Hari ni,
tiba2 dapat ilham pula…
Awas – Mengawas
Kawal –
Mengawal
Bimbing –
Membimbing
Arah –
Mengarah
Pantau –
Memantau
Dari satu
aspek, mendidik, 5 istilah ini mempunyai tujuan yang sama – ke arah kebaikan.
Namun setiap satu mempunyai kaedah atau method berbeza, dan hasilnya juga
mungkin akan berbeza apabila method tertentu digunakan ke atas individu
tertentu.
Awas –
Mengawas – Mengawasi
Ini satu
cara biasa, bagi aktiviti melihat tingkah laku individu atau sekumpulan
manusia. Di sini, kita hanya mengawasi pergerakan mereka, dan membuat
penelitian khusus apa yang mereka lakukan, di mana mereka, apa aktiviti mereka
dan membuat laporan kepada yang berkenaan. Ringkasnya, method ini hanya sebagai
pemerhati, tanpa perlu campur tangan secara langsung kepada aktiviti pendidikan
yang berlaku.
Kawal –
Mengawal
Method kawal
berlaku di pihak yang lebih besar daripada pihak yang mengawasi. Laporan mungkin
diterima oleh pihak yang mengawal, seterusnya tindakan kawalan akan diambil. Antara
tindakan mengawal ialah menegah, menghalang dan menyokong suatu tindakan yang
telah di awasi. Contohnya, seseorang individu didapati sering ponteng sekolah
(setelah diawasi), tindakan mengawal akan diambil daripada individu tersebut daripada terus sewenangnya ponteng. Tidak hadir boleh, asalkan mempunyai alasan dan
sebab yang kukuh.
Ada juga yang suka mengawal setiap pergerakan individu yang hendak dibimbing tanpa lepas. Kalau boleh setiap pergerakan akan dikawal dan diawasi.
Bimbing –
Membimbing
Aktiviti membimbing biasanya akan mengambil tempat selepas
aktiviti mengawal. Membimbing nampak mudah, tetapi peringkat inilah yang akan
membentuk jati diri seseorang itu. Siapa, dimana, dan apa mereka di masa
hadapan, akan terbentuk hasil bimbingan yang betul.
Siapa
pembimbing yang betul? Ini satu persoalan yang tidak terjawab. Sebaiknya pembimbing
mestilah mempunyai perilaku yang baik. Perilaku baik ini pula luas, merangkumi
pelbagai aspek yang subjektif. Dan harus diingat, tiada manusia adalah sempurna
kecuali Nabi Muhammad SAW. Pembimbing juga manusia biasa yang pernah, sedang
dan akan melakukan kesilapan. Jadi, selagi pembimbing itu membawa ke jalan
kebaikan, terima sahaja seikhlas hati.
Arah –
Mengarah
Ada sesetengah
individu, dia melangkau peringkat awas, kawal dan bimbing, malah terus menjadi
seorang yang mengarah. Setiap tindakan individu di bawah kawalannya, hanya
boleh mengikut arahan. Tidak boleh berkata tidak dan tidak boleh memberikan
pendapat. Ini bagi memastikan setiap aktiviti yang berlaku di dalam kelumpuknya
di bawah penguasaannya. Arahan boleh berlaku dari sebesar perkara hingga ke
sekecil perkara. Semua ingin dipastikan mengikut acuan dan kehendak.
Menjadi seorang
yang pengarah ada pro dan kontra. Pengarah ini boleh sahaja dihormati kerana
memberikan arahan yang baik, namun ada masanya juga individu yang di arahkan
juga mempunyai pandangan berbeza atau idea yang lebih baik. Di dalam
persekitaran kerja misalnya, bos yang suka mengarah kadangkala tidak digemari
oleh pekerja, kerana pekerja merasakan idea mereka disekat dan hanya menjadi
pak turut.
Jadi bagaimana
menjadi pengarah yang baik? Tentunya dengan melalui proses mengawas, mengawal
dan membimbing terlebih dahulu.
Mengambil situasi
disekolah, Pengawas di sekolah, boleh dikatakan hanya disegani ketika mereka
bertugas – kerana mereka mengawasi pelajar. Pengawal dan Pembimbing pula kita
andaikan guru-guru. Para guru ada kalanya berperanan sebagai pengawal sahaja,
dan masa yang lain sebagai pembimbing. Dan proses bimbingan itu disertai pula
dengan proses mengawal. Bagaimana kebijaksaan guru mengawal para pelajar agar
menjadi insan berguna. Dan kita boleh berbalik semula kepada situasi tempat
kerja, kawalan yang dilakukan janganlah keterlaluan, sehingga siapa yang perlu
duduk dimana juga hendak ditentukan oleh si pengarah.
Pantau –
Memantau
Method mendidik
tidak lengkap jika tiada pemantauan. Pemantauan ini boleh berlaku dalam tempoh
yang singat atau jangka masa panjang. Tempoh yang singkat mungkin boleh dilihat
hasilnya dalam beberapa hari atau mungkin lebih cepat dari itu. Bergantung kepada
objektif tertentu.
Tiada yang
salah dalam proses mendidik, selagi tujuan tercapai sama ada untuk tempoh
singkat atau panjang. Kaedah tertentu mungkin berbeza bagi individu berbeza. Bagaimana mengenali personaliti yang berbeza di dalam sekumpulan orang yang dididik juga penting bagi mengetahui, memahami dan memilih kaedah yang sesuai kepada individu tertentu. Setiap orang mempunyai personaliti berbeza, sama ada pendidik atau orang yang dididik.
Jadi siapa anda dan dimana peranan anda?