JANOS

JANOS
Selamat Datang

Friday, April 25, 2008

Siapa Ken?

Shah Alam, 24 April... Kedai CELCOM Seksyen 9

Pelakon: Janos, Bakli
Pelakon Tambahan: Apai, Ken

Kejadian: Register CELCOM Broadband... hahahahahahahaha

Jadi siapa Ken?

Hahahahahahah

Friday, April 18, 2008

Kilang Surimi APMC

Lokasi : Sebelah Kompleks LKIM Pahang
Seperti kata Faizah... biarlah gambar menceritakan....





Signing Ceremony APMC - LKIM


Aku tak pernah cerita hal ni sebelum ni, tapi hari ni aku berbesar hati nak bagitau... hehehehe... Sebenarnya aku terlibat dalam satu projek kilang surimi (proses isi ikan, sebelum dibuat fishball, fishcake etc) di Kuantan Pahang... Kilang ni akan diusahakan oleh Aspire-Pro Management Centre Sdn. Bhd. (APMC) yang menyewa tapak kilang milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia... Sewaan selama 30 tahun, so kalau berjalan lancar, maknanya project team akan pencen di kilang ni jelah... hahahahaha


Satu majilis tandatangan perjanjian sewaan (majlis ringkas) telah diadakan pada 22 Februari 2008 di HQ LKIM (dalam kesibukan musim pilihanraya umum)...


Back Drop pakai power point jer....



Dari kiri: Haji Khazin (TKP LKIM), Dato' Mustafa (KP LKIM), Mohd Suhaimi (CEO APMC)



Dah tandatangan, seronok pulak tukar-tukar dokumen......



Pihak APMC pula serahkan cek deposit sewaan....



Target nak start operasi kilang, CEO kata Ogos... tapi aku yakin.... lepas raya pun belum tentu dapat operasi lagi.... sebabnya??...


Kerana hingga sekarang proses renovate kilang masih belum bermula... apatah lagi nak masuk mesin???


Tunggu jelah....

In Memory - Kedai Bundle

INILAH RUPA PARAS PEJABAT/KEDAI PERTAMA EFTU....

Lokasi : Desa Pandan.... Sekarang dah takde lagi, maknanya EFTU buat bisnes tanpa premis lagi, tapi hidup mesti diteruskan.... :-)



Pintu Masuk.... kalau dari jauh, nampak seluar ni tergantung maknanya kedai buka... hehehee



Stok seluar

Stok Baju
Kedai ni shut down pada bulan November 2007, iaitu selepas sambutan hari raya puasa...

Thursday, April 17, 2008

Sebulan Selepas PRU-12

Isu sekarang, sebulan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu, yang mana keputusannya semua telah ketahui bahawa parti tradisi, Barisan Nasional (BN) masih berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, walaupun hanya dengan majoriti mudah. BN juga gagal untuk membentuk kerajaan di empat buah negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta masih gagal membentuk kerajaan di Kelantan.

Pelbagai persoalan dan teka-teki yang diperkatakan. Isu menantu Perdana Menteri sekarang hinggalah anak bekas Perdana Menteri mencuri tumpuan. Tidak dilupakan pelakon-pelakon tambahan yang cuba menarik perhatian dan ingin turut serta dalam apa yang dikatakan prestasi terburuk BN dalam pilihanraya.

Persoalannya, siapa yang betul? Siapa yang perlu kita percaya sekarang amat sukar dijangka. Dengan pemilihan Agung UMNO yang semakin menghampiri, kita dapat dengar, baca dan lihat pelbagai versi cerita, sama ada benar atau diada-adakan. Kisah UMNO ini, kalau kita ikuti amat sesuailah di tukar slogannya daripada “Dulu, Kini dan Selamanya” kepada “Macam-Macam Ada” seperti ASTRO.

Dalam pada itu, sesetengah rakyat yang sudah jemu dengan cerita-cerita politik sudah mula bersuara. Mereka tidak mahu lagi cerita tuding menuding, salah menyalahkan, desakan meletak jawatan dan sebagainya melemahkan lagi pentadbiran negara. Apa yang penting bagi mereka sekarang adalah kerajaan yang memerintah perlu mula untuk menyelesaikan isu-isu pentadbiran negara, jangan hanya bermain politik saban hari.

Rakyat sememangnya berhak bersuara, maklumlah isu-isu kenaikan harga barang yang masih belum selesai sebelum pilihanraya diburukkan lagi sekarang dengan krisis makanan global. Harga beras diberitakan telah mula naik 10%, harga mee dan lain-lain produk berasaskan tepung juga mula naik, sedangkan pendapatan mereka masih di takuk lama. Jaminan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga tidak akan berkesan seandainya rakyat masih tidak dapat melihat tindakan yang diambil. Rakyat lebih mementingkan tindakan, bukan hanya jaminan.

Rasa marah, kecewa dan berkecil hati rakyat amat jelas ditunjukkan semasa Pilihanraya lalu. Mereka mahukan pembaharuan, mereka mahupun kehidupan yang lebih baik. Maklumlah kerajaan asyik memainkan ‘lagu’ kita sudah Merdeka 50 tahun, tetapi rakyat amat berharap mereka mendapat kehidupan lebih baik bagi tahun ke 51 Kemerdekaan dan seterusnya. Kehidupan yang lebih baik bukan sahaja merangkumi aspek ketenteraman dan keamanan negara, malahan aspek ekonomi atau lebih tepat dikatakan poket rakyat itu sendiri. Bagaimana rakyat akan bahagia sekiranya pendapatan bulanan mereka hanya cukup untuk masa sekarang (bulan itu sahaja), sukar lagi untuk menabung untuk masa hadapan mahupun kecemasan.

Ingin penulis tekankan, parti UMNO yang menjadi tulang belakang BN semakin hanyut sekarang. Mereka masih lagi selesa dengan istilah “hanya UMNO perjuang bangsa Melayu”, “UMNO yang bersusah payah untuk kemerdekaan negara, maka kenanglah jasa UMNO”, “UMNO parti keramat” dan pelbagai istilah lagi sebenarnya sudah lapuk.

Penulis bukan mahu menidakkan sejarah. Memang benar pemimpin UMNO yang berjaya dalam rundingan kemerdekaan. Itu tidak dinafikan. Tetapi sampai bila kita harus asyik mengenang jasa, terhutang budi? Pada hemat penulis, acuan “mengenang jasa” ini perlulah diubah kerana generasi sekarang mahukan lebih daripada jasa yang ditabur 50 tahun dahulu. Sekiranya UMNO mahukan sokongan berterusan daripada generasi muda, UMNO perlulah berani berubah dan jangan hanya melaungkan ‘lagu’ mengenang jasa itu. Sedarkah para pemimpin UMNO bahawa parti lawan kini menabur jasa dan budi kepada golongan muda sekarang, dan hasilnya golongan muda amat terhutang budi kepada pihak pembangkang dan membalasnya melalui peti undi. Hal mengenang jasa juga dilaungkan dalam hal-hal lain seperti pendidikan, krisis kewangan dan keamanan walhal ini sememangnya menjadi tugas dan tanggung jawab mana-mana parti memerintah. BN beranggapan hanya mereka mempunyai golongan bijak pandai dalam merangka polisi dan hala tuju negara, dan golongan lain tidak bijak dan patriotik seperti mereka.

Selepas pilihanraya lepas, satu ungkapan penulis yang terpacul kepada sahabat-sahabat karib ialah “Pilihanraya ni menunjukkan BN menipu dan dan hasilnya mereka ditipu”.

Bagaimana menipu? Dalam dicanangkan bertandinglah dengan cara yang adil dan telus, tetapi BN masih menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk membantu mereka sepanjang pilihanraya. Paling jelas tentunya Kementerian Penerangan melalui RTM, lain-lain agensi tidak perlu disebutkan kerana semua sedia maklum, termasuklah akhbar-akhbar arus perdana. Ini semua dilakukan bagi mendapatkan sokongan dan berkempen bagi pihak BN dan mematikan pengaruh parti lawan. Inilah bertanding secara telus dan adil acuan BN.

Bagaimana pula ditipu? Tentunya BN berasa dengan bantuan (yang dipaksa) yang diperolehi oleh agensi kerajaan, mereka mampu meraih sokongan rakyat, walhal tanpa mereka sedari rakyat sudah bosan dengan permainan sebegitu. BN juga ditipu kerana merasakan dengan melaburkan sejumlah wang dan menjanjikan projek pembangunan maka BN akan mendapat undi rakyat. Ini belum lagi bab ditipu oleh jentera sendiri sehingga diakui wujudnya unsur sabotaj di beberapa tempat. Pasti ramai yang tersenyum sekarang dengan situasi ini, senyum kerana tidak mendapat projek yang dijanjikan oleh calon BN yang kalah.

Satu perkara yang penulis tertarik ialah betapa tidak jujurnya penganalisis politik arus perdana di Malaysia. Sebelum pilihanraya, semua hanya mengulas yang baik-baik bagi pihak BN dan cuba mempengaruhi penonton betapa tidak relevan lagi parti pembangkang di Malaysia. Maklumlah, analisa dan ulasan perlulah yang sedap di dengar sahaja. Lagi sedap mengampu, maka akan kerap muncul di kaca TV, maka akan banyak imbuhan akan dapat. Tetapi, sebaik melihat trend malam keputusan pilihanraya dan beberapa hari selepas keputusan pilihanraya, mulalah masing-masing berani untuk berkata “BN sepatutnya....”, “kalau BN.....” dan pelbagai jika lagi. Mengapa sebelum pilihanraya mereka tidak memberikan pandangan sedemikian? Jawapannya mudah: Menipu dan Ditipu.....

Sampai bila drama (sama ada dirancang atau tidak) dalam situasi sebulan selepas pilihanraya ini akan berterusan? Pelbagai episod lagi pasti akan muncul. Satu perkara yang menarik, sehingga hari ini penulis masih belum mendengar atau membaca ulasan daripada pihak kerajaan BN berkaitan isu ladang ternakan babi di Selangor, kalau ada pun hanya ulasan bekas MB Selangor yang menafikan kelulusan projek pada masa pemerintahan BN dan juga seorang bekas EXCO Selangor yang menafikan mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Selain daripada mereka, semua pemimpin UMNO yang “berjuang untuk Melayu” hanya berdiam diri dan tidak mengulas mengenai projek ini, termasuklah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri. Mengapa? Kerana semua sedang sibuk untuk “berjuang untuk periuk nasi sendiri” menjelang Perhimpunan Agung UMNO Disember ini...

Fikirkanlah....

Thursday, April 10, 2008

Aktiviti Mac

Agaknya sebulan lebih juga aku tak posting kat blog, bukan aku tak jenguk blog aku ni, tapi tiap kali nak menaip, selalu saja terhalang... mungkin banyak benda sangat nak cerita, sampai tak mampu nak menaip... yelah, kadang-kadang dok ingat apa yang nak cerita kat blog mungkin tak sesuai dihebahkan...

Bulan Mac 2008 antara bulan yang banyak travel... bermula dengan musim pilihanraya seperti yang semua dah tahu, juga aku busy dengan hal-hal kerja untuk duit poket... trip ke Kuantan juga berlaku 2 kali bulan Mac ni...

Selain hal surimi, projek motivasi pelajar MRSM juga ada 2 tempat Mac lalu... yang pertama di PLKN Kulim melibatkan pelajar tingkatan 5 MRSM Kepala Batas, yang mana kali ni kami "dibekalkan" dengan pelajar yang dapat PNG 2.69 dan kebawah... di PLKN Kulim 3 hari 2 malam (25 - 27 Mac)...

Selesai di Kulim 27 Mac, kami langsung ke MRSM K.Lipis pula... rehat sehari 28 Mac di rumah, 29 - 30 Mac kami projek di K.Lipis pulak... kali ni semua pelajar tingkatan 5 terlibat tanpa pengecualian...

nak cerita panjang pasal kedua-dua projek ni pun tak sesuai kalau tanpa gambar... nantilah, aku senang-senang aku upload gambar kat sini ataupun fotopages aku...

Sehingga itu... assa;lammualaikum

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!