JANOS

JANOS
Selamat Datang

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h

Janos ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429h. Juga dimohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini.

Semoga Syawal kali ini memberikan lebih erti kepada kita berbanding tahun sebelumnya.

Selamat Bercuti...

Tuesday, September 23, 2008

Buffet Ramadan "Ala Orang Kita"

Salah satu yang mungkin ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan kita apabila tiba Ramadhan ialah terdapatnya pelbagai hotel, restoran dan cafe yang menyediakan Buffet Ramadhan. Tidak keterlaluan kalau aku katakan ianya dah jadi acara wajib, terutamanya bagi warga Lembah Klang.

Tak dapat nak mengelak juga, kalau harga yang ditawarkan mencecah puluhan ringgit, malah ada yang sehingga seratus lebih, tapi (disebalik complaint harga barang naik) kita masih mampu untuk 'menerima undangan' para penyedia buffet tersebut.

Aku pun antara yang suka la kalau diajak makan ala buffet ni. Kelmarin (Ahad) aku, Joe dan Bakaq berkesempatan layan buffet Ramadhan di De Palma, Ampang. Plan last minute menjadi juga, tak booking pun, terus walk in saja, mujur ada seat.

Aku tak berapa nak cerita apa kami makan sangat, bukan apa, De Palma bukan bayar aku pun nak promosi... hehehehe...

Apa aku nak cerita ialah gelagat 'orang kita' ketika berbuka puasa ala buffet....

Dalam banquet hall De Palma kelmarin, penuh juga la meja... kiraan kasar ada la lebih kurang 100 meja... ada yang datang dengan family dan ada yang kawan2 macam kami ni...

Apa yang MENARIK, kami tengok banyak meja dah jadi macam MAKAN HIDANG... maknanya dah ambik banyak2 makanan, lauk, kuih semua, dan hidang atas meja masing2.... buffet apanya macam ni??? Lebih best, ada yang siap ada pinggan nasi tambah!!! hehehehe....

Kami bertiga ni, rasa pelik la jugak... dapat ke depa habiskan semua tu? Kalau dapat, baguslah.... tak la jadi membazir, tapi rasanya bukan buffet la macam ni...

Mungkin depa takut makanan habis, atau mungkin dah malas nak bangun ambil makanan atau senang nak kawal anak-anak kecil takut hilang bila dok jalan-jalan... entahlah, masing-masing punya perkiraan...

Tapi masalahnya, bukan 1-2 meja, hampir semua meja yang family yang kami lalu guna 'konsep' yang sama... (meja kami paling belakang, so kami lalu banyak meja sementara nak sampai meja kami dari 'gerai-gerai' makanan).... Malah ada juga couple pun buat konsep yang sama, ambil banyak-banyak dan tak bangun dah sampai penat makan....

Takpelah kan, masing-masing punya cara... tak menyusahkan orang lain sudahlah... Tak taulah kalau dalam blog lain dok kutuk kami bertiga pula, sebab tak makan nasi terus... dok layan udang bakar la, kambing bakar la, ratah-ratah lauk, makan kuih, kek.... last sekali baru 'hentam' nasi...

Apapun, kelmarin kami bertiga 'perform' juga la... maklumlah, kalau bab makan, cekap jer mengatur strategi... hahahaha...

Sebagai kenangan, aku upload gambar-gambar di De Palma kelmarin....

Isnin, Insya Allah layan Crown Princess pulak dengan Fulim pula....



Pengunjung dihiburkan dengan persembahan ghazal


Bakaq menyedut siput sedut... sepinggan dia sorang je...


Joe menguyah apa ntah, daging kambing bakar kot....


Janos hirup ABC sambil minum limau ais (acara semi-penutup sebelum makan rojak buah)


Senyum puas tiga jejaka yang perform.....


Wednesday, September 17, 2008

Puasa & Raya : Antara Realiti dan Harapan - Part 2

Alhamdulillah, hari ni telah selesai 16 hari kita menempuh ibadat bulan Ramadhan 1429 ni... maknanya, lebih kurang 2 minggu lagi kita, umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Syawal....

Dalam Bahagian Pertama posting tajuk di atas, aku akui amat sukar untuk mendapat 'feel' untuk nak bercerita pasal Ramadhan ni... maklumlah mungkin kerana menaip sebelum menempuhi Ramadhan itu sendiri, maka 'feel' tu pun tak berapa nak mai... Jadi ni kira nak bayar 'hutang' lah... hehehehehe hutang posting...

Pada pendapat aku, Ramadhan ni banyak mendekatkan ikatan silaturahim sesama umat Islam...

Pertamanya, pastinya dengan memenuhi masjid dan surau yang mengadakan solat sunat terawih... di samping dapat beribadat, ianya juga menjadi medan pertemuan sesama kariah atau kejiranan... maklumlah, mungkin selama ini tidak pernah bertemu, apatah lagi bertegur sapa, tetapi aktiviti solat sunat terawih berjaya menemukan sesama kita...

Kedua, di pasar-pasar Ramadhan, kita akan dapat melihat ramai di antara kita berpusu-pusu mengunjungi pasar Ramadhan setiap petang, sama ada di kawasan kita sendiri, ataupun di kawasan lain, untuk ubah selera mungkin... Tidak dapat dinafikan, pasar Ramadhan juga menjadi tempat mengeratkan silaturahim... Pasti kita pernah bertembung dengan sahabat atau kenalan lama yang sekian tahun tak bertemu, maka bersalaman, bertanya khabar dan menukar no telefon... ini semua kerana adanya pasar Ramadhan, kalau tak ada, mungkin 'lambat' lagi nak dapat 'titik pertemuan' dengan sahabat lama tersebut.

Ketiga, majilis berbuka puasa di antara kariah/kejiranan, antara rakan pejabat, antara rakan setempat belajar, rakan sekampung dan pelbagai kelumpuk lagilah... Pastinya majlis berbuka puasa ini, sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi ini amat bermakna... pastinya kita datang dengan senyuman dan penuh keikhlasan demi memenuhi jemputan dan ingin bersama-sama kenalan... Pastinya juga, majlis dipenuhi dengan gelak ketawa 'akibat' gelagat sesama kita...

Keempat, ialah semasa bersahur, ataupun makan lewat malam (bagi yang malas bangun dan makan pukul 4 atau 5 pagi)... Makan lewat malam terutamanya, pasti dapat mengeratkan silaturahim jua di antara rakan... Tapi awas!!! Jangan lewat sangat melepak di warung-warung dengan rakan sampai terleka tanggung jawab di rumah, ini untuk para suamilah... Bagi yang bujang pula, terumatanya yang merantau, inilah juga kesempatan untuk bersama rakan-rakan dan tentunya dapat mengubat sedikit kenangan bersahur di kampung...

Empat perkara inilah yang aku rasakan sebagai hikmah bulan Ramadhan.... Sedar atau tidak, suasana di bulan Ramadhan ini agak berbeza dengan bulan-bulan yang lain, walaupun kita masih mengimarahkan masjid, makan bersama kawan-kawan ataupun boleh mengunjungi pasar malam/minggu...

Selepas ini, pastinya juga ikatan silaturahim yang telah terbina itu akan dibawa ke bulan Syawal... kunjung-mengunjung dan menghulurkan salam kemaafan sudah menjadi resam kita bersama...

Semoga kedatangan dua bulan mulia ini akan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang mendapat keredhaan dari-Nya...

Sebagai penutup, sengaja aku masukkan gambar majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah Yus, sahabat se'Jalan Day' yang mengadakan majlis di rumahnya di Ampang... Majlis walaupun kecil-kecilan, namun ianya memberikan seribu erti... Semoga Yus mendapat berkat hasil daripada majlis yang diadakan, juga ucapan terima kasih kepada Yus dan tunang, Liza...





Saturday, September 13, 2008

Gambar Lama - 25 Ogos 2006

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3



Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama, ikut date pun di ambil pada 25 Ogos 2006, dah dua tahun pun....

Tadi dok sembang-sembang dengan Asaq dan Nazlif, terbuka cerita pasal banjir kat Masjid Jamek ni, sampai aku pun terperangkap tak boleh balik sehingga jam 10pm... dari jam 6pm lagi dah mula banjir...

Keterangan Gambar:

Gambar 1 - Perhatikan paras tenggelam kenderaan di belakang tu... masa gambar ni di ambil, air dah mula surut...

Gambar 2 - Jalan Tun Perak dah mula surut, tiada dalam gambar beberapa kereta sedang 'dibersihkan' oleh pemiliknya dari lumpur.

Gambar 3 - Pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang - air masa ni dah surut sikit, tapi masih laju dan hampir separas dengan kaki lima.

Harap-harap perkara macam ni tak terjadi lagi di KL malah di mana-mana sahaja di Malaysia...

janjanos.blogspot.com - followers....

Saja nak menambahkan gadget blog ni... sudi-sudikanlah masuk kat bahagian Blog Followers tu... ada kat belah kanan, bawah sekali tu...

Selain memperkenalkan diri, boleh jugak promote blog kalian...

Terima kasih...

Friday, September 12, 2008

Ikan Bakar Jalan Bellamy dan Fun Fair Bkt Jalil...

Kuala Lumpur, 9 September...

Iaitu 3 hari lepas la ni...

Hari tu aku dan tunang buka puasa di Ikan Bakar Jalan Bellamy, belakang Istana Negara...

Selesa tempat ni, makanan menyelerakan, parking pun mudah (kalau datang awal) malah surau Istana Negara pun betul-betul sebelah ni saja...

Cuma yang mungkin terganggu ialah banyak kucing yang dok minta makanan... sampai bergaduh-gaduh kucing-kucing tu, pelbagai peringkat umur...

Hari tu layan ikan talapia dan udang.... cukup la untuk 2 orang makan kan... harga pun berpatutan, nasi, ikan, udang, sayur semangkuk, ada ikan bilis goreng+kentang semangkuk dan air tak sampai RM30 pun... nasi pun siap tambah lagi....




















Balik daripada ikan bakar tu, terdengar iklan dalam radio tentang Bazar Ramadan dan Syawal di Bukit Jalil tu... pergi je tengok hampeh... tak best pun....

Mujur di sebelah tapak bazar tu ada Fun Fair... siap ada Merry Go Round, bumper car, keretapi dan tidak ketinggalan ada tikam-tikam... tempat tikam-tikam ni yang ramai orang pun... ada datang famili, ada datang kawan-kawan...

Hadiah besar-besar dipamerkan, tapi yang aku nampak, hadiah paling banyak orang dapat hanyalah kipas tangan, key chain, beg, pen saja....

Tapi hati-hati sikit, token mahal, RM2 satu keping... nak main pulak pakai 2 atau 3 token, ikut permainan..

Oklah... semoga cerita lain lagi

Selamat berbuka puasa....

Selamat Kembali - Blogger bernama Fulim.... :-p


Ahhh... akhirnya... Blogger itu telah menemui kembali keyboardnya...


Akhirnya, setelah hampir dua bulan menanti, dia kembali....


Dia menjanjikan semangat baru, terutama ketika mengutuk Bosnya...


Akhirnya...


Hahahahahah.....

Tuesday, September 9, 2008

Dialog di Pejabat Pos

Pagi tadi aku ke pejabat pos, nak ambil rebat petrol RM625 untuk kereta aku tuh... semasa aku sampai, tengok ramai juga la pelanggan pejabat pos ni hari ni... aku ambil nombor – dapat nombor 2292 dan nombor sekarang 2235.... Sabar sajalah... dugaan bulan puasa...

Sedang dok tunggu tu, tiba-tiba ada seorang brader ni ramah tamah berbual... aku pun layan la... dialog tu lebih kurang begini...

Brader : Claim juga ke?

Aku mengiakan...

Brader : Mereka (kerajaan) dah bagi, sapu jelah kan....

Uishhh... bunyi macam ala-ala pro bangkang gak brader ni... takpe, layan je...

Brader : Ramai orang, pejabat pos ni dari dulu lembab macam ni lah...

Aku senyum saja... nak tengok apa dia nak sambung...

Brader : Terhegeh-hegeh buat kerja.... sama lah macam BSN... orang panggil pramugari tapi kerja lembab....

Janos : Sepatutnya pejabat pos cawangan kita ni dah kena besarkan, bagi banyak kaunter... setakat pejabat mini 3 kaunter macam ni, memang slow lah bang, penduduk sini makin bertambah....

Brader : Tak payah banyak kaunter, 3 kaunter pun cukup... asalkan satu kaunter bil sahaja... satu lagi surat/setem... dan satu lagi untuk claim rebat macam kita ni... ni semua kaunter hentam pelbagai.... memang la slow....

Aku senyum sajalah.... Aku kata dalam hati “yelah.. sebab tu aku kata kena banyak kaunter... sebabnya nak bagi SEMUA urusan cepat... harini hang nak buat rebat, sedaplah kalau ada kaunter khas sebab tak ramai yang datang claim harini..... nanti time hang nak bayar bil... kalau satu kaunter saja... mulalah suruh semua kaunter boleh bayar bil pula...” Heheheheh

Tiba-tiba brader tu sambung lagi...

Brader : Agak-agak kedai used car boleh buat duit tak dengan rebat ni?

Aduh... kesitu pulak...

Janos : Rasanya takda peluang kot used car nak cari untung.... sebab rebat ni kan dapat bila kira renew road tax.... jadi rasa saya used car takde nak buat road tax kereta yang dalam yard atau stor dia tuh....

Brader : Tapi mesti boleh punya... sekurang-kurang dapat untung RM100 pun mesti diaorang buat punya....

Janos : Tak mungkin lah bang.... kita buat road tax baru boleh claim... bukan saja-saja boleh claim... nak buat road tax kena buat insurans... kena bayar lagi... saya tak rasa lah used car nak kejar sangat, banyak kos lain yang ada lagi setakat nak untung RM100.... tu pun kalau untung....

Sengaja aku nak kasi panas, nak dengar hujah dia lagi...

Brader : Alah... diaorang boleh buat insurans 3rd party... murah saja.... diaorang bukan peduli asalkan dapat duit... kalau dah 10 kereta dah berapa dah???

Aku senyum sajalah lagi...

Janos : Tapi bang, kereta used car diaorang dah tukar nama letak nama kedai used car atau nama tauke used car tu ke bang? Kalau abang beli kereta kat used car, nama pada geran yang sebelum nama abang tu nama siapa? Nama pemilik sebelum atau nama tauke used car tu?

Brader : Nama pemilik sebelum la kot... kalau ada nama used car, aku dah jadi pemilik ketiga la....

Janos : Abis tu kalau nama orang lain, kita boleh claim ke rebat? Oklah, boleh ada wakil, tapi abang nak ke sain surat wakil kepada orang used car untuk claim atas nama abang?

Brader : Alah... nanti boleh kawtim apa dengan used car tu... sama-sama dapat duit kongsi..... sorang RM50 pun takpe...

Tergelak aku dalam hati.... nak gelak depan dia nanti kecik hati pulak kan....

Kebetulan lepas aku senyum kat dia, nombor aku dipanggil..... aku pun ambil rebat aku... masa nak keluar, aku nampak brader tu dok sembang dengan seorang brader lain pulak...

Dalam perjalanan balik... aku senyum sajalah sorang-sorang... bukan sebab dah dapat duit rebat, tapi mengenangkan brader tu dengan ‘pemikirannya’..... mulanya pasal kaunter kemudian nak komplot dengan used car.....

Disebalik tu, terasa juga kos hidup sekarang semakin meningkat, hinggakan orang sanggup kawtim apa sahaja asalkan dapat sedikit duit...

Renungkanlah....

Monday, September 8, 2008

Perlumbaan ke tarikh 16 September 2008

Sekarang ni, ramai yang dok meneka – 16 September 2008 ni jadi atau tidak “rampasan kuasa” daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR)?

Boleh ke tak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah?

Betul ke ada ahli parlimen dari BN akan melompat masuk pembangkang dan kemudian akan membentuk kerajaan baru Malaysia?

Umum mengetahui, PR hanya memerlukan 30 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan.

Dari satu sudut, sebenarnya Anwar Ibrahim telah berjaya mewujudkan satu suasana “celik politik” di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya, tertunggu-tunggu adakah tarikh 16 September 2008 sekali lagi akan menjadi satu lagi tarikh bersejarah bagi Malaysia?

Dari sudut yang lain pula, ada juga yang menanti apa akan jadi kepada tampuk pemerintahan sekarang sekiranya 16 September ni betul-betul mencatat sejarah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6? Apa akan jadi kepada Pak Lah, Najib dan KJ? (Mereka bertiga ni CONFIRM bukan dalam senarai nak lompat).

Selain masih menjadi ahli parlimen bagi kawasan masing-masing, tentunya sesuatu yang ‘di luar kebiasaan’ kita selama ini akan berlaku.

Pastinya bukan setakat Perdana Menteri yang baru, malahan beberapa hal yang telah lama kita hidup bersamanya akan turut berubah.... Yelah, cuba bayangkan:

- 51 tahun Merdeka, kita berada di bawah payung kerajaan BN (dahulunya Perikatan). 16 September ni dah tukar kerajaan baru.

- Setelah 51 tahun Merdeka, selesa atau tidak, kita dipimpin oleh kerajaan yang mempunyai ideologi yang sama – mungkin polisi dan perlaksanaan berbeza mengikut zaman dan pemimpin, tetapi asasnya MUNGKIN sama.

- Apa akan jadi kepada GLCs seperti Telekom, TNB, BERNAS, Petronas (sekadar menamakan beberapa) yang TENTUNYA diterajui oleh orang-orang BN, bagaimana halatuju GLCs ni nanti?

- Malaysia akan mempunyai barisan menteri kabinet yang baru.

- Negeri Kedah, Penang, Kelantan, Perak dan Selangor tidak lagi dipanggil negeri pembangkang.

- Adakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang kita idamkan? (atau Perdana Menteri bagaimana yang kita idamkan?)


Bagaimana pula jika tidak berlaku apa-apa perubahan kerajaan? Mungkin tercetus situasi, antaranya:

- Kerajaan BN akan terus mentadbir, mungkin dengan sedikit lega tapi kalau masih ‘macam tu jugak’ – susahlah....

- Anwar Ibrahim akan dipandang sebagai hanya pandai membuat gimik.

- Akhbar arus perdana akan menghentam Anwar sungguh-sungguh (padahal depa lega sebab BN masih berkuasa).

- Ada rakyat yang kecewa – Pak Lah masih berkuasa, Anwar tak jadi PM, keadaan taraf hidup macam tu juga – pendapat rakyat yang susah.

- Ada rakyat yang gembira – Pak Lah masih berkuasa, Anwar tak jadi PM, keadaan taraf hidup macam tu juga – pendapat rakyat yang senang.


Segalanya pasti berubah selepas 16 September andai ditakdirkan benar-benar berlaku peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Anwar Ibrahim. Banyak perkara tidak akan sama lagi, sama ada akan lebih baik, ataupun sebaliknya – tiada siapa yang berani memberikan jaminan.

Aku pernah bersembang dengan seorang yang menyokong PR, katanya “sekurang-kurangnya ada harapan”. Harapan yang dimaksudkan ialah harapan untuk memberikan peluang kepada Anwar Ibrahim melaksanakan misinya kepada Malaysia. Harapan Baru katanya.

Apa yang aku boleh katakan perihal 16 September ni, secara jujurnya nak juga tengok Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pendapat peribadi aku, mungkin dia telah belajar “Bagaimana Menjadi Perdana Menteri Malaysia” semasa merengkok di penjara dulu. Khabarnya dia banyak membaca dan tentunya kita mahukan Perdana Menteri yang BERILMU – khabarnya Pak Lah pula seorang yang kurang membaca.

Hal-hal korupsi tidaklah mahu aku sentuh dalam perkara ini. Hal-hal peribadi juga tak perlu aku sebut. Masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri yang mungkin semua tahu, sama ada benar atau tidak.

Aku cuma nak membuka minda kita bersama. 16 September ni, ada Perdana Menteri baru atau tidak – Malaysia mungkin akan mempunyai sedikit perubahan.

Apa yang pasti, 16 September ni amat menarik untuk dinantikan.....

Bersediakah kita???

Tuesday, September 2, 2008

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih




Saidina Ali r.a telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW apabila baginda ditanya oleh sahabat-sahabatnya tentang kelebihan sembahyang terawih di malam-malam bulan Ramadhan.

Malam Pertama
Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sembahyang terawih beserta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam Ketiga
Malaikat di bawah arasy berseru supaya orang-orang yang mengerjakan sembahyang terawih itu meneruskan sembahyangnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan sembahyang terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakannya pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam itu.

Malam Ketujuh
Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi Musa menentang Fir'aun dan Hammam.

Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sebagaimana dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam Kesepuluh
Allah mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas
Dia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seumpama baru dilahirkan.

Malam Kedua Belas
Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam Ketiga Belas
Dia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Keempat Belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersembahyang terawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelima Belas
Semua malaakat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Keenam Belas
Allah SWTmenuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ketujuh Belas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam Kelapan Belas
Malaikat akan menyeru; Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapa engkau (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Kesembilan Belas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam Kedua Puluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala seperti orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam Kedua Puluh Satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Kedua Puluh Dua
Dia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang kekalutan pada hari tersebut.

Malam Kedua Puluh Tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam Kedua Puluh Empat
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh empat doa yang makbul pada hari itu.

Malam Kedua Puluh Lima
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam Kedua Puluh Enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam tersebut.

Malam Kedua Puluh Tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintas titian sirat sepantas kilat.

Malam Kedua Puluh Lapan
Allah SWT akan menaikkannya seribu darjatnya di akhirat.

Malam Kedua Puluh Sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ketiga Puluh
Allah SWT akan memberikan penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firmanNya:

"Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar".



Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!