JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, June 8, 2008

Germany Euro 2008 Campaign

Pagi Isnin, atau lebih tepat jam 0245hrs, 9 Jun, pasukan Germany akan menentang Poland sebagai membuka tirai kempen EURO 2008 kali ini...
Diberitakan pasukan Germany berada dalam moral yang cukup baik tanpa diganggu sebarang masalah kecederaan serius...
Kepada semua penyokong Germany, jangan lupa saksikan kehebatan semangat juang pasukan kegemaran kita ni...

Sebenarnya semangat juang tanpa putus asa inilah yang menarik minat aku untuk menyokong pasukan bolasepak Germany sejak World Cup Mexico 1986 lagi... lama dah tu, dah 22 tahun rupanya dok minat kepada National Team Germany ni...

Prediction aku malam ni:

Germany 2 - Poland 0

hehehehe




More news about Germany campaign http://germany.worldcupblog.org/

Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak Naik Lagi :-(

Dipetik dari Utusan Online

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 6:02pm

Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.


Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.


Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.
- Utusan.


Ulasan Janos:

Terima jelah... pasni kena kurangkan perjalanan yang tak perlu la kot....

Nak tengok apa?

Tengok gambar kereta ini, apa yang anda nampak?
Sebuah kereta Proton Wira yang dihitamkan platnya? Tengok la betul-betul...... tengok sekali lagi....

Nampak tak?


Tak nampak lagi? Haaa kan aku dah bulatkan tuh..... apa benda tu?

Nah...baik punya tempat dia tidur, sampai terjulur kaki.... hahahahaha

Tuesday, June 3, 2008

Mendung...


Saja nak kongsi gambar langit mendung di Ulu Kelang ni kelmarin... (orang KL kata semalam - Isnin, hari ni Selasa).... bukan apa, aku nampak 'pekat' sangat sampai dah kaler ala kemerah-merahan... ingat akan hujan lebat, tapi hujan renyai saja....



Kuasa Allah... hanya Dia yang Maha Mengetahui...







Monday, June 2, 2008

Cerita UERO 08 dan suami isteri

Tadi aku dengar Sinar FM... Abby Fana dok cerita pasal gelagat kaki bola dah mula siap sedia untuk UERO 08 nih... dia dok panaskan topik dengan kata para isteri akan 'menyampah' bila suami tengok bola... tak buat hal lain... bola..bola..bola saja...heheehhe

Ramai jugak caller yang bagi pendapat... aku pun tengah bosan2 tu terus dial... dapat jugak bercakap dengan Abby setelah 2 kali cuba...

Aku bagi pendapat, para isteri bagi la peluang kepada suami tengok bola time ni... ibaratkan macam suami dok meneman isteri pegi shopping tu la... walau suami tak suka sangat pi shopping, pegi jugak sebab sayang dan kesian isteri... apa salahnya temankan suami tengok bola pulak (kat rumah je pun, kalau ke Austria / Switzeland SURE isteri paling awal kemas beg... hahahah)

Ada sorang brader pulak tu best jugak pendapat dia "mana isteri nak, suami tengok bola di rumah atau suami keluar dengan kawan2, isteri tak tau pegi mana?"... heheheh pun ada betulnya jugak...

So, kepada semua, kalau dah minat bola, tengoklah berpada-pada, jangan lebih sangat... sebab tak semua orang suka tengok bola... maklumlah, game dah tentu selepas tengah malam waktu Malaysia, jangan la terpekik terlolong tengok bola, belum tentu jiran-jiran kaki bola macam anda...

Terlanjur cerita pasal EURO ni, team yang aku sokong... hehehe macam biasa... kalau kawan aku dah lama, sure tahu.... Bak kata Ponak "macam askar" hahahaha

Joker FC - cerita 2 tahun lepas...

Dari kiri: Man, Bakaq, Janos, Parid, Pejoe dan Asip
NI sesi karaoke, masa reunion buka posa tahun 2006... lepas reunion, pi melalak... mujur semua tak ikut, kalau semua ikut, mau tempah 3 bilik... hahahah
Saja aku "perangat" (kata orang Kedah) letak gambar ni...
So, tak reti2 lagi? Bila nak pi karaoke lagi woi!!!

Hahahahahahaha


Sunday, June 1, 2008

Kulat Pintu....


Kulat-kulat ini dikesan di pintu bilik air aku... sebab pintu jenis kayu, lembab... tu yang mudah jadi kulat.... lepas kejadian ni, aku kerap cuci pintu lak... dulu cuci lantai... sekarang dengan pintu sekali aku sental....

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!