Musim baru F1 akan kembali. Entah mengapa, aku tertarik dengan pelancaran pasukan Mercedes GP Petronas yang akan dikenali sebagai Silver Arrow ni. Mungkin disebabkan faktor-faktor berikut:

Pasukan berpangkalan di Jerman, mungkin ramai dah tahu aku amat 'layan' benda-benda dari Jerman ni, dari pasukan bolasepak, hoki hinggalah kereta BMW yang berasal dari Jerman. Tapi ni pasukan Mercedes??? Tapi origin tetap Jerman... apa-apalah Jan...

Lagipun, ada jenama Malaysia pada pasukan ni - PETRONAS... walaupun sekarang aku dah tak berapa loyal dengan petrol jenama ini, tapi sekurang-kurangnya aku tahu nama PETRONAS akan dijaja ke seluruh dunia. PETRONAS tu nama sapa? Jenama syarikat petroleum dari Malaysia!!!

Kemudiannya, dua pemandu pasukan ni, Michael Schumacher (Jerman) dan Nico Rosberg (Finland). Seorang yang memang dikenali bekas juara dunia F1 dan membuat kemunculan kembali, manakala seorang lagi pemnadu yang akan melengkapkan strategi pasukan ini. Kalau ambil Nick Heidfeld di tempat Nico Rosberg mesti lagi best sebab akan bergandalah semangat ke'Jerman'an dalam pasukan ni.

Terasa bangga lak tengok pakaian pemandu tertera jenama PETRONAS....
Apapun, aku nak tengok prestasi pasukan ni musim ni....
RALAT: KEMASKINI PADA 13 APRIL 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah terkhilaf mengenai kerakyatan Nico Rosberg. Beliau sebenarnya warganegara Jerman, dan ini sememangnya menjadikan pasukan ini Jerman sepenuhnya... Maaf di atas kesilapan... untuk maklumat lanjut mengenai pasukan ini, layari
LAMAN WEB RASMI MERCEDES GP PETRONAS
No comments:
Post a Comment