JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Tenang Fikiran - Ekslusif. Show all posts
Showing posts with label Tenang Fikiran - Ekslusif. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Nantikan...

Setelah meraih peminat tersendiri melalui DUNIA JONI, JANJANOS bakal menghidangkan eTelenovela terbaru yang akan dilancarkan dalam masa terdekat...

Ianya telah tertangguh hampir setahun... disebakan penapisan yang ketat badan-badan yang berkaitan...

Rujuk SINI untuk mendapat sedikit gambaran...

Selamat menanti... ianya tidak lama sahaja lagi... dalam proses akhir sekarang....

Monday, January 11, 2010

Filem: INVICTUS





INVICTUS adalah sebuah filem arahan Clint Eastwood terbitan 2009.

Aku baru saja layan filem ni 3 hari lepas, jadi maknanya kalau dah ada dalam blog ni, mesti ada something yang best la kan? Kira boleh dapat review kat janjanos, kira exclusive la kan? hahahahaha perasan!!!

Watak utama : Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela dan Matt Damon sebagai Francois Pienaar...
Ianya merupakan kisah benar tentang Nelson Mandela yang baru memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dan menghadapi cabaran untuk menyatupadukan rakyatnya yang masih terkesan dengan dasar aparthied (mcm tak betul je ejaan ni)...
Kebetulan pada tahun itu (1995), Afrika Selatan menjadi tuan rumah Ragbi Piala Dunia. Di sinilah Mandela mendapat idea untuk menggunakan pasukan Ragbi Afrika Selatan yang kaptennya Francois Pienaar... pasukan ni sebelumnya tidak diberikan harapan untuk maju lebih dari suku akhir dalam pertandingan tersebut. Peminat ragbi, pasti masih ingat pasukan mana yang menjadi juara piala dunia 1995 kan?
Mulanya aku merasakan akan menonton sebuah filem berat yang akan membebankan otak untuk fikir, tapi rupanya diselit juga beberapa scene yang agak melucukan, sama ada benar berlaku atau tidak aku tak pasti, tapi mampu memberikan mesej bagaimana Mandela dan Pienaar berjaya menyatupadukan seluruh Afrika Selatan.
Kalaulah pemimpin negara kita berupaya berfikir seperti ini, pastinya konsep 1Malaysia akan lebih cepat terhasil. Namun permulaannya seperti telah kita nampak semasa final bolasepak Sukan Sea pada Disember 2009.
HIS PEOPLE NEEDED A LEADER, HE GAVE THEM A CHAMPION...

Wednesday, November 11, 2009

Kerinduan.... (Sajak Buatmu)

Kerinduan kepadamu
Tiga malam berlalu
Aku terpaksa membiarkan engkau jauh dariku
Jauh daripada tempat tidurku
Apakan dayaku
Apalah silapku
Terpaksa membiarkanmu
Tidak terdaya aku
Melihat engkau sebegitu
Walau tiap hari aku menjengukmu
Tanpa rasa jemu
Mengusapmu selalu
Membelaimu selalu
Menangisi nasibmu
Menangisi nasibku

Hati ini rindu
Hati ini sendu
Hati ini pilu
Melihat engaku terpaksa diperlaku
Dibuka bajumu
Ditanggal isimu
Dirobek jantungmu
Direndam pilu
Apalah dayaku
Sekadar memerhati engkau diperlaku

Tiga malam berlalu
Aku menantimu
Tiga hari berlalu
Aku berulang memujukmu
Tiga malam berlalu
Aku jauh darimu
Tiga hari berlalu
Aku sentiasa mendoakanmu

Maafkanlah aku
Andai apa ku laku dahulu
Telah menyakitimu
Telah menghiris jantungmu
Telah menyumbat hatimu
Penyebab kesengsaraanmu
Hingga kau terpaksa jauh dariku
Tiga malam itu
Tiga hari itu
Amat rindu padamu
Amat simpati padamu

Kuanggap ini ujian-Mu
Terhadap dosa-dosaku
Kuanggap ini dugaan-Mu
Menguji ketabahanku
Kuanggap ini rezki-Mu
Yang Kau tetapkan padaku

Ya Allah, Engkau ampunilah aku
Agar berakhir kerinduanku
Agar berakhir gundahku
Aku berserah kepada-Mu
Hanya Engkau Yang Satu

Wahai isteriku
Maafkan jua aku
Andai aku menyusahmu selalu
Andai aku menyebabmu buntu
Andai aku mengundang gudahmu
Berdoalah kita kepada Yang Satu
Agar kerinduan itu
Agar ujian itu
Agar dugaan itu
Agar tiga malam itu
Agar tiga hari itu
Agar sengsara itu
Agar kejauhan itu
Bernoktah selalu

Wahai rinduku
Wahai simpatiku
Wahai hartaku
Cukuplah tiga malam itu
Cukuplah tiga hari itu
Engkau jauh dariku
Aku terpaksa tinggalkanmu
Semoga kita akan bertemu
Akan kunanti kepulanganmu
Engkau akan ku pacu
Engkau akan ku pandu
Setelah tiga malam
Setelah tiga hari
Engkau dibengkel itu

Janos
Rabu, 11/11/09, 1050hrs




Apakan daya, keretaku terpaksa bermalam di bengkel.... tiga hari tiga malam... harap2 hari ni dah siap dibaiki... Kesian dia kan?

Sunday, September 13, 2009

Disebalik....

Semasa aku mengarang DUNIA JONI melalui sekuel Tenang Fikiran - Kisah Bersiri, tidak ramai pembaca atau pengikut Dunia Joni yang memahami apa kisahnya 'disebalik' Dunia Joni. Ada juga pembaca yang merasakan dia memahami apa yang cuba disampaikan namun mungkin hanya 10% sahaja pemahaman itu.

Namun aku akui bahawa sebenarnya pembaca tidak perlu dibebankan dengan terlalu banyak 'disebalik' sesuatu yang disampaikan. Yelah, namanya pun Tenang Fikiran - Kisah Bersiri... mengapa perlu dibebankan fikiran, betul tak?

Tapi itulah sebenarnya keseronokan dalam menulis, apabila kita dapat menyatakan sesuatu dalam bentuk yang lain. Ianya nyata memberikan satu kepuasan yang berbeza dan tersendiri.

Namun apa yang pasti, Joni semakin dilupakan oleh pelayar blog ini. Jika suatu masa dahulu nama Joni, Sarah, Albert dan lain-lain sentiasa dinanti, kini semua itu tidak lagi dikenali. Bagi yang melayar blog ini dari awal, mungkin mereka masih lagi menanti sambungan Dunia Joni bagi menceriakan hari-hari mereka. Namun tidak dinafikan, ada juga yang tidak gemar membaca sesuatu yang panjang seperti episod-episod Dunia Joni dahulu.

Dalam Dunia Joni, kadang-kadang kita terlalu memandang rendah terhadap keupayaan orang lain dan cepat membuat andaian walaupun belum tentu andaian itu betul. Seringkali terjadi konflik apabila andaian awal kita itu menyebabkan pihak lain berkecil hati atau merasa tidak selesa. Dunia Joni juga menggambarkan bagaimana sifat dengki dan busuk hati boleh mengundang malapetaka, sama ada dirancang mahupun tidak.

Elemen kejutan dan sesuatu berlaku tanpa dirancang juga sinonim dengan dunia nyata. Begitu juga kejadian-kejadian kecil hati, musuh dalam selimut dan terlalu leka dengan kesenangan hingga lupa kepada asal usul dan musibah yang bakal menimpa. Inilah sebenarnya ramuan dalam kehidupan yang perlu ditempuh semua pihak, sama ada sedar atau tidak, langsung mahupun tidak langsung.

Semestinya ramuan-ramuan seperti dinyatakan (atau terlupa dinyatakan) akan menceria dan mencorakkan hidup seseorang. Inilah yang dinamakan kehidupan :-)

p/s: Mengapa ada posting ini???

Sunday, July 19, 2009

Malacca Trip 12

EPISOD AKHIR

Ya, Alhamdulillah kami dah selamat sampai di rumah kami di KL... Masuk tol Ayer Keroh jam 1348 tadi... keluar di tol Sungai Besi jam 1505.... dan sampai di rumah jam 1645!!!

Perghhh dekat 2 jam nak lepas dari sungai Besi menghala ke Ulu Kelang nih!!!

Antaranya disebabkan oleh perlawanan bola sepak diantara pasukan Malaysia dan Man. Utd di Stadium Nasional, Bukit Jalil... Jalan lepas tol Sg. Besi nak lepas persimpangan Astro / Bukit Jalil tu memang mencabar perasaan... Dah lepas situ, tempuh pulak Pandan Indah yang memang tempat peberet jem... namun syukur, selamat sampai dah kat umah....

Sampai umah, ikan-ikan yang kusangkakan dah kelemasan, rupanya masih berenang-renang menyambut kepulangan aku... :-)

Ahhh petang ni jugak, ada 2 acara kekeluargaan yang perlu dihadiri, maknanya tak boleh berehat... mandi, tukar baju dan terus keluar jelah...

Destinasi pertama ialah rumah sepupu wife aku di Setapak... anaknya bertunang... so maknanya anak sedara isteri aku lah (anak sedara aku juga) - So, Selamat Bertunang Ruhil Syafinaz (kak lang)! Sebenarnya kami sampai tika majlis dan pun selesai... caterer pun tengah kemas peralatan, namun kami pergi jua walau tahu dah lambat... jenguk muka pun ok kan?

Selesai di Setapak, kami ke rumah maksu pulak dekat Kampung Medan sana tu... untuk satu majlis bacaan yasin dan doa selamat (rujuk posting "Gangguan" sebelum ni)...

Selesai semua, kami sampai balik umah jam 0015 tengahmalam.... penat takyah cerita...

Alhamdulillah, malam tadi dapat juga tidur di rumah setelah hampir seminggu tidur hotel...

zzzz....zzzz....zzzzz....

Malacca Trip 11

EPISOD JONKER WALK


Malam terakhir di Bandaraya Melaka, kami bersiar-siar di Jonker Walk... dekat jer dari hotel penginapan... kira-kira 2 km kalau jalan kaki...

Jonker Walk ni, kalau di KL seperti Petaling Street, Uptown, Downtown dan seumpamanya, cuma mungkin kelainan sikit ialah barangan yang diniagakan ada juga produk2 dari negeri Melaka sendiri dan rasa aku hanya ada satu gerai peniaga berbangsa India menjual vadeh, lain-lain ialah peniaga berbangsa Cina... tak kisah la... asalkan semuanya orang Malaysia...

Pengunjung pula terdiri dari pelbagai bangsa dan negara... Melayu, Cina, India, Omputih, Omhitam, Arab dan lain-lain lagilah... ramai dan macam2 ragam...

Pintu Gerbang Jonker Walk...

Pengunjung melihat dan memilih pelbagai barangan di Jonker Walk
Dalam aku berjalan-jalan tu, sambil memerhatikan kiri kanan nama kedai-kedai yang ada, aku tergamam sebentar melihat satu pintu yang tertera tulisan jawi... ianya berpagar dan berkunci manakala di depannya terdapat peniaga-peniaga barangan.
Aku amati tulisan tersebut, rupanya ianya adalah "Makan Hang Kasturi". Ohhh... sayu sebentar rasa hati mengenangkan tempat bersemadinya antara pahlawan terbilang Melaka dikelilingi oleh suasana hiruk pikuk peniaga dan alunan pelbagai jenis muzik di kawasan sekitar....
Tapi, terfikir dan terdetik juga... adakah Hang Kasturi tu Islam? Minta tolong siapa-siapa yang tahu, bagitahu aku yer.... bukan apa, nak sedekahkan Al-Fatihah je...
Makam Hang Kasturi

Hiruk pikuk Jonker Walk menutup kewujudan makam salah seorang panglima Melaka ini...

Demikianlah kunjungan singkat kami di Jonker Walk.... Disebalik kemeriahan jual beli dan kedai minuman 'lembut' dan keras dan pelbagai barangan cenderamata dan pakaian, terselit satu monumen sejarah kepahlawanan Kesultanan Melayu Melaka...

Friday, July 17, 2009

Malacca Trip 10

EPISOD TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Bahawasanya, dengan ini dimaklumkan bahawa trip ini terpaksa ditambah untuk satu malam lagi memandangkan Puan Nurul masih tidak dapat menyiapkan tugasan beliau pada hari ini.

Ini bermakna, kami akan stay lagi satu malam di negeri Melaka dan Insya Allah akan berangkat pulang esok. Hal ini tidak dapat dielakkan atas sebab dinyatakan di atas.

So malam ni, Soom, bersedialah untuk ngeteh sampai pagi.... hahahaha

p/s: apalah nasib ikan-ikan dalam akuarium kat umah...

Thursday, July 16, 2009

Malacca Trip 9

EPISOD JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN : ASAM PEDAS
Seperti dijanjikan... inilah gambar-gambar makan malam kami sebentar tadi...
Restoran Asam Pedas Pokok Besar, lokasi Taman Kota Laksamana

Juadah makan malam

Isi ikan jenahak


Ikan parang


HARGA KESELURUHAN : RM20.70 SAHAJA (termasuk minuman)

Malacca Trip 8

EPISOD TUKAR HOTEL
Jumpa lagi.... seperti dimaklumkan, malam ni kami menginap di hotel lain.... kali ni dah tak mengadap laut lagi, tapi di tengah town pulak...
Sekejap lagi nak pi dinner kat Asam Pedas Pokok Besar, tempat melepak malam tadi... sedap pulak nampak depa makan.. yang aku dah kenyang kena mee hailam Mas buat tak makan nasi dan asam pedas....
Tiba2 kecur pulak air liur... oklah... nak siap2... tunggu gambar lewat malam ni aku post kalau larat... hmmmm....

Malacca Trip 7

EPISOD JUMPA KAWAN-KAWAN


Malam tadi, setelah 3 hari aku berada di Melaka, aku menerima jemputan Elmi Rizal (Soom) untuk bertandang makan malam di rumahnya di Taman Merak... Menu mee hailam yang disediakan isteri beliau, Mas Hazarina sememangnya menyelerakan....

Juga di rumah, kami diserikan lagi dengan dua putera cahayamata Soom dan Mas iaitu Aiman, 5 dan Arif, 3.... Hampir sejam kami di rumah Soom... terima kasih di atas layanan daripada Soom dan Mas... Terima kasih daun keladi...

Aktiviti normal lepas makan

Tangan kecil di atas kaki Soom tu ialah tangan Arif... ajak masuk gambar sekali, malu lak dia....
Selepas selesai di rumah Soom, aku mengajak Soom keluar minum dan jumpa pula Suhaiman dan Hasif... Setelah hantar wife aku ke hotel, Soom datang pick up aku... Lokasi yang dinyatakan Man ialah Restoran Asam Pedas Pokok Besar, Kota Laksamana...
Maaf, aku leka berborak dan bergelak ketawa sampai lupa nak ambil gambar 'majlis' lewat malam ni.... Banyak juga sempat diborakkan walau masing-masing esok nak kena bangun awal... hingga jam 12.45 pagi juga la... Dari cerita lama-lama, sampai la cerita terbaru masing-masing... dan tentunya semua gelak sampai keluar air mata bila aku start cerita pasal kerja aku sekarang... hahahaha...
Hari ni (Khamis) aku dan wife akan bertukar hotel ke Grand Continental pula... Sengaja dari awal perancangannya begini, nak tukar hotel lain sebelum balik... Tapi sebenarnya kami dah malas nak tukar hotel, namun kelewatan memberitahu pihak Mahkota menyebabkan bilik kami telah diterima tempahan oleh pelanggan lain... tak kisahla...
Semoga ketemu lagi.... salam dari Melaka...

Wednesday, July 15, 2009

Malacca Trip 6

EPISOD PAPAN TANDA


Papan tanda di Mahkota Hotel ini amat banyak membantu para pengunjung. Ianya dengan jelas menunjukkan arah sesuatu bangunan atau tempat terletaknya kemudahan yang di sediakan... Kali ini aku sengaja mengambil gambar papan tanda je... aku tak mau ambik gambar kemudahan tu sebab aku bukannya agen pengiklanan pun.... kalau dapat komisyen lain lah... hehehehehe

Papan Tanda blok-blok penginapan... aku punya FRANGIPANI - WING 2... Rupanya Frangipani ni adalah bunga... baru aku tahu...

Kemudahan-kemudahan rekreasi yang ada. Yang tidak tertulis: mini golf, ping pong table, sauna room, carrom, tennis court, squash court dan pool (yang aku tahu ada lah senarai ni)

Kemudahan lain yang pastinya sesuai untuk dinikmati para pengunjung dari dalam dan luar negara...


Lagi satu, ada Bay Lounge yang ada live band setiap malam kecuali Ahad kalau tak salah aku.... Ingat malam penghabisan nanti nak lepak situ...
Oppsss... baru je ni saudara Hasif (roommate UUM) called... dia pun tengah ada kat Melaka ada meeting dan saudara Suhaiman bagitau aku kat sini... lantas aku pun menghasut lepak Mahkota sebab dia kata belum ada tempat menginap... hahahaha adakah malam ini akan menjadi malam tengok live band???
Hehehehe banyak kali sebab Mahkota, teringat pulak karaoke mahkota kat jalan imbi... kan Joe?

Malacca Trip 5

EPISOD BALAS DENDAM!!!

Hari kedua, wife aku ke opis... aku malas nak lunch sebab dia kata nak balik pukul 3, makan sekali... Aku pun tak lunch... masa dihabiskan dengan membuat kerja kat bilik hotel...

Disebabkan beberapa perkara, lunch kami jadi pukul 4.... perutku dah mula mendendangkan lagu asli... maklumlah dah lama tak karaoke hehehehe....

Kami pi makan dekat jer... dekat area jeti ke Dumai tu.... lauknya aku BALAS DENDAM ambik ketam sekor... harganya... mak aiiii 13 henggittt.... tapi dendam punya pasal, ku gagahi jua...

Lunch kami... maaf kualiti gambar kurang memberansangkan

Kedainya... pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan, Warung Kita dan lain-lain...
Puas melantak di lokasi di atas... kami pun pulang ke hotel... dan aku lagi sekali MEMBALAS DENDAM.... iaitu aktiviti di tempat yang biru-biru tuh.... hahahahaha
"Bestnya layan jakuzi ni... sangat tenang dan melekakan... apalah yang Fulim tengah buat sekarang ni agaknya", getus Janos di dalam hatinya....


Tuesday, July 14, 2009

Malacca Trip 4

LAPORAN PAGI
View ke arah Laut China Selatan dari Balkoni Apartment Mahkota Hotel (tkt 12)

Lagi view dari balkoni, kelihatan Masjid (apa nama tak tau)

TARGET aku for today... yang biru-biru tu... hehehehe





Monday, July 13, 2009

Malacca Trip 3

EXCLUSIVE TO ANDY (HARDINESS)


Secara kebetulan, wife aku beli air di atas di Mini Mart Mahkota Hotel ni sebentar tadi....

Lantas aku cerita kat dia Andy tercari-cari air di atas di merata kedai....

So, Tuan Andy, kalau nak kirim bolehlah.... kat sini harganya RM2.50 setin... disebabkan permintaan tinggi, aku mark up RM3.50 setin.... hahahaha

Malacca Trip 2

EPISOD JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN

Ikan Jenahak Stim

Udang Goreng Tepung

Nasi Lemak

Sebentar tadi kami ke Medan Ikan Bakar Umbai....
Menu malam ni, seperti gambar-gambar di atas....
Harganya RM45.70 (dapat diskaun RM0.70, so genap RM45.00) - tak tau la mahal ke tak... wife aku kata, sebelum ni dengan harga lebih kurang dia makan bersama 4 orang yang lain kat Medan Ikan Bakar Alai....
Apapun, sedap dan puas hati dinner malam ni....

Malacca Trip 1

Sekarang aku berada di Melaka Bandaraya Bersejarah... Menumpang trip isteri aku yang out station sensorang kat sini... so, aku pun tanpa segan silu mengikut dan mengambil kesempatan ni juga untuk menemani beliau di samping menyelesaikan beberapa urusan kerja aku....

Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 11.30 pagi tadi dan sampai di lobi hotel lebih kurang 1.45 petang... Kami menetap di Mahkota Hotel... sengaja pilih apartment type 1 bilik, konon-konon nak bagi macam suasana rumah...

Lepas check in, isteri aku terus ke opis tempat dia kena buat kerja... jadi tinggal la aku sensorang pulak... aktiviti pertama tadi, pi makan dan beli charger henpon (tertinggal kat umah, mujur kami pakai jenis Nokia yang guna charger yang sama jenis)... depan hotel ni ialah Mahkota Parade dan di seberang jalan tu Dataran Pahlawan yang juga merangkumi kawasan pelancongan seperti Eye On Malaysia (yang dipindahkan dari Tasik Titiwangsa) dan Kota A Farmosa...

Kolam hotel ni belum aku 'selami', tapi tadi dah usha-usha kat mana nak ambil towel, kat mana bilik sauna dan lain-lain fasiliti.... hehehehhe

Aku akan berada sehingga hari Jumaat di Melaka... jadi Insya Allah aku akan update aktiviti sampingan aku selain membuat kerja... Suhaiman dan Soom (kawan-kawan masa KMKN) aku dah contact... mungkin depa akan lepak-lepak jika ada masa...

Orait... jumpa lagi...

Tuesday, March 17, 2009

Nantikan....


Ayam Jantan???
Siapa dia ni???
Nantikan.... ianya akan muncul tidak lama lagi di http://janjanos.blogspot.com

Thursday, March 12, 2009

Memori Part 2 - Brucia La Terra

ialah tajuk lagu dari klip youtube di atas....

Bagi yang pernah menonton The Godfather part 3, pasti tahu bila masa lagi ni...

Dan tentunya bagi yang mengikuti The Godfather dari part 1 hingga 3, lagu ini pasti membawa pelbagai emosi, sebagaimana Michael Corleone emosi semasa Anthony Corleone nyanyikan lagu ni...

So, ini liriknya....

Italian

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

L'anima chianci
Addulurata

Non si da paci
Ma cchi mala nuttata

Lu tempu passa
Ma non agghiorna
Non c'e mai suli
S'idda non torna

Brucia la terra mia
E abbrucia lu me cori
Cchi siti d'acqua idda
E ju siti d'amuri

Acu la cantu
La me canzuni

Si no c'e nuddu
Ca s'a affacia
A lu barcuni

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

English

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

My soul crys
Painfully

I'm not at peace
What a terrible night

The time passes
But there is no dawn
There is no sunshine
If she doesn't return

My earth is burning
And my heart is burning
What she thirsts for water
I thirst for love

Who will I sing
My song to

If there is no one
Who shows herself
On the balcony

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

View

Monday, March 9, 2009

Pengumuman Kepada Pengikut Dunia Joni....

Awas!!!

Dunia Joni akan menghampiri penghujungnya...

Jangan ketinggalan untuk mengikuti season finale Dunia Joni... hanya di http://janjanos.blogspot.com

Ianya semakin menghampiri.... dan ianya pasti terjadi.

Monday, February 2, 2009

Adakah Dunia Joni bakal ditamatkan???

inilah persoalan yang bermain di minda aku...

Sebenarnya memang akan sampai masanya Dunia Joni bakal ditamatkan satu hari nanti...

Bagaimana penamatnya?

Apa nasib Joni? Sarah? Albert? Mona? Bob?

Semuanya telah aku rangka... Dunia Joni semakin menuju ke penghujungnya... Itu yang aku dapat katakan... tunggu sajalah.... mungkin lagi 10 episod, mungkin lagi 5 episod atau mungkin cuma lagi 1 episod.... hanya aku yang tahu... hahahahahah

Tunggu.................

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!