JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, May 29, 2009

ARGHHHHHH!!!!!

Hampeh betul.... line internet tengah cantik, aku pulak yang takdak idea nak mengarang...



Maka terjadilah posting 2 baris ni sahaja... hehehehe

MC

Hari ini, Jumaat merupaka hari kedua aku MC minggu ni... kali pertama hari Isnin lepas...

So maknanya aku kerja Selasa - Khamis sajalah... tu pun, Rabu outstation ke Seremban...

MC ni kadang-kadang best sebab dok umah, tapi kadang-kadang buat rasa tak best sebab ianya menyebabkan kerja bertangguh dan nak tak nak perlu diselesaikan jugak bila masuk opis balik nanti....

Apapun.... harap2 next week aku dah pulih dari batuk ni... genap seminggu dah ni kena.... nanti orang opis ingat aku saja-saja pula nak MC.... walhal aku tengah sakit....

Sabar jelah..... Semua ni dugaan dari Yang Maha Esa...

Thursday, May 28, 2009

Rakan-Rakan Blogger

Selepas aku menulis tentang carta blog kawan-kawan, nampaknya persaingan agak sengit berlaku...

Jadi agak susah juga untuk aku meletakkan tempat pertama, tetapi yang pasti, ada keputusan upset berlaku berlaku, upset bermakna satu keputusan yang diluar jangka...

Jadi.... pada penilaian peribadi aku, tanpa dipengaruhi oleh kekecewaan pemenang ini bilamana pasukannya tewas malam tadi, aku meletakkan joetiffa sebagai rakan blogger yang aktif... manakan tidak, beliau telah mempunyai semangat baru, tambahan pulak sudah memiliki sebuah kamera digital yang pastinya akan menaikkan semangat memblog...

Sebenarnya saingan sengit diberikan oleh hardiness yang juga giat memceritakan pelbagai kejadian seharian beliau, seperti menonton wayang, menidurkan anak, memarahi kontraktor yang lambat buat renovation, juga berjaya memiliki Maxis Broadband....

Kedua-dua rakan blogger ini sentiasa bersaing antara satu sama lain... malah agak mengejutkan joetiffa mencanak ke menjadi pendahulu... walaupun beliau bermula di petak akhir sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mungkin faktor kesibukan tugas dan kesibukan menguruskan rumah tangga menyebabkan letssharehere jatuh ke tempat ketiga kali ini. Blogger yang terkenal dengan trademark penulisan dua baris ini tidak mampu menahan asakan kuat dari joetiffa hingga menyebabkan beliau tercicir ke kedudukan terakhir...

Apakah kedudukan bakal berubah selepas ini? Sama-sama kita nantikan keputusannya... ekslusif bersama Janos... Bila? itu terpulang kepada aku, bila-bila masa aku boleh buat 'spot check' dan mengeluarkan keputusan...

So, rakan-rakan bloggerku.... teruslah mem'post' dengan giat, kerana anda sentiasa diperhatikan...

Sunday, May 24, 2009

Joetiffa, Letssharehere dan Hardiness

Menunggu-nunggu bila joetiffa akan update blog dia tu.....

letssharehere sekarang ni agak mantap jugak.... seminggu sekali pasti ada posting baru....

Tapi bagi aku, pemenang yang menduduki tempat pertama, tentunya hardiness sekarang beliau telah mendapat sinar rasanya, seminggu pasti sekurang-kurangnya 2 posting... sekurang-kurangnya...

hehehhehe... tapi apapun, aku yakin... blog-memblog ni hanya kerja sampingan dan mengisi masa lapang je pun... kita ni bukannya blogger yang tertekan nak update segala benda nak terkini dan mendahului pihak lain pun...

lainlah kalau nama blog kita ni malaysiakini ke, malaysiatoday ke, harakahonline ke, perisikrakyat ke, azwanali ke dan lain-lain blog yang popular lainlah.... itu dah-dah tentu kita wajib update dan mengadap pc/laptop jer kerja...

ni line internet pun pakai selekum berukband yang kejap best, lama tak best.... ada hati nak jadi blogger terkenal... hahahahha aku kata kat aku sendiri....

okla.... sebenarnya aku just nak menambah posting jer... so kawan-kawan yang selalu jengah blog ni, takkan kecewa... sekurang-kurang dah ada 2 post hari ni.....

Jumpa lagi bila2 aku rasa nak menaip dan line internet mengizinkan...

Assalammualaikum...

Kisah Kawan Aku Part 3

Ingat lagi tak aku pernah cerita tentang sorang kawan aku ni.... tentang dia dan alam kerjaya... 3-4 bulan lepas aku cerita pasal mamat ni... kalau tak ingat, rujuk sini KISAH KAWAN AKU PART 2

Minggu lepas, sekali lagi aku terjumpa dengan dia... rupanya pencarian dia masih belum selesai... Memang katanya dia telah dapat kerja kat satu tempat, tetapi 'ibarat lari mulut singa, masuk mulut naga' katanya.... katanya mahu sahaja dia masuk balik ke mulut singa...

Aku tanya balik, kenapa tak masuk saja mulut singa?

Katanya singa sekarang ni tidak bertaring, malah ada 'pemburu' yang sedang mencabut kuku dan taring singa... Jadi dia rasakan kalau kembali ke mulut singa, singa pun belum tentu nak makan dia.... Entah-entah singa pun tak berselera nak jamah malah menjilat dia pun....

Aduh, mamat ni kalau bercerita, penuh dengan kiasan je... Tapi aku masih faham apa yang dia ungkapkan....

Mamat ni sambung lagi, katanya kalau dalam bab pekerjaan memang dia kurang bernasib baik selama ini... Kadang-kadang dia cemburu tengok kawan-kawan yang lain yang dah sampai tahap peningkatan kerjaya, tetapi dia masih lagi dalam proses membina tapak pekerjaan... Asas permulaan dia tu seperti belum ada lagi...

Pernah juga dia kata nak usahakan bisnes sendiri, tetapi biasalah, kalau setakat ada idea saja, tak kemana juga.... memang aku tahu idea mamat ni biasanya boleh pakai juga... tapi aku pun tahu dia dikelilingi oleh kawan-kawan yang ingin membantu tetapi juga kurang bermodal macam dia juga...

Aku tanya dia, apa idea terbaru? Dia pun ceritakanlah kepada aku idea dia tu.... maaf, aku tak boleh nak hebahkan kat sini sebab permintaan dia juga, katanya "hang jangan masuk idea aku ni dalam blog hampeh hang tu pulak, nanti orang curi". Aku pun senyum dan memang aku takkan bagitau idea apa... Tapi pandangan peribadi aku, memang menarik idea mamat ni, walau dah ada dibuat, tetapi boleh dimajukan dan ada peluang di situ....

Itulah kawan aku ni... simpati pun ada, seronok pun ada bila bersembang dengan dia. Marilah kita sama-sama doakan agar kesukaran dia hadapi dalam pencarian 'asas' yang dah hampir 10 tahun dia cari tu, berakhir dengan segera.... tak kiralah, kerja dengan naga ke, singa ke, tikus ke atau bisnes dia sendiri, harap2 dia tabah dan berjaya menghadapi dugaan ini...

Sekian...

Friday, May 15, 2009

Haaa... ni dia gambar masa BBQ 1 Mei lepas kat umah tok aku.... enjoy....

Pakat dok tunggu api dan tahan mata kena asap....

Tempat BBQ... daging dan ayam... tiada di gambar - udang dan ikan

Janos dan Ake... wife aku kata sama je dua-dua... botak dan boroi... hahahah


Pose istimewa dari Janos dan Ake sambil menunggu dapur BBQ...













Gambar Labuan

Bangunan Perbadanan Labuan

Masjid Labuan di ambil dari tingkap hotel

Ujana Kewangan (Financial Park) bangunan pejabat-pejabat dan pusat membeli belah (berwarna coklat)


Hotel Mariner, tempat berteduh selama 3 malam di Labuan













Out-Station...

Minggu ni, satu minggu aku tak jengah internet... apatah lagi jenguk blog...

Sebabnya, aku out-station ke Labuan dan Kota Kinabalu...

Labuan

Kunjungan ke Labuan merupakan kunjungan aku buat kali kedua. Kali pertama pada tahun 2000 lalu, itupun sekadar transit lebih kurang 3 jam sementara menunggu feri ke Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan kali ni lebih panjang, dapat bermalam 3 hari di Mariners Hotel. Hotel 2 bintang, tapi sesuai la dengan trip buat kerja. Lagipun ada tempat tidur, mandi dan salin baju pun dah cukup.

Bab makanan pula, memang agak sukar sikit sebab masakan di Labuan ni terasa seperti 'tak cukup garam' je... Breakfast kat hotel pun sama, tapi bedal sajalah buat alas perut.

Cuma nasib baik sebab lunch ada satu restoran yang masakan dia ada iras-iras rasa semenanjung... kira ok la tu... Kalau tak makan situ pun, layan KFC sajalah yang dah memang kita tahu rasanya... hehehehe...

Sebenarnya ada tempat-tempat makan yang sedap-sedap, tetapi memandangkan agak jauh dari hotel (walaupun Labuan tak sebesar mana) dan faktor kemalasan untuk keluar jauh dan mungkin harga yang lebih tinggi, maka makan sajalah apa yang ada dekat-dekat area hotel...

Satu perkara yang dapat diperhatikan tentang Labuan, aktiviti sebelah malam hanya tertumpu kepada pub, disko sahaja... kedai-kedai lain dalam jam 7 dah tutup pun...

Kota Kinabalu

Dari Labuan, kami ambil feri pertama jam 8.30 pagi ke Kota Kinabalu. Letih jugak la... 3 jam dalam feri... mujur boleh jalan-jalan dan lepak kat luar kena angin laut, kalau tidak bosan juga dok kesejukan dalam aircond... (ada mamat tu aku tengok sampai menggigil dan selimut badan dengan tuala sebab terlalu sejuk)

Kunjungan ke Kota Kinabalu pula merupakan yang kali ketiga. Kali pertama tahun 2000 juga, kedua tahun 2001 dan 2009 kali ketiga.

Lainnya kunjungan kali ni berbanding sebelum ni, kunjungan kali ini tidak melibatkan aktiviti bermalam, cuma menyelesaikan beberapa hal kerja disebelah siang, malamnya terus berangkat pulang.

Tapi yang tak bestnya sebab 'tak berapa banyak modal' nak membeli belah souvenir kat Pasar Philipine tu....

Tapi secara keseluruhan, okla dapat berjalan tempat orang secara free kan? Maklumlah tiket semua company bayar... buat kerja elok-elok sajalah... mana tahu ada peluang bolh berjalan lagi... heheheh

p/s: gambar aku upload dalam posting lepas ni...

Tuesday, May 5, 2009

Jalan-Jalan & Makan-Makan 9

Cuti 1 Mei, aku ambil kesempatan balik kampung, Aloq Staq....

Bertolak kul 10 malam dari KL pada Khamis, 30 April, sampai A.Staq tepat 4 pagi....

Tu pun dah benti 2-3 kali sebab mengantuk.... Alhamdulillah selamat sampai...

Kesempatan cuti 1 Mei yang jatuh pada Jumaat, disambung pulak cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad aku gunakan sebaiknya...

Hari Jumaat tu, aku buat kenduri sikit kat keluarga, buat makan-makan BBQ... ikan, ayam, daging, udang... walau penat main asap, yang penting best sebab dapat kumpul keluarga... Majlis buat kat umah Tok aku kat Asun...

Hari Sabtu pulak, lepak kat umah A.Staq sajalah, pastu petang pi makan kat Kuala Kedah... mesti hangpa ingat pi makan ikan lagi kan? Tapi anda silap, kami pi makan mee goreng dan mee rebus.... hahahahah

Hari Ahad, bertolak balik KL.... tapi biasalah kan.... bukan direct la... boleh pulak singgah makan Koteow Doli kat Taiping dulu.... Ramai sangat manusia, sejam juga menunggu....

Kul 4.30 beh kurang sambung perjalanan, pastu dengan jangkaan jem teruk selepas terowong (yang tepat jangkaan itu, berdasarkan laporan radio), kami keluar lalu jalan lama dari K.Kangsar sampai Ipoh....

Dan selamat sampai di rumahku syurgaku jam 9.30 malam...

Walau badan penat sebab Isnin dah masuk kerja, tapi seronok sebab cuti digunakan sepenuhnya untuk aktiviti keluarga....

Dan nak lagi best, malam tadi melayan geng2 A.Staq main futsal pulak, start 11.30 malam sampai 12.30 pagi... Sebelum tu minum sat dengan Fulim kat area umah dia...

Sampai umah 1pagi, dan hari ini, Selasa masuk opis macam biasa (dan rush hantar dokumen ke Putrajaya jam 4petang dari opis, manage to sampai Putrajaya dan selamat tugasan antar dokumen jam 4.40 - hangpa bayang la drive macam mana dari Setiawangsa, masuk MRR2, masuk Besraya dan terus ke Putrajaya)

Malam ni, satgi kalau jadi, joetiffa pulak ajak minum2.... masa sekarang 9.15, dia tak kol lagi... heheheh...

p/s: Selamat out-station kepada isteriku, minggu depan aku pulak nak out-station.... Nak buat macam mana, demi sesuap nasi...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!