JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, January 30, 2009

Ekslusif - Dari Dapur Mak Munah...



THE FAMOUS 'BISKUT EMPAT SEGI BERGULA' AND 'NESCAFE O PANAS' MAK MUNAH

Best in The World!!!

Hahahahah

DUNIA JONI - EPISOD 13

EPISOD 13

Dua hari selepas kedatangan Dr. Amalina dan membawa pergi Mona dan tujuh yang lain untuk di kuarantin, Joni lihat Sarah kesepian. Maklumlah rakan baiknya tiada. Kasihan Joni melihat keadaan Sarah, di cuba juga untuk menghiburkan Sarah, pelbagai lawak Senario Joni buat, namun Sarah hanya tersenyum tawar. Namun bagi Joni ketawaran senyuman Sarah itu masih manis. Masih menambat hati Joni. Masih Joni suka. Masih Joni cinta. Namun Joni tahu, jauh di sudut hati Sarah, dia kesepian tanpa Mona. Sarah rindukan Mona.

Sejak dua hari ini juga, Sarah lebih suka menyendiri. Kalau Joni tiada di sekitar, Sarah akan duduk berseorangan tanpa menghiraukan aktiviti anak-anak gadis kambing yang lain. Sebab itu Joni akan cuba menemani Sarah setiap kali melihat Sarah keseorangan.

Albert juga tidak melepaskan peluang ini. Dia juga pantang melihat Sarah keseorangan, pasti akan cuba didekati. Berulang kali juga Joni lihat Sarah mengelak dari berdua-duaan dengan Albert. Bagus!!! Fikir Joni. Usah di layan anak kambing jahat tu!!

Hinggalah pada satu hari, Albert di lihat cuba mendekati Sarah. seperti biasa Sarah mengelak dan lari cuba mendekati anak gadis kambing yang lain. Kali ini lain benar Joni lihat Albert. Biasanya jika Sarah dah mengelak, dia tidak akan ganggu lagi. Kali ini Joni lihat Albert mengikut juga Sarah. ke mana sahaja Sarah pergi, Albert akan menuruti.

Ini telah membangkitkan kemarahan Joni. Walaupun dia sedar dia tidak akan mampu ‘mengajar’ Albert, tetapi dia perlu membuktikan kejantannya kepada Sarah. Tidak mungkin dia akan membiarkan Sarah tidak selamat? Takkan dia rela melihat Sarah berlari ke sana ke sini bagi mengelak diri daripada Albert?

Tidak! Joni takkan biarkan perkara ini berlarutan. Joni akan membela Sarah. Joni tidak mahu Sarah terus diganggu Albert. Albert mesti diberi pengajaran!

Setelah menarik nafas yang panjang, Joni melangkah mendekati Albert yang sedang berpura-pura meragut daun berhampiran Sarah berada. Joni nekad, apa nak jadi pun, jadilah. Hari ini dia akan membuktikan kepada Sarah bahawa dia jantan yang berani, walaupun berhadapan dengan Albert yang setahun lebih tua dan mempunyai badan yang lebih besar.

Setelah berhadapan dengan Albert, Joni berkata dengan tegas,

“Albert, kau jangan ganggu Sarah lagi. Mulai sekarang kalau aku nampak kau dekati Sarah lagi, nahas kau!”

“Nahas apa? Nahas jalan raya? Apa kau nak buat wahai si kecik? Kau tak sedar diri ke kau tu masih mentah? Suka hati akulah siapa aku nak dekat!”, balas Albert angkuh.

“Kau nak dekat siapa, kau nak ganggu siapa ikut suka kau. Tapi bukan Sarah. Sarah pun bukannya sukakan kau!”, bentak Joni.

“Sudahlah Joni, jangan nak buat lawak Senario di sini. Geli keempat-empat ketiak aku mendengarnya. Kau pergi main jauh-jauh, jangan kacau urusan kambing jantan seperti aku, kau tu pondan! Nama pun Joni, macam bapuk saja....” Albert cuba membangkitkan kemarahan Joni.

“Kurang ajar kau Albert!” balas Joni sambil meluru ke arah Albert. Laju juga larian Joni buat, mesti dia sudah nekad untuk mencederakan Albert.

Albert yang lebih tua dari Joni, bijak mengelak sambil membentes kaki Joni. Tersungkur Joni jatuh... Sarah menjerit ketakutan... Kehijauan dagu Joni kerana meleret jatuh di atas rumput.

Jeritan Sarah didengari Bob. Tanpa membuang masa, Bob meluru ke lokasi kejadian dan ternampak Joni sedang tergolek dan Albert ketawa riang. Fahamlah dia ini semua angkara Albert.

Bob meluru ke arah Albert, di tendangnya buah pinggang kiri Albert... Albert yang belum bersedia terjatuh. Bob bersedia untuk sebarang kemungkinan, dia memasang kekuda untuk menunggu serangan balas Albert, sambil melihat Joni yang telah mula bangun.

Albert bangun dan menoleh ke arah keduanya. Albert tidak menyerang balas. Menyedari dia Cuma keseekoran. Lagipun dia agak gerun dengan Bob. Tiga kali tendang pun belum tentu Bob terjatuh, setakat tergelincir tu bolehlah.

Albert memandang tidak puas hati dan berlalu pergi sambil menunjukkan isyarat lucah kepada Joni dan Bob. Isyarat lucah macam mana? Korang pikirla sendiri...

Pergaduhan di antara Joni dengan Albert dan turut melibatkan sepuku Joni, Bob itu telah menarik perhatian kambing-kambing yang lain. Semuanya kerana mendengarkan jeritan susulan daripada anak gadis kambing yang lain, susulan jeritan Sarah.

Mack dan Mugabe terpaksa meleraikan anak masing-masing. Malu juga kedua ketua keluarga ini dengan gelagat anak-anak mereka.

Sementara semuanya kembali tenang, Sarah menghampiri Joni dan Bob sambil mengucapkan terima kasih kerana ‘mengajar’ Albert. Malah, Sarah dilihat turut mengesat kesan hijau di dagu Joni. Kesat dengan apa? Korang pikirla sendiri lagi sekali.....

Bersambung pulak dah...............

Thursday, January 29, 2009

Main Badminton






Inilah yang ditunggu-tunggu...

Pada 24 Januari 09 yang lalu, satu permainan badminton telah berjaya dianjurkan dengan ala kadar tetapi meriah...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir, antaranya:

1. Asaq & Faizah serta anak-anak
2. Nazlif
3. Jon
4. Nadzrul
5. Abang Razak
6. Muzairi dan keluarga
7. Ezhan (walau tak main pun, takpa semangat tu penting)
8. Janos & Nurul

Hasil kesepakatan, Insya Allah aktiviti ini akan diadakan setiap 2 minggu...

Apapun kepada kawan2 lain yang yang tak berkesempatan Sabtu lepas, next time ada lagi....

Thanks...

Jalan-Jalan & Makan-Makan 1






Menu : MEE UDANG

Lokasi : Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang

Keistimewaan : Mee Udang yang enak, boleh pilih udang segar untuk dimasukkan ke dalam mee udang berapa banyak yang mahu, Harga berdasarkan timbangan udang yang dimasukkan serta harga asal mee berkuah.

Lain-lain : Memang sedap hingga hirupan kuah terakhir... hehehehe

Wednesday, January 21, 2009

Serampang Banyak Mata....

Aku sekarang tengah plan satu aktiviti baru yang akan mengeratkan lagi silaturahim antara kawan2 aku sendiri...

Aktiviti ni akan mempertemukan kawan-kawan aku dari beberapa sudut yang berbeza. Ada kawan yang aku kenal dari tempat asal, kawan dari tempat belajar dan kawan dari tempat kerja... maknanya kawan-kawan ni kenal aku, tapi belum tentu kenal satu sama lain...

Jadi, aku tanpa segan silu dan rendah diri ingin mengajak kawan-kawan aku ni beriadah dengan bermain badminton. Aku bersedia meng'stress'kan diri dan memperuntukkan sedikit kredit telefon untuk cuba mengaturkan aktiviti ni... Lagipun dah lama aku tak meng'stress'kan diri dengan meng'arrangge' sesuatu... hehehehe

Aktiviti yang aku cadangkan ialah bermain badminton secara beregu... mudah saja kan?

Tapi syarat asasnya ialah disertai oleh pasangan suami isteri atau couple. Maknanya aktiviti bermain badminton secara beregu campuran la ni... Tapi kelonggaran diberikan kepada mereka yang isteri jauh atau tiada couple. Boleh berpasangan sesama jantina tetapi terpaksa memberikan 5 mata dahulu setiap set kepada beregu lawan yang berlainan jantina...

Tapi AWAS!!! Kalau ada yang nak bawa awek ke, walau orang lain tahu dah kahwin.... tanggung sendiri!!! Kami smash ajer...

Dan kalau nak berpasangan sesama jantina tu pulak... penganjur tidak akan menanggung sebarang tohmahan dan pandangan serong masyarakat.... walaupun kedua-duanya adalah suami orang.... hahahahahaha

Sebagai permulaan, aku try nak start Sabtu, 24 Januari ni sebelah malam... Kalau ada sekurang-kurangnya 4 couple, aktiviti ni ON... Kalau ada sambutan minimun ni, petang ni jugak aku pi booking court...

Bagi yang tak dapat, aku tiada masalah... jangan rasa gundah gulana dan bersalah pulak... aku faham masing-masing ada komitmen dan tanggung jawab masing-masing...

Tapi yang menambahkan stress aku sekarang ni... kalaulah tiba-tiba menjadi aktiviti sabtu ni... gelabah jugak aku nak cari raket!!! Nak kena beli 2 pulak tu... takpe, dapat yang budak punya yang RM5 satu pun oklah kot... hehehehehe jimat... beli yang memahal pun, aku bukannya terel pun...

Oklah... apa-apa aku update pasal aktiviti serampang banyak mata ni...

Adiossss....

Lawak Tak Merapu....

Siapa yg lebih pandai ? Cikgu atau anak murid ?

Al kisah ade 4 budak kolej ni, leka main daun terup berjudi... sampai larut malam... diorang nie tau yang esok diorang ade final test.... tp disebabkan syok sgt berjudi sampai malas jadi tamak haloba.... diorang tak ulangkaji pun....

pagi esoknya diorang dah berpakat nk menipu lecturer.... diorg pun berpakat pakai baju kusut comot dan buat muka letih supaya dapat skip test tu.... hehehehe

lalu diorg pun pergi lah jumpa lecturer dan bgtau smalam diorg pegi ke majlis kenduri... semasa nak balik tue kereta kancil turbo diorang buat hal.... salah satu tayar bocor dan tambah cerita lagi diorang takde tayar spare....

so, diorg kelentong lah terpaksa tolak kete sejauh 30km.... so diorg mintak buat re-test.... oleh sebab lecturer diorg nie baik hati walaupun kene kencing die bg 3 hari utk prepare sblm dtg balik buat test...

maka dengan hepi nye bdk 4 ekor nie pun baliklah studi kaw-kaw nye sampai lupe makan minum tidur mandi........ sampailah hari ketiga diorang pun pegi la jumpa lecturer diorg utk buat test....

lecturer diorang pun bgtau la sebelum jawab test nie - diorang terpaksa duduk berasingan sorg2.... kene duduk berlainan kelas....

and soklan test nie hanya merangkumi 2 soalan sahaja dan markah adalah 100%, so diorang pun bersetuju lah dengan syarat2...... tu gile ape dua soklan 100%??!


soalannya berbentuk begini...

Q1. Nama anda .......................................(2 MARKAH)

Q2. Tayar manakah yang bocor??...........................(98 MARKAH)
A) Tayar depan belah kiri
B) Tayar depan belan kanan
C) Tayar belakang belah kiri
D) Tayar belakang belah kanan

Hahahahahaha

SMS punya cerita...

Ada sorang kawan aku ni, aku pelik sekarang ni cara dia berkomunikasi melalui sms... dulu tak ler teruk macam ni sangat....

Sebabnya dia ni jenis susah nak taip panjang sikit, malas mungkin....

Kejadian terbaru, aku terjaga jam 2.15 pagi tadi sebab ada sms masuk... dah la aku ni dah biasa tidoq sebelah hp, bukan sebab 'gila hp', tetapi dah terbiasa sejak aku kerja dengan satu company logistik dulu, kena on call 24 jam... kena layan call even 2-3-4-5 pagi....

Berbalik kepada sms kawan aku tadi, soalan yang aku nampak dalam sms tu

'free tak khamis ni?'

What the H***!!!

sebelum kul 12 malam takleh tanya ke? apa masalahnya pulak aku free ke tak... aku tengah tidoq ni... kalau kawan tak berapa nak rapat, aku dah reply

'tak berapa nak free sebab tak cukup tidoq malam ni terkejut sms hang masuk!'

Tapi aku tak jawab terus....

Pagi tadi around 8.30 baru aku jawab,

'setakat ni free. agak2 pukul berapa'

Dia jawab sms dengan pantas, mungkin dok tunggu reply aku dari 2.15 pagi tu...

'pg'

aku malas nak tanya apa hal, apa aktiviti, nak ke mana atau apa sebab kredit hp aku pun bukannya banyak, aku jawab

'ok'

walaupun aku tak tahu apa akan berlaku pagi khamis ni...

entahlah...

sejak kebelakangan ni dia memang pemalas nak taip sms... last week dia datang kl (sebenarnya kawan aku ni dari kedah), pada satu petang dia sms aku

'aku ada kat kl, umah si polan'

aku reply 'bila sampai, apa plan?'

'takda plan'

aku jawab 'ok'

'macamana honeymoon?'

aku jawab 'rahsia, mana boleh bagitahu, hal rumahtangga :-p'

dan kami berbalas sms banyak jugak sampai aku terpaksa top up lagi RM10 sebab tak mau menghampakan kawan yang datang dari jauh...

tiba-tiba mungkin selepas sms yang ke 20, dia tanya 'takmau jumpa aku ke?'

aku reply, 'dah 20 sms baru nak tanya, tadi aku tanya apa plan, tak mau cakap... tadi ada juga semangat aku nak keluar... ni dah petang, dah malas pulak.. tengokla malam ni', agak geram la aku sebab takmau straight to the point...

Yaaaa, straight to the point...

Bukannya nak bercinta dengan dia pun, kawan, apa nak malu... ajak jelah... if aku tak dapat, tpaksa la terima... sms ni kalau boleh guna la untuk point2 penting... kalau dah sampai 20 sms baru nak nyatakan hajat, baik call aku je terus.... boleh aku simpan kredit aku untuk benda lain... ishhh

itulah, kadang-kadang aku jadi pelik... bukannya baru kenal 2 hari lepas yang nak malu-malu, bagitau jelah apa hajat supaya senang aku nak decide...

sepatutnya, kalau dia rajin, sms yang aku terima 2.15 pagi tadi sepatutnya berbunyi

'aku akan sampai kl pagi khamis dengan bas, ada program di _____ jam ____. Nak minta tolong amik aku kat ____ dan hantar ke _____ dan jemput semula jam ____. Boleh tak?'

Patutnya begini kan? Tak kisah la aku free ke tak, kalau aku tak free ke apa ke boleh aku cari jalan nak senangkan kawan2... kalau di sms seperti di atas aku terima tadi, pasti aku dengan senang hati jawab

'boleh, bas sampai rawang tolong kejut aku'

atau

'pagi aku takleh amik dan hantar, ada hal... tapi time hang selesai program aku free. kalau dari stesen bas, hang boleh amik LRT utk ke tmpt prog., turun stesen LRT ____. selesai prog tunggu aku. apa2 hal call.'

atau

'maaf, kul 12 malam tadi baru aku janji dengan member aku nak pi seremban hari khamis... awat tak sms aku jam 10?'

hahahhahahahahah

Thursday, January 15, 2009

Aku & Joni memang bermusuh..... Interview Ekslusif dengan Albert




Baru-baru ini, Janos berkesempatan bertemu dengan Albert (gambar di atas) dan mengadakan interview ekslusif khas tentang beberapa perkara.... Yang penting, Albert telah mendedahkan beberapa perkara yang selama ini menjadi rahsia....

Dengan bangga dan ekslusifnya, sila ikuti interview berikut:


Janos : Hi Albert, apa khabar?

Albert : Biasa je... letih sikit sekarang ni, baru balik shooting.... maklumlah sejak Dunia Joni ni, banyak betul job aku....

Janos : Bagus la macam tu..... laku jugak hang ni yer?

Albert : Heii... tolong sikit... ingat aku ni kambing tak laku ker? Meriah tau job aku.... banyak pengarah mula membuka mata kepada aku untuk ambil berlakon.... bukan dalam Malaysia saja, sampai Hollywood pun aku dapat offer....

Janos : Hollywood? Untuk filem siapa tu?

Albert : Spider-Man 4.... aku akan jadi watak jahat... aku akan jadi kambing suruhan watak jahat dan aku pun jahat.... maklumlah, watak antagonis ni kan dah serasi dengan aku...

Janos : Hebat tuh.... Tak sangka kambing tempatan seperti hang ni boleh di terima di sana...

Albert : Itulah kelebihannya berdarah kacukan ni bang..... jangan ingat kulit gelap tak laku bang.... jangan ingat tak mandi tak boleh berlakon produksi antarabangsa....

Janos : Sudah la hang ni... Ni aku nak tanya......

Albert : Laaaa.... tadi tu tak tanya lagi ke?

Janos : Tadi aku tanya khabar je... dah hang tu yang bangga sangat cerita panjang lebar, aku layan jelah....

Albert : Hahahahaha... oklah, nak tanya apa?

Janos : Ada pembaca Dunia Joni tanya, betul ke Albert dalam Dunia Joni tu nama betulnya Albert juga?

Albert : Laaa... soalan ni kan hang pun boleh jawab.... betul la... memang setiap nama kambing dalam Dunia Joni menggunakan nama kami yang sebenarnya.... Apa, ingat senang ke nak bagi nama lain kepada binatang? Sejak kecil lagi aku didaftarkan sebagai Albert, maka Albert sajalah nama aku... Dalam Spider-Man 4 pun nama aku Albert juga.... Malahan kalau semua nak tahu, nama-nama pelakon binatang di mana sahaja akan menggunakan nama sebenar kami, supaya kami tidak terkeliru antara nama kami dan nama watak apabila mendapat arahan dari pengarah..... Maklumlah kami ni binatang, mana ada akal seperti manusia... otak tu ada la.

Janos : Betul juga kan.... Oklah. Soalan berikutnya, apabila mula ditawarkan watak dalam Dunia Joni, apa tanggapan pertama hang?

Albert : Ohhh... sebenarnya aku mulanya di tawarkan untuk menjadi hero dalam cerita ni.... pada asalnya tajuknya Dunia Albert... akulah hero... tetapi semasa pra-latihan muncul pulak mamat bernama Joni nih... lantas dia pula yang jadi watak utama dan projek ni tukar kepada Dunia Joni.... lepas tu pengarah nak bagi aku jadi watak bapa Joni, nak make up aku la tu... bagi jadi tua.... Tak mau lah aku... hilang kehenseman aku ni.... aku minta jadi watak jahat, tu yang lakonan aku berkesan sangat tu, sebab memang aku geram dengan si Joni tuh.... Nyampah!!!

Janos : Jadi memang hang dengan Joni tu bermusuh la?

Albert : Betul tu....

Janos : Joni tahu?

Albert : Entah... yang pastinya selepas tersiar interview ni, pasti dia tahu...

Janos : Hang tak risau?

Albert : Apa nak risau.... aku bercakap benar... kambing mana pandai menipu... yang penting, aku tetap glamer....

Janos : Dalam Dunia Joni, apa kesudahan nasib Albert? Dapat ke dia miliki Sarah?

Albert : Mana boleh bagitahu, yang penting ada unsur kejutan.... hahahahaha

Janos : Khabarnya di luar set penggambaran, hang ada hubungan dengan Mona?

Albert : Takdelah, kami cuma berkawan, tak lebih dari itu... Biasalah dunia artis ni, banyak sangat gosip liar.

Janos : Tapi ada sumber yang boleh dipercayai kata pernah nampak hang dengan Mona pernah keluar bersama, nampak naik LRT turun KLCC....

Albert : Hang ni, nama je manusia... kan setiap stesen LRT ada papan tanda ‘Haiwan Dilarang’.... sumber tu memang tak boleh di percayai.... sebenarnya kami naik van.... oppsss....

Janos : Haaa kantoi... mengena jerat aku.... betullah ada hubungan dengan Mona kan?

Albert : Memang bijak manusia ni... terkena aku (tersipu malu)

Janos : Kenapa tak mau mengaku?

Albert : Biasalah, banyak hati perlu dijaga.... Macam artis manusia jugak!!!

Janos : Padan muka... ingat best sangat.... hang kan ada otak je, tapi takde akal....

Albert : Yelah... aku mengaku... sepandai-pandai kambing, akhirnya kantoi juga....

Janos : Terima kasih kerana sudi membuat pendedahan ekslusif ni... pertama hang memang tak ngam dengan Joni, kedua hang memang ada hubungan dengan Mona dan ketiga hang berlakon Spider-Man 4 walau aku tak tanya..

Albert : Yelah, sama-sama....

Selepas interview ekslusif ini, dilihat Albert agak malu-malu lagi bila berselisih dengan Janos.... Takut kantoi lagi la tu.... hahahhahaa

Tuesday, January 13, 2009

DUNIA JONI - EPISOD 12

EPISOD 12

Hari Joni bermula tanpa kokokan Samat. Sedih pula di hati Joni mengenangkan sejak kelahirannya, hanya suara jantan Samat yang didengar sebaik memulakan hari baru. Samatlah yang banyak berjasa. Masih terkenang-kenang suara nyaring Samat memberitahu hari sudah siang kepada seluruh perkampungan itu. Dan pagi ini, suara jantan lain yang mengetuai kokokan awal pagi. Joni belum kenal jantan ini. Joni tidak tahu siapa namanya.

Pagi itu juga, kecoh juga keadaan rumah-rumah kambing semuanya. Bermula daripada tersebar berita Mona demam. Kemudian di kesan ada lapan ekor lagi yang turut demam. Gelisah para bapa dan sepuki masing-masing memeriksa tahap kesihatan anak-anak mereka. Kambing dewasa yang belum mempunyai anak juga turut membantu.

Hasilnya, sahlah terdapat lapan yang demam. Keadaan mereka agak teruk. Joni lihat Mona merah matanya dan seperti tiada tenaga. Nak bangun pun tak larat. Begitu juga tujuh yang lain.... Semuanya hanya mampu bersimpuh, tidak mampu berdiri. Kasihan Joni melihat mereka... namun mujurlah juga, di antara lapan yang demam itu, Sarah tidak termasuk... Dirinya juga tidak termasuk... Bob juga tidak termasuk.... Albert juga tidak termasuk...

Ketiak..... eh silap... Ketika.... ketiak pulak... Ketika Manap dan Latip datang membuka pintu, lantas mereka pun dapat mengesan ada kambing yang tidak sihat... ini kerana terdapat lapan yang tidak bangun dan murung wajah mereka... Mungkin dari pengalaman bekerja dengan Pak Maarof, mereka sudah dapat membaca perubahan kepada kambing-kambing Pak Maarof. Kagum juga Joni dibuatnya....

Latip memanggil Pak Maarof segera... Baginya lain benar situasi kambing-kambing yang sakit kali ini. Berdasarkan pengalamannya dan hasrat membodek Pak Maarof, diceritakan situasi genting di kandang kambing pagi itu.

Pak Maarof yang masih belum mandi dan memakai kain batik Mak Munah itu, lantas menelefon Jabatan Pertanian. Baginya hal-hal sebegini tidak boleh dilengahkan. Tiba-tiba Pak Maarof muncul semula di depan Latip. Dengan wajah serius, beliau berkata “bodoh juga aku ni, tak pasal-pasal kena perli dengan orang Jabatan Pertanian, kata kerani tu “kalau bab kambing ni, telefon Jabatan Haiwan la pakcik, kami tak tahu hal-hal kambing... kalau rumput yang kambing makan mungkin kami boleh bantu”... hampeh betul aku ni kan?” beritahu Pak Maarof kepada Latip sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Tertawa kecil Latip dengan bakal bapa mertuanya itu. Pertama kerana kesilapan jabatan, kedua kerana sanggup keluar beritahunya dulu dan ketiga tentunya sebab pakai kain batik... entah apa yang dia buat dengan Mak Munah malam tadi...

Sementelah kira-kira pukul 10 pagi, van Jabatan Haiwan dilihat memasuki perkarangan rumah Pak Maarof. Doktor Amalina mengetuai pasukan daripada jabatan tersebut. Selepas pekena Nescafe O panas dan biskut empat segi bergula yang terkenal itu, mereka menuju ke kawasan kandang.

Joni lihat mereka ada lima orang semuanya. Semuanya memakai penutup hidung dan mulut. Semuanya memakai sarung tangan. Pak Maarof, Latip dan Manap juga ada. Mereka pun memakai penutup mulut dan hidung. Mereka juga memakai sarung tangan. Hampir tak kenal pada mulanya mereka bertiga walhal Joni saban hari bersama mereka.

Joni dengar Dr. Amalina mengarahkan kambing-kambing yang sakit dikeluarkan. Tanpa banyak soal, Latip dan Manap menurut arahan tersebut setelah melihat Pak Maarof tidak membantah. Yelah, dia yang panggil Jabatan Pertanian sebelum menyedari sepatutnya Jabatan Haiwan, takkan nak bantah pula kan?

Setelah diperiksa, Dr. Amalina mendapati Mona dan yang lain dijangkiti sejenis virus dan perlu di kuarantin. Apa benda kuarantin pun Joni tak tahu. Apa yang dia dengar, dia ceritakan semula je kepada penulis, mesti penulis dan pembaca Dunia Joni tahu apa itu kuarantin. Maklumlah mereka bukan kambing... fikir Joni.

Selain lapan yang dikenalpasti, kesemua kambing Pak Maarof turut diperiksa. Joni juga tidak dikecualikan. Joni tahu ini rutin biasa bagi memastikan tiada lagi yang terkena jangkita virus yang sama. Best pula Joni masa Dr. Amalina memeriksanya. Terasa seperti dibelai oleh gadis idaman sahaja. Maklumlah, Dr. Amalina memang cantik orangnya, muda pula lagi tu, macam baru grad je... mesti belum kahwin dan masih mencari calon sesuai tu..... Tapi katanya dia tak suka kalau bakal suaminya itu seorang PTD... PTD tak best katanya.... entahlah... pilihan masing-masing.... sempat pula Joni berkenalan dengan Dr. Amalina kan? Mengarut betul Dunia Joni nih!!!

Apapun, tak lama selepas itu, Joni lihat sebuah lori tertulis Jabatan Haiwan datang. Kesemua lapan ekor yang sakit dimasukkan ke dalam lori tersebut. Joni lihat Mona amat keletihan dan kesayuan memandang Joni, Sarah dan Bob... paling lama dia lihat Bob la... ada apa-apa kot mereka tu...

Lori Jabatan Haiwan itu berlalu pergi bersama Dr. Amalina dan lapan ekor kambing yang sakit. Joni memandang kesayuan... entah mengapa dia kurang pasti... tiba-tiba terkenang kenangan bersama Mona... dan Joni tidak pasti sama ada dia akan dapat bertemu Mona dan tujuh yang lain lagi atau tidak selepas ini... Dan Joni juga tidak tahu ke mana mereka semua dibawa...

Tiba-tiba air mata Joni menitis kerana merasakan mungkin inilah kali terakhir dia melihat Mona.....

Terus bersambung lagi...........

Friday, January 9, 2009

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!