Sambora, dengan diketuai Siki dan dibantu Al Nana dan Riki, pertumpahan darah dan pematahan leher keluarga Breng tidak dapat dielakkan lagi.....

bersambung lagi....

Friday, May 21, 2010

Nak Bercuti...

Ya... aku nak bercuti. Dah lama tak bercuti.. kerja..kerja..kerja..

Jadi untuk meningkatkan stamina dan memulih tenaga dalaman dan luaran, aku akan bercuti dari tugasan harian bermula hari ini (21 May hingga 23 May)... tak lama pun, tiga hari saja (dua hari setengah sebenarnya sebab secara rasmi akan start cuti jam 12 tengahari nanti)... :-)

Lokasi dirahsiakan... hanya aku seorang tahu setakat ni... sekejap lagi akan jadi dua orang tahu iaitu isteri aku... hehehe... dia pun tak tahu lagi kami akan ke mana sekejap lagi...

Apapun, harapnya plan percutian kami ni berjalan dengan selamat supaya kedua-dua kami dapat rest... sebelum kembali menyambung tugasan masing-masing minggu depan...

Ok... selamat bercuti...

p/s: kalau sesapa sms/call tak dapat tu, jangan marah ye... maklumlah... nak masuk hutan... mungkin tak ada coverage... :-p

Wednesday, May 19, 2010

For Old Time Sake...

Salam semua,

Hampir seminggu juga aku tak bersembang2 dengan blog aku ni. Alasan biasa: busy dengan tugasan... Maklumlah, ada masa boleh online 12 jam sehari... ada masa yang lain pulak online cuma sejam dalam dua belas hari... hehehe

Walaupun aku tak bersembang2 kat sini, tapi aku mengikuti juga perkembangan kawan2 yang sama-sama berblog ni..

Kategori Blogger

Fulim : tahniah kerana berjaya menggemgam 'kembali' henpon padu itu... jaga bebaik... jangan hilang lagi!!!

Hardiness : dengan masalah PCnya... dah selesai kan bro? Anda memang mantap! Dan satu pesanan: kawan2 sentiasa mendengar rintihan anda... be strong... dekat atau jauh, kami sentiasa sedia mendengar dan membantu sekadar mampu...

Maya : Alhamdulillah dugaan wabak H1N1 berjaya dilepasi... Tapi... kembalilah... cepat2 la pulihkan ideamu itu... hehehe

Joe : Tahniah!!! andalah antara blogger paling kering idea... hahahahaha

Kategori Bukan Blogger

Ben : semua akan ok... lebih teruk dari itu pun kita pernah tempuh kan?

Bakaq : hahahaha... aku dah try dulu idea hang tu...

Oklah... aku tetap aku.. korang semua tahu siapa aku...

Jumpa lagi :-)

Cap Ayam - Episod 3

Kisahnya telah bermula...

CAP AYAM - EPISOD 3

Chon memang telah lama menjadi ahli kanan Don Sambora. Ramai kenal Chon sebagai seekor ahli kanan yang garang. Dalam banyak operasi keluarga, Chon yang akan mengetuainya, terutamanya yang melibatkan pertumpahan darah. Chon sentiasa dilihat sebagai seekor jeneral perang yang sukar ditandingi.

Namun, tiada siapa menyangka bahawa Chon juga sebenarnya seekor yang licik juga. Chon telah berkrompomi dengan Alo Breng untuk menguasai bahagian utara yang selama ini milik keluarga Sambora. Namun pakatan mereka telah dapat dihidu oleh Don Sambora melalui pengaruhnya, dan sebab itulah Riki ditugaskan menghapuskan Chon.

Memang mana-mana keluarga amat inginkan pengaruh dan kuasa bagi satu-satu bahagian. Pengaruh dan kuasa ini akan menjadikan keluarga itu dihormati dan disegani. Keluarga yang berkuasa juga berhak untuk memungut hasil bagi keseluruhan bahagian. Tertakluk juga kepada budi bicara ketua keluarga sama ada ingin berkongsi hasil dengan keluarga-keluarga kecil lain atau tidak. Manakala keluarga lain di dalam bahagian pula seharusnya menurut sahaja kata putus dari Don yang berkuasa, dalam kes ini; bagi bahagian Utara ianya adalah Don Sambora.

Walaupun mempunyai kuasa mutlak dan pengikut yang ramai, Don Sambora seekor ketua keluarga yang adil dan boleh dibawa berunding. Beliau biasanya akan berkongsi hasil dengan lain-lain keluarga, selagi mereka patuh dan taat kepadanya. Ada juga kes-kes terpencil, Don Sambora menghulurkan bantuan kepada keluarga dari lain-lain bahagian sama ada Selatan, Timur atau Barat yang datang bersahabat dengannya, dan biasanya keluarga-keluarga kecil inilah yang menyampaikan maklumat tertentu kepada Don Sambora tentang pergerakkan Don di bahagian mereka.

Situasi yang sama juga Riki rasakan sedang berlaku dalam keluarga Breng, di mana Riki mengesyakki mereka ditaja oleh Don dari bahagian yang lain untuk menentang Don Sambora. Ianya biasa berlaku dalam urusan mereka. Maruah boleh dibeli bila-bila masa sama ada secara sukarela atau secara ugutan. Namun biasanya ianya berlaku secara paksaan. Mereka akan memberikan ‘tawaran’ yang sukar untuk ditolak.

Riki juga tahu begitu. Keluarganya juga pernah memberikan ‘tawaran’ yang tidak dapat ditolak ini kepada pihak lain sehingga pihak tersebut terpaksa akur dengan permintaan atau hajat yang dikehendaki. Riki tahu, ayahnya, Don Sambora pernah menyuruh Tesi berjumpa dengan jurulatih pasukan debat disekolahnya suatu masa dahulu untuk ‘berunding’ agar Riki boleh menjadi ahli pasukan debat... dan Riki tahu Tesi telah membuat ‘tawaran’ yang pastinya tidak dapat ditolak... hasilnya Riki beroleh keahlian pasukan debat, malah sekiranya silap bagaimanapun, jurulatihnya tidak pernah memarahinya...

“Riki...!!! Riki...!!!”

“Riki!! Oii Riki!! Kau pekak ke apa?”

Terganggu lamunan Riki disergah begitu. Rupanya abangnya, Siki yang memanggilnya... rupanya agak cemas......

“Ada apa?” Riki tidak mahu terus mengelamun, menyahut panggilan abangnya itu...

“Cepat siap... kita ada urusan... Al Nana dah menunggu lama... puas aku mencari kau, rupanya kau di sini... Jom lah cepat!”, balas Siki...

Riki tidak mahu menanjangkan perbualan, takut dimarahi pula nanti.... Mereka lantas bertemu Al Nana yang telah sedia bersama lebih 50 ekor askar bawahan yang lain... Ke mana tujuan, apa urusan, Riki tidak berani bertanya, cuma mengharap akan diberitahu dalam perjalanan kelak....

bersambung....

Tuesday, May 11, 2010

Selepas 15 tahun...

Dari kiri: Shawal (suami Aizan), May (mendukung Humaira), John, Kamal (suami Eel - juga x-QBerian) dan Jan

Seperti dirancang, pada 8 Mei yang lalu, aku telah menghadiri satu sesi perjumpaan semula - reunion kelas Filasuf semasa di tingkatan 4 dan 5 dahulu. Lokasinya di Old Town Kopitiam, Ampang Point.

Hmm... apa yang boleh dikatakan? Selepas 15 tahun, ini kami kali pertama rasanya mengadakan perjumpaan secara rasmi - dan ianya berlangsung dengan meriah, walau hanya lapan orang daripada 19 ahli Filasuf yang hadir. Apapun, kehadiran dengan pasangan masing-masing dan junior2 telah menggamat suasana, tanpa rasa malu kami bergelak ketawa mengimbau kenangan lalu...

Ohh... inilah keluarga aku dulu... semasa aku jauh di perantauan. Inilah sahabat2 aku dulu, semasa bertarung menuntut ILMU. Dan inilah juga sahabat2 yang telah mencorak sebahagian hidup aku sekarang.

Memang perjumpaan semula ini boleh dikatakan berjaya. Sebabnya, baru 2 hari berlalu, sudah ada ura-ura untuk mengadakan sesi perjumpaan semula yang lebih terancang, walau tarikh dan lokasinya masih belum dimuktamad, namun inilah hasilnya apabila segala kenangan lalu memainkan peranan dan menguasai suasana. Kenangan yang pastinya sukar dilupakan yang telah ditempuhi bersama...

Kepada sahabat2 lain yang tidak dapat hadir Sabtu lepas, doakan reunion part 2 akan menjadi kenyataan... Insya Allah...

Cap Ayam - Episod 2

Dunia mereka... kadangkala ada pada kita...

CAP AYAM - EPISOD 2

Keluarga Sambora merupakan antara empat keluarga yang berpengaruh di daerah ini. Mereka menguasai bahagian Utara. Bahagian Selatan dikuasai oleh keluarga Tunpun. Timur dikuasai keluarga Andon manakala Barat pula dikuasai oleh keluarga Onban.

Riki sedar, untuk menguasai sesuatu bahagian di dalam sesuatu daerah, pelbagai halangan dan dugaan terpaksa ditempuh oleh bapanya. Banyak pertumpahan darah dan pertempuran terlibat. Banyak nyawa yang menjadi korban. Namun hasilnya amat berkesan. Hasilnya membolehkan keluarganya mendapat prestij, di sanjung dan dihormati. Hasilnya juga, keluarganya mungkin dimusuhi. Hasilnya juga mereka sekeluarga di ajar untuk sentiasa berwaspada kepada ancaman, luar dan dalam keluarga.

Riki masih ingat, bagaimana pada satu malam rumah mereka telah diserang hendap. Tembakan secara rambang telah dilepaskan bertalu-talu ke arah rumah mereka, walaupun tiada jiwa yang melayang, namun Riki sedar itu adalah tindakan daripada musuh-musuh keluarga yang tidak berpuas hati tentang urusan bisnes mereka. Musuh yang cuba mengambil alih kemewahan, prestij dan penghormatan daripada keluarganya.

Kadang-kadang, musuh bukan sahaja daripada tiga keluarga yang lain di dalam daerah ini, malah boleh sahaja dari bahagian yang sama. Tidak dinafikan, di bahagian utara ini sahaja, terdapat keluarga-keluarga baru yang cuba untuk mengambil alih kuasa. Setahu Riki, dua keluarga yang sangat berkehendakkan kedudukan keluarga Sambora ialah keluarga Ablang dan keluarga Breng.

Kadang-kadang, kelakar juga apabila Riki fikirkan, keluarga Ablang dan Breng itu bukannya mempunyai pengikut yang ramai pun, tetapi mereka tetap ingin mensabotaj dan bermusuhan dengan keluarganya. Entahlah, lebih baik mereka bekerjasama dan membina empayar yang lebih besar, fikir Riki.

Riki bukan tidak kenal ahli keluarga Ablang. LuLu Ablang, ketua keluarga Ablang itu dulu merupakan ketua pengawal bagi keluarga Sambora. Tetapi disingkirkan kerana membenarkan ahli bawahan Sambora membawa pulang betina di tengah malam. Mujurlah kesalahannya cuma sekecil itu, kalau tidak pasti nyawanya juga telah melayang. Mungkin inilah yang menyebabkan keluarga Ablang sangat marahkan keluarga Sambora.

Manakala Nina Breng, anak gadis Alo Breng, ketua keluarga Breng bukannya Riki tidak kenal. Nina dan Riki bersekolah di sekolah yang sama, malah Eric Sambora dan Alo Breng pernah duduk bersebelahan semasa hari penyampaian hadiah sekolahnya, tiada pula nampak sengketa mereka. Cuma baru-baru ini, keluarga Sambora mendapat tahu keluarga Breng sedang merangka satu pakatan jahat untuk merampas kuasa keluarga Sambora. Itulah juga sebabnya Riki ditugaskan untuk menamatkan riwayat Chon. Semuanya kerana Chon telah cuba untuk berpaling tadah dari keluarga sendiri dan menjual rahsia keluarga kepada Breng.

Yang pasti, Riki tahu: keluarga Breng sendiri tiada kekuatan dan kebijaksanaan untuk menentang Sambora. Riki yakin, mereka pasti ditaja oleh keluarga lain; sama ada Tunpun, Andon atau Onban untuk menentang Sambora.

Dan inilah sebenarnya tugasan pertama Riki sebagai ahli kanan: menjejaki siapa yang menaja Breng untuk menentang Sambora....

Bersambung...

Thursday, May 6, 2010

Nur Alia Syahira

Ketika baru dilahirkan

Ketika umur satu tahun 2 bulan

Dah pandai ketawa

Dah pandai panjat Pak Ngah

Puas hati la tu...

Itulah anak sedara aku yang kedua...
p/s: Gambar ni bayar hutang semasa aku balik kampung hari tu... Dah janji nak upload...


Lima Fasa...

Sekarang ni aku ada banyak masa senggang - maka sebab tu juga aku terasa nak taip panjang-panjang je... Lagipun mungkin nak cover minggu depan/pertengahan Mei yang aku dah ada tugasan yang perlu diselesaikan dan mungkin tak sempat nak online pun.... Nanti hangpa semua terindu-rindu pulak nak baca coretan aku... kah kah kah (masih dlm mood perasan)

Pendapat peribadi aku, terdapat lima fasa dalam persahabatan yang biasanya akan dilalui oleh seseorang dalam persahabatannya dengan seseorang. Sama ada sama jantina atau tidak.

Aku andaikan FASA PERTAMA sebagai mengenali satu sama lain. Di sini kedua-dua manusia tadi mula untuk berkenalan. Kalau mereka rasakan serasi, mereka akan menuju pula ke fasa kedua.

FASA KEDUA pula ialah kedua-dua hamba Allah ni akan mula berkawan rapat. Hampir segalanya dikongsi bersama, bertukar-tukar cerita, pendapat dan sebagainya. Inilah saat paling best bagi kedua-dua mereka tu...

Malangnya, FASA KETIGA pula ialah bilamana sedikit salah faham menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham. Ditambah pula dengan hasutan iblis dan syaitan yang sememangnya suka melihat manusia bergaduh dan membuat dosa. Kadang-kadang fasa ketiga ini membawa kepada perpisahan dan permusuhan.

FASA KEEMPAT pula aku andaikan sebagai satu fasa bilamana setelah melalui fasa ketiga, kedua-dua sahabat tadi akan berjumpa, terjumpa atau bertemu semula. Mungkin mengambil masa yang lama, bertahun-tahun atau mungkin hanya beberapa hari selepas fasa tiga di atas. Semasa fasa ini, persahabatan mereka akan bertaut kembali - malah lebih utuh dan jitu berbanding sebelumnya. Malah boleh dikatakan mereka akan mampu bertahan sehingga ke fasa kelima...

Walaubagaimanapun, ada juga yang berhadapan dengan fasa ketiga dan keempat ini secara berulang-ulang kali, sebelum menuju ke fasa kelima......

Yang mana, FASA KELIMA aku katakan sebagai fasa terakhir di mana kedua-dua sahabat terpaksa melalui saat akhir seorang yang lain. Mereka terpaksa berpisah selamanya - hanya meninggalkan kenangan indah yang mampu dikenang oleh seorang lagi. Kadangkala - fasa kelima ini ditempuh bersama-sama - maka itulah yang selalu dikatakan hidup mati bersama.

Namun, harus diingat, ada juga dikalangan kita yang kurang bernasib baik - selepas fasa ketiga, tidak sempat untuk menjengah fasa keempat - terus sahaja menempuh fasa kelima... menyesal pun tidak berguna lagi, hanya doa sahaja yang mengiringi...

Kesian... dan sekian :-)

Tuesday, May 4, 2010

Kisah Kawan Aku Part 4

Masih ingatkah kalian dengan kawan aku yang sorang ni? Yelah... yang aku ceritakan dalam KISAH KAWAN AKU, KISAH KAWAN AKU PART 2 dan KISAH KAWAN AKU PART 3

Kebetulan baru-baru ini, dia telefon dan mencari aku - nak ajak berborak katanya. Kebetulan juga, aku tengah lapang masa tu, aku pun tanpa 'segan silu' sudi melepak minum-minum dengannya. Maklumlah, hampir setahun jugak tak jumpa mamat ni... nak tahu juga apa cerita dia...

"Hidup lagi hang ya... ingatkan dah arwah!", ayat pertama terpacul dari mulut aku sebaik bersalaman. Dia cuma tersenyum sahaja. Lain pulak lagaknya kali ni. Kalau dulu, pantang ditegur, siaplah akan ada sahaja jawapan atau bedilan pedas daripadanya. Gayanya pun nampak lain macam, nampak lebih yakin pulak aku nampak.

"Alhamdulillah la... Tuhan panjangkan lagi umur aku... supaya dapat jumpa hang lagi...", serius juga jawapan dia.

"Apa cerita?", aku tak sabar nak tahu tujuannya - sebelum dia berleter dan berceramah lebih panjang - yang juga kadang-kadang berjangkit kat aku seperti aku lakukan sekarang ni... Nak cerita pasal kawan aku, bukan nak cerita pasal aku... hehehe

"Macam-macam... hang ingat lagi tak budak sekolah kita dulu... Salim...?", tanya kawan aku...

"Ingat, apa pulak tak ingat... Salim pendiam tak banyak cakap tu... yang asyik teringat kampung halaman tu kan... yang sekelas dengan kita tu... kawan baik hang tuh... apa pulak tak ingat. Kenapa dengan dia?"

"Baru ni aku jumpa dia... lepas hampir 20 tahun tak jumpa dia... itupun dia yang usaha cari aku... tak sangka dia sekarang dah tak macam dulu lagi..." kawan aku memulakan cerita. Aku diam sahaja untuk bagi peluang dia sambung sambil menghirup nescafe o panas...

"Tak sangka aku akan jumpa balik dengan dia... yelah berapa lama tak dengar cerita... tup-tup dia dapat no telefon aku... terus call aku... kaget juga aku... sebelum ni pun memang aku cuba jugak cari dia, tapi puas aku tanya member-member kita - semua kata tak tahu..."

"Hang tak bersungguh cari kot? Lain kali buat la iklan dalam surat habaq..." aku cuba mengusiknya....

"Hahahaha.... banyak duit aku nak buat iklan... Isshhh hang ni potong la, biaq aku cerita... hang minum saja... kalau nak makan - order... aku belanja..." amboi... seronok sungguh kawan aku ni nampaknya... Lepas tu banyak lagi dia cerita, sambil aku menyuap mee goreng.

Katanya, Salim dah berkeluarga, dah ada anak. Kalau dulu, semua tahu Salim ni memang seorang yang tak banyak bercakap... pendiam sangat... jarang-jarang bercakap walaupun beliau sebenarnya seorang Pengawas sekolah kami dulu... kawan aku dan Salim ni memang berkawan baik... bagaimana mereka bermula, tak pula aku tahu... tapi alih-alih memang semua tahu mereka ni berkawan baik... Tapi kawan baik jantan dengan jantan lah ye... tak lebih dari itu... Kalau Salim tu perempuan, dah tentu mereka berutus surat dan bertukar-tukar hadiah... pasti mereka digosipkan sebagai pasangan bercinta.... kami semua tahu... jangan pikir lain pulak... hangpa ni kena cakap bagi jelas baru nak paham!!!

Apa yang kawan aku ni amat terasa Salim dah banyak berubah dari seorang yang pendiam kepada seorang Salim yang baru ialah bilamana Salim katanya Salim sanggup datang dari kampung semata-mata nak berjumpa dengannya di KL tempoh hari. Datang sekeluarga pulak tu... Kalau dulu si Salim ni, nak ajak keluar ke pekan pun bukan main susah. Cakaplah macamana pun, takdenya dia nak ikut kami keluar pekan... Ini tidak, sanggup datang dari jauh, semata-mata... di ulang semata-mata nak jumpa kawan aku ni...

Bila kawan aku ni bercerita, teringat aku tentang kata-kata isteri aku... "people change"... lantas tanpa segan silu, aku menggunakan ayat yang sama kepada kawan aku ni mengenai Salim. Aku bagi contoh dirinya juga, kalau dulu susah nak dengar bertutur dengan sopan, tapi sekarang, kena provoke pun relaks sahaja...

Yelah, memang aku tak nafikan, manusia boleh berubah, sesuai dengan persekitaran, gaya hidup, pergaulan, usia dan lain-lain faktor yang tak dapat aku fikirkan sekarang. Pernah juga terjadi kepada diri aku sendiri... bilamana seorang sahabat yang telah lama tidak bersua, lama tidak berjumpa, lama tidak bertanya khabar dan lama tidak mengetahui nasib masing-masing, telah boleh muncul semula tanpa ragu-ragu untuk menyambung semula persahabatan yang lama terputus. Terputus bukan sebab bergaduh, bukan juga kerana bermasam muka, tetapi kerana peralihan zaman dan lokasi yang jauh....

Apapun, kawan aku kata, dia amat hargai pertemuan semula tu. Dan aku faham perasaan dia tu yang tentunya gembira dan kalau boleh macam-macam nak ceritakan kepada Salim. Pasti cerita mereka berkisar tentang cerita alam sekolah dan juga cerita hampir 20 tahun yang mana mereka terputus hubungan.

Apapun, aku doakan semoga pertemuan semula kawan aku dengan Salim tu akan terus berpanjangan walaupun mereka sebenarnya telah mempunyai hidup masing-masing dan mempunyai komitmen tersendiri. Orang kata berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali dan berkasih biar satu dan aku bersetuju dengan ungkapan itu.

Seperti aku dan kawan aku ni juga... boleh dikatakan hanya setahun sekali berjumpa, namun hubungan kami seperti adik beradik dan dirasakan sebahagian diri aku ada dalam dirinya....

Sesi minum kami hari tu memakan masa hampir dua jam... sebenarnya aku terharu juga, sebab tak pasti bila pula akan dapat bertemu kawan aku ni... last jumpa pun bulan Mei tahun lepas, dah memang setahun pun...

Apapun, ungkapan 'people change' bermain di minda aku...

Cap Ayam - Episod 1

SEPERTI DIJANJIKAN, IANYA TELAH DIPAPARKAN...

CAP AYAM - EPISOD 1


“Harap kau faham, ini bukan peribadi, ianya adalah urusan kita. Urusan yang telah kita pilih...” dan Riki terus mematahkan leher Chon. Tidak berapa lama kemudian, Chon terkulai dan mati begitu sahaja.

Riki sedar, Chon adalah rakan yang sebaya dengannya. Malahan mereka juga berasal dari kampung yang sama. Riki tidak gentar, Riki tidak gusar dan Riki tidak takut melakukan apa yang dia lakukan sebentar tadi. Ianya sudah menjadi alah bisa, tegal biasa baginya.

Apa yang penting, Riki tahu dia hanya menurut perintah. Sejak memilih ‘jalan’ ini, Riki tidak dapat lari dari menerima arahan dan menurut perintah dari pihak atasan. Apa saja yang diputuskan, wajib dilaksanakan. Jika tidak, dia sendiri yang mendapat bahananya.

Itulah yang terjadi kepada Chon. Sebenarnya Chon yang tersilap langkah. Dia yang mengkhianati keluarga sendiri. Dia yang tergamak menggadai urusan keluarga sendiri kepada keluarga lain. Dia pengkhianat, dan pengkhianat sepertinya perlu dihapuskan.

Itupun bukannya Riki yang pandai-pandai membuat keputusan. Riki hanya menurut perintah. Dan setiap perintah wajib ditaati. Jika tidak, tunggu sahaja balasannya kelak. Dan setiap arahan datangnya terus dari ketua keluarga. Walaupun penyampaian arahan bukan secara terus disampaikan oleh ketua keluarga, ada pihak kedua yang menjadi pengantara, namun Riki tahu arahan menamatkan riwayat Chon telah diputuskan oleh ketua keluarga.

Riki sedar, sejak dari awal sejak memilih pekerjaan ini, dia akan terikat dengan arahan dan urusan keluarga. Ketaatan kepada ketua keluarga menjadi pegangan. Kesetiaan kepada keluarga menjadi amalan.

Memanglah ketua keluarga yang dimaksudkan adalah bapanya sendiri, Eric Sambora. Jika tidak, masakan nama penuh Riki akan menjadi Riki Sambora. Ibunya pula Kina Sambora. Dan seingat Riki, bapanya telah memberi pilihan kepadanya dulu, sama ada untuk mengikut jalan keluarga ataupun memilih haluan sendiri. Dan Riki masih ingat, tanpa berfikir panjang, dia mencium dada bapanya dan memilih jalan keluarga. Dan sejak itulah dia tidak dapat berpatah balik lagi.

“Ayah, urusan Chon telah selesai”.

Riki melaporkan urusannya sebentar tadi kepada Eric Sambora. Disebelah Eric Sambora kelihatan Siki Sambora iaitu abang Riki dan Al Nana. Sebenarnya Siki, Al Nana dan Chon adalah ahli kanan Eric Sambora, sekarang tinggal Siki dan Al Nana sahaja memandangkan Chon telah dihapuskan.

Turut kelihatan sahabat setia Eric Sambora iaitu Tesi dan Comeng. Keduanya Tesi dan Comeng telah agak berusia, mungkin sebaya dengan Eric Sambora. Semuanya memerhatikan Riki yang melaporkan ‘kejayaannya’ itu tanpa berkata apa.

“Bagus anakku. Mulai sekarang kau ambil alih tempat Chon dan menjadi ahli kananku yang paling junior. Taraf kau telah aku naikkan mulai hari ini”, balas Eric Sambora, tegas dan padat.

“Terima kasih, DON SAMBORA”, Riki menunduk dan mencium dada Eric Sambora.

Diikuti oleh Siki, Al Nana, Tesi dan Comeng. Semuanya mencium dada Eric Sambora tanda mentaati ketua keluarga itu dan tentunya sebagai menghormati keputusan Don Sambora.

Dan hari-hari Riki pasti berbeza selepas ini apabila dinaikkan pangkat sebagai ahli kanan kepada Don Sambora.....

bersambung....

Monday, May 3, 2010

Cap Ayam - Pengenalan

Assalammualaikum,

Seperti dijanjikan, seperti dinantikan, satu lagi eTelenovela akan muncul dan dipancarkan melalui janjanos.blogspot.com

Dengan sebuah lagi kisah menarik yang diberi judul Cap Ayam.

Setelah memperkenalkan Dunia Joni yang berkisar tentang para kambing di kandang pak Maarof, kini janjanos cuba pula membawakan kisah para ayam pulak dengan judul Cap Ayam.
Cap Ayam merupakan sebuah kisah bersiri yang berkisar tentang masyarakat ayam; yang juga mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Jika Dunia Joni lebih berkisar tentang percintaan Joni dan Sarah, Cap Ayam pula cuba lari dari tema percintaan dengan membawakan tema yang lebih serius, lebih dramatik dan lebih membingungkan... (mungkin).... apa yang serius? apa yang dramatik? apa yang bingung? Temui jawapannya dalam Cap Ayam!!!

Ianya tidak lama lagi akan dipancarkan melalui blog ini... mungkin petang ini, mungkin pagi esok... bila2 masa sahaja lagi, setelah tertangguh hampir setahun...

Selamat membaca eTelenovela CAP AYAM!!!

Thursday, April 29, 2010

Suatu Masa Dahulu...

Bawah, dari kiri: Apek, Zaidil, John, Apiz, May, Janjanos, Syah, Raja
Atas, dari kiri: Nik, Rena, Eel, Liyana, Cikgu Yati, Saadah, Fazlin, Zura, Aerol, Ija, Aizan, Husna

Suatu masa dahulu, 15 tahun lepas inilah rakan-rakan sekelasku semasa di MRSM Kuala Berang, Terengganu (QBer). Gambar ini diambil semasa meraikan hari terakhir Cikgu Yati (Prinsip Akaun) di QBer.

Di Maktab inilah, buat pertama kami aku tinggal di asrama, jauh pulak tu... nun di Pantai Timur. Semasa di tingkatan empat, roomate aku ialah Zaidil, May dan Raja. Manakala semasa di tingkatan lima, aku sebilik dengan John, Raja dan Apek.

Aku berada di kelas F semasa di QBer. Mulanya, kelas kami ini dikenali sebagai Fambulously (Famous, Fabulous, Friendly)... nama kelas yang rekacipta memandangkan tiada nama khusus disediakan bagi setiap kelas selain dari A, B, C hingga G.

Di penghujung tingkatan empat, pengurusan Maktab telah menetapkan nama khusus bagi setiap kelas. Bermula dengan Amanah, Bersih, Cemerlang, Dedikasi, Elit, Gemilang dan kelas kami telah dikenali sebagai FILASUF. Maka bermulalah identiti kami sebagai ahli Filasuf, 19 orang semuanya... (pada awalnya 24 atau 25 sebelum ada yang berhenti atau bertukar ke kelas seni)...

Di sini, kami dilihat sebagai satu kelas yang unik. Masakan tidak: setiap kali public speaking semasa morning roll call, satu tajuk akan diberikan saban minggu untuk diucap dan dihujahkan oleh setiap wakil kelas. Seorang wakil kelas akan keluar dan berucap berkaitan tajuk yang ditetapkan. Namun, apa yang pasti apabila tiba giliran hari Filasuf, pasti ramai akan tertunggu-tunggu 'persembahan' daripada kami kerana kesemua pelajar lelaki akan naik ke pentas untuk melakonkan/menyanyikan sesuatu berkaitan topik. Biasanya tepukan gemuruh akan kami dapat.... dan awek2 kelas kami pun tidak perlu risau untuk disuruh berucap kerana budak2 lelaki akan sapu semua topik public speaking!!!

Antara 'persembahan' kami yang tidak dilupakan ialah berkaitan topik keganasan Serb dan ajaran sesat... serta beberapa lagi persembahan seperti "tiru gaya pemimpin", malam kesenian, nasyid dan pelbagai lagi.

Antara lagu kami yang pasti dikenang warga QBer seangkatan kami seperti lagu Kapal Layar dan lagu Serb, juga persembahan Michael Jackson di PSP...

Ada juga 'persembahan' kami mengundang air mata terharu para guru, seperti yang kami lihat di mata Puan Akmah, guru bahasa Inggeris bilamana dalam satu sesi presentation (yang turut mengundang rakan2 kelas sebelah tanpa dijemput) - telah dilihat mengesat mata: bagi kami ianya tanda beliau berpuashati dengan apa yang kami sampaikan yang turut mendapat tepukan gemuruh rakan-rakan jiran yang tidak diundang itu... :-)

Masih segar juga diingatan apabila kami menjadi pasukan kempen bagi John dan Zaidil semasa pilihanraya Badan Wakil Pelajar (BWP) dengan corak kempen yang 'berlainan' dari calon-calon lain: juga mendapat perhatian dan pujian Cikgu Tuan Hussein (ketua warden dan guru Geografi) - hasilnya John telah berjaya berada dalam BWP manakala Zaidil tidak berjaya.

Ohh... indahnya apabila dikenang kembali zaman itu. 15 tahun telah berlalu dan ahli Filasuf telah membawa haluan masing-masing. Mungkin ada yang selalu berhubungan di antara satu sama lain, namun untuk mengumpulkan sekali kesemua 19 ahli Filasuf, mungkin agak sukar direalisasikan.

Apapun, tanggal 8 May 2010, kami bercadang untuk mengadakan reunion secara rasmi pertama kami, 15 tahun selepas meninggalkan QBer. Semoga reunion nanti akan menjadi pemangkin kepada hubungan silaturahim sesama kami agar terus rapat dan tidak terputus begitu sahaja. Semoga ianya juga menjadi batu loncatan untuk aktiviti-aktiviti lain yang boleh dirancang, sesuai dengan masa, tenaga dan lokasi ahli Filasuf.

Sekian

Monday, April 26, 2010

Nantikan...

Setelah meraih peminat tersendiri melalui DUNIA JONI, JANJANOS bakal menghidangkan eTelenovela terbaru yang akan dilancarkan dalam masa terdekat...

Ianya telah tertangguh hampir setahun... disebakan penapisan yang ketat badan-badan yang berkaitan...

Rujuk SINI untuk mendapat sedikit gambaran...

Selamat menanti... ianya tidak lama sahaja lagi... dalam proses akhir sekarang....

Nombor...

Malam tadi telah diumumkan keputusan pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor...

BN mengalahkan PKR dengan majoriti 1725 undi...

Hehehe... kawan2 kalau nak baca ulasan, sila pi blog lain yer... aku nak cerita pasal 1725 tu.. yelah, tajuk entry pun nombor...

17 April hari penamaan calon manakala 25 April ialah hari pengundian...

Dan parti yang menang, menang dengan majoriti 1725 undi...

Kebetulan? Lucky number?

p/s: jangan main nombor ramalan, haram! berdosa!

Monday, April 19, 2010

Yang Menarik Perhatian...

Alhamdulillah, aku masih diberikan nafas untuk terus berada di muka bumi ini. Syukur juga kerana kalian penjenguk juga diberikan kesempatan untuk membaca setelah klik memilih blog ini.

Dua tiga hari lepas ada beberapa berita yang menarik perhatian aku. Bermula dengan aktiviti penamaan calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada hari Sabtu. Apa yang menarik perhatian aku ialah bertandingnya dua orang calon bebas iaitu Johan Mohd Diah dan VS Chandran. Apa yang menarik, Johan adalah ahli UMNO manakala VS Chandran adalah ahli MIC yang sedang digantung keahlian. Kedua-dua mereka ini khabarnya akan dipecat dari parti masing-masing dalam tempoh terdekat kerana bertanding sebagai calon bebas.

Pandangan peribadi aku, mungkin terdapat beberapa faktor yang boleh dihuraikan tentang kejadian ini. Apa yang pasti, mereka berdua pasti akan mendedahkan mengapa mereka 'perlu' bertanding dan membelakangkan parti sendiri (UMNO dan MIC adalah dalam komponen Barisan Nasional yang meletakkan calonnya - P. Kamalanathan dari MIC)

Cukup cerita itu, tidak mahu mengulas lanjut kerana anda boleh membaca ulasan di lain-lain blog. Terima kasih.

Berita kedua yang menarik perhatian aku ialah tentang kemalangan maut yang menimpa seorang artis iaitu Achik Spin. Kemalangan telah berlaku di susur keluar Pajam/Nilai di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) telah meragut nyawa artis tersebut serta menyebabkan kecederaan parah kepada sepupunya yang turut berada di dalam Toyota Estima yang dipandu Allahyarham.

Dalam kemalangan ini, kereta tersebut telah terbakar setelah melanggar signboard susur keluar tersebut. Diberitakan kereta telah rentung. Walau bagaimanapun, Allahyarham telah meninggal dunia sebelum kenderaan terbakar dan kedua-dua mangsa sempat dikeluarkan dari kenderaan tersebut sebelum ianya terbakar. Lihat gambar DISINI

Nampaknya, sedar atau tidak sejak kebelakangan ini kita (aku) telah membaca dan mendengar banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan yang terlibat telah terbakar. Mungkin secara kebetulan atau sebab-sebab tertentu seperti bahan bakar yang digunakan, tidak dapat aku huraikan. Ianya hanya berlegar di fikiran.

Perkara ketiga yang menarik perhatian aku ialah bagaimana dalam persaingan merebut kejuaraan EPL, persaingan sengit di antara pasukan Chelsea dan Manchester United (aku bukan penyokong mana-mana pasukan EPL, cuma kalau ada kesempatan aku akan menonton - maklumlah pakej sukan ASTRO telah mahal, alang-alang ada pakej sukan, layan sajalah bila mahu).

Yang menarik perhatian aku ialah keputusan perlawanan hujung minggu lepas. Chelsea telah tumpas kepada Spurs 2-1, manakala gol pada masa kecederaan Man Utd telah merapatkan perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan kepada satu mata sahaja. Pasti penyokong kedua-dua pasukan ghairah untuk menantikan kesudahan persaingan musim ini yang cuma berbaki tiga perlawanan lagi bagi setiap pasukan kalau tak salah aku. Satu lagi pasukan yang dua-tiga minggu lepas berpeluang untuk merebut kejuaraan liga iaitu Arsenal, diberitakan telah mengangkat 'bendera putih' dalam perebutan ini.

Inilah tiga kejadian atau peristiwa yang menarik perhatian aku dua tiga hari lepas.

Sekian, jumpa lagi...

Monday, April 12, 2010

Ceritera...

Hampir 2 minggu aku tidak menulis dalam blog sukaramai ini (perasan). Dalam tempoh tersebut (posting terakhir 30 Mac), pelbagai peristiwa berlaku, sama ada enak atau tidak untuk ditempoh. Ada yang boleh diceritakan, ada juga yang perlu disimpan untuk mengelakkan aib orang lain, walaupun kalau diikutkan, mahu sahaja aku ceritakan berserta gambar si pelaku untuk tatapan umum.
Kelas aku semasa SPM ingin mengadakan perjumpaan semula pada 1 Mei 2010 nanti. Setelah 15 tahun meninggalkan alam persekolahan, masing-masing membawa haluan dan hala tuju yang berbeza, dan inilah inisiatif yang diambil untuk merapatkan kembali ukhwah sesama Filasuf 94/95...
Dalam membangkitkan mood kawan-kawan, aku telah dengan 'rajinnya' membuat dan menerbitkan satu video khas untuk mengabadikan kenangan Filasuf. Boleh di layari di laman YOUTUBE... KLIK SINI UNTUK MENONTON
Kisah yang lain pula, aku juga ingin menguar-uarkan bahawa aku memerlukan seorang pembantu kedai bagi melicikan operasi kedai.... Hal ini akan aku iklankan melalui http://mozalgroup.blogspot.com kelak...
Lain-lain hal... hmm... Kedah tumpas pada perlawanan akhir Piala FA melalui penentuan tendangan penalti kepada Negeri Sembilan. Sebenarnya kami berbangga kerana sebuah pasukan yang tidak diberikan harapan kerana pelbagai masalah, hingga berlakunya tuntutan pemecatan jurulatih, berjaya melangkahkan kaki ke perlawanan akhir... malah memberikan saingan sehingga tendangan penalti!!! Bangga aku menjadi anak Kedah... walau kalah, kami semua berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan... dan ini mungkin petanda kebangkitan semula pasukan bolasepak HijauKuning...
Pulun Kedah Pulun

Tuesday, March 30, 2010

Balik Kampung...

Hari Sabtu, 20 Mac, jam di kereta menunjukkan 6.28am, aku dan isteri bertolak balik ke Alor Setar. Dalam kesejukan subuh, kami telahpun terjaga lebih kurang 4.45am, mengemas barang, mengemas diri tetapi mengambil keputusan untuk bergerak selepas solat subuh yang mana pada pukul 6.00am pada hari itu...

Sebenarnya, plan asal ialah untuk bertolak pada malam sabtu (hari jumaat - malam) tetapi ditangguhkan ke awal pagi sabtu demi memastikan badan betul-betul segar... maklumlah, sejak kebelakangan ni, pukul 11 lebih saja dah mula rasa mengantuk...

Baik, tujuan balik kali ini, disamping sudah hampir 4 bulan tak balik (last balik kenduri Hafiz, bulan Disember) juga untuk merehatkan badan. Sebenarnya juga, plan asal nak balik ialah pada 24 atau 25 Mac, tetapi last minute decision, terjadilah trip awal pagi ni..

Ketika menuruni terowong menora (selepas jelapang), tidak semena-mena sebuah lori menukar lorong ke kanan... "menyeeritt" juga la aku terpaksa brek kecemasan, maklumlah tengah turun bukit, walaupun 'low gear' tapi masih juga laju kan? mujur juga kereta di belakang juga sempat brek... lantas kami selepas itu bersama-sama 'menghon' pemandu lori itu... aku setakat hon sajalah, kereta belakang siap tunjuk penumbuk lagi... fikir diri sendiri saja pemandu lori tu... memang dah terlalu hampir untuk 'kena'... Namun alhamdulillah tiada apa-apa yang lebih teruk berlaku...

Ketika melepasi Taiping, iaitu lebih kurang jam 9.00 pagi, aku menerima sms daripada Saudara Fulim, memaklumkan bahawa ayahandanya Rahim Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 pagi. Innalillahiwainnalillahhirojiun.... terkejut juga mendengar kehilangan ini, memang kami mengetahui arwah tidak berapa sihat... semoga Fulim, Andy dan keluarga keseluruhannya tabah menghadapi ujian ini...

Kami teruskan perjalanan, kira-kira sejam selepas itu, ketika aku menghampiri kawasan Gurun, saudara Izuddin pulak telepon untuk bercakap hal yang sama, pasti dia juga mendapat kiriman sms dari Fulim... tetapi aku tidak dapat melayan panggilan tersebut kerana sedang memandu dan kurang jelas butir percakapan Izuddin, tapi aku tahu dia cuba bercakap perihal pemergian ayahanda Fulim...

Aku dan isteri sampai di rumah Alor Setar kira-kira jam 11pagi (selepas singgah di sebuah kedai kek untuk beli kek kepada anak sedara aku - birthday pertama pada Februari - hehehehe... lewat la Pak Ngah ni kan?)

Tiada apa aktiviti istimewa yang boleh diceritakan, kami betul2 cuba bercuti bersama keluarga sahaja sambil melayan karenah anak-anak sedara, si abang dah pra sekolah manakala si adik baru setahun. (gambar nanti2 la aku upload!!!)

Hari Isnin, lebih kurang 2.30pm, kami pun bertolak balik semula ke ibu kota.... Hujan hampir sepanjang negeri Perak... Jadi slow-slow sajalah.... Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah lebih kurang jam 9pm... Maaf juga kepada Fulim kerana tak dapat memenuhi jemputan majlis tahlil malam tadi...

p/s: gambar-gambar akan menyusul kemudian...

Tuesday, March 9, 2010

Dalam Kepala...

Orang kata SABAR pun ada hadnya... jangan diuji kesabaran seseorang tu. Ayat ni selalu kita dengar bila ada orang nak bergaduh, cari gaduh atau lain-lain tujuan yang tak dapat aku fikirkan sekarang...

Tapi bagi aku, Orang yang PALING SABAR ialah orang yang dapat terus bersabar MELEBIHI "had" yang selalu digambarkan itu....

:-)

Thursday, February 25, 2010

Just When I Taught I Was Out....

They pull me back in!!!

3 minggu lepas, seorang sahabat zaman sekolah datang kepadaku dan mencadangkan sesuatu kepada aku dan minta bantuan aku untuk aturkannya... Tapi tidak bolehlah aku dedahkan siapa dan apa tugasan tu, namun apa yang pasti ianya LEGAL!!! So jangan bimbang ya kawan-kawan...

Ianya berkaitan masa depan sahabat ini dalam satu bidang yang diminatinya... Juga survivornya dalam bidang berkenaan, dan mungkin juga tempiasnya akan kena kat aku juga sedikit sebanyak sekiranya menjadi kelak...

Benda yang dia minta tolong tu agak berat dan perlukan banyak pengorbanan juga la... tapi sebab aku dah pernah berpengalaman sikit dalam benda-benda macam ni, mungkin itu sebabnya dia approach aku kot... tak pun sebab aku salah satu cabang yang boleh bagi dia bantuan tu... yaa... mungkin juga... orang bijak biasanya akan minta bantuan dari pelbagai cabang tanpa perlu mendedahkan kepada pihak yang lain... kalau dia belum terfikir taktik ni, akan aku cadangkan kat dia nanti... (sebab tu aku suka menulis, idea aku akan bercambah - iklan)

Apapun, bila dia cerita kat aku objektif dia dan minta bantuan aku, lantas aku terimbau (terkenang) kembali tugasan-tugasan aku yang berkaitan, dan memberikan dia sedikit idea asas untuk dia bermula. Bukan nak 'masuk bakul angkat sendiri' cuma mungkin aku ada pengalaman dan 'skill' dalam benda yang dia hajatkan itu.

Sebenarnya, sejak 2 tahun kebelakangan ini, aku dah merasakan bahawa 'i'm out of that business' tetapi masih juga mengikut perkembangan semasa berkaitannya... cumanya tidak melibatkan diri secara aktif sahaja kerana aku adalah seperti RONIN... (klik saja kat perkataan ronin tu kalau nak tahu apa tu ronin)

Tapi tiba-tiba seorang yang amat rapat dengan aku, sahabat aku, minta tolong aku. Takkan aku nak menolak? Dia pun tahu aku bukan jenis berkawan sebab nak imbuhan atau kerana pangkatnya, mungkin sebab itu juga dia cari aku. Inilah sebab aku kata "JUST WHEN I TAUGHT I WAS OUT, THEY PULL ME BACK IN" untuk kembali merencana dan menganalisa serta merangka strategi demi sahabat aku tadi...

Mungkin ada yang kurang paham apa benda aku dok mengarut ni... harap maaf la ye... ini kira tempat meluah dan mencari idea juga bagi aku... kalau takda sapa yang paham tu, andaikan sahaja entry ni untuk aku baca sendiri pada masa depan... hehehehe

Ok adios..

Thursday, February 18, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran

18 Februari... hari ulangtahun kelahiran mak - Norma Bt Abdul Aziz
Happy Birthday, semoga panjang umur dan ceria selalu
Dari
Jan & Nurul

Thursday, February 4, 2010

Celcom ohhh Celcom...

Kebelakangan ni, kami menghadapi detik sukar melayari internet selepas jam 8 malam... Untuk pengetahuan, kami menggunakan Celcom Broadband (CB) yang telah dilanggan bagi tahun ketiga tahun ni...

Sebelum ni, agak ok bila surf waktu malam, walaupun kadang-kadang hampeh jugak... tapi kebelakangan ni menyakitkan hati sangat... asal malam saja 'kong'...

Masalah terasa sangat sebab siang aku guna di tempat kerja, standard dia memang agak bagus... tapi bila malam, giliran isteri pulak, mulalah dia (CB) jadi hampeh.... bila CB tu jadi hampeh, isteri pun merungut la tuduh aku sengaja taknak bagi dia pakai... hahahahah dan mulalah aku pun jadi hampeh sebab geram.... hahahhaha

Mula-mula kami jangkakan sebab faktor cuaca... yelah, 2-3 minggu lepas kerap hujan dan berangin time malam.... tapi bila dah tak hujan, CB tu pun sama gak hampeh... mula la aku tuduh penghuni kawasan umah ni dah ramai pakai CB memalam, jadi 'berebut' line...

Tapi masalahnya, mengapa pihak penyedia perkhidmatan tak bersiap-sedia dengan kadar penggunaan yang tinggi? Mana mungkin boleh jadi istilah 'berebut line' sampai menyebabkan jadi slow... Bagi aku, sepatutnya pihak Celcom dari awal lagi sepatutnya menyediakan dan bersiap-sedia seperti setiap orang di Malaysia akan menggunakan perkhidmatan mereka!!! Takkan cuma sediakan 'gelombang' untuk 10,000 orang sahaja (angka sekadar contoh)...

Yelah, korang meniaga... tapi kami sebagai pelanggan tak puas hati... apa kejadahnya??? (bak kata seorang pengacara rancangan ntv7 dahulu, aku dah lupa nama).... tiap bulan korang hantar bil... lambat sehari dua aku bayar korang dah mula sms reminder...

Ni kalau aku email, hantar surat kat korang ni, mahu pulak korang jawab "kami menyedari masalah ini, kami sedang mengatasi..." ataupun "kami cadangkan pihak tuan melanggan pakej yang lebih mahal agar tuan dapat menikmati penggunaan dengan lebih berkesan".... hahahahhahahahaha....

Jadinya, sementara boleh merungut kat blog ni menggunakan CB ni, aku bising kat sini sahaja sebab dah boleh menjangka jawapan yang akan aku dapat... itu kalau dapat jawapan la... kalau depa diam terus... hmmm....

Dalam dok sakit hati ni, mula la survey STREAMYX pulak... memang pakej agak baik, dah memang terbukti streamyx terbaik setakat ni, cumanya kalau pakai streamyx, memang confirm kami pakai internet time malam sajalah... sebab ianya tak boleh mobile seperti CB... walaupun namanya streamyx broadband.... kurang praktikal sebab aku PERLU menggunakan internet di tempat kerja.... (aku bayar sendiri - company tak tanggung... hahahahahha)

pakai dua-dua? siang CB, malam streamyx? huh.... takkan nak tambah hutang pulak kan? jadinya, bersabar sahaja sementara ada perkembangan lain...

penat....

Wednesday, February 3, 2010

Sembang-Sembang...

Salam,

Lama aku tak meleter kan? Asyik buat kuiz saja minggu lepas.... ingan nak sambung kuiz lagi, tapi rehat sekejap la, nak sembang-sembang pulak....

Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu bagi tahun 2010 ni... pasti ramai akan kata cepat masa berlalu... tapi bagi aku sama sahaja putaran masa tu, tetap 24jam sehari, tetap tujuh hari seminggu... tak pernah lagi ia jadi 20jam sehari atau enam hari je dalam satu minggu tuh...

Hari tetap berslilih ganti, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad... tetap TUJUH hari... tiada hari yang tertinggal pun dalam seminggu... Tak tahulah kalau ada orang yang pernah alami, tidur malam hari Isnin, bangun pagi rupanya hari Rabu... tetap bangun pagi akan hari Selasa.... KECUALI kalau orang tu tidur sehingga 30jam... tentu dah hari Rabu.... hehehehe...

Pendapat aku yang tak seberapa ni, ramai orang merasakan masa semakin cepat berlalu adalah kerana disebabkan faktor usia, persekitaran dan kerjaya...

FAKTOR USIA

Pada pendapat aku, semakin kita bertambah usia, semakin kita rasakan semakin cepat masa berlalu. Sebagai contoh, kalau tanya budak2, tentu mereka akan kata lambatnya masa berlalu... nak cepat besar, nak cepat dewasa, nak cepat balik sekolah.... semua mereka rasa lambat... tapi kalau sembang dengan orang lebih dewasa pulak, pasti akan dikatakan cepat masa berlalu... tambah bagi mereka yang bertugas mengikut dateline, pasti terasa cepat sangat masa berlalu sedangkan mereka masih belum sempat menyiapkan tugasan... manakala bagi warga emas pula, kalau tanya mengenai masa ni, lagi cepat masa berlalu bagi mereka.... tambah-tambah kalau menjelang Ramadhan/Syawal... pasti akan kedengaran "cepatnya masa bergerak, rasa macam baru saja abis puasa dan raya, ni nak puasa lagi pulak..." bukan mereka merungut, tetapi mungkin disebabkan faktor usialah... mula untuk mengenang detik-detik penting dalam sesuatu tahun sambil menunggu penamat usia....

Bagi kanak-kanak : Masa terlalu perlahan
Bagi dewasa : Masa pantas berlalu
Bagi warga emas : Masa sangat pantas

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor ini juga memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang tu merasakan masa pantas berlalu atau tidak. Aku ambil persekitaran yang paling mudah sahaja, contohnya dalam satu perlawanan bola sepak (sebab ramai peminat sukan ini). Masa permainan normal mengikut undang-undang FIFA tentunya 45minit-15minit-45mint dan mungkin ada tambahan masa.... Bagi sukan ini, masa perlawanan adalah tetap... tidak berubah... tetapi akan ada dua kumpulan yag merasakan masa cepat atau masa terlalu lambat...

Bagi kumpulan yang sedang mendahului perlawanan : terlalu perlahan masa, bilalah pengadil nak tiup wisel penamat agar kami boleh dinobat dengan pemenang... dah minit 85 ni... boleh ke kami bertahan, 5 minit macam-macam boleh berlaku...

Bagi kumpulan yang sedang ketinggalan : aduh... cepatnya masa berlalu... dah masuk minit 85 dah ni.... sempat ke nak kejar gol yang ketinggalan ni... tak lama 5 minit tu...

FAKTOR KERJAYA

Kadangkala, kerjaya pun memainkan peranan dalam menentukan seseorang itu merasakan masa cepat atau lambat berlalu.

Mungkin bagi seorang guru sekolah, masa dirasakan cepat berlalu kerana mereka mempunyai pelbagai tugasan sepanjang tahun persekolahan.... dari mesyuarat kecantikan sekolah, sukan sekolah, mesyuarat PIBG, mesyuarat itu, mesyuarat ini, mengajar lagi yang memang tugas utama hinggalah menjaga peperiksaan... terlalu banyak benda untuk dibuat sehingga dirasakan terlalu cepat masa berlalu...

Mungkin bagi seorang ahli politik, masa dirasakan sangat-sangat cepat berlalu...semua nak diuruskan... mesyuarat cawangan, mesyuarat bahagian, mesyuarat perhubungan, jumpa penduduk, dengar dan selesai masalah penduduk, hadiri majlis kenduri, kena jumapa Presiden parti... itu-ini... dirasakan cepatnya masa berlalu... nak mengundi pulak dah!!! kalah ke, menang ke? heheheh

Dan mungkin bagi seorang operator pengeluaran kilang pula, syif selama 8 jam dirasakan terlalu lambat masa berlalu... terasa hendak cepatkan jam sahaja supaya cepat boleh habis syif dan pulang ke rumah secepat mungkin...

Operator Kilang: masa terlalu lambat
Guru: Masa Pantas
Ahli politik : Masa terlalu pantas


Jadi, kesimpulan yang aku cipta sendiri masalah ni yang menyebabkan korang membaca ni... aku tetap menyatakan masa tetap masa... putaran bumi tetap sama, 24jam sehari... apa yang menyebabkan ada perbezaan definisi masa cepat atau lambat adalah disebabkan psikologi seseorang itu dalam menghadapi hari dan urusannya...

Tiga faktor yang aku tekankan iaitu usia, persekitaran dan kerjaya merupaka tiga contoh faktor yang dapat aku huraikan dalam ruang yang terhad ini... banyak lagi faktor, cuma cukuplah tiga di atas, sesuai dengan sembang-sembang kita hari ni...

heheheheheheh.....

ada sesiapa yang terasa buang masa baca entry ni?
ada sesiapa yang terasa panjang sangat?
ada sesiapa yang terasa pendek sangat, boleh dipanjangkan lagi?

Tiga soalan diatas ni ada kaitan dengan topik hari ni.. cuba-cuba la pikirkan anda dimana...

Jumpa lagi...

Thursday, January 28, 2010

Jawapan Kuiz JanJanos 3

JAWAPAN 1
Ular Sawa Albino
JAWAPAN 2
Tripod Kamera / Tripod

JAWAPAN 3
Wang Kertas RM50 / Duit RM50
(MESTI ada RM50)

JAWAPAN 4
Menara Eiffel / Effiel Tower

TIADA PEMENANG YANG MENEKA DENGAN TEPAT untuk SIRI 3.....


Reason : jawapan secara general - tak dapat markah penuh...
Hadiah dah meningkat, kaedah menjawab pun kena la meningkat dari sebelum ni, ye tak?

Apapun, TERIMA KASIH kepada yang sudi mencuba.... masih ada lagi yang 'suka' untuk tidak mengikut arahan - jawab di ruang komen post.... bukan shoutbox, bukan fb, bukan sms aku...

Jumpa lagi di Kuiz JanJanos 4.... TUNGGUUUUUUUUU.........



Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!