JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, July 16, 2008

Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Akil (25 April 1939 - 15 Julai 2008)




Hari ini, seluruh warga peminat bolasepak Kedah khususnya dan Malaysia amnya pasti berdukacita dengan kembalinya ke rahmatullah, BAPA PEMBANGUNAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN, DATUK PADUKA HAJI AHMAD BASRI AKIL.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kira-kira jam 3 petang, 15 Julai 2008 pada usia 69 tahun.


Antara jasa Allahyarham yang pasti dikenang ialah ketika memimpin pasukan bolasepak Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama 4 tahun berturut-turut (1987, 88, 89 dan 90) sehingga menjadi juara pada tahun 1990. Allahyarham juga menjadi tulang belakang kepada pasukan bolasepak Kedah pada masa ini, sehingga digeruni dan dicemburui oleh pasukan-pasukan lain.

Allahyarham juga merupakan Pengurus pasukan Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 1989 (pingat emas terakhir sehingga kini dari bolasepak pada Sukan SEA).


Allahyarham juga adalah pencipta lirik lagu tema pasukan bolasepak Kedah "Biar Jasa Jadi Kenangan" yang diangkat sebagai lagu rasmi pembakar semangat, bukan sahaja bagi pasukan bolasepak, malahan setiap sukan yang membawa bendera negeri.


Jasa-jasa dan pengorbanan Allahyarham sentiasa diingati, amat sesuai dengan bait-bait lagu "Biar Jasa Jadi Kenangan"


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah....





No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!