JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, May 8, 2008

Interview dan Proses mengenali & memilih

Aku selalu bercerita kepada kawan-kawan yang nak pergi interview... sama ada interview kerja atau sebagainya jenis interview; termasuk juga nak beli barang, nak sewa rumah, nak apa-apalah – semuanya adalah interview process... atau lebih tepat lagi proses mengenali dan memilih...

Memilih dan mengenali ni digunakan dalam pelbagai perbuatan, jadi tentunya kita pasti sentiasa mahukan keputusan dan pilihan yang paling bijak...

Dalam hal ini, sebagai contoh dalam hal interview kerja, kita sepatutnya tidak takut menghadapinya... persepsi awal kita apabila menghadapi interview ialah ketakutan dan kerisauan yang amat sangat, padahal kita hanya berdepan dengan manusia yang juga seperti kita, yang juga perlu makan, perlu berhadam dan mempunyai akal fikiran seperti kita... apa yang mungkin membezakan ialah ilmu yang mereka ada dalam bidang yang mereka ceburi, yang mana mungkin ilmu kita masih belum mencapai tahap itu...

Semasa menghadapi interview kerja, kita akan risau, resah, gelisah takut tidak dapat menjawab soalan... ini normal dan lumrah kepada semua... aku juga pernah melalui proses yang sama; dan pengalaman yang paling berharga buat aku ialah semasa interview jawatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) pada tahun 2002... ditemuduga oleh panel seramai 5-6 orang yang berpangkat Dato’ dan Tan Sri... aku tidak mendapat kerja itu!!!

Pengalaman kedua paling berharga pula ialah jawatan Pegawai Projek (hoki) bagi Majlis Sukan Negara bagi menghadapi Sukan Komanwel Melbourne dan Sukan Asia Doha yang aku hadapi pada tahun 2005.... kali ini aku di interview oleh lebih ramai panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ibrahim Saad... juga dalam panel Datuk Wira Mazlan Ahmad, Zolkples Embong (Datuk sekarang), beberapa Tan Sri dan Datuk lagi... kesemuanya kalau tak salah 8-12 orang.... aku juga tidak mendapat kerja itu!!!

Jadi apa sebenarnya yang menggagalkan? Selain faktor diri sendiri yang dirasakan belum layak, juga faktor pesaing lain yang mungkin lebih bernasib baik.

Berbalik kepada proses mengenali dan memilih tadi, kita pada masa di interview itu sebenarnya dan sepatutnya berlaku dalam dua hala... maksud aku selain kita yang dinilai, sepatutnya kita juga perlu menilai organisasi yang menjemput kita interview itu... beberapa perkara perlu kita nilai, antaranya:

Adakah persekitaran tempat kerja kita itu sesuai untuk kita?
Adakah budaya di situ sesuai dengan kita?
Adakah lokasi tempat kerja itu sesuai dengan kita?
Adakah kita akan mendapat peluang menyuarakan pendapat kelak?
Bagaimana pula rakan setugas?

Jadi perkara ini yang perlu kita perhatikan sebelum dan semasa proses temuduga itu... kalau semuanya sesuai, dan sesi interview berlaku dengan baik dan kita ditawarkan jawatan, maka terimalah dengan hati yang tenang...

Dalam hal ini, aku juga pernah menempuh satu pengalaman apabila menolak satu tawaran kerja atas faktor lokasi yang jauh... pada masa itu aku menetap di KL dan hanya mempunyai motorsikal dan mendapat tawaran kerja di sebuah kilang di Shah Alam.... memikirkan kesukaran yang bakal ditempuhi walaupun gaji dan faedah yang agak baik, aku terpaksa menolak atas faktor lokasi dan suasana tempat kerja...

Untuk mengaitkan hal interview ini dengan urusan harian, sebenarnya inilah yang selalu kita buat.. sebelum beli barang kita pilih, kita semak harga, tengok kualiti dan nilai keramahan jurujual.... sebelum kita beli kereta, kita pilih, kita test drive.... sebelum beli/sewa rumah, kita masuk tengok dulu, ruang dalam, lokasi dan sebagainya...

Pada masa yang sama juga, pihak penjual pun sedang menilai kita... mampu ke mamat ni, nak ke aku sewakan kepada dia dan sebagainya... jadi ia berlaku dua hala....

Jadi kesimpulannya, mengapa perlu takut dan risau dalam menghadapi proses mengenali dan memilih ini terutamanya interview? Sedangkan setiap masa kita lakukan perkara yang sama....

Fikirkanlah...

2 comments:

  1. klu tak de org pggil...dimana kegagalan itu???

    ReplyDelete
  2. Kalau situasi tu, kegagalan disebabkan faktor rezeki yang tidak ditetapkan disitu, kembali kepada "Ajal Maut, Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan" :-)

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!