JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Umum Ke-12

Assalammualaikum, agak lama juga aku tak menulis... rasanya dari awal bulan Februari lagi...

Sedikit makluman aktiviti, awal bulan Februari aku terlibat Program CSR Rebung Institut Integriti Malaysia di MRSM Taiping... program ni melibatkan penyertaan wakil-wakil dari semua MRSM seMalaysia... kalau nak maklumat lanjut, rasanya pihak IIM dah update kot di http://www.iim.com.my/

Lepas balik dari Taiping, tugasan biasa projek Surimi (aku tak pernah cerita di sini lagi hal ni) pulak... dok mengurus beberapa hal dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hinggalah perjanjian kerjasama dah pun ditandatangani pada 22 Feb baru ni, alhamdulillah...

Dalam pada tu, SPB Yang Dipertuan Agong pula memperkenan pembubaran Parlimen Malaysia yang ke 11 pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 12 diadakan...

Serentak dengan itu, semua negeri kecuali Sarawak juga telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing setelah diperkenan oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negeri masing2...

Maka pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan 24 Februari sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac sebagai hari pengundian...

Aku tidaklah mahu menyentuh hal-hal atau isu-isu yang mungkin dibangkitkan oleh parti-parti bertanding, banyak blog lain dah pun menyentuh isu panas, sensasi mahupun basi... terpulanglah bagaimana kita menilai...

Berbalik kepada aktiviti aku, secara kebetulan aku dipelawa membantu jentera calon bagi P013, Parlimen Sik, Dato Osman Desa... Beliau sebelum pilihanraya umum ini ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Beliau juga merupakan calon baru yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional untuk diketengahkan dalam pilihanraya ini. Semestinya beliau adalah seorang pemimpin yang berkaliber sehingga diberikan kepercayaan untuk menjadi ahli Parlimen, seterusnya menaburkan bakti khidmat kepada penduduk Sik khususnya dan seterusnya kepada negara...

Selepas penamaan calon, parti Barisan Nasional telah memenangi 9 kerusi (Parlimen dan Negeri) tanpa bertanding manakala parti PAS telah memenangi 1 kerusi Negeri tanpa bertanding setelah pencalonan wakil BN ditolak oleh SPR atas sebab teknikal...

Apapun, pihak SPR telah memperkenalkan beberapa perubahan semasa PRU 12 ini, yang paling ketara ialah penggunaan peti-peti undi lutsinar dan penggunaan dakwat khas yang akan dicalit di kuku para pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian 8 mac nanti...

Dengan itu, kita semua mengharapkan PRU 12 ini akan berjalan lancar tanpa sebarang kontroversi mahupun kacau bilau yang boleh mengganggu perjalanan proses demokrasi di Malaysia... sama-sama kita nantikan pembentukan kerajaan baru menjelang jam 2300 pada 8 Mac nanti....

Sekian... kalau ada masa, aku cerita lagi nanti...

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!