JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, May 14, 2008

Tanpa Kita Sedari... Part 2

Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan cerita di bawah.


Nukilan “Tanpa Kita Sedari...” yang aku post terdahulu, sebenarnya telah membawa aku ke satu kisah yang “Tanpa Aku Sedari” ada kaitan dengan posting tersebut.... walaupun bukan secara langsung daripada kisah dua sahabat aku itu, tapi kaitan tersebut ada kesinambungan dari kisah tersebut dan kehidupan seharian... mungkin.... :-)

Dalam posting tersebut, aku ceritakan tentang dua orang sahabat yang aku katakan pelik, tapi selepas merenung dan membaca balik posting tersebut, aku jadi muhasabah sendiri bahawa manusia itu diciptakan dengan pelbagai sikap dan pemikiran tersendiri... Jadi sepatutnya kita menghormati apa sahaja sikap pelik manusia tersebut :-) sebab pastinya Allah mempunyai sebab tersendiri menjadikan umatNya sedemikian rupa... tak perlu kita pertikaikan kuasa Tuhan.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa yang tak dapat elak dari melakukan kesilapan, kita pastinya kadang-kadang merasa pelik dengan perangai orang lain... bagi kita, “aku boleh, kenapa dia tak boleh macam aku?”... mungkin dia akan jawab “daya seorang dengan seorang yang lain berbeza, kena faham”... betullah tu, aku setuju dengan statement tu, seorang takkan sama dengan seorang yang lain walaupun kembar.

Ataupun istilah yang sepatutnya menggantikan daya itu ialah KEMALASAN? Dan ayat itu sepatutnya berbunyi “kemalasan seorang dengan seorang yang lain berbeza, kena faham”.... :-p

Tapi kadang-kadang iblis dan syaitan itu suka berbisik, “kenapa untuk urusan lain dia boleh? Ada daya yang lebih pulak? Asal kepada kau je, pasti kau juga yang kena akhirnya”. Tapi tak pastilah sama ada memang iblis yang menghasut ataupun akal yang telah lama berdiam diri mula memberikan pendapat?

Dengan itu aku berpendapat, kita seharusnya bijak dan lebih terbuka dalam menerima teguran ataupun pandangan orang lain, terutamanya teguran yang kadang-kadang pedih untuk diterima. Pastinya orang yang menegur itu mempunyai hasrat yang amat baik untuk disampaikan untuk direnungi demi kebaikan semua pihak. Pada masa yang sama juga, orang yang menegur wajib mempunyai keikhlasan dalam memberikan teguran. Supaya proses menegur dan ditegur tidak disalahertikan sebagai nak cari gaduh.

Memang seperti yang aku katakan tadi, manusia dijadikan dengan pelbagai ragam. Sepatutnya kita menjadikan perbezaan yang ada antara setiap individu sebagai pelengkap satu sama lain. Kita mungkin kurang dalam hal A tetapi lebih dalam hal B, manakala orang lain sebaliknya. Sepatutnya pebezaan inilah yang akan melengkap dan menjamin kejayaan sesuatu.... kita harus pandai menilai dan muhasabah di mana kelebihan dan kekurangan kita berbanding orang lain.... dan selepas itu mula menampung satu sama lain...

Jadi, kesimpulan yang aku dapat:

1. kena faham tahap KEMALASAN orang lain
2. kena faham tahap KEMALASAN sendiri
3. proses menegur dan ditegur wajib jujur
4. lengkap dan melengkapi adalah peranan sesama insan untuk mencapai kejayaan

p/s: kesimpulan ke 4 tu, aku boleh kembangkan lagi... mungkin dalam kuliah “Partnerships Take You Futher” :-)

Sekian



4 comments:

  1. kesimpulan no 3 ko tu...aku ade soalan....mcmana nak ukur kejujuran org???sbb aku slalu mengalami situasi dimana sukar mengenalpasti teguran yg jujur...nak2 plak teguran yg berunsur pujian(tak semestinya teguran itu sumanya pasal kekurangan kan..klu kelebihan org tegur jugakkan)..pastu ko lak yg tegur...mmg sudut sukar..ahhh terjebak lak aku pagi2 ni dgn dakyah2 pemikiran ko nih..:)

    ReplyDelete
  2. Betul Pop, teguran tak semuanya ttg kekurangan, kadang orang tegur "Best la ko ni, pandai pun main ping pong"... betul ke dia buat teguran puji atau sekadar psiko?

    Untuk mengetahui tahap kejujuran, pandanglah matanya selepas dia tegur,kalau dia tak jujur, dia akan cuba merenung mata anda sebab dia cuba membuktikan dia jujur..

    orang yang menegur secara bersahaja adalah lebih jujur..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. nak main mata ni yang shushah ni...la ni ramai lelaki tak straight...eee seram i...(tak dapat aku bayangkan bila ko tegur aku..pastu aku renung mata ko..ko renung aku balik....ahhhhhh tidakkkkk!!!)

    ReplyDelete
  4. aku tak renung la.. aku jujur... hahahahahah

    ReplyDelete

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!