"Syukur Alhamdulillah, apa yang kita idam-idamkan menjadi kenyataan", mungkin itulah ulasan pertama Azrai Khor Abdullah selepas Kedah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia edisi 2007/2008 malam tadi selepas menewaskan Selangor dengan jaringan 3-2.
Kemenangan ini adalah usaha gigih dan komited para pemain dan pastinya sebagai hadiah yang paling bernilai daripada pasukan Kedah kepada Tuanku Sultan yang juga peminat nombor satu sempena ulangtahun Jubli Emas pemerintahan Baginda, hadiah kepada Allahyarham Dato Paduka Ahmad Basri Akil, para pemain import yang akan meninggalkan pasukan, pemain-pemain lain serta pegawai pasukan dan seterusnya kepada semua penyokong pasukan Kedah Darul Aman.
Suasana bangga, gembira dan mengharukan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi amat dirasai ketika para pemain dan pegawai berpelukan sesama sendiri sambil para penyokong melompat girang meraikan kemenangan yang amat bermakna ini.
Sejarah telah tercipta apabila Kedah berjaya menyapu bersih Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat dua musim berturut-turut. Pencapaian yang pastinya yang akan dicemburui oleh penyokong dan pengurusan pasukan lain.
Kepada semua yang terlibat dalam zaman kegemilangan pasukan bola sepak Kedah, TERIMA KASIH!!!!
No comments:
Post a Comment