JANOS

JANOS
Selamat Datang

Monday, September 8, 2008

Perlumbaan ke tarikh 16 September 2008

Sekarang ni, ramai yang dok meneka – 16 September 2008 ni jadi atau tidak “rampasan kuasa” daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR)?

Boleh ke tak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah?

Betul ke ada ahli parlimen dari BN akan melompat masuk pembangkang dan kemudian akan membentuk kerajaan baru Malaysia?

Umum mengetahui, PR hanya memerlukan 30 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan.

Dari satu sudut, sebenarnya Anwar Ibrahim telah berjaya mewujudkan satu suasana “celik politik” di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya, tertunggu-tunggu adakah tarikh 16 September 2008 sekali lagi akan menjadi satu lagi tarikh bersejarah bagi Malaysia?

Dari sudut yang lain pula, ada juga yang menanti apa akan jadi kepada tampuk pemerintahan sekarang sekiranya 16 September ni betul-betul mencatat sejarah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6? Apa akan jadi kepada Pak Lah, Najib dan KJ? (Mereka bertiga ni CONFIRM bukan dalam senarai nak lompat).

Selain masih menjadi ahli parlimen bagi kawasan masing-masing, tentunya sesuatu yang ‘di luar kebiasaan’ kita selama ini akan berlaku.

Pastinya bukan setakat Perdana Menteri yang baru, malahan beberapa hal yang telah lama kita hidup bersamanya akan turut berubah.... Yelah, cuba bayangkan:

- 51 tahun Merdeka, kita berada di bawah payung kerajaan BN (dahulunya Perikatan). 16 September ni dah tukar kerajaan baru.

- Setelah 51 tahun Merdeka, selesa atau tidak, kita dipimpin oleh kerajaan yang mempunyai ideologi yang sama – mungkin polisi dan perlaksanaan berbeza mengikut zaman dan pemimpin, tetapi asasnya MUNGKIN sama.

- Apa akan jadi kepada GLCs seperti Telekom, TNB, BERNAS, Petronas (sekadar menamakan beberapa) yang TENTUNYA diterajui oleh orang-orang BN, bagaimana halatuju GLCs ni nanti?

- Malaysia akan mempunyai barisan menteri kabinet yang baru.

- Negeri Kedah, Penang, Kelantan, Perak dan Selangor tidak lagi dipanggil negeri pembangkang.

- Adakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang kita idamkan? (atau Perdana Menteri bagaimana yang kita idamkan?)


Bagaimana pula jika tidak berlaku apa-apa perubahan kerajaan? Mungkin tercetus situasi, antaranya:

- Kerajaan BN akan terus mentadbir, mungkin dengan sedikit lega tapi kalau masih ‘macam tu jugak’ – susahlah....

- Anwar Ibrahim akan dipandang sebagai hanya pandai membuat gimik.

- Akhbar arus perdana akan menghentam Anwar sungguh-sungguh (padahal depa lega sebab BN masih berkuasa).

- Ada rakyat yang kecewa – Pak Lah masih berkuasa, Anwar tak jadi PM, keadaan taraf hidup macam tu juga – pendapat rakyat yang susah.

- Ada rakyat yang gembira – Pak Lah masih berkuasa, Anwar tak jadi PM, keadaan taraf hidup macam tu juga – pendapat rakyat yang senang.


Segalanya pasti berubah selepas 16 September andai ditakdirkan benar-benar berlaku peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Anwar Ibrahim. Banyak perkara tidak akan sama lagi, sama ada akan lebih baik, ataupun sebaliknya – tiada siapa yang berani memberikan jaminan.

Aku pernah bersembang dengan seorang yang menyokong PR, katanya “sekurang-kurangnya ada harapan”. Harapan yang dimaksudkan ialah harapan untuk memberikan peluang kepada Anwar Ibrahim melaksanakan misinya kepada Malaysia. Harapan Baru katanya.

Apa yang aku boleh katakan perihal 16 September ni, secara jujurnya nak juga tengok Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pendapat peribadi aku, mungkin dia telah belajar “Bagaimana Menjadi Perdana Menteri Malaysia” semasa merengkok di penjara dulu. Khabarnya dia banyak membaca dan tentunya kita mahukan Perdana Menteri yang BERILMU – khabarnya Pak Lah pula seorang yang kurang membaca.

Hal-hal korupsi tidaklah mahu aku sentuh dalam perkara ini. Hal-hal peribadi juga tak perlu aku sebut. Masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri yang mungkin semua tahu, sama ada benar atau tidak.

Aku cuma nak membuka minda kita bersama. 16 September ni, ada Perdana Menteri baru atau tidak – Malaysia mungkin akan mempunyai sedikit perubahan.

Apa yang pasti, 16 September ni amat menarik untuk dinantikan.....

Bersediakah kita???

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!