JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Nur Alia Syahira

Ketika baru dilahirkan

Ketika umur satu tahun 2 bulan

Dah pandai ketawa

Dah pandai panjat Pak Ngah

Puas hati la tu...

Itulah anak sedara aku yang kedua...
p/s: Gambar ni bayar hutang semasa aku balik kampung hari tu... Dah janji nak upload...


Tuesday, March 30, 2010

Balik Kampung...

Hari Sabtu, 20 Mac, jam di kereta menunjukkan 6.28am, aku dan isteri bertolak balik ke Alor Setar. Dalam kesejukan subuh, kami telahpun terjaga lebih kurang 4.45am, mengemas barang, mengemas diri tetapi mengambil keputusan untuk bergerak selepas solat subuh yang mana pada pukul 6.00am pada hari itu...

Sebenarnya, plan asal ialah untuk bertolak pada malam sabtu (hari jumaat - malam) tetapi ditangguhkan ke awal pagi sabtu demi memastikan badan betul-betul segar... maklumlah, sejak kebelakangan ni, pukul 11 lebih saja dah mula rasa mengantuk...

Baik, tujuan balik kali ini, disamping sudah hampir 4 bulan tak balik (last balik kenduri Hafiz, bulan Disember) juga untuk merehatkan badan. Sebenarnya juga, plan asal nak balik ialah pada 24 atau 25 Mac, tetapi last minute decision, terjadilah trip awal pagi ni..

Ketika menuruni terowong menora (selepas jelapang), tidak semena-mena sebuah lori menukar lorong ke kanan... "menyeeritt" juga la aku terpaksa brek kecemasan, maklumlah tengah turun bukit, walaupun 'low gear' tapi masih juga laju kan? mujur juga kereta di belakang juga sempat brek... lantas kami selepas itu bersama-sama 'menghon' pemandu lori itu... aku setakat hon sajalah, kereta belakang siap tunjuk penumbuk lagi... fikir diri sendiri saja pemandu lori tu... memang dah terlalu hampir untuk 'kena'... Namun alhamdulillah tiada apa-apa yang lebih teruk berlaku...

Ketika melepasi Taiping, iaitu lebih kurang jam 9.00 pagi, aku menerima sms daripada Saudara Fulim, memaklumkan bahawa ayahandanya Rahim Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 pagi. Innalillahiwainnalillahhirojiun.... terkejut juga mendengar kehilangan ini, memang kami mengetahui arwah tidak berapa sihat... semoga Fulim, Andy dan keluarga keseluruhannya tabah menghadapi ujian ini...

Kami teruskan perjalanan, kira-kira sejam selepas itu, ketika aku menghampiri kawasan Gurun, saudara Izuddin pulak telepon untuk bercakap hal yang sama, pasti dia juga mendapat kiriman sms dari Fulim... tetapi aku tidak dapat melayan panggilan tersebut kerana sedang memandu dan kurang jelas butir percakapan Izuddin, tapi aku tahu dia cuba bercakap perihal pemergian ayahanda Fulim...

Aku dan isteri sampai di rumah Alor Setar kira-kira jam 11pagi (selepas singgah di sebuah kedai kek untuk beli kek kepada anak sedara aku - birthday pertama pada Februari - hehehehe... lewat la Pak Ngah ni kan?)

Tiada apa aktiviti istimewa yang boleh diceritakan, kami betul2 cuba bercuti bersama keluarga sahaja sambil melayan karenah anak-anak sedara, si abang dah pra sekolah manakala si adik baru setahun. (gambar nanti2 la aku upload!!!)

Hari Isnin, lebih kurang 2.30pm, kami pun bertolak balik semula ke ibu kota.... Hujan hampir sepanjang negeri Perak... Jadi slow-slow sajalah.... Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah lebih kurang jam 9pm... Maaf juga kepada Fulim kerana tak dapat memenuhi jemputan majlis tahlil malam tadi...

p/s: gambar-gambar akan menyusul kemudian...

Tuesday, January 19, 2010

First Day...




Muhammad Akmal Bin Asrul Zairi: Hari pertama ke Preschool

Thursday, December 24, 2009

Hari ini Pada Tahun Lepas...

24 Disember 2008, hari Rabu.... setahun lepas tertulis pada diari reminder henpon aku

1. Kena Gunting Rambut
2. Ambil Baju Man Kajang

Kenapa ada dua reminder di atas?

Jawapannya kerana pada 26 Disember 2008, iaitu dua hari berikutnya aku akan melangsungkan perkahwinan.

Kini, selepas setahun melayari alam rumah tangga, pelbagai asam garam pahit manis kami tempuhi. Orang kata tahun pertama pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bagi aku dan isteri, maklumlah, 30 tahun hidup sebagai orang bujang, komitmen pun hanya kepada keluarga di kampung dan kawan-kawan, selepas 26 Disember 2008 kami menambah satu lagi tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap rumahtangga kami.

Dalam bosan-bosan nak menaip tapi tak tahu topik apa, aku sengaja pilih untuk melihat reminder henpon, apa yang aku lakukan setahun yang lalu. Mujurlah henpon ni mampu bertahan lama, jadi banyak la reminder yang masih tersimpan.

Walaupun hanya dua reminder yang tertulis, tapi sebenarnya banyak lagi urusan yang aku lakukan setahun lalu. Maklumlah, sibuk menguruskan hal majlis akad nikah, majlis persandingan, menunggu keluarga datang dari kampung dan pelbagai lagi.

Mungkin posting ini yang bertajuk COUNTDOWN boleh menggambarkan persiapan aku ketika itu :-)

Cepat masa berlalu, Alhamdulillah kami hampir mencapai usia satu tahun dalam alam rumahtangga dua hari lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Aktiviti Ketiga Disember ---> Alhamdulillah Selesai...

Seperti aku war-warkan sebelum ni, setiap hujung minggu Disember padat dengan aktiviti keluarga aku.

Dan minggu lepas, telah selesai majlis kenduri perkahwinan adik aku di Alor Setar.

Seronok dapat berkumpul dengan saudara mara, jauh dan dekat. Semua nampak ceria dan bergurau senda menandakan gembira bersama. Satu suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan seronok, gembira walau kepenatan dan keletihan.

Kini telah selamat tiga minggu aktiviti Disember. Hujung minggu ini, aktiviti keempat pulak. Ulangtahun pertama perkahwinan aku pulak...

Apa aku nak buat? Atau sekadar lepak rumah tengok tv saja?

:-)

Monday, December 14, 2009

Aktiviti Kedua Disember ---> Selamat....

Yang ni bukan pengantin baru... ni pengantin lama dan pengantin lagiiii lama....

ahhh lega... nak balik dah... selamat semua..

Pengantin bersama abang-abang dan adik

Aku dan isteri bersama pengantin


Alhamdulillah, secara rasminya adik aku, Azli Hafiz (Hapis/Mat) selamat diijabkabulkan dengan Nor Atika (Ika) dengan sekali lafaz pada 12 Disember 2009 di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak.

Majlis pertunangan telah selamat dilangsungkan pada sebelah petangnya.... Selepas kira-kira 3 jam bertunang, mereka selamat disatukan sah sebagai suami isteri.
Maka secara rasminya juga, bertambah lagi ahli keluarga aku :-)

Kepada kedua-dua pengantin, Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sampai bila-bila...

Nak layan lebih banyak gambar, klik saja SINI

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 1 - Disember 09


Seperti dimaklumkan terdahulu, bulan Disember ni aku pack dengan aktiviti keluarga. Sebenarnya dah mula pun sebelum Aidil Adha lagi sebenarnya tanpa aku sedari...

Apapun, 5 Disember telah selamat diikat tali pertunangan di antara sepupu aku, Mohd Naim dengan pasangannya Noraini.
Kepada Naim & Anne..... Selamat Bertunang....

Monday, November 23, 2009

Teknologi...

Hari Ahad, 22 Disember aku menghadiri dan menziarah dua orang sepupu aku yang berkhatan. Seorang umur 7 tahun dan seorang lagi 6 tahun.

Apa yang best, majlis berkhatan mereka tu diadakan dengan penglibatan seramai 13 kanak-kanak yang lain. Yang aku tahu, paling muda berusia empat tahun. Semuanya dari komuniti lorong yang sama dari kawasan perumahan tu. Berkhatan pula di rumah seorang doktor yang memang berpengalaman dalam urusan berkhatan dengan bayaran yang cukup murah (katanya doktor cuma ambil harga barangan dan ubat = RM75 seorang).

Berbalik kepada dua orang sepupu aku tadi, si Haikal yang berumur 6 tahun merupakan pembuka tirai manakala si Afif pula penutup tirai. Apa yang menarik dan tidak seperti zaman aku berkhatan dulu-dulu, teknologi berkhatan sekarang semakin canggih! Guna Smart Clamp... (aku dok cari gambar smart clamp tak jumpa pulak... kang aku letak gambar anu budak2 tu selepas khatan baru tau!!! hahahha)

Tak sampai sejam selepas khatan, si Haikal yang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang tak reti duduk diam telah menangis... bukan sebab sakit, tetapi dah bosan baring dan nak main PS2 di bahagian atas rumah... terpaksalah kami operasi menurunkan TV ke bawah sebab tak nak bagi dia naik tangga...

Apabila si Afif dah selesai pulak, dia terus berjalan balik dan terus main PS2... seperti tiada apa-apa berlaku!!! Hampeh tul... zaman aku dulu, mahu baring 2-3 hari, nak kencing pun susah...

Tak sampai jam 4 petang, kami membuka tali yang melintang sepanjang ruang tamu sebab sudah tidak digunakan lagi... (biasalah, tali tu nak ikat kain budak berdua tu semasa baring) budak-budak berdua tu pulak, berjalan pun tak perlu nak angkat kain di bahagian 'tooot'....

Rasanya tiga hari dah pakai seluar la tu.... Nenek depa call semalam (biasalah nenek, cucu berkhatan mesti risau, dia tak dapat datang pulak tu) agak terkejut sebab diceritakan budak2 tu tak baring dan tak sakit pun... sedang mengira duit 'hasil' yang diperolehi (tak tahulah selepas aku balik pukul 6, kalau dua-dua pakat meraung sebab ubat bius dah abis - tapi tak juga, sebab si Haikal yang pertama jam 9.15 pagi... si Afif yang last jam 3.30 petang - Haikal tak complain sakit pun)

Hmm... inilah kesan teknologi.... semuanya semakin mudah dan ringkas.... kalau digunakan secara meluas teknologi ni, kurang income la Tok Mudim kampung, tetapi sepatutnya Tok Mudim pun dah boleh seiring dengan teknologi, tak la budak-budak lelaki takut lagi bila dengar istilah BERKHATAN!!!

Wednesday, November 18, 2009

Komitmen...

Bulan Disember nanti, setiap hujung minggu aku mempunyai komitmen keluarga...

5 Disember : Sepupu aku dijadualkan akan bertunang, pasti terlibat dalam event ni punyalah... lagipun dia bertunang dengan orang area-area Taman Melawati, berhampiran dengan kawasan rumah aku...

12 Disember : Kali ni giliran adik aku pulak... cumanya akan bertunang sebelah petang dan terus akad nikah sebelah malam... kenduri pulak 13 Disember... adik aku insya Allah bertemu jodoh dengan orang Ipoh... jadinya 12 dan 13 Disember pasti aku akan berada di Ipoh...

19 Disember : Kenduri meraikan perkahwinan adik aku... insya Allah di Aloq Staq... gila kalau aku tak terlibat!!!

26 Disember : Ulangtahun pertama perkahwinan aku nih.... event apa? Entahlah, ada duit lagi ke untuk diri sendiri??? hahahahahha

Jadinya.... komitment hujung minggu sepanjang Disember - Fully Booked!!!

Jumpa lagi...

Wednesday, July 8, 2009

Gangguan...

Petang semalam, Maksu aku telefon minta kami adik-beradik (sedara mara) ramai-ramai ke rumahnya pada sebelah malam... sebabnya.... maksu kata dia diganggu oleh makhluk halus malam sebelumnya dan malam ini (malam semalam) ada ustaz akan datang buat pendinding...

Memang rumah sewa / apartment maksu ni sebuah penempatan baru.... di sebelah balkoni merupakan sebuah kuil Hindu manakala di bahagian depan pintu utama pula sebuah kuil Sikh... aku pun tak paham macam mana lokasi ni boleh dipilih....

So, niat asalnya nak mengajak Fulim dan Joe ikut sekali, tapi last minit, tanpa memberitahu dia pun, aku tak ajak Joe (sori Joe... gua risau lu tak layan benda-benda macam ni, lagipun lu tinggal sorang kat umah)... so aku pergi bersama isteri dan Fulim jelah....

Sampai di rumah maksu, adik aku dan geng dah sampai... aku tanya maksu macam mana gangguan tu... dia kata,

"lebih kurang pukul 3 pagi, benda tu dok ketuk2 pintu bilik dengan guna alat seperti rotan... pastu ketuk2 kotak2 barang kat luar ni... pastu ketuk2 pinggan kat dapur.... ianya kejap berlaku, kejap tidak hinggalah waktu Subuh bila benda tu buat satu ketukan yang kuat kat pintu bilik"

Ohh... ok... setakat bunyi jelah ye... tak nampak benda tu.. dan dia pun setakat 'gurau' kat luar bilik jelah.... tapi seram juga la kan... kalau nampak, ontahla rupanya macam mana....

Tak lama kemudian Ustaz yang dimaksudkan datang... beliau dari Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah... orang Kedah jugak...

Diringkaskan, dia pun selesai membuat pendinding dan pagar kepada apartment tu... pas abis buat, banyak juga dia bercerita dan menjawab soalan-soalan kami ni tentang alam mistik ni.... sedar tak sedar sampai jam 2 pagi juga baru nak balik....

Lepas balik, singgah makan.. then sampai umah dah pukul 4 pagi.... so... sekarang ni... NGANTUK!!!!

Tuesday, June 23, 2009

Siakap Sweet Sour


Siakap Sweet Sour... lauk istimewa wife aku masak... katanya balas dendam sebab ikan kembung abis... maka seekor siakap menjadi mangsa... hahaha
Lauk ni hidangan makan malam... tapi bukan malam tadi, tapi dah 2 minggu lepas rasanya... sengaja aku simpan gambar... bila perlu akan aku keluarkan posting tentangnya (terutama bila takda idea nak menaip benda lain.... hehehehe)
Malam tadi lauk ketam... pun aku suka...
TQ sayang....


Friday, May 15, 2009

Haaa... ni dia gambar masa BBQ 1 Mei lepas kat umah tok aku.... enjoy....

Pakat dok tunggu api dan tahan mata kena asap....

Tempat BBQ... daging dan ayam... tiada di gambar - udang dan ikan

Janos dan Ake... wife aku kata sama je dua-dua... botak dan boroi... hahahah


Pose istimewa dari Janos dan Ake sambil menunggu dapur BBQ...













Saturday, April 25, 2009

Tahniah....

1. Tahniah kepada Mohammed Bakli & isteri, Adi Amyliza di atas kelahiran putera kedua, Adam Afiq pada minggu lepas... (nama anak dia Afiq, Afif... behkurang macam tu lah.....)

2. Tahniah kepada Mohammad Fulim & isteri, Siti yang bakal menambah ahli keluarga, setelah dikurniakan 2 puteri sebelum ini, Insya Allah penghujung tahun ini.... dikurniakan cahayamata ketiga...

3. Tahniah kepada Mohammad Hardy, kerana berjaya menempatkan diri di tempat kerja baru di UiTM Shah Alam...

4. Tahniah kepada pasukan Polis kerana berjaya mengawal keselamatan semasa perlawanan bolasepak Kelantan vs Selangor di Bukit Jalil tempohari....

5. Dan yang paling utama...... Tahniah kepada isteriku, Nurul Hana kerana berjaya menjadi Senior Exec di tempat kerjanya....

Thursday, January 29, 2009

Main Badminton






Inilah yang ditunggu-tunggu...

Pada 24 Januari 09 yang lalu, satu permainan badminton telah berjaya dianjurkan dengan ala kadar tetapi meriah...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir, antaranya:

1. Asaq & Faizah serta anak-anak
2. Nazlif
3. Jon
4. Nadzrul
5. Abang Razak
6. Muzairi dan keluarga
7. Ezhan (walau tak main pun, takpa semangat tu penting)
8. Janos & Nurul

Hasil kesepakatan, Insya Allah aktiviti ini akan diadakan setiap 2 minggu...

Apapun kepada kawan2 lain yang yang tak berkesempatan Sabtu lepas, next time ada lagi....

Thanks...

Wednesday, January 21, 2009

Serampang Banyak Mata....

Aku sekarang tengah plan satu aktiviti baru yang akan mengeratkan lagi silaturahim antara kawan2 aku sendiri...

Aktiviti ni akan mempertemukan kawan-kawan aku dari beberapa sudut yang berbeza. Ada kawan yang aku kenal dari tempat asal, kawan dari tempat belajar dan kawan dari tempat kerja... maknanya kawan-kawan ni kenal aku, tapi belum tentu kenal satu sama lain...

Jadi, aku tanpa segan silu dan rendah diri ingin mengajak kawan-kawan aku ni beriadah dengan bermain badminton. Aku bersedia meng'stress'kan diri dan memperuntukkan sedikit kredit telefon untuk cuba mengaturkan aktiviti ni... Lagipun dah lama aku tak meng'stress'kan diri dengan meng'arrangge' sesuatu... hehehehe

Aktiviti yang aku cadangkan ialah bermain badminton secara beregu... mudah saja kan?

Tapi syarat asasnya ialah disertai oleh pasangan suami isteri atau couple. Maknanya aktiviti bermain badminton secara beregu campuran la ni... Tapi kelonggaran diberikan kepada mereka yang isteri jauh atau tiada couple. Boleh berpasangan sesama jantina tetapi terpaksa memberikan 5 mata dahulu setiap set kepada beregu lawan yang berlainan jantina...

Tapi AWAS!!! Kalau ada yang nak bawa awek ke, walau orang lain tahu dah kahwin.... tanggung sendiri!!! Kami smash ajer...

Dan kalau nak berpasangan sesama jantina tu pulak... penganjur tidak akan menanggung sebarang tohmahan dan pandangan serong masyarakat.... walaupun kedua-duanya adalah suami orang.... hahahahahaha

Sebagai permulaan, aku try nak start Sabtu, 24 Januari ni sebelah malam... Kalau ada sekurang-kurangnya 4 couple, aktiviti ni ON... Kalau ada sambutan minimun ni, petang ni jugak aku pi booking court...

Bagi yang tak dapat, aku tiada masalah... jangan rasa gundah gulana dan bersalah pulak... aku faham masing-masing ada komitmen dan tanggung jawab masing-masing...

Tapi yang menambahkan stress aku sekarang ni... kalaulah tiba-tiba menjadi aktiviti sabtu ni... gelabah jugak aku nak cari raket!!! Nak kena beli 2 pulak tu... takpe, dapat yang budak punya yang RM5 satu pun oklah kot... hehehehehe jimat... beli yang memahal pun, aku bukannya terel pun...

Oklah... apa-apa aku update pasal aktiviti serampang banyak mata ni...

Adiossss....

Friday, January 9, 2009

Sunday, December 28, 2008

Alhamdulillah.....

Aku kini bergelar suami kepada Nurul Hana Nawafil.

Dengan sekali lafaz kami sah sebagai suami isteri.

Majlis akad nikah telah diadakan pada 26 Disember yang lepas di rumah pengantin perempuan di Beranang, Selangor.

Aku dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat aku yang sudi datang ke Beranang, sama ada semasa majlis akad nikah, mahupun majlis kenduri semalam.

Kehadiran kalian di majlis tersebut telah menambahkan keceriaan dan kemeriahan majlis di rumah pihak perempuan.

Semoga majlis di pihak aku, pada 1 Januari 2009... khamis ini juga akan berlangsung dalam keadaan yang penuh bermakna kepada semua pihak, sama ada pihak aku, pihak isteri malahan para tetamu yang datang, Insya Allah...

Doa kalian terhadap aku dan isteri, semoga diberkati dan aku sentiasa juga doakan kebahagiaan kalian.

Wassalam...

Friday, December 19, 2008

Countdown

Sekali lagi... sebut countdown, pasti ramai yang ingat countdown tahun baru Hijrah yang aku nak sebut... tak pun countdown tahun baru Masihi...

Tidak...Tidak... bukan countdown tahun baru yang aku maksudkan, tetapi countdown aku akan menamatkan status bujang... Yaa.... aku akan berkahwin!!!

Jadi, countdown yang aku buat, akan berakhir pada 26 Disember 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1429 jam 2030 iaitu jangkaan masa aku akan melafazkan akad nikah...

Lagi seminggu sajalah tu kan?

Perasaan? Alhamdulillah, Allah SWT memberikan aku ketenangan tanpa rasa panik, gundah gulana mahupun lain-lain yang tak best... Setakat hari ini, aku memang tenang walaupun secara financialnya amat bergelora... Namun aku bersyukur kerana Allah memberikan aku rasa tenang menghadapi dan menyahut seruan mendirikan rumah tangga...

Semoga perasaan tenang ini akan berkekalan, walaupun selepas mendirikan rumah tangga kelak... Insya Allah....

Baiklah, untuk pengetahuan semua terutamanya kawan-kawan aku, jadual majlis (orang panggil jadual ke? hentam sajalah hehehehe) seperti berikut:

26 Disember 2008 - majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan selepas solat Isyak

27 Disember 2008 - majlis kenduri dan persandingan di rumah pengantin perempuan

1 Januari 2009 - majlis kenduri di rumah aku

Sekian...

Wednesday, October 8, 2008

Dah Raya pun....

Hari ni, 8 oktober... bersamaan 8 syawal... maknanya dah seminggu kita berhari raya... Pasti majoriti daripada kita dah kembali dengan rutin biasa selepas menghabiskan cuti dan meraikan kedatangan syawal... tak dinafikan juga, mungkin ada pengalaman baru yang kita dapat pada sambutan raya kali ni berbanding raya-raya sebelum ini....

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku meraikan hari raya di kampung halaman aku... mana lagi kalau bukan Aloq Staq... juga di tempat aku dilahirkan, Asun, Jitra...

Antara kelainan tahun ni, kembali dapat beraya di rumah Asaq (isterinya blogger - Faizah) setelah beberapa tahun sahabat aku ni di perantauan. Kesempatan di rumah Asaq tu, diambil juga la untuk jumpa kawan2 lain yang tak sempat aku nak pi rumah depa, kira one stop centre juga la.... Kalau nak tengok gambar kami tu, lawat la ke blog isteri Asaq - Faizah... klik saja sini...
Aku tak transfer gambar ke laptop lagi... hahahahah

Oklah... nanti sambung lagi... semoga semua kembali ceria menyambung tugas masing-masing selepas Aidilfitri...

Adios...

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h

Janos ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h. Juga dimohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.

Semoga Syawal kali ini memberikan lebih erti kepada kita berbanding tahun sebelumnya.

Selamat Bercuti...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!