JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

+ve & -ve...

Sesetengah orang sentiasa memikirkan positif dan negatif tentang sesuatu hal. Tak dinafikan, aku juga sentiasa mengambilkira baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu. Kadangkala, ianya melangkaui masa dan tahun, sama ada tindakan hari ini akan menjejaskan atau memberikan keuntungan dalam tempoh yang panjang.

Ada masa juga, kita terpaksa membuat sesuatu keputusan segera, tanpa mengambilkira implikasinya pada masa depan. Bagi yang merancang pula, pastinya baik buruk telah diambilkira sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ada ketikanya, kita sengaja meminta pendapat kedua, sama ada untuk mengesahkan dan mendapat sokongan akan keputusan yang telah kita ambil... atau inginkan pendapat kedua, yang tidak terfikir oleh kita semasa berfikir untuk bertindak sebelum ini.

Ada masanya pula, kita menerima pendapat tanpa diundang. Pendapat ini biasanya kita kurang ambil peduli kerana merasakan orang yang memberikan pendapat itu, tidak tahu situasi sebenarnya, namun kita dengar juga sekadar mengambil hati.

Sering kita terjumpa, seseorang yang sentiasa 'ada sahaja dalihnya' bagi sesuatu benda yang kita rasakan mudah sahaja penyelesaiannya.. jadi fahamilah, sebenarnya kita tidak mengetahui masalah sebenar orang itu semasa kita memberikan pendapat, dan orang itu pula tidak menceritakan sepenuhnya sebelum ditanya pendapat kita. Jadi, banyaklah dalihnya.

Positif dan negatif juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Dan boleh juga tindakan positif yang kita ambil hari ini akan menjadi negatif dalam tempoh yang panjang. Dan boleh juga sebaliknya.

Jadi, dimana perbincangan ini hala tujunya? Sekiranya hal positif boleh menjadi negatif... manakala negatif juga boleh menjadi positif? Malah ada juga yang bertindak tanpa memikirkan positif atau negatif, tetapi menggunakan naluri...

Itulah persoalannya... sama ada kita bertindak menggunakan logik positif atau negatif (hasil akal dan pengalaman) atau bertindak mengikut naluri (hati)?

Pening.. aku pun dah pening... korang fikir-fikirlah...

Yang baik jadi ILMU, yang tak baik jadikan pengetahuan sahajalah yee...

Jumpa lagi

Tuesday, May 25, 2010

Kawan Lama...

Sekali sekala bertemu kawan lama, memang menyeronokkan. Tambahan pula jika kawan itu telah lama tidak berhubungan malah boleh dikatakan terputus hubungan sekian lama. Maka banyaklah hal yang hendak diceritakan, banyaklah perkara untuk dikenang, banyaklah juga kenangan untuk disingkap.

Kesibukan dan rutin harian yang berbeza, telah menyebabkan aku dengan beberapa kawan lama boleh dikatakan terputus hubungan. Ada yang menjangkau sehingga puluhan tahun. Maklumlah, ada yang begitu rapat di sekolah rendah, apabila masing-masing membawa haluan sekolah menengah, maka persahabatan terputus tanpa disedari, sambil membina persahabatan baru, di tempat baru.

Bukan masing-masing tidak mengingati satu sama lain, namun seperti aku nyatakan di atas; kesibukan dan rutin seharian serta melalui fasa lain dalam kehidupan menyebabkan kita terasa sukar untuk menjejak semula kawan-kawan lama. Padahal, ada masa tertentu, kita pasti akan terkenang kawan, sahabat kita itu dahulu.

Perkara ini merupakan lumrah bagi kita. Aku beranggapan dan berpendapat, suatu masa nanti kita pasti akan bertemu semula dengan kawan-kawan lama, sama ada dirancang atau secara kebetulan. Bagi yang berusaha, pasti lebih cepat untuk menjejak kawan-kawan lama walau di mana sahaja mereka berada.

Suka untuk aku menarik perhatian, kewujudan Facebook yang menjadi satu fenomena dewasa ini, hampir memudahkah kita untuk menjejak kawan lama. Bukan niat untuk mengiklan Facebook (sebab bukannya dibayar pun) tetapi inilah salah satu cara yang membolehkan silaturahim bertaut kembali setelah sekian lama terpisah.

Disebabkan Facebook juga, aku dapati semakin banyak majlis-majlis reunion di atur semasa kelumpuk tertentu yang berkaitan. Mungkin dari kelas semasa sekolah, hinggalah reunion bagi mereka yang pernah bertugas dibawah satu bumbung. Perkongsian maklumat dan bertukar pendapat juga rancak berlaku sehingga kita merasakan kawan-kawan berada berdekatan sahaja dengan kita walau hakikatnya cuma bersembang di alam maya.

Begitu juga halnya dengan kelas aku semasa di SPM dahulu seperti telah aku ceritakan terdahulu. Kami berjaya bertaut kembali di dalam majlis reunion dengan ceria dan gembira. Dari situ, dapatlah pula bertukar-tukar maklumat, kepakaran atau idea tentang sesuatu perkara. Boleh pula tolong menolong, menjalin kerjasama dan sebagainya bagi yang menjalankan perniagaan. Hasilnya memang membangga dan menyeronokkan!

Bayangkan, rakan sekelas yang hampir 15 tahun tidak bertemu, tidak bertegur sapa, masih boleh bersembang, bergelak ketawa dan usik mengusik seperti 15 tahun dahulu, walaupun kita semuanya telah dewasa, berkeluarga dan pengalaman yang berbeza.

Aku tidak menafikan malah bersyukur apabila dapat bertemu dan berhubung kembali dengan rakan-rakan lama. Jika dahulu aku merasakan agak rendah diri memandangkan pencapaian dalam kerjaya tidaklah seberapa, namun sekarang aku ketepikan semua perasaan itu kerana tiada siapa yang akan memperkecilkan satu sama lain. Siapa yang kurang akan dibantu, sekadar termampu. Siapa yang lebih pula, tidak lokek untuk bertukar pendapat agar kawan lama juga beroleh kejayaan.

Dalam berkawan, aku sentiasa berpegang kepada prinsip baik kepada semua orang. Orang kata hidup umpama roda, kita tidak tahu bila kita akan di atas atau bila kita akan dibawah. Mungkin sedikit pertolongan yang kita hulur semasa zaman sekolah dahulu seperti cuma meminjamkan pensel, akan dikenang oleh pihak yang dibantu sepanjang hayatnya. Mungkin kita tidak mendapat balasan dari orang yang sama, namun percayalah mungkin pihak lain akan membantu di kala kesusahan.

Kadang-kadang juga, aku merasa pelik dengan sesetengah kawan aku yang bertanya "hang berkawan lagi dengan si polan?" dengan nada pelik. Bagi aku mudah sahaja. Jangan pelik dengan siapa aku berkawan, kalau anda tidak berkawan dengan orang itu. Aku berkawan bukan sebab sesuatu kepentingan, aku berkawan sebab aku mahu berkawan. Biarlah bukan jumpa seminggu sekali, biarlah bukan setahun sekali, mungkin tak jumpa langsung, tetapi aku tidak pernah menyingkirkan seseorang dari senarai kawan.

Perubahan zaman, perubahan status dan perubahan persekitaran telah menyebabkan kawan-kawan lama sukar dijejak. Walau apapun, aku amat menghargai sebarang usaha untuk menemukan semula kawan-kawan lama. Kerana tanpa kita sedari, kita sebenarnya bersaudara di antara satu sama lain malah boleh pula membaca fikiran masing-masing :-)

Thursday, May 6, 2010

Lima Fasa...

Sekarang ni aku ada banyak masa senggang - maka sebab tu juga aku terasa nak taip panjang-panjang je... Lagipun mungkin nak cover minggu depan/pertengahan Mei yang aku dah ada tugasan yang perlu diselesaikan dan mungkin tak sempat nak online pun.... Nanti hangpa semua terindu-rindu pulak nak baca coretan aku... kah kah kah (masih dlm mood perasan)

Pendapat peribadi aku, terdapat lima fasa dalam persahabatan yang biasanya akan dilalui oleh seseorang dalam persahabatannya dengan seseorang. Sama ada sama jantina atau tidak.

Aku andaikan FASA PERTAMA sebagai mengenali satu sama lain. Di sini kedua-dua manusia tadi mula untuk berkenalan. Kalau mereka rasakan serasi, mereka akan menuju pula ke fasa kedua.

FASA KEDUA pula ialah kedua-dua hamba Allah ni akan mula berkawan rapat. Hampir segalanya dikongsi bersama, bertukar-tukar cerita, pendapat dan sebagainya. Inilah saat paling best bagi kedua-dua mereka tu...

Malangnya, FASA KETIGA pula ialah bilamana sedikit salah faham menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham. Ditambah pula dengan hasutan iblis dan syaitan yang sememangnya suka melihat manusia bergaduh dan membuat dosa. Kadang-kadang fasa ketiga ini membawa kepada perpisahan dan permusuhan.

FASA KEEMPAT pula aku andaikan sebagai satu fasa bilamana setelah melalui fasa ketiga, kedua-dua sahabat tadi akan berjumpa, terjumpa atau bertemu semula. Mungkin mengambil masa yang lama, bertahun-tahun atau mungkin hanya beberapa hari selepas fasa tiga di atas. Semasa fasa ini, persahabatan mereka akan bertaut kembali - malah lebih utuh dan jitu berbanding sebelumnya. Malah boleh dikatakan mereka akan mampu bertahan sehingga ke fasa kelima...

Walaubagaimanapun, ada juga yang berhadapan dengan fasa ketiga dan keempat ini secara berulang-ulang kali, sebelum menuju ke fasa kelima......

Yang mana, FASA KELIMA aku katakan sebagai fasa terakhir di mana kedua-dua sahabat terpaksa melalui saat akhir seorang yang lain. Mereka terpaksa berpisah selamanya - hanya meninggalkan kenangan indah yang mampu dikenang oleh seorang lagi. Kadangkala - fasa kelima ini ditempuh bersama-sama - maka itulah yang selalu dikatakan hidup mati bersama.

Namun, harus diingat, ada juga dikalangan kita yang kurang bernasib baik - selepas fasa ketiga, tidak sempat untuk menjengah fasa keempat - terus sahaja menempuh fasa kelima... menyesal pun tidak berguna lagi, hanya doa sahaja yang mengiringi...

Kesian... dan sekian :-)

Tuesday, March 9, 2010

Dalam Kepala...

Orang kata SABAR pun ada hadnya... jangan diuji kesabaran seseorang tu. Ayat ni selalu kita dengar bila ada orang nak bergaduh, cari gaduh atau lain-lain tujuan yang tak dapat aku fikirkan sekarang...

Tapi bagi aku, Orang yang PALING SABAR ialah orang yang dapat terus bersabar MELEBIHI "had" yang selalu digambarkan itu....

:-)

Wednesday, February 3, 2010

Sembang-Sembang...

Salam,

Lama aku tak meleter kan? Asyik buat kuiz saja minggu lepas.... ingan nak sambung kuiz lagi, tapi rehat sekejap la, nak sembang-sembang pulak....

Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu bagi tahun 2010 ni... pasti ramai akan kata cepat masa berlalu... tapi bagi aku sama sahaja putaran masa tu, tetap 24jam sehari, tetap tujuh hari seminggu... tak pernah lagi ia jadi 20jam sehari atau enam hari je dalam satu minggu tuh...

Hari tetap berslilih ganti, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad... tetap TUJUH hari... tiada hari yang tertinggal pun dalam seminggu... Tak tahulah kalau ada orang yang pernah alami, tidur malam hari Isnin, bangun pagi rupanya hari Rabu... tetap bangun pagi akan hari Selasa.... KECUALI kalau orang tu tidur sehingga 30jam... tentu dah hari Rabu.... hehehehe...

Pendapat aku yang tak seberapa ni, ramai orang merasakan masa semakin cepat berlalu adalah kerana disebabkan faktor usia, persekitaran dan kerjaya...

FAKTOR USIA

Pada pendapat aku, semakin kita bertambah usia, semakin kita rasakan semakin cepat masa berlalu. Sebagai contoh, kalau tanya budak2, tentu mereka akan kata lambatnya masa berlalu... nak cepat besar, nak cepat dewasa, nak cepat balik sekolah.... semua mereka rasa lambat... tapi kalau sembang dengan orang lebih dewasa pulak, pasti akan dikatakan cepat masa berlalu... tambah bagi mereka yang bertugas mengikut dateline, pasti terasa cepat sangat masa berlalu sedangkan mereka masih belum sempat menyiapkan tugasan... manakala bagi warga emas pula, kalau tanya mengenai masa ni, lagi cepat masa berlalu bagi mereka.... tambah-tambah kalau menjelang Ramadhan/Syawal... pasti akan kedengaran "cepatnya masa bergerak, rasa macam baru saja abis puasa dan raya, ni nak puasa lagi pulak..." bukan mereka merungut, tetapi mungkin disebabkan faktor usialah... mula untuk mengenang detik-detik penting dalam sesuatu tahun sambil menunggu penamat usia....

Bagi kanak-kanak : Masa terlalu perlahan
Bagi dewasa : Masa pantas berlalu
Bagi warga emas : Masa sangat pantas

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor ini juga memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang tu merasakan masa pantas berlalu atau tidak. Aku ambil persekitaran yang paling mudah sahaja, contohnya dalam satu perlawanan bola sepak (sebab ramai peminat sukan ini). Masa permainan normal mengikut undang-undang FIFA tentunya 45minit-15minit-45mint dan mungkin ada tambahan masa.... Bagi sukan ini, masa perlawanan adalah tetap... tidak berubah... tetapi akan ada dua kumpulan yag merasakan masa cepat atau masa terlalu lambat...

Bagi kumpulan yang sedang mendahului perlawanan : terlalu perlahan masa, bilalah pengadil nak tiup wisel penamat agar kami boleh dinobat dengan pemenang... dah minit 85 ni... boleh ke kami bertahan, 5 minit macam-macam boleh berlaku...

Bagi kumpulan yang sedang ketinggalan : aduh... cepatnya masa berlalu... dah masuk minit 85 dah ni.... sempat ke nak kejar gol yang ketinggalan ni... tak lama 5 minit tu...

FAKTOR KERJAYA

Kadangkala, kerjaya pun memainkan peranan dalam menentukan seseorang itu merasakan masa cepat atau lambat berlalu.

Mungkin bagi seorang guru sekolah, masa dirasakan cepat berlalu kerana mereka mempunyai pelbagai tugasan sepanjang tahun persekolahan.... dari mesyuarat kecantikan sekolah, sukan sekolah, mesyuarat PIBG, mesyuarat itu, mesyuarat ini, mengajar lagi yang memang tugas utama hinggalah menjaga peperiksaan... terlalu banyak benda untuk dibuat sehingga dirasakan terlalu cepat masa berlalu...

Mungkin bagi seorang ahli politik, masa dirasakan sangat-sangat cepat berlalu...semua nak diuruskan... mesyuarat cawangan, mesyuarat bahagian, mesyuarat perhubungan, jumpa penduduk, dengar dan selesai masalah penduduk, hadiri majlis kenduri, kena jumapa Presiden parti... itu-ini... dirasakan cepatnya masa berlalu... nak mengundi pulak dah!!! kalah ke, menang ke? heheheh

Dan mungkin bagi seorang operator pengeluaran kilang pula, syif selama 8 jam dirasakan terlalu lambat masa berlalu... terasa hendak cepatkan jam sahaja supaya cepat boleh habis syif dan pulang ke rumah secepat mungkin...

Operator Kilang: masa terlalu lambat
Guru: Masa Pantas
Ahli politik : Masa terlalu pantas


Jadi, kesimpulan yang aku cipta sendiri masalah ni yang menyebabkan korang membaca ni... aku tetap menyatakan masa tetap masa... putaran bumi tetap sama, 24jam sehari... apa yang menyebabkan ada perbezaan definisi masa cepat atau lambat adalah disebabkan psikologi seseorang itu dalam menghadapi hari dan urusannya...

Tiga faktor yang aku tekankan iaitu usia, persekitaran dan kerjaya merupaka tiga contoh faktor yang dapat aku huraikan dalam ruang yang terhad ini... banyak lagi faktor, cuma cukuplah tiga di atas, sesuai dengan sembang-sembang kita hari ni...

heheheheheheh.....

ada sesiapa yang terasa buang masa baca entry ni?
ada sesiapa yang terasa panjang sangat?
ada sesiapa yang terasa pendek sangat, boleh dipanjangkan lagi?

Tiga soalan diatas ni ada kaitan dengan topik hari ni.. cuba-cuba la pikirkan anda dimana...

Jumpa lagi...

Tuesday, December 8, 2009

I'm Protective?

Ada orang cakap aku ni seorang yang protective.... aku mulanya tak paham apa maksud dia... dia katakan yang aku akan protect aku punya area/family/kawan daripada 'disentuh' orang lain...

Hmmm......

Dia tambah lagi, aku ni jenis berdiam diri mengkaji situasi dan apabila mendapat peluang aku akan menyerang dan biasanya serangan aku amat memedihkan...

Hmmmm lagi....

Aku masih keliru.... bukan semua manusia begitu ke?

Bukankah semua orang pun sama sepatutnya?

Jadi kenapa dilabel aku seorang yang protective?

Dalam aku kebosanan dan muhasabah diri sebentar tadi, aku teringat beberapa peristiwa yang mungkin menunjukkan aku protective...

1. Ada satu ketika semasa di zaman belajar, seorang kawan aku telah 'cuba' untuk ditipu oleh seorang awek. Kawan aku ni menceritakan kepada aku, lantas darah menyirap... aku nak pergi sound awek tu time-time tu jugak, bukan nak belasah pun, sound jelah... tetapi dihalang oleh kawan aku tadi, katanya "sebab tu aku tak nak cerita kat hang benda ni."

2. Dalam satu pertandingan sukan, masa tu aku mewakili pasukan daerah.... dalam game tu, seorang rakan sepasukan (yang aku tak berapa kawan sangat sebab dia mulut celupar) telah dikasari dengan sengaja oleh pihak lawan. Kejadian berlaku berhampiran dengan aku.... lantas tiba-tiba terasa marah sebab rakan sepasukan diperlaku begitu, berlaku aksi tolak-menolak antara aku dengan mamat kasar tadi hingga mencetuskan pergaduhan antara dua pasukan apabila member lain mula campur tangan.

3. Isteri aku bercerita bahawa ada seseorang yang aku kenali suka menyibuk hal peribadinya. Pastinya ianya ada bersangkut paut dengan aku juga. Malam tu juga aku minta no telepon orang tu untuk aku sound jangan menyibuk hal orang lain.

4. Ada satu pelanggan yang aku sengaja bagi peluang untuk kredit telah berjanji untuk membuat bayaran dalam tempoh tertentu. Apabila ditanya dia sering berkata esok. Aku ni seorang yang malas membesarkan hutang yang tak sampai RM50 hanya berdiam. Namun apabila ditanya lagi selepas dua minggu dia masih katakan esok, tetapi selepas seminggu dia masih belum melangsaikan bayaran, aku mula melenting dan 'membubuh' dengan ayat "kalau haritu kata nak bayar tahun depan, senang... tak perlu aku nak tanya selalu!".

5. Semasa bekerja dengan sebuah syarikat suatu masa dahulu, ada seseorang rakanniaga berjanji untuk membuat sesuatu kepada majikan aku secara percuma sebagai tanda sokongan. Maka kami pun tidak memikirkan untuk menempah barangan tersebut kerana memikirkan boleh menjimatkan kos. Namun selepas 6 bulan, benda yang dijanjikan belum kelihatan. Aku tanpa segan silu telah bertanya kepada rakanniaga tadi perihal janjinya itu kerana terasa amat menyusahkan apabila berjanji tetapi tidak ditunaikan.

6. Semasa bekerja di syarikat sama di no.5, aku telah merekemen seorang kawan yang berniaga buat baju. Kami pada masa itu inginkan imej korporat dan ingin membuat pakaian seragam. Kawan aku ni dah siap datang ambil ukuran badan setiap staf dan mengambil deposit RM50 seorang, daripada pengawal keselamatan, tukang cuci hinggalah pengurus. Apa yang tak best, kawan tadi menghilangkan diri hampir 3 tahun selepas itu hinggalah aku tidak lagi bekerja di situ. Baju ke mana, duit kemana aku kena ganti, sebab nak jaga nama baik kawan punya pasal. Tapi bila dah jumpa dia balik, i'll make an offer that he can't refuse....

Itulah di antara beberapa contoh situasi yang aku masih ingat kejadiannya.... Pada aku, mungkin semua orang akan memainkan peranan hampir sama apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Walaupun darah apa yang mengalir dalam tubuh mereka sekalipun...

Jadi adakah aku terlalu protective?

Konsultan Tanpa Tauliah

Salam semua,

Tetiba pagi ni mood nak membebel lagi kat sini... hehehehe... tapi aku nak bebel kat diri aku sendiri... tak nak cakap pasal orang lain... orang kata, cermin diri sendiri dulu kan, sebelum menilai orang lain?

Aku ni selalu perasan yang aku tahu segala macam, walhal aku dok macam tu jugak. Pi mai pi mai tang tu sahaja... Mungkin sebab kerjaya sebelum ni banyak mempengaruhi di mana aku menjadi salah seorang konsultan, menyebabkan aku banyak berjumpa orang, banyak bagi buah fikiran, banyak buat research, banyak bagi pendapat dan banyak benda lagilah. Ditambah pula aku telah ditakdirkan pernah bertugas lebih dari satu bidang di beberapa organisasi, mungkin menyebabkan aku rasa aku hebat sangat.

Padahal.... habuk pun tarak!!!

Bercakap saja pandai, kadang-kadang tak buat apa yang dicakapkan... Semua benda kalau boleh ulas, nak ulas... nak tunjuk pandai... nak tunjuk tahu serba-serbi... tapi selalunya terfikir sendiri balik, lagi banyak bercakap, lagi banyak menampakkan kebodohan.... sebab kadang-kadang apa yang diperkatakan tu tak betul, orang lain sengaja diam saja, malas nak malukan aku... chitt... malu aku wehhh....

Sekarang ni aku dan dua orang sahabat mengusahakan sebuah kedai fotostat kecil. Ohh... macam hebat sangat kedai ni kan... kadang-kadang tu sampai dah mula bagi pendapat kepada jiran-jiran kedai sebelah macamana nak tingkat hasil perniagaan mereka, padahal aku tak muhasabah pun, mereka dah lebih dahulu berada di lapangan perniagaan berbanding dengan aku nih... ada yang dah 7-8 tahun pun bertahan... aku ni baru tak sampai tiga bulan nak tunjuk pandai pulak.... ish..ish... bila difikirkan balik.... malu jugak jadinya...

Tapi nak buat macamana kan, aku ni Melayu... mungkin Melayu memang begitu.... suka bercakap dan memberikan pendapat dan nasihat walau diri sendiri tak kemana sebenarnya... Lepas tu suka pulak nak komen/complaint pasal orang lain tanpa mencermin diri sendiri... Sampaikan kadang-kadang apa yang dikomen dan dinasihatkan kepada orang lain tu kena batang hidung sendiri... baru padan muka aku!!! hahahahaha

Entahlah, mungkin juga faktornya sebab kawan-kawan suka bertanya pendapat aku, lalu aku bagilah pandangan.... bukan sekali dua, malah kerap... ianya bukan hanya tertumpu kepada khidmat nasihat kawan-kawan malahan pernah menjangkau hal-hal perundangan, masalah rumah tangga, masalah percintaan, perihal kerjaya dan perihal keagamaan.... mungkin untuk tidak menghampakan, aku pun berilah pendapat dan pandangan...

Tapi satu yang aku rasa bagus juga, biasanya aku cuma beri pandangan dan nasihat apabila ditanya... kalau tak ditanya, aku diamkan saja... namun ada juga pernah terbabas nak tunjuk pandai, bagi pendapat tak kena tempat... dan orang yang menerima tu, nasib baik diam sahaja...

Wahai kawan-kawan... apalah ada pada aku ni? Aku bukan sesiapa... belajar pun malas dan cuma bernasib baik mendapat sarjana muda... nak buat Master mungkin tidak, nak bagi nasihat.... aku pun tidak seberapa... tapi kalau nak cerita pengalaman, boleh saja....

Paling aku cuba nak elakkan, untuk bagi komen yang bukan bidang aku... aku tak mau bagi komen 'nota kaki' yang aku tidak mahir atau tanpa memberikan kredit kepada 'guru' yang memberikan aku ilmu itu.... biasanya aku memberikan pendapat berdasarkan pembacaan atau pengalaman atau percakapan pihak lain kepada aku... jadi tidaklah sehebat mana pun aku ni... sebab tu aku mula terasa malu untuk memberikan komen atau pendapat.... sebabnya ianya adalah milik idea orang lain...

Tapi pernah juga berlaku, kes-kes 'nota kaki' bilamana orang lain mengulangi semula idea yang aku berikan kepada mereka kepada aku semula tanpa menyedari aku yang memberitahunya terlebih dahulu.. ataupun, mungkin semasa aku memberikan idea tu, mereka tidak yakin dengan apa aku katakan, lalu meminta padangan orang lain dan kebetulan orang itu memberikan jawapan yang sama dengan aku maka tanpa rasa bersalah diulang semula pernyataan atau komen aku terdahulu kepada aku..... (ini dah diulas dalam entry 'nota kaki' terdahulu)...

Tegasnya.... aku kadang-kadang malu apabila bercakap tentang perkara yang bukan bidang aku apabila hanya memberikan pendapat atau bercakap dan menampakkan ketidakpandaian aku ni...

Malu dong ahhh....

Ahh... cukuplah membebel....

Soalan pemahaman

1. Siapakah yang malu dalam artikel ini?
A. Aku
B. Dia
C. Mereka
D. Saya

2. Membebel adalah seerti dengan ....................
A. Membungkus makanan
B. Bersukan
C. Berleter
D. Memandu keretapi

3. Mengikut artikel di atas, 'Aku' biasanya bercakap tentang isu-isu berikut.
I. Keagamaan
II. Perundangan
III. Perniagaan
IV. Kerjaya

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

4. Apakah taraf pendidikan 'Aku'?
A. SPM
B. Diploma
C. Sarjana Muda
D. Master

5. Pada pandangan anda, apakah yang perlu 'Aku' lakukan?
A. Pergi melancong
B. Buat bodoh jer....
C. Berhenti memberikan pendapat
D. Teruskan memberi pendapat

6. Sekiranya anda di tempat 'Aku', apakah perasaan anda berdasarkan bebelan di atas?
A. Peduli apa aku....
B. Kami berhak...
C. Malu jugak la....
D. Tak malu sangat la....

Sekian.....

Thursday, December 3, 2009

Sensitif atau Peka?

Semasa zaman sekolah dulu, aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolah. Pada masa tu, pasukan Pengakap adalah lebih glamour berbanding PBSM, namun disebabkan uniform bagi pasukan Pengakap adalah lebih mahal, maka aku memilih PBSM. T-Shirt berlambang PBSM baru berharga RM10 (bukan uniform no 1) yang telah menunjukkan identiti sebagai ahli PBSM berbanding uniform Pengakap yang mencecah seratus ringgit pada masa tu.

Aku menjadi ahli PBSM sejak dari tingkatan 2. Itupun atas ajakan kawan-kawan yang terlebih dahulu menyertai persatuan ini di sekolah. Bermula sebagai ahli biasa, mungkin disebabkan ramai kawan-kawan dalam persatuan ni, aku telah menjadi Timbalan Pengerusi semasa tingkatan empat namun berhenti disebabkan bertukar sekolah.

Daripada sekadar memenuhi ajakan kawan dan faktor baju yang murah, aku mula sukakan PBSM ni. Daripada t-shirt berlambang yang berharga RM10, aku juga telah memiliki uniform rasmi no 1 semasa di tingkatan 3. Daripada tidak tahu apa-apa berkaitan pertolongan cemas asas, aku mula mendapat sedikit ilmu berkaitannya. Daripada ahli biasa aku juga telah diamanahkan untuk memberikan sesi pelajaran kepada ahli PBSM di sekolah lain semasa sesi perjumpaan di sekolah mereka.

Aku juga menghadiri beberapa kursus, perkhemahan dan pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti PBSM ini. Hampir ke seluruh negeri kami ditugaskan walaupun pada masa itu kami masih bersekolah. Semuanya gara-gara hubungan yang akrab PBSM sekolah aku tu dengan PBSM Daerah dan negeri, maka kami selalunya akan ditugaskan untuk 'cover' beberapa event yang memerlukan ahli pertolongan cemas. Memanglah kami selalu dipanggil sebab kami tidak pernah menolak. Lagipun kadang-kadang dapat makan free, dan ada ketika dapat elaun. Tentulah suka!!! Hahahahah...... tapi yang paling best, dapat ramai kawan la... tambah pulak kalau budak pompuan... perghhh..... hhehehehehhe hahahahahha

Selepas bertukar sekolah, aku sekali lagi memilih sebagai PBSM sebagai salah satu persatuan. Apa yang menarik, 'team' aku di sekolah lama, kebanyakkan berpeluang berhijrah sekolah semasa tingkatan empat dan menyambung legasi PBSM di sekolah baru dan majoriti dari kami menjadi Pengerusi/Presiden PBSM di sekolah baru....

Walau apapun, sebenarnya yang panjang-panjang banyak perenggan di atas tu cuma MUKADIMAH sahaja untuk entry kali ni... Apa yang sebenarnya hendak aku ceritakan ialah DISEBALIK dan HASIL penyertaan aku dalam persatuan semasa di sekolah dahulu dengan APA yang aku jadi sekarang walaupun tidak lagi menjadi ahli mana-mana persatuan...

Alhamdulillah, sekarang aku nampak mengapa ko-kurikulum semasa sekolah itu amat dititik beratkan oleh guru, sekolah dan Kementerian berkaitan. Rupanya ianya membentuk peribadi dan sahsiah murid/pelajar selain daripada sesi akademik. Tidak kira apa persatuan pun, aku yakin jika para murid/pelajar menghayati prinsip yang diterapkan, pasti akan mendapat sesuatu, bukan hanya mengisi masa hujung minggu menghadiri aktiviti persatuan namun hasilnya tiada.

Aku mengambil contoh diri aku sendiri, bukan untuk mendabik dada, tetapi aku rasakan PBSM telah mengajar aku untuk sensitif dan peka kepada keadaan sekeliling dan pantas bertindak terhadap sesuatu. Faktor masa amat penting dalam pertolongan cemas dan inilah disiplin yang aku terapkan bilamana apabila melibatkan masa dan janji, aku akan cuba sampai awal atau paling tidak pun tepat pada masanya. Begitu juga dengan pembacaan terhadap suasana dan 'hazard' (ancaman?) sekeliling dapat dinilai dengan pantas walaupun tidak tepat.

Selain itu, PBSM (boleh juga dibaca berpersatuan) juga mengajar aku selok-belok 'politik kecil-kecilan'... Maklumlah, aku telah diperturunkan ilmu oleh seorang yang amat penting dalam PBSM negeri pada masa tu, "Dalam persatuan ni, ada tiga benda yang boleh menyebabkan persatuan jatuh atau bangun. Boleh juga menyebabkan seseorang tu disukai atau tidak. Tiga benda tu ialah Pangkat/Kuasa, Glamour, Duit". Memang aku mengakui bahawa beberapa faktor daripada tiga benda inilah yang menyebabkan aku memencilkan diri dari berpersatuan selepas tamat pengajian peringkan ijazah.

Mungkin orang lain melihat kelantangan dan sikap menegur kesilapan walaupun orang yang lebih berpangkat sebagai satu cara untuk aku 'memintas' kedudukan orang lain. Atau memang betul begitu caranya untuk cepat naik?

Entahlah.... sampai satu peringkat, aku katakan kepada diri sendiri, aku dah puas berpersatuan.... semua aku dah rasa sepak terajang.... Dengan persatuan aku dah jumpa pelbagai peringkat manusia dari tukang kebun sekolah (bukan merendahkan taraf tukang kebun, maaf) hinggalah DYMM Tuanku Sultan walaupun umur pada masa tu masih mentah. Tiada apa lagi yang aku cari dari persatuan atau pertubuhan atau parti politik (yang aku pernah dijemput untuk menganggotainya) kerana aku tidak mahu lagi mewujudkan musuh. Maklumlah, aku ni jenis kalau benda tak kena, aku sound saja... tambah pedih lagi kalau benda aku diamkan lama tetapi bila dapat peluang 'bola tanggung' aku pasti 'smash' cukup-cukup...

Atas sebab inilah, aku tidak lagi berpersatuan sekarang... kadang-kadang kita lebih rela mendengar teguran daripada orang luar daripada 'orang dalam' kerana teguran 'orang dalam' yang lebih dekat dengan kita tu, pastinya terasa lebih pedih dan menusuk kalbu....

p/s: dah ke laut jugak cerita aku kali ni kan... niat nak cerita benda lain... jadi lain... ahhh hentam sajalah.... ada apa-apa soalan?

Wednesday, November 25, 2009

Kongsi Ilmu...

2 + 4 = 6

13 x 2 = 26

98 - 14 = 84

56 / 2 = 28

ok adik-adik... demikianlah ilmu yang kita kongsikan hari ni... sempena cuti sekolah... jangan asyik tengok Ceria saja ye... pelajaran jangan lupa....

Thursday, November 5, 2009

Nota Kaki punya cerita...

Nota Kaki atau Footnote biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah... kalau sesiapa yang tak tau nota kaki tu yang mana, try buka apa-apa buku teks ke, majalah ilmiah ke kalau ada, ianya adalah nota yang menyatakan sumber dari mana petikan dalam artikel itu digunakan...

Sebagai contoh:

Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. 1

__________________________________________
1 Sejarah Tingkatan 3, bla..bla...bla...

Kat ujung tu ada nombor... jadi itulah nota kaki tuan-tuan... Maknanya memberikan kredit kepada pihak sebenarnya yang dicedok ilmunya....

Apa yang aku nak ceritakan sekarang, bukan cara-cara membuat nota kaki, tetapi lebih kepada gelagat... Biasalah janjanos kan suka bercerita tentang gelagat orang... hehehehe...

Selalu terjadi kepada orang-orang disekeliling aku, selalu memberitahu aku sesuatu yang SEBENARNYA aku yang beritahu mereka perkara itu lebih dahulu... takdak contoh, tak best la kan?

1. Seorang rakan kerja pada suatu hari memberitahu aku "diaorang cakap, kalau nak cepat pulih selsema, jogging masa hujan, atau bersukan bagi keluar peluh di tengah-tengah hujan"... aku tersenyum sahaja sebab diaorang yang dia maksudkan tu aku la... seminggu sebelum itu aku yang cadangkan kepada dia benda yang sama...

2. Aku memberitahu seorang kawan, ramai penduduk Ukay Perdana ni dulunya adalah tentera sebelum berpindah masuk kuarters.... tak semena-mena, beberapa minggu selepas tu, kawan yang sama kata balik kat aku "ada orang cakap, dulu ramai tentera kat area umah hang tu!".... menyampah aku mendengarnya... hahahahah

Ok.. last contoh:

3. Aku merungut, kereta aku dah nak kena servis timing belt sebab dah 80 ribu km lebih, kena belanja lagi lah tu... beberapa hari kemudian, kebetulan kawan yang sama naik kereta aku dan terpandang odometer kereta aku dan berkata, "dah 80 ribu lebih yer... hang dah tukar timing belt belum? Diaorang cakap dah patut tukar bila dah lepas 80 ribu km"..... Aduhhh.... penat aku!!!

Perasan tak? Dialog nota kaki ni biasanya dimulakan atau mempunyai diaorang cakap, ada orang kata dan seangkatan dengannya.... Kalau kita mengucapkan kepada bukan orang yang bagitau kita sesuatu, takpelah... jangan kita ulang benda yang sama kepada orang yang memberitahu kita perkara itu.... malu weh... nampak sangat kita jenis nota kaki tapi tak bagi kredit... Tapi ada kategori yang lebih teruk... tidak dimulakan dengan diaorang kata, ada orang cakap.... tetapi terus bedal saja, macam dia punya idea... hampeh punya orang...

Moralnya... hati-hati bila bernota kaki....

Jumpa lagi

Friday, October 30, 2009

Ilmu Memancing...

Aku tak suka memancing, tapi aku ada ramai kawan yang 'taik mancing' ni... kalau bertemu sesama mereka, aku ni jadi tukang senyum sajalah... ikan itu, ikan ini... kolam itu, kolam ni... bot murah, bot mahal.... tekong handal.... nak menyampuk pun mungkin 5 atau 10 minit sekali, itupun sekadar "hebat tu...", "mesti best kan?", dan lain-lain penyedap rasa sahaja... hehehehe

Namun aku dapat merasakan ilmu memancing ni amat berguna dalam kehidupan seharian. Orang selalu berkata "memancing ni mengajar kita bersabar". Majoriti akan berkata begitu, tetapi itu sahaja ke ilmu atau pengajaran yang kita dapat dari memancing?

Aku melihat ilmu memancing ni dari sudut yang lain. Semasa di zaman belajar dulu (lokasi dirahsiakan), aku mempunyai dua orang 'anak murid' yang entah mengapa meminta panduan dan pandangan aku tentang satu hal yang sama menjadi kesukaran bagi mereka pada masa itu. Jadi dengan sifat aku yang suka menolong dan hendak tengok kawan aku gembira, aku setuju menolong... Maka tertulislah dalam sebuah 'kitab' yang menjadi rujukan dan buku nota kepada mereka (entah dimana kitab tu sekarang)...

Ilmu yang mereka dapat semasa tu, aku gunakan konsep memancing, di mana mesti ada joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan.... tiada semua ni, tiada gunanya memancing... lainlah kalau hendak menjala... umpan tidak diperlukan walau kadangkala ada juga yang menabur sedikit umpan untuk memastikan kewujudan ikan di dalam air....

Berbalik kepada ilmu memancing ni, dua 'anak murid' aku tu dengan gembira dan yakinnya mengaplikasikan ilmu didada walau hanya sempat menuntut ilmu separuh jalan. Hasilnya percubaan pertama mereka terhadap apa yang diinginkan hanya separuh jalan jua. Bukan sebab tak habis menuntut ilmu, tetapi kehendak Allah Taala jua...

Masa terus berlalu, dua 'anak murid' ini sekarang telah berjaya mencapai apa yang mereka kehendaki, mungkin.... sebenarnya aku sengaja tidak menghabiskan 'penurunan' ilmu memancing pada masa itu bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini... Yelah, baru separuh jalan pun sudah dicuba, apatah lagi kalau diberi sepenuhnya..... :-)

Disebalik kegagalan dalam cubaan mereka itu, itulah sebenarnya ilmu yang mereka perolehi. Kesukaran dan kegagalan itu telah dengan sendirinya memberikan mereka ilmu yang sangat berguna.... bukan ilmu yang aku tunjukkan terdahulu. Mereka sebenarnya belajar dari diri sendiri, dengan aku cuma menjadi batu loncatan pemangkin keyakinan diri kepada mereka... Sebab itu aku amat kagum dengan pencapaian mereka sekarang tentang hal yang mereka minta ilmu dari aku dahulu...

Berbalik kepada ilmu memancing, seperti aku katakan ianya banyak maksud tersurat dan tersirat... Antaranya di dalam dunia perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar, ilmu memancing tetap boleh diguna pakai. Konsep joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan pasti boleh diaplikasikan... Sekiranya dua 'anak murid' yang aku nyatakan di atas membaca nukilan ini, pasti mereka akan cepat dapat menangkap apa yang aku maksudkan ilmu memancing dalam dunia perniagaan, dan bagaimana ianya menjadi berguna untuk menangkap 'ikan'.

Sedikit ilmu kepada mereka yang masih blur-blur tentang apa yang aku cuba sampaikan, aku dedahkan sedikit ilmu memancing yang mana umpan memainkan peranan penting dalam menangkap ikan. Kenalpasti jenis ikan yang kita nak tangkap dan kenalpasti umpan yang berkesan. Bila ikan dah makan umpan, mulalah bermain dengan joran dan tali pancing anda, tarik sikit-sikit jangan terlalu kuat takut ikan terlepas... dan bila dirasakan ikan sudah selesa dan kurang melawan, terus sentap dan ikan pasti berjaya dinaikkan....

Hal yang sama boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian... fikir-fikirkan lah... :-)

Jumpa lagi...

Thursday, October 29, 2009

Tidak dirancang...

Kadang-kadang, benda yang tak pernah kita jangka atau fikirkan akan berlaku. Ianya terjadi secara tidak disengajakan. Dan ada ketika juga, ianya telah dirancang dan idamkan.

Mengambil contoh alam pekerjaan. Mungkin 50% daripada kita mendapat pekerjaan seperti diidamkan... paling tidak pun seperti tercatat dalam kad hijau masa sekolah di bahagian cita-cita. Namun pastinya juga 50% lagi sekarang bertugas bukan di tempat atau bidang yang diidamkan dahulu.

Semua ini berlaku kerana perubahan masa dan pengaruh. Perubahan masa merujuk kepada tempoh masa yang panjang daripada zaman sekolah hinggalah alam pekerjaan. Dalam tempoh yang panjang tersebut, dunia secara globalnya telah mengalami pelbagai perubahan dan inovasi yang menyebabkan minat dan kecenderungan telah berubah.

Sebagai contoh, kawan-kawan yang sebaya aku... yang sekarang ni menjadi Pegawai Teknologi Maklumat. Ada tak di antara anda mencatat semasa sekolah dulu cita-cita nak jadi Pegawai IT, atau paling tidak pun apa-apa yang berkaitan komputer? Pasti tidak kan? Aku yakin tidak. Sebabnya pada masa itu tiada siapa yang pernah termimpi nak kerja dalam bidang tu.

Dan faktor masa yang panjang tadilah yang telah menyebabkan kawan-kawan kita tu beralih ke satu bidang yang tidak pernah diimpikan semasa zaman sekolah.

Satu lagi faktor yang berkaitan rapat dengan faktor masa ialah pengaruh. Pengaruh yang menyebabkan terjadinya perubahan dalam hidup kita ni mungkin datangnya dari orang terdekat yang kita kenali, atau orang lain yang kita kenal tetapi belum tentu dia kenal kita.

Pengaruh pertama iaitu dari orang terdekat, mungkin datangnya dari keluarga dan rakan-rakan. Merekalah selalunya yang berjaya memberikan pandangan dan pendapat sehingga kita mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu. Biasanya pengaruh ini juga terjadi daripada faktor masa di atas. Mereka mungkin memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman dan situasi semasa yang mereka rasakan sesuai untuk kita.

Pengaruh kedua iaitu dari golongan yang kita kenali tetapi belum tentu mereka kenal kita ialah pengaruh kita terhadap keadaan sekelilingan atau orang tertentu. Contoh paling mudah, ramai remaja sekarang suka untuk menjadi artis kerana terpengaruh dengan gaya hidup golongan artis yang serba glamor. Maklumlah, manusia memang sentiasa inginkan perhatian manusia lain, dan menggunakan medium sebagai artis pasti mudah untuk mendapat perhatian.

Aku tidak pernah mengatakan pengaruh ini baik atau tidak. Disini aku cuma ingin membincangkan bahawa kadangkala "terjadi sesuatu yang kita tidak jangkakan akan berlaku dalam hidup kita" seperti perenggan pertama posting ini. Dan contoh-contoh yang diberikan pula tidak merujuk kepada mana-mana pihak, ianya sekadar contoh bagi mendapat pemahaman yang lebih baik.

Hehehehehe... faham ke korang dengan posting kali ni???

Saturday, September 12, 2009

Seminggu Nak Raya

Hari ni hari ke 22 Ramadhan 1430, minggu depan Ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma, menandakan detik kemenangan kepada umat Islam yang berjaya menempuhi ibadat Ramadhan.

Aidil Fitri dinanti saban tahun. Ada yang mengatakan raya sekarang dah tak sama dengan raya dahulu... Dah kurang meriah... Ada yang lain pula mungkin menyatakan inilah Aidil Fitri paling best dan penuh pengisian.... mungkin mereka mempunyai alasan tertentu tentang kesimpulan mereka itu... Namun Aidil Fitri tetap datang saban tahun selagi dunia ini masih 'bernafas'...

Kalau di Malaysia ni pulak, biasalah musim perayaan macam ni tak akan lepas dari OPS SIKAP (operasi jalanraya dan lebuhraya bagi mengawal trafik / kemalangan).... dan bila ianya bermula nanti, kita akan dipapar dan dihebahkan statistik harian melalui media massa. Kalau bab ni, aku harap semua statistik KOSONG lah... memang mustahil kan?

Di rumah2 pula, bau biskut dan kuih raya akan mula berbau harum. Seperti yang aku bau sekarang ini, aroma kuih raya baru dibakar yang dibawa angin dari jiran sebelah mungkin. Para isteri, suri rumah, ibu dan ayah mungkin akan mula berjaga sepanjang malam dan menahan kepenatan di siang hari demi membuat kuih dan pelbagai biskut untuk hidangan para tetamu... Bagi yang lain pula, mungkin lebih mudah untuk membuat tempahan atau membeli di pasaraya atau bazar Ramadhan yang berlambak sekarang ni...

Sana-sini orang ramai dah mula bercakap pasal raya... jalan-jalan menuju ke tempat tumpuan membeli belah akan mula sesak, namun semua orang nampaknya tabah mengharungi kesesakan itu.... siang dan malam manusia nampaknya semakin sibuk menghambat masa yang dirasakan semakin mengecil untuk membuat persiapan Syawal...

Bagi yang akan memandu jauh balik kampung pula, kenderaan akan mula di servis. Bagi yang sudah menyelesaikan urusan servis lebih awal, akan pula bersedia dari segi kewangan dan perancangan perjalanan kelak... Kawan-kawan dan sanak saudara sudah mula bertanya "raya di mana tahun ni?" terutamanya kepada pasangan yang telah berumahtangga...

Bagi yang berpendapatan rendah dan para peniaga pula, inilah minggu terakhir untuk mengumpul sebanyak mungkin pendapatan... diandaikan seperti selepas Aidil Fitri tiada lagi peluang untuk menjalankan perniagaan lagaknya...

Dan suasana ini akan semakin hebat dirasai apabila Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.... Dimana senyuman semakin dapat diukirkan bagi mereka yang akan betul-betul merasai nikmat berpuasa dan meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran...

Allahuakbar

Friday, July 24, 2009

Jangan Bercakap!!!

Jangan bercakap atau mula untuk bersuara atau pandai-pandai nak memberikan pendapat, sekiranya:
  1. Cuba mencampuri urusan orang lain dan urusan itu tiada kena mengena dengan anda.
  2. Waktu atau masa yang tidak sesuai apabila orang lain sudah letih untuk berfikir.
  3. Sesuatu yang anda tidak tahu mengenainya.
  4. Apabila di dalam mesyuarat dan anda tahu ianya hanya berlaku 'one way traffic' sekian lama.
  5. Mencelah di tengah-tengah perbualan tanpa bertanya dulu apa yang dibincangkan.
  6. Apabila anda hanya menumpang dalam sesuatu acara dan tidak berhak bersuara.
  7. Apabila apa yang anda akan katakan akan menyakiti pihak lain, atau menyebabkan orang lain bergaduh.
  8. Apabila anda bukanlah sesiapa.
  9. Bila anda hanya ingin mencadangkan sesuatu yang telah lama dicadangkan tetapi tidak pernah diambil peduli.

Tuesday, July 7, 2009

Topik Berat - Masalah Ah Long?

2-3 minggu lepas, kita dikejutkan sekali lagi dengan 'penemuan' mangsa-mangsa kekejaman Ah Long (ceti haram) yang dikurung, diikat dan dirantai di satu premis... semuanya gara-gara gagal melunaskan hutang kepada pihak terbabit...

Maka Menteri KDN dengan tegasnya mengistiharkan PERANG terhadap Ah Long....

Dan kemudiannya 'lagu-lagu' lama berkumandang kembali... pelbagai pihak memberikan pelbagai pendapat bagi membendung masalah ni... peniaga-peniaga pula menyalahkan pihak bank kerana meletakkan syarat yang ketat apabila mereka ingin memohon pinjaman daripada bank.. nada yang sama juga disuarakan oleh pelbagai pihak dengan meletakkan institusi kewangan sebagai antara penyebab berleluasanya aktiviti Ah Long...

Kalau tanya aku, aku katakan semuanya berpunca daripada GAYA HIDUP kita sendiri di Malaysia ni... Yelah, masalah pinjam-meminjam ni semua berpunca daripada faktor kekurangan wang dalam simpanan, maka terpaksalah meminjam untuk pelbagai tujuan, antaranya:

  • sebagai modal perniagaan
  • nak beli peralatan rumah
  • anak nak sambung belajar
  • kereta rosak, takde cash nak bayar bengkel
  • masuk hospital, majikan tak biaya perubatan, insurans pula takde
  • dan macam-macam lagilah yang semuanya perlukan ongkos!!!

Jadi ini menunjukkan bukan bank yang perlu disalahkan... Ok, andaikan bank bagi syarat yang terlalu longgar, maka semua orang layak membuat pinjaman, adakah tiada lagi akan diistiharkan sebagai bankrup? Maka kalau bank yang bagi loan, semua boleh bayar? Sedangkan kenapa tak bayar Ah Long?

Dalam satu siaran berita hari Sabtu lepas, topik pertama yang didedahkan ialah berkaitan hutang kad kredit... di mana pihak bank terlalu longgar memberikan syarat untuk memohon kad kredit sehingga pelajar IPT juga sudah ada kad kredit...

Dalam siaran berita yang sama juga, dibacakan email pembaca yang mencadangkan agar pihak bank melonggarkan syarat membuat pinjaman peribadi/perniagaan agar masalah Ah Long dapat dibendung....

Dan... Dan dalam siara berita yang sama juga dihebahkan "Karnival Mega Sales akan bermula esok di seluruh negara"

Aduh... korang nampak tak ke arah mana aku nak bawa perbincangan ni???

Yaa... kita ni (kita merujuk kepada rakyat Malaysia dan negara ini) nak menuju ke arah mana ni? Apa sebenarnya prinsip siaran berita dari TV swasta pertama negara itu? Adakah sekadar menyampaikan apa yang boleh disampaikan tanpa mengambilkira penonton-penonton yang berfikir... Tiadakah peranan uttuk MENDIDIK melalui berita?

Jika pada awalnya, korang (editor berita) nak didik rakyat bahawa beban hutang kad kredit makin meruncing dan disarankan agar syarat permohonan diketatkan agar kurang muflis muda di Malaysia, kenapa pula perlu disiarkan pendapat penonton agar dilonggarkan syarat pinjaman bank walaupun pinjaman kewangan dan kad kredit adalah dua perkara yang kononnya berbeza, tapi bagi aku ianya tetap sama sebab melibatkan HUTANG!

Dan aku lebih pening bila tiba-tiba sahaja disampaikan "Karnival Mega Sales akan bermula esok diseluruh negara".... tergelak aku serta merta....

Mula-mula korang cerita pasal hutang kad kredit... kemudian kecoh salahkan bank sebab syarat pinjaman ketat dan akhir sekali korang suruh RAKYAT MALAYSIA berbelanja pula dan tentunya menambahkan hutang...

Dan berbalik kepada aku katakan masalah semua ni berpunca daripada gaya hidup tu... sebabnya rakyat Malaysia memang suka berbelanja... maklumlah... SALES sepanjang tahun!!! Dan aku rasakan (aku rasa, bukan dari survey mana2) majoriti rakyat Malaysia tidak 'ukur baju di badan sendiri'... maknanya suka berbelanja walau tahu akan menambah hutang... (termasuk aku jugak ni....) dan kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peluang kepada rakyatuntuk berbelanja dan berhutang... hahahahaha

Dan akhirnya, pihak yang harus bertanggung jawab tentunya kerajaan kerana gagal menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan kepada rakyat... hahahaha

Banyak lagi nak ulas bab ni... tapi cukuplah setakat ni dulu... semoga apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami...

Sunday, June 28, 2009

Soul Searching - response to HARDINESS

Hmmm... seperti yang 'dirungutkan' oleh hardiness (korang klik sajalah link dia kat belah kanan tu, malas nak buat hyperlink :-p), beliau dan Yom Mat sekarang ni dalam frasa 'soul searching'... terasa kekosongan dalam jiwa katanya.... hidup terlalu rutin --- bangun pagi ---> pergi kerja ---> balik tidoq dan berulang saban hari...

Beliau mendapat advice daripada kawannya agar membuat aktiviti yang beliau sukai...

Jika anda mengikuti hardiness, beberapa bulan sebelum ni, beliau pernah mengutarakan bahawa hidupnya 'ditentukan' oleh orang lain, sebagai contoh beliau mengambil MBA disebabkan mengikut Yom Mat sedangkan beliau lebih meminati bidang IT...

Mengkaji personaliti hardiness, beliau sebenarnya seorang yang sukakan cabaran dalam hidupnya... beliau gemar mencuba sesuatu yang baru dan kurang berpuas hati dengan hasil sedia ada walaupun pada pandangan orang lain, ianya sudah cukup baik... contoh yang paling dekat, lihat sahaja penampilan blognya yang akan ditukar penampilan pada purata 3 bulan sekali atau kadangkala lebih cepat!!!

Beliau juga sebenarnya seorang yang kreatif, bilamana beliau sentiasa menggunakan grafik atau gambar-gambar yang menarik bagi menyampaikan penulisan dalam blog, walau kadangkala kita mengetahui gambar yang digunakan di ambil dari blog/web lain... ini menunjukkan beliau mempunyai masa untuk berinternet yang pada pandangan penulis merupakan salah satu dari minat beliau...

Mengenali hardiness, walaupun hanya melalui Yom Mat, penulis dapat merasakan beliau sebenarnya TIDAK perlukan soul searching, tetapi apa yang beliau perlukan ialah sahabat untuk 'mengeteh' sekali sekala, mungkin sekurang-kurangnya 2 minggu sekali... ini kerana penulis berpendapat beliau hanyalah kepenatan dengan rutin yang sudah dirasakan tidak lagi mencabar, walaupun di awal mendapat pekerjaan sekarang, hardiness merasakan inilah pekerjaan idaman beliau... dan sekarang beliau rindukan pula 'masa yang terluang' semasa bertugas di kolej sedangkan semasa di kolej dahulu beliau seperti 'benci' dengan apa yang beliau lakukan...

Selain 'mengeteh' sekali sekala dengan sahabat, penulis mencadangkan agar hardiness pergilah bercuti 3-4 hari di mana-mana lokasi yang beliau sukai... kalau tidak pun, dapat bermalam di mana-mana hotel di lembah kelang pun dah cukup, sekadar 'lari dari rutin' yang beliau hadapi tu...

Hardiness, janganlah terlalu memikir untuk soul searching kerana dikhuatiri 'benda lain pula akan dijumpai'... hardiness yang kami kenal tidak perlukan soul searching kerana beliau telah lama kami senangi dan kami tiada masalah tentang jiwanya... :-)

Friday, June 12, 2009

The Mind Suffer and...........



The Body Cries Out!!!

Perkara inilah yang pernah dialami oleh Michael Corleone dalam Godfather part 3... dan inilah ungkapan yang dikatakan oleh seseorang kepada Don Corleone pada masa dia sakit tu....
Bila otak kita terlalu terbeban dengan pelbagai benda untuk difikirkan (biasanya masalah-masalah yang sukar penyelesaiannya), badan kita akan mula 'memberontak' dan menyebabkan mula kena sakit...

Sakit yang datang pula, kadangkala yang pelik2 dan kadangkala sekadar pening, migrain, demam, batuk, selsema dan penyakit biasa yang lain...

Aku tak nafikan sekarang otak aku terlalu banyak berfikir... ditambah pula dengan beban itu dan ini, marah itu dan ini, maka badan aku mula protes...

Mula-mula dia (badan aku) kena batuk... lepas tu selsema sikit dan demam sikit.... klinik tak payah cakap la.. dah jadi tempat persinggahan tetap sejak tiga minggu kebelakangan ni...

Dan sekarang, demam dan takde, selsema dah takde, batuk ada sikit2 lagi, dia sakit dada pula... sebelah kiri pulak tuh! Sakit bila tarik nafas, bila batuk dan bila angkat tangan kiri... aku tak tau apa jenisnya, tapi semalam dah buat x-ray dan ECG, semua ok (seperti diceritakan posting sebelum ni)

Entahlah... mungkin betul kot "The Mind Suffer and The Body Cries Out"...

Berat badan pun menyusut sekarang ni, tidak seperti 3 bulan sebelum ni... Aku pun pernah 'dikomplen' bahawa aku kurang bercakap sekarang ni.... dan disebabkan 'otak yang menderita', waktu tidoq aku sekarang bermula jam 10 malam...

Yelah, mungkin lagi lambat tidoq, lagi banyak benda aku fikir selagi otak aku belum rest...

Dan mungkin juga, tragedi aku sleep walking juga ada kena mengena dengan 'otak yang menderita' itu... bila terlalu banyak difikirkan, tapi apa yang difikirkan belum selesai, maka ianya terus terbawa ketika tidoq... dan mungkin juga badan saja yang rehat, tetapi otak masih terus bekerja... entahlah...


Namun, apa yang pasti, tiada siapa pun di dunia ini yang hendakkan sakit (kalau yang sengaja cari penyakit tu - hal yang lain ye...). Bila sakit macam ni, segala kerja akan bertangguh... maka bila itu berlaku, otak akan mula berfikir banyak kerja nak selesaikan... jadi dia akan menderita lagi... dan bila dia menderita, badan pula kembali terus-terusan sakit...

"The Mind Suffer and The Body Cries Out"

Thursday, June 11, 2009

Jom kita....

Pagi ni, disebabkan terlalu lama menahan sakit (sebenarnya hasil paksaan isteriku), aku ke Damai Services Hospital, Taman Melawati untuk buat futher check sakit dada aku...

Oppsss... sebelum tu, sebenarnya batuk yang aku kena 3 minggu lepas belum pulih sepenuhnya lagi... seminggu kebelakangan ni aku mula rasa sakit di sebelah kiri dada aku... bila tarik nafas sakit... bila angkat pun sakit... baring pun rasa sakit dalam dada tu.... mulanya aku fikir sebab batuk jelah, tu yang buat boleh sakit.... tapi bila batuk pun dah mula berkurang, sakit dok ada lagi, mula aku rasa tak best...

Tu yang pagi tadi setelah dipaksa, aku ke DSH tuh...

Sampai je, masa daftar, misi tu tanya sakit apa... sambil tu dia terus amik tekanan darah, ujian gula, bacaan nadi dan timbang berat aku... resultnya semua OK... ianya diuruskan oleh Nurse Nirmala...

Pastu dah setel tu, dalam 3 minit dipanggil jumpa doktor... diiringi oleh Nurse Siti... Aku cerita la apa sakit.... Pastu Dr. Saravanan pun check la aku... then dia suruh aku buat chest x-ray dan ECG...

Nurse Siti bawa aku buat x-ray dengan juru x-ray bernama Murni...

Pastu Nurse Siti bawa aku buat ECG... dia yang buatkan... masa ni dia benarkan isteri aku masuk tengok sekali... ECG ni untuk check jantung, kata Nurse Siti... Sat je pun... tak sampai 10 minit siap ECG result dan aku sekali lagi dibawa jumpa Dr.Saravanan...

Ringkaskan cerita, chest normal... jantung normal...

yang sikit masalah, bahagian belah kiri peparu aku tu kurang masuk oksigen... dan ada tanda-tanda ada infeksyen... dan Dr. Saravanan nasihatkan... kurangkan merokok... berenti lagi bagus!!!

Katanya ada satu penyakit (aku dah lupa namanya yang dia sebut tadi) boleh menyerang, terutamanya perokok... ianya akan menyebabkan oksigen tak masuk peparu dan akhirnya akan membawa maut! Aku tak taulah betul ada ke tak penyakit tu atau Dr. ni saja nak buat aku berenti...

So... JOM KITA.... aku nak mengajak kekawan yang merokok, marilah kita mengurangkan tabiat ni... kalau berenti lagi bagus kot... Ada berani???

p/s: dah mula teringat gambar-gambar pada kotak rokok... sedikit sebanyak kempen tu mula berjaya menakutkan aku... hahaha

Saturday, April 11, 2009

Musim

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan musim. Paling kerap dan paling digemari dan paling menjadi bualan ialah musim buah. Kalau kita mempunyai kampung yang benar-benar kampung, pasti ada rakan taulan yang suka tanya “dah musim buah kat kampung?” walaupun mereka bukannya nak ikut kita balik kampung pun, dan belum tentu juga kita tahu musim buah apa di kampung kita tu.....

Musim lain di Malaysia ni, musim cuti sekolah. Inilah musim yang paling digemari bagi majoriti rakyat Malaysia, walaupun bagi golongan dewasa yang bekerja, tentunya tidak lagi bersekolah. Pada musim ni, ramai yang ambil kesempatan untuk bawa anak-anak pulang ke kampung halaman tempat asal bagi menemukan anak mereka dengan datuk dan nenek mereka di kampung, di samping dapat mengajar anak-anak tentang kehidupan kampung (terutamanya bagi keluarga bandar).

Musim cuti sekolah juga tidak dapat tidak akan munculnya musim kenduri kahwin. Walaupun sekarang ni, majlis kenduri tidak lagi hanya tertumpu kepada musim cuti sekolah, tetapi pilihan tarikh perkahwinan biasanya akan mengambilkira tarikh cuti sekolah, walhal yang nak kahwin tu bukannya budak sekolah, tetapi tentunya orang yang dah lepas sekolah.

Musim cuti sekolah juga kadangkala akan membawa kepada musim pilihanraya umum. Seingat aku, beberapa kali pilihanraya umum kebelakangan ni diadakan pada musim cuti sekolah. Ini ada rasionalnya kerana sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi, dan tentunya tidak mahu mengganggu murid dan pelajar sekolah yang tidak dibenarkan terlibat dalam politik.

Musim berikutnya yang biasa terjadi ialah musim kehadiran binatang buas. Contohnya, jika telah ada berita kemunculan harimau di sesuatu kawasan, maka akan kedengaran lagi berita mengenai kemunculan harimau di tempat lain, atau diungkit kembali cerita keganasan harimau daripada mangsa-mangsa terdahulu.

Begitu juga bagi musim ular sawa, akan berdendanglah kemunculan ular sawa di sana sini hinggakan pernah terdengar cerita melucukan bahawa ada ular sawa menelan motorsikal!!!

Dan tentunya satu lagi musim yang menarik untuk diperkatakan ialah musim jualan murah. Pada musim ini, biarlah dah susut simpanan bulanan pun, atau marah dengan kenaikan harga keperluan harian, pusat-pusat membeli belah tetap meriah dan sesak dengan orang ramai yang ingin memanfaatkan musim ini.

Dalam banyak-banyak musim di atas, musim yang akan berlaku sepanjang musim ialah musim politik. Biarlah pada bila-bila masa dan di mana jua, pasti topik politik ini akan diperkatakan, walaupun perbincangan asal ialah perkara lain. Maklumlah, rakyat Malaysia kan semuanya dah celik politik.... bercakaplah pasal politik sampai berbuih mulut, bertegang urat, memberi pandangan dan pendapat serta menganalisis, kerana musim ini akan berlaku di mana sahaja, pada musim apa sahaja, musim buah, musim cuti sekolah, musim kahwin dan lain-lain musim lagi....

Begitulah serba sedikit tentang musim-musim di Malaysia ni. Kalau nak diikutkan, sepanjang tahun kita akan mempunyai musim. Jadi sebenarnya Malaysia ni memang negara yang meriah kerana sentiasa ada sesuatu yang hendak diraikan....

Friday, February 20, 2009

What we give, we get back....

Frasa ini memang menjadi ingatan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebabnya terdapat beberapa peristiwa yang benar-benar menguji aku sebagai manusia... antara yang aku masih ingat...

1. Tahun 2003 - Masa ni aku masih menunggang EX5 BGL 9841 (stolen 27 October 2005) - Satu hari aku telah menumpangkan seorang pakcik yang berjalan kaki untuk pergi ke masjid sembahyang Jumaat... dengan tak pakai helmet, aku tumpangkan pakcik tu....

Hari Isnin berikutnya, aku ada urusan di PUSPAKOM Wangsa Maju. Selesai urusan, tiba-tiba baru aku perasan yang kunci motor aku hilang!!! Alamak.... kacau la macam ni... dah la kunci tu sekali key chain dengan road tax.... Sedang aku dok menggelabah dalam 15 minit tu, tiba-tiba ada sorang peniaga air roda tiga datang tanya tu motor aku ke dan apa masalah? Aku jawab yang kunci tercicir, lalu dia hulurkan kunci aku tuh!!! Katanya aku tertinggal kat tempat buka seat masa simpan helmet. Alhamdulillah... selamat.... TQ Uncle!!! (tapi ni bukan pakcik yang aku tumpangkan sebab uncle ni India... kalau yang aku tumpangkan pasti MISTERI kan?)

2. Tahun 2004 - Aku beratur di belakang satu family semasa nak bayar kat kaunter di satu shopping complex... Tak semena-mena aku nampak brader di depan aku tu tercicir sejumlah wang yang dia tidak sedari... Aku cuit bahu dia dan bagitau duit jatuh... Dia ambil dan ucap terima kasih...

Beberapa hari kemudian, aku orang yang paling last balik dari opis. Seperti biasa, orang last terpaksa kunci semua pintu dengan sistem alarm canggih pada masa tu. Aku kunci seperti biasa dan masa nak balik ada pula member ajak minum, prgi jelah minum...

Esoknya, aku datang lambat sebab ada urusan rasmi di luar. Petang tu, kecoh satu opis tanya siapa last semalam balik... baru aku ingat aku belum pulangkan set kad alarm... Aduh... mana pulak aku letak ni... Mampus aku... Kalau hilang kena buat report Polis dan dah tentu aku dituduh cuai!!!

Dalam runsing tu, aku cuba ingat balik apa aku buat semalam lepas kunci pintu opis... aku jalan balik ke warung yang jaraknya 200 meter dari opis sambil menunduk tercari-cari di atas jalan... Cuba nasib jelah walau aku tahu dah hampir 24 jam kalau tercicir atas jalan pun...

Sampai warung tu aku tanya ada jumpa kad macam ATM kad tak semalam? Alhamdulillah... sekali lagi aku selamat sebab tauke warung tu memang ada terjumpa kad alarm tu!!!

Cukuplah dua peristiwa untuk contoh bagi kisah "what we give, we get back..."

Morale of the story.... Semua pun mampu faham kan?

Wassalam...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!