Aku tak pernah cerita hal ni sebelum ni, tapi hari ni aku berbesar hati nak bagitau... hehehehe... Sebenarnya aku terlibat dalam satu projek kilang surimi (proses isi ikan, sebelum dibuat fishball, fishcake etc) di Kuantan Pahang... Kilang ni akan diusahakan oleh Aspire-Pro Management Centre Sdn. Bhd. (APMC) yang menyewa tapak kilang milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia... Sewaan selama 30 tahun, so kalau berjalan lancar, maknanya project team akan pencen di kilang ni jelah... hahahahaha
Satu majilis tandatangan perjanjian sewaan (majlis ringkas) telah diadakan pada 22 Februari 2008 di HQ LKIM (dalam kesibukan musim pilihanraya umum)...
Dari kiri: Haji Khazin (TKP LKIM), Dato' Mustafa (KP LKIM), Mohd Suhaimi (CEO APMC)
Dah tandatangan, seronok pulak tukar-tukar dokumen......
Pihak APMC pula serahkan cek deposit sewaan....
Target nak start operasi kilang, CEO kata Ogos... tapi aku yakin.... lepas raya pun belum tentu dapat operasi lagi.... sebabnya??...
Kerana hingga sekarang proses renovate kilang masih belum bermula... apatah lagi nak masuk mesin???
Tunggu jelah....
Salam,
ReplyDeleteSaya pengeluar fishball. Ingin bertanya samada kilang Surimi ini telah beroperasi. Kalau sudah saya ingin mendapatkan bekalan surimi.
Terimakasih -
faznitamdnor@yahoo.com