JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Sunday, August 24, 2008

KEDAH JUARA Piala Malaysia





"Syukur Alhamdulillah, apa yang kita idam-idamkan menjadi kenyataan", mungkin itulah ulasan pertama Azrai Khor Abdullah selepas Kedah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia edisi 2007/2008 malam tadi selepas menewaskan Selangor dengan jaringan 3-2.


Kemenangan ini adalah usaha gigih dan komited para pemain dan pastinya sebagai hadiah yang paling bernilai daripada pasukan Kedah kepada Tuanku Sultan yang juga peminat nombor satu sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan Baginda, hadiah kepada Allahyarham Dato Paduka Ahmad Basri Akil, para pemain import yang akan meninggalkan pasukan, pemain-pemain lain serta pegawai pasukan dan seterusnya kepada semua penyokong pasukan Kedah Darul Aman.


Suasana bangga, gembira dan mengharukan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi amat dirasai ketika para pemain dan pegawai berpelukan sesama sendiri sambil para penyokong melompat girang meraikan kemenangan yang amat bermakna ini.


Sejarah telah tercipta apabila Kedah berjaya menyapu bersih Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat dua musim berturut-turut. Pencapaian yang pastinya yang akan dicemburui oleh penyokong dan pengurusan pasukan lain.


Kepada semua yang terlibat dalam zaman kegemilangan pasukan bola sepak Kedah, TERIMA KASIH!!!!





Thursday, August 21, 2008

Final Piala Malaysia - KEDAH vs Selangor - 23 Ogos 2008

Kemuncak Piala Malaysia musim 2007/08 hampir tiba...

Sekali lagi pasukan Kedah Darul Aman akan turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Selaku juara bertahan!!!

Kali ini pasukan Hijau Kuning akan melayan Selangor Darul Ehsan dalam perlawanan akhir.

Sekadar rekod, musim ini Kedah telah mengalahkan Selangor dalam setiap pertemuan, termasuk final Piala FA yang lalu.

Kedah akan turun untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama menjulang semua piala utama (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) untuk dua musim berturut-turut

Seperti sedia maklum, musim lepas Kedah menyapu bersih piala-piala tersebut untuk dibawa pulang ke Alor Star.

Musim ini dua piala sudah berjaya dimiliki, hanya Piala Malaysia menjadi buruan.

Adakah nasib sekali lagi akan berpihak kepada pasukan Hijau Kuning?

Sama-sama kita tunggu final 23 Ogos di Bukit Jalil.

Namun Janos sebagai anak Kedah, tetap menyokong pasukan Hijau Kuning... takkan nak sokong Selangoq pulak kan??

Sunday, August 3, 2008

Keputusan Majlis FAM....

Ramai peminat bolasepak tempatan mungkin telah maklum, antara keputusan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membabitkan pertandingan bagi musim 2009 adalah TIDAK membenarkan lagi pasukan yang bertanding menggunakan pemain import....

Aku kat sini bukan apa, sekadar nak kongsi posting aku dalam Forum hijaukuning.com berkaitan perkara ni....



PERTAMA

Salam,

Saya ni bukan pandai sangat, cuma terpikiaq kemungkinan hasil tindakan FAM tutup pintu untuk import musim depan....

1. Adakah pemain berstatus penduduk tetap (PR) layak main musim depan?

2. Mungkin tak,.... ada pasukan yang akan memohon kerakyatan Malaysia bagi pihak pemain importnya atau pemain import pasukan lain yang depa suka? Sekadar contoh : "pasukan saya" yang mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh akan menawarkan warganegara / penduduk tetap (PR) kepada Marlon Alex James ataupun Nelson Sam Martin beserta gaji yang amat lumayan untuk bermain dengan "pasukan saya"....

3. Pada masa itu, "pasukan saya" akan memberikan alasan bahawa pemberian warganegara / PR itu adalah "demi bolasepak negara" dan "pasukan saya" merasakan pemain berkenaan masih mempunyai kehebatan malahan dengan taraf warganegara, pemain tersebut akan dapat mewakili Malaysia dan seterusnya menaikkan ranking bolasepak Malaysia....

4. Kemudian dengan kuasa-kuasa yang ada, "pasukan saya" akan menutup mulut persatuan lain....

Kesian... eh silap, SEKIAN....

jalan_day : pandangan peribadi sahaja - sekadar berforum tanpa menuduh mana-mana pihak :-)



KEDUA

Salam,

Pada ketika para peminat bola sepak Malaysia TIDAK mengutuk hasil persembahan pasukan kebangsaan yang terakhir melawan Chelsea walaupun kalah, FAM mengambil langkah kebelakang tak membenarkan pemain import...

Sedarkah FAM....

1. Pemain-pemain Kebangsaan yang berani melawan dan dipuji ketika menentang Chelsea adalah hasil daripada pergaulan mereka dengan pemain-pemain import dalam Liga tempatan...?

2. Mereka (pemain kebangsaan) telah biasa melihat "Mat Salleh" atau "Mat Hitam" dan biasa bermain bersama ataupun biasa menentang satu sama lain, maka pemain kebangsaan ni TAK GAYAT lawan Chelsea....

3. Pemain import dibenarkan semula hanya 5 tahun lalu, maka nampak sangat FAM ni jenis tak reti nak bersabar untuk menuai hasil... Sabarlah sedikit sebelum buat keputusan... baru nak nampak hasil, dah cantas pulak tunas-tunas yang baru nak tumbuh tu.....

4. Sepatutnya sesi brainstorming tu dibuka juga kepada para pemain... memanglah jurulatih lebih mengetahui (tapi tak semua jurulatih berwibawa....) Sebab patut diajak pemain juga (yang juga... tak semua pun berwibawa), sebab mereka inilah yang amat lebih mengetaui sama ada awang import tu berguna atau tidak kepada mereka sebagai pemain tempatan...

5. Tak tau la.... kita boleh bagi pandangan sajalah... keputusan dah dibuat.... kalau semua warga bolasepak Malaysia menolak cadangan ni (pengharaman pemain import)... tak salah dan tak perlu malu kot FAM tarik balik.... alahhh kerajaan Malaysia pun Flip Flop buat keputusan, apalah sangat nak tarik balik hal ni... bukan orang lain pun....

6. Lain-lain keputusan : hari pertandingan, jumlah pasukan dsbnya pun boleh dirombak kalau terdapat cadangan lain lebih bernas...

jalan_day : a) terfikir apa Arwah DAB akan ulas kalau masih ada umurnya....

Assalammualaikum...




p/s: Dalam hijaukuning.com, aku pakai nama jalan_day


Janos

Wednesday, July 16, 2008

Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 - 15 Julai 2008)




Hari ini, seluruh warga peminat bolasepak Kedah khususnya dan Malaysia amnya pasti berdukacita dengan kembalinya ke rahmatullah, BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN, DATUK PADUKA HAJI AHMAD BASRI AKIL.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kira-kira jam 3 petang, 15 Julai 2008 pada usia 69 tahun.


Antara jasa Allahyarham yang pasti dikenang ialah ketika memimpin pasukan bolasepak Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama 4 tahun berturut-turut (1987, 88, 89 dan 90) sehingga menjadi juara pada tahun 1990. Allahyarham juga menjadi tulang belakang kepada pasukan bolasepak Kedah pada masa ini, sehingga digeruni dan dicemburui oleh pasukan-pasukan lain.

Allahyarham juga merupakan Pengurus pasukan Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 1989 (pingat emas terakhir sehingga kini dari bolasepak pada Sukan SEA).


Allahyarham juga adalah pencipta lirik lagu tema pasukan bolasepak Kedah "Biar Jasa Jadi Kenangan" yang diangkat sebagai lagu rasmi pembakar semangat, bukan sahaja bagi pasukan bolasepak, malahan setiap sukan yang membawa bendera negeri.


Jasa-jasa dan pengorbanan Allahyarham sentiasa diingati, amat sesuai dengan bait-bait lagu "Biar Jasa Jadi Kenangan"


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah....





Daulat Tuanku - Sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah Darul Aman

DAULAT TUANKU!!!


Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!