JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, November 28, 2007

Sandal Asadi Aku

Ini ialah sandal Asadi aku... Aku selalu pakai sandal ni... bukan nak iklan, tapi aku lebih selesa pakai sandal ni atau yang sejenama dengannya sebab aku tak sakit kaki... kalau aku pakai kasut, selalu kaki aku jadi tak selesa, rasa panas semacam saja... jadi aku lebih selesa pakai sandal ni...

Kalau sandal ni rosak, aku akan beli sandal baru yang seangkatan dengannya juga... harganya juga tak sampai RM10, tapi boleh tahan lama...

Sandal aku ni amat berjasa... dia telah pergi ke merata tempat... sampaikan ke Hilton KL pun dia pernah masuk... kaki lain semua dibaluti kasut mahal-mahal, kaki aku saja beralaskan sandal asadi ni... biarlah orang kata apa pun, yang penting aku selesa!!!

Walau bagaimanapun, untuk acara formal, aku pakai kasut la... kena jaga imej juga... imej organisasi yang aku wakili juga... tapi kalau diberikan kebebasan, aku lebih suka memakai sandal ni....

Hhehehehehehhehe

Sunday, November 25, 2007

Police break up Malaysia protest - Dipetik dari Al-Jazeera

Untuk gambar, rujuk ke http://english.aljazeera.net/

Police break up Malaysia protest

The government had banned the protest saying it could inflame ethnic tensions
Malaysian police have used tear gas and water cannon against a protest by thousands of ethnic Indians in the country's largest city, Kuala Lumpur.
Sunday's protest in the shadow of the city's famous twin towers was organised by a Hindu rights group to draw attention to complaints of discrimination against the minority ethnic Indian community.

Many ethnic Indians complain they are marginalised in terms of employment and business opportunities by a government dominated by the majority ethnic Malays.

The protest was the second in two weeks to be forcefully broken up by police.

Earlier this month police used tear gas and chemical-laced water cannon to break up a protest calling for electoral reform.

Ethnic Indians form about seven per cent of the Malaysian population and the protesters say they are given a raw deal by the government.

The Malaysian government has laws which favour the Malay Muslim majority, and many ethnic Indians feel that they are not represented properly.

Al Jazeera's Hamish MacDonald who was on the streets of Kuala Lumpur on Sunday morning said police fired water cannons and dozens of rounds of tear gas into the faces of the protesters, turning the demonstration into a street battle.

Petition
Hundreds of police were deployed to break up the protestThe protesters on Sunday had planned to hand over a petition at the British High Commission, because they feel that problem has its roots in the colonial era when Malaysia was a part of the British empire.

A lawsuit filed recently by the Hindu Rights Action Force (Hindraf) is seeking $4 trillion in compensation from Britain for the estimated two-million ethnic Indians whose ancestors were brought over to Malaysia as labourers in the 1800s.

Organisers had promised the rally would be peaceful, but the Malaysian government obtained a court order banning the protest, saying it risked inflaming ethnic tensions.

On Friday police arrested three leading members of Hindraf, charging them under Malaysia's colonial-era Sedition Act for making what the authorities called seditious speeches at a recent rally.

Roadblocks

In the run-up to Sunday's protest police had imposed roadblocks across Kuala Lumpur and on major highways leading to the city.

Nonetheless the demonstration drew thousands of protesters, many of whom travelled from other cities in Malaysia in defiance of official warnings to stay away.

Estimates put the number of protesters at more than 10,000 and protest organisers say more than a hundred were arrested as the police moved to break up the demonstration.

Some of the protesters carried pictures of India's independence leader Mohandas K. Gandhi while others had banners that read "We want our rights".

Samy Vellu, the government's top ethnic Indian politician and president of the Malaysian Indian Congress, denounced Sunday's protest as "an opposition ploy to smear the government's image."

"We do not support street demonstrations," he said in a statement.

"We have been working within the system to resolve the problems faced by the Indian community.''

Source: Agencies

Pagi Ahad, 25 November 2007

Pagi tadi aku bergerak keluar dari rumah di Setiawangsa kira-kira jam 10.30 pagi, niat asalnya hendak ke sebuah Restoran di Jalan Yap Kwan Seng, hendak sarapan.... Saja-saja nak try sarapan kat situ.... Semasa dok panas enjin tu, terfikir juga, trafik sesak ke tak... maklumlah hari ni dikhabarkan akan ada satu perhimpunan haram di Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang yang diketuai oleh sebuah NGO, HINDRAF....

Melalui keluar dari Jalan Setiawangsa, aku masuk ke Jalan Jelatek... trafik nampak lancar... baguslah... mungkin tiada perhimpunan tu kot.... Semasa berbaris di Persimpangan Jelatek ke Datuk Keramat, kelihatan sebuah kereta peronda Polis sedang stand by di bawah rel LRT di Jelatek tu... kelihatan juga beberapa remaja India jalan berkumpulan ke arah stesen LRT Jelatek... tiada apa-apa yang meragukan...

Membelok ke Datuk Keramat, melalui pasar Keramat dan LRT Keramat, trafik macam biasa, agak sesak dengan urusan orang ramai di sekitar pasar tersebut... Aku meneruskan lagi menuju ke arah LRT Damai... Disini aku mula tertanya-tanya, kelihatan "sahabat-sahabat kita" yang berketurunan India semakin ramai berkumpul... Buat apa pun tak pasti, kelihatan juga beberapa orang Anggota Polis sedang bersiap siaga di kawasan tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku...

Aku teruskan lagi dari situ terus menghala ke simpang Jalan Semarak... Trafik agak sesak di situ, di sebuah warung di tepi jalan aku lihat warung mamak yang sebelum ni tak pernahnya penuh, hari ini penuh melimpah ruah dengan pengunjung, yang aku pasti adalah mereka yang berhimpun untuk tujuan perhimpunan yang dirancang hari ni... Aku mula resah, betul... Niat asal hendak ke Jalan Yap Kwan Seng memang terbantut....

Mana tidaknya, persimpangan Jalan Semarak menghala ke Jalan Tun Razak DITUTUP.... di tepi jalan aku lihat ramai “peserta-peserta” perhimpunan berjalan kaki... Tak tahu la berjalan ada tujuan atau tanpa arah tuju... Dibawah fly over pun aku lihat ramai berkumpul... tak tahu la golongan mana, semuanya nampak seperti menunggu sesuatu... aku terpandang juga beberapa buah bas diletakkan di belakang Bangunan Celcom... pada hemat aku bas-bas iu disediakan oleh penganjur perhimpunan le kot....

Aku membelok ke Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Kampung Baru).... kat sini keadaan rasa aman, mungkin kerana majoriti penduduk Melayu di sini... trafik pun bergerak lancar... Sekarang aku cuma terfikir untuk ke Desa Pandan dan meneruskan niat bersarapan di sana pula setelah niat asal ke Yap Kwan Seng terhalang....

Aku membelok ke Jalan Raja Abdullah dan seterusnya ke Jalan Sultan Ismail.... Semasa di persimpangan Jalan Ampang (Hotel Renaissance / Monorel Bukit Nanas) keadaan nampak sesak semula.... Simpang menghala ke Jalan Ampang ditutup... Dikiri kanan simpang tu aku lihat ramai yang lepak tanpa apa-apa aktiviti (bolehkah aku menyebut bangsa yang melepak???.... tapi rasanya semua faham golongan mana yang aku maksudkan....)

Ada juga anggota Polis yang berkawal.... Kawal lalulintas terutamanya, tak bagi orang masuk ke jalan yang ditutup... Puak-puak yang ramai tadi macam-macam hal... ada yang menjerit (aku tak paham apa yang dijeritkan), ada yang dok lintas jalan suka-suka hati (kereta kena bagi laluan, rasanya semua pemandu BAGI MUKA, tak nak terjadi perkara tak diingini kalau HON puak-puak tu....) Mungkin bagi mereka jalan raya masa tu mereka yang punya, tapi tak tahu berapa banyak sumpah seranah mereka dapat, sebab menyusahkan oang lain....

Aku teruskan lagi, Jalan P.Ramlee menghala ke KLCC juga ditutup.... jadi sekarang untuk ke Desa Pandan aku perlu terus mara ke Jalan Tun Razak (simpang Kelab Golf) melalui Jalan Bukit Bintang... tanpa peduli lagi berapa banyaknya peserta perhimpunan yang berjalan kaki yang aku tak tahu ke mana arah tuju (mereka ni memang jaguh jalan kaki), dengan perut yang minta disarapankan... aku menghala terus ke Desa Pandan dan makan di Mamak Bistro!!!!

Dari Desa Pandan semasa nak menghala balik, melalui Jalan Ampang Hilir, kereta sesak dan bergerak perlahan hingga ke simpang MRR2 / Jalan Ampang... Simpang pintasan Ampang Hilir ke Jalan Ampang (Jalan Richie) juga TUTUP!!! Banyak kereta Polis aku nampak berulang alik... ada juga nampak satu Land Rover Polis lalu dengan bersiren... aku tengok kat belakang Land Rover tu sarat dengan bekas-bekas makanan, fahamlah aku, makanan untuk anggota keselamatan la tu....

Berhampiran Suzi’s Corner (bawah flyover Ampang Point), kelihatan ramai anggota Polis berpakaian preman dan yang uniform sedang berehat (stand by semestinya)... aku tengok juga di atas jalan raya ada macam sampah sarap berselerak (seperti barang-barang yang dilemparkan ke arah anggota keselamatan, TAPI aku harapkan bukan begitu).... Selepas itu, masih ada kelihatan beberapa kumpulan peserta perhimpunan sedang lepak-lepak...

Mengapa aku katakan semua yang aku nampak berkumpul dan berbangsa India sebagai peserta perhimpunan? Maaflah kalau silap, tetapi kalau anda melalui sendiri dan melihat PERKARA-PERKARA yang tak pernah anda LIHAT pada masa-masa biasa, seperti tiba-tiba berjalan kaki ramai-ramai 20-30 orang (mungkin lebih), melepak ramai-ramai seperti di Monorel Bukit Nanas (tak sempat nak bilang, ramai!!!) siapa lagi?? Tentunya MEREKA yang NAK sertai perhimpunan, DIPAKSA sertai perhimpunan ataupun mereka yang NAK TENGOK perhimpunan...

TAPI percayalah, bagi mereka yang TAK TERLIBAT dengan perhimpunan... pastinya banyak urusan yang tergendala....

Berbalik kepada artikel aku “JANGAN BERDEGIL”.... INILAH SUSULAN APA YANG AKU LIHAT pada pagi Ahad, 25 November 2007. Kalau aku yang hanya dapat melalui di PINGGIR-PINGGIR perhimpunan pun dah tak selesa, apa agaknya yang dirasai oleh mereka yang berada DI DALAM KAWASAN perhimpunan itu sendiri....

Kesian....

Sekian

Janos

p/s: tak bawa kamera hari ni, boleh cerita jelah... maklumlah niat asal hanya nak bersarapan....

JANGAN BERDEGIL....

Buntu... tiba-tiba hilang ilham bagaimana nak mulakan... Sebagaimana slownya internet line malam ni, macam tu juga la slownya idea.... Padahal siang tadi, macam-macam idea nak dikongsikan, tapi disebabkan sibuk dengan tugasan hakiki, kena tunggu malam, bila malam.... macam ni pulak jadinya... sabar sajalah kan.....

2-3 hari ni, jalan-jalan utama yang mengarah masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pasti ada sekatan jalan oleh pihak Polis... Ini semua gara-gara kemungkinan adanya perhimpunan haram oleh sebuah NGO yang mewakili golongan tertentu... Haramnya perhimpunan ini disebabkan tidak mendapat permit daripada pihak Polis.... Dan tentunya pihak berkuasa mempunyai alasan tertentu yang tidak perlu dipertikaikan atas tindakan mereka itu; PERTAMAnya tidak mengeluarkan permit dan KEDUAnya mengadakan sekatan jalan raya.... Dan aku pasti tindakan KETIGA mungkin akan menyusul sekiranya pihak penganjur masih berdegil untuk mengadakan juga perhimpunan tersebut...

Beberapa minggu lepas, satu kumpulan NGO juga dah pun dengan degilnya meneruskan juga perhimpunan, yang juga TIDAK MENDAPAT KEBENARAN.... Dan semua orang dah tahu apa kesannya.... yang aku rasa tak dapat apa-apa faedah pun selain dapat menyihatkan badan (joging free tengah KL) dan juga mandi percuma (air semburan FRU)...

Kepada pihak yang bekenaan tu, tolonglah... tak best pun bila adanya perhimpunan haram ni.... jalan banyak tutup, orang ramai resah, banyak urusan akan terganggu dan paling pasti.... kerugian masa dan wang ringgit!!!

Entahlah... Negara dok tengah amai damai... tiba-tiba ada pulak rasa seronok nak buat perhimpunan... Pastinya juga, aku rasa 80% yang "mengikut" pun bukannya nak sangat buat perhimpunan ni... rasanya mereka pun tak pernah terfikir kot apa yang mahu sangat diperjuangkan tu, tapi bila dah "BOS/KETUA" kata "Jom, kau kena ikut perhimpunan ni" maka ikutlah juga, jadi pak turut...

Selain daripada golongan pak turut ni, aku pasti ada juga golongan yang "NAK TENGOK APA YANG TERJADI" maka dia turut meramaikan "majlis" perhimpunan tu.... lepas tu seronok boleh maki Polis, boleh mandi air, boleh pedih mata... yelah bukan semua acara di Malaysia ni Polis nak tolong mandikan kita....

Tak kiralah pihak manapun... kalau dah tak dapat permit nak buat perhimpunan, tak perlulah nak berdegil nak buat juga tunjuk keras kepala... Kalau anda rasakan 10% daripada rakyat Malaysia tu menyokong tindakan anda, INGATLAH ada lagi 90% rakyat Malaysia yang tidak selesa dan mengutuk juga kedegilan anda.....

Sekian

Janos

Thursday, November 22, 2007

Eye On Malaysia


Mesti ramai yang telah tahu bahawa sebagai salah satu tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan telah 'meletakkan' satu 'ferris wheel' besar di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ianya dikenali sebagai EYE ON MALAYSIA.
Untuk makluman semua, Eye On Malaysia ni akan diturunkan pada penghujung tahun 2007 ni, maknanya sesiapa yang masih belum dan berminat nak merasai naik Eye On Malaysia ni, baiklah cepat-cepat....
Pastinya anda perlukan sifat "tak takut gayat" kalau nak naik. Bukan apa, nanti bila dia berenti kat point paling atas, tak ler rasa takut... macam-macam takut la rasa... tapi aku nak bagitau ianya "tidak bergoyang"....

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.eyeonmalaysia.com.my

Jangan lepaskan peluang ini, takkan nak biarkan pelancong asing saja merasai betapa bestnya melancong kat Malaysia, kita yang pelancong tempatan ni pun ambillah peluang sementara masa yang ada ni...


Kadang-kadang memang kita perlukan masa berkualiti, bukan sahaja untuk diri kita sendiri, mungkin juga untuk keluarga dan orang-orang tersayang....

Janganlah asyik out-station sorang-sorang saja, sekali-sekala jalan-jalanlah dengan keluarga, pastinya ianya akan memberikan memori yang cukup indah, kalau bukan kepada anda (sebab nak kena keluar belanja) mungkin pengalaman dan kenangan yang berguna kepada anak-anak anda untuk masa hadapan mereka kelak....

Sekian, selamat melancong....

Janos
1427hrs, 2007 Nov, 22

Pengurusan Nafsu

Sebentar tadi aku baru beli CD The Corrs – Ultimate Collection….

Kumpulan The Corrs ni mula sekali aku kenali masa diaorang perform opening ceremony Sukan Komanwel 98 di Bukit Jalil (SUKOM 98)… Lantas lepas tu aku mula layan lagu-lagu The Corrs, beli album (kaset masa tu, nak beli CD tak mampu)…. Lagu yang terasa memang best masa tu seperti “Only When I Sleep”, “Runaway”, “So Young” dan beberapa lagi…. Hinggalah kepada antara lagu mereka lepas tu seperti “Radio”, “All The Love In The World” "Breathless" dan “Old Town”….

Masa dok layan balik CD yang baru beli ni, tiba-tiba fikiran pun melayang balik zaman dok layan The Corrs ni dulu-dulu… begitu cepat masa berlalu, hampir 10 tahun masa berlalu sejak SUKOM 98 tuh...

Tahun 1998 tu aku masih kat UUM, 1st Year.... umur pun baru 20 tahun masa tu... orang kata masa belajar tu masa paling BEST... memang tak nafi pun... tapi masa tu hanya mengharapkan “CEPAT LER HARAPNYA SELESAI BELAJAR NI... NAK KERJA, NAK DAPAT GAJI, NAK PAKAI KERETA”... mesti semua pun rasa macam tu masa belajar, tak percaya tanya la adik-adik yang masih belajar (tanya adik-adik je tau, jangan tanya abang2 yang tengah sambung belajar.... heheheheheh)

TETAPI, sedar atau tidak, bila dah selesai belajar (peringkat itu), dah masuk alam pekerjaan, merasai dan terkenang malah merindui pulak betapa zaman belajar yang lebih best!!! Nak pulak kembali ke zaman tu, tak kira la sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, masa lepas SPM ke....

Pelik??? Sebenarnya ini bukanlah pelik... dah memang lumrah manusia macam tu, kurang berpuas hati dengan apa yang ada... masa belajar angan-angan nak cepat dewasa kononnya, bila dah masuk alam pekerjaan TERINGIN pula nak kembali ke alam belajar, kalau boleh nak cipta TIME MACHINE, kembali ke alam yang dirasakan paling NIKMAT!!! Hahahahahah

Ini adalah golongan yang selalu menjadikan masa lampau sebagai masa yang paling best, paling seronok....

TETAPI ada juga yang kurang berminat nak kembali ke zaman lampau, mungkin dia lebih suka untuk fikirkan

“SEKARANG aku dah tamat belajar, aku dah kerja... aku berangan nak jadi BOS pula dalam masa 8 tahun”...

dan bagi BOS pula, mungkin tengah berangan-angan “SEKARANG aku mengetuai jabatan ni, dalam masa 4 tahun aku nak jadi CEO pula la...”

dan seperti biasa CEO pula akan berangan-angan “LAGI 2 tahun aku nak berhenti la, aku dah banyak duit, cukup simpanan aku ni sampai anak bongsu aku kahwin”

Walau apapun, golongan ini hanya nampak apa yang di depan, tidak seperti yang pertama tadi yang asyik nak ke bahagian yang paling enjoy sahaja...

TIDAK DINAFIKAN juga, ada yang mempunyai sifat kedua-duanya... nak kembali ke masa lampau sambil nak sangat berjaya di masa depan... mungkin mereka ada apa yang dikatakan "unfinish business" semasa lampau mereka dan ingin memperbaiki apabila ada peluang..... sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang ada....

JADI, apa maksudnya???

Kembali kepada apa yang telah aku katakan di atas, manusia memang lumrahnya kurang berpuas hati dengan apa yang ada sekarang, asyik hendak lebih... inilah juga yang dikatakan NAFSU....

NAFSU ni macam-macam nafsu, yang paling popular tentunya NAFSU “BINATANG”, kedua popular NAFSU “makan”... dan lain-lain kategori nafsu lagi seperti nafsu tidur, nafsu kerja, nafsu rasuah, nafsu politik dan banyak lagi la PERBUATAN yang boleh diNAFSUkan.... semuanya berkaitan NAFSU!!! Setiap perbuatan akan menjadi nafsu!!!

Bagi aku juga, setiap sesuatu itu ada “lawannya”... macam takut lawannya berani, depan lawannya belakang, hidup lawannya mati dan sebagainya...

Begitu juga dengan NAFSU.... ada NAFSU POSITIF dan ada NAFSU NEGATIF.... tak perlulah aku memberikan contoh kerana Tuan/Puan sememangnya dah bijak hendak membezakan POSITIF dan NEGATIF nafsu dalam diri Tuan/Puan.... Kalau Tuan/Puan tak cukup bijak, masakan Tuan/Puan masih membaca sehingga ke perenggan ini....

SEBENARNYA, apa yang ingin aku sampaikan bermula dari The Corrs, membawa ke SUKOM, kemudian ke UUM, ke alam kerja, keinginan kembali masa lampau, cerita angan-angan lagi 2, 4 dan 8 tahun dan NAFSU ini hanyalah menyampai sedikit ILHAM bahawa

“manusia itu memang dijadikan dengan NAFSU, maka adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menguruskan NAFSU kita dengan sebaiknya”

Jadi bagaimana nak memastikan nafsu kita tu adalah yang positif atau nafsu negatif?

Senang sahaja, jangan tanya orang lain... “tepuk dada tanya selera” orang dulu-dulu berkata...

Memandangkan seperti aku terilham tadi bahawa SETIAP PERBUATAN BOLEH DINAFSUKAN, maka sebelum nak buat apa-apa tu, tanyalah diri sendiri sebelum buat sesuatu

“KALAU AKU TERUSKAN HENDAK _________ (perbuatan apa nak buat) ADAKAH AKU DAPAT DOSA ATAU PAHALA? MENYUSAHKAN ORANG LAIN ATAU TIDAK? LANGGAR UNDANG-UNDANG ATAU TIDAK? ADAKAH KESAN KEPADA DIRI AKU SENDIRI PADA MASA HADAPAN?”

SEKIRANYA Tuan/Puan DAPAT SEKURANG-KURANGNYA TIGA (3) jawapan yang POSITIF, maka teruskanlah dengan NAFSU Tuan/Puan tersebut.... kalau dapat SEMUANYA POSITIF, lagi baik!!! Dan begitu jugalah sebaliknya....

Renungkanlah.... :-)

Sekian dahulu

Janos
0134hrs, 2007 Nov, 22

Wednesday, November 21, 2007

Mukadimah

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Hari ini aku telah diperkenalkan tentang laman blog. Memang telah lama mengetahui tentang 'bolehnya' seseorang membina laman blognya sendiri, tetapi hari ini sahabat aku, Tuan Fulim telah 'membuatkan' aku tanpa melengah-lengah lagi terus menghasilkan blog "WORLD OF EFTU" ini.

Kalau ada kekurangan tu, faham-faham sajalah, "saya budak baru belajar....."

Mengapa Fulim cadangkan buat Blog?

Mungkin dia rasakan aku ni banyak benda nak kongsikan dengan orang lain kot. Sebab tu aku namakan "Business & Friends".

Siapa aku?

Aku adalah warganegara Malaysia biasa. Bukannya VIP ke apa ke. Orang biasa yang makan gaji seperti kebanyakkan warganegara Malaysia yang lain :-)

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut - janganlah segan silu melayari laman blog WORLD OF EFTU ni... dari masa ke semasa, Insya Allah akan makin mantap.

Oppsss... EFTU tu apa?

EFTU adalah nama company aku dengan Fulim. Aku Faizal, dia Fulim, so jadilah EFTU (F2)...

Sekian dulu...

p/s: nak testing posting gak sebenarnya

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!