JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, August 31, 2008

Puasa & Raya : Antara Realiti dan Harapan

Puasa dan raya : antara realiti dan harapan

Terima kasih Pian di atas cadangan tajuk di atas.

Agak berat tajuk ni kalau nak ulas, tapi aku cubalah dengan sebaik mungkin. Kalau ada salah silap, harap tegur la dan aku amat menghargai pandangan.

Alhamdulillah, tahun ni Insya Allah kita akan menempuhi sekali lagi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan ini, akan kita tempuhi bermula Isnin ini, 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008.

Pastinya pelbagai perasaan bercambur baur di kalangan kita ketika menghadapi bulan Ramadhan. Bercampur baur kerana ada yang amat menantikan kedatangan sambil ada juga yang ‘kurang suka’ kedatangan Ramadhan.

Realiti

Realitinya, ada di antara kita yang merasakan Ramadhan hanyalah bulan biasa melainkan umat Islam perlu menjalani ibadat puasa, bersahur, adanya solat sunat terawih, adanya Malam Lailatul Qadar dan adanya Nuzul Al-Quran, tanpa menghayati setiap satu tersebut akan hikmah disebaliknya.

Sehari di bulan Ramadhan ini menyamai sepuluh hari, maka sebulan Ramadhan menyamai 300 hari ataupun sepuluh bulan. Oleh yang demikian, Allah SWT menggandakan pahala amalan setiap hari di bulan Ramadhan sehingga ia menyamai pahala puasa selama sepuluh bulan. Ini menggambarkan betapa bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk menggandakan pahala dan amal kepada Allah SWT.

Realitinya juga, ada di antara kita yang hanya bersemangat pada bulan Ramadhan kerana terdapat banyak peluang perniagaan, sama ada di pasar-pasar Ramadhan, ataupun di bazar-bazar jualan keperluan menyambut raya/Syawal. Bagi yang tidak berniaga, ketibaan Ramadhan dinantikan kerana dapat menikmati pelbagai juadah sambil membeli belah untuk menyambut raya.

Maka peluang ini di ambil sebaik mungkin untuk menambahkan pendapatan atau berbelanja sehingga kadangkala terlupa akan pengertian sebenar puasa itu sendiri. Ini tentunya apabila pembaziran berlaku.

Semua pasti bersetuju andai aku katakan, kadangkala kita ‘melebih-lebih’ membeli juadah berbuka sehingga tidak habis di makan, ataupun dibuang begitu sahaja. Ini sebenarnya telah lari dari pengertian berpuasa.

Malam-malam Ramadhan juga dipenuhi dengan peluang untuk kita beribadat. Solat sunat terawih pasti diadakan di setiap masjid/surau. Realitinya, seringkali kita mendengar saf-saf hanya penuh di awal Ramadhan dan semakin berkurangan apabila Syawal semakin menghampiri.

Mungkin malam-malam terakhir itu mula sibuk untuk membuat persiapan raya, sama ada membuat kuih, pergi membeli pakaian baru ataupun sibuk menghias rumah. Tapi itulah realitinya.

Setiap kita juga pasti mengetahui bahawa Allah memberkati setiap malam pada bulan Ramadhan dengan kelebihan-kelebihan tertentu bagi mereka yang menunaikan sunat Terawih, Insya Allah kalau ada kesempatan, aku akan senaraikan kelebihan tersebut untuk renungan bersama dalam posting yang lain.

Satu perkara yang agak popular di penghujung Ramadhan (di kala kita leka untuk menyambut kedatangan hari raya) ialah malam Lailatul Qadar. Terdapat banyak manfaat dan kelebihan malam Lailatul Qadar ini.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya
“Sesiapa yang solat pada malam Al-Qadar, semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah diampuni baginya dosa-dosanya yang lalu”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah, maksudnya:
“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan” (Al-Qadar : 3)

Rasulullah SAW juga telah memberikan klu bilakah datangnya Malam Lailatul Qadar itu,

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir Ramadhan”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya akan menyambut kedatangan Syawal dan meraikan hari kemenangan tersebut dengan penuh keceriaan, pakaian serba baru dan pastinya dengan penuh kesyukuran kerana telah berjaya melalui Ramadhan.

Syawal juga sinonim dengan tradisi memohon kemaafan dan ziarah menziarahi.

Kepada yang kurang suka kedatangan Ramadhan pula, pasti amat lega kerana telah berakhir bulan Ramadhan dan dapat makan dan minum sebebasnya.

Juga ibukota akan sunyi seketika kerana warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga tercinta.

Bagi yang ingin menambahkan pahala amal ibadat pula, ada yang berpuasa enam hari di bulan Syawal.

Itu adalah antara beberapa realiti rutin semasa Syawal. Insya Allah kita akan sekali lagi menyambutnya tahun ini.

Harapan

Dalam penulisan di atas, aku banyak bercerita secara umum kejadian-kejadian biasa bagi masyarakat kita, sama ada semasa menyambut Ramadhan mahupun Syawal. Ianya adalah realiti, sama ada suka atau tidak.

Secara peribadi, tahun ini aku mengidam untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. Jadi aku perlulah berusaha ke arah tu dengan kaedah-kaedah yang membolehkan aku mendapat apa yang diidamkan. Insya Allah.

p/s:
masih tidak mendapat feel yang dikehendaki... Insya Allah aku sambung nanti. 2 benda aku hutang; kelebihan malam tertentu solat Terawih dan sambungan kisah puasa dan raya ni....

(Rujukan : Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam; Bofids Trading, 2007)








No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!