JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, November 25, 2007

Pagi Ahad, 25 November 2007

Pagi tadi aku bergerak keluar dari rumah di Setiawangsa kira-kira jam 10.30 pagi, niat asalnya hendak ke sebuah Restoran di Jalan Yap Kwan Seng, hendak sarapan.... Saja-saja nak try sarapan kat situ.... Semasa dok panas enjin tu, terfikir juga, trafik sesak ke tak... maklumlah hari ni dikhabarkan akan ada satu perhimpunan haram di Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang yang diketuai oleh sebuah NGO, HINDRAF....

Melalui keluar dari Jalan Setiawangsa, aku masuk ke Jalan Jelatek... trafik nampak lancar... baguslah... mungkin tiada perhimpunan tu kot.... Semasa berbaris di Persimpangan Jelatek ke Datuk Keramat, kelihatan sebuah kereta peronda Polis sedang stand by di bawah rel LRT di Jelatek tu... kelihatan juga beberapa remaja India jalan berkumpulan ke arah stesen LRT Jelatek... tiada apa-apa yang meragukan...

Membelok ke Datuk Keramat, melalui pasar Keramat dan LRT Keramat, trafik macam biasa, agak sesak dengan urusan orang ramai di sekitar pasar tersebut... Aku meneruskan lagi menuju ke arah LRT Damai... Disini aku mula tertanya-tanya, kelihatan "sahabat-sahabat kita" yang berketurunan India semakin ramai berkumpul... Buat apa pun tak pasti, kelihatan juga beberapa orang Anggota Polis sedang bersiap siaga di kawasan tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku...

Aku teruskan lagi dari situ terus menghala ke simpang Jalan Semarak... Trafik agak sesak di situ, di sebuah warung di tepi jalan aku lihat warung mamak yang sebelum ni tak pernahnya penuh, hari ini penuh melimpah ruah dengan pengunjung, yang aku pasti adalah mereka yang berhimpun untuk tujuan perhimpunan yang dirancang hari ni... Aku mula resah, betul... Niat asal hendak ke Jalan Yap Kwan Seng memang terbantut....

Mana tidaknya, persimpangan Jalan Semarak menghala ke Jalan Tun Razak DITUTUP.... di tepi jalan aku lihat ramai “peserta-peserta” perhimpunan berjalan kaki... Tak tahu la berjalan ada tujuan atau tanpa arah tuju... Dibawah fly over pun aku lihat ramai berkumpul... tak tahu la golongan mana, semuanya nampak seperti menunggu sesuatu... aku terpandang juga beberapa buah bas diletakkan di belakang Bangunan Celcom... pada hemat aku bas-bas iu disediakan oleh penganjur perhimpunan le kot....

Aku membelok ke Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Kampung Baru).... kat sini keadaan rasa aman, mungkin kerana majoriti penduduk Melayu di sini... trafik pun bergerak lancar... Sekarang aku cuma terfikir untuk ke Desa Pandan dan meneruskan niat bersarapan di sana pula setelah niat asal ke Yap Kwan Seng terhalang....

Aku membelok ke Jalan Raja Abdullah dan seterusnya ke Jalan Sultan Ismail.... Semasa di persimpangan Jalan Ampang (Hotel Renaissance / Monorel Bukit Nanas) keadaan nampak sesak semula.... Simpang menghala ke Jalan Ampang ditutup... Dikiri kanan simpang tu aku lihat ramai yang lepak tanpa apa-apa aktiviti (bolehkah aku menyebut bangsa yang melepak???.... tapi rasanya semua faham golongan mana yang aku maksudkan....)

Ada juga anggota Polis yang berkawal.... Kawal lalulintas terutamanya, tak bagi orang masuk ke jalan yang ditutup... Puak-puak yang ramai tadi macam-macam hal... ada yang menjerit (aku tak paham apa yang dijeritkan), ada yang dok lintas jalan suka-suka hati (kereta kena bagi laluan, rasanya semua pemandu BAGI MUKA, tak nak terjadi perkara tak diingini kalau HON puak-puak tu....) Mungkin bagi mereka jalan raya masa tu mereka yang punya, tapi tak tahu berapa banyak sumpah seranah mereka dapat, sebab menyusahkan oang lain....

Aku teruskan lagi, Jalan P.Ramlee menghala ke KLCC juga ditutup.... jadi sekarang untuk ke Desa Pandan aku perlu terus mara ke Jalan Tun Razak (simpang Kelab Golf) melalui Jalan Bukit Bintang... tanpa peduli lagi berapa banyaknya peserta perhimpunan yang berjalan kaki yang aku tak tahu ke mana arah tuju (mereka ni memang jaguh jalan kaki), dengan perut yang minta disarapankan... aku menghala terus ke Desa Pandan dan makan di Mamak Bistro!!!!

Dari Desa Pandan semasa nak menghala balik, melalui Jalan Ampang Hilir, kereta sesak dan bergerak perlahan hingga ke simpang MRR2 / Jalan Ampang... Simpang pintasan Ampang Hilir ke Jalan Ampang (Jalan Richie) juga TUTUP!!! Banyak kereta Polis aku nampak berulang alik... ada juga nampak satu Land Rover Polis lalu dengan bersiren... aku tengok kat belakang Land Rover tu sarat dengan bekas-bekas makanan, fahamlah aku, makanan untuk anggota keselamatan la tu....

Berhampiran Suzi’s Corner (bawah flyover Ampang Point), kelihatan ramai anggota Polis berpakaian preman dan yang uniform sedang berehat (stand by semestinya)... aku tengok juga di atas jalan raya ada macam sampah sarap berselerak (seperti barang-barang yang dilemparkan ke arah anggota keselamatan, TAPI aku harapkan bukan begitu).... Selepas itu, masih ada kelihatan beberapa kumpulan peserta perhimpunan sedang lepak-lepak...

Mengapa aku katakan semua yang aku nampak berkumpul dan berbangsa India sebagai peserta perhimpunan? Maaflah kalau silap, tetapi kalau anda melalui sendiri dan melihat PERKARA-PERKARA yang tak pernah anda LIHAT pada masa-masa biasa, seperti tiba-tiba berjalan kaki ramai-ramai 20-30 orang (mungkin lebih), melepak ramai-ramai seperti di Monorel Bukit Nanas (tak sempat nak bilang, ramai!!!) siapa lagi?? Tentunya MEREKA yang NAK sertai perhimpunan, DIPAKSA sertai perhimpunan ataupun mereka yang NAK TENGOK perhimpunan...

TAPI percayalah, bagi mereka yang TAK TERLIBAT dengan perhimpunan... pastinya banyak urusan yang tergendala....

Berbalik kepada artikel aku “JANGAN BERDEGIL”.... INILAH SUSULAN APA YANG AKU LIHAT pada pagi Ahad, 25 November 2007. Kalau aku yang hanya dapat melalui di PINGGIR-PINGGIR perhimpunan pun dah tak selesa, apa agaknya yang dirasai oleh mereka yang berada DI DALAM KAWASAN perhimpunan itu sendiri....

Kesian....

Sekian

Janos

p/s: tak bawa kamera hari ni, boleh cerita jelah... maklumlah niat asal hanya nak bersarapan....

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!