JANOS

JANOS
Selamat Datang
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Suatu Masa Dahulu...

Bawah, dari kiri: Apek, Zaidil, John, Apiz, May, Janjanos, Syah, Raja
Atas, dari kiri: Nik, Rena, Eel, Liyana, Cikgu Yati, Saadah, Fazlin, Zura, Aerol, Ija, Aizan, Husna

Suatu masa dahulu, 15 tahun lepas inilah rakan-rakan sekelasku semasa di MRSM Kuala Berang, Terengganu (QBer). Gambar ini diambil semasa meraikan hari terakhir Cikgu Yati (Prinsip Akaun) di QBer.

Di Maktab inilah, buat pertama kami aku tinggal di asrama, jauh pulak tu... nun di Pantai Timur. Semasa di tingkatan empat, roomate aku ialah Zaidil, May dan Raja. Manakala semasa di tingkatan lima, aku sebilik dengan John, Raja dan Apek.

Aku berada di kelas F semasa di QBer. Mulanya, kelas kami ini dikenali sebagai Fambulously (Famous, Fabulous, Friendly)... nama kelas yang rekacipta memandangkan tiada nama khusus disediakan bagi setiap kelas selain dari A, B, C hingga G.

Di penghujung tingkatan empat, pengurusan Maktab telah menetapkan nama khusus bagi setiap kelas. Bermula dengan Amanah, Bersih, Cemerlang, Dedikasi, Elit, Gemilang dan kelas kami telah dikenali sebagai FILASUF. Maka bermulalah identiti kami sebagai ahli Filasuf, 19 orang semuanya... (pada awalnya 24 atau 25 sebelum ada yang berhenti atau bertukar ke kelas seni)...

Di sini, kami dilihat sebagai satu kelas yang unik. Masakan tidak: setiap kali public speaking semasa morning roll call, satu tajuk akan diberikan saban minggu untuk diucap dan dihujahkan oleh setiap wakil kelas. Seorang wakil kelas akan keluar dan berucap berkaitan tajuk yang ditetapkan. Namun, apa yang pasti apabila tiba giliran hari Filasuf, pasti ramai akan tertunggu-tunggu 'persembahan' daripada kami kerana kesemua pelajar lelaki akan naik ke pentas untuk melakonkan/menyanyikan sesuatu berkaitan topik. Biasanya tepukan gemuruh akan kami dapat.... dan awek2 kelas kami pun tidak perlu risau untuk disuruh berucap kerana budak2 lelaki akan sapu semua topik public speaking!!!

Antara 'persembahan' kami yang tidak dilupakan ialah berkaitan topik keganasan Serb dan ajaran sesat... serta beberapa lagi persembahan seperti "tiru gaya pemimpin", malam kesenian, nasyid dan pelbagai lagi.

Antara lagu kami yang pasti dikenang warga QBer seangkatan kami seperti lagu Kapal Layar dan lagu Serb, juga persembahan Michael Jackson di PSP...

Ada juga 'persembahan' kami mengundang air mata terharu para guru, seperti yang kami lihat di mata Puan Akmah, guru bahasa Inggeris bilamana dalam satu sesi presentation (yang turut mengundang rakan2 kelas sebelah tanpa dijemput) - telah dilihat mengesat mata: bagi kami ianya tanda beliau berpuashati dengan apa yang kami sampaikan yang turut mendapat tepukan gemuruh rakan-rakan jiran yang tidak diundang itu... :-)

Masih segar juga diingatan apabila kami menjadi pasukan kempen bagi John dan Zaidil semasa pilihanraya Badan Wakil Pelajar (BWP) dengan corak kempen yang 'berlainan' dari calon-calon lain: juga mendapat perhatian dan pujian Cikgu Tuan Hussein (ketua warden dan guru Geografi) - hasilnya John telah berjaya berada dalam BWP manakala Zaidil tidak berjaya.

Ohh... indahnya apabila dikenang kembali zaman itu. 15 tahun telah berlalu dan ahli Filasuf telah membawa haluan masing-masing. Mungkin ada yang selalu berhubungan di antara satu sama lain, namun untuk mengumpulkan sekali kesemua 19 ahli Filasuf, mungkin agak sukar direalisasikan.

Apapun, tanggal 8 May 2010, kami bercadang untuk mengadakan reunion secara rasmi pertama kami, 15 tahun selepas meninggalkan QBer. Semoga reunion nanti akan menjadi pemangkin kepada hubungan silaturahim sesama kami agar terus rapat dan tidak terputus begitu sahaja. Semoga ianya juga menjadi batu loncatan untuk aktiviti-aktiviti lain yang boleh dirancang, sesuai dengan masa, tenaga dan lokasi ahli Filasuf.

Sekian

Saturday, March 21, 2009

Memori Part 3 - CT Scan

Siapa tahu gambar apa di atas ni?

Rasanya bagi mereka yang bijak, dah boleh meneka jika menganbilkira dari tajuk posting kali ni...

Inilah sebenarnya 'rupa paras' otak aku... Yaa... otak aku!!!

Ini adalah foto dari CT Scan yang telah aku jalani pada 10 Mei 2004 di Ampang Puteri Specialist.

Sebenarnya, CT Scan adalah opsyen terakhir setelah aku mengalami sakit kepala yang teruk pada satu-dua bulan sebelum tarikh 'gambar' ini di ambil...

Pada masa itu, aku mengalami sakit kepala yang teruk... sepanjang masa terasa tak selesa... aku andaikan pada masa tu "seperti terlekat tulang ikan di tekak", begitulah andaian aku tentang sakit di dalam kepala aku itu...

Mulanya, seperti biasa, aku pergi klinik biasa-biasa saja.... doktor bagi ubat, mulanya yang tak kuat sangat.... hinggalah ubat yang paling kuat selepas 4 kali ulang alik klinik tu... akhirnya doktor refer aku ke pakar... dan itu yang sebanarnya aku nak.... bukan apa, aku nak kepastian!!!
(mana doktor tu tak refer, dia bagi ubat yang paling kuat, katanya aku akan mengantuk, tapi aku kata kat dia, saya makan, malam lagi tak boleh tidur....)

Dan semasa di Ampang Puteri pada 10 Mei, aku jumpa pakar neuro, Dato' Dr. Mohd Rani..... memang dia ni pakar la... dia minta aku buat beberapa pergerakan asas.... kemudian dia buat kesimpulan cuma stress headache....

Dalam hati aku amat lega, tapi bagi meyakinkan lagi, aku yang minta supaya dibuat CT Scan.... Dia tidak menolaklah, lagipun aku yang nak bayar.... Dan hasilnya seperti gambar di atas lah... kepala dan otak aku normal!!!

Dia cuma bagi ubat namanya SANOR dan VIOXX.... memang power ubat ni.... sebabnya 2 minggu lepas tu aku lega dah tak sakit kepala.... Tapi yang penting, semuanya dengan kehendak Allah SWT. Kalau Dia nak hilangkan sakit tu, tanpa ubat pun boleh, cuma ubat tu sebagai menunjukkan usaha kita....

Apapun, aku amat bersyukur kerana setakat ini, kepala dan otak aku memang tiada masalah... Jadi sesiapa yang kata aku ni gila ke apa, aku ada bukti perubatan bahawa otak aku normal... mungkin orang kata kat aku tu perlu buktikan pula bahawa otaknya juga normal...

Hahahahhaha.... inilah memori aku....

Thursday, March 12, 2009

Memori Part 2 - Brucia La Terra

ialah tajuk lagu dari klip youtube di atas....

Bagi yang pernah menonton The Godfather part 3, pasti tahu bila masa lagi ni...

Dan tentunya bagi yang mengikuti The Godfather dari part 1 hingga 3, lagu ini pasti membawa pelbagai emosi, sebagaimana Michael Corleone emosi semasa Anthony Corleone nyanyikan lagu ni...

So, ini liriknya....

Italian

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

L'anima chianci
Addulurata

Non si da paci
Ma cchi mala nuttata

Lu tempu passa
Ma non agghiorna
Non c'e mai suli
S'idda non torna

Brucia la terra mia
E abbrucia lu me cori
Cchi siti d'acqua idda
E ju siti d'amuri

Acu la cantu
La me canzuni

Si no c'e nuddu
Ca s'a affacia
A lu barcuni

Brucia la luna n'cielu
E ju bruciu d'amuri
Focu ca si consuma
Comu lu me cori

English

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

My soul crys
Painfully

I'm not at peace
What a terrible night

The time passes
But there is no dawn
There is no sunshine
If she doesn't return

My earth is burning
And my heart is burning
What she thirsts for water
I thirst for love

Who will I sing
My song to

If there is no one
Who shows herself
On the balcony

The moon is burning in the sky
And I am burning with love
The fire that is consumed
Like my heart

View

Thursday, March 5, 2009

Memory Part 1

Ada beberapa tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila... Ianya melibatkan peristiwa yang boleh aku katakan sebagai mengubah hidup aku ni... hehehehe....

Jadi, dalam sekuel "Memory" ni, aku nak membuktikan bahawa aku ni bukannya lemah dalam mengingati sesuatu.... Ada peristiwa yang best, ada peristiwa yang tak best...

Jadi, aku nak mulakan Memory aku ni dengan satu peristiwa pada tahun 1992... masa ni aku dalam form 2...

Kejadian ni berlaku pada hari Khamis, 1 Muharam 1413 bersamaan 2 Julai 1992.
Ianya adalah hari cuti umum sempena sambutan Maal Hijrah.

Pada sebelah petang tu, aku bersama seorang sahabat, Erwan Bin Ramli bermain bolasepak di padang sebelah rumah aku... Padang kecil je pun, main sepak-sepak saja pun, bukan serius punya permainan...

Dan pada tengah main tu, aku terpijak bola lalu terjatuh... Semasa jatuh tu, secara refleks aku menongkat tangan kiri aku ke tanah...

Mungkin kerana kekurangan kalsium, tangan aku PATAH!!! Tak rasa sakit pun, cuma semasa bangun tangan aku dah berbentuk huruf U....!!!

Erwan lantas berlari memberitahu mak aku... dan permainan sepak-sepak bola petang tu terhenti begitu sahaja sebab aku dah PATAH TANGAN KIRI!!!

Jadi malam tu, mak bawa aku jumpa bomoh patah... Dan selama hampir 2 minggu tangan aku berbalut dengan kandungan ubat tradisional... Alhamdulillah, ianya bercantum semula...

Dan sampai sekarang, tangan kiri aku ni masih ada kesan patah... ianya tidak boleh dipusingkan seperti untuk menadah tangan seperti tangan normal... Tapi dalam keadaan biasa, mungkin tiada siapa yang perasan yang ianya pernah patah... :-)

Jadi tarikh 1 Muharam setiap tahun, aku akan mengenang sebagai tarikh tangan kiri aku patah...

p/s: Aku cuba cari di mana gambar x-ray tangan aku tu, tapi tak jumpa pula... kalau jumpa nanti, aku akan upload...

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!