JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, October 29, 2008

RM3 Car Wash

Mula-mula beratur la ikut barisan anda... jangan potong barisan... nanti orang marah... nak matikan enjin atau nak pasang air-cond pun takpa... anda tak perlu keluar kereta...

Masa ni.... sedialah... kereta anda akan memasuki hentian pertama, iaitu semburan air.... alat ni pakai sensor, so bila masuk saja, kereta anda akan dibasahi dengan alat pancutan seperti air hujan, atas dan tepi kereta....

Gambar di atas ni semasa pancutan air tu... bila kereta depan dah bergerak, kereta kita pula akan mara ke depan..... untuk pancutan air guna mesin tuh, macam car wash biasa (tiba-tiba lupa pulak istilah)... yang ni guna tenaga manusia (bangla lebih tepat)

Ni masa sabun di pancut ke kereta... lepas sabun, biasa la dia akan sapu sabun ke seluruh kereta.... pastu dia akan sembur air lagi buang sabun (guna perkataan sembur lebih manis dari guna pancut kan?)

Then masuk pulak satu alat macam blower untuk keringkan kereta... masa ni hand brake dan gear kena neutral... biarkan alat ni yang menggerakkan kereta anda....


Lepas dah keluar dari alat "Jangan Tekan Brake" tu... kereta anda akan meluncur terus di depan tu di mana ada pekerja akan mengelap kereta anda secara manual... kalau nak vacum pun kat depan tu la... tambah lagi singgit je pun...

So, selesailah basuh kereta RM3 sebab aku tak vacum.....

Hehehehehe kalau kira nak tepat, kalau berkira sangatlah... kosnya sama juga sebab engine running masa basuh, so kos minyak ada la terlibat...

Lokasi: Jalan Sultanah (Jalan Day), Aloq Staq...
Lebih tepat : Depan Mee Abu Jalan Day, sebelah Shell Taman Uda...

Kreatif Tak Kena Tempat.....



Kejadian ni berlaku pagi kelmarin (semalam orang KL kata), masa pagi aku nak keluar... aku tengok kat cermin depan kereta aku...

"Apa benda pulak merah-merah ni?"

Takkan ada "along" simbah cat kot? Mana ada aku pinjam "along"!!!

Tengok dari dekat, rupanya sambal ikan bilis atas cermin depan aku tu.... Menyumpah je aku dalam hati sorang-sorang kelmarin... Sapa punya kerja lah ni!!!

Dan akhirnya, setelah sebulan lebih kereta aku ni mandi air hujan saja, semalam dia mandi air sabun snow wash....

Sapa punya kerja la ni?

Kreatif tak kena tempat... Buat la kat kereta sendiri....

Kreatif


Lihat Tin-Tin minuman di atas.... tiada apa yang istimewa kan? Apa kejadah Janos dok tangkap gambar tin pulak kan?


Tapi... sebenarnya ia adalah satu hasil kerja kreatif, mungkin dari pihak F&N sendiri... hasilnya......................................................................................................................................





Lokasi : Suria KLCC, Ampang Mall entrance...

p/s: Gambar dah lama aku ambil... 2-3 bulan lepas rasanya... tak sure ada lagi ke tak...


Wednesday, October 22, 2008

Hanya Tuhan Yang Tahu

Kadang-kadang, bila menunggu sesuatu yang belum pasti ni amat menyeksakan... Sebab kita tak tahu apa akan terjadi, apa ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita... Bagaimana nasib kita, untung ke, rugi ke, hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Aku pun dalam situasi yang sama sekarang ni... saban hari menunggu... satu yang aku pasti, aku tahu perkara apa yang aku tertunggu-tunggu, ternanti-nantikan itu... aku pasti perkara yang aku tunggu itu, cuma hasilnya sahaja yang belum pasti... positif atau negatif... lambat atau cepat... tapi jawapannya pasti ada... pasti...

Saban hari aku hanya mampu berdoa kepada yang Maha Esa... semoga penantian aku ni berakhir secepat mungkin... aku tahu secepat mana yang aku mahukan... kalau boleh sekarang juga sebaik menghabiskan ayat ini aku mendapat jawapan itu.... tapi semasa aku menaip ayat yang terbaru ini, jawapan itu belum juga aku dapati...

Mungkin Tuhan mahu menguji aku... Ya, hidup ini penuh dengan ujian... semasa senang mahupun susah... Selalu aku tidak lupa untuk berdoa agar penantian aku berakhir dengan kadar segera... cumanya mungkin Tuhan masih menguji aku kerana mungkin disebabkan kalau ketika hendak sembahyang, aku kadangkala bertangguh... tetapi kalau nak meminta hendak kadar segera hasilnya...

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah... Segala pujian-pujian hanyalah untukMu Ya Allah... Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.... Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui... PerancanganMu amat sempurna Ya Allah... Aku berserah kepadaMu Ya Allah... Engkau permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, October 15, 2008

Menanti Joe...




Seperti yang aku bising2 kat chatbox aku tu, kemungkinan seorang lagi blogger akan lahir dan memeriahkan dan menambah bahan bacaan kita nanti. Beliau kemungkinan akan menyerlahkan lagi bakat penulisan beliau yang terpendam selama ini.


Semoga beliau akan meneruskan niat itu dan merasai asam garam sebagai orang yang ada blog. "Kadang-kadang kita ada bahan nak post, tapi masa takde, idea nak mula buntu, bahan tu terlalu sensitif... tu yang kadang-kadang blog tak update tu..." hehehehehe


Oklah, beliau yang aku maksudkan ialah:

JOE

Nantikan kemunculannya....


Wednesday, October 8, 2008

Dah Raya pun....

Hari ni, 8 oktober... bersamaan 8 syawal... maknanya dah seminggu kita berhari raya... Pasti majoriti daripada kita dah kembali dengan rutin biasa selepas menghabiskan cuti dan meraikan kedatangan syawal... tak dinafikan juga, mungkin ada pengalaman baru yang kita dapat pada sambutan raya kali ni berbanding raya-raya sebelum ini....

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku meraikan hari raya di kampung halaman aku... mana lagi kalau bukan Aloq Staq... juga di tempat aku dilahirkan, Asun, Jitra...

Antara kelainan tahun ni, kembali dapat beraya di rumah Asaq (isterinya blogger - Faizah) setelah beberapa tahun sahabat aku ni di perantauan. Kesempatan di rumah Asaq tu, diambil juga la untuk jumpa kawan2 lain yang tak sempat aku nak pi rumah depa, kira one stop centre juga la.... Kalau nak tengok gambar kami tu, lawat la ke blog isteri Asaq - Faizah... klik saja sini...
Aku tak transfer gambar ke laptop lagi... hahahahah

Oklah... nanti sambung lagi... semoga semua kembali ceria menyambung tugas masing-masing selepas Aidilfitri...

Adios...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!