JANOS

JANOS
Selamat Datang

Saturday, October 31, 2009

Siapa Bos?

Ada sorang member, suka panggil aku tokey besar... aku kata mana ada, aku pun pekerja saja.... bukan bos....

Dia tak percaya... dia tanya kalau aku pekerja, siapa bos aku?

Aku jawab... company aku adalah majikan aku...

Dia pelik, tak paham dengan apa aku kata... Yelah, kalau company tu nama aku, macam mana aku ni pekerja untuk company aku?

Hehehehehe... aku senyum saja... aku tanya dia satu soalan... dalam Malaysia siapa BOS paling besar?

Dia jawab... PM kot... atau Sultan/Agung?

Aku kata, ok.. tak pa.. amik PM... dia pun makan gaji jugak... duit kerajaan... kerajaan tu rakyat yang bagi duit... AGUNG pun sama...
kalau dia kerja tak baguih, kita tukaq PM... hahahaha
jadi, sapa Bos???

Dalam meniaga, benda yang sama juga... walau peniagaan milik aku sendiri, nama aku sebagai pemilik, aku tetap bekerja. Majikan aku ialah syarikat aku tu, walau ianya memang milik aku... Sebabnya? Aku cuba wujudkan dua entiti berbeza... Syarikat aku membayar sejumlah gaji kepada aku dan aku berkhidmat kepadanya...

Pelik? Tak pelik kalau anda faham... ok, katakan aku tetapkan bulan2 gaji aku sejumlah x.... Walaupun aku berjaya membuat jualan berjumlah x + y + z x 1000 sekalipun, aku tetap dibayar sejumlah x seperti yang telah ditetapkan... Cumanya, part yang syok kalau prestasi 'majikan' aku tu memberansangkan, pasti aku akan dapat lebih daripada x pada sesuatu masa, kira bonus la tu... mungkin enam bulan sekali dia bayar, mungkin setahun sekali, mungkin tiga bulan sekali...

Sebab tu aku taknak dianggap bos... aku nak jadi pekerja yang kuat dan rajin untuk perniagaan aku... Kalau bos, selalu goyang kaki bagi arahan ajer...

Itu yang cuba aku terapkan... semoga kaedah ini akan membawa kejayaan....

p/s: Lagipun aku tak suka istilah Bos... kalau Bos, ada ke pekerja bawahan yang suka? kalau Bos, mesti kita selalu kutuk, maki dsbnya dibelakangnya... baik aku jadi pekerja, boleh kutuk Bos aku... hahahahah

Friday, October 30, 2009

Ilmu Memancing...

Aku tak suka memancing, tapi aku ada ramai kawan yang 'taik mancing' ni... kalau bertemu sesama mereka, aku ni jadi tukang senyum sajalah... ikan itu, ikan ini... kolam itu, kolam ni... bot murah, bot mahal.... tekong handal.... nak menyampuk pun mungkin 5 atau 10 minit sekali, itupun sekadar "hebat tu...", "mesti best kan?", dan lain-lain penyedap rasa sahaja... hehehehe

Namun aku dapat merasakan ilmu memancing ni amat berguna dalam kehidupan seharian. Orang selalu berkata "memancing ni mengajar kita bersabar". Majoriti akan berkata begitu, tetapi itu sahaja ke ilmu atau pengajaran yang kita dapat dari memancing?

Aku melihat ilmu memancing ni dari sudut yang lain. Semasa di zaman belajar dulu (lokasi dirahsiakan), aku mempunyai dua orang 'anak murid' yang entah mengapa meminta panduan dan pandangan aku tentang satu hal yang sama menjadi kesukaran bagi mereka pada masa itu. Jadi dengan sifat aku yang suka menolong dan hendak tengok kawan aku gembira, aku setuju menolong... Maka tertulislah dalam sebuah 'kitab' yang menjadi rujukan dan buku nota kepada mereka (entah dimana kitab tu sekarang)...

Ilmu yang mereka dapat semasa tu, aku gunakan konsep memancing, di mana mesti ada joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan.... tiada semua ni, tiada gunanya memancing... lainlah kalau hendak menjala... umpan tidak diperlukan walau kadangkala ada juga yang menabur sedikit umpan untuk memastikan kewujudan ikan di dalam air....

Berbalik kepada ilmu memancing ni, dua 'anak murid' aku tu dengan gembira dan yakinnya mengaplikasikan ilmu didada walau hanya sempat menuntut ilmu separuh jalan. Hasilnya percubaan pertama mereka terhadap apa yang diinginkan hanya separuh jalan jua. Bukan sebab tak habis menuntut ilmu, tetapi kehendak Allah Taala jua...

Masa terus berlalu, dua 'anak murid' ini sekarang telah berjaya mencapai apa yang mereka kehendaki, mungkin.... sebenarnya aku sengaja tidak menghabiskan 'penurunan' ilmu memancing pada masa itu bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini... Yelah, baru separuh jalan pun sudah dicuba, apatah lagi kalau diberi sepenuhnya..... :-)

Disebalik kegagalan dalam cubaan mereka itu, itulah sebenarnya ilmu yang mereka perolehi. Kesukaran dan kegagalan itu telah dengan sendirinya memberikan mereka ilmu yang sangat berguna.... bukan ilmu yang aku tunjukkan terdahulu. Mereka sebenarnya belajar dari diri sendiri, dengan aku cuma menjadi batu loncatan pemangkin keyakinan diri kepada mereka... Sebab itu aku amat kagum dengan pencapaian mereka sekarang tentang hal yang mereka minta ilmu dari aku dahulu...

Berbalik kepada ilmu memancing, seperti aku katakan ianya banyak maksud tersurat dan tersirat... Antaranya di dalam dunia perniagaan, sama ada perniagaan kecil atau besar, ilmu memancing tetap boleh diguna pakai. Konsep joran, tali pancing, mata kail, umpan, air dan ikan pasti boleh diaplikasikan... Sekiranya dua 'anak murid' yang aku nyatakan di atas membaca nukilan ini, pasti mereka akan cepat dapat menangkap apa yang aku maksudkan ilmu memancing dalam dunia perniagaan, dan bagaimana ianya menjadi berguna untuk menangkap 'ikan'.

Sedikit ilmu kepada mereka yang masih blur-blur tentang apa yang aku cuba sampaikan, aku dedahkan sedikit ilmu memancing yang mana umpan memainkan peranan penting dalam menangkap ikan. Kenalpasti jenis ikan yang kita nak tangkap dan kenalpasti umpan yang berkesan. Bila ikan dah makan umpan, mulalah bermain dengan joran dan tali pancing anda, tarik sikit-sikit jangan terlalu kuat takut ikan terlepas... dan bila dirasakan ikan sudah selesa dan kurang melawan, terus sentap dan ikan pasti berjaya dinaikkan....

Hal yang sama boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian... fikir-fikirkan lah... :-)

Jumpa lagi...

Thursday, October 29, 2009

Tidak dirancang...

Kadang-kadang, benda yang tak pernah kita jangka atau fikirkan akan berlaku. Ianya terjadi secara tidak disengajakan. Dan ada ketika juga, ianya telah dirancang dan idamkan.

Mengambil contoh alam pekerjaan. Mungkin 50% daripada kita mendapat pekerjaan seperti diidamkan... paling tidak pun seperti tercatat dalam kad hijau masa sekolah di bahagian cita-cita. Namun pastinya juga 50% lagi sekarang bertugas bukan di tempat atau bidang yang diidamkan dahulu.

Semua ini berlaku kerana perubahan masa dan pengaruh. Perubahan masa merujuk kepada tempoh masa yang panjang daripada zaman sekolah hinggalah alam pekerjaan. Dalam tempoh yang panjang tersebut, dunia secara globalnya telah mengalami pelbagai perubahan dan inovasi yang menyebabkan minat dan kecenderungan telah berubah.

Sebagai contoh, kawan-kawan yang sebaya aku... yang sekarang ni menjadi Pegawai Teknologi Maklumat. Ada tak di antara anda mencatat semasa sekolah dulu cita-cita nak jadi Pegawai IT, atau paling tidak pun apa-apa yang berkaitan komputer? Pasti tidak kan? Aku yakin tidak. Sebabnya pada masa itu tiada siapa yang pernah termimpi nak kerja dalam bidang tu.

Dan faktor masa yang panjang tadilah yang telah menyebabkan kawan-kawan kita tu beralih ke satu bidang yang tidak pernah diimpikan semasa zaman sekolah.

Satu lagi faktor yang berkaitan rapat dengan faktor masa ialah pengaruh. Pengaruh yang menyebabkan terjadinya perubahan dalam hidup kita ni mungkin datangnya dari orang terdekat yang kita kenali, atau orang lain yang kita kenal tetapi belum tentu dia kenal kita.

Pengaruh pertama iaitu dari orang terdekat, mungkin datangnya dari keluarga dan rakan-rakan. Merekalah selalunya yang berjaya memberikan pandangan dan pendapat sehingga kita mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu. Biasanya pengaruh ini juga terjadi daripada faktor masa di atas. Mereka mungkin memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman dan situasi semasa yang mereka rasakan sesuai untuk kita.

Pengaruh kedua iaitu dari golongan yang kita kenali tetapi belum tentu mereka kenal kita ialah pengaruh kita terhadap keadaan sekelilingan atau orang tertentu. Contoh paling mudah, ramai remaja sekarang suka untuk menjadi artis kerana terpengaruh dengan gaya hidup golongan artis yang serba glamor. Maklumlah, manusia memang sentiasa inginkan perhatian manusia lain, dan menggunakan medium sebagai artis pasti mudah untuk mendapat perhatian.

Aku tidak pernah mengatakan pengaruh ini baik atau tidak. Disini aku cuma ingin membincangkan bahawa kadangkala "terjadi sesuatu yang kita tidak jangkakan akan berlaku dalam hidup kita" seperti perenggan pertama posting ini. Dan contoh-contoh yang diberikan pula tidak merujuk kepada mana-mana pihak, ianya sekadar contoh bagi mendapat pemahaman yang lebih baik.

Hehehehehe... faham ke korang dengan posting kali ni???

Wednesday, October 28, 2009

Jaga makan

Minggu kedua kedai beroperasi... Alhamdulillah dah mula orang tahu... dibantu juga dengan hebahan flyers di kawasan sekitar...

Seperti posting sebelum ni tentang badan penat semua, tapi yang penting aku happy dengan apa yang aku buat.... disiplin juga kena jaga walau orang kata "kerja sendiri, masa sendiri"... memang betul tu, tapi aku ada amanah dan tanggungjawab yang aku pikul...

Semalam sembang2 dengan Bro letssharehere... dia nasihat aku jaga permakanan... memang aku amat setuju dengan dia, tapi kadang2 tu terasa tak selera nak makan... sebabnya ada masa time tengah panas tengahari kena jumpa supplier la... pergi sana sini... pastu seronok bekerja sampai kurang makan... hmmm.... patut pun badan penat...

Takpela, terima kasih Bro letssharehere kerana mengingatkan aku... Insya Allah aku akan cuba menyelerakan diri untuk makan jugak... kadang2 kesian jugak kat isteri sebab penat balik kerja terus masak, pastu aku makan tak selahap biasa...

Dan 'habuannya' lunch tadi aku kena abiskan nasi dan lauk yang dia masak malam tadi.... hari ni tapau... jimat belanja!!!

Jumpa lagi...

Saturday, October 24, 2009

Tak cukup rehat

Badan letih... otak penat...
Semua benda pun boleh buatkan aku tension dan marah....
Letih... Penat...
Tapi terpaksa gagah dan kuatkan semangat juga....

Wednesday, October 21, 2009

Blog Yang Terabai....

Semasa mula-mula melayan blog ni, tidak ramai kawan2 yang berkecimpung dengan blog2 ni... aku pun cuma diperkenalkan oleh pemilik letssharehere tentang adanya blogspot ni...

Bermula dari situ, aku mula dengan semangatnya menaip blog... daripada cerita biasa pergi sana sini, tentang hobi atau kegemaran dan minat hinggalah sekuel eTelenovela Dunia Joni... Semuanya aku titipkan (titipkan = pinjam ayat joetiffa) di dalam blog ini...

Ada ketikanya, blog ini terabai hampir dua, tiga minggu tanpa bahan baru... Dan, adakalanya pula, sehari sampai tiga, empat posting....

Itulah adatnya... dah nama pun blog sebagai hobi mengisi masa lapang... lainlah kalau ianya menjadi sumber pendapatan, sudah pasti 10 minit sekali ada posting baru....

Dalam pada itu, kadang-kadang aku rasa bersalah jika terlalu lama membiarkan blog ini tanpa bahan bacaan baru... Yelah, tengok kat visitor tu, nampak kawan-kawan masuk blog ini untuk membaca sesuatu, tetapi mungkin hampa kerana tiada posting baru, melainkan posting yang telah di baca... Dan tidak dinafikan, begitu jugalah kadang-kadang yang aku rasakan apabila tiada bahan atau coretan baru yang boleh aku baca daripada rakan-rakan blogger...

Jadinya, kalau tengok kat kolum Rakan-Rakan aku tu, cuma ada 3 blogger sahaja yang nampak aktif, sekurang-kurangnya seminggu sekali... mereka ni sentiasa berada di top 3... kadang-kadang mahu juga melihat blog kawan-kawan di bawah tu naik ke atas... mesti bersemangat aku nak baca apa cerita terbaru mereka...

Sebab tu, aku katakan blog yang berada di tempat paling bawah tu sebagai "Blog Yang Terabai..."

Monday, October 19, 2009

Setelah....

.... sekian lama beroperasi tanpa premis, akhirnya kami (aku dan beberapa sahabat) berjaya menyewa satu premis bagi mengukuhkan dan menjana lagi perniagaan kami.

Beroperasi atas nama MJ Station, lokasinya di Ukay Perdana. Perkhidmatannya tertumpu kepada fotostat, binding, laminating, prepaid coupon, mencuci gambar (dalam perancangan), alatulis (akan bermula awal Disember).

Kedai kecil kami ini diharap mampu memberikan perkhidmatan kepada warga Ukay Perdana, malah diharap dapat menjangkau di luar kawasan... maklumlah, perniagaan tanpa sempadan... selagi ianya HALAL, akan kami teruskan...

Kepada rakan-rakan niaga yang mendoakan serta menaja beberapa barangan, MJ Station amat alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Semoga usaha kami ini akan dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak..

layari http://mozalgroup.blogspot.com

Thursday, October 15, 2009

Hijrah

Hari ini juga mencatatkan penghijrahan Joetiffa ke negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Beliau dilaporkan telah selamat mendarat di LTA Kuching jam 1630 tadi.

Kepada Joetiffa,

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU... SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI...

Projek Kedai

Sekarang ni, aku bersama dua sahabat baik aku (anda tahu siapa anda) sedang mengusahakan untuk membuka sebuah kedai. Kedai kami ni akan menjual alatulis, perkhidmatan fotostat dan sealiran dengannya, menjual top-up prepaid dan juga perkhidmatan mencuci gambar (masih dalam perancangan).

Jadi, sejak 2 minggu lepas aku amat sibuk ke hulu ke hilir untuk menguruskan pembukaan kedai tersebut. Mujurlah lokasinya hanya di Ukay Perdana ni, dekat dengan rumah aku. Cumanya, dah tentu aku kena ke sana sini bagi menguruskan pembekalan barang-barang di dalam kedai itu nanti.

Dari hal-hal pentadbiran - hinggalah hal-hal renovasi kena di ambil tahu walaupun kedai cuma sekangkang kera... namun, cukuplah sebagai permulaan. Kalau dah maju, bolehlah berpindah ke kedai lebih besar, takpun boleh buka cawangan baru dengan konsep yang hampir sama.

Insya Allah... doakan kejayaan kedai kami dan berilah sokongan...

Terima kasih...

Friday, October 2, 2009

Benda Nak Buat...

Sebelum raya, aku ada beberapa perancangan benda/perkara yang aku hendak selesaikan... Ada juga janji dengan kawan-kawan untuk membantu mereka dalam sesuatu hal...

Dan 2 minggu lepas raya ni, terasa masa makin mencemburui pulak... walaupun aku ni sekarang bekerja masa fleksibel, namun inilah yang menyebabkan makin terasa tak cukup masa... Yelah, orang lain mungkin ada masa tetap, contohnya 8.30am - 5.30pm... so, paling lama pun mungkin kul 6pm depa dah pulang ke rumah dan berehat bersama keluarga atau meneruskan aktiviti sosial lain yang tidak melibatkan kerja...

Lain pulak dengan aku ni... terasa siang malam pulun kerja... sampai terasa macam hebat sangat... padahal masih lagi ibarat "kais pagi makan pagi...."

Kadang-kadang terasa dengki dengan orang lain yang masih mempunyai masa kesana sini berjumpa kawan-kawan walaupun seharian bekerja... padahal aku ni jumpa kawan-kawan juga, tapi biasanya urusan kerja lah... pastu bila depa contohnya jemput ke majlis open house misalnya, time tu pulak aku tak dapat pergi!!! Padahal sebelum tu, siang malam boleh ON saja kalau nak jumpa hal kerja...

Aku ni ada masalah ke??? Hmmm........

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!