JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Balas Dendam...

Hari Sabtu lepas, aku dan Nurul cuma bermalas-malasan di rumah. Cadang tengahari nak makan nasi berlauk di area Keramat AU, depan Pernec tu.. dah lama tak makan situ.. maklumlah, Ramadhan semakin menghampiri, takut nanti teringat2 pulak kan.. hehehe

Di ringkaskan menaip, susah parking la pulak kat situ (memang biasanya pun agak susah parking)... dua kali tawaf, dengan matahari terik walau berkereta, tiba-tiba Nurul kata, "susah sangat, jom try Istana Bambu lah!".... aku tak jawab apa-apa, tetapi dengan pantas memulas stereng, menekan pedal minyak serta mengawal brek sambil tangan kiri mengawal gear terus menuju ke Istana Bambu, yang berdekatan je pun...

Gambar di atas menunjukkan dekorasi di Istana Bambu... kami order set lunch daging salai dan asam pedas...

Perghh... memang berbaloi membalas dendam... dengan pantas (mungkin disebabkan kelaparan juga), tak sempat nak mengambil gambar juadah kami tengahari itu... sehingga titisan kuah dan butiran nasi terakhir... memang direkemen la kalau siapa-siapa nak cuba, silakan... boleh google cari lokasinya...

Alhamdulillah, selesai mengisi perut, niat untuk balik ke rumah. Tapi keluar je dari Istana Bambu, masya Allah.. jem la pulak MRR2.. tak berbaloi la pulak kalau sekadar nak u-turn kat Ampang Point semata-mata nak tempuh jem lagi sekali dan balik... maka kami balas dendam lagi... aku masuk ke AKLEH dan kali ini terus ke....


Yaa... Pavilion... hahahahaha.... balas dendam sungguh... bukannya nak membeli apa pun, saja nak melihat manusia. Lagipun alang-alang nak jem kan, biarlah kena jem kat tengah KL... tapi sebenarnya, mudah je laluan kami lepas turun AKLEH hingga ke parking Pavilion tuh...

Di Pavilion... aku ajak Nurul try The Loaf pulak... dah lama nak try, hari tu... walaupun masih kekenyangan lunch best di Istana Bambu, kami tanpa segan silu mencuba pulak roti, bun dan (apa nama benda dalam cup tu, aku blur pulak) di The Loaf yang khabarnya milik Tun Dr. M...
Testimoni: SEDAP!!!
Lepas mengalas perut, kami sengaja berjalan kaki pulak menghala ke arah BB Plaza/Sg. Wang... menyusur sepanjang Jalan Bukit Bintang yang semakin sibuk dengan kenderaan dan manusia, kami dapati ada pulak konsert/karnival seperti gambar berikutnya....
Ianya karnival anjuran F&N, dengan penyanyi Yuna sedang mengadakan persembahan. Sempat jugak ler layan Yuna secara live dan free petang tu... hehehehe

Pelbagai aktiviti dibuat.. aku pun tak pasti sempena apa... tapi meriah la dengan manusia pelbagai usia dan bangsa...
Lebih kurang 30minit di kawasan tu, kami menuju pula ke Lot10, kemudian kembali ke Pavilion untuk mengambil kereta yang telah diletakkan disitu sebelumnya dan membayar caj sebanyak RM15... boleh agak la kan, berapa lama kami merayau...
Aktiviti balas dendam tak terhenti di situ... dalam perjalanan balik, singgah pulak di Suria KLCC kemudian Great Estern Mall... ntah apa-apa... banyak sangat duit nak bayar parking gamaknya kan? Hahahaha
Takpe, sekali sekala... Sabtu depan dok rumah!!!

Saturday, July 10, 2010

Jom Minum...




Besaq kan gelas minuman ni... harganya cuma RM6.50... lokasi di Ampang... nama kedai dirahsiakan... Bandingkan ke'besaran' gelas minuman untuk seorang itu dengan saiz henpon Encik Asaq serta ketinggiannya dengan ketinggian paras duduk kami di atas kerusi restoran itu...
Hmm... dinasihatkan jangan minum waktu malam, kerana dikhuatiri anda akan tidak dapat tidur sepanjang malam kerana terpaksa bangun kemalasan melangkah ke tandas... tapi kalau dah memang jenis buang je atas katil... suka hati koranglah.... hahaha

Tuesday, March 30, 2010

Balik Kampung...

Hari Sabtu, 20 Mac, jam di kereta menunjukkan 6.28am, aku dan isteri bertolak balik ke Alor Setar. Dalam kesejukan subuh, kami telahpun terjaga lebih kurang 4.45am, mengemas barang, mengemas diri tetapi mengambil keputusan untuk bergerak selepas solat subuh yang mana pada pukul 6.00am pada hari itu...

Sebenarnya, plan asal ialah untuk bertolak pada malam sabtu (hari jumaat - malam) tetapi ditangguhkan ke awal pagi sabtu demi memastikan badan betul-betul segar... maklumlah, sejak kebelakangan ni, pukul 11 lebih saja dah mula rasa mengantuk...

Baik, tujuan balik kali ini, disamping sudah hampir 4 bulan tak balik (last balik kenduri Hafiz, bulan Disember) juga untuk merehatkan badan. Sebenarnya juga, plan asal nak balik ialah pada 24 atau 25 Mac, tetapi last minute decision, terjadilah trip awal pagi ni..

Ketika menuruni terowong menora (selepas jelapang), tidak semena-mena sebuah lori menukar lorong ke kanan... "menyeeritt" juga la aku terpaksa brek kecemasan, maklumlah tengah turun bukit, walaupun 'low gear' tapi masih juga laju kan? mujur juga kereta di belakang juga sempat brek... lantas kami selepas itu bersama-sama 'menghon' pemandu lori itu... aku setakat hon sajalah, kereta belakang siap tunjuk penumbuk lagi... fikir diri sendiri saja pemandu lori tu... memang dah terlalu hampir untuk 'kena'... Namun alhamdulillah tiada apa-apa yang lebih teruk berlaku...

Ketika melepasi Taiping, iaitu lebih kurang jam 9.00 pagi, aku menerima sms daripada Saudara Fulim, memaklumkan bahawa ayahandanya Rahim Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 pagi. Innalillahiwainnalillahhirojiun.... terkejut juga mendengar kehilangan ini, memang kami mengetahui arwah tidak berapa sihat... semoga Fulim, Andy dan keluarga keseluruhannya tabah menghadapi ujian ini...

Kami teruskan perjalanan, kira-kira sejam selepas itu, ketika aku menghampiri kawasan Gurun, saudara Izuddin pulak telepon untuk bercakap hal yang sama, pasti dia juga mendapat kiriman sms dari Fulim... tetapi aku tidak dapat melayan panggilan tersebut kerana sedang memandu dan kurang jelas butir percakapan Izuddin, tapi aku tahu dia cuba bercakap perihal pemergian ayahanda Fulim...

Aku dan isteri sampai di rumah Alor Setar kira-kira jam 11pagi (selepas singgah di sebuah kedai kek untuk beli kek kepada anak sedara aku - birthday pertama pada Februari - hehehehe... lewat la Pak Ngah ni kan?)

Tiada apa aktiviti istimewa yang boleh diceritakan, kami betul2 cuba bercuti bersama keluarga sahaja sambil melayan karenah anak-anak sedara, si abang dah pra sekolah manakala si adik baru setahun. (gambar nanti2 la aku upload!!!)

Hari Isnin, lebih kurang 2.30pm, kami pun bertolak balik semula ke ibu kota.... Hujan hampir sepanjang negeri Perak... Jadi slow-slow sajalah.... Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah lebih kurang jam 9pm... Maaf juga kepada Fulim kerana tak dapat memenuhi jemputan majlis tahlil malam tadi...

p/s: gambar-gambar akan menyusul kemudian...

Monday, January 4, 2010

Dah Empat Hari...

Hmm... sedar tak sedar, dah empat hari hampir berlalu bagi tahun 2010 ni... Biasalah kan, orang kata begitu cepat masa berlalu.

Pada malam menjelang tahun baru, aku dan isteri secara kebetulan dapat 'melayan' bunga-bunga api yang dipancarkan dari pelbagai pihak penganjur di ibu kota dari tingkat 21, Sri Maya Condo, Setiawangsa.

Kebetulan kerana, pada awalnya kami hanya berniat pusing2 cari port tapi tak semena-mena terjumpa Asaq dan isterinya Faizah dan anak-anak di Wangsa Walk Mall. Depa pun pelawa untuk bersama-sama ke Sri Maya kerana depa nak layan bunga api di rumah parents depa. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantallah kan?

Apa yang best, dari Sri Maya kami dapat lihat pertunjukan bunga api dari pelbagai sudut sehingga yang dari Genting pun jelas kelihatan. Tapi satu yang agak menarik untuk diceritakan, masa bunga api dipancarkan berbeza-beza bagi sesuatu tempat. Ada yang 3 minit awal dari detik 12.00 tengah malam (mengikut jam aku) dan ada pula lewat 5 minit. Mungkin jam penganjur tak selaras. Ada yang cepat, ada yang lambat... Ataupun bunga api tidak dipancarkan tepat jam 12.00 tengah malam, sebaliknya diadakan ucapan, nyanyian dan sebagainya dulu... Entahlah, aku tak tahu sebab berada di Sri Maya.

Apapun, jutaan terima kasih kepada Asaq sekeluarga. Nanti kalau time MERDEKA, bagitaulah kalau nak balik Sri Maya... hehehehe

Jadi sebagai pembuka tirai entry 2010 ni, aku ucapkan selamat bertambah maju jaya kepada semua pada tahun baru ini... (walau dah empat hari berlalu)

Sunday, July 19, 2009

Malacca Trip 12

EPISOD AKHIR

Ya, Alhamdulillah kami dah selamat sampai di rumah kami di KL... Masuk tol Ayer Keroh jam 1348 tadi... keluar di tol Sungai Besi jam 1505.... dan sampai di rumah jam 1645!!!

Perghhh dekat 2 jam nak lepas dari sungai Besi menghala ke Ulu Kelang nih!!!

Antaranya disebabkan oleh perlawanan bola sepak diantara pasukan Malaysia dan Man. Utd di Stadium Nasional, Bukit Jalil... Jalan lepas tol Sg. Besi nak lepas persimpangan Astro / Bukit Jalil tu memang mencabar perasaan... Dah lepas situ, tempuh pulak Pandan Indah yang memang tempat peberet jem... namun syukur, selamat sampai dah kat umah....

Sampai umah, ikan-ikan yang kusangkakan dah kelemasan, rupanya masih berenang-renang menyambut kepulangan aku... :-)

Ahhh petang ni jugak, ada 2 acara kekeluargaan yang perlu dihadiri, maknanya tak boleh berehat... mandi, tukar baju dan terus keluar jelah...

Destinasi pertama ialah rumah sepupu wife aku di Setapak... anaknya bertunang... so maknanya anak sedara isteri aku lah (anak sedara aku juga) - So, Selamat Bertunang Ruhil Syafinaz (kak lang)! Sebenarnya kami sampai tika majlis dan pun selesai... caterer pun tengah kemas peralatan, namun kami pergi jua walau tahu dah lambat... jenguk muka pun ok kan?

Selesai di Setapak, kami ke rumah maksu pulak dekat Kampung Medan sana tu... untuk satu majlis bacaan yasin dan doa selamat (rujuk posting "Gangguan" sebelum ni)...

Selesai semua, kami sampai balik umah jam 0015 tengahmalam.... penat takyah cerita...

Alhamdulillah, malam tadi dapat juga tidur di rumah setelah hampir seminggu tidur hotel...

zzzz....zzzz....zzzzz....

Malacca Trip 11

EPISOD JONKER WALK


Malam terakhir di Bandaraya Melaka, kami bersiar-siar di Jonker Walk... dekat jer dari hotel penginapan... kira-kira 2 km kalau jalan kaki...

Jonker Walk ni, kalau di KL seperti Petaling Street, Uptown, Downtown dan seumpamanya, cuma mungkin kelainan sikit ialah barangan yang diniagakan ada juga produk2 dari negeri Melaka sendiri dan rasa aku hanya ada satu gerai peniaga berbangsa India menjual vadeh, lain-lain ialah peniaga berbangsa Cina... tak kisah la... asalkan semuanya orang Malaysia...

Pengunjung pula terdiri dari pelbagai bangsa dan negara... Melayu, Cina, India, Omputih, Omhitam, Arab dan lain-lain lagilah... ramai dan macam2 ragam...

Pintu Gerbang Jonker Walk...

Pengunjung melihat dan memilih pelbagai barangan di Jonker Walk
Dalam aku berjalan-jalan tu, sambil memerhatikan kiri kanan nama kedai-kedai yang ada, aku tergamam sebentar melihat satu pintu yang tertera tulisan jawi... ianya berpagar dan berkunci manakala di depannya terdapat peniaga-peniaga barangan.
Aku amati tulisan tersebut, rupanya ianya adalah "Makan Hang Kasturi". Ohhh... sayu sebentar rasa hati mengenangkan tempat bersemadinya antara pahlawan terbilang Melaka dikelilingi oleh suasana hiruk pikuk peniaga dan alunan pelbagai jenis muzik di kawasan sekitar....
Tapi, terfikir dan terdetik juga... adakah Hang Kasturi tu Islam? Minta tolong siapa-siapa yang tahu, bagitahu aku yer.... bukan apa, nak sedekahkan Al-Fatihah je...
Makam Hang Kasturi

Hiruk pikuk Jonker Walk menutup kewujudan makam salah seorang panglima Melaka ini...

Demikianlah kunjungan singkat kami di Jonker Walk.... Disebalik kemeriahan jual beli dan kedai minuman 'lembut' dan keras dan pelbagai barangan cenderamata dan pakaian, terselit satu monumen sejarah kepahlawanan Kesultanan Melayu Melaka...

Friday, July 17, 2009

Malacca Trip 10

EPISOD TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Bahawasanya, dengan ini dimaklumkan bahawa trip ini terpaksa ditambah untuk satu malam lagi memandangkan Puan Nurul masih tidak dapat menyiapkan tugasan beliau pada hari ini.

Ini bermakna, kami akan stay lagi satu malam di negeri Melaka dan Insya Allah akan berangkat pulang esok. Hal ini tidak dapat dielakkan atas sebab dinyatakan di atas.

So malam ni, Soom, bersedialah untuk ngeteh sampai pagi.... hahahaha

p/s: apalah nasib ikan-ikan dalam akuarium kat umah...

Thursday, July 16, 2009

Malacca Trip 9

EPISOD JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN : ASAM PEDAS
Seperti dijanjikan... inilah gambar-gambar makan malam kami sebentar tadi...
Restoran Asam Pedas Pokok Besar, lokasi Taman Kota Laksamana

Juadah makan malam

Isi ikan jenahak


Ikan parang


HARGA KESELURUHAN : RM20.70 SAHAJA (termasuk minuman)

Malacca Trip 8

EPISOD TUKAR HOTEL
Jumpa lagi.... seperti dimaklumkan, malam ni kami menginap di hotel lain.... kali ni dah tak mengadap laut lagi, tapi di tengah town pulak...
Sekejap lagi nak pi dinner kat Asam Pedas Pokok Besar, tempat melepak malam tadi... sedap pulak nampak depa makan.. yang aku dah kenyang kena mee hailam Mas buat tak makan nasi dan asam pedas....
Tiba2 kecur pulak air liur... oklah... nak siap2... tunggu gambar lewat malam ni aku post kalau larat... hmmmm....

Malacca Trip 7

EPISOD JUMPA KAWAN-KAWAN


Malam tadi, setelah 3 hari aku berada di Melaka, aku menerima jemputan Elmi Rizal (Soom) untuk bertandang makan malam di rumahnya di Taman Merak... Menu mee hailam yang disediakan isteri beliau, Mas Hazarina sememangnya menyelerakan....

Juga di rumah, kami diserikan lagi dengan dua putera cahayamata Soom dan Mas iaitu Aiman, 5 dan Arif, 3.... Hampir sejam kami di rumah Soom... terima kasih di atas layanan daripada Soom dan Mas... Terima kasih daun keladi...

Aktiviti normal lepas makan

Tangan kecil di atas kaki Soom tu ialah tangan Arif... ajak masuk gambar sekali, malu lak dia....
Selepas selesai di rumah Soom, aku mengajak Soom keluar minum dan jumpa pula Suhaiman dan Hasif... Setelah hantar wife aku ke hotel, Soom datang pick up aku... Lokasi yang dinyatakan Man ialah Restoran Asam Pedas Pokok Besar, Kota Laksamana...
Maaf, aku leka berborak dan bergelak ketawa sampai lupa nak ambil gambar 'majlis' lewat malam ni.... Banyak juga sempat diborakkan walau masing-masing esok nak kena bangun awal... hingga jam 12.45 pagi juga la... Dari cerita lama-lama, sampai la cerita terbaru masing-masing... dan tentunya semua gelak sampai keluar air mata bila aku start cerita pasal kerja aku sekarang... hahahaha...
Hari ni (Khamis) aku dan wife akan bertukar hotel ke Grand Continental pula... Sengaja dari awal perancangannya begini, nak tukar hotel lain sebelum balik... Tapi sebenarnya kami dah malas nak tukar hotel, namun kelewatan memberitahu pihak Mahkota menyebabkan bilik kami telah diterima tempahan oleh pelanggan lain... tak kisahla...
Semoga ketemu lagi.... salam dari Melaka...

Wednesday, July 15, 2009

Malacca Trip 6

EPISOD PAPAN TANDA


Papan tanda di Mahkota Hotel ini amat banyak membantu para pengunjung. Ianya dengan jelas menunjukkan arah sesuatu bangunan atau tempat terletaknya kemudahan yang di sediakan... Kali ini aku sengaja mengambil gambar papan tanda je... aku tak mau ambik gambar kemudahan tu sebab aku bukannya agen pengiklanan pun.... kalau dapat komisyen lain lah... hehehehehe

Papan Tanda blok-blok penginapan... aku punya FRANGIPANI - WING 2... Rupanya Frangipani ni adalah bunga... baru aku tahu...

Kemudahan-kemudahan rekreasi yang ada. Yang tidak tertulis: mini golf, ping pong table, sauna room, carrom, tennis court, squash court dan pool (yang aku tahu ada lah senarai ni)

Kemudahan lain yang pastinya sesuai untuk dinikmati para pengunjung dari dalam dan luar negara...


Lagi satu, ada Bay Lounge yang ada live band setiap malam kecuali Ahad kalau tak salah aku.... Ingat malam penghabisan nanti nak lepak situ...
Oppsss... baru je ni saudara Hasif (roommate UUM) called... dia pun tengah ada kat Melaka ada meeting dan saudara Suhaiman bagitau aku kat sini... lantas aku pun menghasut lepak Mahkota sebab dia kata belum ada tempat menginap... hahahaha adakah malam ini akan menjadi malam tengok live band???
Hehehehe banyak kali sebab Mahkota, teringat pulak karaoke mahkota kat jalan imbi... kan Joe?

Malacca Trip 5

EPISOD BALAS DENDAM!!!

Hari kedua, wife aku ke opis... aku malas nak lunch sebab dia kata nak balik pukul 3, makan sekali... Aku pun tak lunch... masa dihabiskan dengan membuat kerja kat bilik hotel...

Disebabkan beberapa perkara, lunch kami jadi pukul 4.... perutku dah mula mendendangkan lagu asli... maklumlah dah lama tak karaoke hehehehe....

Kami pi makan dekat jer... dekat area jeti ke Dumai tu.... lauknya aku BALAS DENDAM ambik ketam sekor... harganya... mak aiiii 13 henggittt.... tapi dendam punya pasal, ku gagahi jua...

Lunch kami... maaf kualiti gambar kurang memberansangkan

Kedainya... pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan, Warung Kita dan lain-lain...
Puas melantak di lokasi di atas... kami pun pulang ke hotel... dan aku lagi sekali MEMBALAS DENDAM.... iaitu aktiviti di tempat yang biru-biru tuh.... hahahahaha
"Bestnya layan jakuzi ni... sangat tenang dan melekakan... apalah yang Fulim tengah buat sekarang ni agaknya", getus Janos di dalam hatinya....


Tuesday, July 14, 2009

Malacca Trip 4

LAPORAN PAGI
View ke arah Laut China Selatan dari Balkoni Apartment Mahkota Hotel (tkt 12)

Lagi view dari balkoni, kelihatan Masjid (apa nama tak tau)

TARGET aku for today... yang biru-biru tu... hehehehe





Monday, July 13, 2009

Malacca Trip 3

EXCLUSIVE TO ANDY (HARDINESS)


Secara kebetulan, wife aku beli air di atas di Mini Mart Mahkota Hotel ni sebentar tadi....

Lantas aku cerita kat dia Andy tercari-cari air di atas di merata kedai....

So, Tuan Andy, kalau nak kirim bolehlah.... kat sini harganya RM2.50 setin... disebabkan permintaan tinggi, aku mark up RM3.50 setin.... hahahaha

Malacca Trip 2

EPISOD JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN

Ikan Jenahak Stim

Udang Goreng Tepung

Nasi Lemak

Sebentar tadi kami ke Medan Ikan Bakar Umbai....
Menu malam ni, seperti gambar-gambar di atas....
Harganya RM45.70 (dapat diskaun RM0.70, so genap RM45.00) - tak tau la mahal ke tak... wife aku kata, sebelum ni dengan harga lebih kurang dia makan bersama 4 orang yang lain kat Medan Ikan Bakar Alai....
Apapun, sedap dan puas hati dinner malam ni....

Malacca Trip 1

Sekarang aku berada di Melaka Bandaraya Bersejarah... Menumpang trip isteri aku yang out station sensorang kat sini... so, aku pun tanpa segan silu mengikut dan mengambil kesempatan ni juga untuk menemani beliau di samping menyelesaikan beberapa urusan kerja aku....

Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 11.30 pagi tadi dan sampai di lobi hotel lebih kurang 1.45 petang... Kami menetap di Mahkota Hotel... sengaja pilih apartment type 1 bilik, konon-konon nak bagi macam suasana rumah...

Lepas check in, isteri aku terus ke opis tempat dia kena buat kerja... jadi tinggal la aku sensorang pulak... aktiviti pertama tadi, pi makan dan beli charger henpon (tertinggal kat umah, mujur kami pakai jenis Nokia yang guna charger yang sama jenis)... depan hotel ni ialah Mahkota Parade dan di seberang jalan tu Dataran Pahlawan yang juga merangkumi kawasan pelancongan seperti Eye On Malaysia (yang dipindahkan dari Tasik Titiwangsa) dan Kota A Farmosa...

Kolam hotel ni belum aku 'selami', tapi tadi dah usha-usha kat mana nak ambil towel, kat mana bilik sauna dan lain-lain fasiliti.... hehehehhe

Aku akan berada sehingga hari Jumaat di Melaka... jadi Insya Allah aku akan update aktiviti sampingan aku selain membuat kerja... Suhaiman dan Soom (kawan-kawan masa KMKN) aku dah contact... mungkin depa akan lepak-lepak jika ada masa...

Orait... jumpa lagi...

Monday, July 6, 2009

Jalan-Jalan & Makan-Makan 10

Last sunday, my wife and I saja jalan-jalan ke Menara KL... Ingat nak bercinta di atas kayangan sambil teropong umah sendiri, umah joe dan umah pulim... Tapi, mak aiii... mahal gak tiket nak naik ye? RM38 per adult...

Perghh... dah la aku ni gaji matawang Ringgit Malaysia juga, kalau gaji aku dibayar USD mungkin murah la kot nilai tu... dalam uSD10 jer.... jer???

Ontahla... kadang2 terpikir gak... kerajaan dok galakkan perlancongan domestik, tapi selalu terjadi bila aku semangat nak menyertai kempen tersebut, faktor kewangan membataskan... yelah, RM38 x 2 = RM76 tu, boleh dikatakan seminggu barang dapur small family kami ni... huhuuhu...

Ataupun aku sendiri yang TIDAK CUKUP USAHA untuk mempunyai pendapatan yang lumayan sehingga membataskan niat bercuti di dalam negara sendiri... bahkan di dalam lembah kelang sendiri pun, tak perlu tidur hotel pun...

Mungkin sepatutnya ada dua rates, 1 untuk pelancong antarabangsa iaitu RM38 dan juga pelancong tempatan iaitu RM8... hahahahaha barulah aku BANGGA jadi anak Malaysia... kalau orang luar tanya, semua tempat aku dah pernah pergi, maklumlah bayaran masuk dah murah... Ni kalau tetamu company dari luar tanya, aku cuma boleh 'jual' cerita yang basic jelah... sebabnya aku tak pernah merasai sendiri pengalaman itu....

Apapun, sebagai kenang-kenangan menandakan dah pernah sampai di 'bahagian bawah' Menara KL, ambik juga la gambar... huhuhuhu...

muka frust sebab tiket mahal....

Maaf, gambar dari bawah je... gambar dari atas takde....


Oppsss... sebelum tu... sebelum ke Menara KL, kami sebenarnya mencuba Nasi Ayam International seperti yang diceritakan oleh joetiffa dalam blognya [klik sini]...
Seperti yang diceritakan joetiffa.... memang berbaloi... harga pun murah walaupun ianya INTERNATIONAL!!! seperti Menara KL... hahahaha

Aku punya, Nasi Goreng Ayam VIP (lebih kurang begitulah tajuknya)
RM5.50


Nurul punya... Hainan Chicken Rice
RM5.50


Rekreasi





Hehehehe... jadi sebagai mendengar nasihat doktor, petang tadi juga, dengan semangatnya aku ditemani isteri berjalan-jalan menghirup udara segar di taman rekreasi tasik Ampang (aku tak tau nama betulnya) yang berhampiran fly-over Ampang Point tu...





Di taman ini telah disediakan trek untuk joging dan juga stesen-stesen untuk melakukan senaman tertentu... Gambar di atas menunjukkan Janos di salah satu stesen yang ada...



Tasik milik DBKL ini telah disediakan kemudahan Surau, Tandas Awam dan Medan Selera... kelihatan dalam gambar di atas ketiga-tiga kemudahan tersebut... (bukang yang tinggi, tengok yang di pinggir tasik)




Apa yang kurang best, walaupun trek joging ini mengelilingi tasik, namun ianya tidak bercantum... maknanya trek joging ini terhalang 1/4 bahagian dengan tanah milik persendirian... maknanya, kita kena berpatah balik... Gambar di atas menunjukkan 'roundabout' tempat pengunjung terpaksa berpatah balik... Jadi maknanya, secara tidak langsung pengunjung akan dapat melakukan lebih senaman/joging kerana terpaksa berpatah balik walau dirasakan telah hampir melengkapkan satu pusingan [3/4 pusingan kali 2]





Dihujung ini, kelihatan seperti istana itulah dimana tempat dimana trek tidak bersambung...




Pelantar untuk aktiviti air seperti kayak dan lain-lain boleh diadakan walaupun kayaknya masih belum ada....
Trek joging yang selesa......


Kebersihan taman ini masih terpelihara... Kelihatan gambar di atas ialah Medan Selera yang disediakan namun masih belum ada peniaga...

Apapun, usaha PBT menyediakan kemudahan ini amatlah dihargai... Apa yang pasti, taman rekreasi ini berpagar sepenuhnya dan mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa... Ini pastinya menjamin jangka hayat kemudahan yang ada akan lebih panjang...

Jadi rakan-rakan blogger sekitar Ampang dan Desa Pandan!!! Apa tunggu lagi... moh le kita...

p/s: Teringat tasik UUM tempat joetiffa berjoging setiap kali diusik kononnya badannya dah berisi... hahahaha


Tuesday, June 16, 2009

Tujuh Jadi Tiga


Inilah satu kebijaksanaan para arkitek jalan raya di Malaysia ni... kalau boleh, nak mempertemukan 30 persimpangan pada satu tempat yang sama...

Gambar di atas di ambil pada satu pagi bekerja di persimpangan MRR2, Persimpangan Susur Keluar DUKE hala ke Ampang dan Persimpangan Dari Keramat AU/Taman Hillview...

Lorong MRR2 dari Melawati/Ukay Perdana hala ke Ampang ialah tiga lorong.... DUKE masuk ke MRR2 (paling kiri) ialah 2 lorong manakala dari Keramat AU/Taman Hillview pula ialah dua lorong di tengah tu...

Kesemua persimpangan ni bercantum di lokasi yang hampir sama kepada MRR2 yang mempunyai 3 lorong... so, hasilnya saban hari kesesakan MRR2 sampai Taman Melawati...

Sebenarnya ada beberapa lagi lokasi yang senibina jalanrayanya adalah seperti di atas... antaranya MRR2 Pandan Indah, Jalan Tun Razak hala ke PWTC (dan dari arah bertentangan), Simpang empat Jalan Tun Razak/Jalan Ampang dekat Tabung Haji / US Embassy hala ke selatan (percantuman dari Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, KLCC, U Thant) jadi 3 lorong hala ke Selatan/Bulatan Kg Pandan yang juga dari arah bertentangan merupakan percantuman SMART, KL-Putrajaya, Jalan Tun Razak dari Sg. Besi, dari bulatan Kg. Pandan yang trafiknya dari Maluri, Pandan Jaya, Desa Pandan, Pasar Pudu dan lain-lain.....

Ahhh... tak larat lah nak senaraikan... Sendiri mau ingatlah kalau biasa memandu di KL nih...

So, rancanglah perjalanan anda... Jadilah seperti Joe yang akan sering bertanya berapa jauh atau berapa lama nak ke satu-satu destinasi walau beliau sebelum ini pernah ke destinasi yang sama... hahahahha sempat jugak bubuh Tuan...

Friday, May 15, 2009

Gambar Labuan

Bangunan Perbadanan Labuan

Masjid Labuan di ambil dari tingkap hotel

Ujana Kewangan (Financial Park) bangunan pejabat-pejabat dan pusat membeli belah (berwarna coklat)


Hotel Mariner, tempat berteduh selama 3 malam di Labuan













Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!