JANOS

JANOS
Selamat Datang

Wednesday, September 17, 2008

Puasa & Raya : Antara Realiti dan Harapan - Part 2

Alhamdulillah, hari ni telah selesai 16 hari kita menempuh ibadat bulan Ramadhan 1429 ni... maknanya, lebih kurang 2 minggu lagi kita, umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Syawal....

Dalam Bahagian Pertama posting tajuk di atas, aku akui amat sukar untuk mendapat 'feel' untuk nak bercerita pasal Ramadhan ni... maklumlah mungkin kerana menaip sebelum menempuhi Ramadhan itu sendiri, maka 'feel' tu pun tak berapa nak mai... Jadi ni kira nak bayar 'hutang' lah... hehehehehe hutang posting...

Pada pendapat aku, Ramadhan ni banyak mendekatkan ikatan silaturahim sesama umat Islam...

Pertamanya, pastinya dengan memenuhi masjid dan surau yang mengadakan solat sunat terawih... di samping dapat beribadat, ianya juga menjadi medan pertemuan sesama kariah atau kejiranan... maklumlah, mungkin selama ini tidak pernah bertemu, apatah lagi bertegur sapa, tetapi aktiviti solat sunat terawih berjaya menemukan sesama kita...

Kedua, di pasar-pasar Ramadhan, kita akan dapat melihat ramai di antara kita berpusu-pusu mengunjungi pasar Ramadhan setiap petang, sama ada di kawasan kita sendiri, ataupun di kawasan lain, untuk ubah selera mungkin... Tidak dapat dinafikan, pasar Ramadhan juga menjadi tempat mengeratkan silaturahim... Pasti kita pernah bertembung dengan sahabat atau kenalan lama yang sekian tahun tak bertemu, maka bersalaman, bertanya khabar dan menukar no telefon... ini semua kerana adanya pasar Ramadhan, kalau tak ada, mungkin 'lambat' lagi nak dapat 'titik pertemuan' dengan sahabat lama tersebut.

Ketiga, majilis berbuka puasa di antara kariah/kejiranan, antara rakan pejabat, antara rakan setempat belajar, rakan sekampung dan pelbagai kelumpuk lagilah... Pastinya majlis berbuka puasa ini, sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi ini amat bermakna... pastinya kita datang dengan senyuman dan penuh keikhlasan demi memenuhi jemputan dan ingin bersama-sama kenalan... Pastinya juga, majlis dipenuhi dengan gelak ketawa 'akibat' gelagat sesama kita...

Keempat, ialah semasa bersahur, ataupun makan lewat malam (bagi yang malas bangun dan makan pukul 4 atau 5 pagi)... Makan lewat malam terutamanya, pasti dapat mengeratkan silaturahim jua di antara rakan... Tapi awas!!! Jangan lewat sangat melepak di warung-warung dengan rakan sampai terleka tanggung jawab di rumah, ini untuk para suamilah... Bagi yang bujang pula, terumatanya yang merantau, inilah juga kesempatan untuk bersama rakan-rakan dan tentunya dapat mengubat sedikit kenangan bersahur di kampung...

Empat perkara inilah yang aku rasakan sebagai hikmah bulan Ramadhan.... Sedar atau tidak, suasana di bulan Ramadhan ini agak berbeza dengan bulan-bulan yang lain, walaupun kita masih mengimarahkan masjid, makan bersama kawan-kawan ataupun boleh mengunjungi pasar malam/minggu...

Selepas ini, pastinya juga ikatan silaturahim yang telah terbina itu akan dibawa ke bulan Syawal... kunjung-mengunjung dan menghulurkan salam kemaafan sudah menjadi resam kita bersama...

Semoga kedatangan dua bulan mulia ini akan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang mendapat keredhaan dari-Nya...

Sebagai penutup, sengaja aku masukkan gambar majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah Yus, sahabat se'Jalan Day' yang mengadakan majlis di rumahnya di Ampang... Majlis walaupun kecil-kecilan, namun ianya memberikan seribu erti... Semoga Yus mendapat berkat hasil daripada majlis yang diadakan, juga ucapan terima kasih kepada Yus dan tunang, Liza...





No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!