JANOS

JANOS
Selamat Datang

Thursday, November 22, 2007

Pengurusan Nafsu

Sebentar tadi aku baru beli CD The Corrs – Ultimate Collection….

Kumpulan The Corrs ni mula sekali aku kenali masa diaorang perform opening ceremony Sukan Komanwel 98 di Bukit Jalil (SUKOM 98)… Lantas lepas tu aku mula layan lagu-lagu The Corrs, beli album (kaset masa tu, nak beli CD tak mampu)…. Lagu yang terasa memang best masa tu seperti “Only When I Sleep”, “Runaway”, “So Young” dan beberapa lagi…. Hinggalah kepada antara lagu mereka lepas tu seperti “Radio”, “All The Love In The World” "Breathless" dan “Old Town”….

Masa dok layan balik CD yang baru beli ni, tiba-tiba fikiran pun melayang balik zaman dok layan The Corrs ni dulu-dulu… begitu cepat masa berlalu, hampir 10 tahun masa berlalu sejak SUKOM 98 tuh...

Tahun 1998 tu aku masih kat UUM, 1st Year.... umur pun baru 20 tahun masa tu... orang kata masa belajar tu masa paling BEST... memang tak nafi pun... tapi masa tu hanya mengharapkan “CEPAT LER HARAPNYA SELESAI BELAJAR NI... NAK KERJA, NAK DAPAT GAJI, NAK PAKAI KERETA”... mesti semua pun rasa macam tu masa belajar, tak percaya tanya la adik-adik yang masih belajar (tanya adik-adik je tau, jangan tanya abang2 yang tengah sambung belajar.... heheheheheh)

TETAPI, sedar atau tidak, bila dah selesai belajar (peringkat itu), dah masuk alam pekerjaan, merasai dan terkenang malah merindui pulak betapa zaman belajar yang lebih best!!! Nak pulak kembali ke zaman tu, tak kira la sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, masa lepas SPM ke....

Pelik??? Sebenarnya ini bukanlah pelik... dah memang lumrah manusia macam tu, kurang berpuas hati dengan apa yang ada... masa belajar angan-angan nak cepat dewasa kononnya, bila dah masuk alam pekerjaan TERINGIN pula nak kembali ke alam belajar, kalau boleh nak cipta TIME MACHINE, kembali ke alam yang dirasakan paling NIKMAT!!! Hahahahahah

Ini adalah golongan yang selalu menjadikan masa lampau sebagai masa yang paling best, paling seronok....

TETAPI ada juga yang kurang berminat nak kembali ke zaman lampau, mungkin dia lebih suka untuk fikirkan

“SEKARANG aku dah tamat belajar, aku dah kerja... aku berangan nak jadi BOS pula dalam masa 8 tahun”...

dan bagi BOS pula, mungkin tengah berangan-angan “SEKARANG aku mengetuai jabatan ni, dalam masa 4 tahun aku nak jadi CEO pula la...”

dan seperti biasa CEO pula akan berangan-angan “LAGI 2 tahun aku nak berhenti la, aku dah banyak duit, cukup simpanan aku ni sampai anak bongsu aku kahwin”

Walau apapun, golongan ini hanya nampak apa yang di depan, tidak seperti yang pertama tadi yang asyik nak ke bahagian yang paling enjoy sahaja...

TIDAK DINAFIKAN juga, ada yang mempunyai sifat kedua-duanya... nak kembali ke masa lampau sambil nak sangat berjaya di masa depan... mungkin mereka ada apa yang dikatakan "unfinish business" semasa lampau mereka dan ingin memperbaiki apabila ada peluang..... sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang ada....

JADI, apa maksudnya???

Kembali kepada apa yang telah aku katakan di atas, manusia memang lumrahnya kurang berpuas hati dengan apa yang ada sekarang, asyik hendak lebih... inilah juga yang dikatakan NAFSU....

NAFSU ni macam-macam nafsu, yang paling popular tentunya NAFSU “BINATANG”, kedua popular NAFSU “makan”... dan lain-lain kategori nafsu lagi seperti nafsu tidur, nafsu kerja, nafsu rasuah, nafsu politik dan banyak lagi la PERBUATAN yang boleh diNAFSUkan.... semuanya berkaitan NAFSU!!! Setiap perbuatan akan menjadi nafsu!!!

Bagi aku juga, setiap sesuatu itu ada “lawannya”... macam takut lawannya berani, depan lawannya belakang, hidup lawannya mati dan sebagainya...

Begitu juga dengan NAFSU.... ada NAFSU POSITIF dan ada NAFSU NEGATIF.... tak perlulah aku memberikan contoh kerana Tuan/Puan sememangnya dah bijak hendak membezakan POSITIF dan NEGATIF nafsu dalam diri Tuan/Puan.... Kalau Tuan/Puan tak cukup bijak, masakan Tuan/Puan masih membaca sehingga ke perenggan ini....

SEBENARNYA, apa yang ingin aku sampaikan bermula dari The Corrs, membawa ke SUKOM, kemudian ke UUM, ke alam kerja, keinginan kembali masa lampau, cerita angan-angan lagi 2, 4 dan 8 tahun dan NAFSU ini hanyalah menyampai sedikit ILHAM bahawa

“manusia itu memang dijadikan dengan NAFSU, maka adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menguruskan NAFSU kita dengan sebaiknya”

Jadi bagaimana nak memastikan nafsu kita tu adalah yang positif atau nafsu negatif?

Senang sahaja, jangan tanya orang lain... “tepuk dada tanya selera” orang dulu-dulu berkata...

Memandangkan seperti aku terilham tadi bahawa SETIAP PERBUATAN BOLEH DINAFSUKAN, maka sebelum nak buat apa-apa tu, tanyalah diri sendiri sebelum buat sesuatu

“KALAU AKU TERUSKAN HENDAK _________ (perbuatan apa nak buat) ADAKAH AKU DAPAT DOSA ATAU PAHALA? MENYUSAHKAN ORANG LAIN ATAU TIDAK? LANGGAR UNDANG-UNDANG ATAU TIDAK? ADAKAH KESAN KEPADA DIRI AKU SENDIRI PADA MASA HADAPAN?”

SEKIRANYA Tuan/Puan DAPAT SEKURANG-KURANGNYA TIGA (3) jawapan yang POSITIF, maka teruskanlah dengan NAFSU Tuan/Puan tersebut.... kalau dapat SEMUANYA POSITIF, lagi baik!!! Dan begitu jugalah sebaliknya....

Renungkanlah.... :-)

Sekian dahulu

Janos
0134hrs, 2007 Nov, 22

1 comment:

Cerita Berkaitan

Related Posts with Thumbnails

SURE HANGPA SUKA... TAK GELAK MAKNANYA SOMETHING WRONG...

Jom Baca eBook!!!