JANOS

JANOS
Selamat Datang

Saturday, April 25, 2009

Tahniah....

1. Tahniah kepada Mohammed Bakli & isteri, Adi Amyliza di atas kelahiran putera kedua, Adam Afiq pada minggu lepas... (nama anak dia Afiq, Afif... behkurang macam tu lah.....)

2. Tahniah kepada Mohammad Fulim & isteri, Siti yang bakal menambah ahli keluarga, setelah dikurniakan 2 puteri sebelum ini, Insya Allah penghujung tahun ini.... dikurniakan cahayamata ketiga...

3. Tahniah kepada Mohammad Hardy, kerana berjaya menempatkan diri di tempat kerja baru di UiTM Shah Alam...

4. Tahniah kepada pasukan Polis kerana berjaya mengawal keselamatan semasa perlawanan bolasepak Kelantan vs Selangor di Bukit Jalil tempohari....

5. Dan yang paling utama...... Tahniah kepada isteriku, Nurul Hana kerana berjaya menjadi Senior Exec di tempat kerjanya....

Friday, April 24, 2009

A Busy Week...

Hmmm.... memang banyak hal kena handle minggu ni.... Dari hari Isnin lagi hinggalah today, Jumaat - memang 'pulun' abis....

Yalah, sejak aku kat tempat baru ni, memang tak berenti lagi kerjanya.... pertamanya sebab nak paham operasi, keduanya sebab aku memang kat bahagian student recruitment yang memang musim pengambilan sekarang ni, ditambah pulak dengan pengambilan khas program tajaan Kem. Belia & Sukan, pastu hostel pelajar pun aku diminta jadi penyelia....

Tapi aku tak merungut, malah ikhlas cakap, alhamdulillah aku tak rasa presure.... semoga Allah SWT sentiasa memberikan aku ketenangan dalam menunaikan amanah yang diberikan....

Hari ni juga, 24 April, genap sebulan dah aku kat sini.... Dan aku sememangnya telah dan akan diuji akan keupayaan aku dalam menjalankan tugas... Beberapa perkara seperti yang aku sebutkan di atas telah diamanahkan untuk aku uruskan... Dan ada tambahan lagi tugasan yang mana aku akan ke Labuan pada minggu kedua Mei...

Sebenarnya peluang yang ada ni akan menguji sama ada aku lulus atau tidak dari pihak majikan... aku faham semua tu.... dan aku tidak merungut kerana inilah jalan yang aku telah pilih...

Aku juga amat bersyukur kerana dengan pengalaman kerja di pelbagai cabang jenis operasi syarikat dan macam-macam karenah manusia yang aku telah jumpa, aku mampu dengan cepat menyesuaikan diri di tempat ni....

Cuma mungkin aku tak dapat lari dari membezakan karenah pengurusan dengan tempat-tempat terdahulu, yang mana bagi aku adalah normal. Yang penting selagi aku dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan, cukuplah.... itu yang penting.... walaupun ada masa tertentu aku terpaksa mencuci 'taik' yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.... tapi aku berharap agar mendapat sokongan yang sepatutnya daripada pihak pengurusan.... ini amat penting kerana kalau sebagus mana 'pakar' yang dilantik pun, kalau pengurusan lambat dan lemah, akan merugikan organisasi itu sendiri....

Cukuplah kot.... panjang dah bebel ni... hangpa paham ke tak paham ke, aku pun tak tau....

Ok, nak ke posting seterusnya pulak :-)

Sunday, April 19, 2009

Jalan-Jalan & Makan-Makan 8



LOKASI : Kuala Sungai Baru, Kuala Kedah
AKTIVITI : Menunggu nelayan balik dan membawa hasil tangkapan....
KELEBIHAN : Segar dan Murah!!!





Cerita Minggu Lepas


Minggu lepas aku ke Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang atas urusan kerja... Bertolak dari KL pada 14 hb dan kembali ke KL pada 16 hb....

Sebenarnya aku mengikuti Karnival Pendidikan MARA zon utara di Dewan Milenium, Kepala Batas... Karnival 2 hari bermula 15 hb dan berakhir keesokkannya....

Sambutan pada karnival ni kalau di kira dari segi pengunjung memang ramai la yang datang.... maklumlah, kalau dah MARA yang anjur, abis semua yang berkaitan dengan MARA hantar wakil untuk meramaikan karnival.... dari pelajar MRSM, GIATMARA dan IKM yang tentunya adalah organisasi yang terlibat secara langsung dengan MARA, hinggalah kepada sekolah-sekolah di sekitar Pulau Pinang, khususnya Kepala Batas ni...

Ada juga pengunjung yang terdiri daripada keluarga dan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk melihat lebih dekat peluang-peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi...

Tapi kalau nak dikira dari segi pengunjung yang lepasan SPM, jumlahnya amat sedikit, mungkin tak sampai 200 pun.... yang lain, ramai yang akan mengambil SPM tahun ni atau tahun depan... jadi dari segi sambutan kepada 'target audience' memang agak slow...

Apapun, sekurang-kurangnya para peserta karnival dapat memperkenalkan institusi masing-masing kepada bakal lepasan SPM tahun depan dan tahun akan datang....

So, itulah aktiviti aku minggu lepas.... kali ni aku cerita sahaja... tiada yang tersirat di sebaliknya... kadang-kadang kalau terlalu banyak tersirat, bosan jugak kan??? heheheheh

ok, semoga ketemu lagi....

Assalammualaikum....

Saturday, April 11, 2009

Bila Yang Hendak Diceritakan Tidak Dapat Disampaikan

Sebenarnya tadi aku nak tulis tentang satu isu, tapi tak jadi pulak nak teruskan apa yang aku nak post tu.... walau dah hampir 10 perenggan aku berleter... last2 aku delete begitu sahaja.....

Sebabnya:

1. Terlalu berat isu yang aku cuba bincangkan.... takut ada salah faham...

2. Ada beberapa perkara yang aku rasa tak sesuai aku ceritakan...

3. Risau orang tak paham apa aku nak cerita sebenarnya....

4. Panjang sangat, takut hangpa bosan..... hahahaha

Jadi sebagai ganti, inilah posting untuk hari ni... hehehhehee

Blah dulu... ada masa jumpa lagi...

Musim

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan musim. Paling kerap dan paling digemari dan paling menjadi bualan ialah musim buah. Kalau kita mempunyai kampung yang benar-benar kampung, pasti ada rakan taulan yang suka tanya “dah musim buah kat kampung?” walaupun mereka bukannya nak ikut kita balik kampung pun, dan belum tentu juga kita tahu musim buah apa di kampung kita tu.....

Musim lain di Malaysia ni, musim cuti sekolah. Inilah musim yang paling digemari bagi majoriti rakyat Malaysia, walaupun bagi golongan dewasa yang bekerja, tentunya tidak lagi bersekolah. Pada musim ni, ramai yang ambil kesempatan untuk bawa anak-anak pulang ke kampung halaman tempat asal bagi menemukan anak mereka dengan datuk dan nenek mereka di kampung, di samping dapat mengajar anak-anak tentang kehidupan kampung (terutamanya bagi keluarga bandar).

Musim cuti sekolah juga tidak dapat tidak akan munculnya musim kenduri kahwin. Walaupun sekarang ni, majlis kenduri tidak lagi hanya tertumpu kepada musim cuti sekolah, tetapi pilihan tarikh perkahwinan biasanya akan mengambilkira tarikh cuti sekolah, walhal yang nak kahwin tu bukannya budak sekolah, tetapi tentunya orang yang dah lepas sekolah.

Musim cuti sekolah juga kadangkala akan membawa kepada musim pilihanraya umum. Seingat aku, beberapa kali pilihanraya umum kebelakangan ni diadakan pada musim cuti sekolah. Ini ada rasionalnya kerana sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi, dan tentunya tidak mahu mengganggu murid dan pelajar sekolah yang tidak dibenarkan terlibat dalam politik.

Musim berikutnya yang biasa terjadi ialah musim kehadiran binatang buas. Contohnya, jika telah ada berita kemunculan harimau di sesuatu kawasan, maka akan kedengaran lagi berita mengenai kemunculan harimau di tempat lain, atau diungkit kembali cerita keganasan harimau daripada mangsa-mangsa terdahulu.

Begitu juga bagi musim ular sawa, akan berdendanglah kemunculan ular sawa di sana sini hinggakan pernah terdengar cerita melucukan bahawa ada ular sawa menelan motorsikal!!!

Dan tentunya satu lagi musim yang menarik untuk diperkatakan ialah musim jualan murah. Pada musim ini, biarlah dah susut simpanan bulanan pun, atau marah dengan kenaikan harga keperluan harian, pusat-pusat membeli belah tetap meriah dan sesak dengan orang ramai yang ingin memanfaatkan musim ini.

Dalam banyak-banyak musim di atas, musim yang akan berlaku sepanjang musim ialah musim politik. Biarlah pada bila-bila masa dan di mana jua, pasti topik politik ini akan diperkatakan, walaupun perbincangan asal ialah perkara lain. Maklumlah, rakyat Malaysia kan semuanya dah celik politik.... bercakaplah pasal politik sampai berbuih mulut, bertegang urat, memberi pandangan dan pendapat serta menganalisis, kerana musim ini akan berlaku di mana sahaja, pada musim apa sahaja, musim buah, musim cuti sekolah, musim kahwin dan lain-lain musim lagi....

Begitulah serba sedikit tentang musim-musim di Malaysia ni. Kalau nak diikutkan, sepanjang tahun kita akan mempunyai musim. Jadi sebenarnya Malaysia ni memang negara yang meriah kerana sentiasa ada sesuatu yang hendak diraikan....

Monday, April 6, 2009

Kerja..kerja...kerja...

Ada orang marah, aku dah lama tak update blog... lama tak post benda...

Hahahahaha....

Aku gelak sebab memang aku akui aku amat banyak benda nak buat sekarang ni...

Maklumlah, aku dah melapor kerja di tempat baru, so banyak benda nak selesai dan setelkan...

Tapi rasanya seperti aku akan kerap busy dengan tempat sekarang ni... tapi apapun aku tak merungut kerana inilah pilihan aku...

Aku tak merungut, yang merungut korang ler... marah aku tak update... hahahahah

Tapi, Insya Allah aku akan cari masa yang sesuai untuk menguruskan blog ni... jangan risau...

Jangankan blog, aktiviti lain pun banyak tertangguh sekarang ni, seperti menonton DVD/movie bersama keluarga, membeli belah keperluan harian rumah dan lain-lain lagilah....

Sebagaimana sibuknya DS Mohd Najib selepas menjadi Perdana Menteri, aku punya sibuk kurang 60% jer dari kesibukkan PM kita tu... sebabnya aku tak perlu melawat mengejut Brickfields, Petaling Street dan Vista Angkasa.... lain-lain sama sibuk jugak macam PM.... hehahehahehaheh... gelak pun dah macam hamjadah...

Orait.... sembang lagi nanti...

Apa yang penting???

KERJASAMA!!!

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!