JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, September 13, 2009

Disebalik....

Semasa aku mengarang DUNIA JONI melalui sekuel Tenang Fikiran - Kisah Bersiri, tidak ramai pembaca atau pengikut Dunia Joni yang memahami apa kisahnya 'disebalik' Dunia Joni. Ada juga pembaca yang merasakan dia memahami apa yang cuba disampaikan namun mungkin hanya 10% sahaja pemahaman itu.

Namun aku akui bahawa sebenarnya pembaca tidak perlu dibebankan dengan terlalu banyak 'disebalik' sesuatu yang disampaikan. Yelah, namanya pun Tenang Fikiran - Kisah Bersiri... mengapa perlu dibebankan fikiran, betul tak?

Tapi itulah sebenarnya keseronokan dalam menulis, apabila kita dapat menyatakan sesuatu dalam bentuk yang lain. Ianya nyata memberikan satu kepuasan yang berbeza dan tersendiri.

Namun apa yang pasti, Joni semakin dilupakan oleh pelayar blog ini. Jika suatu masa dahulu nama Joni, Sarah, Albert dan lain-lain sentiasa dinanti, kini semua itu tidak lagi dikenali. Bagi yang melayar blog ini dari awal, mungkin mereka masih lagi menanti sambungan Dunia Joni bagi menceriakan hari-hari mereka. Namun tidak dinafikan, ada juga yang tidak gemar membaca sesuatu yang panjang seperti episod-episod Dunia Joni dahulu.

Dalam Dunia Joni, kadang-kadang kita terlalu memandang rendah terhadap keupayaan orang lain dan cepat membuat andaian walaupun belum tentu andaian itu betul. Seringkali terjadi konflik apabila andaian awal kita itu menyebabkan pihak lain berkecil hati atau merasa tidak selesa. Dunia Joni juga menggambarkan bagaimana sifat dengki dan busuk hati boleh mengundang malapetaka, sama ada dirancang mahupun tidak.

Elemen kejutan dan sesuatu berlaku tanpa dirancang juga sinonim dengan dunia nyata. Begitu juga kejadian-kejadian kecil hati, musuh dalam selimut dan terlalu leka dengan kesenangan hingga lupa kepada asal usul dan musibah yang bakal menimpa. Inilah sebenarnya ramuan dalam kehidupan yang perlu ditempuh semua pihak, sama ada sedar atau tidak, langsung mahupun tidak langsung.

Semestinya ramuan-ramuan seperti dinyatakan (atau terlupa dinyatakan) akan menceria dan mencorakkan hidup seseorang. Inilah yang dinamakan kehidupan :-)

p/s: Mengapa ada posting ini???

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!