JANOS

JANOS
Selamat Datang

Sunday, November 25, 2007

JANGAN BERDEGIL....

Buntu... tiba-tiba hilang ilham bagaimana nak mulakan... Sebagaimana slownya internet line malam ni, macam tu juga la slownya idea.... Padahal siang tadi, macam-macam idea nak dikongsikan, tapi disebabkan sibuk dengan tugasan hakiki, kena tunggu malam, bila malam.... macam ni pulak jadinya... sabar sajalah kan.....

2-3 hari ni, jalan-jalan utama yang mengarah masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pasti ada sekatan jalan oleh pihak Polis... Ini semua gara-gara kemungkinan adanya perhimpunan haram oleh sebuah NGO yang mewakili golongan tertentu... Haramnya perhimpunan ini disebabkan tidak mendapat permit daripada pihak Polis.... Dan tentunya pihak berkuasa mempunyai alasan tertentu yang tidak perlu dipertikaikan atas tindakan mereka itu; PERTAMAnya tidak mengeluarkan permit dan KEDUAnya mengadakan sekatan jalan raya.... Dan aku pasti tindakan KETIGA mungkin akan menyusul sekiranya pihak penganjur masih berdegil untuk mengadakan juga perhimpunan tersebut...

Beberapa minggu lepas, satu kumpulan NGO juga dah pun dengan degilnya meneruskan juga perhimpunan, yang juga TIDAK MENDAPAT KEBENARAN.... Dan semua orang dah tahu apa kesannya.... yang aku rasa tak dapat apa-apa faedah pun selain dapat menyihatkan badan (joging free tengah KL) dan juga mandi percuma (air semburan FRU)...

Kepada pihak yang bekenaan tu, tolonglah... tak best pun bila adanya perhimpunan haram ni.... jalan banyak tutup, orang ramai resah, banyak urusan akan terganggu dan paling pasti.... kerugian masa dan wang ringgit!!!

Entahlah... Negara dok tengah amai damai... tiba-tiba ada pulak rasa seronok nak buat perhimpunan... Pastinya juga, aku rasa 80% yang "mengikut" pun bukannya nak sangat buat perhimpunan ni... rasanya mereka pun tak pernah terfikir kot apa yang mahu sangat diperjuangkan tu, tapi bila dah "BOS/KETUA" kata "Jom, kau kena ikut perhimpunan ni" maka ikutlah juga, jadi pak turut...

Selain daripada golongan pak turut ni, aku pasti ada juga golongan yang "NAK TENGOK APA YANG TERJADI" maka dia turut meramaikan "majlis" perhimpunan tu.... lepas tu seronok boleh maki Polis, boleh mandi air, boleh pedih mata... yelah bukan semua acara di Malaysia ni Polis nak tolong mandikan kita....

Tak kiralah pihak manapun... kalau dah tak dapat permit nak buat perhimpunan, tak perlulah nak berdegil nak buat juga tunjuk keras kepala... Kalau anda rasakan 10% daripada rakyat Malaysia tu menyokong tindakan anda, INGATLAH ada lagi 90% rakyat Malaysia yang tidak selesa dan mengutuk juga kedegilan anda.....

Sekian

Janos

No comments:

Post a Comment

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!