JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, December 5, 2007

Cerita Hoki 3

Isnin, 3 Disember 2007...

Game : Malaysia 2 - Pakistan 2

Komen :

Ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama... kena pulak terasa macam main kat Pakistan saja dengan sorakan penyokong Pakistan (semestinya warga mereka yang ada di sini)... Nampak macam nak kena buli saja pasukan Malaysia...

Tetapi... masuk 2nd half mula nampak Malaysia pula pulun.... Terima kasih kepada Jiwa Mohan dan Chua Boon Huat yang berjaya guide player2 lain yang lebih muda erti main bersungguh tanpa putus asa... dan kedua-dua senior player ni juga yang jaringkan gol bagi mengikat kedudukan 2-2...

Ada juga kontroversi bila gol Malaysia tak dikira, namun bantah la macam mana pun, keputusan pengadil adalah muktamad...

Apapun, pada pandangan peribadi aku, Malaysia perlu lagi 2-3 orang players yang senior sebabnya pengalaman mereka ni boleh bantu player junior untuk menyerap tekanan, terutamanya dalam game yang genting....

Patutnya masa game dengan Britain, Coach Sarjit lebih bagi peranan kepada Chua dan Jiwa, mungkin keputusan akan lebih memihak kepada Malaysia...

Hari Selasa 4 Disember = Rest Day

5 Disember = Malaysia vs Korea (tak pi tengok, ada kerja)

6 Disember = Malaysia vs German (nak pi tengok!!!)

8 Disember = Malaysia vs Spain (last game)

p/s: game lawan Pakistan tak bawa kamera... lupa...

APAPUN... GOOD LUCK MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!