JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, December 6, 2017

Awas, Kawal, Bimbing, Arah, Pantau

Hari ni, tiba2 dapat ilham pula…

Awas – Mengawas
Kawal – Mengawal
Bimbing – Membimbing
Arah – Mengarah
Pantau – Memantau

Dari satu aspek, mendidik, 5 istilah ini mempunyai tujuan yang sama – ke arah kebaikan. Namun setiap satu mempunyai kaedah atau method berbeza, dan hasilnya juga mungkin akan berbeza apabila method tertentu digunakan ke atas individu tertentu.

Awas – Mengawas – Mengawasi
Ini satu cara biasa, bagi aktiviti melihat tingkah laku individu atau sekumpulan manusia. Di sini, kita hanya mengawasi pergerakan mereka, dan membuat penelitian khusus apa yang mereka lakukan, di mana mereka, apa aktiviti mereka dan membuat laporan kepada yang berkenaan. Ringkasnya, method ini hanya sebagai pemerhati, tanpa perlu campur tangan secara langsung kepada aktiviti pendidikan yang berlaku.

Kawal – Mengawal
Method kawal berlaku di pihak yang lebih besar daripada pihak yang mengawasi. Laporan mungkin diterima oleh pihak yang mengawal, seterusnya tindakan kawalan akan diambil. Antara tindakan mengawal ialah menegah, menghalang dan menyokong suatu tindakan yang telah di awasi. Contohnya, seseorang individu didapati sering ponteng sekolah (setelah diawasi), tindakan mengawal akan diambil daripada individu tersebut daripada terus sewenangnya ponteng. Tidak hadir boleh, asalkan mempunyai alasan dan sebab yang kukuh.

Ada juga yang suka mengawal setiap pergerakan individu yang hendak dibimbing tanpa lepas. Kalau boleh setiap pergerakan akan dikawal dan diawasi. 

Bimbing – Membimbing
Aktiviti membimbing  biasanya akan mengambil tempat selepas aktiviti mengawal. Membimbing nampak mudah, tetapi peringkat inilah yang akan membentuk jati diri seseorang itu. Siapa, dimana, dan apa mereka di masa hadapan, akan terbentuk hasil bimbingan yang betul.

Siapa pembimbing yang betul? Ini satu persoalan yang tidak terjawab. Sebaiknya pembimbing mestilah mempunyai perilaku yang baik. Perilaku baik ini pula luas, merangkumi pelbagai aspek yang subjektif. Dan harus diingat, tiada manusia adalah sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW. Pembimbing juga manusia biasa yang pernah, sedang dan akan melakukan kesilapan. Jadi, selagi pembimbing itu membawa ke jalan kebaikan, terima sahaja seikhlas hati.

Arah – Mengarah
Ada sesetengah individu, dia melangkau peringkat awas, kawal dan bimbing, malah terus menjadi seorang yang mengarah. Setiap tindakan individu di bawah kawalannya, hanya boleh mengikut arahan. Tidak boleh berkata tidak dan tidak boleh memberikan pendapat. Ini bagi memastikan setiap aktiviti yang berlaku di dalam kelumpuknya di bawah penguasaannya. Arahan boleh berlaku dari sebesar perkara hingga ke sekecil perkara. Semua ingin dipastikan mengikut acuan dan kehendak.

Menjadi seorang yang pengarah ada pro dan kontra. Pengarah ini boleh sahaja dihormati kerana memberikan arahan yang baik, namun ada masanya juga individu yang di arahkan juga mempunyai pandangan berbeza atau idea yang lebih baik. Di dalam persekitaran kerja misalnya, bos yang suka mengarah kadangkala tidak digemari oleh pekerja, kerana pekerja merasakan idea mereka disekat dan hanya menjadi pak turut.

Jadi bagaimana menjadi pengarah yang baik? Tentunya dengan melalui proses mengawas, mengawal dan membimbing terlebih dahulu.

Mengambil situasi disekolah, Pengawas di sekolah, boleh dikatakan hanya disegani ketika mereka bertugas – kerana mereka mengawasi pelajar. Pengawal dan Pembimbing pula kita andaikan guru-guru. Para guru ada kalanya berperanan sebagai pengawal sahaja, dan masa yang lain sebagai pembimbing. Dan proses bimbingan itu disertai pula dengan proses mengawal. Bagaimana kebijaksaan guru mengawal para pelajar agar menjadi insan berguna. Dan kita boleh berbalik semula kepada situasi tempat kerja, kawalan yang dilakukan janganlah keterlaluan, sehingga siapa yang perlu duduk dimana juga hendak ditentukan oleh si pengarah.

Pantau – Memantau
Method mendidik tidak lengkap jika tiada pemantauan. Pemantauan ini boleh berlaku dalam tempoh yang singat atau jangka masa panjang. Tempoh yang singkat mungkin boleh dilihat hasilnya dalam beberapa hari atau mungkin lebih cepat dari itu. Bergantung kepada objektif tertentu.

Tiada yang salah dalam proses mendidik, selagi tujuan tercapai sama ada untuk tempoh singkat atau panjang. Kaedah tertentu mungkin berbeza bagi individu berbeza. Bagaimana mengenali personaliti yang berbeza di dalam sekumpulan orang yang dididik juga penting bagi mengetahui, memahami dan memilih kaedah yang sesuai kepada individu tertentu. Setiap orang mempunyai personaliti berbeza, sama ada pendidik atau orang yang dididik.

Jadi siapa anda dan dimana peranan anda?


Saturday, March 4, 2017

4 March 2017 - aku dapat recall!!!

Assalamualaikum...

Yaaa..... aku dapat recall balik email dan password belog ni...

kalau ada masa, boleh la post balik...

selepas 7 tahun bersawang...

:-)

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!