JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, June 2, 2008

Cerita UERO 08 dan suami isteri

Tadi aku dengar Sinar FM... Abby Fana dok cerita pasal gelagat kaki bola dah mula siap sedia untuk UERO 08 nih... dia dok panaskan topik dengan kata para isteri akan 'menyampah' bila suami tengok bola... tak buat hal lain... bola..bola..bola saja...heheehhe

Ramai jugak caller yang bagi pendapat... aku pun tengah bosan2 tu terus dial... dapat jugak bercakap dengan Abby setelah 2 kali cuba...

Aku bagi pendapat, para isteri bagi la peluang kepada suami tengok bola time ni... ibaratkan macam suami dok meneman isteri pegi shopping tu la... walau suami tak suka sangat pi shopping, pegi jugak sebab sayang dan kesian isteri... apa salahnya temankan suami tengok bola pulak (kat rumah je pun, kalau ke Austria / Switzeland SURE isteri paling awal kemas beg... hahahah)

Ada sorang brader pulak tu best jugak pendapat dia "mana isteri nak, suami tengok bola di rumah atau suami keluar dengan kawan2, isteri tak tau pegi mana?"... heheheh pun ada betulnya jugak...

So, kepada semua, kalau dah minat bola, tengoklah berpada-pada, jangan lebih sangat... sebab tak semua orang suka tengok bola... maklumlah, game dah tentu selepas tengah malam waktu Malaysia, jangan la terpekik terlolong tengok bola, belum tentu jiran-jiran kaki bola macam anda...

Terlanjur cerita pasal EURO ni, team yang aku sokong... hehehe macam biasa... kalau kawan aku dah lama, sure tahu.... Bak kata Ponak "macam askar" hahahaha

2 comments:

  1. Yeah! Yeah! Jan masuk radio..Jan masuk Radio...Nasib baik aku tak payah tunggu larut malam nak tengok Euro 08..Bole le aku melalak...Vivre La France..BenZema est le meilleur.

    ReplyDelete
  2. ish.. malulah saya... bukan point nak heboh cerita masuk radio la...

    hehehehehe

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!